Langgan 10 pelacur dapat satu percuma
Tweet
myMetro
WANITA yang menawarkan khidmat seks ditahan polis bersama penjaga dan pelanggan. -
Kuala Lumpur: Langgan 10 pelacur dapat satu percuma. Itulah tawaran istimewa melalui kad pelanggan setia ditawarkan sebuah pusat pelacuran yang berselindung di sebalik perniagaan urut tradisional.
Pusat maksiat itu yang terletak di Jalan Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri di sini, dikesan memberi tawaran urut batin dan seks percuma apabila pelanggannya yang berkunjung ke premis itu dengan mempamerkan kad keahlian yang ditanda sebagai bukti.
Malah bagi mengaburi mata pihak berkuasa, kad itu turut tertera perkataan perkhidmatan servis kereta untuk mengaburi pihak berkuasa.
Bagaimanapun tembelang kegiatan itu terbongkar apabila Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman diketuai Asisten Superintendan Mohamad Mohd Jais menyerbu premis itu jam 10 malam kelmarin.
Hasil serbuan mengejut itu polis berjaya menahan empat wanita warga Vietnam dan Thailand selain seorang penjaga premis berusia 28 tahun.
“Melalui risikan selama seminggu, kami mendapati dalang sindiket membawa wanita terbabit ke premis itu selepas pelanggannya memilih mereka melalui aplikasi ‘Wechat’.
“Melalui aplikasi itu, pelanggan boleh memilih wanita diingini dan sebaik persetujuan dicapai ‘bapa ayam’ membawa pelacur terbabit ke premis itu untuk diserahkan kepada pelanggan,” katanya.
“Pihak polis turut menemui kondom yang disembunyikan di dalam peti ais. Selain itu pusat urut itu yang beroperasi sejak enam bulan lalu tidak mempunyai lesen sah perniagaan,” katanya.
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan