GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 25 Mac 2011

Ambil syabu untuk kurus


MARANG - Kebanyakan wanita di Terengganu yang menagih dadah jenis syabu menggunakan dadah jenis itu untuk menguruskan badan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritedan Roslan Abdul Wahid.

Roslan berkata, golongan wanita dikesan menggunakan dadah jenis syabu sebagai pil menguruskan badan paling cepat dan berkesan untuk mengurangkan berat badan.

“Ia bukan sahaja diambil oleh wanita yang berkerjaya malah pelbagai peringkat umur dikesan mengambil bahan larangan itu sebagai jalan mudah untuk menguruskan badan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Polis ke-204 peringkat Terengganu hari ini.

Roslan berkata, sebahagian daripada kira-kira 10,000 penagih dadah yang ditahan pada tahun lalu terdiri daripada golongan wanita.

“Ada yang sanggup berbelanja RM1,000 untuk membeli satu gram syabu manakala bagi yang kurang berkemampuan, mereka menggunakan pil kuda berharga antara RM25 hingga RM30 sebiji,” katanya. - Bernama

*** Berat ni..nanti lagi ramai orang orang gemuk yang amik pil Syabu ni..


12 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 25 Mac 2011 pada 8:43 PTG  

Sudoh esok jadi mayat hidup kurus kering benor :(

Sharinginfoz 25 Mac 2011 pada 8:48 PTG  

macam2 jenis perangai manusia ni

YUL 25 Mac 2011 pada 9:13 PTG  

tu jalan mudah nk kurus, bile dah kurus jadi ketagih, bile dah ketagih, mulalah buat hal,, mmg smpah msyrakat betul -.-

zulkbo 25 Mac 2011 pada 9:25 PTG  

salam..
alang-alang kurus
terus mati je puok nih
menyusahkan negara je

Ateh Nour 25 Mac 2011 pada 9:30 PTG  

Sallam,
Biarlah keh gemok gedempol dari terpaksa menagih syabu,..

eelobor 25 Mac 2011 pada 10:01 PTG  

huhuhu, macam2 alasan di cipta bagi nak menghalalkan. sampai satu tahap nanti. pernah gak dgr wanita hisap rokok sebab nak kurus, kini dah semakin advance kepada penagihan syabu

Nancypoh 25 Mac 2011 pada 10:23 PTG  

Alala..org yg ambil syabu ni boleh tau tengok je dari mata dia..kalau merah saga tu, dah ada ciri2 penagih..JAUHI DADAH!!
Kura-kura yang menyebabkan kebakaran di New York

terokai seni 26 Mac 2011 pada 12:19 PG  

koi kurus juga ketnya jangan kabo koi penangih syabu yerk

saharul 26 Mac 2011 pada 12:24 PG  

bukan setakat kurus....siap dgn mencengkung lagi jadinyer...

Nizam Awang Brahim 26 Mac 2011 pada 9:17 PG  

renceng la weh kala bahan menatang ter...

MDHAFiZ.NET 27 Mac 2011 pada 12:19 PG  

jom ramai2 wanita pakat makan syabu..hahaha..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP