Lelaki kulit putih warga Brazil sanggup bedah muka untuk jadi Lelaki Asia
Tweet
XIAHN kini kelihatan sama seperti orang Asia. Gambar kecil, wajah asal Xiahn.
Sao Paulo: Seorang lelaki kulit putih warga Brazil sanggup mengambil risiko menjalani banyak pembedahan plastik dalam usaha kelihatan seperti orang Asia.
Xiahn atau nama asalnya Max, 25, menggemari lagu K-Pop dan drama Korea serta obses untuk kelihatan seperti orang tempatan ketika menyertai program pertukaran pelajar di Korea Selatan.
Tempoh satu tahun di Universiti Dongseo meningkatkan keinginannya untuk mempunyai ‘mata sepet’ dan rambut hitam.
“Saya sering menarik kelopak mata saya ketepi agar kelihatan sepet. Saya mahu ia kelihatan seperti itu,” katanya.
Xiahn menjalani lebih 10 pembedahan untuk mendapatkan rupa yang diidamkan dan membelanjakan hampir RM10,000 untuk kelihatan seperti lelaki Asia.
“Saya rasa kini saya dapat apa yang saya mahukan. Cuma perlu tunggu bengkak pembedahan ini surut untuk mendapatkan hasil akhir. Saya tidak takut jika terjadi sesuatu yang buruk, tetapi bimbang jika terdapat parut di mata yang akan membuatkan saya kelihatan ‘plastik’. Namun, semuanya berjalan baik,” katanya.
Selepas melakukan pembedahan, Xiahn mengenakan kanta lekap berwarna hitam dan mewarnakan rambutnya dengan warna sama Menjawab segala kritikan yang dilemparkan, Xiahn menulis di status di Facebook: “Walau siapapun kita, kita hanya hidup sekali dan perlu jadi sesuatu yang kita inginkan.” Xiahn yang mendapat banyak ‘like’ di Facebook berkata dia terpikat dengan kehidupan di Korea Selatan sejak berusia 19 tahun.
Dia menemui pakar pembedahan plastik di Brazil bagi melakukan beberapa siri pembedahan dan ayahnya menyokong pilihan yang dibuat, namun ibunya tidak memberi galakan.
“Bagi saya, menukar penampilan adalah normal,” katanya.
- Agensi
- Agensi
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan