GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Dalam Negeri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dalam Negeri. Papar semua catatan

Selasa, 5 Ogos 2014

Hina Azan, Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Kelvin Yip

Kelvin Yip
KUALA LUMPUR: Polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang pengguna laman sosial atau netizen yang mencetuskan kemarahan umat Islam kerana mengeluarkan kenyataan menghina azan dan umat Islam di pagi Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, pihaknya sehingga kini telah menerima sebanyak 28 laporan polis terhadap Kelvin Yip yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan itu dilaman sosial Facebook miliknya.
"Saya sedar bahawa terdapat banyak gesaan daripada orang ramai yang mahu tindakan diambil terhadap Kelvin Yip. Kami telah menerima laporan  dan akan mengambil tindakan selepas siasatan selesai," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Selasa.
Yip didakwa memuatnaik status,"Eh, hello…I know it’s Hari Raya and all, but please keep your prayers to the almighty off some loudspeaker at 6.45 in the morning...annoying (Eh, hello ... saya tahu ia adalah hari raya , tetapi tidak perlu bersembahyang kepada maha kuasa dengan pembesar suara pada 6.45 pagi ... menjengkelkan.")
Status Yip itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam yang mendesak polis mengambil tindakan tegas dengan pantas.
Berikutan itu, Pemuda Umno Pulau Pinang membuat laporan polis berhubung status berkenaan.
Ketuanya, Rafizal Abu Rahim kemudian mempersoal kredibiliti polis yang tidak mengambil sebarang tindakan walaupun ia mampu dilakukan terhadap Fairrah Ashykin Kamaruddin dan penceramah bebas, Shahul Hamid dengan pantas.
Kiki ditahan dan dikenakan tindakan di mahkamah dalam tempoh terdekat apabila mengetuk dan merosakan kereta seorang lelaki yang merempuh keretanya di Pahang.
Shahul pula didakwa mengeluarkan kenyataan menghina agama hindu dalam ceramahnya di Pulau Pinang.
Sumber mStar Online


Read more...

Isnin, 4 Ogos 2014

LORI MUATAN BABI TERBALIK

Johor Bahru: Hampir 30 babi berkeliaran di atas jalan selepas terjatuh daripada lori muatan yang terbalik di persimpangan bertingkat Jalan Pontian-Skudai di sini.
Dalam kemalangan jam 11 pagi tadi, lori terbabit dalam perjalanan ke pusat penyembelihan babi yang terletak di Taman Bukit Kempas di sini. 
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abd Rahman berkata, badan lori yang menempatkan haiwan berkenaan terbalik secara tiba-tiba ketika tiba di selekoh persimpangan bertingkat itu. 
"Apabila sampai di selekoh, badan lori itu terbalik menyebabkan semua babi ini jatuh sebelum berkeliaran di atas jalan raya," katanya.
Bagaimanapun, katanya pemandu lori dilaporkan tidak mengalami kecederaan dan tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan itu.
Harian Metro


Read more...

Ahad, 3 Ogos 2014

Wanita warganegara China dilarikan dan dirogol bergilir-gilir

PULAU PINANG: Seorang wanita warganegara China berusia 20 tahun dilarikan sekumpulan lelaki ketika berhenti di kawasan rehat jambatan Pulau Pinang awal pagi ini, sebelum dirogol bergilir-gilir di sebuah kawasan gelap di Butterworth.

Di dalam kejadian yang berlaku pada pukul 3.30 pagi itu, wanita terbabit dirogol bergilir-gilir oleh tiga daripada suspek.

Lagi kes ROGOL !

Difahamkan sebelum kejadian mangsa menaiki kereta yang dipandu oleh rakan lelakinya yang berusia 49 tahun dalam perjalanan menghala ke arah Butterworth selepas mereka pulang dari berhibur di sebuah pusat hiburan di George Town.

Rakan lelaki mangsa berhenti di kawasan  rehat berkenaan kerana mahu membuang air sementara mangsa menunggu di dalam kereta.

Bagaimanapun, ketika berada di dalam kereta, mangsa di hampiri empat lelaki yang berpura-pura bertanya arah jalan sebelum menumbuk lelaki berkenaan.

Suspek kemudian melarikan kereta terbabit bersama wanita berkenaan sebelum dibawa ke sebuah kawasan gelap sebelum dirogol.

Wanita berkenaan kemudian di bawa menggunakan motosikal milik suspek sebelum ditinggalkan di sebuah stesen minyak di Sungai Dua.

Mangsa kemudian mendapatkan bantuan orang ramai untuk dihantar ke balai polis bagi membuat laporan berhubung kejadian.

Kedua-dua mangsa turut mengalami kerugian sebanyak RM1,000 dalam bentuk wang tunai selain telefon bimbit dirampas suspek.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Nasir  Saleh yang mengesahkan kejadian tersebut, berkata pihak polis kini sedang melakukan siasatan bagi mengesan keempat-empat suspek berkenaan.

Sumber aStro Awani

Read more...

Sabtu, 2 Ogos 2014

RUPANYA,WARGA KOTA TAKUT HANTU

KHIDMAT bomoh yang masih dicari warga kota yang dipercayai dapat memenuhi apa sahaja yang mereka hajati. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Siapa sangka warga kota yang lazimnya hidup penuh sofistikated tetapi masih ada dalam kalangan mereka yang percayakan bomoh sehingga merugikan diri sendiri.

Hakikat itu terbukti apabila Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani mendedahkan dalam tempoh dua setengah tahun lalu sebanyak RM1.4 juta kerugian dialami orang ramai di ibu negara yang terlalu percaya dengan cerita rekaan bomoh.
Dalam tempoh itu, kerugian paling banyak dicatatkan ialah pada tahun 2012 membabitkan sebanyak RM1 juta apabila seramai 20 mangsa membuat laporan polis selepas mereka menyedari menjadi mangsa penipuan bomoh.
Pada tahun 2013 pula sebanyak enam kes penipuan membabitkan kerugian RM300,000 manakala sehingga bulan Jun lalu, tiga mangsa mendakwa ditipu sebanyak RM40,000 oleh bomoh terlibat.
Sebahagian besar mangsa yang terlibat dalam kes penipuan ini mendakwa bomoh yang ditemui mampu memberikan kekayaan kepada mereka, boleh menolak bala serta mempunyai kuasa untuk menghalau hantu.
Izany berkata, polis sebelum ini sedaya upaya mendidik masyarakat supaya tidak mempercayai bomoh namun usaha tersebut diakui belum membuahkan hasil 100 peratus.
“Saban tahun, polis tetap menerima kes-kes mangsa yang kerugian angkara tertipu dengan bomoh.
“Dalam banyak kes, kita sendiri hairan bagaimana seorang warga kota yang hidup di tengah-tengah kemodenan boleh tertipu dengan cerita karut dan tidak boleh diterima akal,” kata beliau ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.
Menurut beliau, hasil siasatan kebanyakan mangsa terlibat adalah mereka yang berpelajaran tinggi malahan ada sudah hidup mewah namun masih terpedaya dengan janji bomoh berkenaan.
Katanya, bomoh terlibat menggunakan modus operandi yang hampir sama iaitu mendakwa mampu berkomunikasi dengan hantu, berkebolehan menghalau hantu, menolak bala, mengubah nasib atau menyembuh penyakit.
Izany memberitahu, mangsa yang terjebak dengan bomoh hanya menyedari diri ditipu apabila bomoh berkenaan menghilangkan diri selepas menyerahkan barangan berharga milik mereka.
Menurut beliau, kes terbaharu pada bulan lalu melibatkan seorang wanita berusia 55 tahun yang berasal dari Kepong di sini yang kerugian kira-kira RM8,500 kerana percaya ramalan seorang lelaki kononnya mampu mengubah nasib seseorang.
“Dalam kes itu, lelaki terbabit dikenali sebagai Master Kao meminta mangsa menyerahkan sejumlah wang untuk membeli peralatan sembahyang bagi menilik nasibnya.
“Mangsa kemudiannya telah memasukkan wang sebanyak RM8,500 secara berperingkat ke dalam akaun yang diberikan suspek. Lelaki berkenaan bagaimanapun menghilangkan diri selepas wang dimasukkan,” katanya.
Jelasnya, mangsa tidak sedar diri ditipu walaupun suspek berkali-kali meminta wang yang banyak daripadanya tanpa melakukan apa-apa.
“Mangsa sebaliknya hanya menyedari diperdaya selepas gagal menghubungi suspek yang telah melarikan diri dengan semua wang miliknya,” katanya.
Sehubungan itu, tambah beliau, orang ramai diminta supaya tidak terlalu taksub untuk mempercayai bomoh atau tukang tilik kerana hakikatnya kebanyakan individu terbabit sebenarnya tidak mempunyai kemampuan berbuat apa-apa.
Sumber KOSMO!


Read more...

Jumaat, 1 Ogos 2014

Polis nafi berita potong tangan pelajar tahfiz


SHAH ALAM – Polis Selangor menafikan penyebaran berita yang mendakwa enam pelajar tahfiz dipotong tangan di kawasan Pandamaran Klang.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Abdul Rahim Jaafar menyifatkan penyebaran itu sebagai cubaan menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Penyebaran maklumat melalui medium media-media sosial yang mendakwa bahawa terdapat satu kejadian di mana orang India telah memotong tangan enam orang Melayu (tabligh) yang berumur lima tahun hingga belasan tahun yang mana mereka dikatakan pulang daripada tahfiz di kawasan Pandamaran Klang adalah tidak benar dan palsu semata-mata

“Ia dilihat cuba menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat. Walau bagaimanapun satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap penyebaran maklumat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook Polis Selangor, hari ini.

Sumber

Read more...

Khamis, 31 Julai 2014

Maut terlebih makan kambing

JENAZAH Abdul Kader dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat. FOTO Arifin Salleh

Alor Gajah: Keriangan sekumpulan bekas pelajar sekolah mengadakan perjumpaan Hari Raya sambil menikmati kambing bakar di tepi pantai, malam tadi bertukar kejutan menyedihkan apabila seorang daripada mereka sakit perut dan maut ketika dirawat di sebuah klinik di Masjid Tanah di sini, kira-kira 11 pagi ini.

Menurut sumber, Abdul Kader Joned, 45, anak bungsu dari sembilan beradik mengadu sakit perut dan pinggang selepas dikatakan makan terlalu banyak daging kambing bakar menyebabkan dia dihantar ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah untuk rawatan. 

Terdahulu, katanya, Abdul Kader menyertai satu perjumpaan bekas rakan sekolah menengahnya di pantai peranginan Pengkalan Balak dekat sini, malam tadi yang turut menyediakan kambing bakar.

Sumber itu berkata, Abdul Kader makan kambing bakar dalam jumlah yang banyak sebelum mengalami masalah sakit perut.
"Mangsa mengadu pada beberapa rakannya dan dihantar ke klinik berkenaan namun keadaannya semakin lemah dan kritikal. 

“Dia disahkan meninggal dunia ketika dirawat tiga doktor di klinik berkenaan," katanya. 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham berkata, mangsa didapati tiada rekod perubatan lampau dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan diklinik berkenaan. 

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Bilik Mayat Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. 
Sumber myMetro


Read more...

Tugas Saya Ambil Alih MB Selangor - Wan Azizah ?

Wan Azizah Wan Ismail
PERMATANG PAUH: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia merupakan tugas dan tanggungjawabnya untuk mengambil alih peranan sebagai Menteri Besar Selangor apabila parti sudah pun membuat keputusan berhubung perkara itu.
"Semua jawatan yang saya pegang adalah satu tanggungjawab.
"Malah tanpa jawatan pun, ia merupakan khidmat kepada rakyat," katanya pada majlis keagamaan di masjid Permatang Nibong di sini, Rabu.
Mengenai dakwaan sebagai MB bahawa beliau sekadar "boneka" kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah berkata: "Beliau berada di penjara ketika saya dilantik sebagai presiden (parti).
"Mereka boleh mengkritik apa sahaja yang mereka mahu, tetapi kita mempunyai satu pasukan dan kerja sepasukan yang kita tekankan di sini," katanya.
Majlis Pimpinan Pusat PKR pada minggu lalu mencadangkan Dr Wan Azizah untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor.
Pada Rabu lalu, keputusan parti untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipersetujui secara dasar oleh rakan sekutu Pakatan Rakyat, DAP dan PAS.
Bagaimanapun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat lalu mempertahankan Khalid dengan menyatakan bahawa beliau mahu Menteri Besar Selangor itu dikekalkan.
Mengulas kenyataan Abdul Hadi itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, kenyataan Presiden PAS itu adalah pandangan peribadi dan bukannya pendirian rasmi parti.
Mursyidul Am PAS, Datuk Niz Abdul Aziz Nik Mat turut menyokong pandangan Abdul Hadi dengan menyatakan bahawa Khalid tidak melakukan sebarang kesalahan.
Sumber mStar Online

Read more...

Rabu, 23 Julai 2014

GAMBAR SUSPEK ROGOL BERAMAI RAMAI DIDEDAH


KOTA BHARU - Selepas identiti lima individu berusia antara 18 dan 25 tahun disiarkan, polis kini mendedahkan pula gambar individu sama yang dicari bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai dalam kejadian di rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kelima-lima yang dikenal pasti identiti mereka itu kesemuanya tinggal di kawasan sama berlakunya kejadian rogol beramai-ramai tersebut.

“Mereka yang dicari ialah, pertama: Mohd Fadhil Manaf atau Fadhil berusia 25 tahun dan beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh; kedua: Che Muhammad Farhan Isyrif Che Mat atau Yusri berusia 18 tahun dan tinggal di Taman Binjai Manis, Ketereh serta Muhammaddun Hassan atau Mado berusia 20 tahun juga beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh.

“Sementara yang ketiga: Mohamad Faiz Azahan, 22, dari Jalan Serendah Taman Binjai Manis, Ketereh dan Muhammad Safwan Ab Rajab atau Safwan, 25, yang tinggal di Taman Sri Wangi Hutan Pasir Ketereh dan yang belum dikenal pasti seorang lagi yang dipanggil Udin,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini 15 tangkapan sudah dibuat dan lima daripada mereka telah mendapat persetujuan Ketua Unit Pendakwaan untuk dituduh di mahkamah.

“Kami masih belum memberhentikan usaha mengesan lebihan suspek-suspek yang belum ditahan dan usaha menjejaki mereka masih giat dijalankan,” katanya.


Pada 11 Jun 2014, empat termasuk dua remaja bawah umur di hadapkan ke mahkamah sesyen dan majistret, di sini, atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun pada kejadian sama.

Pada 9 Julai 14, seorang remaja berusia 18 tahun menjadi individu kelima dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol mangsa sama yang berusia 17 tahun.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan berkenaan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Polis dalam satu kenyataan media selepas itu berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 yang dilaporkan sebelumnya.


Sumber Sinar Harian


Read more...

Sabtu, 19 Julai 2014

JANDA ANAK 3 DICEKUP BERKHALWAT SIANG HARI DIBULAN RAMADAN

Penjawat awam bersama pasangannya ketika diserbu

ALOR SETAR - Seorang janda anak tiga antara dicekup berkhalwat bersama pasangannya, lelaki mualaf di sebuah hotel di Jalan Sultanah Sambungan, di sini, semalam.

Ketika diserbu, dia bersama pasangannya, duda anak tiga berusia 36 tahun memaklumkan mereka memiliki perancangan untuk mendirikan rumah tangga nanti.

Malah, pengasuh kanak-kanak berusia 33 tahun berasal dari Mergong, memberikan alasan berehat kononnya berasa sedikit letih pada bulan Ramadan ini.

Turut dicekup dalam operasi, seorang penjawat awam, 25, berasal dari Melaka dan wanita berusia 26 tahun dari Klang dalam sebuah bilik di hotel bajet sama.

Pasangan tidak memiliki hubungan sah berkenaan memaklumkan, mereka kebetulannya baru dua minit mendaftarkan diri dalam hotel berkenaan sementara menunggu waktu siang.

Pasangan kekasih terbabit memberikan alasan menziarahi seorang kenalan mereka di Changloon, sementara menunggu waktu pulang ke tempat mereka keesokan harinya.

Namun, alasan sedemikian tidak diterima penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kerana pasangan berkenaan berada dalam bilik hotel berdua-dua tanpa ikatan muhrim.

Lebih mencurigakan, meskipun lelaki terbabit memberikan alasan hanya datang melihat keadaan pasangannya, namun ketika dicekup wanita berkenaan hanya memakai seluar dalam.

Manakala, seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berusia 22 tahun dicekup pula bersama wanita warga Thailand di bilik hotel di Jalan Lencong Barat, di sini.

Sewaktu disoal, pelajar terbabit memaklumkan dia baru berkenalan wanita berusia 40 tahun itu di sebuah bar, sebelum keluar bersama ke hotel berkenaan.

Itulah sebahagian gelagat tiga pasangan dicekup hampir 40 penguatkuasa JAIK dalam Ops Ramadan selama lima jam di empat hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini, semalam.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-undang JAIK, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, pihaknya mendapati segelintir individu mengambil kesempatan melakukan maksiat dalam bulan puasa ini.

“Sedangkan, mereka sepatutnya menjalankan ibadat. Malangnya, ada yang mengambil jalan mudah mengikut hawa nafsu mereka tanpa menghormati kesucian bulan Ramadan,” katanya.

Sumber Sinar Harian


Read more...

KIKI KAMARUDDIN DIBEBASKAN

KIKI (kiri) tiba di IPD Kuantan untuk memberi keterangan.
Kuantan: Selepas lebih lima jam ditahan untuk soal siasat, wanita yang mencetuskan kontroversi kerana membuli seorang warga emas di parkir kenderaan berhampiran Pusat Transformasi Bandar (UTC), di sini, pada Isnin lalu dibebaskan dengan jaminan polis.
Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, dibebaskan lewat malam kelmarin selepas ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis membebaskannya selepas berpuas hati dengan keterangan diberikan dan dia memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses berkenaan.
“Kita berpuas hati dengan keterangan diberikannya dan dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis lewat malam semalam (kelmarin).
“Siasatan kes ini dilakukan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Siti Fairrah hadir bersama ibu bapa dan ahli keluarganya di IPD Kuantan pada jam 4 petang kelmarin bagi memberikan kenyataan berhubung insiden berkenaan.
Abdul Aziz berkata, polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan dengan mengambil keterangan beberapa saksi lagi termasuk orang awam dan anggota polis.
“Siasatan lanjut masih dijalankan, tetapi buat masa ini, kita membebaskan dulu wanita terbabit selepas berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan.
“Namun, kita akan merujuk kepada kepada timbalan pendakwa raya untuk sebarang perubahan seksyen berikutan tindakan wanita itu membuang pengunci stereng yang menjadi bahan bukti dalam kes terbabit,” katanya.
Sumber myMetro

Read more...

Selasa, 15 Julai 2014

Azmin Ali Dilantik Menteri Besar Selangor Selepas Raya?

Azmin (kiri) bersama Khalid.

PETALING JAYA: Selangor dilihat sudah bersedia untuk melantik Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang baharu tidak lama lagi, menggantikan tempat Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah menerima tekanan untuk melepaskan kedudukannya.

Walaupun sebelum ini dilaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada gesaan untuk menggantikan Khalid, kini sumber yang rapat dengan Azmin berkata peralihan kuasa itu akan dilakukan selepas Hari Raya.

"Selepas semuanya, pelantikan ini akan dibuat selepas Hari Raya," kata sumber itu, Selasa.

Sumber itu menambah, Azmin kini mendapat sokongan dari PAS, yang sebelum ini dianggap enggan menggantikan Khalid dengan Adun Bukit Antarabangsa itu.


Sumber itu menambah, DAP dan PAS telah memberi sokongan mereka terhadap pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar yang baharu pada mesyuarat tertutup Pakatan Rakyat yang diadakan pada Selasa.


"Walau bagaimanapun, keputusan muktamad akan dibuat oleh Anwar dalam masa terdekat nanti," kata sumber itu, sambil menambah satu mesyuarat presiden akan membincangkan mengenai perkara itu sebelum Hari Raya.

Sumber itu juga mendakwa bahawa pihak istana tidak mempunyai isu untuk menggantikan Khalid, 'selagi ia dilakukan mengikut perundangan negeri'.

Walau bagaimanapun, pada Selasa dilaporkan PAS Selangor berpendapat bahawa tugas Khalid hendaklah diteruskan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Mereka dikatakan memihak kepada Khalid, termasuk Pesuruhjaya PAS dan Exco negeri Selangor, Iskandar Samad, yang telah dinamakan sebagai pengganti untuk Khalid.

Exco PAS negeri, Dr Halimah Ali, Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi, juga mempertahankan Khalid.

DAP, ketika dihubungi, berkata satu perjanjian yang telah dibuat untuk menggantikan Khalid dengan Azmin telah tersebar. 

"Tidak, kami langsung tidak pernah membincangkan perkara ini semua," kata Adun Kampung Tunk Lau Weng San.

Khalid telah berada di bawah tekanan untuk melepaskan jawatannya daripada rakan-rakan partinya berikutan beberapa kritikan yang dilemparkan berhubung cara beliau mengendalikan pelbagai isu di negeri ini. 

Adun Pelabuhan Klang, yang kalah kepada Azmin dalam jawatan timbalan presiden PKR, juga dikenali sebagai seorang yang tidak berunding dengan parti mengenai dasar negara.


Sumber mStar Online


Read more...

Isnin, 14 Julai 2014

Datuk 48 cucu khalwat dengan isteri orang

imej google

KUALA TERENGGANU - Seorang datuk kepada 48 cucu dan empat cicit didenda RM2,400 selepas didapati bersalah atas pertuduhan khalwat di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, semalam.

Alias Salleh, 78, yang masih beristeri dan mempunyai 18 anak itu turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, dia yang juga seorang bekas guru dan berkahwin sebanyak 25 kali itu memilih menjelaskan denda berkenaan.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati bersalah berkhalwat mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Berdasarkan pertuduhan, Alias didapati berkhalwat dengan seorang tukang cuci berstatus isteri orang, Zalina Ismail, 31, di sebuah rumah di Taman Perumahan Wakaf Tengah, di sini, kira-kira jam 5 pagi pada 10 Mei lalu.

Sebelum kejadian, Alias dan wanita terbabit yang berasal dari Kampung Mengabang Telong, Batu Rakit, ditahan berdua-duaan di dalam rumah berkenaan oleh sepasukan polis, yang kemudian mendapati mereka tiada sebarang hubungan suami isteri atau mahram.

Pendakwaan dibuat Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof, manakala Alias tidak diwakili peguam syarie.  

Terdahulu, Kamalruazmi dalam penghakimannya menasihatkan warga emas itu bertaubat atas kesalahannya, apatah lagi pada usia emas seperti itu kesalahan sedemikian tidak sepatutnya dilakukan.

“Dengan peringkat umur kamu ini, bukan waktu yang munasabah dan sesuai untuk kamu buat kesalahan seperti ini. Kamu nak balik menghadap ALLAH dah...hukuman yang mahkamah jatuhkan kepada kamu tidak boleh menebus kesalahan yang kamu lakukan ini. Insaf dan bertaubatlah,” katanya.


Sinar Harian


Read more...

Operasi kasino kedua di Pahang perlu ambil kira sentimen rakyat

KAWASAN peranginan Berjaya Hills, Bukit Tinggi dikatakan akan dicadangkan menjadi kasino kedua di Pahang. - Gambar Hiasan

BENTONG - Sebarang cadangan untuk meluluskan operasi pusat kasino kedua di negara ini bertempat di Pahang perlu mengambil kira kehendak dan sentimen seluruh rakyat di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan, meskipun keputusan untuk meluluskan lesen perjudian terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri mempunyai kuasa dari segi kelulusan tanah di Pahang.
"Lesen perjudian adalah di bawah kelulusan Kerajaan Persekutuan, saya sebagai Menteri Besar tidak dapat mengulas banyak.
"Setiap keputusan perlu dibuat berdasarkan perasaan dan kehendak rakyat kerana sesuatu yang dianggap baik kepada satu kumpulan mungkin tidak baik bagi kumpulan lain," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis berbuka puasa bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di pekarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Simpang Pelangai di sini kelmarin.
KOSMO!

Read more...

Isnin, 7 Julai 2014

TAWARAN KAWIN SAMA GADIS SYRIA PAKEJ MURAH

IKLAN tersebar dalam kalangan pemilik telefon bimbit kononnya gadis Syria yang ingin dikahwini.
Kuala Lumpur: “Bukan saja gadis Syria, malah nak berkahwin dengan gadis Mesir sekalipun bukan mudah kerana kosnya tinggi. Jadi, ini semua bohong dan mengarut.”
Itu kata Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari mengenai iklan tawaran harga murah untuk lelaki Malaysia berkahwin dengan gadis Syria yang melarikan diri ke Mesir akibat pergolakan di negara mereka. 
Iklan itu tersebar luas dalam kalangan pengguna telefon pintar menggunakan aplikasi WhatsApp di negara ini yang memaparkan wajah empat gadis jelita didakwa dari Syria, kononnya sedia untuk dikahwini dengan bayaran cuma RM4,420. 

Antara maklumat yang tertera di iklan berkenaan, semua gadis itu kini berada di beberapa masjid sekitar Kaherah, Mesir dan mana-mana lelaki Malaysia yang berminat mengahwini mereka boleh menghubungi Ustaz Azizul dengan nombor telefon disediakan.
Ku Jaafar berkata, iklan tawaran berkahwin dengan gadis Syria pernah tersebar di laman sosial Jun tahun lalu, dan kini ia sekali lagi berlaku dalam kalangan pengguna telefon bimbit di Malaysia.
myMetro

Read more...

Jumaat, 4 Julai 2014

Lelaki Raba Punggung Wanita dibelasah Orang Awam


KAJANG: Seorang penganggur diserang oleh penduduk yang marah selepas dia didakwa meraba punggung seorang wanita di Sungai Jelok, di sini.

Lelaki berusia 48 tahun itu dikatakan menyentuh seorang suri rumah selepas dia keluar dari keretanya dan berjalan ke pasar kira-kira pukul 9.30 malam Selasa.

Wanita berusia 35 tahun itu menjerit meminta pertolongan dan bapanya, yang memandu kereta itu keluar dan mengejar lelaki terbabit.

Kejadian itu menarik perhatian orang awam yang berdekatan yang turut bertindak menangkap lelaki itu.

Ketua Polis Daerah ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata polis diberitahu bahawa lelaki itu mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh ke dalam longkang ketika cuba melarikan diri.

Tetapi beliau berkata polis akan menyiasat jika lelaki itu dipukul oleh orang yang menangkapnya.

"Kami percaya bahawa berlaku pergelutan di antara dia dan orang yang menagkapnya, menyebabkan kecederaan di kepalanya. 

"Beliau telah dimasukkan ke wad di Hospital Kajang untuk rawatan," katanya.

Beliau berkata suspek adalah seorang 'kaki botol' dan telah ditangkap beberapa kali dalam kes perjudian haram.

Kes itu disiasat kerana mencabul kehormatan.


Sumber mStar Online


Read more...

Isnin, 30 Jun 2014

LELAKI MELAYU GAY BERSEKEDUDUKAN DENGAN LELAKI WARGA KANADA

HANYA komputer lama yang menjadi peneman Zul di rumahnya. di Blok 1, Flat Taman Semarak, Nilai.
Seremban: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas seorang lelaki Melayu yang mengaku menjalin hubungan sejenis dengan seorang lelaki warga Kanada ketika mereka ditahan di sebuah rumah di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, di sini, 21 Jun lalu.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa JHEAINS Ahmad Zaki Hamzah ketika dihubungi berkata, pihaknya kini menyiasat kes terbabit sebelum tindakan diambil. 
Katanya, jika maklumat berkaitan hubungan sejenis itu sah, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki Melayu itu serta warga Kanada terbabit. 

“Buat masa ini kami menyiasat kes itu dan jika benar kejadian berlaku, ia sangat memalukan,” katanya.
Harian Metro semalam melaporkan, seorang lelaki Melayu dikenali sebagai Zul, 45, mengaku dirinya gay dan tinggal bersama lelaki warga Kanada berusia 50 tahun di flat berkenaan.
Menurut laporan, kedua-dua lelaki terbabit ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan bersama remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui kebuluran ketika operasi memburu warga asing dijalankan. 

Berdasarkan laporan juga, Zul yang ditemui di rumahnya kelmarin tidak malu mengakui dirinya gay dan memaklumkan tinggal bersama warga Kanada terbabit di negara itu selama 16 tahun sejak 1990. 
Sumber myMetro

Read more...

Selasa, 17 Jun 2014

NUR LIYANA (Isteri kekasih Hanez Suraya) TARIK BALIK PERMOHONAN FASAKH

Romie Razin dan Nur Liyana

KLANG - Mahkamah meluluskan permohonan, Nur Liyana Abdul Manan, 29, untuk menarik balik kes fasakh yang difailkan pada 1 Oktober 2013 terhadap suaminya, Romie Razin Adilha Abd Jais,34.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah, Zainal Abidin Kusmin selepas plaintif yang diwakili peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzaman membuat permohonan tersebut.


Berita terdahulu

"Kes ini ditutup dan dianggap selesai,"katanya.

Sebelum itu, Kamar Ainiah membuat permohonan tersebut setelah proses rundingan antara kedua-dua pihak gagal.

"Ia adalah berikutan bapa defendan yang baru meninggal dunia tiga minggu lalu.

"Notis penarikan balik kes fasakh akan diserahkan di kaunter hari ini,"katanya.

Menurutnya, pihaknya akan mengemukakan permohonan baharu iaitu perceraian secara talak mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

"Saya telah berbincang dengan peguam defendan, Rubiah Jaafar dan pihaknya bersetuju terhadap perkara ini,"katanya.

Nur Liyana dan suaminya, Romie Razin Adilha yang juga kekasih pelakon Hanez Suraya hadir ke mahkamah secara berasingan.


Sinar Harian


Read more...

Rabu, 11 Jun 2014

LARANGAN MAHASISWA MELAKUKAN ONANI DI ASRAMA ?

Stiker berisi larangan vandalisme, merokok, dan masturbasi di sebuah asrama mahasiswa di Malaysia. {TheMalayMailOnline.com)

Kuala Lumpur - Beberapa hari ini beredar di laman jejaring sosial mengenai larangan bagi mahasiswa berasmara di sebuah perguruan tinggi di Malaysia untuk melakukan masturbasi. Larangan onani itu dikuatkuasakan di Universiti Teknologi Mara 's (UiTM).

Beriringan dengan beredarnya isu itu, beredar pula foto mengenai pelekat yang menegaskan larangan itu. Pelekat itu disebut-sebut disebar di tiap bilik di asrama pelajar. "Dilarang melakukan kerosakan, dilarang merokok, dilarang beronani. Awas! Anda sedang diperhatikan, "tulis pelekat itu.

Namun hari ini, seorang pegawai Kolej Perindu UiTM membantah bahawa pihaknya melarang mahasiswa melakukan masturbasi. Juru bicara Jabatan Kemahasiswaan dan Alumni UiTM mengatakan kepada The Malay Mail bahawa pelekat itu hoax. Ia menduga ada mahasiswa iseng yang sengaja membuatnya.

"Kami tidak pernah mengeluarkan larangan seperti itu," kata pegawai yang tidak mahu disebutkan namanya. Ketika ditanya sama ada ini bermakna bahawa pelajar dibenarkan untuk masturbasi, dia menjawab, "Larangan itu adalah palsu."

Dia berkata UiTM baru menyedari adanya pelekat itu ketika seorang pegawai yang bertanggung jawab atas pendaftaran mahasiswa menemuinya beberapa waktu lalu. "Kami telah melaporkan perkara itu kepada polis," tuturnya.

Masturbasi dianggap dilarang oleh sebahagian ulama Islam. Namun beberapa ulama berpandangan bahawa itu dibenarkan ketika dapat mencegah zina atau seks di luar nikah.

Sumber tempo.co

Read more...

Selasa, 10 Jun 2014

7 GAMBAR PEMBUATAN BEE HON CAP MASJID YANG SANGAT MELOYA UNTUK DILIHAT


Proses Kilang Mee Hun Cap Masjid milik Van Loong Bee Hoon Sdn Bhd yang tersangat kotor dan jijik cetus kontroversi telah tersebar di laman sosial.
Beberapa keping gambar pemprosesan bihun cap masjid yang cukup meloyakan. Dapat dilihat bihun tersebut diproses tanpa mengikut prosedur kebersihan yang betul dan persekitaran yang sangat kotor.
Saksi juga mendakwa lokasi kilang tersebut terletak di Jalan Ipoh KL berdekatan dengan pasar borong Selayang.








Read more...

Rabu, 4 Jun 2014

BUANG BAYI DALAM GAUNG

Shah Alam: Seorang lelaki disyaki membunuh bayi lelaki berusia enam bulan sebelum menyumbatnya ke dalam beg pakaian dan membuang mayat bayi malang itu ke dalam gaung di Kilometer 3.2 Jalan Genting Highland, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan sepasukan polis semalam selepas ibu bayi terbabit yang juga seorang wanita warga asing membuat laporan polis di Balai Polis Kota Kemuning, apabila menyedari suspek melarikan anaknya. 
Katanya, kejadian berlaku di asrama wanita itu yang bekerja sebagai pembantu rumah apabila suspek mendakwa bayi terbabit telah pun mati sebelum membungkus mayat bayi berkenaan di dalam plastik dan menyumbatnya ke dalam beg pakaian. 

"Bertindak daripada laporan polis dibuat ibu mangsa, polis menahan suspek ketika sedang bersama isterinya di sekitar Shah Alam sebelum dia mengaku telah membuang mayat bayi berkenaan di Genting Highland.
"Suspek kemudian membawa polis ke tempat dia membuang mayat bayi itu dan mayatnya berjaya ditemui kira-kira jam 11 pagi tadi," katanya.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber myMetro

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP