Duit kahwin RM150,000 lebur
Tweet
HELAIAN kertas kosong bersaiz wang kertas AS$100 yang didakwa akan ditukarkan dengan duit.
Kuala Lumpur: Akibat terlalu percayakan dua rakan bergelar ustaz, seorang lelaki kini tenggelam punca apabila wang untuk majlis perkahwinannya sebanyak RM150,000 lebur di tangan ‘Sheikh Sudan’ dua beranak.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Amin, 28, berkata, dia setuju meminjamkan wang kepada dua rakannya itu atas dasar percaya dan bagi membalas jasa mereka yang pernah menolongnya sebelum ini.
“Saya sama sekali tidak menyangka mereka menyerahkan pula wang itu kepada dua beranak dari Sudan yang mereka panggil Sheikh untuk upacara tarik duit,” katanya.
Amin berkata, ketika mahu meminjam wang, dua rakannya yang bergelar ustaz itu memberi alasan mereka memerlukan wang untuk perniagaan dan berjanji membayar semula dalam tempoh lima jam
Amin berkata, ketika mahu meminjam wang, dua rakannya yang bergelar ustaz itu memberi alasan mereka memerlukan wang untuk perniagaan dan berjanji membayar semula dalam tempoh lima jam
Menurutnya, kejadian itu berlaku awal Mac lalu dan kini dia pening memikirkan bagaimana mahu meneruskan majlis perkahwinannya yang dijadual Jun depan kerana masih gagal mendapatkan wangnya semula.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
2 Merujuk kepada perkara diatas :
Bawa lari adik perempuan "ustaz" tu dan kawan di Siam!!
tu la percaya benda2 khurafat sangat
Catat Ulasan