GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 27 November 2010

600,000 mati akibat asap rokok


PARIS 26 Nov. - Hampir 600,000 orang yang tidak merokok, dengan satu pertiga daripada mereka kanak-kanak, meninggal dunia setiap tahun akibat menyedut asap rokok daripada mereka yang mengamalkan tabiat itu.

Angka itu diperolehi daripada kajian pertama yang diadakan di seluruh dunia mengenai kesan asap rokok ke atas golongan bukan perokok.

Berlainan dengan penyakit 'gaya hidup' yang banyak berpunca daripada pilihan individu, mangsa yang dikenali sebagai perokok pasif itu menanggung akibat daripada tabiat merosakkan kesihatan yang diamalkan oleh orang lain, terutamanya ahli keluarga.

Di kalangan bukan perokok di seluruh dunia, 40 peratus kanak-kanak, 35 peratus wanita dan 33 peratus lelaki terdedah kepada asap rokok pada 2004, tahun terakhir di mana data boleh didapati di kesemua 192 negara yang terlibat dalam kajian itu.

Apabila ditambah kepada 5.1 juta kematian melibatkan perokok aktif, jumlah kematian akibat amalan merokok bagi 2004 melebihi 5.7 juta orang di seluruh dunia, menurut kajian itu.

Hampir separuh daripada bilangan perokok pasif yang maut adalah wanita, manakala selebihnya terdiri daripada kanak-kanak dan lelaki dalam bilangan yang hampir sama, menurut kajian yang disiarkan hari ini dalam jurnal perubatan Britain, The Lancet.

Kira-kira 60 peratus kematian itu disebabkan penyakit jantung, manakala 30 peratus lagi akibat jangkitan paru-paru, dan bakinya disebabkan asma dan kanser paru-paru.

Keseluruhannya, kematian akibat menjadi perokok pasif menyamai satu peratus daripada kematian di seluruh dunia pada 2004.

Kematian orang dewasa akibat menyedut asap rokok orang lain adalah hampir sama di semua negara tidak kira negara miskin atau kaya.

Namun bagi kanak-kanak, kemiskinan menjadikan keadaan bertambah buruk, menurut kajian itu.

Misalnya di Eropah yang berpendapatan tinggi, nisbah kematian orang dewasa berbanding kanak-kanak adalah sebanyak 35,388 berbanding 71.

Nisbah di Afrika hampir terbalik iaitu 9,514 kematian orang dewasa berbanding 43,375 kematian kanak-kanak. - AFP

*** Kawan rasa asap minyak 2T lagi baik dari asap rokok...

10 Merujuk kepada perkara diatas :

::FAIZ:: 27 November 2010 pada 2:03 PTG  

saya tak merokok, sbb mak saya kata merokok tu bakar duit

abu muaz 27 November 2010 pada 2:41 PTG  

hari-hari sedut asap sebab suka sembang di kedai kopi.

Aku Anak Pahang 27 November 2010 pada 3:01 PTG  

Salam jahat org merekok atau jahat rokok tu hehehe...

Entri Terbaru "Susahlah saya, kalau nak jadi orang kolompo "

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor 27 November 2010 pada 3:39 PTG  

tu yang saya selalu ckp pada suami. kuat sgt merokok. yg paling teruk org lain yg menyedut asapnya... parah..

zulkbo 27 November 2010 pada 4:14 PTG  

salam....
dari Allah kita datang..
kepada-Nya jua kita kembali..

Admin 27 November 2010 pada 5:16 PTG  

oleh itu hisap la rokok banyak...agar cepat mati...heheheh

Tanpa Nama ,  27 November 2010 pada 5:58 PTG  

rokok merbahayakan kesihatan ;)
JOM BACE ENTRY BARU
"1.Blogger Kene Rajin Menulis??"

Admin 27 November 2010 pada 6:01 PTG  

say no kpd Rokok
dan juga Pereokok!

hehhee...

sukaxplo 27 November 2010 pada 8:35 PTG  

salam..
saya tak isap rokok
tapi..sedup asap rokok ngan sedup asap kereta/moto/lori/dll
bahaya gak kan
justeru itu,kalau ada budok kecik..kena jaga jugok kale g mana mana...bahaya asap tuh selain asap rokok

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP