GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 19 November 2010

KWSP: Caruman pekerja naik semula 11%

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Kadar caruman berkanun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja akan dinaikkan semula kepada 11 peratus berkuat kuasa gaji bulan Januari 2011.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan di sini hari ini berkata, caruman itu dibayar kepada KWSP mulai Februari 2011.

Kadar caruman berkanun pekerja diturunkan daripada 11 peratus kepada lapan peratus untuk tempoh dua tahun bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010.

Majikan dinasihat memastikan jumlah caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan dibayar kepada KWSP bermula daripada caruman bulan Februari 2011.

Beliau berkata, ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun itu tidak perlu mengambil sebarang tindakan.

Katanya, caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal pada 12 peratus.

Majikan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi cawangan KWSP terdekat, menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan mereka melalui laman web myEPF di Enquiry. – BERNAMA

*** Ini je saving kawan buat masa ini hehehe!..

8 Merujuk kepada perkara diatas :

mama affan 19 November 2010 pada 12:21 PTG  

dah ttp akaun..huhu..

en.fika punya? ado2..hehe..

Yunus Badawi 19 November 2010 pada 12:37 PTG  

Awak ada juga saving kat KWSP ni. Saya dah takde potongan sejak kerja sendiri ni huhuhu

eelobor 19 November 2010 pada 1:10 PTG  

hehehe, lagi setahun dua abis ler simpanan kawan kat dalam tu

Aku Anak Pahang 19 November 2010 pada 2:14 PTG  

Akaun kawan dah lama KO dgn KWSP nei :(

Ain Zulaikha 19 November 2010 pada 2:48 PTG  

haha saya tak kerja lagi. tapi masa kerja sambilan tu tak tahu la ada kwsp ke tak.. wuwuuww

Ateh Nour 19 November 2010 pada 4:36 PTG  

Assalamualaikum,
Baguslah macam tu, sikit2 lebihlah sikit simpanan untuk masa depan tu, nak harap simpan sendiri memang tak adalah gayanya...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP