Wanita tua terperangkap 3 minggu dalam bilik mandi
PARIS 24 Nov. - Pasukan bomba Perancis menyelamatkan seorang wanita warga emas yang terperangkap di dalam bilik mandi rumahnya selama tiga minggu selepas ketukan paip meminta pertolongan gagal mendapat perhatian jiran-jirannya.
Wanita berusia 69 tahun itu dalam keadaan yang sangat lemah ketika bomba tiba di rumah mangsa di bandar kecil Epinay-sous-Senart di Paris, selepas jiran menghubungi pihak berkuasa kerana bimbang dia tidak kelihatan dalam tempoh tersebut.
Dia yang terkunci akibat kerosakan tombol pintu bilik mandi, terpaksa meminum air dari singki dan mengetuk paip pada waktu malam untuk meminta pertolongan.
Namun jiran di blok apartmen itu menyangka ia adalah kerja-kerja pembaikan dan mengadakan petisyen untuk mencari pemilik rumah itu supaya bunyi tersebut dihentikan. - AFP
*** 3 Minggu punyai daya ketahanan lagi nenek ini..
10 Merujuk kepada perkara diatas :
mmg kuat daya tahan nenek tu...tp pelik jg 3 minggu bru jiran2 perasan yg dah lama x nampak nenek tu ek
fuhh..berkubang gamaknya
salam..
tu jenis orang sekrang kot, tak bercampur/ tak kenal dengan jiran sebelah menyebelah...hehehe
yang koi tahu..manusia boleh hidup tanpa makanan tapi tak boleh hidup lama tanpa air
masyallah, panjang umurnya ek
bila sudah tua tinggal seorang diri... itu di barat... ditempat kita sedang menuju kearah itu.
alahai jiran ni..tak alert bunyi bising gitu...susah gak gini....sian kat nenek tu..
nenek yg kuat....hehhe
Besor juga dugaan kat nenek tu yak.. simpati juga kat dia nasib tak jadi apa2.
Entri Terbaru "Jom jalan-jalan carik apam!"
hebat tuh....
relavan: mmg daya tahan dan daay juang yg cukup tinggi tu!
Catat Ulasan