GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 2 Januari 2014

Pasangan pelajar IPTA dicekup di Hotel Bajet

imej
SEPANG: Dua pasangan termasuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan seorang wanita yang membawa anak sebagai 'benteng' untuk mengaburi pihak berkuasa ditahan dalam operasi mencegah maksiat sempena tahun baru sekitar hotel bajet sekitar Sepang, awal pagi tadi.
Operasi yang dijalankan Pejabat Agama Islam (PAID) dan Pejabat Daerah/ Tanah Sepang itu turut menahan seorang remaja lelaki ketika sedang berdua-duaan dengan pasangannya yang juga warga asing dan bukan Islam. 
Ketua Unit Operasi yang juga Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang Abd Halim Mat Esa berkata, serbuan diadakan di beberapa hotel bajet di sekitar daerah Sepang membabitkan 75 anggota. 
Katanya, operasi itu bertujuan membanteras kegiatan tidak bermoral di kalangan remaja yang kini dilihat semakin membimbangkan terutama masalah pembuangan bayi yang semakin berleluasa.
"Pasangan pelajar IPTA yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu hanya kerana desakan nafsu sehingga membawa mereka ke bilik hotel tanpa memikirkan masa depan dan perasaan orang tua.
"Kita kesal kerana mereka terjebak dengan kegiatan maksiat dalam usia semuda ini, malah pelajar wanita mungkin akan disingkirkan dari universiti," katanya ketika ditemui selepas operasi berkenaan. 

Ketiga-tiga pasangan yang ditahan itu dibawa ke balai polis Dengkil untuk siasatan lanjut dan didakwa di bawah Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Sumber 


Read more...

Kekasih hati busuk,tidak benarkan teman wanita mandi

Segamat: Akibat cemburu buta, seorang lelaki meminta teman wanitanya tidak mandi selama beberapa hari bagi memastikan tiada yang tertarik apalagi mahu memikatnya.
Selain itu, remaja berusia 16 tahun berkenaan juga tidak dibenarkan menghias diri ketika berada di khalayak ramai.
Dia dilarang bersolek apalagi mengenakan gincu dan tidak boleh memakai minyak wangi. 

Jika ingkar dengan permintaan itu, remaja berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ani akan dibelasah.
“Sepanjang setahun kami bercinta, sudah tiga kali saya dibelasah, tetapi kerana sayang dan dia sentiasa berjanji mahu berubah, saya teruskan juga hubungan,” katanya.
Sumber myMetro


Read more...

Nama keluarga terpanjang 36 abjad dalam lesen

 
LESEN memandu baru Janice.
Honolulu: Seorang wanita Hawaii yang mempunyai nama terdiri daripada 36 abjad akhirnya mendapat lesen memandu dan kad pengenalan sempurna.
Janice Lokelani mempunyai nama keluarga ‘Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele’ yang mengandungi 35 huruf ditambah dengan okina, tanda yang biasa digunakan dalam abjad Hawaii.
Dia menerima lesen memandu dan kad pengenalan baru selepas usahanya untuk memuatkan nama penuhnya dalam dokumen berkenaan mendorong Jabatan Pengangkutan Negara menambah bilangan abjad yang boleh tampil pada dokumen terbabit. Janice, 54, semalam berkata, dia gembira kerana dapat membantu menyelesaikan masalah kad pengenalan yang kekurangan ruang untuk mereka yang mempunyai nama yang panjang.
“Kini di Hawaii, kami bukan lagi warga negara kelas kedua disebabkan oleh nama kami yang panjang,” katanya. Lesen memandu dan kad pengenalan Hawaii sebelum ini hanya mempunyai ruang untuk nama dengan 35 abjad. Dasar baru itu membenarkan 40 abjad nama keluarga, 40 abjad untuk nama pertama dan 35 abjad untuk nama kedua dimuatkan dalam lesen memandu.
Janice mendapat nama keluarga Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele apabila berkahwin dengan suaminya yang berasal dari Hawaii pada 1992.
Sumber

Read more...

Rabu, 1 Januari 2014

Najwa Latif nafi kena raba peserta himpunan Turun

Najwa Latif

‘ITU tidak benar. Saya tidak ‘tweet’ sebegitu’. Demikian reaksi penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Cinta Muka Buku’,  Najwa Latif berhubung penyebaran mesej bergambar yang menyerupai akaun Twitter miliknya, semalam.

Mesej bergambar itu seolah-olah mendakwa peserta himpunan Turun di Dataran Merdeka semalam melakukan keganasan dan gangguan seksual.

Mesej bergambar itu dikatakan menjadi “viral” di laman sosial dan mendapat kritikan hebat daripada peminat dan peserta himpunan terbabit yang kesal dengan tuduhan liar tersebut malah ia turut mengaitkan seorang isteri pemimpin tertinggi negara.

Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif mendakwa kenyataan yang dimuat naik dengan menggunakan laman mikro, Twitter menyerupai akaunnya itu dipercayai direka oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan menjatuhkan reputasinya sebagai seorang artis yang berhijab.

Menurutnya, perkara itu disedari pada lewat malam semalam selepas membuat persembahan sempena sambutan ambang tahun baharu 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

“Itu tidak benar, saya tidak ada ‘tweet’ sebegitu, dan saya boleh katakan ia palsu. Setakat ini benda itu tiada dalam Twitter saya sendiri, jadi, saya rasa itu adalah palsu, ada orang lain edit, mungkin menggunakan perisian grafik komputer.

“Semalam, selepas saya buat persembahan di Dataran Merdeka anjuran DBKL dalam pukul 1 pagi saya perasan perkara itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Najwa turut menafikan terlibat dengan sebarang aktiviti selepas selesai membuat persembahan di Konsert KL New Year Countdown 2014’ anjuran Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL).

“Saya memang berada di Dataran Merdeka kerana ada persembahan tahun baru. Cuma, saya tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti selepas itu.

“Saya menyanyi pada jam 11.15 malam, ketika itu keadaan masih tenang lagi. Tiada apa-apa yang berlaku dan semua orang masih OK. Sekitar jam 11.40 malam saya sudah berada dalam kereta untuk balik,” katanya.

Biarpun perkara tersebut telah menjejaskan reputasinya, namun Najwa tidak berhasrat untuk membuat laporan polis dan sudah memaafkan pelaku tersebut.

“Setakat ini tiada (laporan polis) kerana saya sebelum ini pernah kena, apa pun berlaku saya maafkan.

“Apa pun Tuhan tahu, dan apa yang berlaku semalam, pengurus saya, kakak saya tahu. Tak perlu nak buat fitnah kerana ia boleh menjatuhkan imej orang lain juga. Jadi, berhentilah daripada buat perkara sebegitu,” katanya.

Sumber 


Read more...

Gambar gambar menarik Himpunan TURUN sempena tahun baru 2014


 Himpunan ini dinamakan 'Himpunan Turun' yang merupakan inisiatif dari rakyat sendiri yang diketuai Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan beberapa lagi NGO lain.















Sumber Gambar diatas harakahdaily



Sumber Gambar diatas BH


Read more...

Remaja perempuan Lepasan SPM dirogol dan diLiwat saudara sendiri

KAMPUNG RAJA – Seorang remaja perempuan lepasan SPM mendakwa dirogol dan diliwat saudara yang juga teman lelakinya dalam sebuah rumah kosong di Bukit Keluang, di sini, lebih dua tahun lalu.

Kejadian dikatakan bermula ketika mangsa yang kini berusia 17 tahun, dibawa saudara dua pupunya itu ke rumah tersebut dengan menaiki motosikal pada hari ketiga Aidiladha 2011.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian itu didakwa berlaku ketika mangsa berusia 15 tahun, manakala suspek yang kini penuntut sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur berusia 26 tahun.

Menurutnya, mangsa mendakwa sebaik tiba di rumah kosong itu, suspek bertindak merogol dan meliwatnya dengan paksaan, malah suspek turut menampar mangsa.

“Kata mangsa, kali terakhir mereka melakukan hubungan seks pada Oktober lalu di rumahnya di Kuantan, Pahang.

“Pada Khamis lalu, mangsa tampil membuat laporan polis berkaitan kejadian pertama kerana mendakwa suspek enggan bertanggungjawab selain mengugut sekiranya mangsa melaporkan hal berkenaan kepada keluarga,” katanya.

Kamaruddin berkata, mangsa kemudiannya dihantar menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan dan pegawai perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.

Menurutnya, polis sedang memburu suspek yang kini berusia 28 tahun beralamat di Kampung Keluang, di sini dan kes disiasat Inspektor Azira Md Razak di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sumber sinar


Read more...

Sibuk Uruskan Keluarga, Fasha Sandha Tetap Jaga Disiplin Kerja

Fasha tetap jaga disiplin dilokasi walaupun kini komitmennya pada keluarga.
PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha menegaskan tetap menjaga disiplin kerja yang telah diamalkan sejak dahulu lagi walaupun dia kini sibuk menguruskan rumah tangga dan anaknya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, lapan bulan.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 29, berkata, dia tidak mahu statusnya sebagai isteri dan ibu dijadikan alasan untuk tidak memberikan terbaik kepada tumpuannya ketika berada di lokasi.
"Sejak dahulu lagi saya memang amalkan disiplin dalam bekerja dan walaupun saya sudah mempunyai komitmen lain tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak menjaga perkara itu.
"Jika kita susun masa dengan baik, Insya-Allah semuanya akan berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah," katanya.
Sementara itu, Fasha berkata, pada tahap ini dia tidak lagi memikirkan tentang populariti sebagai selebriti sebaliknya mahu memberikan tumpuan kepada lakonan yang kini dianggap sebagai hobinya.
Jelas Fasha, keluarga adalah keutamaannya kini dan mengakui sudah puas mengecap populariti semasa zaman solonya sebelum ini.
Fasha dan suaminya, Jejai.
"Tiada apa ingin saya kejarkan lagi dan kehidupan yang saya lalui kini adalah impian sejak dahulu. Tentang populariti itu saya tidak kisah lagi kerana ia bukan lagi keutamaan saya.
"Apa yang lebih penting saya menjaga keluarga dan melunaskan tanggungjawab dalam kerjaya dengan baik," katanya.
Dalam pada itu, Fasha berkata, dia juga bersikap lebih selektif dalam tawaran yang datang kepadanya kerana ingin menyesuaikan dengan tanggungjawabnya sebagai ibu dan isteri.
"Dari dulu lagi saya memang selektif tetapi kini saya turut menimbangkan sama ada sesuatu penggambaran itu terlalu lama atau perlu berjauhan dengan keluarga," katanya.
Pun begitu kata Fasha, jadualnya sepanjang 2014 telah pun penuh dan memudahkannya untuk membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga.
Sumber mStar Online 


Read more...

Merompak untuk bayar hutang M-16

MAZLAN (tengah) menunjukkan raifal M-16 yang digunakan untuk menyamun kedai serbaneka di Tanah Merah malam kelmarin.

KOTA BHARU – Gara-gara kedai emas sudah tutup, tiga penjenayah bersenjatakan raifal M-16 yang terdesak untuk membayar hutang pembelian senjata api tersebut nekad merompak sebuah kedai serbaneka di Tanah Merah dekat sini malam kelmarin dan melarikan wang tunai RM300 dari premis itu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, sebelum rompakan pada pukul 8.10 malam, tiga penjenayah itu sebenarnya merancang untuk merompak kedai emas di sekitar bandar ini tetapi malangnya kedai emas yang menjadi sasaran ketika mereka tiba sudah ditutup.
KOSMO!

Read more...

Selasa, 31 Disember 2013

Saman Sperma tak sangkut

Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonan seorang wanita untuk membatalkan permohonan bekas teman lelakinya warga Bosnia yang menuntut ganti rugi RM600,000 selepas mendakwa diperalatkan untuk sperma berkualiti tinggi.
Hakim Timothy Finlayson Joel membuat keputusan itu terhadap permohonan balas yang difailkan oleh Chung Shun Yee terhadap Ervin Ahbabovic.
Mahkamah juga memerintahkan Ervin, 41 membayar kos sebanyak RM6,500 kepada Chung, 29.
Selain itu mahkamah juga membatalkan tuntutan saman balas menuntut ganti rugi sebanyak RM200,000 yang dikemukakan oleh Chung terhadap Ervin.
Ervin memfailkan saman terhadap Chung selepas mendakwa dipergunakan teman wanitanya itu untuk memperoleh cahaya mata lebih baik berbanding sperma warga tempatan atas persepsi genetik bangsa Eropah mempunyai kualiti.
Sumber myMetro

Read more...

Sentuh lembu dapat anak lelaki ?

Raj sanggup memulangkan wang jika pelanggannya melahirkan bayi perempuan.

RAIPUR - INDIA. Puluhan wanita membanjiri pekarangan rumah seorang petani hanya untuk menyentuh kuku seekor lembu berkaki lima.

Mereka yang percaya dengan amalan karut itu mendakwa, pasangan suami isteri akan mendapat cahaya mata lelaki sekiranya berbuat demikian.

Pemilik lembu berkenaan Raj Pratap mendakwa, kehadiran lembu ‘keramat’ itu telah mengubah nasib ramai pasangan yang menginginkan kehadiran anak lelaki dalam setiap keluarga.

“Seorang wanita yang sebelum ini mempunyai empat anak perempuan akhirnya melahirkan bayi kembar lelaki dengan hanya meminta restu dengan menyentuh kuku anak lembu yang kami gelar sebagai 'Raju'," katanya.

Menurutnya, setiap wanita perlu membayar 500 rupee (RM27) untuk sekali sentuhan.  

“Kami sanggup memulangkan semula wang mereka jika mereka gagal mendapatkan bayi lelaki,” katanya.

Beliau mendakwa, lebih 30 wanita mendapat cahaya mata lelaki selepas menyentuh lembu istimewa itu. 

- Dailymail(sinarharian)


Read more...

Remaja Jadi 'tahanan' di rumah sendiri

Copeland bersama pelbagai ubatan untuk menangani masalah alahan teruk yang dialaminya.

Durham: Seorang remaja yang mengalami alahan teruk tidak mempunyai cara lain kecuali membungkus badannya dengan balutan. Brianie Copeland dari Bearpark, Durham sentiasa dalam kesakitan kerana beliau dikatakan alah terhadap hampir semua benda. 

Remaja berusia 17 tahun itu mengalami ekzema teruk, dermatitis, artritis dan asma dengan beberapa alahan pada kulit dan makanan. 

Beliau mengalami arahan teruk terhadap makanan, ejen pembersih, habuk, cahaya kuat, panas, gentian buatan manusia malah rumput di taman belakang rumahnya. 

Beliau juga diibarat seperti tahanan maya di rumah sendiri kerana jika terdedah kepada dunia luar boleh menyebabkan kulitnya menggelembung dan ruam. 

Terpaksa sapu krim 

“Saya terpaksa menyapu krim dua atau tiga kali sehari dan saya memakai balutan setiap malam untuk mengekalkan krim pada kulit saya. Saya juga terpaksa mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jika tidak kulit saya merekah dan kering. Ia amat sakit. 


“Saya perlu mengelak makanan tertentu seperti produk tenusu, gandum, soya, kacang dan oat. Jika saya makan tekak saya akan mula membengkak dan tertutup. Saya juga terpaksa mengambil 10 tablet sehari,” katanya. 

Brianie yang mempunyai tiga adik perempuan dan tiga adik lelaki disekat daripada melakukan perkara yang biasa dilakukan remaja lain disebabkan penyakitnya itu. 

Beliau tidak boleh memakai solekan atau produk rambut dan tidak pernah membuat tatu atau tindikan. 


Tak pernah lawat ladang 

Brianie tidak pernah melawat ladang disebabkan alahan terhadap binatang kecuali burung dan beliau tidak boleh menghabiskan masa lama di luar disebabkan tahap debunga yang tinggi. 

Beliau juga tidak boleh berenang di laut ketika bercuti kerana garam akan menyebabkan kulitnya melepuh. 

Walaupun berhadapan dengan keadaan tidak mempunyai penawar itu, Brianie tidak membiarkan masalah itu mengganggu pelajarannya. 

Beliau meninggalkan sekolah dengan memiliki GCSE dan kini belajar penjagaan kanak-kanak di New College Durham dengan harapan untuk bekerja dengan kanak-kanak istimewa. 

Brianie berkata: “Saya membesar dengan memakai balutan jadi saya tidak tahu sebarang perbezaan. 

“Orang ramai berkata jika ada penawar bolehlah saya ambil tetapi saya tidak fikirkan begitu. 

“Walaupun kadang kala ia sukar, saya suka menjadi berbeza daripada orang lain. Saya tidak punya cara lain lagi.” 


- AGENSI


Read more...

INFO KESIHATAN,SUSU IBU JADIKAN ANAK LEBIH BIJAK

Penyusuan ibu boleh meningkatkan prestasi pendidikan seseorang kanak-kanak dalam tempoh beberapa bulan selepas memulakan persekolahan, kata penyelidik. 

Menurut satu kajian, kanak-kanak yang mendapat penyusuan ibu menunjukkan perkembangan akademik lebih baik menjelang usia mereka lima tahun berbanding rakan sekelas yang diberi susu formula. 


Penyelidikan melihat penilaian dijalankan guru pada akhir tahun pertama persekolahan, yang mendedahkan bahawa kanak-kanak yang disusui untuk tempoh paling lama memperoleh pencapaian tertinggi keseluruhan. 

Paling penting, guru yang membuat penilaian tidak menyedari sama ada kanak-kanak itu diberi hanya susu ibu atau susu formula. 

Sepasukan penyelidik diketuai Unit Epidemiologi Perinatal Kebangsaan di Universiti Oxford berkata kajian itu membuktikan kanak-kanak yang mendapat penyusuan ibu untuk tempoh lama mungkin memperbaiki prestasi mereka di sekolah rendah. 

Penyusuan ibu dikaitkan dengan pencapaian lebih baik dalam semua bidang, namun manfaat itu paling banyak adalah dalam komunikasi, bahasa dan literasi, pengetahuan dan pemahaman dunia dan perkembangan fizikal. 

Kanak-kanak yang disusui ibu cenderung mendapat markah lebih tinggi untuk perkembangan peribadi, sosial dan emosi, penyelesaian masalah, penaakulan dan numerasi serta perkembangan kreatif. 


- AGENSI


Read more...

Pelajar ketagih seks dengan mayat dihukum mati

Beijing: Seorang pelajar Universiti Jilin yang hanya dikenali sebagai Lee, 23, dihukum mati selepas didapati bersalah membunuh dan memperkosa mayat dua mangsanya.
Lee, pelajar senior universiti berkenaan mengaku sudah sekian lama teringin mengadakan seks dengan mayat. Menurut sumber, beberapa bulan lalu, selepas gagal banyak mata pelajaran dalam peperiksaan, dia melanggan seorang pelacur sebagai cara untuk menghilangkan tekanan.
Katanya, dia mengadakan seks dengan mangsa sebelum membunuh wanita berkenaan dengan menggantung pelacur itu keesokan harinya.
Lee kemudian membungkus mayat mangsa dan membawanya pulang ke kediamannya di Changping. Dia mengadakan seks dengan mayat itu sebelum memotongnya kepada beberapa bahagian dan menanamnya di belakang rumah.
Beberapa minggu kemudian, dia melakukan jenayah serupa dengan seorang lagi pelacur.
Mahkamah semalam mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.
Dia juga diarah membayar denda sebanyak 80,000 yuan sebagai pampasan kepada keluarga mangsa. 
- Agensi

Read more...

TEMPOH PERMOHONAN PENDAFTARAN DAN KEMASKINI BR1M 3.0 SECARA ONLINE

Tarikh Permohonan BR1M 3.0 Online

Tarikh permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0) secara online boleh diisi bermula 23 Disember 2013 hingga 31 Januari 2014.
Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0) akan dibuat pada Februari 2014 kepada yang layak.



Syarat Kelayakan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia  2014 
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 Tahun Keatas
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000
  • Individu Bujang yang Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah
Borang pendaftaran BR1M 3.0 boleh didapati secara online dilaman berikut:



Borang turut boleh didapati dilokasi seperti yang dinyatakan dibawah :


  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri

  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara

  • Jabatan Pembangunan Persekutuan

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat

  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan

Sebarang maklumat lanjut mengenai BR1M 3.0 akan dinyatakan dari masa kesemasa .. 




Read more...

Isnin, 30 Disember 2013

Wanita wanita dengan bentuk Punggung paling Aneh dan terbesar di Dunia


Selain payudara, punggung adalah bahagian tubuh wanita yang paling sering menarik perhatian kaum adam. Beberapa wanita dikurniakan punggung indah dan kencang, namun beberapa juga terbilang aneh.

Berikut beberapa wanita yang mempunyai punggung paling aneh, seperti dirangkum detikHealth dari pelbagai sumber, Senin (30/12/2013)


1. Mikel Ruffinelli, punggung terbesar di dunia

Mikel Ruffinelli sangat bangga mempamerkan pinggul dan punggung besarnya. Dengan lingkar pantat lebih dari 254 cm, ia pun dinobatkan sebagai pemilik pinggul dan punggung terbesar di dunia.

Tapi punya punggung besar membuat ibu empat anak ini harus berjuang melakukan aktiviti sehari-hari, seperti melewati pintu, naik kereta dan pesawat. Kerana mempunyai tubuh yang subur dengan berat badan 190,5 kg, ia pun harus membayar dua kerusi di pesawat, memandu lori dan butuh kerusi yang kuat di rumah.

Mikel juga kesulitan mencari seluar yang sesuai dengan saiz pinggul dan bokongnya. Beruntung, ia mencari tukang jahit yang boleh memenuhi keperluan sandangnya, termasuk membuatkannya pakaian dan bikini two-piece. Namun meski saiz tubuhnya sudah besar sejak remaja dan sering mendapat ejekan, Mikel mengaku bangga dan tak ingin menurunkan berat badan.


2. Wanita dengan punggung gepeng

Kerana menganggap punggung alaminya kurang seksi, tak sedikit wanita yang melakukan operasi punggung dengan memasukkan implan. Tapi hati-hati jangan sampai implan dipasang terbalik. Bukannya seksi, punggung boleh-boleh malah jadi gepeng.

Sebuah video mengejutkan muncul di Youtube dan menunjukkan unjuran aneh di punggung seorang wanita, yang nampaknya disebabkan kerana implan silikon dipasang terbalik. Implan yang seharusnya membuat punggung wanita tampak semok justru terlihat aneh dan gepeng.

Namun dalam video yang berdurasi 20 saat itu, wanita tak dikenal si pemilik punggung gepeng tersebut kelihatan sedang membenarkan kedudukan implan sehingga bokongnya yang palsu kelihatan indah kembali.

"Ini implan saya yang terbalik. Saya tidak tahu kalau implan boleh seperti ini, seharusnya tidak," jelas sang wanita dalam video.


3 . Wanita dengan punggung simen

Banyak cara untuk membesarkan saiz punggung supaya bahenol , misalnya dengan memasang implan silikon . Namun jangan memilih implan mengandungi simen , seperti yang dilakukan seorang perempuan di Amerika yang nyaris mati bodoh itu .

Perempuan yang tidak disebutkan identitinya tersebut adalah mangsa penyelewengan yang dilakukan seorang ahli bedah haram di Miami , Oneal Ron Morris . Sang ahli bedah adalah seorang waria yang membuka klinik kecantikan dengan kos sangat murah .

Dalam pembuatan implan , Morris tidak menggunakan silikon seperti halnya implan buatan rumah sakit . Ia menggunakan resipi rahsia , yang setelah diselidiki ternyata terbuat dari adunan simen dicampur dengan minyak mineral dan getah sintetik yang sering dipakai untuk tambal ban .

Selepas implan dipasang melalui prosedur bedah yang tidak selamat , lukanya ditutup bukan dengan jahitan tetapi dengan lem ' super glue ' yang biasa dipakai untuk merekatkan sol kasut . Dengan bahan - bahan seperti itu , rasanya wajar jika kemudian pesakit tenat .


4. Sarah Massey, wanita dengan seluar saiz XXXXXXXXXXL

Sarah Massey mempunyai lingkar pantat yang luar biasa montok, 213 cm. Kepada Barcroft TV, Sarah berkata kebanggaannya pada pantatnya itu. Di mata sarah, pantatnya mempunyai permukaan besar yang penuh dan melengkung. Sehingga asetnya itu layak dibanggakan.

Sarah sendiri sebenarnya kesulitan melakukan aneka aktiviti dengan punggung besarnya itu. Misalnya saja saat dia akan melewati pintu rumah atau pada saat akan memakai tali pinggang keledar ketika menaiki kereta. Selain itu sukar juga mencari pakaian yang benar-benar pas untuknya. Apalagi menurut The Sun, seluar Sarah mempunyai saiz XXXXXXXXXXL. Alhasil baju-baju sarah tidak ada yang harganya kurang dari Rp 600 ribu.

Meski sangat bangga dengan pantatnya, namun Sarah sebenarnya ingin pantatnya sedikit lebih kecil. Sebab pantatnya sekarang membuatnya mengalami masalah dengan punggung.

Sumber detik.com


Read more...

Julia Ziegler Tidak Halalkan Wang Ditipu Pengurus Artis

Julia Ziegler
PETALING JAYA: Pelakon Julia Ziegler berkata tidak akan menghalalkan wang sebanyak RM 8,333 yang diambil oleh seorang bekas pengurus artis Intan Ladyana bagi urusan membuka sebuah syarikat hartanah.
Julia, 29, berkata, individu yang dikenali sebagai Nor Ain itu bukan sahaja memperdayanya untuk membuka sebuah perniagaan, malah membuat pinjaman secara peribadi bagi melunaskan hutang kepada pihak tertentu.
"Saya tidak akan halalkan duit yang dia ambil dan dia atau keluarga dia perlu selesaikan hutang ini biarpun dia ditangkap atau menerima hukuman.
"Saya banyak menghabiskan masa dan duit semata-mata perkara tidak berguna seperti ini, bukan sahaja menipu, malah dia buat saya macam pemgemis pula," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Julia memberitahu, wanita itu mula menghubunginya pada awal Oktober lalu dan membuat pelbagai tawaran berhubung perniagaan.
Katanya, dia (Ain) turut menggunakan nama beberapa orang kenamaan dan rakan-rakan artis bagi menguatkan lagi kata-katanya.
"Dia menghubungi saya kononnya untuk berbincang tentang projek perniagaan hartanah dan membawa saya berjumpa dengan beberapa orang kuat dalam bidang tersebut.
"Kemudian beberapa bulan selepas itu tiada sebarang perkembangan dan saya dapat tahu tiada sebarang syarikat yang ditubuhkan atas nama saya, malah dia cuba melarikan diri dengan memberi pelbagai alasan tidak masuk akal," katanya.
Julia berkata, selepas menghubungi beberapa nama artis yang sering pernah bekerjasama dengan wanita ini, barulah dia sedar tentang penipuan tersebut.
Julia Ziegler, Rita Rudaini dan seorang mangsa Zita membuat laporan polis kira-kira pukul 10 malam Ahad terhadap penipuan yang dilakukan oleh seorang bekas pengurus artis.
Dalam masa yang sama, pelakon Rita Rudaini, Intan Ladyana dan empat orang peminat artis turut menerima nasib yang sama.
Sementara itu, Julia berkata, dia, Rita Rudaini dan seorang mangsa Zita telah membuat laporan di ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada malam Ahad berhubung perkara tersebut.
Jelasnya, tempoh masa yang diberikan kepada wanita tersebut untuk membayar wang yang diperdaya telah tamat dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.
"Saya sudah malas untuk hubungi dan beri masa, dia sudah banyak kali tipu dan membiarkan saya menunggu di suatu tempat kononnya ingin membuat bayaran.
"Kali ini biar polis sahaja yang selesaikan dan ambil tindakan," katanya.
Sumber mStar Online

Read more...

Gambar, Wanita Guna anak untuk mencuri


Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, dua wanita sedang berbual dengan jurujual sebuah kedai emas sebelum anaknya dipercayai mencuri wang tunai dan barang kemas di Arab Saudi baru-baru ini. - AGENSI


RIYADH 29 Dis. - Taktik seorang wanita yang menggunakan anak perempuan berusia enam tahun untuk merompak sebuah kedai emas di sini, berhasil apabila mereka berjaya melarikan wang tunai berjumlah lebih 500,000 riyal (RM487,000).

Ketika kejadian, wanita berkenaan yang memakai burka dan seorang lagi rakannya dikatakan cuba berbual dengan seorang jurujual di kedai itu bagi mengalihkan perhatiannya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, kanak-kanak itu yang menggalas sebuah beg berwarna-warni menyelinap masuk ke bawah kaunter bayaran untuk mengambil wang tunai dan barangan kemas.

Beberapa minit kemudian, kanak-kanak itu kembali semula kepada ibunya yang masih berbual dengan jurujual berkenaan.

Rakaman itu juga menunjukkan kanak-kanak berkenaan membawa sesuatu yang berikat, dipercayai wang tunai dan memasukkan wang tersebut ke dalam beg tangan ibunya.

Selepas berhasil mendapatkan wang, ketiga-tiga suspek terus meninggalkan kedai itu dan jurujual berkenaan langsung tidak menyedari bahawa kedainya telah dirompak.

Sehingga kini polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian rompakan itu.

 - AGENSI


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP