GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 24 November 2010

Harga santan RM12 sekilogram?


PULAU PINANG 23 Nov. - Peniaga santan di negeri ini mungkin menaikkan harga jualan sehingga 100 peratus berikutan kekurangan bekalan kelapa sejak seminggu lalu.

Berdasarkan harga semasa, santan dijual RM6 sekilogram dan jika harga meningkat sekali ganda, pengguna terpaksa membayar RM12.

Peniaga santan di Sungai Ara di sini, Jalal Din, 47, berkata, bekalan kelapa semakin berkurangan selepas Hari Raya Aidiladha.

Dia dimaklumkan oleh pemborong bahawa bekalan semakin sukar diperoleh daripada pengedar di negara jiran Indonesia dan Thailand.

Justeru, dia tidak menolak kemungkinan harga santan melambung naik dalam masa terdekat jika keadaan itu berterusan.

"Hampir seminggu sejak Hari Raya Haji, bekalan kelapa susah nak dapat. Tahun-tahun lalu, masalah sebegini sekejap saja berlaku tapi tahun ini ia berpanjangan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Masalah kekurangan bekalan kelapa di negeri ini berlarutan sejak bulan puasa lalu.

Akibatnya, para peniaga terpaksa menjual santan pada harga RM6 sekilogram berbanding sebelumnya RM4.20 manakala isi kelapa yang belum diparut RM3.40 (sebelumnya RM1.80), kelapa parut RM4 (RM3.50) dan kelapa biji RM1.60 (80 sen).

Jalal menambah, dia difahamkan oleh pembekal bahawa ketiadaan pekerja di ladang kelapa kerana cuti Hari Raya Haji menyebabkan bekalan sukar diperoleh di pasaran.

*** Hah~..sama naik dengan harga getah pulak dahh...

7 Merujuk kepada perkara diatas :

Nancypoh 24 November 2010 pada 9:42 PG  

Huhu..memang membebankan trutamanya mreka yg tinggal d bandar..kalau aku nak santan, banyak kelapa kat luar rumah tu..ambik je, then bedal..relevan, cuti sekolah dah, jom g noreh..hehe..senaman supaya pinggang tak sakit..

Admin 24 November 2010 pada 10:06 PG  

mak aih..
hehe nk bkak kbun klapa la plak..

hehehe..
^^,

Aku Anak Pahang 24 November 2010 pada 11:15 PG  

Salam goner tmpt kita gitu juga.. baru kat raya haji kawan beli santan RM 9 hinggit sekilo weh.

ozzy 24 November 2010 pada 11:43 PG  

salam..

Selain santan cili merah pun naik mendadak sampai rm13 sekilo..
Alternatif lain beli je santan dlm kotak tu

Cik SHiNJU 24 November 2010 pada 11:58 PG  

Ganti ngn susu la..ape susah..
giler ape nak beli santan smpai 12 hengget..santan kotak melambak kat kedai..koi takut sikit hari lg org gi curi kelapa kat kuil pulok..uwekk.. :p

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP