GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 26 November 2010

Obama didoa neneknya di Mekah supaya peluk Islam


* Sarah Omar

RIYADH - Nenek Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan dia berdoa supaya cucunya itu menganut agama Islam.

Menurut nenek Obama itu, Sarah Omar, doa itu dipohon semasa dia mengerjakan haji di Mekah.

"Saya berdoa agar Obama memeluk agama Islam," kata Sarah Omar yang berusia 88 tahun dalam satu temu ramah bersama akhbar Al-Watan Saudi di Jeddah yang disiarkan kelmarin dan dilaporkan agensi berita AFP semalam.

Akhbar itu melaporkan bahawa Sarah menunaikan haji bersama anaknya yang merupakan bapa saudara Obama, Saeed Hussein Obama serta empat orang lagi cucunya.

Sarah menyatakan dia hanya boleh bercakap mengenai haji dan tidak akan memberi komen berkaitan isu politik Obama.

Keluarga itu dijemput oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah tersebut.

Saeed juga mengucapkan terima kasih kepada pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah ekoran layanan baik yang diterimanya.

Bapa Obama, Barack Hussein Obama Sr. merupakan penganut Islam dari Nyangoma-Kogel, Kenya ketika berkahwin dengan ibunya, Ann Dunham, seorang pengikut atheis dari Kansas, AS.

Pasangan itu bercerai semasa Obama berusia dua tahun. Ibu Obama kemudian berkahwin dengan Lolo Soetoro dari Indonesia.

Tinjauan pendapat di AS pada Ogos lalu menunjukkan bahawa seorang daripada lima rakyat AS percaya bahawa Obama beragama Islam.

Dakwaan itu dinafikan oleh White House yang menegaskan bahawa Obama ialah seorang penganut Kristian yang taat. - Agensi

*** Semoga termakbul doa nenek Obama ini..

11 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 26 November 2010 pada 12:01 PTG  

Semoga termakbul jua hendaknya doa neneknya itu.
Entri Terbaru "Mimpi best malam semalam..."

Cik Shinju 26 November 2010 pada 2:07 PTG  

Semoga makbul doanya..
Semua dgn kehendak ALLAH jua..

sahromnasrudin 26 November 2010 pada 3:35 PTG  

salam..semoga bertambah lagi umat Islam...

terokai seni 26 November 2010 pada 4:42 PTG  

bukan nenek dia aje, malah kita semua patut doakan dia dan seluruh bangsa amerika tu...

::FAIZ:: 26 November 2010 pada 6:53 PTG  

igtkan dia Muslim.... semoga makbul doa tu

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP