GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 31 Disember 2012

Bapa Ayam Dera Bayi



KUALA LUMPUR: Tangan kanannya patah manakala seluruh tubuh kecilnya dipenuhi kesan lebam dan berbirat. Itu penderitaan seorang bayi perempuan berusia setahun dipercayai akibat didera seorang bapa ayam di Lorong Haji Taib, di sini, sejak dua minggu lalu.

Mangsa dikatakan dipukul menggunakan penyangkut baju selain dipijak lelaki berusia lewat 30-an itu kerana kegagalan ibunya berusia 34 tahun untuk melacur seperti diarahkan. Malah, ibunya turut dipercayai dipukul lelaki berkenaan.

Kejadian menimpa bayi itu disedari bekas pengasuhnya selepas melawat mangsa di rumah berkenaan, jam 9 malam kelmarin.

Pengasuh itu yang mahu dikenali sebagai Ran, 35, berkata, selepas melihat kecederaan bayi itu, dia meminta supaya mangsa diserahkan kepadanya untuk dihantar ke hospital, namun bapa ayam itu tidak membenarkan sebaliknya menghalaunya.

Menurut Ran, dia merakamkan beberapa gambar menunjukkan kecederaan mangsa sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Read more...

Diberkas ketika ‘beraksi’ di ranjang


TUJUH pelacur warga asing diberkas selepas polis menyerbu sebuah salun yang dijadikan markas persundalan di Kepong kelmarin.

KUALA LUMPUR – Kegiatan haram pemilik salun yang menyediakan khidmat pelacur warga asing sejak beberapa bulan lalu berakhir apabila sebuah premis persundalan dua tingkat di kawasan Kepong di sini diserbu kelmarin.

Dalam serbuan pukul 9 malam itu polis dapat menahan lima wanita China dan dua rakyat Thailand berusia antara 20 hingga 28 tahun selepas disyaki menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.
Ketika serbuan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Cegah Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman itu dilakukan, terdapat tiga pelacur sedang melakukan hubungan seks dengan tiga pemuda tempatan.
Empat lagi pelacur sedang menunggu pelanggan di bilik tidur yang ditempatkan di tingkat atas.
Pegawai operasi, Inspektor Muhammad Mohd. Jais berkata, selain pelacur, pihaknya turut menahan tiga pelanggan tersebut.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Read more...

Ahad, 30 Disember 2012

Info : 10 Nama Domain paling Mahal diDunia 2012

Ringkasan ini tidak tersedia. Sila klik di sini untuk melihat siaran.

Read more...

Patung Hitler Berdoa Cetus Kontroversi


Patung Hitler berdoa (Foto: AFP)

Warsaw - Patung bekas pemimpin Nazi Adolf Hitler sedang berlutut berdoa dibina di bekas tempat perkampungan warga Yahudi era Perang Dunia II, di Warsaw. Perkara ini telah  mengundang kecaman.

Karya yang diberi judul "HIM" ini merupakan ciptaan dari seniman Itali Maurizio Cattelan. Patungnya ini terus dikunjungi oleh warga yang teruja untuk melihat patung itu.

Namun seniman itu tidak membuat imej jelas, untuk siapa Hitler berdoa. Namun menurut pihak yang menganjurkan pameran ini berkata, patung itu menggambarkan tubuh yang menyedari perbuatan jahatnya.

Dari sudut lain, banyak pihak pula yang marah melihat kehadiran patung tersebut di lokasi yang dianggap sensitif. Kelompok pembela Yahudi, the Simon Wiesenthal Center mengatakan, penempatan usahasama tersebut merupakan bentukan provokatif yang menghina ingatan dari korban Yahudi atas keganasan Nazi.

"Bagi warga Yahudi, doa Hitler hanya mahukan Yahudi dihapuskan dari muka bumi," ujar Pengarah the Simon Wiesenthal Center Efraim Zuroff, seperti dikutip Reuters, Minggu (30/12/2012).

Tetapi banyak juga kumpulan yang memuji karya seni tersebut. Menurut mereka, patung itu menunjukkan kesan emosional yang kuat. Sementara penempatan patung di bekas lokasi penempatan warga Yahudi dibela oleh pihak penganjur, kerana mereka tidak bermaksud untuk menghina ingatan dari masyarakat Yahudi.

* Sumber okezone.com


Read more...

Planet Bumi ada Kembarnya akan ditemui pada 2013 ?

Lebih 800 exoplanet sesuai didiami makhluk Bumi dikenal pasti berada di luar Sistem Suria. Foto: ESA/Hubble, NASA

SAN JUAN - Planet asing yang sesuai didiami makhluk Bumi akan dikenal pasti pada tahun depan, menurut laporan terbaru saintis baru-baru ini.

Saintis di Universiti Puerto Rico di Arecibo, Abel Mendez berkata, mereka yakin akan menemui planet 'kembar' Bumi yang pertama dalam masa terdekat memandangkan ahli astronomi telah menemui beberapa exoplanet (planet di luar Sistem Suria) sejak beberapa tahun lalu.

Difahamkan, pertama kali exoplanet ditemui pada tahun 1995 dan sejak itu lebih 800 dikenal pasti berada di luar Sistem Suria. Teleskop angkasa Kepler milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) juga telah mengesan lebih 2,300 planet asing berpotensi untuk didiami sejak Mac 2009. - SPACE.com

* Sumber


Read more...

Gambar : Valeria Levitin, Wanita Paling Kurus di Dunia

Dengan tinggi mencapai 172 cm, berat badan Valeria Levitin hanya 26 kg. Berat badannya kurang dari setengah berat badan sihat yang diperlukan untuk wanita. Tak hairan bila ia digelar sebagai wanita paling kurus di dunia. (Foto: Barcroft Media)

Selama bertahun-tahun Valeria telah melakukan diet ketat yang juga disertai gangguan makan anoreksia ekstrem. Hal ini jelas membuat tubuhnya jauh dari kategori sehat. (Foto: Barcroft Media)


Valeria mulai mengembangkan gangguan makan sejak remaja. Ia mengatakan penyakit ini telah menghancurkan hidupnya. Oleh karena itu, ia tidak ingin wanita lain mengalami nasib yang sama dengannya. (Foto: Barcroft Media)


Pada usia 19 tahun, ia masih tampak sihat dengan berat badan tak terlalu besar. (Foto: Barcroft Media)



"Anoreksia telah membuat saya kesepian, tidak menarik dan menjijikkan bagi orang-orang di sekitar saya," ujar Valeria. (Foto: Barcroft Media)


Banyak wanita yang ingin memiliki tubuh seperti Valeria. Melihat tubuhnya yang amat kurus dijadikan inspirasi, Valeria kini mengambil langkah berani untuk berbicara tentang kondisinya dan kempen melawan anoreksia. Ia pun menolak mengajarkan gadis-gadis muda tersebut bagaimana 'cara mati'. (Foto: Barcroft Media)

* Sumber detik.com


Read more...

Enam suspek kes r0g0l berdepan hukuman mati


ORANG RAMAI memegang sepanduk bagi mendesak perogol wanita itu dihukum mati dalam satu tunjuk perasaan di New Delhi, India semalam.

( Berita Berkaitan

NEW DELHI - Seorang pelajar perubatan yang dirogol beramai-ramai tanpa perikemanusiaan di sini meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura semalam dengan para pemimpin India merayu orang ramai agar bertenang dan tidak melakukan bantahan jalanan yang ganas.
Polis mengadakan kawalan ketat di pusat bandar raya ini selepas berita kematian pelajar berusia 23 tahun itu tersebar.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia pada pukul 4.45 pagi semalam setelah menjalani rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak dua hari lalu.
Dia dibawa ke hospital berkenaan yang memiliki kepakaran dalam melakukan pembedahan pemindahan organ itu pada Khamis lalu selepas dirawat selama 10 hari di sebuah hospital di ibu kota India di sini.
Mengetuai penghormatan kepada pelajar itu yang tidak didedahkan identitinya, Perdana Menteri Manmohan Singh berkata, beliau memahami gelombang tunjuk perasaan yang tercetus susulan kejadian pada 16 Disember lalu.
"Kita telah lihat emosi dan kemarahan rakyat susulan insiden ini," kata Manmohan dalam satu kenyataan.
"Kita faham reaksi sebegini daripada golongan muda di India dan warga India yang benar-benar mahu perubahan dilakukan," tambahnya.
Pelajar perempuan itu diserang semasa dia bersama seorang rakan lelakinya menaiki sebuah bas sekolah yang dicuri enam lelaki mabuk pada 16 Disember lalu.
Bukan sahaja dirogol beramai-ramai, malah mangsa turut diserang menggunakan sebatang besi sebelum dicampak keluar dari bas yang sedang bergerak bersama kawan lelakinya.
Polis dan pihak pendakwa raya memberitahu, pada hari kejadian, kedua-duanya baru keluar dari sebuah panggung wayang. Rakan lelakinya turut diserang dalam insiden tersebut.
Menurut pihak berkuasa, bas bercermin gelap itu berjaya melepasi beberapa pos pemeriksaan polis sebelum kedua-dua mangsa dicampak keluar dari kenderaan berkenaan.
Mayat pelajar itu dijangka diterbangkan ke India lewat semalam dengan diiringi oleh ibu bapanya yang berada di sisi mangsa semasa dia menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan.
"Dia mengalami kegagalan organ ekoran kecederaan serius pada badan dan otak," kata ketua eksekutif hospital berkenaan, Dr. Kelvin Loh.
"Mangsa cekal dan terus berjuang untuk hidup tetapi trauma pada badannya terlalu teruk untuk diatasi." tambahnya.
Kejadian rogol beramai-ramai berlaku setiap hari di India dengan ramai mangsa enggan membuat laporan polis kerana kurang percayakan sistem perundangan negara di samping bimbangkan reaksi negatif daripada pegawai polis lelaki.
Namun, serangan amat kejam itu menyebabkan kemarahan orang ramai menggelegak dan mendorong pemerintah menjanjikan keselamatan lebih baik kepada wanita serta hukuman lebih berat untuk jenayah seks.
Pihak polis pula dikritik hebat kerana menggunakan kekerasan dalam usaha menyuraikan protes berkaitan serangan berkenaan termasuk kerap menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.
Dalam perkembangan berkaitan, enam lelaki yang ditangkap berhubung serangan itu didakwa kerana membunuh semalam dengan mereka berdepan hukuman mati jika didapati bersalah.
Sementara itu Pesuruhjaya Tinggi India ke Singapura, TCA Raghavan berkata, keluarga mangsa amat bersedih dengan kematian anak perempuan mereka.
"Namun, mereka berharap kematiannya akan menjadi titik-tolak kepada masa depan yang lebih baik untuk wanita di sini dan India keseluruhannya," kata Raghavan.
- Agensi

Read more...

Sabtu, 29 Disember 2012

China perketat Undang undang,Wajib anak lawat ibu bapa

Ilustrasi orangtua di China

BEIJING - China meluluskan satu undang-undang mewajibkan anak yang sudah dewasa melawat ibu bapa mereka sekerap yang mungkin dan jika gagal berbuat demikian akan berhadapan dengan risiko tindakan perundangan.

Undang-undang baru itu tidak menyatakan kekerapan lawatan yang perlu dibuat tetapi amaran mengabaikan ibu bapa boleh mendatangkan risiko tindakan mahkamah.

Laporan yang diterima semakin meningkat saban tahun ramai ibu bapa yang diabaikan dan ditinggalkan anak mereka.

Awal bulan ini, media melaporkan seorang wanita tua berumur 90-an dipaksa anaknya tinggal di kandang khinzir selama dua tahun.

Media turut melaporkan yang ramai anak cuba merampas aset ibu bapa mereka atau orang-orang tua yang mati tanpa pengetahuan sesiapa kerana ditinggalkan sendirian di rumah.

Perkara ini terjadi kerana anak-anak akan meninggalkan ibu bapa mereka sendirian kerana bekerja di bandar.

China mempunyai hampir 167,000 juta penduduk yang berusia lebih 60 tahun dan satu juta penduduk berusia lebih 80 tahun.

Kerajaan juga ada menyediakan beberapa alternatif seperti rumah penjagaan untuk orang-orang tua supaya mereka mampu hidup secara sendiri tanpa anak-anak.

* Sumber


Read more...

Terkini : Mangsa Rogol Beramai Ramai Meninggal Dunia Di Singapura


SINGAPURA: Wanita India yang menjadi mangsa rogol beramai-ramai dalam sebuah bas di New Delhi, meninggal dunia awal pagi Sabtu di hospital Singapura selepas mengalami kerosakan organ yang teruk, termasuk otak.
Pihak berkuasa di India dilaporkan sudah bersiap sedia dengan kemungkinan berita kematiannya itu membawa protes dan keganasan yang lebih besar dengan polis pencegah rusuhan mula ditempatkan di ibu negara itu.
Wanita berusia 23 tahun itu diterbangkan ke Singapura pada Khamis selepas diserang lima lelaki dalam sebuah bas yang dinaikinya pada 16 Disember lalu.
Mangsa dilaporkan dirogol dan dipukul dengan batang keluli sebelum dicampakkan keluar dari bas tersebut.
Beberapa pengamal perubatan mengkritik mengenai keputusan memindahkan rawatan mangsa ke luar negara.
“Kami amat sedih apabila menerima berita bahawa mangsa meninggal dunia pada pukul 4.45 pagi waktu tempatan hari ini (Sabtu)," kata Kelvin Loh, Ketua Eksekutif Mount Elizabeth Hospital.
Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi India ke Singapura T.C.A. Raghavan dipetik oleh akhbar tempatan, The Straits Times, sebagai berkata bahawa keluarganya mahu jenazahnya diterbangkan ke India.
Wanita itu diiiringi ibu bapa dan dua adik lelakinya ke Singapura.
Raghavan berkata pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan nyawa pelajar itu, di India dan Singapura.
Dia diterbangkan ke Singapura agar mendapat rawatan perubatan terbaik.
Singapura menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga pelajar itu.
* Sumber mStar Online

Read more...

Pemuda Kudung Bertemu Jodoh


KECACATAN fizikal Ali tidak pernah menjadi halangan cinta Ankam terhadapnya

LONDON: Tanpa kedua-dua tangan yang terpaksa dibuang akibat perang Iraq, tuah dialami Ali Abbas memang sangat menggembirakannya.

Dalam serba kekurangan itu, Ali berpeluang mengahwini gadis yang menjadi pujaannya sejak kecil. Kini menetap di Britain, Ali, 21, berkahwin dengan Ankam Hamza, 18, dalam majlis penuh emosi yang dilangsungkan selama dua hari di bumi kelahirannya.

Menceritakan pengalaman itu untuk kali pertama, Ali berkata, dia bukan saja tidak menyangka dapat menikahi Ankam, malah tidak menyangka terselamat dalam serangan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) di Baghdad sembilan tahun lalu.

Sebagai seorang daripada mangsa paling parah dalam perang Iraq, Ali tidak diberi banyak harapan untuk hidup bagi meraikan ulang tahun ke-13. Banyak pihak juga tidak menjangkakan Ali berpeluang menjadi seorang suami. Selain kehilangan kedua-dua tangan, Ali juga mengalami kesan melecur pada 60 peratus badannya.

Ali juga kehilangan 16 anggota keluarga, termasuk ibu bapanya. Gambar penderitaan Ali itu tersebar ke seluruh dunia dan dia menjadi wajah ikon bagi konflik berkenaan. Kata Ali, dia tidak sangka diberi peluang untuk terus hidup.

“Saya tak pernah membayangkan dapat mencintai seorang wanita dan yang paling pasti, tidak sangka ada peluang berkahwin,” katanya. Menurut Ali, pada hari pernikahan, emosinya bercampur-baur antara sedih dan gembira.



Bagaimanapun, katanya, dia lebih terfikir bahawa dia sangat bertuah kerana dapat bertemu seorang wanita seperti Ankam.

“Memang saya tahu Ankam adalah pilihan tepat kerana dia tidak pernah membiarkan saya terfikir bahawa saya memiliki kekurangan.

IMEJ menyayat hati ketika Ali baru diselamatkan dari runtuhan rumahnya pada 2003.


“Apabila bersama Ankam, saya berasa seperti lelaki normal,” katanya. Menurut Ali, dia sentiasa dibayangi tragedi pada 2003 itu dan ia turut mengubah hidupnya. Katanya, pada ketika tertentu, dia terdengar jeritan ahli keluarganya ketika bumbung dan siling rumah runtuh menimpa mereka akibat peluru berpandu AS. Ali bernasib baik kerana dikesan seorang jiran masih bernafas di bawah runtuhan bangunan berkenaan.

Selepas dikeluarkan, dia dikejarkan ke hospital.

Penderitaan Ali menyentuh perasaan berjuta orang di seluruh dunia apabila anggota perubatan di Iraq merayu supaya dia diterbangkan ke Kuwait bagi menjalani pembedahan menyelamatkan nyawanya. Akhirnya Ali diterbangkan ke Britain dan diberi bantuan tangan palsu di Hospital Ratu Mary di selatan London. Pada Jun 2010, Ali lulus ujian kewarganegaraan dan disahkan sebagai warga Britain.

Sejak itu, Ali pulang ke Iraq beberapa kali untuk bertemu saudara-maranya yang terselamat dalam perang. Dalam kesempatan itu Ali diperkenalkan kepada Ankam yang pernah menjadi temannya ketika zaman kanak-kanak. - DM

* Sumber



Read more...

Peminat marah nama Psy ( Gangnam style ) diguna untuk watak Perogol


GAMBAR fail menunjukkan muzik video Psy di laman YouTube yang sudah ditonton lebih satu bilion kali.

TOKYO - Penyanyi Korea Selatan yang terkenal di seluruh dunia dengan tarian kuda, Psy digambarkan sebagai seorang perogol dalam komik manga Jepun, lapor akhbar The Japan Daily Press semalam.
Komik itu akan diterbitkan pada 31 Disember ini yang menunjukkan satu watak mirip Psy.
Ia mengisahkan watak tersebut mengetuai satu kumpulan penculik dari Korea Selatan dan merogol sekumpulan gadis Jepun.
Bagaimanapun, menurut laman Digital Journal, penduduk Korea Selatan menyuarakan kemarahan mereka tentang tindakan komik Jepun itu.
Ia melaporkan, kemarahan tersebut dinyatakan di laman-laman internet.
Psy menjadi terkenal di dunia menerusi muzik video Gangnam Style di laman YouTube yang dimuat naik sejak 15 Julai lalu.
Klip video itu yang menunjukkan Psy menari tarian kuda telah ditonton lebih satu bilion kali.
Psy kemudian menjadi kebanggaan warga Korea Selatan sehingga mengatasi populariti Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon yang juga berasal dari negara yang sama.
Penyanyi itu juga diundang ke Amerika Syarikat (AS) untuk menghadiri banyak majlis muzik ekoran kejayaannya itu.
Tarian kuda itu juga dipersembahkan bukan sahaja oleh artis AS tetapi juga ahli-ahli sukan terkenal dunia. - Agensi
* Sumber

Read more...

Ukiran Seni menarik di Sawah Padi


DUA petani berjalan melintasi ukiran lembu jantan di Kampung Nitiprayan, Bantul dekat Yogyakarta, Indonesia kelmarin.

JAKARTA - Seorang artis seni, Budi Barnabas menghasilkan ukiran berjudul lembu jantan mendapat kecederaan di kawasan sawah padi di Kampung Nitiprayan, Bantul dekat Yogyakarta, Indonesia.
Ukiran kayu itu merupakan sebahagian daripada pameran ukiran di luar bangunan yang dikenali sebagai Tuaian Terakhir.
Pameran tersebut yang akan berakhir pada 31 Disember ini mempamerkan hasil kerja 30 artis seni yang menyuarakan tentang kemerosotan kawasan tanah pertanian. - Reuters
* Sumber

Read more...

CINTA lintang pukang


JITRA: Seorang wanita menjalin hubungan sulit dengan rakan baik bekas suaminya manakala bekas suaminya itu pula mempunyai hubungan dengan adik iparnya dan lebih mengejutkan apabila kedua-dua pasangan itu tinggal serumah.

Bagaimanapun onar yang dicipta mereka terbongkar apabila rumah mereka diami di Kampung Sanglang, dekat sini, diserbu Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) pada awal pagi semalam. 

Lebih mengejutkan lagi apabila janda terbabit melahirkan seorang bayi lelaki berusia empat bulan hasil hubungan sulitnya dengan rakan bekas suaminya itu.

Difahamkan, janda terbabit bersama bekas suaminya tinggal bersama di rumah itu bersama teman lelakinya serta adik perempuan wanita itu yang berusia 18 tahun.

Adik wanita itu dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan abang iparnya sendiri yang berusia 39 tahun sejak beberapa bulan lalu selepas kakaknya bercerai dengan abang iparnya itu.

* Sumber myMetro

Read more...

Pelajar mangsa rogol beramai ramai kritikal

PEGAWAI polis India bertugas mengawal benteng dilindungi sepanduk yang tertulis hukuman berat perlu dilakukan terhadap perogol pelajar berusia 23 tahun, di ibu negara India. Penunjuk perasaan menggesa keselamatan yang lebih baik untuk wanita berikutan rogol pelajar di ibu negara India. - Foto AFP

Pasukan pakar perubatan berusaha beri rawatan, stabilkan mangsa

New Delhi: Mangsa rogol beramai-ramai di New Delhi kini bertarung nyawa dengan keadaannya dilaporkan sangat kritikal selepas mengalami serangan jantung dan kecederaan otak ketika menerima rawatan lanjut di Singapura. 

Pada masa sama, negeri Punjab bertindak memecat dan menggantung tugas sekumpulan pegawai polis yang didakwa mengabaikan seorang lagi mangsa rogol sehingga menyebabkan dia membunuh diri. 

Pemeriksaan pasukan perubatan kami menunjukkan dia juga mengalami serangan jantung dan kecederaan otak," Kelvin Loh, Ketua Eksekutif Hospital Mount Elizabeth

Sebuah buletin yang dikeluarkan pada hari ketibaan mangsa di Hospital Mount Elizabeth menyatakan, pelajar berusia 23 tahun itu mengalami jangkitan paru-paru dan keadaannya sangat kritikal.

“Ketika ini, pesakit bertarung nyawa, pemeriksaan pasukan perubatan kami menunjukkan dia juga mengalami serangan jantung dan kecederaan otak,” kata Ketua Eksekutif Hospital Mount Elizabeth, Kelvin Loh.

Beliau berkata, pasukan pakar perubatan pelbagai bidang sedang berusaha sedaya upaya untuk memberi rawatan dan menstabilkan keadaannya dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Dirogol di belakang bas 


Pelajar itu sebelum ini menerima rawatan di Hospital Safdarjung di Delhi dihumban keluar dari bas yang sedang bergerak selepas dirogol enam lelaki di belakang kenderaan itu.

Dia turut mengalami kecederaan parah di bahagian usus akibat dipukul dengan batang besi.

Pihak berkuasa India kerap kali dipersalahkan kerana memperlekeh mangsa rogol dan enggan memfailkan kes ke atas penyerang, menyebabkan mangsa terpaksa berdiam diri dan tidak melaporkan jenayah terbabit.

Bagaimanapun kejadian rogol beramai-ramai yang menimpa pelajar itu, membawa perubahan dan memberi fokus baru terhadap pihak polis serta sikap masyarakat kepada wanita di India.

Penunjuk perasaan mendesak perlindungan lebih baik kepada wanita selain hukuman lebih berat kepada perogol.

Desakan itu mendorong Jabatan polis Punjab menggantung tugas seorang pegawai polis dan memecat dua yang lain selepas didakwa sengaja melambatkan siasatan ke atas seorang gadis berusia 18 tahun yang mendakwa dia dirogol, menyebabkan dia bertindak membunuh diri dengan meminum racun. - AP


* Sumber


Read more...

Isteri Muda Mati dibunuh


ALOR SETAR: “Aku bukan nak bunuh hang (kau), aku nak ajar hang.” Itu antara kata-kata yang didengar jiran beberapa jam sebelum seorang isteri muda, Nor Fatimah Anis Md Radzi, 17, ditemui mati di rumahnya di Kampung Alor Gelagah, dekat sini, semalam.

Mangsa yang baru enam bulan berkahwin dipercayai mati akibat hentakan objek tumpul di kepala dan polis menahan suaminya berusia 20-an yang disyaki terbabit kejadian itu. Turut ditahan bagi membantu siasatan, dua lagi lelaki, juga berusia 20-an.

Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, dia menyedari pertengkaran antara mangsa dan suaminya jam 2 pagi selepas terdengar wanita itu menjerit kesakitan dipercayai akibat dipukul.

“Ini bukan kali pertama mereka bergaduh kerana kebelakangan ini saya kerap terdengar mereka bertengkar. Namun selalunya, pertengkaran mereka tidak lama...hanya beberapa minit.

“Tetapi, kali ini (pertengkaran awal pagi semalam) berlainan kerana saya percaya wanita itu dipukul suaminya. Saya dapat mendengar dengan jelas wanita itu merayu suaminya supaya jangan memukulnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Read more...

Jumaat, 28 Disember 2012

Ini dia Penyeludup dadah paling Seksi


SANCLEMENTE gemar memberikan gaya seksi di hadapan jurufoto.

PEMENANG pertandingan Ratu Kopi Colombia, Angie Sanclemente, mengimpikan kemasyhuran dunia peragaan. Namun, kerjaya model berusia 31 tahun itu berkecai di sebuah mahkamah di Argentina minggu lalu apabila dia dihukum penjara selama enam tahun lapan bulan kerana peranannya dalam kegiatan penyeludupan dadah.

Kejatuhan Sanclemente bermula pada Disember 2009 selepas seorang lagi model, Maria Noel Lopez Iglesias, ditangkap ketika cuba menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ezeiza di Buenos Aires, Argentina.
Wanita berusia 21 tahun itu ingin pergi ke kawasan resort Cancun di Mexico semasa ditahan bersama sebuah beg pakaian berisi dadah kokain seberat 55 kilogram bernilai AS$3.3 juta (RM10 juta).
Model itu langsung tidak cuba menyembunyikan kokain itu kerana dia telah diberitahu tiada siapa akan menahannya di lapangan terbang. Maklumat daripada Iglesias telah menyebabkan Sanclemente diburu.
Model
Pihak berkuasa percaya Sanclemente masih berada di Argentina selepas dia meninggalkan hotel tempat dia menginap bersama seekor anjing Pomeranian yang comel.
Polis berjaya mengesan alamat anjing itu didaftarkan tetapi mendapati ia cuma sebuah gudang lama yang tidak digunakan lagi. Dia akhirnya ditangkap di sebuah hotel murah di Palermo, Buenos Aires.
Polis mendakwa Sanclemente bertanggungjawab merekrut wanita-wanita muda untuk dijadikan penyeludup dadah. Dia dikatakan hanya mengupah model-model glamor untuk membawa dadah dari negara Amerika Selatan itu ke Eropah.
Sanclemente menggambarkan model-model yang bekerja dengannya sebagai 'bidadari jelita yang tidak dicurigai'. Mereka diberitahu supaya bersikap 'mesra' tetapi bukan menjolok mata.
Model-model itu dibayar AS$5,000 (RM15,000) bagi setiap perjalanan dan sekurang-kurangnya seorang daripada mereka akan menaiki pesawat setiap 24 jam dengan membawa berpeket-peket kokain.
Dari Argentina, mereka terbang ke kawasan resort di Cancun, Mexico. Dari situ mereka bergerak ke Eropah dan Amerika Syarikat.
Sanclemente dinobatkan sebagai Ratu Kopi Colombia pada usia 21 tahun. Malangnya gelaran itu ditarik balik dua hari kemudian selepas pihak penganjur mendapati dia melanggar syarat pertandingan kerana sudah berkahwin.
Sanclemente berkahwin dengan seorang ahli perniagaan pada tahun 1998. Lelaki itu menanggung kos pengajian Sanclemente dalam bidang kewartawanan di Universiti Barranquilla, Colombia.
Selepas bercerai, Sanclemente tinggal di Mexico selama lapan tahun. Di negara itu, Sanclemente mengambil tugasan peragaan dan menjadi pelakon televisyen.
Wanita kelahiran Colombia itu juga dipercayai menjalin hubungan cinta dengan seorang tauke dadah Mexico dikenali sebagai The Monster tetapi mereka berpisah pada penghujung tahun 2009 kerana Sanclemente mahu membentuk kumpulan penyeludupnya sendiri.
Selepas itu, dia berhijrah ke Buenos Aires bersama teman lelaki baharunya, Nicolas Gualco, seorang warga Argentina.
Gualco dan bapa saudaranya, Daniel Monroy turut dihukum penjara selama enam tahun lapan bulan atas kesalahan yang sama minggu lalu.
Sanclemente menjadikan seorang model terkenal Colombia, Natalia Paris sebagai idola. Dia bahkan mewarnakan rambutnya dengan warna perang supaya nampak serupa dengan Paris.
Paris berkahwin dengan Julio Correa, seorang penyeludup dadah yang kemudian menjadi pemberi maklumat kepada pihak berkuasa. Lelaki itu dibunuh oleh teman penyeludupnya sendiri menggunakan mesin pengisar daging.
Ibu Sanclemente, Yaneth Valencia, tinggal menyewa sebuah apartmen pada kadar AS$75 (RM225) sebulan di pinggir bandar pelabuhan Barranquilla, yang juga bandar kelahiran penyanyi pop terkenal, Shakira.
Walaupun anaknya hidup mewah, menurut seorang jirannya, rumah Valencia tidak mempunyai katil. Dia hanya tidur di atas tilam yang diletakkan di atas lantai. Selepas waran ditangkap dikeluarkan ke atas anaknya, Valencia berpindah ke tempat lain.
Takut
Pembabitannya dalam pertandingan ratu cantik dan aktiviti peragaan telah menarik perhatian media Argentina dan Colombia. Mereka memanggilnya narcomodelo atau model dadah.
Media juga menimbulkan tanda tanya sama ada Sanclemente benar-benar seorang ratu dadah atau sekadar mangsa cinta yang terjerumus ke dalam jenayah itu akibat pujukan Gualco.
Sebuah klip video yang dimuat naik ke Youtube menggambarkan Sanclemente sebagai La narco mas sexy atau 'penyeludup dadah paling seksi' dengan memaparkan gambar separuh bogel Sanclemente.
Semasa perbicaraan, Saclemente berulang kali menafikan dia merekrut penyeludup dadah sambil mendakwa satu-satunya kesalahan yang dilakukannya ialah jatuh cinta dengan lelaki yang salah.
"Perkara ini berlaku kerana saya orang Colombia," kata Sanclemente sebaik sahaja dijatuhi hukuman.
Dalam satu interviu dengan akhbar Colombia, El Pais semasa ditahan di penjara Argentina, Sanclemente berkata dia cuma orang biasa yang mencari peluang untuk berlakon, iaitu perkara yang gemar dilakukannya.
Bercakap dengan sebuah akhbar Colombia yang lain dia berkata: "Saya sedih, berhutang dan keseorangan. Tuhan telah memberi saya kekuatan untuk mengharungi semua ini.
"Sesuatu yang baik pasti akan datang. Saya tidak mahu menggambarkan diri saya sebagai mangsa tetapi saya telah dimalukan dan tidak dilayan seperti sepatutnya."
Peguam Sanclemente, Guillermo Tiscornia berkata anak guamnya itu takut untuk masuk ke penjara Argentina. "Dia seorang wanita cantik, dia takut dia akan dirogol di dalam penjara. Dia sudah pun menderita dari segi fizikal dan mental," ujarnya. 
- Agensi


Read more...

Justin Bieber 'Sebarkan' Foto Seksi Selena Gomez

LOS ANGELES- Sosok Selena Gomez (gambar )sepertinya masih begitu penting bagi Justin Bieber. Meski dikabarkan sudah putus, Justin dan Selena beberapa kali terlihat pergi berdua. 

Bahkan, pelantun "Never Say Never" itu memajang foto seksi Selena di akun Instagramnya. Meski merayakan Natal secara terpisah, dipajangnya foto Selena seolah membuktikan Justin masih merindukan wanita yang dua tahun darinya itu.

Cinta yang sama juga sepertinya masih dirasakan Selena. Mantan bintang Disney itu disebut masih mencintai Justin. Namun, Selena berharap Justin mengubah sifat kekanak-kanakkannya. Hubungan mereka memang sempat renggang karena kesibukan masing-masing sehingga jarang berkomunikasi. 

"Selena berbesar hati dan menginginkan Justin kembali padanya. Selena hanya ingin Justin dewasa dan memperlakukan dirinya layaknya seorang pria dewasa memperlakukan wanita," ujar seorang sumber seperti dikutip Contactmusic, Kamis.

* Sumber celebrity.okezone.com


Read more...

FOTO: 'POSE PANAS' Artis Indonesia Tahun 80an



 Flashback ke era-80an. Foto-foto dibawah ini tak hanya membuat panas pemikiran anda, melainkan juga bisa membuat hati anda semakin panas. Tidak percaya? silakan rasakan sendiri sensasi panas yang bener-bener bisa membuat panas hati anda ketika melihat foto-foto dengan pose panas artis indonesia era-80an.








Maaf, kesalahan memang bukan dari kami dalam menampilkan foto-foto ini, melainkan terjadi karena kesalahan anda dalam mengertikan judul artikel ini.

Maksud dari POSE PANAS pada judul artikel diatas adalah waktu lagi difoto dalam  CUACA PANAS.


* Sumber pangkalanunik.com


Read more...

56 Tahun Hilang, Motorsikal Ini Kembali kepada Pemiliknya


Dean Ailie dan motor NSU 251 OSL miliknya yang telah hilang selama 56 tahun

Ailie Dekan, lelaki dari Minnesota, Amerika Syarikat SYARIKAT kini bahagia, motosikal yang pertama telah hilang selama 56 tahun telah ditemui lagi.

Dilaporkan motorcycle.com halaman, Jumaat 28 Disember 2012, kejadian bermula apabila bapa Ailie, Wyman Ailie membeli motosikal dari Jerman, NSU 251 OSL 1938 amaran pada tahun 1956 dari seorang petani. Motor sengaja dibeli untuk Ailie.

Sebelum tiba di tangan bapanya, petani itu membawa motorsikal Klasiknya ke Amerika selepas Perang Dunia II (yang berlaku pada 1939-1945).

Dengan kegembiraan, Disember 1956, serentak dengan musim sejuk, Ailie dengan motor kesayanganya dalam perjalanan untuk bertemu rakan-rakannya dengan mengambil jalan pintas melalui permukaan Tasik Dasel Big Swan Lake, Minnesota,yang sedang dibekukan.

Selepas berjalan-jalan, Dekan memutuskan untuk kembali mengambil jalan pintas melalui Tasik. Walau bagaimanapun malang menimpa, permukaan ais tiba-tiba retak dan membuat Dekan dengan motorsikal tenggelam ke Tasik yang sangat sejuk.

Bernasib baik, udara yang terperangkap di kulit jaket Ailie membuat dirinya naik ke permukaan, dan diselamatkan sepasang nelayan. Walau bagaimanapun, Motorsikal tidak dapat diselamatkan.

Pada 29 November 2012, seorang nelayan bernama Ken Seeman yang sedang memancing , menangkap sesuatu yang berat. Demikian,yang ditangkap nelayan bertukar jaring motosikal.

Ailie musibah mendalam beliau pada masa itu menjadi berita besar, membuat Seeman tidak perlu lama untuk memahami angka Ailie yang kini berusia 71 tahun.

Akhirnya, Ailie kembali untuk mencari motosikal nya yang hilang dulu. Tetapi keadaan motor pastinya tidak seperti 56 tahun yang lalu. NSU telah karat bersalut, hilang kerusi, tangki berlubang, silinder enjin kering, tetapi tayar masih mengandungi angin.

Akhirnya Ailie mahu untuk menjaga motorsikal yang pertama. Walau bagaimanapun, Seemann dan kawan-kawannya mengambil inisiatif bahawa dia bertemu dengan Ron Miller,pengumpul motosikal antik. Sehingga akhirnya diserahkan Ailie motosikal Miller untuk pembaikan.

* Sumber VIVAnews.com


Read more...

Gambar : Khairul Fahmi (Apek) & Leuniey Sah Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz


Apek dan leuniey kini sah menjadi suami isteri. Foto SAZUKI EMBONG
KOTA BARU: Dengan sekali lafaz, penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau Apek sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21.
Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib di kediaman keluarga Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, di sini, kira-kira pukul 10 pagi Jumaat.
Apek yang mengenakan persalinan baju Melayu berona putih krim itu berkata, dia bersyukur apabila segala perancangan majlis mereka berjalan dengan lancar dan menganggap perkahwinan itu sebagai tanda berakhirnya kontroversi yang membabitkannya dengan Leuniey.
"Alhamdulillah syukur apabila majlis ini berjalan dengan lancar.
"Perkahwinan ini juga menandakan pelbagai isu kontroversi yang membabitkan saya dan Leuniey sudah tamat, " katanya kepada mStar Online selepas majlis pernikahan berlangsung.
Tambah Apek, sebelum ini, pergerakan dia dan Leuniey untuk bertemu agak terbatas lebih-lebih lagi ketika kontroversi panas membabitkan Leuniey kononnya telah menjadi orang ketiga dalam hubungan cinta Apek yang terdahulu.
Pasangan ini belum merancang untuk berbulan madu lagi.
"Oleh kerana itu, kami hanya dating di rumah sahaja dan rumah keluarga kami merupakan tempat rahsia kami untuk bertemu," ujarnya.
Leuniey telah menerima wang hantaran yang juga dijadikan sebagai mas kahwin sebanyak RM19,000 berserta tujuh dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin lelaki.
Sebelum majlis pernikahan itu, rombongan pihak lelaki tiba dengan diiringi sepasukan polis trafik sepanjang perjalanan mereka ke kediaman keluarga Leuniey.
Sementara itu, Apek memberitahu, dia dan isterinya itu belum merancang untuk berbulan madu dalam masa terdekat ini, namun masih lagi menganggap perkara itu amat penting sebagai permulaan baru melalui alam berumah tangga.
Rombongan pihak lelaki yang hadir pada majlis tersebut ialah ibu bapa Apek iaitu Che Mat Hussein 58, dan Bidah Ibrahim, 57, serta lima adik-beradiknya.
Turut hadir ibu bapa Leuniey iaitu Nazri Adnan, 44, dan Norlaila Abu Bakar,45, serta empat adik-beradiknya yang lain.
Majlis pernikahan itu turut dihadiri Timbalan Mufti negeri Kelantan, Datuk Nik Abd Kadir.
* Sumber mStar Online

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP