GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan

Rabu, 2 Oktober 2013

Berita tak Sedap didengar dari Audit Negara, Orang Mati Masih Dapat Bantuan

145 orang mati masih terus mendapat bantuan kerajaan
KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan bahawa bantuan kebajikan masih dibayar kepada 145 orang mati di Kelantan, Sabah dan Negeri Sembilan.
Di Kelantan, 93 orang di Pasir Mas, Pasir Puteh dan Kota Baru terus menerima bantuan berjumlah antara RM65 dan RM120 sebulan, walaupun mereka sudah meninggal dunia di antara tahun 2005 dan 2012.
"Audit mendapati bahawa 41 penerima telah diberikan sebanyak RM110,700 menerusi akaun bank mereka.
"Daripada jumlah itu, RM65,691 telah dikeluarkan oleh waris si mati," kata laporan itu.
Di Sabah, Jabatan Kebajikan Masyarakat didapati telah membayar bantuan kepada si mati, dengan audit mendedahkan bahawa senarai penerima dalam sistem eSBK itu termasuk 12 penerima yang telah meninggal dunia di Semporna dan Sandakan.
"Lapan penerima yang mati masih mendapat bantuan antara satu dan tiga bulan dari tarikh kematian mereka seperti yang dinyatakan dalam senarai itu, dengan jumlah yang dibayar antara RM150 dan RM450.
"Selain itu juga tiada maklumat mengenai tarikh kematian sebenar bagi empat penerima yang sudah meninggal dunia dalam senarai" demikian menurut laporan itu.
Sementara itu di Negeri Sembilan, Jabatan Kebajikan Masyarakat membayar kepada 40 orang mati dari Seremban, Kuala Pilah dan Port Dickson di antara RM100 dan RM200 sebulan. Daripada 40 si mati itu, dua daripadanya meninggal dunia pada 2008.
Sumber mStar Online

Read more...

Selasa, 1 Oktober 2013

Berita tak sedap didengar dari Audit Negara: Bekalan Susu 1Malaysia Disimpan Di Tempat Berisiko

KUALA LUMPUR: Bekalan susu bagi Program Susu 1Malaysia disimpan di surau, bilik sumber, ruang bawah tangga dan tempat umum yang berisiko di sekolah, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012.
Laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Selasa itu menyebut berdasarkan temu bual bersama guru, mereka tidak mengetahui tatacara penyimpanan susu yang sesuai memandangkan mereka tidak menerima buku panduan.
"Kontraktor pula tidak memberi penerangan kepada guru mengenai penyimpanan susu dan sekolah menghadapi masalah ruang yang kurang sesuai untuk penyimpanan susu," menurut laporan itu.
Laporan berkenaan menyebut susu yang tidak disimpan dengan teratur dan baik di tempat yang sesuai, mudah rosak dan tercemar dan berisiko keracunan.
"Susu juga perlu disimpan di lokasi yang mempunyai pengudaraan yang mencukupi bagi menjamin jangka hayat susu tersebut," menurut laporan itu.
Laporan itu menyatakan sebahagian sekolah yang diperiksa tidak merekodkan penerimaan dan pengeluaran manakala sebahagian lagi merekodkan penerimaan dan pengeluaran susu tetapi dalam pelbagai format.
"Laporan Kes Keracunan Makanan Melibatkan Susu 1Malaysia menunjukkan sebanyak 97 kes dicatatkan pada 2011 dan 78 kes dalam 2012," menurut laporan itu.
Menurut laporan itu, kes keracunan melibatkan Susu 1Malaysia berpunca daripada tidak toleran laktosa, alahan terhadap susu lembu dan kaedah pengendalian susu. 
BERNAMA

Read more...

Ahad, 29 September 2013

Jadi Pendek kerana kurang minum susu ?

Bangkok: Golongan muda Thailand kebiasaannya pendek kerana mereka tidak minum banyak susu, kata Menteri Kesihatan Awam, Pradit Sintawanarong. 

Ini berdasarkan kajian kementerian berkenaan yang mendapati purata ketinggian remaja lelaki berusia 18 dan 19 tahun ialah 167.1 sentimeter, manakala bagi perempuan, 157.4 sentimeter. 

Kurangnya amalan minum susu dipercayai punca utama mengapa ketinggian mereka begitu, kata Dr Pradit. 

Penduduk Thai kurang minum susu berbanding di negara lain di Asia Tenggara dengan purata 14 liter susu seorang setiap tahun. 

Ini berbanding dengan kadar purata negara lain serantau sebanyak 60 liter manakala kadar antarabangsa, 103.9 liter setahun, katanya lagi. 

Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Thailand, Pornthep Siriwanarangsan, berkata pihak kementerian merancang untuk menaikkan kadar ketinggian remaja lelaki Thai berusia 18 tahun kepada 175 sentimeter dan 162 sentimeter bagi remaja perempuan. 

Kementerian itu juga mahu mempromosi amalan menyusu bayi bagi enam bulan pertama selepas kelahiran selain kanak-kanak minum dua hingga tiga gelas susu sehari, manakala yang lebih tua, dua gelas sehari, kata Dr Pradit.


 - AGENSI


Read more...

Sabtu, 28 September 2013

Celup Ayam Dalam Perwarna Perbuatan Salah - Dr Subramaniam

imej ayam kampung ori
PUTRAJAYA: Perbuatan mencelup ayam dalam cairan pewarna bagi tujuan menipu pengguna kononnya itu ayam kampung adalah salah di sisi undang-undang, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
"Setakat ini pewarna yang dikesan tidak menjejaskan kesihatan dan diguna oleh industri makanan lain. Tetapi ini tidak bermakna mereka boleh guna pewarna itu untuk menipu pengguna," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang menyebut ada segelintir peniaga ayam bertindak mencelup daging ayam ternak dalam cairan pewarna kuning, dipercayai anilina, agar ayam itu menyerupai ayam kampung.
Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata kementeriannya akan terus mengambil sampel ayam untuk siasatan lanjut.
Setakat ini sampel positif ialah sampel yang diambil di sekitar Selangor dan Pulau Pinang, katanya.
Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penambahan bahan pewarna yang dibenarkan mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985 tidak dibenarkan di dalam daging ayam dan satu kesalahan menurut Seksyen 13B(2) (d) Akta Makanan 1983.
Jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, katanya dalam kenyataan yang diedar kepada wakil media.
Beliau berkata setakat ini keputusan analisis menunjukkan ada sampel yang diambil pihaknya mengandungi pewarna Tartrazine dan Sunset Yellow FCF.
Sehubungan itu peniaga terlibat akan dikenakan tindakan, katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan dalam sidang akhbar berkenaan.
Menurutnya penggunaan anilina sebagai pewarna di dalam makanan adalah dilarang mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.
"Mengikut Seksyen 13, Akta Makanan 1983, sesiapa yang menyedia atau menjual apa-apa makanan yang di dalamnya mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan, boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya," kata Dr Noor Hisham.
Beliau juga meminta pengguna yang ragu-ragu dengan status keselamatan makanan di pasaran tempatan agar memaklumkannya kepada pejabat kesihatan daerah, negeri atau terus ke kementerian menerusi laman sesawangnya.
-BERNAMA

Read more...

Jumaat, 13 September 2013

Telan sotong hidup hidup

PASANGAN suami isteri bersama-sama cuba makan sotong hidup.
Seoul: Amalan memakan ikan mentah yang lazim di timur Asia sudah diterima baik di seluruh dunia, tetapi memakan sotong hidup mungkin memerlukan masa untuk diterima ramai.
Tetapi ia bukan menjadi masalah kepada sebahagian pengunjung pesta makanan di Seoul.
Tanpa banyak masalah mereka menarik keluar sotong hidup dari bekas dan cuba memasukkan hidupan itu ke mulut masing-masing. Pada masa sama tentakel sotong itu melekap pada jari, bibir dan pipi menjadikan ia agak sukar untuk dimakan pengunjung pesta makanan itu.
SEORANG pengunjung lelaki cuba menelan sotong hidup di pesta berkenaan.
Bagaimanapun, pada akhirnya pengunjung yang “kebuluran” itu mula mengunyah sotong hidup berkenaan walaupun tentakelnya jelas kelihatan bergerak-gerak.
Walaupun amalan berkenaan mungkin memerlukan masa lebih lama untuk diterima di negara lain, sebahagian penduduk Korea Selatan jelas gemar dengan apa yang dilakukan.
Bandar Donghae menganjurkan Pesta Sotong pada setiap Disember dan menarik kedatangan sehingga 70,000 pelawat dari seluruh dunia setiap tahun. Pengunjung boleh menangkap sotong itu dengan tangan serta menyertai acara yang diadakan bagi meraikan hidangan makanan tempatan. Antara pertandingan diadakan ialah “merawat sotong” serta “menyiang sotong mentah.” Pesta berkenaan diadakan ketika Mahkamah Agung Korea Selatan membebaskan seorang lelaki yang didakwa membunuh kekasihnya selepas wanita terbabit didakwa tercekik ketika makan sotong hidup.
Sebelum ini, lelaki berusia 32 tahun berkenaan dihukum penjara seumur hidup. - Agensi
Sumber myMetro

Read more...

Restoran tawarkan Pizza percuma kepada wanita yang mahu pamerkan payudara

Ibu muda yang pernah menjadi mangsa

Restoran pizza tengah malam dekat kampus di Negeri Illinois, Amerika Syarikat membuat promosi aneh ditujukan pada para gadis. Mereka boleh makan pizza percuma jika menunjukkan buah dadanya.

Laman deadspin.com melaporkan, Rabu (11/9), restoran bernama Drew Pizzeria bahkan makanan ini boleh dibawa pulang. Para gadis ini boleh saja mengerling pada lelaki nakal demi makan pizza namun mereka lebih senang memperlihatkan payudaranya lantaran tidak perlu genit dengan kaum adam yang tidak mereka sukai.

Kegiatan ini lebih sering terjadi saat restoran buka hingga malam. Bahkan mereka sempat mempromosikan ini lewat jejaring sosial Twitter namun akaun itu sudah hilang.

Harga pizza itu 12USD untuk saiz besar. Para gadis boleh makan sepuasnya asalkan memperlihatkan payudara mereka pada pekerja Drew.

Sumber detikforum


Read more...

Isnin, 9 September 2013

Akibat Pelanggan jamu selera sambil Bogel lantas Restoran ini ditutup terus


Sebuah retoran di Jepun terpaksa harus ditutup akibat membiarkan pelanggan retoran tersebut makan sambil telanjang. 

Makan sambil telanjang diretoran merupakan hal aneh yang dilakukan orang sebab jarang jarang ada orang yang mau makan sambil telanjang di restoran. 

Akibat perbuatan para pelangan yang datang dan makan ke retoran sambil telanjang membuat Restoran makanan China, Gyoza no Osho (King of Gyoza) di Kanazawa, Jepun, ditutup, retoran ini dituduh telah melakukan sekandal mesum kerana membiarkan pelanganya datang dengan telanjang.

Kejadian ini berlaku apabila 10 orang pelangan retoran ini dengan sengaja datang dan makan ke retoran Gyoza no Osho sambil telanjang pihak retoran pun tidak melarang mereka dan membiarkan mereka makan di retoran tersebut.

Walaupun Jepun merupakan negara yang bebas namun telanjang ditempat umum tetap tidak dapat diterima oleh sebahagian warga Jepun.

Sumber merdeka.com

Read more...

Jumaat, 6 September 2013

Sayur ditanam warga emas membesar setinggi 182sm

RUANG di rumah hijau milik Puopolo yang dijadikan tempat menanam sayur labu air yang kini terus membesar.

ROM - Seorang pekebun di Itali terkejut apabila sayur labu air yang ditanamnya membesar sehingga mencecah 182 sentimeter (sm) panjang di sini kelmarin.


Ekoran itu, Luca Anotonio Puopolo terpaksa mengalih sebahagian komponen rumah hijau yang dibinanya untuk memberi ruang kepada sayur labunya terus membesar.
Warga emas berusia 72 tahun itu percaya keadaan tersebut berlaku akibat gelombang haba musim panas yang menyebabkan buah labu air berkenaan membesar sedemikian rupa.
Menurut Puopolo, dia hanya menyiram air biasa ke atas sayur-sayur labu itu sehingga satu malam ia membesar sepanjang 182sm dan menyebabkan ruang di dalam rumah hijau yang dibina menjadi semakin sempit.
"Sangat menakjubkan buah labu itu lebih tinggi daripada saya sekarang dan ia masih membesar. Saya tidak percaya betapa besarnya sayur tersebut," katanya.
Puopolo mula menyedari sayurnya itu membesar lebih cepat dan pada sebahagian malam sayur tersebut membesar sehingga lima atau enam inci sejak Jun lalu.
"Saya tidak pernah menjangka sayur itu akan sebesar ini. Namun, saya dia masih berhasrat untuk memakannya," kata Puopolo menceritakan perancangan isterinya, Rita, 67, yang berhajat untuk memasak sayur labu berkenaan apabila cukup besar nanti.
 - Agensi(kosmo!)


Read more...

Khamis, 5 September 2013

Faedah kenaikan harga Minyak tempohari,Roti canai, teh tarik naik 20 sen

GUAT SENG menjual pelbagai barang keperluan di Pasar Awam Maharani, Muar semalam.


GEORGE TOWN - Para pelanggan kedai mamak dan restoran nasi kandar di negeri ini mendakwa mereka kini terpaksa membayar lebih 20 sen bagi setiap harga makanan dan minuman yang dijual di kedai-kedai itu sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak Isnin lalu.
Tinjauan Kosmo! di sekitar Bayan Baru, Bayan Lepas dan George Town mendapati lima buah kedai nasi kandar di kawasan terbabit telah menaikkan harga makanan seperti roti canai, nasi lemak serta pelbagai lauk selain menaikkan harga minuman teh tarik dan minuman berais.
Sekeping roti canai kini perlu dibayar RM1 berbanding 80 sen sebelum ini, teh tarik RM1.20 berbanding RM1, nescafe ais RM1.90 berbanding RM1.70, milo ais RM1.90 berbanding RM1.70 manakala jus buah-buahan pula RM2.70 berbanding RM2.50.
Penyelia sebuah restoran nasi kandar di Bayan Baru memberitahu, harga baharu itu diputuskan oleh pihak pengurusan dan berkuat kuasa serta-merta tetapi dia menolak kenaikan tersebut ada kaitan dengan kenaikan harga petrol.


"Kenaikan harga makanan dan minuman tidak dapat dielakkan kerana kos operasi semakin bertambah. Senarai harga baharu di restoran kami akan dipaparkan sedikit masa lagi," kata penyelia restoran itu yang enggan dikenali.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Read more...

Sabtu, 31 Ogos 2013

Ibu Muda terakam Kamera,Menunggang Motorsikal sambil menyusui Anak

Ibu menunggang motor sambil menyusui bayi (orange.co.uk)

Jangan tiru aksi ibu muda di China ini. Menyusui anak sambil menunggang motosikal tanpa topi keledar dan peralatan keselamatan lain.

Dipetik Orange.co, Jumat 30 Ogos 2013, peristiwa itu terjadi beberapa waktu lalu di Jalan Raya Bandar Yuzhou, Henan, China.

Bahkan seorang saksi terkejut si ibu sanggup mengayuh dikawasan sesak lalu lintas sambil menyusui bayinya yang dianggarkan berusia 18 bulan dengan satu tangan.

"Jadi dia tiba-tiba mengangkat kausnya, mengeluarkan payudaranya dan mula menyusukan anaknya yang meronta," kata saksi mata.

Petugas Polis yang melihat peristiwa langka sekaligus mengerikan itu akhirnya memberhentikan si ibu dan memberikan peringatan.

Si ibu yang tak disebutkan namanya itu diperingatkan untuk tidak mengulangi perbuatannya. Sebab selain membahayakan hidupnya dan bayinya, si ibu itu juga boleh membahayakan pengguna jalan lain.

"Jika dia menggulang hal itu lagi, kami akan memberikan sanksi dan menyita motornya," kata jurucakap polis tempatan.

Sumber vivanews.com


Read more...

Jumaat, 23 Ogos 2013

Google buang app kesan kekasih


'Boyfriend tracker' dituduh langgar hak peribadi 

RIO DE JANEIRO: Warga Brazil marah selepas mengetahui negara mereka menjadi sasaran perisikan Amerika Syarikat membabitkan panggilan dan emel. 

Bagaimanapun, mereka memberi reaksi berbeza kepada program mengesan kekasih, sebuah app yang diperkenal Google, minggu lalu. 

App itu diberi nama ‘Rastreador de Namorados’ (bermaksud mengesan teman lelaki) dan berjanji bertindak umpama penyiasat dalam poket kekasih. 

Tetapi, Google terpaksa membuang app berkenaan selepas mendapat protes ramai pengguna yang menganggapnya satu pencerobohan hak peribadi. 

Antara fungsi app itu termasuk membenarkan seseorang mengesan lokasi kekasih mengetahui di mana pasangan mereka berada selain menyampaikan lokasi mereka. 

Ada juga ciri tertentu membenarkan pengguna secara diam-diam mengunci telefon yang disasarkan untuk mendengar perbualan. 
Beberapa app sama digunakan di negara lain termasuk Eropah dan Amerika Syarikat. 

Bagaimanapun, ‘Boyfriend Tracker’ adalah yang pertama memberi impak di Brazil. 
“Orang Brazil kuat cemburu. Sudah tentu app itu boleh popullar,” kata Marcia Almeida, 47. 

Perkahwinannya berakhir tujuh tahun lalu kerana suaminya curang. 

“Ini berbeza dengan perisikan. App ini membolehkan anda memeriksa seseorang yang anda kenali,” katanya. 

Pengkritik berkata, app seperti itu menceroboh hak peribadi mangsa dan boleh digunakan untuk tujuan lebih buruk seperti mengekori orang lain. 

Ada juga pihak tertentu di Brazil berkata, app itu melanggar larangan mengganggu orang lain sejak April lalu selepas gambar bogel aktres Brazil, Carolina Dieckmann, didedahkan penggodam kerana dia enggan membayar wang AS$5,000 (RM15,000) pada tahun lalu.


 - AP

Read more...

Khamis, 22 Ogos 2013

Pijak ubi kentang untuk buang kulit

SEORANG wanita Aymara, Ramona Bustos memijak ubi kentang untuk membuang kulitnya di pergunungan La Cumbre dekat ibu kota Bolivia, La Paz pada 22 Julai lalu.- AP

LA PAZ - Orang Asli Aymara yang menetap di kawasan pergunungan di Bolivia mempunyai cara unik untuk membuang kulit ubi kentang.

Kaedah tersebut masih tidak berubah sejak ia pertama kali dicipta oleh puak Inca lebih 1,500 tahun dahulu.
Setiap kali musim menuai tiba, petani-petani Aymara akan membawa ubi kentang mereka ke kawasan tinggi di Pergunungan Andes.
Tanaman itu dijemur dalam cuaca sejuk beku di pergunungan tersebut selama tiga hari.
Sepanjang tempoh itu, ubi-ubi kentang tersebut akan membeku dan mengeras.
Selepas itu, kaum wanita Aymara akan memijak ubi kentang tersebut untuk membuang kulitnya.
Suhu sejuk ekstrem menyebabkan kulit tanaman itu tanggal dengan mudah apabila dipijak.
Isi ubi kentang itu kemudian dijemur di bawah pancaran matahari untuk dijadikan hidangan tempatan yang enak dikenali sebagai chuno.
 - AP (kosmo!)


Read more...

Rabu, 7 Ogos 2013

Saintis hasilkan daging burger dalam makmal

Professor Mark Post sedang memegang daging kultur yang mempunyai rasa dan tekstur yang hampir sama dengan daging sebenar.


LONDON - Sekumpulan saintis kelmarin menyatakan, mereka menghasilkan daging burger pertama di dunia menerusi proses kultur di makmal.
Ketua saintis itu, Professor Mark Post dari Universiti Maastricht di Belanda memberitahu, daging burger itu digoreng bersama sedikit minyak dan mentega dan dihidangkan kepada beberapa sukarelawan untuk ujian rasa.
Daging burger kultur tersebut dipercayai seberat 140 gram dengan ia dihasilkan menerusi kajian yang menelan belanja 250,000 euro (RM1.07 juta).
Kajian tersebut mendapat sokongan daripada pengasas Google, Sergey Brin.
Daging burger itu dilaporkan mempunyai rasa dan tekstur yang hampir sama dengan daging sebenar tetapi ia tidak mempunyai jus seperti daging lembu.
Dinamakan Frankenburger, daging kultur itu dihasilkan dengan menggunakan sel otot lembu hidup yang kemudian dibiak di dalam makmal atau kultur selama tiga bulan.
Ia kemudian dicampur garam, serbuk telur, serbuk roti dan diwarnakan dengan jus ubi dan safron.
Post memberitahu, daging kultur itu bakal menggantikan daging lembu biasa dalam diet berjuta-juta orang.
Menurut beliau, penggunaan daging kultur dapat membantu menangani situasi kekurangan makanan di dunia pada masa depan. 
- AFP (kosmo!)


Read more...

Sabtu, 3 Ogos 2013

Janda diCekup tidak berpuasa

  • Beberapa pegawai dan anggota Penguat kuasa Syariah menjalankan pemeriksaan di sebuah premis di bandar Jertih.

BESUT– Dua individu termasuk seorang wanita ditangkap kerana tidak berpuasa dan makan secara terbuka di tempat awam pada bulan Ramadan serta menjual makanan kepada orang Islam tidak berpuasa, kelmarin.

Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, ibu tunggal berusia 40-an itu diberkas di rumahnya di Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut oleh sepasukan anggota Penguat kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah Besut setelah mendapat maklumat orang awam.

Menurutnya, dalam serbuan kira-kira jam 11.30 pagi itu, wanita terbabit dipercayai sedang menjual nasi bungkus kepada beberapa pelanggan di rumahnya.

“Bagaimanapun, penguat kuasa gagal memberkas pelanggan yang melarikan diri selepas menyedari kehadiran penguat kuasa, sementara wanita terbabit ditangkap dan sebanyak 10 bungkus nasi turut dirampas," katanya.

Menurut Azmi, pihaknya telah melakukan intipan selama beberapa hari sebelum menyerbu rumah wanita terbabit.

Katanya, wanita berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 19(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syarie (takzir) negeri Terengganu kerana tidak menghormati bulan puasa (menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa).

Sementara itu katanya, dalam operasi yang turut disertai Penguat kuasa Majlis Daerah Besut itu, pihaknya menahan seorang lelaki beragama Islam berusia 56 tahun di dalam sebuah kedai milik lelaki bukan Islam pada jam 10 pagi, hari yang sama.

“Lelaki terbabit ditahan selepas anggota penguat kuasa yang menyerbu kedai tersebut mendapati dia menghisap rokok di situ dan akan didakwa di bawah Seksyen 19 (b) enakmen yang sama kerana tidak berpuasa,” katanya.

Azmi berkata, tangkapan tersebut yang pertama sepanjang Ramadan ini dan pihaknya akan melakukan pemeriksaan serta pemantauan secara berterusan bagi menjaga kesucian Islam.

Dalam operasi berkenaan, sebanyak 10 premis membabitkan premis perniagaan dan rumah termasuk sebuah rumah di Kampung Pangkalan Sentul, Jertih diperiksa.

Sumber sinarharian


Read more...

Jumaat, 2 Ogos 2013

Penyanyi Seksi ancam letup pejabat Kerajaan

Penyanyi  ancam letup pejabatHongfei adalah penyanyi utama kumpulan Happy Avenue. - Foto Agensi
Beijing: Seorang penyanyi wanita kumpulan China ditahan selepas memberi ulasan di laman blog mahu meletupkan pejabat kerajaan. 

Wu Hongfei adalah penyanyi utama kumpulan Happy Avenue. Dia ditahan kerana membuat ancaman palsu keganasan. 

Jenayah itu membawa hukuman penjara lima tahun, lapor media rasmi di sini. Bagaimanapun, pihak berkuasa sudah menghentikan prosiding jenayah terhadap Hongfei. 


Kena denda RM250 

Sebaliknya, dia didenda 500 yuan (RM250) dan ditahan 10 hari sebelum dibebaskan tanpa didakwa. 

Hongfei juga seorang bekas wartawan yang dikenali ramai kerana memberi ulasan secara berterus terang ketika mengkiritik kerajaan. 
Dia menulis di laman web Sina Weibo (Twitter China) pada 21 Julai lalu mengatakan dia mahu meletupkan ahli jawatankuasa penduduk di Beijing dan Suruhanjaya Perumahan dan Pembangunan Bandar Beijing. 

Agensi berkenaan bertanggungjawab atas pengurusan kawasan perumahan bandar. 
Peguam Hongfei menekankan, penyanyi terbabit hanya menyuarakan kemarahan kerana tidak puas hati dengan perkara tertentu dalam agensi berkenaan, lapor South China Morning Post. 

Hongfei juga tidak memberitahu dalam ulasannya mengapa dia merujuk kepada pejabat agensi berkenaan dan tiada penjelasan diberikan, lapor China Daily. 

Tetapi, ulasannya dibuat selepas seorang lelaki lumpuh, Ji Zhongxing, meletupkan bom di sebuah lapangan terbang Beijing bulan ini bagi mendedahkan nasibnya adalah disebabkan dibelasah polis. 

Hongfei membuang komennya dalam blog itu, tetapi ia sudah tersebar kepada beratus-ratus pengguna blog. 


-AGENSI


Read more...

Selasa, 30 Julai 2013

Hidangan daging Lailatul Qadar ?

Menu dikhuatiri mengelirukan tetamu yang datang berbuka puasa di sebuah hotel di Kuantan.

KUANTAN – Sinar Harian menerima emel daripada seorang individu yang kurang senang dengan menu kari daging Lailatul Qadar dalam senarai menu berbuka puasa di sebuah hotel yang mempunyai sijil Halal sah daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di sini.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, nama menu itu tidak haram diletakkan kepada makanan tetapi tidak sesuai kerana boleh mengelirukan tetamu yang datang berbuka puasa.

Katanya, nama berkenaan tidak menjadi masalah namun pihak pengurusan hotel terbabit perlu menjaga sensitiviti orang ramai kerana mungkin akan mewujudkan kekeliruan.

“Jadi elok tukar kepada nama lain yang lebih sesuai. Bimbang mengelirukan orang ramai. Ada pula yang fikir kalau makan daging itu dapat malam Lailatul Qadar, memang bercanggah dengan hukum syarak,” katanya.

Sementara itu Ketua Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan bin Abdul Manan mengesahkan hotel berkenaan mempunyai Sijil Halal yang diiktiraf Jaip tetapi menu berkenaan belum disenaraikan ketika pemeriksaan Jaip.

“Pengurusan hotel sebenarnya masih boleh menggunakan nama lain yang lebih baik jika bertujuan menarik pelanggan,” katanya.

* Sumber sinarharian


Read more...

Rabu, 24 Julai 2013

Video : Penebar Roti Canai yang terbaek


Rahasia untuk jadikan Roti Canai yang sangat sedap ..semuanya bermula dari seorang penebar Roti Canai yang cekap dan berjaya dalam hasil kerja beliau.. Meh saksikan Video ini..

Read more...

Isnin, 15 Julai 2013

Menteri: Elak makan ayam kalau harga naik


KUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.

Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.

"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera.

"Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara.

"Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri," katanya.

Selain itu Hasan berkata kira-kira 74 wakil industri termasuk pembekal ayam dan pengeluar gula memberi jaminan untuk tidak menaikkan harga barangan pada musim perayaan Aidilfitri selain memastikan bekalan mencukupi.

"Persatuan Penternak Unggas Melayu di Selangor telah memberi jaminan akan memberi sokongan kepada kementerian untuk memastikan bekalan sentiasa cukup supaya harga kekal," katanya.

Mengenai Ops Harga 2013, Hasan berkata sejak dilancar pada 6 Julai lalu hingga Khamis lepas (11 Julai) sebanyak 26,854 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara.

Beliau berkata daripada keseluruhan jumlah pemeriksaan itu 60 kes telah dikenakan tindakan dengan jumlah rampasan bernilai RM10,071 dan kompaun RM7,150.

"Kes-kes yang dikenakan tindakan itu 59 membabitkan kesalahan tidak meletak tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual dan satu lagi kes dikenakan tindakan kerana menjual barang harga kawalan (gula kasar) melebihi harga maksimum yang ditetapkan," katanya. 

- Bernama (sinarharian)


Read more...

Ahad, 30 Jun 2013

Lelaki Ini Makan 10 Kali dalam Setahun

Kirby de Lanerolle yang makan 10 kali dalam setahun (Foto: Oddity Central)

SRI LANKA - Pria bernama Kirby de Lanerolle mempunyai kebiasaan yang unik. Dia makan makanan biasa hanya sepuluh kali dalam setahun. Pasalnya De Lanerolle adalah seorang breatharian dimana dia menganggap dirinya mendapat makanan dari cahaya, angin, dan "getaran dari tuhan".

Banyak orang yang telah meninggal dunia selepas menjalani kehidupan sebagai breatharian. Namun, Kirby mengaku telah berlangsung tanpa makan selama lima tahun.

Kira-kira lima tahun silam dia membaca beberapa naskah kuno tentang orang-orang yang tidak makan selama enam tahun dan tidak minum air selama 40 hari dan 40 malam. Dirinya juga membaca tulisan seorang guru yang mengatakan bahawa kanser, diabetes, dan penyakit jantung, semua hal yang membunuh orang saat ini, disebabkan oleh makanan.

Oleh kerana itu, dia memutuskan untuk berhenti makan dan minum selama seminggu. Selepas beberapa minggu dia melanjutkan masa tidak mengambil apa-apa itu menjadi sebulan.

Belum lama ini Kirby tampil di acara TV Taboo, di Amerika Syarikat (AS), di mana dia mengatakan bahawa "ada sumber tenaga di luar sana yang lebih besar dari kalori makanan yang anda masukkan ke dalam badan anda".

Para ahli perubatan meyakini manusia rata-rata boleh pergi selama dua bulan tanpa makanan, tapi Kirby mengatakan ia hanya makan tujuh kali dalam 10 bulan terakhir dan menghadkan dirinya untuk 500 kalori per makanan.

Kirby mengatakan bahawa setiap kali mengambil makanan, dirinya merasa lelah dan sakit.

"Ketika saya makan makanan, itu membuat saya merasa sangat lelah. Dan kewaspadaan saya hilang ketika saya makan," ujar Kirby, seperti dikutip Oddity Central, Sabtu (29/6/2013).

Para ahli memperingatkan tentang bahaya breatharisme, tapi Kirby mendakwa dia mempunyai hasil check-up kesihatan yang sempurna. Bahkan, dia yakin kebiasaannya itu melambatkan proses penuaan dan membuatnya abadi.

* Sumber okezone.com


Read more...

Rabu, 26 Jun 2013

Aktivis selamatkan ratusan anjing daripada dijadikan makanan

BEBERAPA peniaga daging anjing memotong daging anjing di pasar Yulin, Ahad lalu.- AP

YULIN - Aktivis-aktivis pencinta haiwan membanjiri bandar ini, dalam wilayah Guangxi bagi menyelamatkan beratus-ratus ekor anjing menjelang festival daging anjing Yulin pada Jumaat ini.
Lebih 20 aktivis dari beberapa bandar raya di China membelanjakan lebih 126,000 dolar Hong Kong (RM51,736) untuk membeli dan menyelamatkan sekitar 400 ekor anjing di beberapa pasar tempatan.
Haiwan itu ditempatkan semula di sebuah ladang ternakan di Shangrao, wilayah Jiangxi.
"Pada tahun ini kebanyakan anjing yang akan dibunuh untuk dijadikan hidangan merupakan anjing betina," kata seorang aktivis berusia 55 tahun, Du Yufeng.
Festival tahunan daging anjing itu tetap diadakan pada tahun ini walaupun mendapat bantahan keras daripada aktivis-aktivis hak haiwan.
Dianggarkan lebih 10,000 ekor anjing akan dibunuh pada setiap tahun sepanjang festival itu berlangsung.
Masyarakat di sini gemar memakan daging anjing yang dimasak bersama buah laici yang merupakan hidangan tradisi pada musim panas.
Sekurang-kurangnya sepuluh juta ekor anjing dibunuh untuk dijadikan makanan di China pada setiap tahun.
 - Agensi (kosmo!)


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP