GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 16 April 2014

Feri Karam : Tiga maut, 293 lagi masih hilang

Feri yang sedang karam - Foto AP

SEOUL: Pegawai pasukan pengawal pantai Korea Selatan mengesahkan pihaknya telah menemui tiga mayat penumpang dalam insiden feri karam awal hari ini.

Pihak berkuasa juga  berkata angka terkini mereka yang masih hilang adalah 293 orang setelah hanya 164 penumpang berjaya diselamatkan daripada feri yang sedang membawa 459 penumpang itu.

Angka itu berbeza dengan jumlah yang diumumkan sebelum ini iaitu 368 orang telah diselamatkan.

“Selebihnya dianggap masih hilang,” kata seorang jurucakap kerajaan kepada agensi berita AFP.

Jumlah penumpang juga disahkan hanya 459 penumpang, berbanding laporan awal sejumlah 477 penumpang.

Setakat ini dua identiti penumpang yang meninggal dunia telah disahkan sebagai Park Ji-young, 22, anak kapal feri terbabit dan Jung Cha-woong pelajar tahun dua Sekolah Tinggi Ansan.

Manakala identiti mangsa ketiga sedang dipastikan pihak berkuasa.

Mereka yang terselamat berkata kemungkinan masih ada lebih 100 penumpang di dalam feri terbabit yang hampir karam sepenuhnya.

Selain itu laporan mengatakan 27 yang lain dalam keadaan kritikal. Mereka telah dikejarkan ke Hospital Besar Hankook, Hospital Mokpo Hankook dan Hospital Besar Haenam.

Feri terbabit dikatakan sedang membawa 325 pelajar menuju Pulau Jeju sebelum memberikan isyarat kecemasan pada  8.58 pagi waktu tempatan iaitu ketika belayar sekitar 20 kilometer dari Pulau Byeongpoong.

Sejurus berita diterima, kapal pengawal pantai, kapal dagang dan beberapa helikopter telah dikerahkan dalam operasi menyelamat itu.

Menurut seorang penumpang, mereka mendengar satu bunyi yang kuat sebelum feri itu terhenti.


Sumber aStro Awani



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP