GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 21 November 2010

Mencari rodong lama ( ABS )


Ingin mencari rodong rodong lama yang bersekolah sini dulu sekitar tahun 1977 - 1979..kawan sekolah takat tingkatan 3 sahaja..sebab minat menoreh getah sangat mendalam ketika itu..

Sila kunjungi pasembok ( Facebook ) Sekolah ABS Temerloh ini..

Info tentang sekolah menengah Abu Bakar Temerloh..


Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Temerloh bermula sebagai sekolah Abu Bakar dekat Stesyen Keretapi di Mentakab pada tahun 1939. Guru besar yang pertama ialah Encik Sivapakiam. Pada waktu itu, sekolah menengah dan rendah masih disekalikan lagi.

Semasa perang dunia kedua, sekolah ini ditutup selama 4 tahun dan dibuka semula pada tahun 1947. Pada tahun 1950-an, sebidang tanah diatas bukit yang ditanam dengan pokok getah diperolehi di Temerloh yang bertujuan untuk membina sekolah. Sebilangan dari pelajar Sekolah Abu Bakar Mentakab dipindahkan ke Sekolah Abu Bakar Temerloh pada tahun 1954.

Pada awalnya, sekolah ini hanya terdiri daripada dua bangunan sahaja. Iaitu sebuah asrama yang dibina untuk pelajar-pelajar yang tinggal jauh atau tinggal di seberang sungai Pahang. Sekolah ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Pahang pada 10 April 1954 dengan jumlah pelajar seramai lebih kurang 300 orang sahaja.

Peperiksaan rasmi pertama diadakan ialah Peperiksaan Cambridge School Certificate pada tahun 1955. Pada tahun 1956, pelajar-pelajar tingkatan tiga menduduki peperiksaan Lower Certificate of Education yang pertama. Berikutan dengan Laporan Razak 1956, Sekolah Abu Bakar Temerloh telah ditukar kepada Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh.

Lanjutan daripada Penyata Pelajaran Abdul Rahman Talib pada tahun 1959, kelas-kelas aliran Melayu dimulakan. Manakala pada tahun 1973, sekolah ini telah mejadi sekolah menengah aliran Inggeris sepenuhnya.

Pergerakan badan beruniform yang pertama ditubuhkan ialah Pergerakan Pengakap yang diasaskan oleh Encik Arrif Abdullah pada tahun 1939. Pada tahun 1940 pula, persatuan Khutub Khanah dan Jimat Cermat ditubuhkan. Disamping penubuhan persatuan tersebut, kejohanan olahraga sekolah yang pertama turut diadakan pada tahun tersebut. Majalah sekolah pertama diterbitkan pada tahun 1954..

*** Dalam bag sekolah kawan mesti ada lestik dan rokok punya..

11 Merujuk kepada perkara diatas :

ummu 21 November 2010 pada 11:44 PG  

assalamualaikum tn releven
ABS ni galamor dan
kakak ipar sekolah sini dulu

Aku Anak Pahang 21 November 2010 pada 1:46 PTG  

Salam mmg best dpt jumpa rodong lama nie... kawan pun terus mencari rodong lama nie :(

munna 21 November 2010 pada 5:08 PTG  

sekolah munna dulu ni.. abs spm 97

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor 21 November 2010 pada 5:26 PTG  

salam. kita sekolah sri bahagia sampai form five. pastu ke smkt lower six. mce 1979 di sri bahagia. tak merasa sek abs.

zulkbo 21 November 2010 pada 6:19 PTG  

salam..
selamat berunion
yang pompuan dah
jadi nenek pun ada
gamoknya..he he

Guru 21 November 2010 pada 9:39 PTG  

bab dalam beg yang berat tu relevan....

dibiar kesepian

sahromnasrudin 22 November 2010 pada 9:06 PG  

salam..alamak..kami lain sekolah la huhuhuh

Nerzhul 22 November 2010 pada 2:39 PTG  

ni skoloh budak² nakal ni...hahaha jangan maroh ye bang relevan. :D

msy ,  16 Oktober 2013 pada 1:12 PTG  

sya sek di ABS thn 81/82.sblm tu di jln bhgia.stay kat hostel.sains stream

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP