GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Ganas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ganas. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Julai 2014

ROGOL ADIK PEREMPUAN UNTUK HUKUM ABANG

PATNA: Polis di timur India melakukan dua tangkapan berhubung kes rogol budak perempuan berusia 11 tahun yang didakwa diarahkan oleh ketua kampung bagi menghukum abangnya, kata polis semalam. 

Polis berkata, pemeriksaan kesihatan mengesahkan budak itu diserang Isnin lalu dengan penyiasat kini berusaha mendedahkan satu lagi kes keganasan seksual mengejutkan di India. 


Jurucakap polis di Jhakhand, Anurag Gupta, berkata abang mangsa dituduh cuba mencabul jiran di kampung di daerah Bokaro. 

Apabila wanita itu dan suaminya mengadu kepada pemimpin kampung, seorang daripada mereka mencadangkan si suami merogol adik perempuan atau anak perempuan pencabul sebagai hukuman kepadanya. Penduduk hanya melihat “Mereka membawa mangsa ke dalam hutan dan merogolnya. 

Semua penduduk kampung datang, melihat dan tidak berbuat apa-apa. Kami menangis, meminta tolong tetapi tiada siapa berbuat apa-apa,” kata ibu mangsa kepada CNN-IBN. 

Gupta berkata, lelaki berkenaan ditangkap kerana dakwaan rogol pada siang hari Isnin lalu, selain ketua kampung kerana mengarahkan perlakuan jenayah itu. Abang mangsa juga ditahan kerana dakwaan asal cuba mencabul isteri lelaki itu. 

India semakin peka dengan keganasan seksual selepas kes rogol membawa maut seorang penuntut di atas bas yang bergerak di New Delhi pada 2012 yang mencetuskan kemarahan orang ramai dan undang-undang lebih tegas untuk menyekat perogol. 


Ketua kampung masih berkuasa di kampung di India dan selalu bertindak sebagai sistem perundangan, menyelesaikan perbalahan dan membuat penghakiman. Mangsa daripada komuniti Gulgulia, hampir dengan kasta paling rendah yang puaknya selalu mengemis. 

“Ini adalah tindakan zalim. Kami tidak akan membiarkan mereka melakukannya,” kata ketua setiausaha Jharkhand, Sajal Chakraborty. 


- AFP


Read more...

Rabu, 16 Julai 2014

#CDM25, PDRM akan Siasat Wanita kaki Buli

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat wanita yang bertindak ganas terhadap seorang lelaki tua ketika kemalangan di Kuantan, Pahang selepas rakaman video kejadian itu menjadi viral sejak petang semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, wanita berkenaan akan disiasat mengikut undang-undang jalan raya kerana bertindak sebagai pembuli jalanan.
"Saya sudah melihat rakaman video itu pagi tadi, kita akan siasat wanita itu. Kalau kemalangan bukan itu caranya tetapi dia perlu membuat laporan polis bukan bertindak sendiri.

"Tindakannya itu mengundang bahaya dan dianggap sebagai pembuli jalan raya yang menyalahi undang-undang," katanya ketika sidang media penyerahan bungkusan Aidilfitri kepada pegawai dan anggota PDRM di Bukit Aman, tadi.
Beliau berkata, meskipun lelaki di dalam video itu tidak tampil membuat laporan polis, pihaknya akan tetap mengambil tindakan dan menyiasat wanita itu.
"Kalau tiada laporan polis kita akan buat laporan terhadap wanita itu kerana rakaman video itu sudah tersebar dan menjadi bukti kejadian," katanya.

Kebanyakan pengguna laman sosial menyelar tindakan wanita itu yang dianggap biadap. Namun ada juga pengguna merasakan perkara ini patut diselesaikan pihak polis.

myMetro

Read more...

MARAH HENDAK DICERAI,WANITA POTONG KEMALUAN SUAMI


KUALA LUMPUR: Gara-gara marah kerana mahu diceraikan, seorang wanita warga Myanmar nekad memotong kemaluan suaminya di rumah lelaki itu di Taman Wilayah, Selayang, di sini pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, wanita berusia 40 tahun yang telah tinggal berasingan pergi ke rumah suaminya yang juga warga Myanmar untuk berbincang.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata, setelah suaminya membenarkan wanita itu masuk dan beliau terus tidur di ruang tamu, wanita itu secara tiba-tiba bertindak memotong kemaluan suaminya dengan pisau.

"Mangsa berusia 40 tahun itu yang telah tertidur berasa sakit di bahagian kemaluannya dan dia terkejut apabila kemaluannya berlumuran darah.


Mangsa melihat isterinya memegang pisau dan dia terus melarikan diri dari rumah itu. Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil," katanya di sini Selasa.


Munusamy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan usaha untuk mengesan suspek masih dipergiatkan.


Sumber


Read more...

Sabtu, 12 Julai 2014

Kekejaman rejim Zionis wajar dilaknat - Mufti


PENDUDUK Palestin menyembahyangkan jenazah Abdallah Abu Ghazal, 5, di sebuah masjid di Beit Lahiya, utara Gaza, kelmarin. Abdallah adalah antara 22 yang terbunuh dalam serangan udara Israel awal pagi kelmarin. - AFP


KUALA LUMPUR 11 Julai - Kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin benar-benar mengundang kemarahan masyarakat Islam yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim di luar batasan kemanusiaan.

Kehancuran bandar Gaza akibat bedilan serangan udara Israel tidak hanya memusnahkan rumah kediaman, malah mencabut ratusan nyawa tidak berdosa termasuk wanita, warga emas dan kanak-kanak.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, rejim Israel langsung tidak mempedulikan peraturan antarabangsa dan mencemar kemuliaan Ramadan kepada umat Islam apabila melakukan serangan tanpa henti.

"Memang di dalam al-Quran pun telah banyak perkara yang Allah SWT melaknat orang Yahudi kerana melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran dan sudah menjadi tabiat mereka tidak mempedulikan pandangan orang lain.

"Apa yang cukup menyedihkan adalah kematian kanak-kanak dan wanita juga tidak menjadi masalah kepada mereka, rejim Israel ini benar-benar tidak berperikemanusiaan dan langsung tidak kisah mengenai darah yang tumpah di atas kezaliman mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, kekejaman rejim Israel itu amat terkutuk justeru beliau menyeru agar umat Islam seluruh dunia mendoakan keselamatan rakyat Palestin.

"Kekejaman terbaharu Israel ini merupakan tindak balas terhadap perpaduan masyarakat Palestin (kerajaan perpaduan Hamas-Fatah), marilah kita sama-sama berdoa agar perpaduan umat Islam Palestin dapat dipertahankan dan kemudiannya memulihkan kekuatan Islam," katanya.

Katanya, kezaliman rejim Israel tiada penghujungnya kerana sejak 1970-an lagi rejim itu sentiasa menyerang Palestin pada bulan Ramadan.

Dalam pada itu, menurut Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut, penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin adalah amat dahsyat dan menyedihkan kerana terus terperangkap dengan kekejaman demi kekejaman rejim Israel.

"Apa yang dilakukan oleh rejim Israel adalah bukan tamadun manusia, mereka sanggup mencabut nyawa kanak-kanak berdosa sehingga ada keluarga yang langsung hilang zuriat keturunan mereka," katanya.
Kata Nooh, walaupun jarak Malaysia dan Palestin agak jauh, beliau menyeru agar rakyat Malaysia terus melakukan solat hajat dan mendoakan keselamatan rakyat Palestin selain menghulurkan derma agar bantuan dapat disalurkan kepada mereka.

Sumber Utusan

Read more...

Isnin, 7 Julai 2014

PENGANTIN BAHARU DIBAKAR SUAMI

Unit Forensik PDRM melakukan siasatan di rumah tempat kejadian kes suami membakar isteri di Kampung Abi Batas Paip.

KANGAR - Pada masa mereka sepatutnya menikmati hidup bahagia berbulan madu, sepasang suami isteri yang baharu seminggu berkahwin sebaliknya sering bertengkar.

Puncanya kerana si suami dikatakan cemburu melampau lantaran mengesyaki isterinya main kayu tiga dengan lelaki lain.
Pagi semalam, perasaan cemburu itu dipercayai tidak terkawal lagi hingga dia dikatakan bertindak melampaui batas cuba membakar wanita itu.
  
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, kejadian berlaku di rumah keluarga lelaki itu di Kampung Abi, Padang Machang di sini,  kira-kira jam 9.30 pagi semalam.
 
“Pada masa kejadian, seorang jiran mendengar pasangan itu bergaduh besar sebelum bertindak masuk ke dalam rumah berkenaan kerana risau berlaku perkara tidak baik. Dia terkejut apabila melihat suami isteri itu terbakar di dalam bilik air rumah berkenaan,” katanya.
  
Abdul Rahman berkata, berdasarkan siasatan awal , suspek yang juga seorang penganggur  berusia 23 tahun itu, dipercayai menyimbah petrol ke badan isterinya sebelum bertindak mencucuh dengan menggunakan pemetik api.
 
“Namun api turut menyambar kaki dan tangannya  mengakibatkan dia sendiri turut mengalami kesan terbakar kira-kira 20 peratus," katanya.
 
Menurut Abdul Rahman, mangsa pula mengalami kecederaan akibat terbakar kira-kira 85 peratus berikutan api menyambar bajunya menyebabkan bahagian pinggang dan kakinya terbakar.
 
Katanya, beberapa jiran menolong memadamkan kebakaran sementara menunggu kedatangan bomba dan penyelamat.
 
“Mangsa dihantar ke Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan rapi sementara suspek masih berada di Hospital Tuanku Fauziah dan akan direman untuk membantu siasatan.
 
“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, keluarga mangsa sepatutnya mengadakan majlis kenduri kesyukuran semalam bagi menyambut ulang tahun kelahiran wanita tersebut.
 
Nenek mertua mangsa berusia 70-an berkata, mereka sekeluarga sepatutnya mengadakan kenduri kesyukuran sempena hari lahir mangsa yang ke 23 semalam.
 
Bagaimanapun, mereka sekeluarga dikejutkan dengan kejadian berkenaan.

Menceritakan semula kejadian, ketika itu, dia baru pulang dari pasar sebelum terdengar jeritan orang meminta tolong dari dalam bilik.
 
“Saya kemudian masuk ke dalam rumah dan melihat badan mangsa sedang terbakar.

“Cucu saya yang cuba memadamkan api itu juga mengalami kecederaan, sebelum membantu mangsa dengan mengambil air dan mencurahkannya ke badan mangsa,” katanya dalam nada sedih.

Sumber Sinar Harian


Read more...

Khamis, 3 Julai 2014

ISTERI KELAR MUKA SUAMI YANG SUKA KENCING MERATA RATA

Shery Lyn Downs
Seorang wanita berusia 52 tahun dituduh mengelar muka suaminya kerana kencing merata-rata di bilik air.
Menurut dokumen mahkamah, Shery Lyn Downs ditahan Isnin lalu selepas polis tiba di tempat kejadian. 
Jurucakap polis berkata, suami Shery yang berusia 68 tahun ditemui duduk di tangga sambil menekap mukanya dengan tuala yang berlumuran darah. 

Dia memberitahu polis isterinya cuba mengelar lehernya.
Polis yang memasuki rumah berkenaan menemui darah di ruang tamu dan titisan darah menghala ke bilik tidur.
Shery berada di dalam rumah berkenaan dalam keadaan mabuk tetapi tidak cedera. 

Dia mulanya memberitahu polis suaminya mencederakan dirinya sendiri dan mendakwa lelaki itu mencetuskan masalah dengan kencing merata-rata. 

Di hospital, mangsa memberitahu isterinya berang kerana dia kencing di atas lantai di bilik air. 

Dia berada di dalam bilik tidur apabila isterinya cuba dua kali untuk masuk dengan membawa pisau dan mengugut membunuhnya. 

Kali kedua dia masuk ke bilik tidur itu, Shery bertindak mengelar muka suaminya. 

Menurut sumber, mangsa luka beberapa sentimeter di muka dan memerlukan pembedahan khas. 
- Agensi

Read more...

Selasa, 1 Julai 2014

BAPAK SAUDARA SEMBELIH ANAK SAUDARA KETIKA TUNGGU BERBUKA

LOKASI kejadian mangsa dikelar bapa saudara. FOTO Fieza Fariez
Beluran: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat maut dikelar oleh bapa saudarnya menggunakan parang pemotong daging dalam kejadian di sebuah restoran di Kampung Gambaron Telupid, dekat sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa Mohamad Khairul Abdullah, 4, yang mengalami cedera parah di bahagian leher kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Telupid, dekat sini, untuk rawatan lanjut namun gagal diselamatkan.
Difahamkan, ketika kejadian itu, mangsa bersama ahli keluarganya termasuk bapa saudara mangsa (suspek) sedang menunggu waktu untuk berbuka puasa di restoran makanan terbabit yang juga milik ibu mangsa.

Bagaimanapun, suspek dikatakan memanggil mangsa (Mohamad) lalu membawanya ke bahagian belakang restoran sebelum bertindak mengelar leher mangsa dengan menggunakan sebilah parang pemotong daging yang diambilnya di dalam restoran berkenaan.
Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan V Sivanathan berkata, pihaknya yang menerima panggilan berkenaan kejadian itu kira-kira jam 7 malam itu kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan suspek berusia 23 tahun berjaya diberkas.
Sivanathan berkata, polis tidak mengetahui punca suspek bertindak sedemikian kerana suspek tidak ada pergaduhan atau marah dengan sesiapa di restoran berkenaan dan dipercayai suspek mengalami masalah mental.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Duchees of Kent Sandakan, dekat sini untuk bedah siasat.

"Manakala suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh," katanya.
Sumber myMetro


Read more...

KES CEMBURU ! WANITA BAKAR PEREMPUAN SIMPANAN SUAMI

GAMBAR Shi sebelum cuba membunuh diri.
Seorang wanita menyimbah petrol dan membakar perempuan simpanan suaminya sebelum cuba membunuh diri.
Kejadian berlaku kelmarin apabila suspek yang hanya dikenali dengan nama keluarganya, Shi, menyimbah mangsa dengan petrol di luar sebuah warung kopi. 
Wanita itu mendakwa perempuan simpanan suaminya memaksa dia bercerai. 

Rakaman video menunjukkan seorang wanita terbakar dengan bunyi jeritan yang menakutkan.
Mangsa kemudian rebah dan mati di tempat kejadian.
Mayat itu rentung hingga tidak dapat dikenali. 

Selepas serangan itu, Shi meminum racun serangga dan cuba mengelar dirinya dengan pisau tetapi berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital. 

Menurut pemilik warung itu, Shi datang dengan berpakaian serba hitam dan mengekori mangsa sambil memegang baldi berisi petrol. 

Apabila tiba di warung itu, Shi bertanya kepada mangsa: “Adakah kamu yang mendampingi suami saya?” 

Tanpa menunggu jawapan daripada mangsa, Shi menyembur serbuk lada ke muka wanita itu dan berlari mengambil baldi berisi petrol lalu, menyimbah wanita berkenaan dan membakarnya.
Sumber

Read more...

Sabtu, 28 Jun 2014

SELUAR JEAN ANTI ROGOL DICIPTA 2 GADIS

DUA wanita itu menunjukkan jean antirogol dicipta mereka.
New Delhi: Dua wanita India mencipta seluar jean ‘antirogol’ yang boleh menghantar isyarat kecemasan kepada polis tempatan yang kemudian mampu mengesan lokasi isyarat itu dan membantu mangsa.
Inisiatif berkenaan diambil selepas beberapa siri serangan kejam di negara itu yang turut menggemparkan dunia. 
Diksha Pathak, 21, dan Anjali Srivastava, 23, dari bandar Varanasi berkata, mereka meletakkan sejenis alat peranti yang apabila ditekan akan menghantar isyarat ke balai polis berhampiran. 

Hampir 200 balai polis di kawasan berkenaan sudah dilengkapi teknologi untuk menerima isyarat kecemasan apabila alat itu diaktifkan.
Jika uji kaji yang bakal dilakukan bulan depan berjaya, ahli parlimen India akan memperluaskan sistem itu ke seluruh negara.
Kemarahan orang ramai tercetus kembali bulan lalu selepas kematian dua gadis masing-masing berusia 12 dan 14 tahun yang dirogol beramai-ramai dan dibunuh di Uttar Pradesh.
Sumber

Read more...

Kerana semangkuk bihun RM2.60 Lelaki dibunuh

MAYAT mangsa yang dibunuh kerana semangkuk bihun.
Hubei (China): Seorang lelaki ditahan selepas menikam mangsa hingga mati, sebelum mengelar leher dan merobek dada untuk mengeluar jantung mangsa.
Lelaki berkenaan dikatakan turut menggigit organ itu selepas mencabutnya dari tubuh mangsa. 
“Kejadian berdarah dan menakutkan itu berlaku di tepi jalan dan ia berpunca daripada pergaduhan demi semangkuk bihun berharga 5 RMB (RM2.60),” kata saksi. 

Orang ramai berkumpul untuk menyaksikan perbuatan kejam itu, namun tidak seorang pun berani menghentikan perbuatan lelaki berkenaan.
Menurut saksi, suspek tidak melarikan diri selepas melakukan kekejaman berkenaan, sebaliknya merayau-rayau di lokasi kejadian dan duduk sambil memegang jantung mangsa.
Kira-kira 40 minit kemudian, polis tiba dan menahan suspek. 

Penduduk tempatan menyifatkan serangan itu sebagai ‘tidak masuk akal’ dan mengaku ketakutan kerana ia berlaku berhampiran kediaman mereka. 

“Kami tidak berasa selamat sekarang,” kata seorang penduduk di situ.
- Agensi

Read more...

Isnin, 23 Jun 2014

DIROGOL BERGILIR GILIR DIBUNUH DAN MAYAT DIGANTUNG PADA POKOK

MAYAT Muzammil tergantung pada pokok.
Islamabad: Seorang wanita dirogol secara bergilir-gilir, dibunuh dan mayatnya digantung pada pokok, dalam satu kes yang hampir sama dengan kejadian pemerkosaan dan pembunuhan dua gadis di India bulan lalu.
Polis di Pakistan berkata, Muzammil Bibi, 21, diserang tiga lelaki di sebuah ladang di kawasan Layyah di wilayah Punjab.
Seorang daripada mereka, teman lelakinya yang dikenalinya enam bulan lalu Muhammad Saqib, mengaku merogol dan membunuhnya.

Saqib dikatakan cuba memaksa Muzammil, anak pasangan suami isteri yang buta, melakukan seks dengan dua rakannya.
Menurut polis, apabila mangsa enggan, mereka bergaduh.
Kejadian dikatakan berlaku Khamis lalu, tetapi dilapor kepada polis keesokannya selepas penduduk tempatan menemui mayat mangsa tergantung pada pokok.

Jurucakap polis, Ghazi Salahudin berkata, Muzammil, anak sulung daripada lapan beradik digantung selepas diperkosa supaya dia dilihat seperti membunuh diri.

Menurut polis, Saqib berkenalan dengan mangsa enam bulan lalu selepas mengunjungi rumahnya selaku pembantu pemborong sayur.

Sehari sebelum pembunuhan itu, Saqib membawa Muzammil ke kedai tempat dia bekerja.

Dia membawanya ke atas loteng bangunan kedai itu, tempat dua rakannya menunggu.
Apabila Saqib memujuknya supaya mengadakan seks dengan ketiga-tiga mereka, Muzammil melawan.

Mangsa kemudian dirogol secara bergilir-gilir sebelum dibunuh.

Dalam kejadian serupa di utara India bulan lalu, dua gadis berusia belasan tahun ditemui tergantung pada sebatang pokok selepas dirogol secara bergilir-gilir.

Tiga lelaki ditangkap sementara dua anggota polis ditahan kerana cuba menyembunyikan jenayah itu. 
- Agensi(myMetro)

Read more...

Sabtu, 21 Jun 2014

KANAK KANAK KURANG UPAYA DIKURUNG SAMPAI KERING

Nilai: Sedih dan memilukan apabila seorang kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) dianggarkan berusia 5 tahun ditemui dalam keadaan derita dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak di sini, ketika Ops 6P Jabatan Imigresen, awal pagi tadi.
Operasi bermula jam 2 pagi diketuai Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman bersama 115 anggotanya, 30 Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), empat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan lima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyerbu rumah berkenaan. 
Menurut Faizal, hasil maklumat awam beliau memecah masuk rumah itu dan pada mulanya menyangka menemui mayat di dalam sebuah bilik namun terperanjat apabila kanak-kanak terbabit masih bergerak. 

Menurutnya, kanak-kanak itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.
Ibu kanak-kanak malang terbabit kemudiannya ditahan sebaik pulang bekerja untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sumber myMetro

Read more...

Jumaat, 13 Jun 2014

Penjara 11 tahun kerana masak kari mayat

SUSPEK yang dihukum penjara semalam.
Lahore: Dua lelaki adik beradik semalam dipenjara 11 tahun sebuah mahkamah di sini kerana memakan mayat bayi dalam kes yang mengejutkan rakyat Pakistan.
Mereka melakukan demikian setahun selepas dibebaskan atas kesalahan sama.
Farman Ali dan Mohammad Arif ditahan April lalu selepas polis menemui kepala bayi berusia dua hari di rumah mereka.
Mereka mencuri mayat bayi itu dari tanah perkuburan di kampung mereka di Darya Khan, kira-kira 300 kilometer ke selatan Islamabad.
Menurut polis lagi, kedua-dua beradik itu yang berusia lewat 30-an, memasak dan memakan kari yang dimasak daripada mayat berkenaan.
Mereka pernah ditahan kerana memakan mayat di kampung sama pada 2011 dan menjalani hukuman penjara dua tahun serta menjalani rawatan psikiatrik.
 - Agensi

Read more...

Rabu, 11 Jun 2014

Hanya 21 lelaki terbabit kes rogol dua remaja di Ketereh

Kota Bharu: Polis Kelantan mengesahkan hanya 21 lelaki terbabit dalam kes rogol dua remaja di Ketereh pada 20 Mei lalu, dan bukannya 38 orang seperti dilaporkan sebelum ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman , berkata pihaknya percaya mangsa berumur 15 dan 17 tahun itu dirogol berulang kali oleh suspek sama. 
Jalaluddin berkata, mangsa berusia 15 tahun mendakwa dirogol di dua tempat berasingan iaitu di sebuah rumah kosong dan rumah seorang suspek yang masih bebas di Kampung Hutan Pasir, Ketereh. 

Tujuh lagi suspek diburu

“Tiga belas suspek merogol mangsa di lokasi pertama, manakala lapan lagi di lokasi kedua.

“Hasil siasatan ke atas mangsa kedua, dia juga menyatakan turut dirogol bersama mangsa pertama di sebuah rumah kosong di kampung sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Berikutan kejadian itu, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan membuat beberapa serbuan dan pemeriksaan di beberapa kawasan di Ketereh dan berjaya menahan 14 lelaki berusia 15 hingga 38 tahun. 
“Kita sedang memburu tujuh lagi suspek dalam lingkungan usia 20-an yang masih bebas.

“Kes ini sudah dirujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan Kelantan dan pertuduhan boleh dibuat mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama,” katanya.

Difahamkan, empat daripada suspek akan didakwa hari ini.

Sebelum ini, dalam laporan polisnya, mangsa berusia 15 tahun mendakwa dia dan rakannya dirogol 38 lelaki dalam kejadian bermula jam 7.30 malam pada 20 Mei lalu.

Berikutan kejadian itu, mangsa berusia 15 tahun itu mengalami trauma teruk, menyebabkan keluarganya mengambil langkah meninggalkan rumah mereka di Kuala Krai, bagi mengelak diganggu mana-mana pihak.

BH


Read more...

Selasa, 10 Jun 2014

WANITA MALAYSIA DIROGOL DI INDIA, Polis ada bukti kukuh untuk dakwa tertuduh

NEW DELHI: Ketidakhadiran wanita warga Malaysia yang menjadi mangsa rogol di Jaipur, India, tidak akan menjejaskan pendakwaan suspek bukti yang kukuh telah diperoleh untuk mendakwanya.

"Ketidakhadiran mangsa tidak memberi kesan apa-apa kesan kepada pendakwaan.

Kami telah merakamkan kenyataan mangsa di hadapan majistret di bawah seksyen 164 CrPC (Merakamkan pengakuan dan kenyataan) sebelum beliau kembali ke Malaysia," menurut seorang pegawai polis seperti dipetik dalam laporan akhbar 'The Times of India'.

Mangsa berusia 30 tahun itu telah berkali-kali menceritakan insiden itu di hadapan majistret betul-betul seperti yang beliau beritahu kepada polis, kata pegawai polis itu.

Menurut laporan, polis telah menjumpai kesan air mani dalam kereta yang mangsa mendakwa dia dirogol dan polis juga merampas senjata yang dikatakan digunakan oleh suspek untuk mengugut mangsa.

Sebuah botol minuman ringan yang tertuduh memasukkan dadah supaya mangsa tidak sedarkan diri juga telah dijumpai.

Pihak berkenaan juga masih menunggu laporan perubatan dan forensik, menurut akhbar harian berbahasa Inggeris itu.

Polis berkata mangsa tidak dapat memberitahu lokasi tepat, tempat dia dirogol kerana suspek memandunya di sekitar kawasan yang beliau langsung tidak ketahui.

Polis akan cuba mengesahkan ini daripada suspek yang kini ditahan reman sehingga esok.

Menurut pegawai polis, berdasarkan bukti yang diperoleh oleh polis, insiden itu merupakan rogol yang dirancang terlebih dahulu.

Walaupun sebelum suspek membawa mangsa ke hotel untuk makan malam bersamanya, dia berniat untuk memasukkan dadah dalam minuman dan merogolnya.

"Kami telah menjumpai beberapa bukti yang tidak ragu-ragu lagi untuk membuat andaian bahawa dia merogol mangsa. Hakikat bahawa suspek membawa senjata memperkukuhkan lagi teori bahawa dia merancangnya terlebih dahulu," kata pegawai polis itu.

aStro Awani

Read more...

Rabu, 4 Jun 2014

BUANG BAYI DALAM GAUNG

Shah Alam: Seorang lelaki disyaki membunuh bayi lelaki berusia enam bulan sebelum menyumbatnya ke dalam beg pakaian dan membuang mayat bayi malang itu ke dalam gaung di Kilometer 3.2 Jalan Genting Highland, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan sepasukan polis semalam selepas ibu bayi terbabit yang juga seorang wanita warga asing membuat laporan polis di Balai Polis Kota Kemuning, apabila menyedari suspek melarikan anaknya. 
Katanya, kejadian berlaku di asrama wanita itu yang bekerja sebagai pembantu rumah apabila suspek mendakwa bayi terbabit telah pun mati sebelum membungkus mayat bayi berkenaan di dalam plastik dan menyumbatnya ke dalam beg pakaian. 

"Bertindak daripada laporan polis dibuat ibu mangsa, polis menahan suspek ketika sedang bersama isterinya di sekitar Shah Alam sebelum dia mengaku telah membuang mayat bayi berkenaan di Genting Highland.
"Suspek kemudian membawa polis ke tempat dia membuang mayat bayi itu dan mayatnya berjaya ditemui kira-kira jam 11 pagi tadi," katanya.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber myMetro

Read more...

Video, Pergaduhan Di Pasar Ikan Keningau Tersebar

Seorang lelaki bersenjatakan skimmer ikan mengejar sekumpulan lelaki dalam insiden pergaduhan di pasar ikan dekat Keningau.

KOTA KINABALU: Video pergaduhan yang didakwa melibatkan penduduk tempatan dan warga asing di pekan Keningau tersebar dan heboh diperkatakan.


Video berdurasi 23 saat itu yang dipercayai dirakamkan dekat pasar ikan pekan itu pada Ahad, menunjukkan sekumpulan lelaki dikejar oleh seorang lelaki bersenjatakan skimmer ikan.

Video tersebut turut memaparkan seorang lagi lelaki yang mukanya tertiarap ke tanah dan disepak oleh seorang lagi individu di bahagian muka.

Lelaki yang cedera itu kemudiannya dilihat mengangkat kepalanya seketika sebelum rebah di atas jalan.

Jurukamera yang merakam video tersebut tidak terlibat dalam pergaduhan itu dan mungkin menyembunyikan diri dari kekecohan tersebut.
Polis pada Selasa mengesahkan seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun telah ditahan kerana terlibat dengan insiden yang menyebabkan tiga lelaki mengalami kecederaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Keningau, Asisten Supritendan, Awang Amit berkata pergaduhan itu tercetus apabila suspek didakwa berang dengan empat lagi rakannya yang minum di luar pusat karaoke dekat pasar ikan di sini.

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 3 petang Ahad.

Awang berkata, polis sedang mencari individu lain yang terlibat dalam insiden itu dan percaya kesemua mereka bekerja di pasar ikan itu.

Salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Manayon Palanok, 39, yang disepak di bahagian muka, menerima rawatan di hospital daerah Keningau manakala tiga lagi dirawat sebagai pesawat luar.
Sumber mStar Online

Read more...

Selasa, 3 Jun 2014

ROGOL, POLIS DIHUKUM PENJARA DAN SEBAT

KOTA BHARU - Seorang anggota polis berpangkat sarjan mejar dihukum penjara 15 tahun dan lapan sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol remaja berusia 14 tahun, lima tahun lalu.

Keputusan dibuat Hakim, Mohd Yusoff Yunos terhadap tertuduh Mahmad Abidin, 57, yang juga bekas ketua balai selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mahmad didakwa merogol remaja perempuan berusia 14 tahun itu di dalam pejabat Ketua Polis Balai Polis Binjai, di sini, pada jam 2.30 petang, 15 Oktober 2009.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376(1) kanun sama yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof, manakala, tertuduh diwakili peguam bela, Datuk Sukri Mohamed.

Pada prosiding semalam, Ahmad Salam mohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan ambil kira jenayah yang dilakukan lebih-lebih lagi membabitkan tertuduh yang berkhidmat sebagai penjawat awam.

“Saya mohon mahkamah mengambil kira kepentingan mangsa dan masyarakat di luar sana. Tertuduh dan masyarakat juga perlu mendapat pengajaran daripada kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Yusoff membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman dengan syarat rayuan difailkan pada hari sama.

Jaminan dinaikkan dari RM10,000 kepada RM15,000 dengan seorang penjamin berkuat kuasa sejurus notis rayuan difailkan.


Sumber

Read more...

Isnin, 2 Jun 2014

VIDEO SAMSENG BERTUDUNG

Kuala Lumpur: Disepak, dipijak dan diheret atas lantai. Itu nasib seorang pelajar perempuan yang menjadi mangsa belasahan sekumpulan pelajar samseng dalam kejadian dipercayai berlaku dalam kawasan sekolah dan dirakam oleh seorang daripada suspek.
Video yang tidak diketahui tarikh rakaman dan kini tersebar di laman sosial Facebook (FB) itu menunjukkan mangsa berdiri dikerumuni pelajar lain yang berkata sesuatu yang kurang jelas sebelum bertindak membelasahnya.
Dalam video berdurasi satu minit 17 saat, pelajar perempuan yang merakam kejadian berkenaan turut memperkenalkan dua rakannya sebagai ‘gengster’ dan ‘kak yong’ dan memanggil dirinya sebagai ‘pailang’ yang bermaksud samseng.
Mangsa yang bertudung ditendang oleh seorang pelajar sebelum ditarik rambut, ditumbuk dan ditendang oleh sekurang-kurangnya empat orang serta diheret atas lantai dengan menarik rambutnya.
Mangsa yang dibelasah selama kira-kira 30 saat tidak melawan dan kedengaran menangis teresak-esak pada penghujung rakaman berkenaan.
Video yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit mengundang kemarahan pengguna FB yang mendesak agar pihak berkuasa segera menyiasat kejadian berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya.
“Xpe..nanti aku nk repot polis.
Muka dua orang budak ni aku dah buat screen shot...so senang nak cari,” kata seorang pengguna dikenali sebagai Mustapa Kamal.
Bagaimanapun lokasi kejadian dan sumber video berkenaan masih belum diketahui.
Sumber myMetro

Read more...

Jumaat, 30 Mei 2014

BAPA DAN 2 ANAK DIANTARA SASPEK ROGOL GADIS 12 TAHUN

Salah seorang saspek

PASIR MAS - Seorang bapa bersama dua anaknya antara 14 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, tiga beranak yang berumur antara 15 hingga 38 tahun itu ditahan pagi semalam di sekitar Ketereh.

"Anak beranak itu ditahan untuk membantu siasatan kes rogol itu dan terbaharu kita menahan seorang lagi lelaki berumur 20-an juga di sekitar Ketereh pagi ini.

"Pagi ini, seramai sembilan lelaki termasuk tiga beranak itu direman selama seminggu yang menjadikan keseluruhan direman adalah seramai 13 orang termasuk seorang gadis berumur 17 tahun semalam," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Yong Heng berkata, seorang lagi suspek yang ditahan pagi ini akan direman esok.

Beliau berkata, gadis yang direman semalam turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Baharu mendakwa dirinya dirogol dalam kejadian itu.

Polis kini sedang memburu saki-baki suspek yang terbabit dalam kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan, katanya.

Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.

Sementara itu, Yong Heng berkata polis menahan seorang lelaki berumur 20-an kerana membelasah dua lelaki disyaki merogol adiknya yang berusia 12 tahun dalam satu kejadian di Tawang, Bachok, pada 24 Mei lepas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata, katanya.

 - Bernama


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP