GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Selasa, 5 November 2013

Kejutan Final Piala Malaysia 2013, Polis temui pistol, peluru dalam tandas Stadium

PEMAIN import Pahang, Matias Roben Conti (kanan) bersama Damion Delano Stewart mencium Piala Malaysia yang dimenangi ketika sampai di Stadium Darul Makmur di Kuantan, malam tadi. - Foto Luqman Hakim Zubir

Ditinggalkan dalam tandas Stadium Shah Alam ketika perlawanan akhir antara Kelantan dan Pahang

Shah Alam: Polis menemui sepucuk pistol jenis Browning dan tujuh butir peluru di dalam tandas di Stadium Shah Alam ketika perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang, malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah, berkata polis masih mengesan pemilik pistol dan mengenal pasti motif senjata itu ditinggalkan di kawasan stadium. 

Pemeriksaan badan 

Kira-kira 85,000 penonton menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-87 itu. Polis melakukan pemeriksaan badan menggunakan alat pengimbas terhadap penyokong kedua-dua pasukan sebelum membenarkan mereka memasuki perkarangan stadium bagi mengelakkan mereka membawa senjata berbahaya.

“Perlawanan akhir antara Kelantan dengan Pahang berjalan lancar dan tiada insiden tidak diingini berlaku kerana 110 pegawai dan 1,482 anggota polis ditempatkan di segenap stadium termasuk di kawasan letak kenderaan, laluan masuk dan keluar stadium serta pintu tiket,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ruslan berkata, polis menahan 86 orang kerana membawa tiket palsu dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

“Polis juga menahan lima lelaki kerana pelbagai kesalahan lain termasuk tiga menyalakan suar dan masing-masing satu kesalahan kerana membakar mercun dan membaling botol. 


Bahayakan diri

“Tindakan menyalakan suar bukan saja membahayakan diri sendiri, malah nyawa penonton lain, termasuk kanak-kanak yang ada dalam stadium. Tiga suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang berjaya ditemukan semula dengan ibu bapa mereka.

Perlawanan akhir itu menyaksikan Pahang menamatkan kemarau 21 tahun selepas menewaskan juara bertahan, Kelantan 1-0 untuk dinobatkan sebagai juara.


Sumber BH


Read more...

Ahad, 3 November 2013

Final Piala Malaysia: Pahang Tewaskan Kelantan 1-0

Penjaring Gol Pahang Matias Conti 

BERIKUT adalah keputusan final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam di Shah Alam, malam Ahad:
Kelantan 0-1 Pahang (Matias Conti, m-58)
Senarai Pemain
Kelantan: Azizi Mat Rose, Nik Mohd Shahrul Azim, Mohd Farisham Ismail, Zairo Anuar Zalani, Mohd Shakir Shaari, Mohd Nor Farhan Mohamamad, Mohd Badhri Mohd Radzi, Khairul Fahmin Che Mat, Dickson Nwakaeme, Indra Putra Mahayuddin, Zairul Fitree Ishak
Pahang: Khairul Azhan Khalid, Jalaluddin Jaafar, Damion Stewart, Mohd Amirulhadi Zainal, R.Surendren, Matias Ruben Conti, Azamuddin Mohd Akil, Mohd Razman Roslan, Mohd Shahrizan Salleh, Mohd Hafiz Kamal, R.Gopinathan

Jam 0430pm



Sumber gambar myMetro
Pertembungan dua gergasi pantai timur, Pahang dan Kelantan pada final Piala Malaysia edisi 2013 cukup mendebarkan kerana masing-masing mem punyai alasan tersendiri untuk muncul juara.
Pahang mahu memadam kemarau 21 tahun selepas kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 1992 manakala Kelantan pula teringin menjulang trofi itu buat kali kedua berturut-turut.
Menambah rencah perlawanan akhir itu, kedua-dua pasukan hanya berjaya memenangi Piala Malaysia sebanyak dua kali sejak ia mula dipertandingkan pada 1921... Saksikan perlawanan hebat malam ini di ( LINK ) 


“KITA tunggu siapa lebih hebat.”
Demikian tegas penyerang Pahang, Azamuddin Akil menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 menentang Kelantan di Stadium Shah Alam malam ini... ini kata Alex ..

( apdate masa ke semasa ) ...

Read more...

Jumaat, 1 November 2013

Piala Malaysia 2013 Akhir, Artis Kelantan Beri Pahang Mata '0'

Artis Kelantan dari kiri; Izzue Islam, Pekin Ibrahim dan Neelofa
PETALING JAYA: Artis-artis dari negeri Kelantan memberikan Pahang dengan mata ‘0’ dalam perlawanan bola sepak Piala Malaysia melibatkan kedua-dua negeri itu di Stadium Shah Alam, dekat sini pada Ahad ini.
Artis-artis berkenaan iaitu Pekin, Izzue Islam dan Neelofa berkata, Pahang layak menerima mata berkenaan berdasarkan kekuatan yang dimiliki oleh pasukan Red Warriors yang disokong mereka.
Sementara itu artis-artis Pahang pula iaitu Azhar Sulaiman, Norkhiriah dan Norman Hakim menaruh keyakinan negeri itu mampu menjuarai perlawanan kali ini kerana mereka dilihat semakin kuat apabila berjaya mara ke peringkat akhir.
Ketiga-tiga artis Pahang itu berpendapat Piala Malaysia pada tahun ini wajar jatuh ke tangan skuad Tok Gajah itu setelah sekian lama negeri itu tidak menjadi juara.
mStar Online mendapatkan komen enam artis dari kedua-dua negeri berhubung pasukan bola sepak yang disokong.
Pelakon Izzue Islam menyifatkan, Kelantan masih mampu mengekalkan kejuaraan dengan mendapatkan skor sekurang-kurangnya 1-0 menewaskan Pahang.
"Perlawanan kali ini pastinya sengit apabila melihatkan pasukan Pahang kerana mereka semakin hebat di padang.
"Tetapi saya yakin bahawa Kelantan masih boleh mengekalkan kejuaraan mereka. Penyerang Fakri Shaarani merupakan pemain kegemaran saya dan saya yakin dia mampu memberikan satu skor," katanya.
Pekin Ibrahim pula mengharapkan Kelantan dapat menundukkan Pahang dengan 2-0 dan yakin pemain kegemarannya, Indra Putra mampu memberikan persembahan permainan yang terbaik pada perlawanan itu.
"Saya yakin Kelantan boleh menang kali ini cuma sayangnya saya tidak dapat berpeluang menyaksikan perlawanan tersebut di stadium kerana sibuk di set penggambaran. Bagaimanapun saya mendoakan kejayaan mereka," ujarnya.
Manakala Neelofa yakin Kelantan mampu membawa pulang kejayaan sebanyak 3-0 namun menasihati para penonton agar tidak terlalu beremosi andai kata negeri itu tewas.
"Saya faham, bagi masyarakat Kelantan, permainan bola sepak merupakan perkara yang sangat besar tetapi janganlah sampai terlalu beremosi jika perlawanan itu tidak berpihak pada negeri Kelantan.
"Jika kalah, tunjukkan kepada masyarakat dengan sikap yang lebih tenang pada perlawanan itu nanti," ujarnya.
Artis Pahang dari kiri; Azhar Sulaiman, Norkhiriah dan Norman Hakim.
Sementara itu, pelakon Azhar Sulaiman mengharapkan kemenangan berpihak kepada Pahang kerana ia merupakan pencapaian tinggi buat negeri itu untuk berada di peringkat akhir sejak beberapa tahun lalu.
"Saya nampak pasukan Pahang semakin kuat dengan memiliki perancangan teliti dalam setiap permainan.
"Tambah pula kekuatan pemain-pemain Pahang terletak kepada persefahaman masing-masing yang boleh membaca setiap pergerakan yang dilakukan.
"Saya yakin kali ini Pahang menjuarai perlawanan Piala Malaysia dengan mata 2-0," ujarnya.
Dalam pada itu, Norkhiriah pula berkata, ini merupakan kali pertama dia bersemangat untuk menyaksikan perlawanan bola sepak apabila ia membabitkan negeri kelahirannya.
"Saya bukanlah peminat tegar bola sepak tetapi apabila mendapat tahu Pahang berjaya ke peringkat akhir, mestilah saya nak sokong mereka.
"Insya-Allah saya dan keluarga akan berkumpul menyaksikan perlawanan itu beramai-ramai. Mungkin Pahang mendapat jaringan 3-2 atau lebih. Siapa tahu," katanya.
Norman Hakim pula menyasarkan Pahang mampu mengalahkan Kelantan sebanyak 2-0 namun mengakui perlawanan kali ini amat sengit kerana kekuatan kedua-dua pasukan.
"Kali terakhir Pahang pernah menang adalah pada tahun 1992 dan perlawanan di peringkat akhir ini pastinya satu perkara yang sangat besar buat pemain-pemain Pahang.
"Dan saya percaya mereka juga mengharapkan untuk menang. Apa yang boleh saya cakap, kedua-dua pasukan adalah hebat dan hanya permainan konsisten dan tuah mampu memberikan salah satu pasukan untuk meraih kemenangan," katanya.

Sumber mStar Online



Read more...

Isnin, 28 Oktober 2013

David Beckham nyaris Maut

David Beckham
Los Angeles: Bekas bintang Manchester United, David Beckham dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya selepas kereta yang dipandunya merempuh kereta lain ketika keluar dari rumah di Beverly Hills,
Media melaporkan, pemain bola sepak yang pernah menjadi kapten skuad England itu menaiki Range Rover Sport hitam miliknya bersama seorang yang lain - dipercayai anaknya, Brooklyn, 14, yang duduk di bangku depan.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 2.30 petang kelmarin. 

Saksi berkata, Beckham, 38, baru saja keluar dari kawasan rumahnya sebelum merempuh sebuah kenderaan lain yang lalu di situ.
Foto
KERETA Beckham (kiri) yang rosak pada bahagian depan selepas melanggar sebuah kereta pacuan empat roda ketika keluar dari rumahnya.
Menurut saksi, kenderaan itu dipandu seorang wanita.
Seorang daripada saksi berkata, Beckham masuk semula ke laluan rumahnya dan menunggu di situ beberapa ketika sebelum polis tiba.

“Dia kemudian disoal siasat pihak berkuasa mengenai insiden berkenaan,” katanya. 

Selepas siasatan dijalankan, polis meninggalkan rumah Beckham dan menemu bual saksi pula untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. 

Kerosakan dapat dilihat dengan jelas pada kereta pacuan empat roda Acura putih milik wanita terbabit.

Di samping itu, kenderaan Beckham juga kelihatan mengalami kerosakan pada bahagian bamparnya.

Beckham membeli kereta itu pada 2010 dan dianggarkan bernilai antara AS$60,500 (RM190,489) dan AS$76,200 (RM239,922).

Ia bukanlah kemalangan pertama dialami Beckham bersama Brooklyn.

Pada 2011 pasangan itu terselamat selepas kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan membabitkan beberapa kenderaan lain di laluan paling sibuk di Los Angeles.
- Agensi(myMetro)

Read more...

Ahad, 27 Oktober 2013

Piala Malaysia 2013,Pahang Layak Ke Final

Pemain Sarawak Mafry Balang mengasak dari belakang penyerang Pahang Azammudin pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Negeri di Kuching, malam Sabtu. Pahang layak ke final selepas menundukkan Sarawak dengan agregat 4-2. Foto BERNAMA
KUCHING: Pahang layak ke final Piala Malaysia 2013 dengan kemenangan agregat 4-2 ke atas Sarawak selepas perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Negeri di sini, malam Sabtu.
Pada perlawanan di sini, kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri 1-1.
Bobby Gonzale membuka jaringan untuk Sarawak pada minit ke-32 manakala Pahang menyamakan kedudukan pada minit ke-74 menerusi jaringan Fauzi Roslan.
Pada separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan, 19 Oktober lepas, Pahang mengalahkan Sarawak 3-1.
Pahang akan menentang juara bertahan Kelantan pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, 3 November ini
 - BERNAMA

Read more...

Sabtu, 19 Oktober 2013

Baru tau ! Bahaya ketagih Candy Crush


LUCY Berkley mengalami masalah tidak cukup tidur dan sakit belakang akibat ketagihan bermain Candy Crush. - AGENSI

KENT, England 18 Okt. - Seorang wanita di sini mengalami masalah sakit belakang dan tidak cukup tidur ekoran ketagih bermain permainan atas talian, Candy Crush.


Lucy Berkley, 44, berkata, dia mengalami masalah itu kerana duduk dalam keadaan membongkok yang terlalu lama untuk bermain Candy Crush.

"Saya boleh menghabiskan masa lebih 10 jam untuk bermain permainan itu tanpa memikirkan perkara lain.
"Saya akan berasa mengantuk setiap kali ke pejabat ekoran tidak cukup tidur," katanya.

Namun, situasi itu bukan sahaja dialami oleh Berkley kerana rakan-rakan pejabatnya turut ke tagih bermain permainan tersebut.

"Pada mulanya saya fikir mustahil saya tidak cukup tidur kerana Candy Crush, namun apabila rakan-rakan saya juga mengalaminya, kami tidak kisah dengan situasi itu.

"Malah, saya dan rakan-rakan pejabat mula bertanding kedudukan siapa paling tinggi dalam permainan itu," ujarnya.

Menurut agensi AppData, kira-kira 700 juta pengguna bermain Candy Crush di seluruh dunia menerusi telefon pintar.

Data AppData juga menunjukkan, permainan atas talian itu lebih digemari oleh golongan wanita berbanding lelaki.

Menurut pencipta permainan itu, King.com, wanita berusia 25 tahun hingga 55 tahun didapati menjadi pemain setia Candy Crush. 

- AGENSI


Read more...

Sabtu, 5 Oktober 2013

Suami main ralit dengan video 'games', isteri harap zakat untuk belanja

SEHA menceritakan sikap pemalas suaminya kepada wartawan.
Kuala Lumpur: Jika maruah dirinya dinilai dengan wang, satu sen belum tentu layak sebagai harga seorang suami dan bapa kepada tiga anak yang sudah bertahun-tahun tidak bekerja, sebaliknya hanya menghabiskan masa di rumah dengan bermain permainan video ‘PlayStation’ (PS).
Keadaan itu menyebabkan, isterinya yang mahu dikenali sebagai Seha, 50, sentiasa makan hati apatah lagi apabila suaminya itu amat ringan tangan jika sikap buruknya ditegur.
“Sehari suntuk dia akan duduk depan televisyen bermain permainan video. Setiap kali ditegur supaya keluar mencari kerja, saya dan anak-anak bukan saja akan dimaki, malah kami ditumbuk dan dipukul,” kata Seha.

Seha berkata, sebelum berkahwin suaminya yang tujuh tahun lebih muda daripadanya melakukan perniagaan kecil-kecilan dan cuba mencari pekerjaan tetap selepas mereka berkahwin.
“Bagaimanapun, masalah mula timbul apabila dia tidak pernah kekal bekerja di satu-satu tempat. Akibatnya, sejak berkahwin kira-kira 12 tahun lalu, rumah tangga kami tidak pernah bahagia kerana masalah kewangan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Read more...

Selasa, 1 Oktober 2013

Jaga adab ketika joging

Penduduk berjoging di sekitar Istana Diraja yang terletak di tengah ibu kota Tokyo.

Tokyo: Pihak berkuasa memberi amaran tegas kepada penduduk berjoging supaya tidak bersikap kasar dan biadab ketika melakukan larian di sekitar Istana Diraja yang terletak di tengah ibu kota Tokyo. 

Seorang pegawai istana berkata, amaran itu dikeluarkan selepas mereka menerima beberapa aduan daripada pelancong dan warga tempatan terutama warga tua dirempuh dari belakang oleh mereka yang berjoging. 

Lebih menyakitkan hati pengadu, orang yang melanggar mereka meneruskan larian tanpa meminta maaf. 


“Dalam kes tertentu, mangsa diejek atau dijerit oleh mereka yang berjoging,” kata pegawai itu dari pejabat Chiyoda-ku yang menguruskan hal ehwal diraja. 

Walaupun persekitaran rasmi maharaja itu adalah kawasan larangan kepada orang awam, sebahagian besarnya boleh digunakan oleh penduduk dengan 10,000 orang berjoging setiap hari di situ. 

Pasang papan tanda 

Pegawai Chiyoda-ku berkata, mereka menerima hampir 100 aduan sejak tiga hingga empat tahun lalu. 
Kini, mereka memasang papan tanda di kawasan berkenaan bagi menggesa pelari mematuhi undang-undang iaitu memberi laluan kepada orang awam, berlari mengikut arah lawan jam dengan berhemah. 

Jepun mempunyai etika peri laku ketat yang menetapkan semua perkara termasuk bagaimana menggunakan sistem kereta api bawah tanah hinggalah cara penggunaan kemudahan mandi awam yang betul. 

Bagi menguatkuasakannya, pihak berkuasa biasanya akan memasang papan tanda dan notis menyatakan perkara yang dibenarkan dan dilarang. 

Aduan itu juga menyebabkan penaja kumpulan yang melakukan larian turut memberi nasihat kepada pelari supaya lebih berhemah. 

Pun begitu, sekalipun ada warga tua Jepun kecewa dengan keadaan penduduk Jepun semakin tidak lagi mengutamakan sikap berhemah, penduduknya jarang bergaduh di khalayak ramai dan masih bersopan santun khususnya di kawasan padat penduduk seperti Tokyo. 

Pihak berkuasa, bagaimanapun, tidak menyatakan apakah tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka yang terus berkasar terhadap pelancong dan warga tua ketika berjoging di sekitar Istana Diraja. 


- AFP/AGENSI


Read more...

Jumaat, 27 September 2013

Bini Mat Yo mohon maaf

Siti Aisya memohon maaf penyebaran rakaman video pergaduhan dengan pengawal keselamatan tersebar luas sejak Selasa lalu.

Siti Aisya nafi sebar video, mohon orang ramai henti cemuh suami

Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas. 

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu. 

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku. 
“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan. 

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.


BH


Read more...

Sabtu, 21 September 2013

Isu bikini cetus kontroversi di Sukan Perpaduan Islam

BENDERA negara-negara yang bertanding dalam Sukan Perpaduan Islam menghiasi perkarangan Kompleks Sukan Palembang di Palembang semalam.- AFP

PALEMBANG - Sukan Perpaduan Islam yang akan berlangsung di Indonesia pada hujung minggu ini dihimpit kontroversi isu pemakaian bikini sukan oleh atlet wanita.


Sebahagian negara meminta semua wanita menutup aurat untuk acara bola tampar, trek dan padang serta renang tetapi pihak penganjur enggan melarang pemakaian bikini itu.
"Jika sebahagian negara enggan menggunakan bikini, ia baik tetapi jika negara lain mahu menggunakannya, kami akan membenarkan," kata ahli jawatan kuasa penganjur, Djoko Pramono.
"Kami bersetuju mengguna pakai peraturan sukan antarabangsa termasuk etika berpakaian," tambahnya.
Beribu-ribu atlet dari 44 buah negara berpenduduk Islam termasuk Malaysia akan mengambil bahagian dalam temasya sukan tersebut pada hujung minggu ini.
Namun, kata Djoko, hanya negara yang diperintah kerajaan Islam menentang pemakaian bikini dengan membuat aduan secara berkumpulan.
Beliau bagaimanapun, enggan mendedahkan nama negara yang membuat aduan tersebut.
Tahun ini merupakan kali kedua temasya itu diadakan dengan Sukan Perpaduan Islam pertama berlangsung di Arab Saudi. 
- AFP(kosmo!)

Read more...

Ahad, 15 September 2013

Malaysia Juara Pestabola Merdeka 2013

Pasukan Harimau Muda (A) bergambar bersama Piala Pesta Bola Merdeka Ke-41 selepas menundukkan Myanmar dengan 2-0 dalam perlawanan akhir kejohanan itu di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Sabtu.
KUANTAN: Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka Edisi ke-41 selepas menewaskan Myanmar 2-0 pada aksi akhir di Stadium Darul Makmur, Sabtu.
Percaturan ketua jurulatih Harimau Muda A ini ternyata berbeza daripada perlawanan sebelum ini dengan menggandingkan dua penyerang di bahagian atas, Wan Zack Haikal dan Rozaimi Ab Rahman.
Rozaimi yang meledakkan dua gol pada aksi sebelum ini menjadi pilihan untuk diturunkan dalam barisan kesebelasan utama.
Juga peluang kepada pemain kelahiran Kelantan, Syahrul Azwari Ibrahim yang diturunkan buat kali pertama dalam barisan utama di bahagian kiri yang sebelum ini dimainkan oleh D. Saarvindran.
Junior Eldstal yang tidak beraksi pada perlawanan menentang Thailand Rabu lalu kelihatan masih belum cergas sepenuhnya selepas mengalami cirit-birit dua hari lalu.
Ternyata permainan kali kedua selepas aksi peringkat kumpulan sebelum ini lebih sengit dengan menyaksikan serangan dilancarkan sebaik sahaja wisel mula dibunyikan oleh pasukan Myanmar.
Kad kuning pertama dilayangkan oleh pengadil, dari Thailand Teetichai Nualjan pada minit kelima kepada Rozaimi selepas pemain itu cuba menyentuh bola menggunakan tangan ketika di depan gol lawan.
Corak permainan agresif skuad kendalian jurulatih dari Korea Selatan, Park Sung Hwa itu tidak menghalang skuad negara untuk melakukan cubaan ke arah gol oleh Junior pada minit ke-16 namun gagal.
Selepas berhempas-pulas cuba mencari gol pertama, cubaan Wan Zack Haikal ditepis penjaga gol Myanmar, Pyaye Phyo Aung namun Rozaimi yang berada berdekatan dengan gol menyempurnakan bola muntah tersebut.
Dengan kehadiran lebih kurang 30,000 penyokong serta sokongan padu Ultras Malaya menjadikan kerancakan permainan berterusan ke babak kedua.
Aksi kemas penjaga gol negara, Mohd Izham Tarmizi menambah tekanan pasukan Myanmar mencari gol penyamaan.
Minit ke-62 jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee melakukan pertukaran pemain pertama dengan mengeluarkan Rozaimi dan memasukan S.Sivanesan.
Biarpun hujan renyai-renyai berterusan, skuad Bawah 23 kebangsaan ini terus mendominasikan permainan.
Minit ke-80 Kim Swee sekali lagi melakukan pertukaran pemain dengan memasukkan Saarvindran menggantikan Syahrul Azwari.
Selepas bebebrapa kali percubaan, Junior akhirnya berjaya menjaringkan gol kedua pasukan Malaysia sekaligus mencapai impian untuk meraikan gol pertamanya kejohanan ini pada minit ke-93 permainan.
Dengan kemenangan ini melayakkan pasukan meraih hadiah wang tunai ASD50,000 (RM164,500) selain daripada trofi kejohanan.
Naib juara, Myanmar meraih wang ASD 30,000 (RM987,00), tempat ketiga, Singapura juga meraih wang tunai ASD 20,000 (RM65,800) manakala tempat keempat, pasukan Thailand ASD10,000 (RM329,00)
Sementara itu, Wan Zack Haikal dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai kejohanan, manakalah Rozaimi dipilih sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan tiga gol.
Senarai pemain:
Malaysia
T. Reuben, Md Fadhli Shas, Mohd Irfan Fazail (kapten), A.Thamil Arasu, Wan Zack Haikal Wan Nor, Md Rozaimi Ab Rahman, Junior Eldstal, Mohd Zubir Mohd Azmi, Nik Mohd Shahrul Azim, Mohd Izham Tarmizi, Syahrul Azwari Ibrahim
Myanmar
Pyaye Phyo Aung, Zaw Min Tun, Aung Hein Kyaw, David Htan, Yan Aung Win, Kyaw Zayar Win (kapten), Kyi Lin, Kyaw Ko Ko, Ye Lin Aung, Htoo Htoo Aung, Thein Than Win
Sumber mStar Online

Read more...

Rabu, 11 September 2013

2 pemain bola sepak Pahang ditahan berkhalwat

KUANTAN 11 Sept. - Pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menahan dua pemain bola sepak Pahang kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di bandar ini, semalam.

Menurut sumber, dua pemain skuad Tok Gajah berusia 20-an itu ditahan bersama pasangan masing-masing di bilik berasingan kira-kira pukul 4.30 pagi.

Serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai penguat kuasa JAIP hasil maklumat orang awam yang mengesyaki mereka mendaftar masuk bersama pasangan bukan muhrim.

Hasil pemeriksaan di bilik pertama mendapati seorang pemain Pahang yang dipercayai bermain di posisi tengah pasukan bersama seorang wanita bukan muhrim berada dalam bilik berkenaan, kata sumber itu.

Menurutnya, pemeriksaan di sebuah bilik berdekatan pula mendapati rakannya yang dipercayai pemain pertahanan Pahang berada bersama seorang wanita sebelum mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Sumber itu berkata, sebelum pintu kedua-dua bilik hotel itu dibuka, pegawai penguat kuasa JAIP mengetuk pintu bilik beberapa kali selain memperkenalkan diri sebagai pegawai penguatkuasa.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua pemain yang belum berkahwin itu mengaku berkhalwat bersama pasangan masing-masing yang berusia 20-an.

Kesemua mereka katanya dibawa ke pejabat JAIP untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. 

- BERNAMA


Read more...

Selasa, 20 Ogos 2013

Video,Lumba biri-biri di Scotland

ORANG ramai seronok menyaksikan perlumbaan biri-biri di Moffat, Scotland kelmarin.- Agensi



MOFFAT, Scotland - Beratus-ratus penduduk di sini hadir untuk menyaksikan acara tahunan perlumbaan biri-biri di pusat bandar ini, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Perlumbaan itu diadakan bagi meraikan penternakan biri-biri di bandar ini di samping industri bulu biri-biri tempatan yang berusia beberapa ratus tahun.
Selain itu, ia turut diadakan sebagai menghargai jasa pengembala di Scotland.
Sebahagian penonton turut bertaruh ke atas biri-biri pilihan yang dijangka memenangi perlumbaan unik itu.
Perlumbaan tahunan di pusat bandar ini menampilkan beberapa ekor biri-biri jantan dan betina yang menjadi pilihan penonton untuk merebut gelaran Biri-Biri Terpantas Moffat's 2013.
Acara tersebut yang berlangsung buat kali kedua pada tahun ini dianjurkan oleh bandar Dumfries dan bandar ini.
Acara meriah itu berlangsung kelmarin.
Setiap biri-biri yang menyertai perlumbaan itu dipakaikan sebuah anak patung penunggang yang diikat di belakang haiwan berkenaan. 
- Agensi

Read more...

Isnin, 19 Ogos 2013

Video,Sukan Lumba kereta kebal pertama Dunia


Barisan kereta kebal berwarna-warni (kiri ke kanan) dari Belarus, Rusia, Kazakhstan dan Armenia semasa bersaing dalam 'tank biathlon'.

MOSCOW - Rusia memperkenalkan sukan separa tentera baharu, 'tank biathlon', satu pertandingan perlumbaan kereta kebal dan ketepatan bedilan meriam.
Pertandingan peringkat antarabangsa itu dianjurkan buat pertama kali di Moscow pada Isnin minggu lalu hingga kelmarin.
Pasukan dari Belarus, Kazakhstan dan Armenia turut bersaing dalam pertandingan tersebut.
Konsep pertandingan yang diperkenalkan baru-baru ini oleh Kementerian Pertahanan Rusia itu lahir daripada satu latihan kereta kebal.
Pasukan-pasukan terlibat berlumba di trek sepanjang kira-kira 20 kilometer dan mereka dikehendaki membedil lima sasaran yang ditetapkan.
Beberapa negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara termasuk Amerika Syarikat juga dijangka menyertai pertandingan sama pada tahun depan. - Agensi

Read more...

Sabtu, 10 Ogos 2013

Lokasi perlawanan Malaysia vs Barcelona bertukar disaat akhir

SHAH ALAM – Perlawanan persahabatan antara pasukan Harimau Malaya dan Barcelona yang dijadualkan berlangsung malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, terpaksa ditukar ke Stadium Shah Alam pada saat akhir.

Perubahan itu berlaku dipercayai kelab itu tidak mahu meneruskan perlawanan malam nanti di Stadium Nasional Bukit Jalil kerana keadaan padang yang rosak teruk.

Laporan Yahoo News yang dipetik berkata, pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbunyi, “perlawanan itu telah dipindahkan ke Stadium Shah Alam disebabkan oleh keadaan yang tidak diduga."

Keputusan di saat akhir itu sudah pasti akan membuatkan pihak penganjur, BSC Soccer terpaksa bergegas untuk menguruskan keperluan logistik kelab itu.

Malah keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil bukan lagi rahsia kerana keadaan yang teruk sudah berlarutan sejak sekian lama.

Menurut sumber, pegawai Barcelona telah memeriksa keadaan fizikal padang terbabit sebelum ini, dan menunjukkan rasa tidak senang dengan kerosakan padang yang dianggap “serius.”

Bagaimanapun, pihak penganjur terus berdegil tentang hal itu, enggan membuat perubahan tempat walaupun banyak pihak telah menasihatkan supaya mengubah lokasi perlawanan itu ke Stadium Shah Alam.

Dalam pada itu, satu mesyuarat tergempar kelab itu telah diadakan semalam di One World Hotel selepas pemain Barcelona turun padang mengadakan sesi latihan dan mendapati padang itu tidak sesuai digunakan pada perlawanan malam nanti.

Setelah mengadakan perbincangan, ia kini telah disahkan bahawa perlawanan akan berlangsung di Stadium Shah Alam, yang pernah menjadi tuan rumah perlawanan antara Chelsea dan Malaysia bulan lepas.

Isu padang di Stadium Nasional Bukit Jalil bukannya perkara baru malah ia dijadualkan untuk dibaik pulih secara besar-besaran selepas menerima teguran Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada hari pertamanya sebagai "menyedihkan."

Sumber sinarharian


Read more...

Jumaat, 9 Ogos 2013

Al Fatehah Bekas Atlet Olimpik Ishtiaq Mubarak Meninggal Dunia

Ishtiaq Mubarak
PETALING JAYA: Ishtiaq Mubarak atau nama sebenarnya Ishtiaq Ahmad Mubarak Ahmad, yang pernah mengharumkan sukan olahraga negara pada era 70-an meninggal dunia, pagi Jumaat.
Beliau yang berusia 65 tahun meninggal dunia di kediamannya di Hulu Kelang.
Sumber


Read more...

Jumaat, 2 Ogos 2013

Cerita sebak keluarga Chua Boon Huat,Ayah Mendiang juga Maut kerana Kemalangan

KEADAAN kereta dipandu Boon Huat sebaik merempuh lori tangki air.
Petaling Jaya: “Dia merancang untuk berkahwin tahun ini atau tahun depan, namun, hajatnya kini tidak kesampaian,” kata Aliff Nur Najmi Chua, 42, abang sulung pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat yang maut dalam kemalangan, awal pagi semalam.
Kejadian berlaku di Kilometer 10.4, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran Stesen LRT Kelana Jaya, di sini, kira-kira jam 2.25 pagi.
Boon Huat, 33, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di tengkuk selepas kereta Proton Perdana dipandunya melanggar belakang lori tangki air yang sedang menyiram pokok bunga.
TENGKU Abdullah di PPUM melihat mayat Boon Huat dibawa keluar dari bilik mayat. Turut kelihatan hiba penolong jurulatih hoki kebangsaan, Arul Selvaraj (duduk).

Difahamkan, sebelum kemalangan, Boon Huat menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perbadanan Hoki Malaysia bersama Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan media di sebuah hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sebelum keluar menemui rakan lain.

Aliff berkata, kematian pemain di posisi penyerang itu mengulangi tragedi yang menimpa ayah mereka kira-kira sembilan tahun lalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Read more...

Ahad, 7 Julai 2013

Atlet SUKMA dakwa dir0gol peserta lelaki

imej

Kuala Lumpur: Seorang atlet bola baling yang sedang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh atlet lelaki di perkampungan sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Rabu lalu. 

Remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu. Sebelum kejadian, dia dikatakan meminum minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang. 

Menurut sumber, selepas itu dia dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa lelaki berkenaan.

* BH


Read more...

Sabtu, 6 Julai 2013

Atuk 92 Tahun Nikahi Gadis 22 Tahun

Petani Iraq, Musali Mohammed al-Mujamaje (92) menikahi Muna Mukhlif al-Juburi (22) di Samarra, Iraq, Kamis (4/7/2013). Hari perkahwinannya bersamaan dengan perkahwinan dua cucunya yang masih belia. | AFP / GETTY IMAGES

Samarra - Perbezaan umur 70 tahun bukan rintangan bagi Musali Mohammed al-Mujamaie untuk menikahi Muna Mukhlif al-Juburi pada Kamis (4/7/2013) petang lalu. Bahkan pesta pernikahan sang datuk ini berlangsung bersamaan dengan perkahwinan dua cucunya.

Pejabat berita AFP, Jumat (5/7/2013), melaporkan, perkahwinan Mujamaie yang berusia 92 tahun dengan Juburi yang berusia 22 tahun ini berlangsung di sebuah kampung di utara ibu kota Iraq, Baghdad.

Mujamaie yang seorang petani ini berkahwin lagi dengan Juburi tiga tahun selepas kematian isteri pertamanya yang berusia 58 tahun. Bersama isteri pertamanya ini, Mujamaie mempunyai 16 anak yang tinggal bersama dalam rumahnya di Kampung Gubhan, yang terletak sedikit di selatan bandar Samarra, Iraq tengah.

Mujamaie dalam komentarnya, Jumat (5/7/2013), mengaku sangat bahagia dengan perkahwinannya, apalagi berlangsung bersamaan dengan perkahwinan dua cucunya yang masih remaja.

"Saya sangat bahagia boleh berkahwin bersama cucu saya," ujar Mujamaie kepada AFP seusai pesta perkahwinannya. "Saya seperti kembali berusia 20 tahun."

Dikatakan, perkahwinan bersamaan dengan dua cucunya yang berusia 16 tahun dan 17 tahun memang sudah dirancang. Begitu dia akan berkahwin dengan Juburi, perkahwinan dua cucunya ini juga ditangguhkan untuk bisa berlangsung serentak. Jadi, ada tiga perkahwinan pada hari yang sama.

Upacara dan pesta pernikahan ini berlangsung empat jam, dihibur dengan muzik dan tarian serta selebrasi tembakan. Upacara perkahwinan ini dihadiri kepala suku setempat dan pemuka agama. Semoga bahagia Mujamaie.

* Sumber kompas.com


Read more...

Isnin, 1 Julai 2013

Mat Yo marah, buang pingat ?

Bukit Jalil: Kecewa, sedih dan marah. Mungkin itu perasaan penyerang Johor Darul Takzim (DT), Norshahrul Idlan Talaha  (gambar ) selepas pasukannya hanya bergelar naib juara Piala FA kelmarin. 

Pemain terbaik negara itu antara tonggak utama Johor DT yang bermain bermati-matian sepanjang 90 minit sebelum ditewaskan bekas pasukannya, Kelantan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil. 

Kemuncak kekecewaan pemain dengan gelaran Mat Yo itu terbukti apabila dia membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk ke bilik persalinan. 

Norshahrul juga enggan ditemuramah media selepas perlawanan berkenaan. 

Marah, kecewa 

Jika dinilai permainan penyerang kebangsaan itu, dia memang berhak untuk berasa marah dan kecewa kerana Johor DT mempunyai keupayaan untuk muncul juara, tetapi Norshahrul tidak banyak mendapat bantuan rakan sepasukan. 

Namun paling mengecewakan Norshahrul apabila golnya pada minit ke-63 dibatalkan pengadil Syed Azhar Syed Kamar yang terlebih dulu meniup wisel kerana mendakwa penyerang itu mengasari Azizi Matt Rose. 


Perlu sokongan 

Bagi penyerang hebat seperti Norshahrul, kilauan trofi sudah tentu menjadi ganjaran paling bermakna dalam karier mereka, tetapi bola sepak bukan setakat kemahiran individu. 

Dia memerlukan sokongan rakan sepasukan untuk berfungsi sebagai perancang dan juga penjaring.


* Sumber BH


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP