GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Tonton. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tonton. Papar semua catatan

Selasa, 1 April 2014

Serius ! Pocong di tengah jambatan kedua?

Gambar pocong yang tersebar di laman sosial kononnya dijumpai di tengah jambatan Pulau Pinang.

BAYAN LEPAS - Segelintir penduduk di sini gempar apabila tersebarnya dua keping gambar mengenai kejadian penemuan pocong di tengah-tengah Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Shah.

Pengguna laman sosial, Rahimi Ishak berkata, gambar berkenaan tersebar sejak beberapa hari lalu dan menjadi buah mulut penduduk setempat.

Menurutnya, melalui gambar berkenaan dengan jelas menampakkan seolah-olah terdapat imej yang berbungkus putih dan terbang tinggi.

“Kemudian ia berada di atas jambatan pada gambar kedua, kejadian dikatakan berlaku di tengah-tengah jambatan pada waktu malam.

“Saya sendiri yang mendapat gambar berkenaan memang terkejut,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi pengguna jambatan, Mohd Ali Mohd Noor berkata, dia pada mulanya terkejut melihat gambar berkenaan dan cuba bertanya kepada rakannya yang juga kerap menggunakan jambatan.

“Mereka kata ini perkara biasa, kalau dia nak muncul kita mana boleh halang, yang penting kita kena buat biasa saja.

“Lagipun ini bukan pertama kali berlaku cerita jumpa macam-macam makhluk halus atas jambatan, ia adalah biasa,” katanya.

Sementara itu bagi Zulkifli Zainal berkata, pengalamannya diganggu pada waktu malam ketika menunggang motosikal di atas jambatan pertama Pulau Pinang membuatkannya berwaspada.

“Bukan apa, kadang-kadang ada yang terlalu terkejut sehingga boleh sebabkan kemalangan, kalau yang tak kuat semangat, lebih baik elakkan.

“Saya pernah tunggang motosikal pada tengah malam di atas jambatan, setibanya di tengah-tengah, motor saya berat dan saya terpaksa menunggang lebih kuat dan laju, tetapi tiba-tiba ia menjadi ringan dan saya seolah-olah dalam keadaan tercampak ke depan, nasib baik saya boleh kawal motor.

“Kalau saya silap, bimbang kemalangan saja, apa pun kita kena tawakal kepada ALLAH SWT,” katanya.

Bagi pengamal perubatan Islam, Izzwandy Mamat, kejadian penemuan pocong di tengah jambatan adalah perkara biasa.

“Laut memang tempat tinggalnya dan mereka akan buat pelbagai rupa di kawasan mereka tinggal.

“Tidak dinafikan laut juga menjadi tempat kepada tukang perubatan membuang benda yang tidak baik, jadi ia bukan mustahil,” katanya kepada Sinar Harian.

Sama seperti manusia, makhluk halus berkenaan juga memenuhi setiap pelosok tempat.

“Malah jin boleh menyerupai pelbagai bentuk tidak kiralah pocong, atau hantu raya ataupun toyol,” katanya.

Beliau menegaskan, bagaimanapun rupa bentuknya, perkara tersebut hanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.

“ALLAH mahu menguji sejauh mana keimanan kita, sama ada takut pada makhluk atau pada-NYA.

“Ia juga sebagai tanda supaya kejadian sebegini akan mendekatkan kita lebih kepada ALLAH,” katanya.

Sinar Harian


Read more...

Isnin, 24 Mac 2014

Remaja habis masa 10 jam sehari kerana ketagih untuk berselfie

Danny Bowman
London: Seorang remaja yang taksub untuk mendapatkan gambar potret dirinya (selfie) dengan sempurna cuba membunuh diri apabila gagal berbuat demikian.
Danny Bowman, 19, menghabiskan masa 10 jam sehari untuk mengambil hampir 200 keping gambar dirinya menggunakan telefon pintar.
Dia sanggup berhenti sekolah, tidak keluar rumah selama enam bulan, menurunkan berat badan sehingga 12 kilogram untuk menjadikan dirinya kelihatan sempurna dalam gambar.
Dia juga bertindak agresif apabila ditegur ibu bapanya.
Akhirnya, dia mengambil tindakan drastik untuk melepaskan diri dari ketaksubannya dengan mengambil dadah secara berlebihan namun berjaya diselamatkan ibunya, Penny.
Kini, dia cuba untuk kembali kepada kehidupan normal selepas menjalani terapi intensif di hospital untuk merawat ketagihan teknologi yang dihidapinya.
“Saya sentiasa cuba mendapatkan gambar terbaik diri sendiri dan apabila menyedari yang saya tidak mampu melakukannya, saya mahu membunuh diri.
“Saya kehilangan kawan, pelajaran, kesihatan dan hampir kehilangan nyawa,” kata Danny.
Kini, dia yang mula memuat naik “selfie” di Facebook sejak berusia 15 tahun sudah tujuh bulan tidak mengambil gambar seperti itu.

“Satu-satunya perkara paling penting bagi saya adalah mempunyai telefon pintar bersama saya supaya saya dapat memuaskan keinginan mengambil gambar sendiri pada bila-bila masa.
“Akhirnya saya sedar saya tidak mampu memuaskan keinginan saya.
Ramai yang tidak sedar apabila mereka memuat naik gambar “selfie” di Facebook atau Twitter, ia dengan cepat menjadi tidak terkawal.
Ia akan menjadi misi untuk mendapatkan penerimaan orang ramai melalui “like” atau komen memuji dan lama kelamaan akan menjadi taksub untuk melakukannya.

Ia akan merosakkan sesiapa saja,” katanya.

- Agensi

Read more...

Jumaat, 21 Mac 2014

Video,Gadis remaja ini terkenal kerana tiru dialek dalam berbagai bahasa termasuk Arab dan Hindi

Sara Maria Forsberg

Sara Maria Forsberg (19), seorang juruwang di sebuah pasar raya di Finland, dalam masa singkat punyai jutaan peminat di dunia maya. Forsberg yang menguasai tiga bahasa itu tertarik pada bahasa dan dialek. Hal yang dia lakukan adalah membuat dan memuat naik video di Youtube tentang cara dia meniru orang-orang bercakap dalam pelbagai bahasa.

Dalam videonya, "What Languages ​​Sound Like To Foreigners", dia tampak bicara dalam pelbagai bahasa walau sebenarnya kalimat yang dia ucapkan tak ada ertinya.

Namun, video itu telah dilihat lebih dari 9 juta kali. Remaja Finland itu terus terkenal dan mendapat kunci bandar dari Datuk Bandar Pietarsaari, bandar asalnya. Akhir Mac ini lulusan sekolah menengah dan sekolah memasak itu akan ke Los Angeles. Kerana video itu, beberapa syarikat pengiklanan telah menghubunginya.


- (AP)

Read more...

Rabu, 19 Mac 2014

Video: Pembaca Berita Sembunyi Bawah Meja Ketika Gempa Bumi

DUA pembaca berita siaran televisyen KTLA yang berpusat di Los Angeles, Amerika Syarikat terpaksa bersembunyi di bawah meja selepas berlaku gempa bumi ketika mereka sedang bersiaran secara langsung pada petang Ahad.
Gegaran sekuat 4.4 skala Ritcher itu disedari oleh pembaca berita lelaki iaitu Chris Schauble yang meminta siaran dihentikan.
"Gempa bumi, kita ada gempa bumi," katanya sebelum bersembunyi di bawah meja.
Rakan setugasnya, Megan Henderson yang baru memulakan siaran langsung itu juga turut bersembunyi di bawah meja selama beberapa saat sebelum mereka keluar semula.
Seperti tiada apa yang berlaku kedua-dua mereka cuba menyambung siaran langsung tersebut, bagaimanapun gegaran dan kesannya masih berlaku.
Keadaan itu membuatkan kedua-dua mereka bimbang manakala siaran langsung masih diteruskan dan kelibat mereka menjadi bahan jenaka penonton.
Sumber

Read more...

Rabu, 12 Mac 2014

REMAJA ROGOL ADIK UMUR 8 TAHUN SELEPAS TONTON TUBE LUCAH

imej

BLACKBURN: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari Blackburn, England telah mengaku merogol adik beliau yang berusia lapan tahun selepas menonton video lucah menerusi Xbox.

Budak  yang tidak boleh dinamakan atas sebab-sebab undang-undang, juga mengaku bersalah kerana menyerang gadis itu dan menghasut beliau untuk melakukan perbuatan seksual kepadanya.

Kes itu mencetuskan perdebatan tentang akses kanak-kanak kepada video lucah, dengan kumpulan anti rogol meminta kawalan yang lebih ketat.

Dia memberitahu polis dia telah menonton video lucah menerusi Xbox bersama seorang rakan dan 'membuat keputusan untuk mencubanya'. Tambah lelaki berkenaan, beliau memilih adiknya kerana beliau masih kecil dan 'mudah lupa'.

Remaja berkenaan yang muncul di Mahkamah Majistret Blackburn pada hari Selasa, diikat jamin dan dibernarkan untuk hidup bersama ahli keluarga beliau,  manakala pasukan belia menyediakan pra- hukuman ke atasnya .

Mangsa kini dipantau oleh beberapa pakar untuk sementara waktu.

Penyelaras Kumpulan Operasi Krisis Rogol (Rape Crisis Charity), Fiona Elvines berkata kanak-kanak yang mempunyai akses kepada video lucah adalah satu 'kebimbangan'.

"Ini akan benar-benar menjejaskan kestabilan kehidupan gadis kecil ini.

"Ia akan mengambil masa yang sangat lama dalam proses membaik pulih keadaan beliau. Landasan hidup beliau akan berbeza dan saya tidak mahu itu berlaku kepada orang lain," katanya.

Fiona berkata apabila kanak-kanak melihat aksi lucah, mereka tidak mempunyai sebarang konteks. Ini akan mewujudkan tekanan ke atas kanak-kanak yang akan menjadi lebih seksual, terutamanya di kalangan kanak-kanak lelaki muda untuk melakukan hubungan seks pada usia yang begitu muda.

Beliau juga meminta pihak kerajaan untuk memandang serius tentang perkara ini dan berharap bahawa pembekal perkhidmatan internet akan mengambail tanggungjawab yang lebih besar untuk mengawal akses kanak-kanak kepada kandungan lucah.

Satu rang undang-undang keselamatan dalam talian baharu akan dibincangkan oleh jawatankuasa kerajaan Britain walaupun tarikhnya belum ditentukan.

Ia mencadangkan bahawa pengguna internet perlu membuktikan mereka melebihi usia 18 tahun untuk melihat kandungan dewasa.

Pada masa ini, sekatan perlu dilaksanakan dalam setiap peranti dengan akses internet.

Menurut laman web khidmat pelanggan Xbox, pengguna boleh menukar akses kepada permainan, filem dan kandungan televisyen mengikut kesesuaian.

Ibu bapa juga boleh menyekat akses kepada internet dan menukar ciri keselamatan dan privasi dalam talian untuk akaun mereka.

Microsoft, syarikat yang membuat alat permainan video itu telah menyatakan simpati kepada semua  yang terlibat dalam kes ini.

"Di Microsoft, kami mempunyai beberapa sistem yang ketat yang membenarkan ibu bapa untuk mengawal apa yang anak-anak mereka bermain dan menonton dalam talian."

Fiona berkata, ibu bapa juga harus cuba untuk bercakap tentang seks dan hubungan bersama anak-anak mereka. Subjek berkenaan juga diwajibkan di sekolah-sekolah, mengikut kesesuaian umur-umur pelajar.

"Apabila kita bercakap dengan anak-anak , mereka berkata ibu bapa mereka tidak tahu apa yang mereka lihat.

"Pada masa ini , kanak-kanak berfikir bahawa apa yang mereka menonton adalah apa yang orang dewasa lakukan apabila mereka melakukan hubungan seks, tetapi mereka perlu tahu bahawa ia adalah tidak, " katanya

Sumber

Read more...

Selasa, 11 Mac 2014

FILEM NOAH DIHARAMKAN

BABAK-babak dalam filem Noah.
Kaherah: Universiti Al-Azhar mengeluarkan fatwa mengharamkan tayangan filem epik Hollywood yang mengisahkan kehidupan Nabi Nuh (AS) dengan alasan ia bercanggah dengan ajaran Islam.
“Islam melarang segala bentuk penggambaran fizikal rasul, nabi, rasul dan sahabat Rasulullah (SAW),” menurut kenyataan yang dikeluarkan universiti itu.
Fatwa itu juga menyebut, filem sedemikian menyentuh sensitiviti umat Islam dan melanggar ajaran Islam.
Filem lakonan Russel Crowe yang memegang watak Nabi Nuh (AS) itu menelan belanja sebanyak £75 juta (RM 412 juta), turut diharamkan oleh tiga negara Arab.
Filem kontroversi itu tidak akan ditayangkan di Qatar, Bahrain atau Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan beberapa negara lain dijangka turut mengharamkannya.
“Lembaga penapisan filem Qatar, Bahrain dan UAE mengesahkan pengharaman tayangan filem “Noah” di negara mereka melalui pengumuman rasmi yang dibuat minggu ini,” kata jurucakap Paramount Picture.

“Kenyataan rasmi mengenai pengharaman itu dibuat kerana filem berkenaan bertentangan dengan Islam. Kami menjangka tindakan serupa akan akan dilakukan oleh pihak berkuasa Mesir, Jordan dan Kuwait,” katanya.

Filem yang turut dibintangi oleh Anthony Hopkins dan Emma Watson bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada 28 Mac.

Islam melarang bentuk fizikal nabi dan rasul digambarkan secara jelas.

Tindakan menggambarkan Nabi Muhammad (SAW) secara fizikal di Eropah dan Amerika Utara sebelum ini pernah mencetuskan kemarahan dan tunjuk perasaan di negara Islam.

Ia turut meningkatkan ketegangan antara negara barat dan dunia Islam.

Surah Nuh di dalam al-Quran menceritakan mengenai kisah Nabi Nuh membina bahtera bagi menyelamatkan umatnya dan beberapa haiwan daripada banjir besar namun ahli keluarga Nabi Nuh (AS) yang enggan mengikuti ajarannya mati.

Kisah Nabi Nuh (AS) juga diceritakan di dalam Injil.
- AFP

Read more...

Selasa, 4 Mac 2014

VIDEO SEKS ARTIS FILIPINA MULA TERSEBAR

Video Seks Artis Filipina Tersebar | Penyanyi utama kumpulan Parokya Ni Edgar, Chito Miranda dan teman wanitanya yang juga seorang artis, Neri Naig telah dilihat beraksi dalam sebuah video yang memaparkan mereka tidak berpakaian dan sedang berasmara telah dimuatnaik ke dalam laman YouTube.


Namun begitu, video tersebut telah ditarik balik dari laman YouTube. Bagaimanapun, terdapat beberapa gambar yang telah disiarkan semula oleh media sosial.
Menerusi Instagram milik Miranda, beliau meminta maaf atas tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah mencemarkan nama baik dirinya.
“Kami amat kesal dengan tindakan pihak tertentu menunjukkan video peribadi saya dengan teman wanita saya, Neri Naig. Saya memohon maaf daripada keluarga kami atas kejadian yang tidak sepatutnya berlaku ini,” katanya.
Sumber katakcomel.my


Read more...

Isnin, 3 Mac 2014

Pondok paling berbahaya dalam dunia


Pendaki gunung yang berada di Solvay Hut boleh menikmati pemandangan mengagumkan dari puncak Gunung Monte Rosa di Itali. - AGENSI

GENEVA 1 Mac - Sebuah pondok kecil yang dibina di timur laut rabung Gunung Matterhorn di daerah Canton of Valais, Switzerland layak digelar sebagai pondok paling berbahaya di dunia.

Diberi nama Solvay Hut, pondok dibina pada ketinggian 3,962 meter dari aras laut itu juga merupakan struktur seumpamanya yang tertinggi di benua ini, iaitu 457 meter dari bawah puncak gunung atau dua pertiga ketinggian gunung.

Odditycentral melaporkan, pondok itu dimiliki oleh kelab Swiss Alpine yang bertujuan untuk memberikan perlindungan dan menyediakan makanan kepada pendaki gunung Matterhorn.

Pendaki yang berada di situ boleh menikmati pemandangan menakjubkan kesemua puncak Gunung Monte Rosa di Itali dan mengambil gambar di situ.

Pondok yang boleh memuatkan sebanyak 10 orang itu dibina pada 1915 yang mengambil masa selama lima hari untuk disiapkan.

Kesemua bahan binaan itu terlebih dahulu dibawa ke kawasan Hornli Hut, 762 meter di bawah pondok dengan menggunakan haiwan sebelum dibawa ke atas dengan menggunakan kereta kabel.

Struktur itu dibina semula pada 1966 sebelum dipasang dengan telefon kecemasan pada 1976.

Solvay Hut dinamakan sempena nama seorang pendaki Belgium, Ernest Solvay yang menyumbang dana bagi pembinaannya serta mengenang usaha beliau membangunkan kawasan tersebut.

Sumber



Read more...

Jumaat, 28 Februari 2014

LIVE STREAMING SKOOL OF LAWAK 2014 UJIAN MINGGU KE3 ASTRO WARNA


Kelas Skool of Lawak mulai 12 Februari 2014, setiap Rabu & Khamis jam 10.30 malam.
Siaran Langsung Skool of Lawak mulai 14 Februari 2014, setiap Jumaat, jam 10.00 malam.

Ekslusif di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134).

Like kami di Facebook, http://www.facebook.com/SkoolOfLawak
Follow kami di Twitter, http://www.twitter.com/SkoolOfLawak
Maklumat lanjut layari http://www.SkoolOfLawak.com.my
Tonton episod terdahulu di http://www.astroonthego.com

Jom layan Ujian Minggu ke2 SKOOL OF LAWAK

Read more...

3 Gambar,Budak perempuan 9 tahun tinggal bersama anakonda

KRISTA belajar di rumah bersama ular peliharaannya.
Michigan: Seorang kanak-kanak perempuan sembilan tahun menarik perhatian dengan kebolehannya bermain dengan ular.
Krista Guarino, tinggal bersama 30 ekor reptilia itu termasuk anaconda dan ular sama sepanjang empat meter di rumahnya di Michigan, Amerika Syarikat.
Dia makan, tidur dan bermain dengan ular yang ada di antaranya dua kali ganda saiznya.

Krista mula tinggal bersama dengan ular sejak berusia dua tahun.
Kanak-kanak yang berani ini pernah beberapa kali dipatuk ular, tetapi semua ular berkenaan tidak berbisa dan Krista berkata dia tidak sakit.
Foto
KRISTA bermain bersama ular sawa batik sepanjang 12 kaki miliknya.
“Saya tak pernah takut dengan ular. Ia minat dan kegilaan saya,” katanya.

Anak sulung tiga beradik itu mula diperkenalkan dengan reptilia itu oleh bapanya Jamie, 33, pakar ular.

“Ular adalah antara perkataan pertama yang disebutnya. Sejak itu saya merasakan reptilia itu akan menjadi minatnya.

Sejak kecil lagi, dia berbeza dengan kanak-kanak lain. Dia langsung tidak takut dengan ular. Dia mahu menjadikan haiwan itu peliharaannya,” kata Jamie.

Sewaktu cuti musim panas, Krista membantu Jamie di taman ular tempatan miliknya dan tidak menunjukkan sebarang ketakutan ketika mengendalikan haiwan berkenaan.

Dia juga membantu memberi makan buaya.
Foto
KRISTA bersama ular sawa batik di sebuah acara kebajikan.
Pasukan ayah dan anak itu menikmati hujung minggu mereka dengan mencari ular orok-orok, satu daripada spesies ular paling berbahaya di dunia.

Mereka turut memuat naik video pengembaraan mereka yang ‘mengerikan’ di saluran SnakeHuntersTV milik mereka di YouTube.

Krista bercita-cita membuka zoo reptilia sendiri apabila dewasa dan mahu mengubah persepsi masyarakat mengenai ular.
- AFP

Read more...

Khamis, 27 Februari 2014

Baju ‘lucah’ Piala Dunia ditarik balik

REKA bentuk imej pada kemeja-T yang mengundang kontroversi dan rasa tidak senang hati kerajaan Brazil
Rio de Janeiro: Brazil memaksa penarikan semula penjualan baju sempena Piala Dunia yang dikatakan mempunyai corak tidak senonoh yang boleh merosakkan imej negara itu.
Berikutan aduan badan pelancongan negara itu, penaja rasmi kejohanan, Adidas menarik semula pengeluaran baju berkenaan yang sudah berada di pasaran Amerika Syarikat. 
Satu daripada reka bentuk baju berkenaan menampilkan corak hati dengan tulisan ‘I love Brazil’, tetapi bentuknya menyerupai bahagian belakang wanita. 

Satu lagi corak mempunyai gambar poskad dengan pemandangan Gunung Sugarloaf di Rio de Janeiro dan seorang wanita berbikini memegang bola dengan tulisan bertindih ‘Lookin’ to score’.
Badan pelancongan negara itu berkata, “Kami menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk pengiklanan pada produk yang mengaitkan imej Brazil dengan seks.”
Mereka juga menggesa Adidas menghentikan pengeluaran baju berkenaan. 

Menteri Wanita Brazil, Eleonora Menicucci berkata “Tindakan jenama besar dalam dunia sukan seperti Adidas mengeluarkan kemeja-T dengan imej dan frasa yang mengaitkan Brazil dengan pelancongan seks sangat tidak boleh diterima.” 

Adidas dalam kenyataan balas memberitahu mereka sudah menghentikan pengeluaran produk itu. 

“Penting untuk umum mengetahui produk ini adalah edisi khas yang hanya terdapat di Amerika Syarikat,” katanya. 
- AFP


Read more...

Jumaat, 21 Februari 2014

LIVE STREAMING SKOOL OF LAWAK 2014 KELAS MINGGU KE2 ASTRO WARNA

Untuk kelas Minggu pertama dalam Skool of Lawak masih belum ada yang betul betul menyengat..

Kita tunggu dan Saksikan untuk Kelas Minggu kedua..

"Komedi ada kelas" itulah yang dapat digambarkan pada Ujian pertama Skool Of Lawak yang telah diadakan di Studio 1 Astro Bukit Jalil malam tadi. Ternyata dengan slogan tersebut dapat memartabatkan komedi tanah air dan nampaknya semakin rancak dengan kehadiran para peserta yang hebat dan peserta yang terpilih ternyata bukan dari calang-calang orang kerana mampu memberi input terbaru dalam dunia komedi tanah air.

Minggu pertama Skool Of Lawak, sebanyak 11 kumpulan atau dipanggil kelas yang bertanding iaitu Seroja, Melur, Jasmin, Dahlia, Kemboja, Kenanga, Mawar, Cempaka, Kekwa, Orkid dan Melati, membawakan tema bebas dan dipilih sendiri oleh peserta untuk dibentangkan dalam ujian tersebut. Boleh dikatakan hampir kesemua peserta menunjukkan bakat yang luar biasa pada minggu pertama ini dan ini menunjukkan komedi yang ditampilkan mempunyai kelasnya yang tersendiri. Hampir di luar jangkaan bahawa peserta dapat membawakan sketsa dengan baik sekali.

Panel penilai selaku juri yang terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Mamat Khalid dan Prof Madya A Razak Mohaideen turut membantu memberi komen-komen yang positif sekaligus ianya dapat membantu peserta mematangkan lagi sketsa mereka pada minggu hadapan.

3 kumpulan yang mendapat undian terendah iaitu Kemboja, Mawar dan Cempaka berjaya diselamatkan kerana pada minggu pertama ini tiada penyingkiran dibuat. Sedikit sebanyak memberi peluang pada peserta menunjukkan lagi bakat luar biasa yang terpendam dan diolah menjadi satu output  menarik selaras dengan komedi di Malaysia.

Ujian Skool Of Lawak bersiaran secara langsung setiap Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Warna dan Astro Mustika HD juga boleh ditonton secara online melalui Astro On The Go.

Berikut adalah peratusan undian SMS dan juri untuk 11 kumpulan selepas talian undian ditutup.

Sumber astro Gempak Skool of Lawak

( LINK )




Read more...

Selasa, 18 Februari 2014

KES CERAI ERRA FAZIRA,ENGKU EMRAN DAPAT HAK PENJAGAAN ANAK


SHAH ALAM: Desas-desus mengenai keretakan rumah tangga pelakon dan pengacara program Primadona, Erra Fazira dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abdin terjawab apabila pasangan berkenaan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa.
Lafaz cerai dilakukan Engku Emran di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Terjah berita sebelumnya
Penceraian tersebut dilakukan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2003 (Negeri Selangor).
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 40, kelihatan tenang manakala Engku Emran, 39, sebak ketika melakukan lafaz tersebut.
Pasangan itu terdahulu tiba di mahkamah secara berasingan kira-kira pukul 11.45 pagi.
Erra ditemani pelakon Erma Fatima dan Datin Umie Aida ketika tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Erra ditemani pelakon Erma Fatima dan Datin Umie Aida dan suami Umie iaitu Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan.
Kemunculan Erra agak mengejutkan apabila dia memakai topeng menutup mukanya.
Pelakon filem Hingga Hujung Nyawa itu memfailkan permohonan cerai dan hak penjagaan anak mereka menerusi peguam syarie, Ahmad Nazib Johari selaku plaintif pada Isnin (semalam).
Manakala Engku Emran diwakili peguam syarie Roslan Sujak Rafiee.
Ketika di mahkamah Erra menjelaskan, permohonan cerai dibuatnya selepas hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman selain tidak tinggal bersama sejak setahun lalu.
Dalam pada itu, pasangan berkenaan turut bersetuju untuk menyelesaikan hak penjagaan anak mereka iaitu Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun tanpa sebarang pertikaian.
Engku Emran selaku defendan diberikan hak penjagaan sepenuhnya terhadap anak perempuan mereka manakala Erra diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan.
Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007
Pelakon itu juga tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya.
Sementara itu, Erra ketika ditemui media selepas sebutan kes tersebut memberitahu lega segala spekulasi mengenai rumah tangganya selesai.
"Penceraian ini berlaku secara baik dan Alhamdulillah semuanya selesai," katanya.
Bagaimanapun, Engku Emran enggan mengulas mengenai penceraian mereka.
Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007. Sebelum itu Erra bertemu jodoh dengan penyanyi Yusry Abdul Halim dan bernikah pada 15 Jun 2003. Mereka bercerai tiga tahun kemudian tanpa dikurniakan cahaya mata.

Sumber mStar Online


Read more...

Jumaat, 14 Februari 2014

LIVE STREAMING SKOOL OF LAWAK 2014 ASTRO WARNA

Para peserta 'Skool of Lawak'.
KUALA LUMPUR: Astro Warna bakal memperkenalkan program realiti komedi terbaharu berjudul Skool of Lawak yang akan bersiaran pada 14 Februari ini.
Bertemakan Komedi Ada Kelas, program ini akan memaparkan pencarian pelawak baharu yang menerapkan elemen pembelajaran ala di sekolah.
Menurut Pengurus Saluran Astro Warna iaitu Rostam Said, misi program ini bukan sahaja untuk melahirkan pelapis yang mampu membuatkan penonton terhibur tetapi boleh menulis dan merangka struktur sesebuah komedi.
"Dalam erti kata lain, program ini bakal menjadi platform untuk melahirkan artis komedi serba boleh yang mempunyai kelas dan standard yang tinggi," katanya.
Dari kiri; Johan, Fauziah Nawi, Rostam dan Othman Hafsham.
Beliau berkata demikian pada sidang media memperkenalkan gandingan pengacara, pengetua, barisan tenaga pengajar dan peserta program tersebut di Hotel Istana di sini, petang Rabu.
Jelas Rostam, dalam program ini para peserta akan didedahkan dengan cara untuk menguasai pentas terutamanya menangani perasaan gugup ketika berhadapan dengan penonton.
"Mereka juga akan diajar cara untuk berinteraksi dengan pasangan masing-masing kerana keserasian amat penting untuk membentuk gandingan yang mantap," katanya.
Menerusi rancangan ini, seramai 29 peserta lelaki dan empat wanita terpilih daripada sesi uji bakat yang diadakan di lima lokasi di seluruh negara.
Rostam berkata, mereka yang terpilih turut didedahkan dengan sketsa komedi, penulisan sketsa komedi, asas dan struktur komedi serta tip untuk melakukan sketsa menerusi bengkel Komedi Warna yang diadakan sebelum ini.
"Kesemua peserta akan diberikan tugasan tertentu secara individu mahupun berkumpulan selama 10 minggu berlandaskan format komedi yang ada kelas," katanya.
Hafsham (kanan) selagi pengetua merasmikan 'Skool of Lawak'.
Dari segi pemarkahan, Rostam berkata para peserta akan dinilai berdasarkan cara persembahan dan nilai komedi pada setiap minggu.
"Berbeza dengan cara pemarkahan Raja Lawak iaitu melibatkan 100 peratus undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), program ini membabitkan 70 peratus markah juri dan 30 peratus lagi menerusi SMS," katanya.
Lebih menarik, program kali ini turut menampilkan gandingan baharu dua pelawak terhebat iaitu Johan dan Jepp (Sepahtu) yang lahir menerusi program Raja Lawak Astro selaku pengacara peperiksaan mingguan manakala Yus (SYJ) sebagai pengacara jurnal harian.
Sementara itu, pengarah filem Othman Hafsham, 75, bertindak selaku pengetua program ini manakala pelakon terkenal, Fauziah Nawi, pelawak Sabri Yunus dan komposer Khir Rahman dilantik sebagai tenaga pengajar.
Selain Astro Warna (Saluran 132) rancangan ini boleh juga ditonton menerusi Mustika HD (Saluran 134) bermula pukul 10 malam. (mStar Online)

Read more...

Selasa, 11 Februari 2014

Pulak dah ! Muhammad Irfan Abdul Ghani bersumpah tidak nampak sebarang pergaduhan di terowong Stadium Larkin

Muhammad Irfan 
JOHOR BAHRU: Pemain T-Team Muhammad Irfan Abdul Ghani bersumpah dia tidak nampak sebarang pergaduhan di terowong Stadium Larkin ketika perlawanan antara pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan T-Team pada 1 Februari lalu.
Muhammad Irfan bersumpah dengan menyentuh al-Quran di Restoran LC di sini, tadi.
Dia melakukannya di depan wartawan serta jurugambar dalam satu sidang media.

Pada masa sama, Muhammad Irfan meletak jawatan sebagai pemain T-Team dengan alasan mahu menjaga ibu dan seorang adiknya yang tidak sihat.
Muhammad Irfan berkata, dia tampil dan sanggup mengangkat sumpah bersaksikan al-Quran dengan rela hati bagi menegakkan kebenaran.
"Dengan ini saya bersumpah semua kenyataan yang dibuat adalah benar," katanya sambil menyentuh al-Quran menggunakan tangan kanannya.

Malam tadi, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menyaksikan pemain dan pegawai T-Team bersumpah di depan al-Quran di Kuala Terengganu. [ Link].

Majlis angkat sumpah itu didahului penolong jurulatih, Azlan Johar yang menyatakan insiden pemain import, Evaldo Rodrigues ditumbuk dalam terowong Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada malam 1 Februari lalu, adalah benar.

Bagaimanapun, Irfan yang menjadi tumpuan berikutan kenyataan mengejutnya dengan mendakwa kejadian itu tidak berlaku, gagal hadir dalam majlis berkenaan walaupun diminta berbuat sedemikian.
Sumber myMetro

Read more...

Selasa, 4 Februari 2014

LUNA MAYA GELI LIHAT DARAH

Luna Maya
Jakarta: Luna Maya mengakui dia sangat gembira terbabit dalam penggambaran filem seram ganas Killers walaupun terpaksa berdepan dengan pengalaman baru.
Kata selebriti kontroversi itu, Killers memberi peluang kepadanya memegang watak Dina Aditya isteri seorang wartawan Bayu Aditya (lakonan Oka Antara) yang terlalu memberi perhatian kepada kerjayanya membongkar skandal seorang ahli politik.
Kesungguhan Bayu menyebabkan hubungannya dengan Dina renggang.
Killers adalah filem usaha sama antara Indonesia dan Jepun dan diarah bersama Kimo Stamboel serta Timo Tjahjanto.
Ia turut dibintangi aktor Jepun, Kazuki Kitamura.
Dalam satu babak daripada filem yang sarat dengan adegan ngeri dan pembunuhan itu, Luna menceritakan dia perlu berbaring di atas katil dalam keadaan berlumuran darah.
Kata Luna, dia tidak keberatan melakonkan adegan sebegitu.
“Cuma kadang-kadang saya berasa geli,” katanya. “Saya amat berpuas hati dengan lakonan dalam Killers,” katanya. Katanya, tayangan perdana filem itu di Festival Filem Sundance 2014 Utah, AS mendapat sambutan hangat daripada penonton. 
- Agensi

Read more...

5 MODEL WANITA CANTIK DAN SENSASI YANG ASALNYA ADALAH LELAKI

Andrej Pejic bergambar untuk salah satu kempen fashion.

Jangan mudah tergoda dengan kemolekkan tubuh dan paras cantiknya , sebab lima model wanita ini sebenarnya adalah lelaki . Namun , kerana satu dua perkara mereka memilih bertukar menjadi seorang wanita yang tak kalah memikat !

Transjender , merupakan sebutan bagi mereka yang dilahirkan sebagai lelaki tetapi apabila dewasa berpenampilan seperti layaknya wanita . Sekararang ini blantika mode dunia semakin semarak dengan kehadiran para model transjender , terkadang sukar membezakan antara model wanita sebenar dan yang bukan . Sebab mereka sama ramping , berkadar dan sensual seperti para supermodel wanita umumnya .

Kalau anda masih tidak percaya , simak lima model transjender yang berjaya mencapai kejayaan sebagai model catwalk berikut ini . Cuba perhatikan dengan teliti , secara kasat mata boleh kah anda mengenal pasti bahawa mereka bukan seorang wanita ?


Andrej Pejic

Berasal dari Australia , Andrej dikenali sebagai model androgini ( seorang lelaki berpenampilan bak wanita ) dan popular kerana talentanya berpose untuk koleksi busana dua jantina , yakni wanita dan lelaki . Pada Januari tahun 2011 silam , Andrej diamanahkan oleh Jean - Paul Gaultier dan Marc Jacobs untuk memeragakan fesyen pada lini wanita dan lelaki , di Paris Fashion Week . Hal lain yang menarik , dalam laman models.com , pada tangga top 50 model lelaki , dirinya berada pada urutan ke - 18 . Namun , menurut hasil undian majalah FHM , Andrej ada pada urutan ke - 98 sebagai 100 model wanita paling seksi di dunia .



lea T

Dilahirkan sebagai Leandro Cerezo pada tahun 1981 , model kelahiran Brazil ini sudah malang melintang menekuni kerjaya di dunia fashion , yang menurut beberapa orang merupakan industri yang kejam dan dangkal . Bukan perkara yang mudah bagi Lea untuk berjaya meraih pengiktirafan sebagai model transjender . Tetapi , melalui usahanya yang memakan masa hingga menahun , sekarang Lea dikenali sebagai salah satu model yang diambil kira dan menjadi muse untuk seorang perancang fashion kelas atas , Givenchy .

isis King

Awam Amerika dan pelbagai negara di dunia , mengenal Isis melalui acara televisyen pencarian model berbakat , America 's Next Top Model , di pusingan 11 . Walaupun sebelumnya telah berkarier sebagai model selama tujuh tahun , tetapi program TV besutan bekas supermodel Tyra Banks ini , merupakan batu loncatan yang indah bagi Isis . Kerana , walaupun tidak keluar sebagai pemenang , namun kehadirannya sebagai model transjender pertama pada acara tersebut , telah membuat pemerhati dan pelaku industri mode mengenalinya .

Model kelahiran Maryland dengan nama Darren Walls di tahun 1985 silam , atas sokongan dan permulaan dari Tyra , serta melalui kepakaran perubatan Dr Marci Bowers , telah berjaya melakukan pembedahan organ pembiakan pada tahun 2007 lalu .


Sirapassorn Atthayakorn

Lebih dikenali dengan nama pentas , Sammy , berjaya terpilih sebagai Miss International Queen di tahun 2011 silam . Model asal Thailand yang menurut para juri pertandingan tersebut mempunyai peribadi yang menarik , supel dan berwawasan luas ini , kerap terlihat melenggang pada pentas peraga pereka ternama di Bangkok .


Chamila Asanka

Kelahiran Sri Lanka yang juga merupakan salah satu finalis pada pertandingan kecantikan , Miss International Queen Pageant , sekarang ini masih berjuang merintis karier sebagai seorang model pendatang baru .

Sumber kompas.com


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP