GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 9 Januari 2013

Polis Jawab ' Isu Lelaki Seksi dalam Majlis raikan Bakal Persara '


GAMBAR menunjukkan tiga individu berpakaian menjolok mata sambil melakukan tarian lucah pada satu majlis anjuran polis Shah Alam di sebuah hotel Jumaat lalu kini tersebar di laman sosial Facebook dan blog.

Shah Alam: Persembahan tiga lelaki berpakaian seksi seperti wanita dalam majlis anjuran Polis Shah Alam pada 4 Januari lalu, berlaku tanpa dirancang.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata tarian dipersembahkan bukan yang ditempah penganjur Majlis Malam Mesra Sekalung Budi, Segunung Intan. 
Majlis anjuran Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam itu bertujuan meraikan bakal pesara dan pegawai serta anggota berpangkat rendah yang akan bertukar. 

Ia adalah majlis tertutup dan yang hadir hanya pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam. 

Apa yang berlaku adalah secara spontan tanpa izin penganjur, katanya pada sidang media di sini, semalam. 

Gambar majlis berkenaan yang dimuat naik ke laman sosial Facebook sebelum ini, mendapat reaksi negatif umum hingga ada yang melemparkan tuduhan kononnya majlis ditaja oleh bapa ayam. 

Zahedi berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menganjurkan majlis yang bertentangan dengan teras dan budaya PDRM serta Islam. 
Susulan kejadian itu, beliau merisik dengan pengurusan hotel terbabit bagi mengetahui gambaran sebenar kerana penari berkenaan tidak menghadiri raptai majlis. 

Ditanya sama ada pihak bertanggungjawab sudah dikenal pasti, beliau berkata: Saya dimaklumkan penganjur membuat aduan kepada pengurusan hotel pada malam yang sama. 

Bagaimanapun, Zahedi enggan mengulas sama ada kejadian itu mempunyai unsur sabotaj manakala penari berkenaan adalah penari lelaki berpakaian wanita. 

Dalam kes berasingan, Polis Shah Alam menahan seorang wanita berusia 29 tahun yang menyamar sebagai pegawai polis berpangkat inspektor di kawasan perumahan di Setia Alam pada jam 7.45 petang kelmarin. 

Zahedi berkata, penahanan dibuat hasil maklumat orang awam ketika wanita itu berlegar di kawasan berkenaan menaiki kereta Myvi.

Read more...

Tujuh anggota bomba selamatkan seekor Tupai dianggap sebagai Operasi mengarut


ANGGOTA bomba tiba di tempat kejadian.
London: Tujuh anggota bomba bergegas menyelamatkan seekor tupai dalam satu operasi bernilai enam ribu pound (RM29,000).
Anggota bomba tiba di tempat kejadian dengan tiga jentera bomba selepas seorang penduduk melaporkan haiwan itu terperangkap dalam lalang di tengah kolam. Mereka membuat laluan ke tebing tasik menggunakan dua tangga dengan seorang anggota bomba masuk ke dalam air memujuk tupai yang ketakutan itu. Haiwan itu kemudian merapati “jambatan” sementara sebelum berlari menaiki anak tangga dan melompat ke tempat selamat.
Balai Bomba dan Penyelamat Herts, semalam mengesahkan insiden di Watford High Street itu. Jurucakapnya berkata: “Tiga jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian di mana seekor tupai terperangkap.” Bagaimanapun, ahli Parlimen tempatan dari parti Konservatif, Richard Harrington mengkritik operasi menyelamat yang mengarut itu.
Harrington berkata: “Balai Bomba dan Penyelamat Herts melakukan tugas yang hebat - bagaimanapun, ia seolah-olah tindakan yang berlebihan dan membazir.
“Tidak pasti mengapa terlalu banyak jentera bomba dan anggota bomba yang dihantar ke tempat kejadian. “Persoalan yang serius perlu dijawab jika tindakan itu akan menyebabkan panggilan lebih serius lain tidak dapat dipenuhi,” katanya.
“Ia keterlaluan bagi seekor tupai, tetapi mungkin soalan perlu dikemukakan,” katanya.
Kos untuk menghantar sebuah jentera bomba bagi menangani panggilan palsu dianggarkan kerajaan bernilai 1,970 pound (RM9,600) pada 2008. Ia menyebabkan kos menyelamatkan tupai di daerah itu bernilai RM29,000. Haiwan berkenaan terperangkap kerana ia tidak dapat melompat menaiki tembok konkrit di kolam itu.
TUPAI yang ketakutan berlari menaiki tangga ketika diselamatkan.
Pada Mac 2011 anggota bomba di Gosport, Hants, enggan memasuki tasik sedalam tiga kaki di mana seorang lelaki jatuh selepas mengalami serangan epilepsi. Peraturan keselamatan menggariskan mereka tidak boleh memasuki air lebih dalam daripada separuh paras but kecuali situasi mengancam keselamatan nyawa. Mereka percaya lelaki terbabit sudah mati. - The Sun


* Sumber


Read more...

Baru kenal 12 Jam sudah serah Gambar Tanpa Pakaian ?


Kampar: Seorang pemuda diburu kebimbangan dengan tindakan bodohnya yang menyerahkan gambar bogel kepada wanita yang baru dikenali tidak sampai 12 jam, menyebabkannya menjadi mangsa peras ugut selain dipaksa melakukan hubungan seks dengan suspek.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Wong, 20, mendakwa menjadi mangsa wanita itu selepas berkenalan melalui laman sosial.
Dia yang berasal dari Kranji, di sini, mengenali wanita itu melalui laman sosial VChat awal minggu lalu sebelum saling bertukar maklumat dan berbual di Internet.
“Ketika itu kami membuat perjanjian untuk saling bertukar gambar bogel masing-masing hanya sekadar untuk berseronok.
“Bagaimanapun, selepas saya menyerahkan gambar bogel saya kepadanya, wanita terbabit enggan menunaikan janji menghantar gambar bogelnya sebagai pertukaran,” katanya.

Menurutnya, dia bimbang gambar bogel berkenaan disalahgunakan wanita terbabit jika ia disiarkan di Internet, malah dia lebih khuatir jika perkara itu diketahui ahli keluarganya.
“Walaupun saya merayu kepada wanita berkenaan supaya menyerahkan kembali gambar itu, wanita terbabit memberi pelbagai alasan tidak munasabah,” katanya.
Menurutnya, wanita terbabit menghubunginya dan mengarahkan datang ke bandaraya Ipoh untuk berbincang selain memaksa memuaskan nafsu.
Dia mendakwa wanita terbabit turut memaksanya membayar wang RM500 jika tidak mahu gambar bogel itu disebarkan melalui Internet.
“Saya tambah tertekan apabila seorang lelaki yang mendakwa bapa kepada wanita terbabit tiba-tiba menghubungi saya sebelum memarahi kerana mendakwa saya sengaja menghantar gambar lucah kepada anaknya.
“Dia mengugut akan membuat laporan polis selain turut mengeluarkan pelbagai kata-kata kecaman. Saya tambah tertekan dan hampir membunuh diri kerana terlalu takut,” katanya selepas membuat aduan kepada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kranji, Chen Fook Chye di sini, semalam.
Menurutnya, dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kampar, di sini, selain membuat pemeriksaan jika ada individu tertentu yang membuat laporan berhubung gambar bogelnya.
* Sumber myMetro

Read more...

Senjata bersalut Emas diRampas


SEORANG anggota polis menunjukkan selaras senjata api AK-47 bersalut emas yang dihiasi batu berlian dan zamrud di Ciudad Jardin de Choloma pada Sabtu lalu.


TEGUCIGALPA, Honduras - Pihak berkuasa merampas selaras senjata api AK-47 yang disaluti emas, batu berlian dan zamrud, kata seorang pendakwa raya kelmarin.
Senjata itu merupakan antara barang yang dirampas di sebuah ladang dekat Ciudad Jardin de Choloma di utara bandar raya ini.
Menurut pendakwa raya itu, Marlen Banegas, senjata tersebut dipercayai milik kumpulan penyeludupan dadah Zetas di Mexico.
Senjata itu dianggarkan berharga AS$50,000 (RM152,114). - AFP
* Sumber


Read more...

Kos untuk Lelaki mahu JELITA


Kuala Lumpur: Membuat dagu terbelah dan runcing, memancungkan hidung, membetulkan tulang pipi serta mengambil suntikan vitamin C supaya kulit muka lebih cerah.
Jika dulu semua rawatan perubatan kosmetik itu hanya dilakukan wanita, kini ia turut dipraktikkan segelintir lelaki di Malaysia.
Pengaruh fenomena K-pop dipercayai turut menjadi faktor penyumbang kepada perkembangan terbaru ini hingga ada lelaki terbabit sanggup berhabisan ribuan ringgit bagi mendapatkan wajah idaman persis penyanyi dan pelakon Korea.

Malah, ada juga yang bertindak lebih drastik dengan melakukan pembedahan menyedut lemak di dada, perut dan paha bagi mendapatkan susuk tubuh menarik supaya lebih sesuai dengan bentuk wajah yang diubah.
Disebabkan kos untuk mengubah raut wajah dan susuk tubuh memakan belanja besar, ramai dalam kalangan ‘lelaki jelita’ itu menerima rawatan di pusat kecantikan dan bukan klinik pengamal perubatan kosmetik bertauliah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Read more...

Selasa, 8 Januari 2013

Semakin Serius,Buah Zakar Wesley Warren Jr. Terus Membesar


Wesley Warren Jr. Wesley didiagnosa menderita penyakit kantung pelir gajah. Hal ini berikutan keadaan buah zakar Wesley yang terus menerus dipenuhi cecair.

Los Angeles - Seorang lelaki yang tinggal di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), mengalami kelainan fizikal yang jarang ditemui. Lelaki ini mempunyai buah zakar yang terus membesar. Walhasil, hingga kini buah zakar lelaki ini mempunyai berat sebanyak 45,3 kilogram.

Dilansir Tribunnews.com dari asiaone.com, lelaki itu bernama Wesley Warren Jr. Wesley didiagnosa menderita penyakit kantung pelir gajah. Hal ini berikutan keadaan buah zakar Wesley yang terus menerus dipenuhi cecair.

Disebutkan, kelainan kantung pelir gajah biasanya disebabkan oleh jangkitan parasit yang disebarkan oleh nyamuk. Penyakit ini pun menghalang sistem limfatik badan. Hal ini menyebabkan pembengkakan ketika cecair terkumpul dalam rangkaian.

Walau bagaimanapun, doktor yang merawatnya, tidak termasuk adanya penyakit menular di dalam darahnya. Mereka juga belum berjaya mencari faktor penyebabnya.

Wesley menduga hal itu disebabkan apabila ia tidak sengaja menendang buah zakarnya dengan kakinya sendiri ketika ia tengah tertidur di akhir 2008.

Lelaki berusia 47 tahun itu langsung merasakan sakit luar biasa, dan ketika ia terbangun keesokan harinya, ia mendapati buah zakarnya membengkak menjadi sebesar bola sepak.

Dia akan pergi ke pusat perubatan untuk mencari bantuan, di mana doktor mendiagnosanya mengalami jangkitan. Ia pun harus meminum ubat antibiotik selama dua minggu. Namun bengkak di buah zakarnya tidak juga mengempis. Ia kemudian memeriksa dirinya ke sejumlah doktor yang lain, termasuk seorang pakar lymphedema.

Akibat besar buah zakarnya, Wesley mengaku sukar buang air kecil dengan betul. Ia memakai peti susu dan bantal untuk menyokong buah zakarnya.

* Sumber tribunnews.com



Read more...

Cun tak ? Bila Wanita berjanggut dan bermisai


Percaya atau tidak, ternyata misai dan janggut pun boleh tumbuh sama lebatnya pada wanita. Mau bukti, lihatlah gambar-gambar ini, wanita-wanita cantik ini mempunya misai dan janggut yang sangat lebat. Yang menarik, wanita-wanita ini cantik dan kumis mahupun janggut tak boleh menutupi kecantikan mereka.

Lebih sexy lagi, ternyata bulu-bulu pun tumbuh pada dada mereka. Persis seperti laki-laki. Nah, kalau laki-laki mungkin kesannya adalah macho tapi bagaimana dengan wanita. Sila menilai sendiri. Tapi asli, mereka semua Cantik!!


Salah satu pemegang rekod dunia wanita berkumis dan berjanggut versi Guinness World Record adalah Vivian Wheeler dari Kanada.


Sekilas kalau anda melihat penampilannya maka tidak sedikitpun anda terfikir dirinya adalah sosok wanita tulin, kerana Vivian asli Illinois Amerika Syarikat mempunyai Janggut lebat selayaknya seorang lelaki dewasa, dan keadaan ini dialamainya sejak kanak-kanak. Sejak usia 7 tahun ayahnya telah berusaha keras untuk mencukur janggut yang tumbuh di dagu Vivian, namun selalu saja tumbuh lagi.

* Sumber


Read more...

Amaran Sonamu Ditarik Balik


PETALING JAYA: Majlis Keselamatan Negara pada Selasa mengumumkan bahawa ribut Sonamu tidak dijangka melanda negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.
Berdasarkan maklumat terkini yang dibekalkan Jabatan Meteorologi, majlis itu berkata bahawa amaran hujan lebat dan angin kencang telah ditarik balik pada pkul 8.35 malam, Isnin.
Bagaimanapun jurucakap majlis itu berkata mereka masih memantau perkembangan di Terengganu, Pahang dan Kelantan.
"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan angin kencang dan laut bergelora di sepanjang pantai," katanya.
Maklumat terkini mengenai keadaan cuaca boleh diperolehi dari laman web atau talian hotline (03-79678116).
* Sumber mStar Online

Read more...

Kepala Bayi Ini Boleh Dimakan


Foto : Kepala bayi dari coklat putih (Orange)

Brimingham - Seorang seniman membuat sebuah kreasi berbentuk kepala bayi yang diperbuat dari coklat putih.

Kreasi aneh ini dijual dengan harga 35 Pound .Coklat buatannya itu mempunyai berat satu kilogram dan mengadung 5.000 kalori.

Seniman bernama Annabel de Vetten, mengatakan bahawa dirinya telah dibanjiri pesanan hasil karya seninya yang sangat unik itu.

"Bentuk coklat ini cukup kontroversi, tapi jika semua orang menyukainya, saya sangat senang untuk membuatnya," ujar de Vetten, seperti dikutip Orange, Khamis (8/1/2013).

Seniman berusia 41 tahun asal Brimingham, Inggeris ini menjelaskan bahawa, pada awalnya beliau ditugaskan membuat kreasi seni yang mengejutkan untuk salah satu episod di sebuah sebuah acara TV di Britain. Namun, hal itu menarik banyak peminatnya sehingga ia sekarang membuat kreasi coklatnya yang baru untuk dijual.

* Sumber okezone.com


Read more...

Selebriti turut jadi mangsa perkosaan


New Delhi: Kes rogol dan cabul yang mencetuskan tunjuk perasaan di India, tidak hanya membabitkan rakyat biasa, sebaliknya selebriti dan aktres terkenal di negara itu dan Sri Lanka turut menjadi mangsa. 
Sehingga kini, misteri terus menyelubungi kematian pengacara televisyen dan aktres terkenal negeri Karnataka, Hemasri, 29, dengan seorang pemimpin Kongres JL Muralidhar dan suaminya Sudikatakan sebagai orang paling disyaki. 
Media tempatan melaporkan, Hemasri diisytiharkan meninggal dunia ketika dibawa ke hospital 12 Oktober lalu oleh suaminya yang juga seorang ahli politik, Karnataka Sudhindra Babu. 


Laporan awal bedah siasat mengesahkan ia sebagai kes bunuh akibat dilemaskan dengan klorofom di sebuah rumah ladang di Anantapur, selain disyaki menjadi mangsa rogol beramai-ramai. Polis daerah Hebbal memfailkan kes ke atas Sudhindra berkaitan kejadian itu. 

Di COLOMBO, seorang aktres terkenal Sri Lanka mendakwa dia dirogol empat lelaki pada malam Tahun Baru, sekembalinya daripada menyaksikan satu pertunjukan muzik. 

Aktres berkenaan yang mempunyai seorang anak dan baru bercerai mendakwa, dia baru pulang daripada menyaksikan pertunjukan di daerah Kadirana, apabila seorang daripada suspek menahannya sebelum dicekik dan diheret ke dalam semak di tepi jalan dan dirogol. 

Lelaki itu kemudian menghubungi tiga lagi rakannya menggunakan telefon bimbit. Mereka tiba dan merogolnya bergilir-gilir sebelum melarikan diri, lapor akhbar Gossip Lanka News. 
Akhbar itu melaporkan berdasarkan maklumat yang diberi, polis menahan tuan punya rumah sewa aktres terbabit, dua anggota tentera dan seorang yang lain. 

Jurucakap angkatan udara Sri Lanka Kapten Shiraz Jaldeen mengesahkan kedua-dua anggota tentera berkenaan sudah ditahan dan tindakan akan diambil selepas mahkamah membuat keputusan. 

Di CHENNAI, aktres seksi India Selatan, Lakshmi Rai mengaku dicabul sekumpulan peminatnya ketika menjalani penggambaran di Pondicherry akhir Disember lalu. 

Perbuatan mereka menyebabkan dia terpaksa melarikan diri dan berlindung di dalam van selama hampir 40 minit sehingga anggota keselamatan menyuraikan mereka. 

Lakshmi bagaimanapun bersikap positif mengenai kejadian itu. 
Saya bertuah kerana popular dan gembira dengan minat yang mereka tunjukkan, katanya. 
Agensi
* Sumber

Read more...

Perkahwinan Bersenjata


Washington: Pasangan di Amerika Syarikat sering memilih untuk meraikan majlis perkahwinan mereka dengan melepaskan tembakan senjata api pilihan masing-masing.
Dalam senario yang pelik, mereka juga bergambar dengan senjata api pada hari istimewa itu dengan melangsungkan perkahwinan mereka di kedai senjata api, The Gun Store di Las Vegas.
‘Perkahwinan bersenjata’ masih terbukti popular walaupun kejadian pembunuhan beramai-ramai di Sekolah Rendak Sandy Hook bulan lalu mencetuskan perdebatan hangat mengenai dasar kawalan senjata api di Amerika Syarikat.
Penganjur The Gun Store nenegaskan, tidak ada majlis perkahwinan dibatalkan walaupun selepas tragedi itu.
Malah, tempahan masih banyak diterima. Pasangan tiba dari seluruh pelusuk dunia, termasuk Britain, untuk melangsungkan perkahwinan di kedai itu, lengkap dengan berpakaian pengantin, sebelum menembak senjata separuh automatik, termasuk pistol, UZI dan AK47.
Pakej berharga RM1,500 itu, termasuk khidmat paderi, akses kepada padang sasar VIP persendirian dan setiap lima das tembakan untuk pengantin lelaki dan perempuan.
Satu lagi pakej yang diberi nama Mr & Mrs Smith & Wesson, menawarkan lebih banyak pilihan senjata, peluru dan sasaran.
Emily Miller yang bertugas sebagai paderi di kedai itu berkata: “Kami berada di sini kerana orang sukakan satu sama lain dan senjata api.
“Senjata bukan semata-mata mengenai marah dan benci. Ia sesuatu yang menyeronokkan dan cara bertenaga untuk kikiskan emosi dan sikap agresif.” Sejak Februari tahun lalu, 10 ‘perkahwinan bersenjata’ dilangsungkan setiap bulan.
Sepasang pengantin datang dari Ottawa, Kanada tempat undang-undang senjata lebih ketat berbanding Nevada. Bilik gereja, yang biasanya digunakan untuk membersihkan senjata, ditaburkan dengan kelopak bunga ros.
Sepucuk senjata UZI dan Tommy digantung di atas pentas.
Ketika pasangan itu melafazkan ikrar perkahwinan mereka, bunyi kuat senjata boleh didengar dari lapang sasar berdekatan.
Mereka kemudian bergerak ke lapang sasar untuk mengikat ikrar mereka dengan menembak menggunakan senjata yang disediakan. - DAILY MAIL

* Sumber


Read more...

Ibu Muda sering dijadikan punching bag


ANIRA memangku bayinya yang berusia 40 hari sambil diperhatikan anak sulungnya, Nur Syazwani dan kakaknya, Anita ketika ditemui di Kangar semalam.

KANGAR - Seorang ibu muda yang menjadi mangsa belasahan suaminya di Kampung Repoh di sini pada Sabtu lalu mendakwa dia kerap dijadikan 'karung tinju' oleh lelaki tersebut hanya kerana kesalahan kecil seperti lambat memasak nasi atau terlepas menjawab panggilan telefon.
Anira Aziz, 27, mendakwa, kejadian pada Sabtu lalu merupakan salah satu daripada berpuluh kejadian dia dipukul selepas mendirikan rumah tangga dengan suaminya sejak tujuh tahun lalu.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata. Anira mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinan terdahulu.
"Saya dipukul hampir setiap minggu angkara sikap cemburu buta suami. Saya kini sudah serik untuk meneruskan kehidupan bersamanya selepas dia memukul saya depan orang kampung dalam keadaan yang mengaibkan.
"Dia memukul saya atas alasan yang remeh seperti lambat masak nasi atau terlepas menjawab panggilan telefon. Dia melarang saya keluar sesuka hati kerana bimbang saya akan menjalinkan hubungan sulit ketika dia bekerja di Kuala Lumpur," dakwanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Repoh di sini.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Read more...

Lionel Messi Pemain Bolasepak terbaik dunia


BINTANG bola sepak kelahiran Argentina, Lionel Messi, 25, dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia buat kali keempat berturut-turut awal pagi tadi.
Anugerah Ballon d’Or FIFA 2012 menjadi milik Messi selepas pemain Barcelona itu memecahkan rekod dengan menjaringkan 91 gol untuk kelab dan negaranya mengatasi legenda bola sepak Jerman, Gerd Muller yang menjaringkan 85 gol pada tahun 1972.
Pemain Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo berada di tempat kedua manakala rakan sepasukan Messi, Andres Iniesta di tempat ketiga.

Dalam Majlis Anugerah FIFA yang diadakan di Zurich, Switzerland itu, Messi menerima 41.60 peratus undian mengatasi C.Ronaldo (23.68 peratus) dan Iniesta (10.91 peratus).
Dia menerima Anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA pada 2009 sebelum memenangi Ballon d’Or FIFA pada 2010 dan 2011 apabila gelaran berkenaan digabungkan dengan anugerah Ballon d’Or yang dianjurkan oleh majalah France Football.
Penyerang legenda Brazil, Ronaldo dan pemain tengah Perancis, Zinedine Zidane dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA sebanyak tiga kali namun bukan secara berturut-turut, manakala Michel Platini memenangi anugerah Ballon d’Or tiga kali berturut-turut pada tahun 80-an. - REUTERS
Senarai Pemenang
  • Jurulatih Terbaik 2012 - Vicente Del Bosque (Sepanyol) dan Pia Sundhage (Bekas jurulatih pasukan wanita Amerika Syarikat)
  • Pemain Wanita Terbaik 2012 - Abby Wambach (AS)
  • Anugerah Puskas (Jaringan Terbaik) - Miroslav Stoch, Fenerbahçe
  • Anugerah Presiden FIFA - Franz Beckenbauer
  • Anugerah FIFA Fair Play - Uzbekistan

  • * Sumber myMetro



    Read more...

    Isnin, 7 Januari 2013

    Argentina edar 82 juta kondom secara Percuma di Seluruh Negara


    Buenos Aires: Argentina merancang mengedarkan kira-kira 82 juta kondom secara percuma di seluruh negara sepanjang 2013, dalam kempen menentang penyakit jangkitan seksual termasuk HIV, kata kementerian kesihatan. 
    Kondom berkenaan akan diserahkan kepada pusat kesihatan, sekolah, penjara, bar dan kelab malam, selain rangkaian 3,000 pusat khas di agensi perkhidmatan awam. 
    “Pemberian kondom bersama 17 juta gel pelincir, bertujuan memastikan kaedah yang digunakan dapat mencegah penyakit jangkitan seksual,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan. 


    Pelincir membantu mencegah kondom koyak dan mengelak pengguna daripada melecet, yang boleh mengakibatkan darah tercemar menjangkiti pasangan. 

    5,500 pesakit baru hidap HIV 

    Di Argentina, 5,500 pesakit baru yang menghidap HIV dilaporkan setiap tahun dengan 90 peratus daripada jangkitan berpunca daripada mereka yang melakukan hubungan seks tanpa perlindungan. 

    “Bagaimanapun, kami mendapati jumlah pesakit baru berkurangan kepada 30 peratus sejak 2004, manakala kadar jangkitan pada 2010, ialah 11.7 kes bagi setiap 100,000 orang berbanding 17.3 sebelumnya,” katanya. Argentina mempunyai 40 juta penduduk dengan 30 juta daripada mereka berusia lebih 15 tahun. 
    - Agensi

    Read more...

    Model yang prihatin terhadap Binatang


    Linda Tucker

    LONDON 6 Jan. - Seorang model dan eksekutif kanan di London sanggup meninggalkan kerjaya bernilai berpuluh ribu pound untuk menyelamatkan singa putih di Afrika Selatan.

    Linda Tucker, 40-an yang pernah menjadi model untuk jenama L'Oreal dan Yardly ketika berumur 20-an dan kemudian menjadi pengurus akaun di sebuah syarikat pengiklanan, Saatchi & Saatchi bertukar minat apabila mengikuti satu penjelajahan safari pada 1991.

    ''Dalam lawatan tersebut, kami mendekati sekumpulan singa kerana pemandu pelancong kami menyangka seekor singa sedang bersalin.

    ''Tindakan itu sebenarnya membahayakan nyawa kami kerana memasuki kawasan haiwan itu dan jip kami rosak,'' katanya.

    Katanya, mereka bagaimanapun bernasib baik kerana diselamatkan seorang wanita yang dikenali sebagai bomoh Shangaan atau Ratu Singa Timbavati, Maria Khosa.

    ''Wanita itu mengubah hidup saya dan tiga tahun kemudian saya kembali semula ke Afrika Selatan menjadikan Khosa sebagai pembimbing saya dalam meneruskan usaha menyelamatkan singa-singa ini,'' katanya.

    Tucker berkata, dia kemudian menubuhkan Amanah Perlindungan Singa Putih Global bersama ahli ekologi, Jason Turner.

    ''Saya kemudian membelanjakan semua wang simpanan saya untuk memperolehi tanah di Timbavati bagi menubuhkan satu kawasan perlindungan singa putih yang diberi nama Tsau ,'' katanya.

    Beliau berkata, sebanyak tujuh ekor singa putih kini hidup di kawasan perlindungan tersebut.
    ''Kita akan menyambut sejumlah anak singa putih tidak lama lagi apabila singa betina yang diberi nama Zihra melahirkan anaknya,'' ujarya. - AGENSI

    * Sumber




    Read more...

    Gambar Lady D untuk di Lelong


    SEKEPING gambar yang akan dilelong menunjukkan Diana (kiri) berada di sebelah Russell.

    AMHERST, New Hampshire - Sekeping gambar Puteri Diana ditanda dengan tulisan yang meminta ia tidak diterbitkan akan dilelong pada bulan ini.
    Gambar tersebut menunjukkan ketika Diana belum berkahwin dengan pewaris kedua takhta Britain, Putera Charles.
    Menurut firma lelongan, RR Auction, gambar berkenaan mungkin tidak pernah dipamerkan kepada media sebelum ini.
    Tarikh yang terdapat di belakang gambar itu ialah Februari 1981.
    Gambar tersebut dirakamkan selepas Charles dan Diana menamatkan spekulasi bahawa mereka akan berkahwin.
    Menurut agensi berita AP semalam, gambar berkenaan diperoleh dari Arkib Caren.
    Arkib itu mengumpulkan koleksi gambar-gambar dari surat khabar dan penerbitan lain.
    Gambar tersebut dibeli dari akhbar Daily Mirror tujuh tahun lalu.
    Naib Presiden RR Auction, Bobby Livingston pada Sabtu lalu menyatakan beliau tidak mengetahui identiti lelaki yang berada di sebelah Diana.
    Bagaimanapun, beliau difahamkan, sebuah akhbar Britain berjaya mengenal pasti identiti lelaki itu.
    Media Britain mengenal pasti lelaki muda itu sebagai Adam Russell.
    Russell ialah cicit bekas Perdana Menteri Britain, Stanley Baldwin.
    Diana dan Charles berkahwin pada 29 Julai 1981.
    Bagaimanapun, perkahwinan tersebut berkecai pada 1996.
    Diana kemudian meninggal dunia akibat nahas jalan raya di sebuah terowong di Paris, Perancis pada tahun 1997.
    Beliau merupakan ibu kepada Putera William dan Putera Harry. - Agensi
    * Sumber


    Read more...

    Isteri diSyaki Curang di belasah Suami


    KANGAR - Seorang wanita yang baru melahirkan anak kedua cedera parah dibelasah suaminya yang berang selepas mengesyaki isterinya itu curang ketika pulang berpantang di sebuah rumah sewa di Kampung Repoh di sini.
    Semasa kejadian pada pukul 5 pagi Sabtu lalu, wanita berusia 27 tahun itu teruk dibelasah menggunakan kerusi, lesung batu, bingkai gambar dan turut dikelar dengan pisau.
    Tindakan si suami berusia 40 tahun yang bekerja kontrak di Kuala Lumpur itu menyebabkan isterinya mengalami lebam dan luka di mata serta mulut selain luka dikelar di belakang badan sehingga terpaksa dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTZ) di sini.
    Rahsia kecurangan isterinya terbongkar semasa si suami menziarah dua anaknya termasuk bayi yang berusia 40 hari pada cuti hujung minggu di rumah sewa mereka.
    Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd. Noordin (gambar kecil) berkata, berang dengan kehadiran orang ketiga di rumahnya itu, suspek bertindak menyerang isterinya dengan pelbagai objek sementara motosikal jenis Modenas Kriss dan pakaian milik isterinya itu dibakar.
    Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


    Read more...

    Juara AJL27,Terukir Di Bintang, Yunalis Zarai


    Yuna.
    KUALA LUMPUR: Lagu ciptaan penyanyi bertaraf antarabangsa iaitu Yunalis Zarai berjudul Terukir Di Bintang dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-27 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad.
    Dengan kemenangan lagu yang dnyanyikan oleh Aizat Amdan itu telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.
    Terukir Dibintang telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Lagu (Bedroom Sanctuary), Teman Pengganti (Black dan RJ), Patah Seribu (Shila Amzah), Pelangi Senja (Stacy), Ombak Rindu (Hafiz dan Adira), Tanpamu (Amir Jahari).
    Aizat Amdan yang menggantikan Yuna dengan membawa lagu Terukir DI Bintang memenangi Anugerah Juara Lagu 27. Foto IZZRAFIQ ALIAS / THE STAR.
    Diikuti dengan lagu Andaiku Bercinta Lagi (Mojo), Simetri (Hazama dan Amy Search) dan Anak Kampung (Jimmy Palikat dan One Nation Emcees).
    Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Idola ciptaan Audi Mok serta lirik oleh Azlan yang dinyanyikan oleh Azlan & The Typewriter sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.
    Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Ku Akui ciptaan sepenuhnya Ajai nyanyian Hafiz yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.
    Hafiz turut membawa pulang trofi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.
    Ia adalah kemenangan kali ketiga buat penyanyi kelahiran Sabah itu untuk kategori tersebut.
    Bagi pemenang persembahan terbaik diraih oleh Black dan RJ menerusi lagu Teman Pengganti menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.
    Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.
    Lagu "Terukir Di Bintang" ciptaan Yunalis Zarai (Yuna) yang disampaikan oleh Aizat Amdan (kiri) bagi menggantikan Yuna dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-27 di Stadium Putra Bukit Jalil di Kuala Lumpur pada malam Ahad. Foto IZZRAFIQ ALIAS / THE STAR 
    Persembahan 12 finalis AJL27 diadili seramai 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik diantaranya Hetty Koes Endang, Yasin, Aubrey Suwito, Edrie Hashim, Helen Yap, Azmeer dan Ad Samad.
    Penjurian dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.
    Sementara itu, bagi kategori Anugerah 'Juara Mobile' yang pertama kali diperkenalkan tahun lalu bagi mengiktiraf lagu yang mendapat muat turun Nada Dering Pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak menerusi The Cube dimenangi oleh lagu Ombak Rindu ciptaan sepenuhnya oleh Nurzaidi Rahman yang dinyanyikan Hafiz dan Adira.
    Pertandingan bertemakan 'Ekspresi Seni' memaparkan grafik seperti kaleidoskop, pop-up art, doodle art, light trail, typography, papercraft, pencil sketch dan imej 3 Dimensi (3D) yang memberikan impak mendalam pada persembahan.
    Acara tersebut dihoskan oleh gandingan dua pengacara hebat iaitu Faizal Ismail dan Cheryl Samad.
    Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL turut menjemput penyanyi tersohor, Ziana Zain, Misha Omar dan Royal FT Force untuk persembahan pembukaan yang hebat dan memukau.
    Manakala segmen interlud menampilkan empat lagenda Rock Malaysia iaitu Rahmat (Mega), Aris Ariwatan, Joey (Bumiputera Rockers) dan Ramli Sarip.
    Menyampaikan lagu-lagu seperti Bayangan Gurauan, Lamunan Terhenti, Seribu Tahun Takkan Mungkin dan Kamelia, segmen 'Rock Kapak' itu turut menampilkan empat gitaris iaitu, Rodi (Kristal), AG Coco, Edrie Hashim dan Man Kidal.
    Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS mengetuai persembahan pada malam itu.
    * Sumber penuh mStar Online

    Read more...

    Hidangan Ayam Segar Gebu


    Kuala Lumpur: Pernah beberapa kali diserbu, tetapi sebuah restoran yang menawarkan khidmat gadis gebu pelayan pelanggan (GRO) terus menjalankan operasi sebelum diserbu lagi, malam kelmarin.
    Malah, GRO berkenaan yang mendapat komisen lumayan jika mampu membuatkan lelaki hidung belang membelanja mereka minuman keras di restoran itu turut boleh dibawa pulang untuk menjadi teman tidur jika kena dengan bayarannya.
    Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, dalam operasi bersepadu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi jam 11.30 malam itu menahan enam wanita warga China berusia 20-an.

    “Ketika serbuan, wanita terbabit sibuk melayan dan menemani pelanggan.
    “Hasil pemeriksaan ke atas enam wanita terbabit, tiga daripada mereka memiliki pasport manakala tiga lagi tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” katanya.
    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


    Read more...

    Katy Perry Wanita Paling Seksi 2013 ?


    Katy Perry dinamakan sebagai Wanita Paling Seksi 2013 oleh majalah Men's Health.
    BELUM pun seminggu tahun 2013 berlalu tetapi majalah Men's Health sudah memberikan hadiah kepada Katy Perry dengan menamakan penyanyi itu sebagai Wanita Terseksi 2013.
    Katy, 25, telah mengalahkan pesaing terdekatnya iaitu pelakon Mila Kunis yang pernah dinobatkan gelaran serupa pada tahun lalu.
    Penyanyi lagu I Kissed A Girl itu dipilih berdasarkan wajah, tubuh dan penampilannya yang seksi selain kejayaannya sebagai seorang penyanyi terkenal di seluruh dunia.
    Katy sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor British, Russell Brand sebelum bercerai selepas 11 bulan berkahwin.
    * Sumber mStar Online

    Read more...

    Ahad, 6 Januari 2013

    6 Gambar Ikan Tuna sirip Biru Gergasi yang berharga AS$1.8 juta (RM5.5juta)



    Seekor tuna sirip biru gergasi mencatat sejarah apabila ia dilelong pada harga AS$1.8 juta (RM5.5 juta) dalam satu majlis lelongan pertama di pasar ikan Tsujiki, dekat sini semalam.
    Harga tersebut adalah tiga kali ganda berbanding rekod jualan tahun lalu iaitu AS$640,000 (RM1.9 juta). Ikan seberat 222 kilogram itu ditangkap di perairan Oma, utara Jepun. Pasar ikan Tsujiki sering mengadakan acara lelongan ikan dan menjadi antara lokasi kegemaran pelancong asing.


    Read more...

    Remaja Iklankan diri di Billboard untuk dapatkan Pekerjaan


    Foto : Iklan Adam Pacitti (Adam Pacitti)

    ISLE - Seorang lelaki menghabiskan 500 poundsterling untuk membuat iklan di papan billboard mempromosikan dirinya agar mendapatkan pekerjaan.

    Tidak dapat dinafikan mencari pekerjaan adalah perkara yang sangat sulit. Ribuan orang menganggur dan menghabiskan hari-hari mereka tanpa lelah mengisi borang aplikasi, menyusun surat pengantar, dan cuba memikirkan jawapan yang kreatif atas soalan yang akan ditanyakan saat wawancara kerja.

    Lelaki bernama Adam Pacitti yang sudah menganggur dalam kurun waktu yang sangat lama putus asa untuk mencari pekerjaan. Meski demikian, Pacitti mempunyai idea kreatif. Lelaki itu menghabiskan sisa wangnya untuk mempromosikan dirinya sendiri di papan billboard, agar beberapa syarikat boleh melihatnya.

    Lelaki berusia 24 tahun ini mempunyai idea mempromosikan dirinya, sejak tiga bulan lalu, selepas ia menghantar 250 Curicullum Vitae (CV) untuk posisi yang berbeza.

    Pacitti, yang tinggal bersama keluarganya di Isle of Wight, Inggeris, mengatakan ia ingin menambah sesuatu yang lain untuk aplikasinya. Saat ini, CV dalam bentuk video adalah perkara yang popular untuk mencari pekerjaan.

    "Saya fikir iklan boleh menjadi media promosi. Ini adalah gambar yang sangat menarik dan saya berharap ramai yang akan memberi saya pekerjaan, "ujar Pacitti, seperti dikutip Daily Mail, Jumaat (4/1/2013).

    Pacitti, telah mempromosikan dirinya di pelbagai media, seperti di website employadam.com, billboard, dan di rangkaian sosial Twitter.

    Dalam kurun waktu kurang dari 24 jam, Pacitti, sudah banyak mendapat respon.

    "Setelah saya memposting, saya mendapatkan sekitar sepuluh retweet dalam satu jam. Kemudian saat ini sudah lebih dari 7,000 retweet.

    Lelaki lulusan sarjana media pengeluaran dari Universtas Winchester ini sebelumnya telah bekerja sebagai penyusun mainan di Arcade.

    "Saya bersyukur mempunyai pekerjaan, tapi itu bukan sesuatu yang benar-benar saya inginkan," ujar Pacitti.

    * Sumber okezone.com


    Read more...

    Remaja bagi Ubat Bius kepada Ibu dan Bapa kerana nak gunakan Internet dengan bebas


    Rocklin - Dua remaja Amerika ditahan Mahkamah gara-gara membius ibubapa salah satu remaja tersebut, agar mereka boleh menggunakan internet dengan bebas.

    Dua remaja ini mencampurkan ubat tidur dengan milkshake, yang kemudian diberikan kepada salah satu orang tua mereka. Sehingga, kedua-duanya boleh menggunakan internet dengan bebas.

    Ubat itu berjaya. Namun, orang tua yang telah dibius itu curiga kerana mereka sukar bangun tidur keesokan harinya. Mereka mendatangi polis dan meminta diuji dengan cepat, apakah benar mereka dibius.

    Hasil tesnya positif dan mereka kembali lagi ke polis dengan hasil uji tersebut. Putri mereka yang berusia 15 tahun dan seorang kawannya yang berusia 16 tahun terus ditahan di penjara anak Juvenile Hall.

    "Kedua-duanya ditahan dengan tuduhan konspirasi dan mencampur ubat-ubatan dengan makanan," demikian dikatakan Leftenan Lon Milka dari Polis Rocklin.

    Terapi anak Leslie Whitten Baughman menyatakan, keinginan remaja untuk mencari jati diri merupakan hal yang normal. Yang tidak normal adalah membius ibu bapa, yang dikatakan Baughman sebagai pemberontakan yang tak sihat.

    * Sumber


    Read more...

    Ini dia Burger yang boleh dimakan bersama bungkusnya


    Burger yang bisa dimakan beserta bungkusnya

    Brazil - Pencinta burger kini tidak perlu membuka kertas pembungkus burger jika ingin menikmati makanan segera tersebut. Waralaba makanan cepat saji Bob s di Brazil mulai menyajikan burger dengan kertas pembungkus yang boleh diambil.

    Pengguna dari pelbagai cabang restoran cepat saji tersebut kini boleh menikmati burger dan kertas pembungkusnya secara serentak.

    Laman pemantau kejadian unik Odditycentral menyatakan program yang dicipta syarikat tersebut terbukti berjaya, kerana dapat mengurangkan sampah kertas yang dihasilkan oleh para penikmat burger hingga jumlah yang signifikan.

    Pada awal tahun ini, para saintis dari Harvard melaporkan pembangunan produk WikiCells (novel yang kertasnya boleh dimakan), juga boleh digunakan sebagai pembungkus makanan tanpa mengubah cita rasa makanan tersebut.

    Belum diketahui sama ada restoran makanan segera tersebut menggunakan teknologi WikiCells dalam pembuatan pembungkusan kertas itu. Sejauh ini, belum didapati pelanggan yang mengeluhkan program tersebut.

    Menurut Odditycentral, slogan yang digunakan untuk iklan burger itu ialah "anda tidak boleh menahan diri".

    * Sumber tempo.com

    Read more...

    Catatan Popular

    Ikut rapat rapat

    MENARIK PERHATIAN

    Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

    Sekian Terima kaSih
    original design by : relevan
    modified by : relevan

      © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

    Back to TOP