GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 16 April 2014

VIDEO,Lelaki Cuba Buka Pintu Pesawat Di Ketinggian 30,000 kaki

TINDAKAN seorang lelaki cuba membuka pintu pesawat milik Southwest Airlines ketika penerbangan berada di ketinggian 30,000 kaki menimbulkan suasana panik dikalangan penumpang dan anak kapal di Amerika Syarikat.
Ketika kejadian, pesawat tersebut dalam penerbangan dari Chicago ke California.
Cubaan lelaki itu yang mampu membunuh kesemua penumpang  dan anak kapal bagaimanapun berjaya disekat selepas dia direbahkan oleh tiga penumpang lelaki yang memeluknya.
Seorang wanita yang merakam detik kejadian, Monique Lawler berkata, penumpang di dalam pesawat mula menjerit dan keadaan menjadi panik apabila lelaki itu cuba membuka pintu pesawat.
"Lelaki itu dilihat keluar dari tandas dalam keadaan basah lencun dan terus ke pintu untuk membukanya, tetapi tiga penumpang lelaki berjaya merebahkannya dan memeluk suspek sehingga pesawat mendarat.
"Akibat insiden tersebut, juruterbang terpaksa membuat pendaratan cemas di Omaha, Nebraska," katanya.
Lelaki itu diserahkan kepada pihak berkuasa di Omaha sebelum penerbangan ke destinasi yang dituju diteruskan selepas itu.
Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP