GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 24 November 2010

PM terima gaji RM22,826.65 mulai 2004 - Nazri

KUALA LUMPUR 23 Nov. — Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Jan 2004.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N.Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri berkata jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005. — Bernama

*** Banyak juga gaji Perdana Menteri yer..setahun gaji kome pun tak cecah sebegitu..silap dulu tak belajar rajin rajin..tidak boleh jadi Perdana Menteri..

'' Koi kini sangat yakin akan mendapat RM11,210.15 sebulan dengan hasil tajaan iklan di blog koi ini ''..kata Ahmad Zaki dengan tiba tiba..

'' Oii..ni ngape air liur melejeh ni..aok ngigau ke? ''..kata Azman Zahari sambil mengoyang goyang badan Ahmad Zaki..

'' Ishkk! yer.. ''..kata Ahmad Zaki..

'' Tu ..lah tidor lagi waktu maghrib ''..kata Azman Zahari..

*** Sempat berigau lagi..

12 Merujuk kepada perkara diatas :

zulkbo 23 November 2010 pada 9:24 PTG  

salam..
cukup dok tu..?
koi dengor suit Brioni
je dah RM22K...???

Nancypoh 23 November 2010 pada 9:43 PTG  

wah..tapi PM dan anggota2 kabinet kena sponsor oleh wang rakyat utk berkempen, buat rumah tebuka, buat bangunan 100 tingkat..ouch..huhu..memandai ja aku ni..

Cik SHiNJU 23 November 2010 pada 9:51 PTG  

byk income nuar brahim ngn azmin lagik yek..

Aku Anak Pahang 23 November 2010 pada 10:22 PTG  

Sedak ngat geng tu mengira duit yak.

Sharinginfoz 23 November 2010 pada 10:24 PTG  

rasanya tak banyak sangat kan tapi kalau campur2 ngan elaun memang banyak tapi sesuai le ngan tugasnya

Yunus Badawi 23 November 2010 pada 10:28 PTG  

Gaji banyak itu tapi elaun mungkin berganda dari itu. Kalau tak bukan senang nak ada rumah besar.

terokai seni 23 November 2010 pada 10:34 PTG  

amboih yerk.. ander lagi hok tak kira lagik kot...

eelobor 23 November 2010 pada 11:05 PTG  

besau nyer gaji PM kan.... ari ni katanya parlimen bocor lagi. dah banyak kali bocor & tiris hujan. setiap kali repair & renovation byk gak belanja nyer.

abu muaz 24 November 2010 pada 5:25 PG  

eehhh...sikit sangat tu... elaun dah masuk ke belum tu?

sahromnasrudin 24 November 2010 pada 8:00 PG  

sikitnya gaji setiausaha politik depa huhuhuhuh

Nerzhul 24 November 2010 pada 9:26 PG  

padan la orang berebut nak jadi menteri ngan wakil rakyat!!!

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP