GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 3 Jun 2014

ROGOL, POLIS DIHUKUM PENJARA DAN SEBAT

KOTA BHARU - Seorang anggota polis berpangkat sarjan mejar dihukum penjara 15 tahun dan lapan sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol remaja berusia 14 tahun, lima tahun lalu.

Keputusan dibuat Hakim, Mohd Yusoff Yunos terhadap tertuduh Mahmad Abidin, 57, yang juga bekas ketua balai selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mahmad didakwa merogol remaja perempuan berusia 14 tahun itu di dalam pejabat Ketua Polis Balai Polis Binjai, di sini, pada jam 2.30 petang, 15 Oktober 2009.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376(1) kanun sama yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof, manakala, tertuduh diwakili peguam bela, Datuk Sukri Mohamed.

Pada prosiding semalam, Ahmad Salam mohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan ambil kira jenayah yang dilakukan lebih-lebih lagi membabitkan tertuduh yang berkhidmat sebagai penjawat awam.

“Saya mohon mahkamah mengambil kira kepentingan mangsa dan masyarakat di luar sana. Tertuduh dan masyarakat juga perlu mendapat pengajaran daripada kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Yusoff membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman dengan syarat rayuan difailkan pada hari sama.

Jaminan dinaikkan dari RM10,000 kepada RM15,000 dengan seorang penjamin berkuat kuasa sejurus notis rayuan difailkan.


Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP