GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 7 Mei 2014

Wanita Dakwa Ada Bom Dalam Pesawat Malindo Air Ditahan


KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditahan polis selepas mencetuskan kekecohan di dalam pesawat Malindo Air penerbangan OD1622 ke Kuching, Sarawak petang Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, DSP Zaldino Zaludin berkata siasatan awal polis mendapati wanita berusia 41 tahun yang berasal dari Kuching dan bekerja di Semenanjung itu dalam perjalanan pulang ke kampung atas urusan keluarga.

"Kejadian berlaku pada 2.20 petang tadi ketika kru penerbangan sedang menyiapkan penumpang sebelum pesawat berlepas.

"Pramugari telah menegur wanita terbabit agar meletakkan beg yang berada di hujung kakinya di tempat menyimpan barang di bahagian atas, namun wanita itu terus memarahi pramugari tersebut dengan mengeluarkan perkataan ugutan," katanya ketika dihubungi, di sini pada Selasa.

Menurut Zaldino, pramugari memaklumkan perkara itu kepada juruterbang yang menghubungi pihak keselamatan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) untuk mengeluarkan wanita itu dari pesawat.

"Penerbangan yang dijadualkan ke Kuching itu tertangguh selama 2 jam 22 minit dan pesawat itu selamat berlepas pada 4.42 petang tadi," katanya dan menambah pihaknya akan mendapatkan perintah tahanan reman esok.

Sementara itu, Ketua Pegawai Komunikasi Malindo Air, Raja Sa'aadi Raja Amrin ketika dihubungi turut mengesahkan kejadian.

"Wanita itu mula marah-marah sebelum menaiki pesawat lagi dan memaki hamun pramugari selain menyatakan terdapat bom di dalam pesawat itu," katanya.


Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP