LANGGAR ISTERI KERANA CINTA DAH LUPUT
Tweet
Ampang: Hanya kerana perselisihan faham, seorang suami tergamak mahu melanggar isterinya dengan kereta di pekarangan rumah mereka di Taman Melawati di sini, Isnin lalu.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa yang berusia 50-an bagaimanapun sempat mengelak sebelum lari menyelamatkan diri.
Sumber polis berkata, kejadian bermula apabila mangsa dan suaminya bertengkar akibat perselisihan faham di luar rumah.
“Pertengkaran selama beberapa minit itu bertukar menjadi ganas apabila lelaki terbabit berlari masuk ke dalam kereta sebelum menghidupkan enjin kenderaan. Lelaki itu kemudian cuba melanggar isterinya sebanyak dua kali.

“Bagaimanapun mangsa yang sempat mengelak bertindak lari ke dalam rumah,” katanya.
Menurutnya, suspek yang tidak berpuas hati kemudian terus menyerang isterinya dengan menumbuk di muka dan leher mangsa.
Sumber myMetro
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan