GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 20 Disember 2013

[Video] Orang Tua Gatal Hanyut menari Lucah diKonsert Dangdut

[ Video ]
WADUH-WADUH! Bukan main hebat pakcik berketayap dari seberang ini menari dengan penyanyi seksi yang berperut bak tayar Michelin.
Memang geli-geleman dibuatnya tatkala kedua-duanya beraksi seolah-olah sedang melakukan seks.
Pakcik itu turut dilihat meraba-meraba bahagian sulit wanita itu dengan duit kertas ditangannya.
Agak-agaklah pakcik…lupa ke tengah pakai kopiah tu?
Mungkin di sesetengah tempat di Indonesia, ketayap itu umpama topi biasa.
Tapi kalau di negara kita, memang dah kena label ‘buat tebiat’ dan harus diberi makan terajang!
Sumber MyNewsHub


Read more...

Neelofa Luah Rasa Bimbang Tinggal Sendirian Di AS

Neelofa
KUALA LUMPUR: Pelakon Neelofa meluahkan rasa debar untuk ke Amerika Syarikat pada 27 Disember ini bagi mengikuti kursus jangka pendek di Sekolah Filem dan Lakonan Akademi Filem New York, Los Angeles (NYFA).
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, berkata, sepanjang sebulan lebih berada di negara itu, dia risau dengan situasi kehidupannya bersendirian tanpa ditemani kenalan dari Malaysia.
"Dalam rasa teruja untuk mengikuti kursus di NYFA, saya sebenarnya gementar dengan suasana yang bakal dilalui.
"Ini kerana saya ke sana tanpa teman dan bilik yang disewa hanya saya seorang yang tinggal. Dan kalau nak tahu saya ini penakut orangnya. Tak boleh duduk seorang diri," selorohnya.
Neelofa ditemui pada majlis pelancaran Anugerah Meletop Era di Hotel Double Tree di sini pada Khamis.
Tambah pelakon filem Lemak Kampung Santan, perasaan takut tinggal bersendirian wujud kerana dia sering mendengar pelbagai kisah berkaitan makhluk halus sejak zaman sekolah menengah.
Malah rasa ketakutan itu membuatkan Neelofa telah membeli sebuah kamera mini yang disambungkan ke komputer dan diletakkan di bilik bagi membolehkan keluarga memantau keadaannya menerusi Internet.
Dalam pada itu, Neelofa yang sedang menuntut di Kolej Universiti Sunway dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dan Pemasaran berkata, tujuan dia mengambil kursus di NYFA adalah untuk menambah pengetahuannya di bidang seni lakonan.
"Insya-Allah, ilmu yang dipelajari di sana dapat diaplikasikan dalam kerjaya lakonan saya. Dan sekarang ini saya tidak mengambil sebarang tawaran lakonan sehinggalah kursus selesai.
"Kemudiannya saya akan terlibat dengan penggambaran filem berjudul Sinaran selepas pulang ke tanah air," tuturnya.
Sumber mStar Online

Read more...

LIVE STREAMING MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU KE 6

Kumpulan mana yang bakal tersingkir untuk Minggu ke 6 .. Nabil ? .. Kumpulan Boboi ?.. Jangan buat andaian dulu..apa pun bakal terjadi.. 

Kita tonton dulu Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 5 full menyaksikan kumpulan Zero kecundang.. Nabil ketandusan Idea dan juga kumpulan Boboi yang bikin panas..



Sumber Video aStro Gempak


Read more...

Khamis, 19 Disember 2013

[Gro Hot] Tak sempat gelek tiang dah kena Cekup


imej google
Ipoh: Sepuluh wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang juga penari tarian tiang tidak sempat memperagakan gerak berahi mereka apabila diberkas sepasukan polis dalam Op Cantas Khas di sebuah pusat hiburan di Pasir Puteh, di sini, malam kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu, semua wanita yang berpakaian seksi berusia antara 25 dan 30 tahun berkenaan, ditahan kerana tiada permit kerja yang sah serta sebahagian daripadanya tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Superintendan Anuar Othman berkata, serbuan dilakukan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang menjalankan Op Cantas Khas dan ketika diserbu premis hiburan terbabit baru memulakan perniagaan serta semua wanita warga asing berkenan dipercayai sedang bersiap sedia untuk mempamerkan tarian tiang.
“Semua GRO yang diberkas terdiri daripada tiga wanita Thailand dan tujuh warga Vietnam dan lima daripadanya tidak mempunyai pasport serta selebihnya menyalahguna pas lawatan sosial.
“Polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia lewat 20-an yang dipercayai penjaga premis dan hasil pemeriksaan mendapati pusat hiburan terbabit mempunyai lesen, tetapi hanya untuk hiburan karaoke,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.
ANTARA pelayan pelanggan warga asing yang diberkas dalam gerakan malam kelmarin.
Menurutnya, premis terbabit sudah tiga kali diserbu tahun ini, namun masih berdegil dalam menjalankan kegiatan menawar khidmat wanita seksi warga asing untuk menarik pelanggan berkunjung ke pusat hiburan berkenaan.
Anuar berkata, pihaknya akan merujuk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung perlanggaran syarat lesen premis berkenaan supaya tindakan membatalkan lesen diambil bagi mengelakkan pengusaha terus menjalankan kegiatan menyalahi undang-undang.
“Kami juga akan membuat pemeriksaan dengan imigresen bagi memastikan sama ada dokumen perjalanan yang dimiliki wanita asing terbabit adalah sah kerana kemungkinan mereka menggunakan pasport palsu dan memasuki negara ini secara haram.
“Polis juga tidak menolak kemungkinan GRO berkenaan turut menawarkan khidmat seks, tetapi bukan di pusat hiburan kerana tiada bilik khas disediakan di premis terbabit,” katanya.
Katanya, mereka dibawa ke IPD Ipoh untuk siasatan lanjut.
Sumber myMetro


Read more...

Rita Rudaini tak terkejut Aidil Zafuan nak kahwin,tapi jangan lupa nafkah Anak

Rita Rudaini
KUALA LUMPUR: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar tidak terkejut mendengar berita bekas suaminya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yang bakal berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Zarema Zainal.
Rita, 37, berkata, gosip mengenai perhubungan Aidil serta Zarema sudah lama diperkatakan sebelum dia bercerai dan berita perkahwinan itu sekali gus membuktikan bahawa khabar angin percintaan pasangan itu sememangnya benar.
"Saya memang dah jangka dia (Aidil) akan berkahwin dengan wanita itu (Zarema) dan tidak terkejut dengan berita perkahwinan mereka.
"Malah gosip jalinan cinta mereka sebelum ini sudah menunjukkan siapa diri Aidil yang sebenar," katanya.
Minggu lalu, sebuah portal melaporkan Aidil, 26, yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan Zarema bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun depan.
Perkara itu telah disahkan sendiri oleh Aidil yang mengaku terhadap khabar angin tersebut.
Aidil bersama wanita yang dikaitkan dengannya.
Tambah Rita, dia enggan mencampuri urusan perkahwinan pasangan berkenaan namun berharap agar Aidil tidak lupa memberikan nafkah kepada dua orang anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
"Sekarang ini saya telah membuat tuntutan nafkah sebanyak RM5,000 di mahkamah dan kes ini masih lagi belum selesai.
"Pelik juga bila dia bangkitkan tuntutan saya itu tidak munasabah. Bukankah wang itu untuk anak-anaknya juga?
"Biarlah dia nak kahwin dengan sesiapapun, yang penting kebajikan anak-anak tidak dilupakan. Kalau nak diikutkan, saya mampu menyara anak-anak tetapi saya tidak mahu dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa," tegasnya.
Rita dan Aidil telah sah bercerai talak satu pada 5 September lalu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.
Ikatan perkahwinan pasangan itu terlerai selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Aidil kepada Rita menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lepas.
Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.
Sumber mStar Online

Read more...

[4 Gambar] Fenomena luar biasa salji tebal di utara Vietnam


Dua orang pekebun, mengalihkan salji yang melitupi sayur-sayuran di kebun mereka di daerah Sa Pa, wilayah Lao Cai, semalam. - Agensi

LAO CAI, Vietnam 17 Dis. - Salji tebal yang melanda kawasan pergunungan di daerah Sa Pa, barat laut wilayah Lao Cai di sini, memusnahkan sebahagian besar tanaman dan mengakibatkan gangguan lalu lintas.

Fenomena seperti itu jarang berlaku, namun salji biasa dilihat di kawasan pergunungan di utara Vietnam pada musim sejuk.


Berbanding tahun-tahun sebelumnya, keadaan kali ini adalah yang terburuk pernah berlaku di wilayah berkenaan, dengan lebih daripada 100 hektar ladang buah-buahan dan bunga dilitupi salji tebal, menurut Jabatan Pembangunan Pertanian dan Luar Bandar.

Selain itu, salji tebal turut menyekat laluan lebuh raya sepanjang 10 kilometer menghubungkan wilayah Lao Cai dan Lai Chau, namun usaha kini giat dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan bagi memulihkan keadaan.



Cuaca sejuk juga memaksa lebih 8,500 buah sekolah rendah dan menengah ditutup buat sementara waktu.

Sementara itu, menurut Jabatan Pendidikan dan Latihan Lai Chau, beribu-ribu orang pelajar dari daerah yang teruk dilanda salji iaitu Sin Ho, Phong Tho dan Tam Duong diarahkan supaya tinggal di rumah.

"Pelajar dari 63 buah sekolah di Sa Pa termasuk 20 tadika, 22 sekolah menengah dan 21 buah sekolah rendah diarahkan supaya tinggal di rumah bermula semalam hingga hari ini.


"Bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini, selimut turut disalurkan kepada pelajar terbabit,'' jelas jabatan itu.

Semalam, keseluruhan kawasan di wilayah Lao Cai mencatatkan suhu 5 darjah Celsius dan di Sa Pa, suhunya lebih rendah iaitu 3 darjah Celsius di bawah paras beku.

Fenomena salji luar biasa itu turut menyebabkan Lao Cai menjadi tumpuan para pelancong. 

- BERNAMA



Read more...

Paip ganja disumbat dalam kemaluan

Ericka Marie Danna ditangkap pada malam Sabtu
Oklahoma: Seorang wanita yang ditahan kerana melakukan kekacauan kini turut berdepan tuduhan lebih serius selepas pegawai polis menemui paip untuk menghisap ganja dalam kemaluannya.
Ericka Marie Danna, 25, ditahan Sabtu lalu kerana melakukan kekacauan sebelum pemeriksaan badannya ketika di penjara menemui paip berkenaan.
Berikutan itu, Ericka turut didakwa cuba menyeludup barang terlarang ke dalam penjara.
Dia dibenarkan jaminan $5,000 (RM16,283) namun masih belum membayar jumlah itu.
Kes itu bukan yang pertama seumpananya.
Jun lalu, seorang wanita, Claudia Ibarra, 31, ditahan kerana dipercayai cuba menyeludup dadah dari Mexico ke Amerika Syarikat selepas pegawai polis menemui bungkusan mengandungi methamphetamine seberat 0.45 kilogram disorokkan dalam kemaluannya.
Dadah itu turut dibalut dua kali menggunakan kondom, malah saiznya terlalu besar sehingga pembedahan terpaksa dilakukan untuk mengeluarkannya.
Selain itu, pada Oktober tahun lalu, Ashley Bellamy, 22, ditahan polis yang mengesyaki sesuatu apabila melihat wanita itu berjalan dalam keadaan pelik.
Pemeriksaan badannya menemui 36 botol kecil serbuk kokain disorok dalam kemaluannya. 
- Agensi

Read more...

Linda Onn Sahkan Bakal Kahwin Kerabat Diraja

Linda mengesahkan bakal berkahwin pada 27 Disember ini.
PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Linda Onn mengesahkan bakal mengakhiri zaman solonya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember ini.
Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn, 36, bagaimanapun berkata, majlis pernikahan itu akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.
"Ya, tarikh itu benar dan dia seorang kerabat (seperti dilaporkan). Maaf, saya tak boleh bercerita lanjut buat masa ini.

"Sekarang apa yang penting buat yang wajib (nikah) dulu. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang resepsi akan menyusul selepas majlis nikah," katanya ketika ditemui di stesen radio Suria FM di sini pada Rabu.
Penyampai radio Suria FM itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hari bahagianya itu.
Linda diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada Rabu mengenai khabar angin pernikahannya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember depan yang akan diadakan di kampung halamannya di Johor Baharu.
Pasangan itu juga dilaporkan sudah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama Islam daerah itu.
Linda dikatakan akan mengadakan majlis bersejarah tersebut secara sederhana dan hanya menjemput sahabat handai dan ahli keluarga terdekat sahaja bagi menghadirinya manakala majlis resepsinya pula akan diadakan di Kuala Lumpur.
Dia juga enggan memberitahu dari negeri manakah kerabat tersebut berasal.
Dalam perkembangan sama, Linda berkata, dia akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan dalam masa terdekat ini.

Sumber mStar Online


Read more...

Perompak terkenal meninggal dunia

London: Penjenayah paling terkenal Britain, Ronnie Biggs (gambar) - yang mencipta nama selepas rompakan bersejarah The Great Train Robbery pada 1963 - meninggal dunia pada usia 84, semalam.
Biggs seorang daripada 11 anggota kumpulan perompak yang menyamun kereta api malam Royal Mail dengan dengan melarikan £2.6 juta (RM13.8).
Dia ditangkap dan dipenjara 30 tahun, namun berjaya melarikan diri dari penjara malah hidup mewah dan berfoya-foya di Amerika Selatan.
Dia akhirnya menyerah diri kepada polis Britain pada 2001 namun dibebaskan pada 2009 atas sebab kesihatan. 
- Reuters

Read more...

Pasangan tak sempat lepas Rindu kena belasah dan Samun

imej google

KUALA TERENGGANU - Hasrat seorang pemuda melepaskan rindu terhadap teman wanitanya tidak kesampaian apabila dibelasah sebelum disamun sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian di Jalan Gong Pok Jin, di sini, Jumaat lalu.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa berusia 20-an menghubungi rakannya berusia 24 tahun yang ketika itu berada di rumahnya di Kampung Hulu Takir, Seberang Takir, bagi menemaninya berjumpa dengan kekasih kira-kira jam 8.30 malam.

“Sebaik rakannya bersetuju dengan pelawaan itu, mangsa kemudian menjemput rakannya itu dengan menaiki sebuah kereta Perodua Viva.

“Ketika dalam perjalanan, mangsa menghubungi teman wanitanya itu sebelum membuat temu janji akan berjumpa berhampiran sebuah kedai RM2, di Jalan Gong Pok Jin, di sini,” katanya.

Jelas sumber, sebaik tiba di lokasi dijanjikan, dua sahabat itu ditahan sekumpulan lelaki menaiki sebuah pacuan empat roda dan beberapa buah motosikal.

“Salah seorang daripada ahli kumpulan itu kemudian menarik keluar mangsa sebelum memukulnya menggunakan cota dan helmet sehingga cedera parah di kepala dan badan,” katanya.

Sumber berkata, tidak cukup dengan itu, ahli kumpulan lain turut mengetuk cermin hadapan kereta sehingga pecah.

Katanya, ketika insiden itu, rakan mangsa tidak mampu membantu kerana dihalang keluar dari kereta oleh beberapa ahli kumpulan lain yang ‘menjaga’nya.

“Sebelum melarikan diri, kumpulan samseng itu turut merampas dompet milik mangsa dan tiga buah telefon bimbit Blackbery, Nokia dan Samsung.

“Dua sahabat yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu selain bimbang keselamatan mereka mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Gong Badak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.


Sumber sinar


Read more...

Rabu, 18 Disember 2013

Linda Onn bakal kahwin 27 Disember ini

 Linda Onn
PETALING JAYA: Penyampai radio popular, Linda Onn mengesahkan bakal berkahwin dengan lelaki berstatus kerabat diraja pada 27 Disember ini seperti dilaporkan.
Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn, 36, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci mengenai majlis itu buat masa ini. 
Hari ini, media melaporkan pengacara dan penyampai radio Suria FM itu dipercayai bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang lelaki berstatus kerabat diraja pada 27 Disember ini. ( TERJAH BERITA SEBELUMNYA )

Menurut sumber Harian Metro, Linda dipercayai sudah memohon cuti bekerja daripada Suria FM bermula 26 Disember hingga 6 Januari depan, sekaligus mengukuhkan desas-desus berkenaan.

Menurut sumber, pasangan terbabit juga sudah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama di Johor Bahru dekat sini.
Linda menambah, kenyataan rasmi berhubung perkahwinan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Sumber myMetro

Read more...

Tiada bukti kukuh Puteri Diana dibunuh

Diana bersama teman lelakinya, Dodi al-Fayed 

LONDON - Pihak berkuasa Britain, kelmarin memaklumkan tiada bukti kukuh menunjukkan Puteri Diana dibunuh seorang Askar Komando Perkhidmatan Udara Khas (Sas) seperti yang didedahkan Ogos lalu.

Jurucakap Perkhidmatan Polis Metropolitan (MPS) memberitahu mereka telah melakukan siasatan terperinci untuk menilai kredibiliti maklumat tersebut.

Difahamkan, dipetik dari AFP, dakwaan menerusi sepucuk surat itu dibuat oleh mertua seorang bekas askar yang mendakwa Sas bertanggungjawab di atas kematian Diana dan perkara tersebut dikatakan tidak didedahkan kepada umum.

Hasil siasatan ke atas kematian Diana bersama teman lelakinya, Dodi al-Fayed sebelum ini mendapati kemalangan yang berlaku di sebuah terowong di Paris pada Ogos 1997 itu berpunca daripada kecuaian pemandu mereka. 


Sumber


Read more...

PERMOHONAN BR1M 2014 DIBUKA BERMULA 23HB DISEMBER HINGGA 31HB JANUARI 2014

KUALA LUMPUR: Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini Selasa.
Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.
Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my
Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.
Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.
Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.
 - BERNAMA


Read more...

Diplomat Wanita diarah buka baju

Devyani Khobragade

India marah, kecam tindakan polis New York

New Delhi: Krisis diplomatik meletus di antara India dan Amerika Syarikat semalam selepas seorang diplomat wanita New Delhi ditahan dan diarah menanggalkan pakaian untuk pemeriksaan oleh polis New York.

Penasihat Keselamatan Kebangsaan India, Shivshankar Menon marah dengan layanan ke atas Timbalan Konsul Besar India di New York, Devyani Khobragade, 39, dan mengecam tindakan polis. 

Devyani ditahan dan digari selepas menghantar anak perempuannya ke sekolah dan dimasukkan dalam penjara bersama penjenayah, penagih dadah dan pelacur sebelum dibebaskan atas ikat jamin AS$250,000 (RM800,000) selepas mengaku tidak bersalah.

“Layanan ke atasnya adalah menjijikkan dan tidak bertamadun,” tegas Menon.
Devyani dituduh mengemukakan dokumen palsu mendapatkan visa pekerjaan bagi orang gajinya di Manhattan.

Ditahan dan digari

Pegawai India berkata, Devyani ditahan dan digari selepas menghantar anak perempuannya ke sekolah dan dimasukkan dalam penjara bersama penjenayah, penagih dadah dan pelacur sebelum dibebaskan atas ikat jamin AS$250,000 (RM800,000) selepas mengaku tidak bersalah.
Pegawai kanan India mendedahkan, Devyani juga melalui pemeriksaan selepas diarah menanggalkan pakaian, perkara utama yang dilaporkan di negaranya.

India dilaporkan bersedia bertindak balas ke atas diplomat Amerika di sini dengan memberi amaran keistimewaan mereka akan dikurangkan, selain menuntut maklumat mengenai gaji yang dibayar kepada orang gaji mereka, lapor agensi berita Press Trust of India (PTI).

Pekerja juga memindahkan hadangan trafik dekat kedutaan Amerika di New Delhi yang diletak sebagai langkah keselamatan.

PTI melaporkan, langkah itu diarahkan oleh kerajaan India yang berang dengan layanan kepada Devyani.

New Delhi juga menyokong pandangan Devyani yang berkata, jika beliau melakukan jenayah berat, mengapa beliau dibebaskan dua jam selepas ditahan.

Jabatan Negara Amerika pula mengisytiharkan pegawai konsular tidak mempunyai imuniti.

Cubaan alih perhatian

India, bagaimanapun melihat itu sebagai cubaan melarikan perhatian daripada isu sebenar iaitu penghinaan ke atas diplomat India di khalayak ramai.

Pendakwa menuduh Devyani yang mendakwa memberi gaji AS$4,500 (RM14,400) sebulan sebenarnya memberi gaji kurang daripada gaji minimum.

Devyani merancang menolak tuduhan dan mencabar penahanannya kerana beliau memiliki kekebalan diplomatik.

Tetapi, jika didapati bersalah atas kesalahan visa, Devyani boleh dihukum 10 tahun dan lima tahun lagi kerana membuat keterangan palsu.

 - AGENSI(BH)


Read more...

Tiada yang pelik! Remaja perkosa 300 ekor Ayam

google
Tasikmalaya (Indonesia): Seorang remaja, AS, 17, yang dibicarakan semalam atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak berusia enam tahun, mengejutkan mahkamah apabila mengaku turut mencabul ratusan ayam.
Hakim yang mengetuai perbicaraan itu, Motur Panjaitan berkata, ini kali pertama dia mendengar kes seumpama itu. “Tertuduh mengaku memperkosa lebih 300 ayam dan kebanyakan haiwan itu mati akibat perbuatannya,” kata Motur.
Perbicaraan itu diadakan secara tertutup tetapi keadaan di luar penuh sesak dengan beberapa orang membawa ayam mereka kerana mahu menuntut ganti rugi.
Peguam AS Ramadanil S Daulay berkata, remaja itu memiliki kelainan seks.
“Kami memohon kepada mahkamah supaya mengarahkan tertuduh menjalani rawatan,” katanya kepada wartawan selepas perbicaraan itu.
AS ditangkap selepas memperkosa seorang kanak-kanak dan mencampakkan mangsa ke laut beberapa bulan lalu. Kanak-kanak berkenaan ketika itu dirawat di sebuah hospital tempatan.
Sementara itu, seorang penduduk yang berada di luar mahkamah berkata, dia dan beberapa jirannya mahu AS membayar ganti rugi terhadap kematian ayam mereka. 
- Agensi

Read more...

Hot ! Adi Putra Tidak Akan Tunduk Permintaan Suami Noraida

Noraida
PETALING JAYA: Pelakon Adi Putra tidak akan tunduk dengan permintaan Amiruddin Othman, 50, iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengannya agar mengaku dia terbabit dalam kes pertukaran gambar lucah.
Adi berkata, dia mempunyai pendirian sendiri dan berhak untuk tidak mengikut kata Amiruddin kerana tidak bersalah dalam kes itu.
"Saya hormat dengan permintaannya yang mahu saya mengaku kesilapan itu tetapi saya tidak akan tunduk dengan keinginannya.
"Saya tahu saya berada di pihak yang benar dan saya ada pendirian untuk tidak berbuat demikian. Sekiranya pihak di sana ingin membuat tindakan lanjut, silakan," katanya.
Adi ditemui pada majlis pra tonton filem Balistik di e@Curve di sini pada Selasa.
Adi Putra dalam sidang medianya pada 13 Disember lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.
Amiruddin Othman bersama Noraida Abd. Mutalib pada sidang media mereka 13 Disember lalu.
Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media pada 13 Disember lalu meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor berat sebelah.
Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.
Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.
Sementara itu, Adi juga menegaskan, kes tersebut juga tidak akan menghalangnya untuk membalas mesej-mesej peminatnya di laman sosial di Twitter, Instagram mahupun di Facebook selepas ini.
"Tidak kira apa status peminat itu, lelaki atau perempuan, saya akan membalas mesej-mesej mereka. Saya tahu batas saya melayan peminat-peminat," tegasnya.
Sumber mStar Online

Read more...

Tujuh sekeluarga dikurung along

CHONG (kiri) bersama tiga cucu lelaki terbabit menunjukkan rantai yang digunakan along.
Kuala Lumpur: Akibat bapa berhutang dengan along kerana ketagih judi, tiga anak lelaki berusia 61 tahun itu, seorang menantu dan tiga cucunya yang masih kecil menjadi mangsa apabila along bertindak mengurung mereka dalam rumah dengan merantai besi mengunci pintu rumah di Segambut Muda.
Bapa berkenaan meninggalkan sekeping nota tertera nombor telefon dipercayai milik along serta jumlah hutang RM2,000 yang perlu dibayar sebelum menghilangkan diri bulan lalu, kerana bimbang diburu ceti haram berkenaan.
Isterinya, Chan Ah Lin, 55, berkata, dia mengetahui mengenai kejadian pada 9 Disember lalu, itu jam 4 petang, selepas mendapat panggilan telefon daripada anak sulung memberitahu mereka sekeluarga diserang sekumpulan along yang datang ke rumah.
“Saya bergegas pulang ke rumah dan mendapati mereka tidak dapat keluar kerana pintu utama sudah dikunci daripada luar menggunakan rantai besi. Anak sulung memanjat keluar melalui tingkap dan berusaha membuka kunci mangga menggunakan tukul, namun gagal.
“Jiran yang mendengar bunyi bising ketukan datang ke rumah untuk membantu, namun gagal. Anak sulung saya kemudian ke kedai membeli gergaji untuk memotong rantai besi berkenaan,” katanya yang ditemui di Wisma MCA di sini, semalam.
Menurut Ah Lin, anaknya menyedari mereka sekeluarga dikurung selepas menerima panggilan telefon daripada along memberitahu mereka sudah merantai pintu kerana gagal membayar hutang sejak pertengahan bulan lalu.
“Setiap kali along datang rumah, kami yang sengsara. Sejak 10 tahun lalu, hampir RM100,000 wang sudah dihabiskan untuk membantu melangsaikan hutang dia (suami) dengan ceti haram, namun hingga sekarang dia masih belum insaf.
“Hingga awal Disember ini, sudah tujuh ceti haram datang ke rumah mencarinya, manakala lebih 10 lagi sering menelefon kami sekeluarga. Kami tidak tahu ke mana dia menghilang kerana sejak aktif berjudi, dia jarang pulang ke rumah,” katanya.
Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, hasil rundingan dengan along terbabit, pihaknya berjaya menyelesaikan sebahagian hutang lima daripada tujuh along tanpa mengambil kira sebarang bayaran faedah.
Sumber myMetro

Read more...

SENIWATI AZEAN IRDAWATY MENINGGAL DUNIA

Azean Irdawaty
Editor bersekutu Berita Harian, Hanizam Abdullah melalui akaun Twitter beliau memaklumkan yang aktress veteran Azean Irdawaty telah kembali ke rahmatullah.
Menurut sumber kami, Azean Irdawaty telah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 8.26 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Berita Harian sekitar pukul 8.00 malam tadi melaporkan yang aktress veteran ini dimasukkan ke PPUM sejak seminggu lalu selepas keadaan kesihatannya bertambah teruk dan semakin tenat.
Mari kita semua sedekahkan al-Fatihah dan semoga Azean Irdawaty ditempatkan di kalangan orang orang beriman. Industri hiburan kehilangan seorang lagi permata seni.
rotikaya.com

Read more...

Selasa, 17 Disember 2013

Copy Writer Meninggal dunia selepas bekerja 30 jam tanpa henti

Mita Diran

JAKARTA 16 Dis. - Berita kematian seorang gadis yang bertugas sebagai penulis iklan di agensi pengiklanan Young & Rubicam Group (Y & Y Group) kerana bekerja selama 30 jam tanpa henti, menggemparkan laman-laman sosial Twitter dan Facebook sejak semalam.

Mita Diran, 27, dilaporkan bekerja tanpa mengenal penat selama 30 jam dan perkara itu diketahui menerusi status terakhir yang ditulis di akaun Twitter peribadinya.

Mita dalam akaun Twitter dengan nama profil @mitdow pada pukul 6.47 petang 14 Disember menulis 30 hours of working and still going strooong (30 jam bekerja dan masih bertahan).

Sehari selepas status itu ditulis, pengikut-pengikutnya di Twitter dikejutkan dengan berita pemergiannya.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Mita atau nama sebenarnya Pradnya Paramita dilaporkan rebah dan dikejarkan ke Hospital Pusat Pertamina di sini untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, bapa Mita, Yani Syahril memberitahu, anaknya berada dalam keadaan koma dan peluang untuk kembali pulih amat tipis.

Dalam status yang ditulis di laman sosial Path, Yani berkata, anaknya itu rebah selepas bekerja tanpa henti selama tiga hari berturut-turut.

Di laman Twitter juga, rakan-rakan terdekat Mita melaporkan, gadis cantik yang berambut pendek itu turut mengambil minuman bertenaga berlebihan bagi membantunya cerdas ketika bekerja.

Berita kematian Mita juga disahkan oleh pengurusan Y & Y Group yang turut menghormati pemergian kakitangannya dengan menutup operasi syarikat selama sehari.

Penutupan operasi syarikat itu dibuat bagi membolehkan seluruh kakitangan menghadiri majlis pengebumian Mita di Tanah Perkuburan Umum Jeruk Purut di sini pagi ini. 

Utusan

Read more...

KEPUTUSAN PMR 2013,SEMAKAN SECARA ONLINE DAN SMS

Selamat berjaya adik adik / anak anak dalam menerima keputusan semoga beroleh kejayaan yang Cemerlang .. bagi yang tidak Cemerlang bukan bererti menempuhi kegagalan terus.. perjalanan masih panjang..




SEMAKAN KEPUTUSAN PMR 2013 SECARA ONLINE DAN SMS

Taipkan

PMR (No MyKad) (Angka Giliran) dan sms ke 15888

Contoh

PMR 961021145879 BC001A040 sms ke 15888
“Perkhidmatan MySMS akan diaktifkan jam 10 pagi, bermula pada tarikh rasmi pengumuman keputusan PMR 2013 nanti”

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP