GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 2 Julai 2013

Pembantu rumah Campur Teh Majikan dengan air kencing

Seorang pembantu rumah di Hong Kong terancam hukuman penjara tiga tahun lantaran mencampur teh majikannya dengan urine dan air kotor.

Daily Mail, Isnin 1 Julai 2013, memberitakan bahawa aksi jorok tersebut diketahui setelah majikannya mencium bau aneh dalam cawan tehnya. Insiden ini berlaku di pangsapuri mewah di daerah Tseung Kwan O

Saat ditanyakan, pembantu 22 tahun itu mengakui telah mencampurnya dengan air kencingnya dan air bekas pakaian kotor. Pembantu itu akhirnya dilaporkan kepada polis dan didakwa atas tindakan "mencampur benda berbahaya" dengan ancaman tiga tahun penjara.

Tidak disebutkan identiti pelaku dan majikannya. Tidak juga ditahui alasan dia melakukan hal tersebut.

Namun, insiden mencampur urine dengan minuman bukan hal baru di kalangan pekerja rumah tangga. Bahkan hal ini bahkan kerap dilakukan oleh para pekerja asal Indonesia di luar negeri.

Menurut data Daily Mail, tahun lalu di Emiriah Arab, TKW 26 tahun asal Indonesia dipenjara dua bulan kerana melakukan hal itu. Menurut pengakuannya, tindakan menjijikkan ini dilakukannya agar majikannya menyukainya.

"Saya diberitahu oleh pembantu lain untuk melumuri lantai dengan urine, dan memasukkannya ke makanan dan teh majikan, agar mereka menyukai saya. Saya melakukan ini tujuh kali sebulan," kata dia.

Tahun 2007, TKW Indonesia ditahan enam hari di Hong Kong kerana mencampur air minum bosnya dengan urine. Dia membantahnya dengan mengatakan bahawa urine itu untuk rawatan kulitnya, dan tidak sengaja masuk ke cawan majikan.

* Sumber vivanews.com




Read more...

Hanez Suraya tidak mungkin lupakan Awi Rafael

Hanes memberitahu dia kini dalam proses memulihkan kembali semangatnya selain berusaha untuk menyesuaikan hidup bersendirian. Foto ZULKARNAIN ROSLAN.
PETALING JAYA: Pelakon Hanez Suraya mengakui masih gagal untuk melupakan bekas kekasihnya, penyanyi Awi Rafael biarpun hampir sebulan hubungan cinta mereka berakhir.
Hanez, 28, berkata, dia kini dalam proses memulihkan kembali semangatnya selain berusaha untuk menyesuaikan hidup bersendirian.
"Susah untuk melupakan dia kerana saya benar-benar sayangkan dia, namun saya perlu terima keputusan ini.
"Sebelum buat keputusan untuk putus hubungan, kami sudah berpisah lama dan dalam tempoh sebulan itu kami cuba untuk perbaiki hubungan tersebut tetapi gagal," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Drama Autumn Di Hatiku, di sini, Isnin.
Dia turut menafikan sebarang campur tangan pihak ketiga dalam perpisahan tersebut.
Awi Rafael.
"Kalau ada pihak ketiga pasti ada berlaku perbalahan tapi ini tidak. Perpisahan kami disebabkan hubungan kami ‘panas’ dan sering kami juga bertengkar.
"Apa sahaja perkara, kami sudah tidak sehaluan dan akhirnya kami ambil keputusan untuk berpisah," ujarnya.
Bagaimanapun, jelas Hanez, buat masa ini, dia belum mampu untuk menerima mana-mana cinta lain sebagai pengganti.
"Saya tidak mahu lukakan hati sesiapa kerana jika saya berkawan dengan lelaki, ia pasti hanya untuk melepaskan rasa sedih ini. Biarlah buat masa ini saya sendiri dan fokus kepada kerjaya saya sepenuhnya," ujar Hanez.
Hanez bakal muncul dengan drama bersiri pertama terbitan laman Tonton iaitu Autumn Di Hatiku yang mula bersiaran Rabu ini, pada pukul 12 tengah hari.
* Sumber mStar Online

Read more...

Doktor simpan tulang pesakit selama 47 tahun untuk kenangan perang

Houston: Seorang doktor Amerika Syarikat yang menyimpan tulang tangan pesakit yang dipotong untuk dijadikan kenang-kenangan perang, mengembalikannya kepada lelaki terbabit 47 tahun kemudian.
Dr Sam Axelrad membawa pulang tulang tangan lelaki Vietnam itu pada 1966 selepas rakannya merebus anggota badan itu untuk menanggalkan semua daging dan otot yang ada padanya.
Tulang itu kemudian disusun semula seperti sepatutnya sebelum diserahkan kepada Axelrad sebagai cenderahati. Semalam melaporkan, Axelrad mengunjungi Vietnam sekali lagi untuk bertemu dengan lelaki pemilik tangan berkenaan, Nguyen Quang Hung, 73, yang pernah berkhidmat sebagai tentera Vietnam Utara.
Axelrad berkata, pada 2011 dia menemui tulang berkenaan dalam beg tentera di rumahnya yang dibiarkan selama beberapa dekad. Katanya, dia membawa pulang tulang tangan sebagai kenang-kenangan.
“Tetapi saya tidak melihatnya bertahun-tahun kerana ia boleh mengingatkan saya kepada pengalaman zaman perang,” katanya. Selepas terjumpa tulang berkenaan, kata Axelrad dia berusaha mengesan lelaki terbabit dan cuba memulangkannya.
Sementara itu, Quang Hung berkata, dia pelik kerana ada doktor yang mahu menyimpan tulang manusia sebagai cenderahati.
Foto
AXELRAD (kiri) menunjukkan tulang tangan kanan Quang Hung.
Bagaimanapun, dia gembira kerana mendapat semula bahagian anggota badannya yang dipotong.
“Tangan saya terpaksa dipotong kerana dijangkiti kuman selepas terkena tembakan tentera AS,” katanya. Axelrad bertemu Quang Hung di bandar An Khe, dekat Qui Nhon semalam. Quang Hung ditembak pada Oktober 1966 dalam serang hendap kira-kira 74 kilometer dari An Khe di tengah Vietnam.
Selepas terapung-apung mengikut aliran sungai, dia berlindung di kawasan gudang padi selama tiga hari sebelum dibawa helikopter tentera AS untuk mendapatkan rawatan. 
- Agensi (myMetro)


Read more...

Ustaz Azhar Idrus bertanding PRK Dun Kuala Besut ?

Azhar Idrus

KUALA TERENGGANU – Ustaz Azhar Idrus tiada dalam senarai pilihan Pas untuk dicalonkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut ketika menjawab soalan pemberita mengenai desas-desus pendakwah terkenal itu akan dipilih mewakili Pas,  memberikan jawapan 'tidak' sebanyak tiga kali.

Terdahulu, ketika ditanya mengenai 'Ustaz Azhar' beliau mengiyakan kerana menyangka pemberita merujuk kepada Yang Dipertua Pas Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad yang juga dikenali sebagai Ustaz Azhar.

“Antara banyak nama yang naik, termasuk nama Ustaz Azhar (Wan Azhar Wan Ahmad), dia sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan (Besut),” katanya.

Bagaimanapun, beliau membetulkan identiti orang yang disenaraikan itu selepas menyedari Ustaz Azhar yang dimaksudkan media adalah Azhar Idrus.

Sebelum ini, beberapa media melaporkan Ustaz Azhar Idrus sebagai kemungkinan disenaraikan calon Pas pada PRK ini.

Mengulas lanjut mengenai Azhar Idrus, Mohd Abdul Wahid menjelaskan, ikon agama itu tidak berminat bertanding bagi mewakili parti politik.

“Dia orang Ladang (kawasan di bandar Kuala Terengganu), orang sini. Banyak maklumat yang kita terima menyatakan dia tidak berapa minat bertanding, tetapi kita tengoklah nanti (apakah beliau ingin bertanding) suatu masa nanti kerana belum muktamad,” katanya.

Selain Wan Azhar, satu-satunya calon Muslimat yang ditempatkan di kerusi Dun Kuala Besut pada PRU13 lalu, Napisah Omar turut disenarai pendek.

Beliau turut menjelaskan, kebanyakan senarai nama adalah daripada kalangan anak tempatan dan pihaknya sedang meneliti perkara itu untuk mengetengahkan calon terbaik bagi memastikan kemenangan Pas.

Mohd Abdul Wahid turut mengumumkan Adun Paka yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Pas Negeri.

“Jentera pilihan raya sudah kita lantik dan lepas ini, kita akan pastikan jentera kita bergerak lancar,” katanya.

Dalam pada itu, panel guaman Pas sedang mengkaji peraturan dan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan jika berlaku kedudukan seri 16-16 di negeri ini.

Merujuk kenyataan Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh bahawa Pas tidak boleh memerintah Terengganu walaupun parti itu memenangiPRK Dun Kuala Besut berikutan BN mempunyai kelebihan satu kerusi iaitu kerusi Speaker Dun, Mohd Abdul Wahid menjelaskan, perkara itu perlu dirujuk dan tidak boleh dibuat tafsiran berdasarkan pandangan politik.

“Kita akan semak dengan peguam kita kerana perkara sebegini tafsiran, tidak pernah berlaku. Jadi, kita akan semak dari segi undang-undang dan peraturan. Mungkin betul, mungkin tidak betul. Tafsiran dia (Idris), dia tafsir untuk (politik) dialah. Kita akan tafsir bagi pihak kita pula.

“Kita ada panel guaman kita untuk buat kajian. Kita tidak boleh nak tafsir tanpa kajian teliti. Kita tak nak bercakap undang-undang dari segi politik semata-mata," katanya.

* Sumber sinarharian


Read more...

Aksi bodoh suami isteri buat Wheelie depan polis trafik

Kuala Lumpur: Sepasang suami isteri muda sanggup menempah maut dengan membuat aksi ‘Wheelie’ di depan Dataran Merdeka hanya semata-mata dicabar rakan mereka, malam kelmarin.

Difahamkan, pasangan suami isteri yang baru berkahwin setahun lalu itu tidak memikirkan risiko yang bakal ditanggung sebaliknya menunjukkan kemahiran ‘bodoh’ mereka menunggang motosikal Yamaha 125, kira-kira jam 7 malam.

Sumber polis berkata, si isteri yang berusia 19 tahun juga didapati tanpa berasa takut membantu suaminya berusia awal 20-an mengimbangi badannya sepanjang melakukan aksi berbahaya itu di Jalan Raja Laut.

Menurutnya, perbuatan pasangan terbabit dikesan anggota Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K) yang ketika itu sedang melakukan Ops Samseng Jalanraya di sekitar ibu kota.
“Ketika itu, pasangan berkenaan berada di lampu isyarat Jalan Raja Laut sebelum membuat aksi ‘Wheelie’ sebaik lampu bertukar hijau sejauh beberapa meter.

“Pasangan itu kemudian memecut laju ke Jalan Sultan Ismail dan akhirnya dicekup di Jalan Ampang ketika memberhentikan motosikalnya,” katanya.

Katanya, soal siasat mendapati mereka adalah pasangan suami isteri dan melakukan aksi berkenaan akibat dicabar rakan.

“Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur. Si suami ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya.
“Isterinya pula dibebaskan dengan dijamin anggota keluarganya,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Kuatkuasa dan Operasi Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

* Sumber myMetro


Read more...

JAIP tubuh Skuad khas kesan umat Islam ponteng puasa

Syed Ibrahim

KUANTAN - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menubuhkan skuad khas bagi mengesan umat Islam di negeri itu yang didapati makan dan minum secara terbuka pada bulan Ramadan.
   
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata skuad itu akan menjalankan rondaan di lokasi-lokasi tertentu termasuk premis makanan bagi membanteras aktiviti tidak bermoral pada bulan mulia itu.
   
"Mereka yang didapati bersalah kerana gagal menjalankan ibadah puasa akan dikenakan tindakan tegas seperti termaktub di bawah undang-undang syariah JAIP," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah anggota Dewan Undangan Negeri Pahang di sini hari ini.
   
Katanya tindakan yang sama juga akan diambil terhadap mana-mana premis makanan yang didapati menjual makanan serta minuman kepada umat Islam kerana bersuhabat.
   
Mengulas mengenai penggunaan shisha di Pahang, Syed Ibrahim berkata perkara tersebut tidak perlu menunggu fatwa dikeluarkan sekiranya ia membawa keburukan kepada penghisapnya.
   
"Kita bersetuju dengan tindakan kerajaan Perlis mengharamkan penggunaan shisha, namun saya berpendapat pendidikan awal terhadap pengguna perlu diberikan supaya mereka mengetahui kesan penggunaannya sebelum sebarang penguatkuasaan dibuat," katanya.

 - Bernama


Read more...

Isnin, 1 Julai 2013

Bila Musim panas tiba,ramai berkunjung ke pantai tanpa pakaian


foto ehsan the sun

London - Musim panas adalah masa yang menyeronokkan di Inggeris untuk menikmati matahari. Bagi yang suka bertelanjang dan penyuka kebebasan, pantai Holkham di Taman Negara Holkham di daerah North Norfolk adalah satu pilihan.

Seperti ditulis The Sun (28/6/2013), pantai ini makin diminati oleh kaum nudis atau naturists pada musim panas seperti ini untuk mengekspresikan kebebasan. Mereka umumnya datang berpasangan, sebagai suami isteri mahupun kumpulan. Mereka berkhemah, berbual dan menikmati makanan yang mereka masak atau sekadar jalan-jalan di tepi pantai dengan cara berbogel ria.

Kaum naturist ini bertelanjang kerana suka kebebasan dan bukan seks. "Kami datang ke sini untuk ketenangan dan kebebasan dan tidak ada kaitan dengan seks," kata Helen, 57 dan suaminya David, 67. Sedangkan Tom, 61 yang juga seorang pemandu lori mengatakan bahawa pantai ini sering disalahgunakan pihak lain untuk seks. "Saya bertemu dengan sekumpulan gay yang berkhemah dan berlakukan pesta seks semalam. Itu tak diingini kaum naturist, "kata Tom yang datang ke pantai itu dengan rakan-rakannya.

Selain Holkham, ada beberapa tempat di United Kingdom untuk berbugil ria, seperti pantai timur Brighton, Isle of Wight atau Northhumberland, tapi pantai ini tetap kegemaran bagi kaum naturist.

Beberapa saat lalu, pantai Holkham menjadi perhatian kerajaan Inggeris dan sempat melarang pengunjung bugil. Keluarga yang mempunyai anak-anak kecil dan remaja juga selalu mengelakkan tempat ini untuk bercuti.

* Sumber inilah.com




Read more...

Skandal Dengan Isteri Orang: Warga Emas Dilanggar dan Dipukul Sebelum Mati

imej google
KUALA TERENGGANU: Gara-Gara disyaki mempunyai hubungan dengan isteri orang, seorang penjual sayur berusia 61 tahun cedera parah dilanggar dan dipukul di Kampung Pasir Minal, Kemaman pada Selasa lepas.
Mangsa meninggal dunia empat hari kemudian, iaitu pada 28 Jun, ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata insiden itu berlaku pada kira-kira 5 pagi dan disedari anak saudara mangsa yang terdengar warga emas itu menjerit meminta tolong berhampiran rumah mereka.
Beliau berkata selepas itu, anak saudara mangsa melihat jirannya mengejar warga emas berkenaan dengan motosikal sebelum melanggar serta memukulnya menggunakan topi keledar.
"Anak saudara mangsa yang berusia 22 tahun itu menghampiri mangsa, bagaimanapun mangsa tidak sedarkan diri sebelum menghantarnya ke Hospital Kemaman.
"Akibat pukulan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dikejarkan ke HSNZ, namun meninggal dunia pada kira-kira 11 malam Jumaat lepas," katanya kepada pemberita pada Ahad.
Manoharan berkata siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati kerana suspek, 43, yang merupakan jiran warga emas berkenaan, mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan dengan isterinya.
Beliau berkata polis berjaya menemui motosikal dan topi keledar yang digunakan suspek tidak jauh dari tempat kejadian namun bahagian depan kenderaan itu sudah dibakar.
Manoharan berkata selepas kejadian itu, suspek yang tidak bekerja melarikan diri ke Kuala Lumpur bagi menggelak ditahan pihak berkuasa sebelum polis memberkasnya bersama seorang rakan di Hentian Putra pada kira-kira 7 malam, Sabtu.
"Suspek bersembunyi di rumah rakannya yang turut berasal dari Kemaman, namun dengan bantuan teknikal serta unit D9, kita berjaya menahan suspek dan telah dibawa pulang ke IPD Kemaman," katanya.
Suspek ditahan reman seminggu mulai Sabtu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 
-BERNAMA

Read more...

2 Gadis Dibunuh kerana Buat Video Menari di Hujan

Dua gadis remaja, Noor Basra (15 tahun) dan Noor Sheza (16 tahun), ketika difilmkan sedang bermain dan menari di luar rumah mereka di Pakistan | Daily Mail

ISLAMABAD - Dua gadis remaja Pakistan dibunuh setelah dituduh menodai nama keluarga dengan membuat sebuah video yang memperlihatkan mereka menari dalam hujan. Dalam video tersebut, Noor Basra (15 tahun) dan Noor Sheza (16 tahun) terlihat berlari di bawah hujan dengan menggunakan baju tradisional, bersama dua remaja lain di bandar Chilas, wilayah utara Gligit.

Mail Online, Minggu (30/6/2013), melaporkan, kedua kakak beradik itu tampak menari dan salah satunya bahkan tersenyum sambil berkelip ke arah kamera. Video yang beredar melalui telefon tersebut akhirnya menimbulkan kemarahan di kalangan masyarakat Pakistan yang konservatif.

Minggu lalu, kedua remaja itu ditembak mati bersama ibu mereka di rumah mereka oleh lima orang lelaki.

Menurut The Sunday Times, yang dipetik Mail Online, polis kini menyiasat apakah saudara tiri kedua gadis itu, yaitu Khutore, merancang serangan tersebut. Khutore dituduh telah berkeinginan untuk mengembalikan kehormatan keluarga yang ternoda akibat 'ulah' kedua-dua gadis itu.

Seorang saudara laki-laki lain dari kedua remaja ini telah mengadukan Khutore dan keempat orang lain yang disyaki sebagai pelaku penembakan dan kini telah kabur.

Tahun lalu, empat orang perempuan dipercayai telah dibunuh oleh tetua suku setelah mereka menyanyi dan menari bersama laki-laki dalam sebuah pesta pernikahan di kampung terpencil Kohistan di Pakistan barat laut. Sebuah dewan suku yang terdiri dari para ulama, yang dikenali sebagai Jirga, dilaporkan telah menovis mati para perempuan itu atas tindakan pencabulan dan penodaan nama keluarga mereka. Tindakan mereka dianggap telah membuat malu masyarakat.

Komisen HAM Pakistan mengatakan, sekurang-kurangnya 943 perempuan dan remaja putri dibunuh tahun 2011 kerana didakwa telah mencemarkan nama baik keluarga mereka.

Menurut kumpulan pembela perempuan, The Aurat Foundation, kira-kira 1,000 pembunuhan berkedok "kehormatan" terjadi di Pakistan setiap tahun.

Statistik menyoroti jumlah kekerasan yang dialami oleh banyak perempuan di tengah masyarakat konservatif Pakistan, dimana mereka seringkali dianggap sebagai masyarakat kelas dua.

* Sumber kompas.com


Read more...

Paris Hilton muat turun Foto Nakal Lagi

 Paris Hilton

Sosialita cantik Paris Hilton sepertinya tak pernah berhenti mengumbar sensasi dan kontroversi. Kali ini melakukannya lagi.

Paris berhasil mencuri perhatian banyak media dengan foto dan video nakal yang disebarnya di media sosial. Ia memuat naik foto dan video berbikini tipis di kolam renang di sebuah hotel elit.

Dilansir dari The Sun, mantan model seksi ini terlihat menggoda dalam foto itu. Ia pun menulis satu kalimat di foto. "Saya benar seorang putri duyung," tulisnya.

Sebelumnya, dara 32 tahun ini menggunggah foto seksinya bareng kekasih berondongnya, River Viiperi di Hawaii.

Agar percutian mesra dengan sang kekasih bisa diketahui banyak orang. Paris Hilton pun menggunggah sejumlah foto seksi. Sosialita cantik itu pamer foto berbikininya di instagram.

"Rocking my bikini in a boat with one of my favorite phpurses. Loves it," tulisnya.

Foto itu memperlihatkan kebahagiaan Paris di atas sebuah kapal pesiar mini di pinggir pantai dengan mengenakan bikini hitam. Paris juga terlihat cantik memakai topi dan kacamata hitam.

* Sumber


Read more...

Sepasang Bayi Kembar Lahir dalam Negara berbeza

Kembar yang lahir di tempat berbeda (Foto: Daily Mail)

LONDON - Sepasang bayi kembar dilahirkan di dua negara yang berbeza. Seorang ibu melahirkan bayi laki-lakinya di Inggeris dan bayi perempuannya di Scotland.

Saat ini sepasang bayi kembar unik tersebut merayakan ulang tahun pertamanya. Walaupun bayi kembar yang bernama Dylan Joseph dan Hannah Rose lahir kurang dari dua jam, tapi mereka mempunyai kewarganegaraan yang berbeza.

Sang ibu, Donna Keenan, sedang mempersiapkan untuk ulang tahun pertama mereka dengan memakaikan pakaian khusus yang dibuat untuk memberikan penghormatan kepada tempat kelahiran masing-masing si kembar.

Wanita berusia 28 tahun tersebut mengatakan bahawa dia membelikan Hannah gaun tartan dan membelikan baju bergambar Singa Inggeris untuk Dylan.

"Saya membelinya beberapa pakaian lucu untuk mereka dan akan dipakai di hari ulangtahun mereka," ujar Donna, seperti dikutip Daily Mail, Senin (1/7/2013).

Awalnya Donna menonton final Euro antara Itali dan Sepanyol pada 2012 silam. Saat itu mereka tidak punya masa untuk pergi kerumah sakit, sehingga paramedik yang datang ke rumah mereka di Inggeris untuk membantu persalinan Dylan.

Namun, kerana dia akan melahirkan bayi kembar, maka doktor berkeras meminta Donna untuk pergi ke rumah sakit untuk kelahiran bayi kedua itu. Kemudian mereka harus menempuh perjalanan panjang melintasi sempadan Scotland, untuk menuju ke Hospital Umum Borders di Melrose, Scotland.

Sang ayah, Joe Fox, berkata bahawa bayi kembarnya ini akan sering bersaing seperti permainan bola sepak.

"Saya seorang peminat bola sepak jadi saya yakin akan ada beberapa persaingan ketika mereka tumbuh dewasa," ungkap lelaki berusia 25 tahun ini.

Pasangan kekasih itu juga mempunyai anak perempuan berusia tiga tahun, bernama Jessica.

* Sumber okezone.com


Read more...

Akibat Digigit Serangga Payud@ra dibedah

Natalie dan puterinya, Becky saat di Mesir (Mirror.co.uk)

Gigitan serangga kecil di musim cuti, membuat seorang wanita asal Inggris mengalami masalah kesihatan yang serius. Bukan bentol yang ditinggalkan, melainkan payudara yang busuk.

Natalie Thomason, mendapatkan gigitan serangga pemakan daging di saat dirinya bercuti ke Mesir bersama anak perempuannya, Becky, seperti yang dilansir Mirror.

Awalnya, gigitan serangga ini dianggap hal remeh. Namun, ketika dirinya pulang ke rumah, keadaan kulit di bahagian dadanya semakin parah. Merasa ketakutan, wanita 48 tahun itu, langsung bergegas untuk memeriksakan diri ke rumah sakit.

Doktor mengatakan kalau Thomason menderita nekrosis fasciitis. Sindrom yang diakibatkan oleh gigitan serangga pemakan daging. Akibatnya, Thomason harus mengorbankan payudaranya.

"Jika aku mempertahankan payudara ini, dalam masa beberapa jam aku akan mati," katanya. Menurut doktor yang memeriksa, gigitan serangga ini akan membuat penderitanya bertahan tidak lebih 3 hari, jika tidak segera langsung ditangani.

Menurut ibu tiga anak itu, ada beberapa gigitan serangga di payudara sebelah kirinya. Satu dekat puting, dan yang lainnya ada di bahagian atas.

"Reaksi sakit itu tak terlukiskan. Tapi yang menakutkan adalah kelajuan penyebaran jangkitan. Satu minit saya baik-baik saja, seterusnya saya harus bertarung dengan nyawa.

* Sumber vivanews.com


Read more...

4 Gambar, Remaja hebat yang melakukan 11 pekerjaan dalam 1 hari

,LONDON 29 Jun - Bagi kebanyakan remaja, zaman muda itu biasanya akan dihabiskan untuk belajar dan bersukaria, tetapi berbeza pula dengan seorang pemuda di Britain yang tidak suka duduk diam dan melakukan 11 pekerjaan dalam sehari.

Apa yang lebih menarik, daripada 11 pekerjaan yang dilakukan oleh David Day, 21, hanya lima sahaja yang mendapat upah, selebihnya dilakukannya secara sukarela.

Day yang hanya memperolehi pendapatan 500 pound (RM2,403) sebulan akan bekerja selama 50 jam dalam tempoh seminggu.

“Terdapat persepsi yang menyatakan orang muda tidak mahu melakukan apa-apa, tetapi hakikatnya ada juga remaja yang mahu menolong orang ramai," katanya.

Lima pekerjaan Day yang menerima upah ialah menjadi petugas ketika makan tengah hari di sebuah sekolah rendah, menjadi pelayan di kelab bola sepak Notts County, menjaga kedai Primark, bekerja di pusat komuniti serta di sebuah kelab sebelum dan selepas sekolah.

Namun, pekerjaan itu masih tidak cukup baginya dan dia juga melakukan enam kerja secara sukarela iaitu menjadi sukarelawan di kumpulan pemuda dan St John Ambulans, menjadi jurulatih badminton, bola sepak, penyelamat serta menyertai permainan kumpulan.

“Memiliki wang memang menyeronokkan, tetapi bagi saya itu bukanlah yang paling utama," ujar Day.

 - AGENSI





Read more...

Padah tegur lelaki yang mengurat teman wanita

imej google
Johor Bahru: Akibat menegur kelakuan sekumpulan lelaki mabuk yang mengurat teman wanitanya, seorang lelaki maut dibelasah di luar sebuah pusat hiburan di Jalan Kebun Teh di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa Ong Kien Chong, 27, yang juga pekerja bahagian logistik sebuah syarikat swasta dari Perak, dikatakan berhibur bersama teman wanitanya selepas selesai urusan kerja di bandar raya ini.
Mangsa dikatakan berhibur di pusat hiburan berkenaan bersama beberapa rakan lelaki, dua wanita termasuk teman wanitanya sebelum tiga lelaki di meja sebelah mengurat dua wanita berkenaan. Perbuatan itu tidak disenangi mangsa dan rakannya sebelum mereka menegur kumpulan lelaki terbabit.
Malangnya, teguran bertukar pertengkaran sebelum mereka bertumbuk di dalam pusat hiburan itu. Keadaan bertambah buruk apabila kumpulan lelaki (suspek) dipercayai memanggil beberapa rakannya menunggu di luar pusat hiburan itu, sebelum membelasah mangsa dan dua rakan lelakinya menggunakan parang dan kayu ketika mangsa keluar dari pusat hiburan berkenaan.
Perbuatan itu menyebabkan mangsa dan rakannya cedera parah sebelum cuba melarikan diri dan ditemui orang ramai kira-kira satu kilometer dari pusat hiburan itu dalam keadaan berlumuran darah.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) menggunakan ambulans dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.15 pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, polis menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 4 pagi berkaitan seorang lelaki berlumuran darah ditemui di hadapan sebuah hotel di Majidee, di sini.
* Sumber myMetro


Read more...

Salji cair dekatkan Norway, benua Asia

Pembukaan laluan Laut Utara di sepanjang pantai Lautan Artik Russia mengubah pola perdagangan antarabangsa.

Kirkenes: Bandar Kirkenes paling utara di Norway suatu ketika dahulu pernah menjadi antara kawasan paling jauh dari Asia berbanding pelabuhan Eropah lain tetapi kini menjadi lebih dekat. 

Ais yang mencair membuka laluan Laut Utara di sepanjang pantai Lautan Artik Russia kini mula mengubah pola perdagangan antarabangsa. 

Buat pertama kali dalam sejarah menyaksikan pembukaan laluan baru di bahagian utara yang akan mempunyai kesan besar kepada perdagangan dan tenaga, kata presiden Persatuan Pemilik Kapal Norway, Sturla Henriksen. 

Pada 2012, apabila ais mencecah tahap paling rendah dalam rekod, 3.4 juta meter persegi, 46 kapal menggunakan laluan baru, berbanding hanya empat pada 2010, kata agensi perkhidmatan dan pengendali pemecah ais Russia Rosatomflot. 

Jimat masa, kos bahan bakar 

Dalam satu perubahan yang membawa kepada revolusi penting, masa perjalanan antara pelabuhan Jepun Yokohama dan Hamburg di Jerman dipendekkan sebanyak 40 peratus manakala belanja bahan bakar berkurangan sebanyak 20 peratus. 

Jumlah barangan dibawa sepanjang laluan Laut Utara berkembang dengan lebih cepat dalam masa beberapa tahun akan datang daripada 1.26 juta tan tahun lalu kepada 50 juta tan pada 2020, kata Persatuan Pemilik Kapal Norway. 
Kirkenes, yang menempatkan 3,400 penduduk biasanya sunyi sepanjang musim sejuk, tetapi kini berdepan perkembangan memberangsangkan. 

Tschudi Shipping Group merancang membuka sebuah hub logistik menyamai hampir 200 padang bola sepak di fjord berhampiran yang bebas ais sepanjang tahun berdekatan Gulf Stream yang panas. 

Lokasi pelabuhan berkenaan amat strategik. Ia mengambil masa sembilan hari untuk merantau dari kedua-dua Pasifik dan Mediterranean, dan dekat dengan kawasan minyak dan gas utama di Artik selain perlombongan di utara Sweden dan Finland. 


-AGENSI



Read more...

Misteri, Di Mana Azzimudie Kiram Yang Ketuai Pencerobohan Lahad Datu

LAHAD DATU: Di mana Raja Muda Azzimudie Kiram, 72, yang mengetuai pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu ke Kampung Tanduo terus menjadi misteri.
Azzimudie atau Agbimuddin, adik kandung kepada Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, hilang tanpa dapat dikesan selepas beliau "melarikan diri'' dari Lahad Datu pada 11 Mac apabila pasukan keselamatan Malaysia berjaya menawan semula Kampung Tanduo, Sabah dalam satu operasi secara besar-besaran.
Pasukan keselamatan yakin bahawa beliau melarikan diri ke sebuah pulau di wilayah Tawi-Tawi di selatan Filipina dekat Sabah tetapi ahli keluarga menegaskan beliau berada di Lahad Datu bagi serangan gerila.
Pegawai Tawi Tawi mempercayai bahawa beliau dengan rangkaian yang bersimpati dan berdiam diri untuk mengelakkan daripada ditahan oleh pihak Manila yang telah mengarahkan untuk menahan beliau kerana melancarkan serangan terhadap negara luar.
Ia juga menimbulkan spekulasi bahawa Azzimudie, bekas pembantu pegawai daerah Kudat, Sabah pada awal tahun 1970, telah dibunuh oleh pengawal peribadi beliau di Kampung Tanduo dan dikebumikan di kubur yang tidak bertanda selepas tentera udara dan tentera darat Malaysia mengadakan serangan berbalas bagi mengusir lelaki bersenjata Sulu bermula pada 5 Mac.
Dalam temu bual dengan The Star, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, polis percaya bahawa Azzimudie masih hidup dan bersembunyi di beberapa pulau-pulau di negara asalnya.
"Azzimudie pasti tidak di Lahad Datu, mereka (jurucakap Sulu Abraham Idjirani), mereka boleh saja katakan Azzimudie di Lahad Datu, bersembunyi dan bergerak dari satu tempat ke tempat lain,” katanya ketika ditanya mengenai tuntutan yang berterusan oleh jurucakap kumpulan Sulu Idjirani di Filipina.
Bagaimanapun, Hamza tidak menolak kemungkinan bahawa Aghimuddin masih merancang untuk melancarkan serangan gerila terhadap Sabah.
Beliau mengesyaki anggota keluarga Azzimudie terus berkeras mengatakan Raja Muda itu masih di Sabah kerana beliau (Azzimudie) telah membuat banyak janji (sebelum insiden) untuk lelaki bersenjata Sulu, yang telah terbunuh atau menghadapi tuduhan jenayah di Malaysia.
"Jadi untuk menghalang beliau daripada dibunuh (di Filipina), mereka perlu mengatakan bahawa Azzimudie di Lahad Datu dan masih berjuang," katanya, sambil menambah tidak ada sebarang pertempuran antara lelaki bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan di Sabah sejak pencerobohan itu berakhir pada awal April.
Kampung Tanduo sejak itu telah ditutup kepada orang ramai, dengan asas keselamatan diwujudkan di kampung tepi pantai tersebut dan kerajaan negeri berusaha untuk memindahkan lebih 20 keluarga tempatan yang menetap di kawasan itu.
Dalam temu bual menerusi panggilan telefon dengan The Star di Manila, Idjirani, yang merupakan adik ipar kepada Azzimudie, menegaskan bahawa Azzimudie masih berada “di suatu tempat di Lahad Datu" bagi melancarkan serangan gerila terhadap Sabah.
Idjirani, bagaimanapun, tidak mengetahui lokasi sebenar di mana abang iparnya itu.
"Saya tahu beliau bersembunyi di dalam hutan dan telah menggunakan taktik gerila dan bergerak dari satu tempat ke tempat lain di sekitar Kampung Tanduo," katanya.
Idjirani mendakwa beliau sering bercakap dengan Azzimudie.
"Malah, saya bercakap dengan beliau dua hari lepas. Beliau memanggil kita dan memberitahu kita bahawa terdapat satu pertemuan antara Tentera Diraja Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia di Batu 9 di Lahad Datu pada 16 Jun dan Kampung Labian pada 18 Jun, " katanya.
Jurucakap itu percaya bahawa pasukan keselamatan Malaysia tidak dapat mencari Azzimudie kerana beliau tidak lagi menggunakan telefon bimbitnya.
"Beliau tidak lagi menggunakan telefon bimbitnya, seperti pada Mac lalu (semasa serangan dari udara), beliau sedar bahawa menggunakan telefon bimbit itu akan membawa kepada pengesanan jejaknya," katanya.
"Raja Muda dan pengikut-pengikutnya merupakan pejuang berpengalaman dan walaupun pasukan Malaysia mempunyai lebih banyak senjata api mereka tidak dapat mengalahkan mereka," katanya, yang mendakwa bahawa pasukan Malaysia mengambil langkah berhati-hati dalam berhadapan dengan mereka.
Seramai 35 pengikut Azzimudie ditahan oleh pihak berkuasa Filipina selepas mereka pulang dari Lahad Datu dan baru-baru ini, Biro Siasatan Negara Filipina mengesyorkan pelbagai tuduhan jenayah - termasuk berperang dengan negara asing - berikutan Raja Muda dan pengikut-pengikutnya menceroboh masuk Kampung Tanduo antara Februari 9 dan 12.
Seramai 73 penceroboh terbunuh (59 mayat dijumpai) dalam pertarungan bersenjata yang berlaku hampir lapan minggu dengan pasukan keselamatan Malaysia.
Polis Malaysia telah menahan 184 orang dan mendakwa 31 orang dengan pelbagai kesalahan jenayah, termasuk melancarkan serangan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Kes mereka sedang berjalan di mahkamah.
* Sumber mStar Online

Read more...

Remaja pelajar tingkatan 2 dipaksa minum arak dan dir0gol

imej google

SABAK BERNAM – Seorang pelajar tingkatan dua bukan saja dipaksa meneguk minuman keras, malah dirogol seorang lelaki dan dicabul seorang lagi rakannya dalam kejadian di sebuah rumah di daerah ini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek masing-masing berusia 21 tahun itu dikatakan menodai pelajar perempuan berusia 14 tahun itu selepas mendapati mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa yang berasal dari Ampang itu dipercayai mengikuti kedua ibu bapanya pulang ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri.

“Kejadian itu dipercayai berlaku, sewaktu ibu mangsa menyuruh mangsa bersama seorang sepupu lelakinya berusia 13 tahun itu menghantar lauk kenduri di rumah jiran, bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kedua ibu bapa mangsa yang bimbang anaknya tidak pulang ke rumah bertindak mencari mangsa di rumah jiran bersama suaminya dan menemui sebuah motosikal yang digunakan anaknya itu.

“Ibu bapa mangsa memaklumkan kejadian itu kepada orang kampung dan seorang daripada mereka memberitahu ternampak kelibat tiga lelaki membawa anak dan anak saudaranya itu menaiki sebuah kereta,” katanya.

Noor Mushar berkata, setelah puas mencari selama dua jam akhirnya penduduk kampung menemui sebuah kereta yang dipercayai digunakan suspek untuk membawa kedua-dua sepupu berkenaan.

“Sebaik saja masuk ke dalam rumah terbabit, ibu bapa mangsa terkejut apabila mendapati anaknya tidur dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah bilik bersama tiga lelaki terbabit sementara sepupunya itu berada di depan ruang tamu rumah.

“Ibu mangsa yang melihat keadaan itu segera mengejutkan anaknya dan mangsa telah membuat pengakuan seorang daripada suspek bertindak merogolnya dan memaksanya mengambil minuman keras,” katanya.

Beliau berkata, ibu mangsa yang berang dengan perbuatan durjana suspek telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

* Sumber sinarharian


Read more...

Wartawan panjat bahu mangsa banjir dipecat

GAMBAR menunjukkan imej seorang wartawan yang memanjat bahu seorang mangsa banjir semasa membuat liputan banjir di India kelmarin.

UTTARAKHAND - Seorang wartawan dipecat kerana membuat liputan bencana sambil duduk di atas bahu seorang mangsa banjir di sini, India, lapor sebuah akhbar semalam.

Majikannya, News Express menyifatkan wartawan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan di samping melanggar etika syarikat.
Wartawan tersebut, Narayan Pargaien membuat laporan di sini yang merupakan kawasan paling teruk dilanda bah dengan memanjat ke atas bahu seorang mangsa banjir.
"Anda tidak boleh memanjat ke atas bahu seseorang untuk membuat laporan berita," kata Rangkaian Televisyen News Express, Nishant Chaturvedi.
"Kami telah memecat Narayan pada Selasa lalu," tambahnya.
Walaupun News Express tidak pernah menyiarkan liputan tersebut rakaman itu telah dibocorkan di internet dan ditonton oleh lebih 2,000 pengguna di laman web YouTube. 
- Agensi (kosmo!)


Read more...

Shahrizal Jazsle Akui Semakin Tertekan Dengan Isu Khalwat

Shahrizal Jazsle.
PETALING JAYA: Pelakon Shahrizal Jaszle mengakui semakin tertekan dengan kontroversi yang melanda dirinya ekoran ditangkap khalwat bersama seorang wanita selain diasak dengan pelbagai pertanyaan daripada pelbagai pihak.
Shahrizal atau sebelum ini dikenali sebagai Shah Jaszle, 25, berkata, dia mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia lakonan bagi memberinya ruang bermuhasabah tentang kejadian khalwat yang menimpanya baru-baru ini.
"Terus terang saya tidak tahu lagi ingin cakap apa mengenai kes tersebut supaya masyarakat dapat memahami situasi saya.
"Saya berasa letih dengan kontroversi tersebut dan ingin berehat seketika supaya dapat menenangkan fikiran," jelasnya kepada mStar Online ketika ditemui baru-baru ini.
Tambah Shahrizal, dia juga mengambil keputusan itu selepas tidak pernah mengambil cuti daripada berlakon sejak beberapa tahun lalu.
Pada 16 Mei lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam satu kenyataan medianya mengesahkan telah menahan Shahrizal atas tuduhan khalwat di Apartment Taman Sri Subang, di sini, pada pukul 3.30 pagi.
Penahanan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 selepas Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu menerima aduan daripada pihak awam berhubung kegiatan berkenaan.
Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Kes tersebut akan disebut di Mahkamah Syariah pada 12 November depan.
Dalam pada itu, Shahrizal berkata, dia enggan lagi mengulas kes berkenaan mahupun hubungannya dengan Redzwani Puteri kerana sedar jawapannya tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak.
Jelasnya, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri daripada terus bercakap tentang kes tersebut dan menunggu perbicaraan di mahkamah penghujung tahun nanti.
"Macam-macam saya kena hentam dan pelbagai pertanyaan yang diajukan sehingga saya tidak tahu lagi hendak menggunakan ayat apa bagi mempertahankan diri.
"Jalan paling baik adalah berdiam diri selepas ini dan tunggu perbicaraan di mahkamah kelak," ujarnya.
Shahrizal dan Redzwani Puteri bertunang pada 8 Disember 2012 dan mereka dijadualkan berkahwin pada 2015 selepas wanita yang menuntut dalam jurusan perubatan itu tamat pengajian.
* Sumber mStar Online

Read more...

Mat Yo marah, buang pingat ?

Bukit Jalil: Kecewa, sedih dan marah. Mungkin itu perasaan penyerang Johor Darul Takzim (DT), Norshahrul Idlan Talaha  (gambar ) selepas pasukannya hanya bergelar naib juara Piala FA kelmarin. 

Pemain terbaik negara itu antara tonggak utama Johor DT yang bermain bermati-matian sepanjang 90 minit sebelum ditewaskan bekas pasukannya, Kelantan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil. 

Kemuncak kekecewaan pemain dengan gelaran Mat Yo itu terbukti apabila dia membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk ke bilik persalinan. 

Norshahrul juga enggan ditemuramah media selepas perlawanan berkenaan. 

Marah, kecewa 

Jika dinilai permainan penyerang kebangsaan itu, dia memang berhak untuk berasa marah dan kecewa kerana Johor DT mempunyai keupayaan untuk muncul juara, tetapi Norshahrul tidak banyak mendapat bantuan rakan sepasukan. 

Namun paling mengecewakan Norshahrul apabila golnya pada minit ke-63 dibatalkan pengadil Syed Azhar Syed Kamar yang terlebih dulu meniup wisel kerana mendakwa penyerang itu mengasari Azizi Matt Rose. 


Perlu sokongan 

Bagi penyerang hebat seperti Norshahrul, kilauan trofi sudah tentu menjadi ganjaran paling bermakna dalam karier mereka, tetapi bola sepak bukan setakat kemahiran individu. 

Dia memerlukan sokongan rakan sepasukan untuk berfungsi sebagai perancang dan juga penjaring.


* Sumber BH


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP