GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 4 Julai 2013

Kereta ditelan Bumi

Mobil yang 'tertelan' jalan di Ohio, Amerika Syarikat. (AP)

Ohio - Sebuah lubang besar tiba-tiba menganga diatas jalan di barat laut Ohio. Lubang ini menelan satu kereta yang melintas di atasnya.

Pemandu, terperangkap selama beberapa minit di dalamnya, sebelum pasukan SAR datang dan menyelamatkannya dengan tangga.

Polis Toledo, Sarjan Joe Heffernan, berkata saluran air di bawah jalan yang bocor mungkin telah menyebabkan lubang itu. Lubang dianggarkan sekurang-kurangnya sedalam 10 meter.

Polis mengatakan pemandu, Pamela Knox, tidak cedera dalam kejadian itu. Namun ia dikhabarkan terkejut dan dibawa ke rumah sakit untuk langkah pencegahan.

Heffernan mengatakan Knox melihat kenderaan di depan dia mula menyelinap ke dalam lubang, tapi berjaya keluar. Namun, katanya, ketika ia melintas, lubang itu makin dalam dan seolah menyedutnya. Ia mengaku tak boleh mengelakkan lubang di tengah keretanya dipandu laju.

Petugas menggunakan kren untuk menarik kereta itu dari lubang. Pembaikan jalan segera dilakukan dalam beberapa hari kemudian.

* Sumber tempo.com


Read more...

Paderi dipenjara 12 tahun kerana cabul pelajar lelaki

VIENNA 4 Julai - Sebuah mahkamah di bandar Steyr di Austria semalam menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun ke atas seorang bekas paderi yang juga merupakan bekas pengarah sekolah berasrama selepas didapati melakukan jenayah seksual dan penderaan fizikal terhadap 24 kanak-kanak lelaki.

Defendan yang berusia 79 tahun itu didakwa sering memukul, menendang, menarik rambut dan melakukan serangan seksual terhadap kesemua mangsanya.

Defendan mengaku bersalah melakukan kesemua perbuatan itu antara 1970-an, 80-an dan 90-an di sebuah sekolah berasrama di Kremsmuenster di wilayah Upper Austria. 

- DPA

Read more...

Gigit z@kar jiran sampai berdarah

imej google
London: Mahkamah semalam diberitahu, seorang lelaki menggigit zakar jirannya sehingga berdarah selepas mereka terbabit dalam pergaduhan berpunca daripada gangguan bunyi.
Jason Martin, 41, dituduh membongkok dan menggigit Richard Henderson, 39, melalui pijama mangsa seelaps menerima mesej teks meminta dia memperlahankan muzik dipasangnya.
Menurut Henderson, Martin menggigit kemaluannya “seperti satu set sandwic” dan menyebabkan dia mengalami kesakitan melampau.
Diminta menggambarkan serangan itu, Henderson memberitahu juri, kemaluannya “tidak lagi bersambung dengan seluruh anggota badannya.” “Saya tak pernah mengalami kesakitan sebegitu dan tidak mahu mengalaminya sekali lagi,” katanya.
Sementara itu, polis yang dipanggil ke tempat kejadian mengakui melihat mulut Martin dipenuhi darah. Bagaimanapun, tertuduh menafikan dia menggigit Henderson.
“Bagaimana saya boleh menggigit dia ketika saya tak ada gigi?” katanya.
Sejumlah gambar turut ditunjukkan kepada juri di Mahkamah Canterbury selepas mereka diberi amaran oleh pendakwa bahawa imej itu “tidak menyenangkan” untuk dilihat. Martin menafikan dia berniat untuk menyebabkan kecederaan serius kepada Henderson dalam kejadian Jun tahun lalu itu. Pendakwa, Mary Jacobson berkata, pergaduhan berlaku apabila Henderson dan pasangannya, Michelle Hilton berasa terganggu kerana muzik dimainkan dari rumah Martin pada lewat malam itu.
Sebaik keluar dari rumah masing-masing, kata Mary, Martin dan Henderson bergelut.
“Defendan menolak Henderson ke dinding, membongkok dan menggigit zakar mangsa.
“Henderson meraung kesakitan dan Michelle pula mula menjerit meminta tolong,” katanya. Martin berjaya dipisahkan daripada Henderson apabila jiran mula keluar dan cuba meleraikan pergaduhan berkenaan. Perbicaraan bersambung hari ini.
 - Agensi ( myMetro)

Read more...

900kg ganja dalam sardin beku

Madrid: Apabila polis Sepanyol merampas kontena berisi ikan sardin beku di Marbella kelmarin, mereka dapat merasakan sesuatu yang tidak kena berlaku.
Perasaan syak mereka terbukti betul apabila mereka membuka kontena dan menemui 900 kilo ganja yang dianggar bernilai RM18 juta tersembunyi di bawah ikan beku itu. Operasi itu yang dinamakan Maria membawa kepada penangkapan 14 suspek penyeludup dan rampasan dadah itu.
Pegawai kastam menjejaki kargo itu dari Maghribi ke sebuah gudang di pelabuhan di Cadiz, Sepanyol.
Dari situ, ia dihantar ke sebuah vila mewah di Marbella, selatan Sepanyol, tempat polis melancarkan serbuan dan merampas sardin berkenaan.
“Kami menemui 325 kilogram ganja tersembunyi di sebalik ikan di dalam trak sejuk beku. “Manakala, 570 kilogram dadah itu ditemui dalam gudang di pelabuhan di Cadiz,” kata jurucakap polis. Menurutnya, polis mengawasi kumpulan itu sejak lebih sebulan lalu selepas pemimpin sindiket itu tiba di Sepanyol dari Maghribi untuk merancang penyeludupan dadah itu.
Kejayaan itu menyusuli rampasan kokain bernilai RM100,000 juta dari sebuah kapal layar bulan lalu. Dalam kejadian berkenaan, seorang penyeludup mati selepas terjun ke laut kerana mahu mengelak daripada ditangkap. - Agensi
Foto
DADAH yang disorok dalam ikan sardin.
* Sumber myMetro

Read more...

12 GRO Siam mari dicekup ketika layan pelanggan

SEORANG anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Kelantan (kiri) mengiringi sebahagian wanita warga Thailand yang berkhidmat sebagai GRO di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Seramai 12 wanita warga Thailand yang berkhidmat sebagai pelayan pelanggan (GRO) berjaya dicekup Jabatan Imigresen Kelantan ketika leka melayan pelanggan dalam operasi di dua buah kedai di Kuala Krai dekat sini malam kelmarin.
Dalam operasi kira-kira pukul 10 malam itu, mereka yang ditahan berusia antara 18 tahun hingga 41 tahun atas kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini.
Pengarah Imigresen negeri, Mahasan Mustapa berkata, berdasarkan siasatan, kesemua GRO berkenaan dipercayai berkhidmat sebagai pelayan dan tidak terlibat dalam aktiviti pelacuran.
“Mereka hanya menjadi pelayan untuk menemani pelanggan yang minum di premis berkenaan.
“Sejak Januari hingga Jun, pihak kami telah menahan seramai 27 wanita warga asing yang dipercayai terlibat dengan kegiatan GRO,” katanya kepada pemberita di Pejabat Bahagian Penguat Kuasa Imigresen di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Read more...

Rabu, 3 Julai 2013

Mengerikan! Hampir 100 Wanita Diperk0sa di Mesir ketika Aksi Demonstrasi

aksi demo di Lapangan Tahrir, Kairo (Reuters)

Kaherah, - Mengerikan! Hampir 100 wanita menjadi mangsa rogol yang berleluasa di Lapangan Tahrir, Kaherah, Mesir selama empat hari aksi demo antipemerintah.

Hal tersebut disampaikan organisasi HAM, Human Rights Watch (HRW) yang berpusat di New York, Amerika Syarikat seperti dilansir pejabat berita AFP, Rabu (3/7/2013).

"Massa melakukan serangan seksual dan dalam beberapa kes memperkosa sekurang-kurangnya 91 wanita di Lapangan Tahrir ... di tengah iklim kekebalan dari undang-undang," demikian disampaikan HRW dalam statemennya.

HRW menyebutkan angka tersebut diperoleh daripada kumpulan antikejahatan seks Mesir, Egyptian Operation Anti-Sexual Harassment / Assault, yang membuka nombor hotline bagi para korban kejahatan seks. Disebutkan bahawa pada hari Ahad, 30 Jun lalu dilaporkan ada 46 kes rogol, 17 kes pada Isnin, 1 Julai dan 23 kes serupa pada Selasa, 2 Julai waktu setempat.

Menurut kumpulan hak-hak wanita lain, Nazra for Feminist Studies, ada lima kes rogol saat demonstrasi pada hari Jumaat, 28 Jun waktu setempat.

HRW menyeru pejabat-pejabat dan para tokoh politik Mesir untuk mengutuk dan segera mengambil langkah-langkah untuk menangani tingginya angka kekerasan seksual di Lapangan Tahrir yang menjadi ikon Kaherah itu.

"Maraknya serangan seksual selama aksi demo di Lapangan Tahrir menekankan kegagalan kerajaan dan semua parti politik dalam menghadapi kekerasan yang dialami kaum wanita di Mesir setiap hari di tempat-tempat awam," cetus Joe Stork, Timbalan Pengarah HRW untuk Timur Tengah.

"Ini kejahatan serius yang menahan wanita untuk menyertai penuh dalam kehidupan awam Mesir saat titik kritis perkembangan negara," tambahnya.

Menurut HRW, beberapa wanita bahkan harus menjalani operasi usai mengalami pemerkosaan itu. "Mereka dipukul dengan rantai logam, kayu dan kerusi-kerusi, dan diserang dengan pisau," demikian statemen HRW.

Beredar khabar angin bahawa rogol itu dilakukan para preman yang memanfaatkan ketiadaan aparat keamanan di lokasi dan mereka yakin akan lolos dari jeratan undang-undang. Namun sejumlah pihak mengatakan, kejahatan-kejahatan seks itu merupakan usaha terancang untuk mencegah kaum wanita ikut berdemo dan untuk merosakkan imej demonstrasi antipemerintah.

* Sumber detiknews


Read more...

Celaka dan kurang ajar,Aktivis Ini protes dengan separuh pakaian di Masjid

Seorang aktivis FEMEN diamankan polisi setelah mengadakan aksi bogell di dalam masjid di Stockholm, Swedia (29/6). REUTERS/Jonas Ekstromer/Scanpix Sweden

Stockholm - Aktivis feminisme kembali dengan aksi protesnya. Setelah sebelumnya terdapat tiga anggota kumpulan ini yang diadili di mahkamah Tunisia. Kali ini tiga rakannya yang lain, yang mengaku dirinya berasal dari kelompok FEMEN, melakukan aksi telanjang dada di dalam masjid Sweden.

Tiga orang ini menggelar protes telanjang dada di dalam masjid di Stockholm, Sweden, pada tarikh 29 Jun 2013. Daily News melaporkan, ketiga perempuan itu menerobos masuk ke dalam masjid dengan memakai burka atau purdah yang hanya memperlihatkan mata mereka. Namun ketika mereka berada di dalam masjid, ketiga wanita ini langsung membuka burkanya tanpa sehelai benang pun menutupi dadanya.

Di tubuh mereka juga terdapat tulisan, "Tubuhku adalah milikku, bukan untuk kehormatan orang lain" serta "Jangan ada syariah di Mesir dan di dunia."

Ketiga perempuan yang dilaporkan berasal dari Mesir, Tunisia, dan Sweden, juga melaungkan "Bebaskan Perempuan", "Jangan ada Syariah di Mesir, jangan ada penindasan." Tindakan protes ini merujuk kepada protes di Mesir atas hukum Syariah fundamentalis, yang melarang perempuan untuk mendedahkan rambut mereka dan seluruh tubuh mereka kecuali muka dan telapak tangan.

Saat ketiga wanita ini melakukan aksi protesnya, tidak ada jamaah di dalam masjid. Didalamnya hanya terdapat beberapa pekerja dan wartawan yang telah diberitahu terlebih dahulu mengenai rencana demonstrasi aktivis feminis ini. Pegawai masjid kemudian melapor polis dan mereka pun akhirnya ditangkap. Mereka tidak menjelaskan kenapa mereka menggelar aksi itu di masjid yang kosong. "Mereka telah melakukan penyimpangan tata tertib dan juga gangguan," kata komander polis Stockholm, Jonas Svalin.

Kumpulan FEMEN, yang ditubuhkan di Ukraine dan beribu pejabat di Paris ini, telah berkembang sejak 2010. Mereka selalu melakukan unjuk rasa dengan bertelanjang dada berkaitan pelbagai isu perlakuan buruk terhadap perempuan dan kediktatoran.

* Sumber tempo.co


Read more...

Tanah Runtuh Di Ukay Perdana, 3 Pekerja Binaan Maut,Seorang Cedera

Kejadian tanah runtuh yang berlaku ketika para pekerja sedang melakukan kerja-kerja menanam cerucuk di tapak pembinaan. Foto ihsan CHINA PRESS.
KUALA LUMPUR: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak pembinaan di Ukay Perdana di sini pada pagi Rabu mengakibatkan tiga pekerja asing terbunuh dan seorang lagi cedera.
Seramai lapan pekerja sedang melakukan kerja-kerja menanam cerucuk di kawasan pembinaan Sierra Ukay untuk kediaman satu tingkat ketika tanah runtuh berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi Rabu.
Tanah runtuh itu mengakibatkan empat pekerja tertimbus manakala yang lain terselamat.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (Operasi), Mohd Sani Harul Said berkata, ketika anggota bomba tiba pada kira-kira pukul 11.30 pagi, dua mangsa telah dikeluarkan dari runtuhan itu oleh para pekerja binaan.
Tiga pekerja binaan yang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di tapak pembinaan di Ukay Perdana. Foto ihsan SIN CHEW
"Salah seorang daripada mereka, seorang warga Myanmar telah meninggal dunia, manakala seorang pekerja rakyat Bangladesh mengalami beberapa kecederaan termasuk patah kaki.
"Dua lagi pekerja yang dibawa keluar dari runtuhan tetapi mereka sudah pun meninggal dunia.
"Mayat mereka akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, manakala pekerja yang cedera akan dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan.
"Kami masih menyiasat punca kejadian tanah runtuh," katanya, sambil menambah bahawa jabatan itu akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk menyiasat secara terperinci berhubung perkara itu.
Mohd Sani menjelaskan bahawa tapak pembinaan itu terletak di kawasan cerun bukit di Ukay Perdana.
"Kami akan menghubungi pemaju. Operasi dijalankan tempoh sejam," katanya.
* Sumber mStar Online 

Read more...

Wanita Ditahan kerana Cium Hidung Polis

Peggy Hill | Jefferson Police Department


Florida - Peggy Hill (62), perempuan asal Florida, Amerika Syarikat, ditangkap kerana tuduhan mencium hidung seorang polis pada Sabtu (29/6/2013) malam. Ia kemudian dipenjara atas tuduhan melakukan kejahatan berupa hubungan fizikal dengan penguatkuasaan undang-undang.

Awalnya pihak berkuasa tengah menanggapi laporan atas pertengkaran yang terjadi antara Hill dan salah satu jirannya di Bradenton ketika kes penciuman "paksa" itu terjadi.

Berdasarkan laporan penangkapan pejabat Sheriff Manatee County, yang diperoleh media tempatan The Smoking Gun, Sarjan Randy Lamb sedang berbicara dengan Hill ketika perempuan itu tiba-tiba mencondongkan tubuhnya dan mencium polis itu di hidungnya.

"Hill mendekati polis itu dan mencium hidungnya tanpa izinnya. Polisi itu menjauh dari Hill dan menghapus air liur dari hidungnya, berusaha untuk membawa perempuan itu ke tahanan dan perempuan itu mulai bergumul dengan polis tersebut," tulis seorang petugas kepolisian dalam sebuah laporan.

Menurut laporan Sun-Sentinel yang dikutip Huffington Post, para petugas mencatat bahawa Hill pada akhirnya mengakui bahawa ia minum kira-kira tiga gelas wain sebelum melakukan tindakan tersebut.

Dari sebuah carian di laman Pejabat Sheriff Manatee County terungkap bahawa Hill masih berstatus tahanan dengan jaminan sebanyak 5,000 dollar AS.

* Sumber kompas.com


Read more...

Video : Blogger Lucah Alvin Tan Dan Vivian Lee Hasilkan Klip Pornografi Dengan Tangan Berbalut

PASANGAN Alvin dan Vivian tidak perlu diperkenalkan lagi.
Mereka mencetuskan kegemparan apabila menghasilkan video lucah dan menerbitkan banyak klip-klip pendek yang membincangkan topik mengenai seks secara terbuka.
Vivian sendiri pernah dikecam kerana bergambar dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah serta ‘membaluti’ tubuhnya dengan bendera Barisan Nasional tak lama dulu.
Baru-baru ini Vivian cedera parah dibahagian tangannya kerana disamun dan ditetak seorang lelaki yang tidak dikenali berhampiran rumahnya di pinggir Kuala Lumpur.
1014734_604349556249615_1381255271_o
Walaupun baru saja keluar dari wad disebabkan kecederaan yang dialaminya, ia tidak menghalang Vivian dan kekasih kesayangannya itu meneruskan ‘hobi’ mereka merakamkan adegan seks untuk tontonan ramai.
Terbaru, dengan tangan yang masih berbalut, Vivian dan Alvin kembali dengan ‘hasil karya’ terbaru mereka!
Nampaknya walau diserang dan disamun, ia tidak pernah ‘menghalang’ atau lebih tepat lagi, memberi pengajaran kepada mereka agar tidak terus melakukan perbuatan mengaibkan sebegitu.
Anda nilai dan tafsirlah sendiri…
Sumber – Mynewshub.my

Read more...

Nabila Huda Mengaku Hidup Lebih Senang Tanpa Kekasih

Nabila Huda
KUALA LUMPUR: Pelakon Nabila Huda mengakui lebih gembira menjalani kehidupan secara bersendiri berbanding jika mempunyai kekasih.
Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 29, berkata dia lebih selesa menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki atas dasar persahabatan daripada melibatkan hati dan perasaan.
"Saya tidak mahu apa-apa daripada cinta lelaki, buat masa ini saya hanya mahu mencintai diri saya, anak dan kerjaya sahaja.
"Bagi saya lebih baik berkawan daripada menjalani hubungan cinta kerana saya percaya cinta hanya akan merosakkan persahabatan," katanya ketika ditemui pada tayangan akhir drama Teduhan Kasih, di Rasta, Taman Tun Dr Ismail di sini, malam Selasa.
Nabila berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hubungan cintanya yang baharu sahaja putus dengan pelakon Nas T atau nama sebenar Muammar Zar Nasruddin awal bulan lalu.
Tambah Nabila, dia lebih bahagia menjalani hubungan sebagai teman baik berbanding menjadi kekasih kepada pelakon lelaki tersebut.
"Saya dan Nas T berkawan sejak kecil dan saya sangat senang menjalani kehidupan sebagai kawan berbanding kekasihnya.
"Bila beberapa bulan ini kami jadi kekasih rasa sangat pelik dan saya tidak boleh berkelakuan 'gila-gila' seperti waktu kami berkawan.
"Pada saya, hubungan sebagai kawan lebih menggembirakan, saya rindu saat-saat itu dan oleh itu juga kami mengambil keputusan untuk kembali menjadi kawan semula," katanya.
Nabila Huda dan NasT
Sementara itu, Nabila yang sering dihimpit pelbagai kontroversi mengakui kejayaan drama-drama lakonannya sedikit sebanyak menutup kisah peribadi yang sering dikatakan bermasalah.
"Alhamdulillah saya sudah buktikan kepada masyarakat bahawa saya berada dalam industri ini bukan kerana hanya dikenali dengan masalah peribadi sahaja.
"Saya buktikan pada mereka dan keluarga saya bahawa saya benar-benar ada bakat dan untuk sampai ke tahap ini bukan sesuatu yang mudah," katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya tentang reaksi bapanya penyanyi terkenal Amy (Search) terhadap kontroversi yang sering melandanya, Nabila berkata mereka sering berbincang tentang perkara tertentu apabila bertemu.
"Setiap bulan kami sekeluarga ada perjumpaan dan di situlah kami berbincang tentang banyak perkara tapi kebiasaannya papa tidak banyak tahu tentang saya.
"Saya lebih suka simpan sahaja sendiri apa-apa masalah atau apa juga yang saya lalui kecuali ia betul- betul perlu dikongsi," katanya.
* Sumber mStar Online

Read more...

Televisyen Britain siar azan ketika Ramadan

Televisyen Britain siar azan ketika RamadanMasjid East London antara tempat ramai orang Islam berkunjung ketika puasa. - Foto AGENSI
Eksekutif Channel 4 pertahan langkah bantu umat Islam berpuasa 

London: Stesen televisyen Britain, Channel 4 mengumumkan langkah menyiarkan azan subuh sepanjang Ramadan termasuk di laman webnya, keputusan yang dipuji dan dikritik pihak yang memberi reaksi. 

Ketua Program Channel 4, Ralph Lee (gambar kecil) menolak mereka yang mengkritik dengan berkata, siaran itu sejajar dengan ikrar stesen berkenaan untuk membantu ‘suara golongan yang kurang diwakili’ sambil menyifatkan agama Islam diterima baik di Britain. 

Seperti juga sasaran penonton Channel 4, pengikut agama itu kebanyakannya orang muda. Baru-baru ini, ada laporan mengatakan separuh warga Islam Britain berusia bawah 25 tahun” Ralph Lee, Ketua Program Channel 4

Semakin disambut baik 

Ramadan di Britain dijangka bermula pada 9 Julai depan.

Dalam satu mesej kepada Radio Times, Lee berkata: “Channel 4 sudah pasti akan dikritik kerana memberi tumpuan kepada agama minoriti penduduk tetapi itulah sebabnya kami ada di sini iaitu memberi ruang kepada pihak satu lagi yang kurang diwakili.

“Jangan lupa, agama Islam antara yang paling cepat meningkat khususnya di Britain.

“Seperti juga sasaran penonton Channel 4, pengikut agama itu kebanyakannya orang muda. Baru-baru ini, ada laporan mengatakan separuh warga Islam Britain berusia bawah 25 tahun.”

Beliau kemudian membandingkan kadar pembabitan orang Islam ketika Ramadan di Britain kepada tumpuan media tempatan kepada adat resam tempatan.

“Hampir lima peratus penduduk (Islam Britain) akan terbabit dengan aktif dengan atur cara ketika Ramadan, sedangkan tumpun lebih rendah kepada majlis tempatan yang diberi liputan besar-besaran media termasuk ulang tahun ratu naik takhta,” katanya lagi.

Komitmen Channel 4 untuk menyiarkan azan subuh itu disambut baik oleh Majlis Islam Britain.

“Ramadan masa yang istimewa bagi orang Islam dan pengiktirafannya oleh sebuah stesen televisyen arus perdana akan membantu menunjukkan keadaan Islam dan pengikutnya yang lebih munasabah.”

Pergerakan berhaluan kanan, Parti Kemerdekaan Britain (UKIP), bagaimanapun, mengkritik Channel 4.

“Stesen itu tahu keputusan mereka akan menimbulkan kemarahan dan tidak akan membantu menjernihkan hubungan antara masyarakat. Orang Islam tidak perlukan siaran itu untuk mengingatkan mereka supaya berpuasa.”


 - AGENSI


Read more...

2 jam terperangkap dalam tong derma

TONG mengumpul barangan terpakai yang ‘memerangkap’ seorang wanita penghidap sklerosis.
Oklahoma City: Gara-gara mahu mencari gelang tangan yang dipercayai dibuang bersama pakaian lama, seorang wanita terperangkap selama dua jam dalam bekas mengumpul pakaian terpakai untuk tujuan amal, semalam.
Terdahulu, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu dilaporkan memanjat tong berkenaan untuk mencari beg berisi pakaian lama yang dibuangnya. Bagaimanapun, tiba-tiba dia terjatuh dan gagal keluar dari situ.
Selepas menyedari dia terperangkap, wanita terbabit menunggu sehingga dua jam dalam kepanasan sebelum menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan. Ketika menghubungi talian 911, wanita terbabit yang menghidap sklerosis menceritakan bagaimana dia kembali ke tong berkenaan selepas menyedari gelang tangan milik ibunya hilang.
“Saya datang ke sini dan menyelongkar bungkusan yang ada dan tiba-tiba terjatuh.
“Disebabkan saya menghidap sklerosis berbilang, tidak lama kemudian saya mula kejang otot dan tidak mampu keluar sendiri,” katanya. Sementara menunggu bantuan tiba, beberapa penderma lain tidak menyedari wanita terbabit terperangkap di dalam tong itu lari apabila terdengar jeritan meminta tolong. Wanita itu kemudian diselamatkan sepasukan anggota bomba yang tiba tidak lama kemudian. Pegawai bomba bertugas, Brian Stanalan berkata, wanita terbabit keletihan dan kehilangan banyak air dalam badan. “Dia terperangkap dua jam di bawah sinar matahari dan bekas ini diperbuat daripada besi,” katanya. Tidak dapat dipastikan sama ada wanita itu menemui semula barang kemas yang dicarinya.
- Agensi (myMetro)

Read more...

Lokasi lihat anak bulan Ramadan pada 8 Julai ini

KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa ialah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.
    
Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
    
"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.
    
Jawatankuasa yang bertanggungjawab akan melihat anak bulan di lokasi berikut:
    
    - Pontian Kecil, Johor;
    - Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;
    - Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;
    - Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor;
    - Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor;
    - Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor;
   
    Lokasi lain ialah:
    - Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak;
    - Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;
    - Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah;
    - Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah;
    - Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah;
    - Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu;
    - Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu;
    - Pulau Perhentian, Besut, Terengganu;
    - Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu;
    - Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan;
    - Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai,

Kelantan;
      
    - Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan;
    - Tanjung Lubang, Miri, Sarawak;
    - Teluk Bandung, Kuching, Sarawak;
    - Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak;
    - Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah;
    - Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang;
    - Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang;
    - Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;
    - Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;
    - Menara Kuala Lumpur;
    - Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan
    - Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.
   
 - Bernama


Read more...

Anwar Ibrahim miliki 20 akaun luar negara termasuk Israel?

 Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Seorang penyokong kerajaan mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.
   
Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.
   
Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel.
   
"Perkara ini tersebar luas dalam internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala ialah dari mana datangnya wang sebanyak ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
   
Liang berkata setiap akaun itu mempunyai maklumat terperinci seperti nama pemegang, jawatan, nombor pasport, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.
   
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan menyiasat perkara itu kerana ia amat bahaya memandangkan ada akaun berkenaan dibuka di Israel sedangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara itu.

Dakwaan itu mengundang tindak balas Tian Chua (PKR-Batu) yang bangun mencelah dan mendesak Liang mengemukakan bukti dan tidak membuat tuduhan melulu sambil menggesa mengemukakan bukti itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.
   
"...Kita sudah berjuang lebih 15 tahun, satu sen pun tidak dapat...jadi kalau pemimpin kita kaya macam ini, kita juga ingin tahu," katanya.
   
Ini diikuti Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) yang turut mendesak Liang mengemukakan bukti dan sekiranya gagal berbuat demikian perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
   
Desakan oleh wakil pembangkang itu mendorong Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah dan dengan lantang mencabar pembangkang mengambil tindakan undang-undang ke atas WikiLeaks sekiranya maklumat itu adalah palsu.
   
Liang mengakhiri perbahasannya dengan berkata tindakan Anwar memiliki akaun di negara Israel seakan memungkiri janji dan komitmen ketika bersama mengutuk kekejaman tentera Israel ke atas penduduk Gaza tahun lepas.
   
"Tahun lepas, di dewan ini ketika perdana menteri membentangkan usul khas mengutuk serangan Israel ke atas Gaza, Permatang Pauh bersama Pas dan DAP turut mengutuk sama tetapi sebaliknya di belakang mempunyai akaun simpanan di negara berkenaan," katanya.
   
Persidangan bersambung esok.

 - Bernama (sinarharian)


Read more...

Diana Danielle Selamat Bersalin Anak Lelaki

Gambar perkahwinan Farid dan Diana pada 3 November 2012
PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil mendapat anak lelaki selepas isterinya pelakon Diana Danielle Danny Beeson, 22, bersalin di Australia pada Selasa.
Berita itu turut disahkan oleh penerbit filem David Teo yang juga Pengarah Urusan syarikat produksi Metrowealth Interational Group (MIG) kepada mStar Online pada Selasa.
“Farid menghantar mesej dari Australia dengan memberitahu sayalah orang pertama yang mendapat berita isterinya iaitu Diana Danielle selamat bersalin anak lelaki,” katanya kepada mStar Online
David berkata, Farid telah memaklumkan Diana sepatutnya bersalin pada 15 Julai ini tetapi proses kelahiran berlaku lebih awal.
Bayi berkenaan lahir kira-kira pukul 4.30 petang waktu Malaysia.
“Apa-apa pun proses kelahiran berjalan dengan baik. Bayi selamat, ibu pun selamat dan sihat,” katanya.
Inilah wajah anak Farid Kamil dan Diana Danielle. Gambar ini dimuat naik menerusi akaun Instagram milik Farid kira-kira pukul 6.30 petang Selasa.
Terdahulu Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 32, memuat naik gambar bayi berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang Selasa melalui laman sosial Instagram miliknya dengan kenyataan; welcome to the world my son (selamat datang ke dunia anak lelaki ku).
Dalam Instagram itu juga Farid turut menulis berat bayi tersebut ialah 9.7 paun (4.3 kilogram)
Sebelum ini industri hiburan dikejutkan apabila Farid memuat naik gambar dia mengucup seorang bayi sehingga menimbulkan salah faham kanonnya Diana Danielle telah melahirkan anak sebelum genap sembilan bulan usia perkahwinan mereka.
Bagaimanapun gambar itu telah dinafikan oleh adik Farid iaitu Fadzil Zahari yang mendakwa bayi itu adalah anak saudara mereka yang lahir pada 11 Mei lalu.
Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake dekat sini.
Selepas beberapa bulan berumah tangga, Diana berhijrah sementara ke Sydney, Australia untuk melanjutkan pelajaran di negara itu.

Read more...

Selasa, 2 Julai 2013

4 pasangan dicekup kerana berkhalwat

imej google
TAWAU - Empat pasangan kekasih dicekup sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di sebuah hotel murah di bandar ini kerana berkhalwat.
Kesemua mereka yang berusia 18 hingga 30 tahun ditahan dalam satu operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi penguatkuasa bermula pukul 12 malam.
Ketua Penguatkuasa Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Azinun Sanarul berkata, sembilan individu turut ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
"Kita telah menahan empat pasangan kekasih dari be berapa buah bilik di sebuah penginapan murah. Ketika diperiksa, kesemua mereka gagal menunjukkan bukti per kahwinan," katanya di sini hari ini.
 - KOSMO!


Read more...

Gadis kecil Ini terkunci 2 Tahun dalam Almari

Georgia, gadis kecil yang terkunci dalam lemari selama dua tahun. Nydailynews.com

New York - Seorang gadis cilik dijumpai dalam keadaan hampir mati kerana dikunci ibu kandungnya di dalam peti. Gadis ini dikunci selama kira-kira 2 tahun tanpa diberikan makanan dan minuman. Untuk buang air kecil dan air besar pun ia hanya menggunakan pispot yang terdapat dalam peti.

Ny Daily News melaporkan, ketika Georgia dijumpai, keadaanya sudah sangat kritikal. Berat tubuhnya yang saat ini berusia 5 tahun hanya kira-kira 8 kilogram. Ibu dari gadis kecil tersebut mengunci anaknya kerana Georgia yang saat itu berumur 3 tahun, sangat mirip dengan ayahnya.

Ibunya, Asusena Marie Gonzales, saat ini memang tinggal sendiri sebagai single parent. Dia mengaku kesal terhadap anaknya hingga menguncinya dalam peti. "Aku sangat ketakutan ketika tinggal dengan ibu kandungku, dia mengunci saya di dalam peti, dan aku tidak mempunyai makanan atau air atau apa pun untuk makan atau minum," ungkap Georgia.

Tak hanya kepada Georgia, Marie Gonzales juga berbuat jahat kepada anak-anaknya yang lain. Namun hal terparah hanya dirasakan oleh Georgia. Ketika pihak berkuasa menyelamatkan gadis kecil ini, mereka hanya mencari pispot yang penuh dengan kotoran bersamanya. Georgia juga ditemui dalam keadaan tubuh yang kurus, lekukan tulang-tulangnya hanya dilindungi oleh kulit.

Tahu akan kejadian yang tersebut, Amanda dan Clint Lile datang ke rumah sakit tempat gadis ini dirawat. Mereka merancang untuk menerima pakai Georgia. Nama Georgia sendiri adalah nama baru yang diberikan oleh orang tua angkatnya, Amanda dan Clint Lile, yang sangat menyayangi dia.

"Kami sangat bahagia melihat dia boleh pulih dan sihat seperti anak normal yang lain. Saya benar-benar percaya itu adalah kuasa dan kurnia Tuhan yang memberikan kesempatan agar ia boleh tetap hidup, itu merupakan keajaiban, "ungkap Amanda dan Clint Lile. Sementara itu, ibu kandung Georgia, Marie Gonzales, sedang menjalani masa hukumannya selama 40 tahun dan ia tidak akan dibebaskan dari penjara sebelum tahun 2031.

* Sumber tempo.com


Read more...

Wanita Ini Mengalami Orgasme Ketika Kaki Kirinya Disentuh


imej google

AMSTERDAM - Seorang wanita berusia 45 tahun di Belanda, melawat doktor dengan aduan yang aneh, ia mengaku mengalami orgasme ketika kakinya tersentuh.

Sensasi itu terjadi pada kaki kirinya dan tidak disebabkan oleh hasrat atau fikiran seksual. Menurut pemberitaan Foxnews.com, wanita itu mengalami orgasme sebanyak lima hingga enam kali dalam sehari.

Wanita itu berkata, orgasme yang ia rasakan sama dengan orgasme yang dicapai saat berhubungan seks.

Menurut seorang ahli saraf di Psychopharmacology seksual Universiti Utrecht Belanda, Dr Marcel D Waldinger, wanita itu merasa sangat menderita kerana kelainnya tersebut.

"Dia merasa buruk tentang hal itu," kata Waldinger.

Marcel merupakan salah satu doktor yang merawat wanita itu. Ia membeberkan berdasarkan gambar resonans magnet (MRI scan) otak wanita dan kaki kiri wanita itu menunjukkan tidak ada kelainan, walaupun ujian lain mendedahkan terdapat sejumlah perbezaan antara saraf kaki kiri dan kanannya.

Merangsang kaki kirinya dengan arus elektrik, bebernya mencetuskan orgasme spontan.

Wanita itu saat ini tengah menjalani rawatan dengan disuntikan dibahagian tulang belakangnya, di bahagian saraf yang menerima maklumat deria dari kaki.

Sejak itu orgasme wanita itu berhenti sama sekali. "Wanita itu tidak mengalami orgasme kaki selama lapan bulan, walaupun ia mungkin perlu kembali untuk suntikan anestesi lain jika gejala kembali," katanya.

Para penyelidik menyebut gangguan yang dialami wanita itu sindrom orgasme kaki.

Waldinger menduga ada sejumlah orang yang mengalami kelainan tersebut, namun malu memperkatakannya.

* Sumber tribunnews.com


Read more...

Benjy Mengaku Tidak Bersalah Miliki Syabu

Benjy menundukkan muka ketika dibawa ke mahkamah majistret Ampang pada 26 Jun lalu bagi mendapatkan perintah tahanan reman. Gambar Ihsan SIN CHEW.
AMPANG: Anak kepada seniwati Azean Irdawaty iaitu Benjy mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke mahkamah majistret di sini pada Selasa atas tuduhan memiliki 4.7 gram dadah jenis syabu.
Selain Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, lima rakannya termasuk dua orang wanita turut dihadapkan ke mahkamah yang sama atas tuduhan berkenaan iaitu Zain Amir Zainal Khairi, 37, Imran Radzi Ibrahim, 32, Asmanizam Mohamed Akhir, 32, Norazila Arzami, 27 dan Afifi Hamidi, 27.
Bagaimanapun hanya Zain Amir sahaja mengaku bersalah atas tuduhan itu.
Majistret Ayuni Izzati Sulaiman menetapkan 26 Ogos depan untuk sebutan semula kes tersebut selain mengarahkan setiap tertuduh masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM3,800 dengan seorang penjamin.
Akhbar sebelum ini melaporkan Benjy bersama lima rakannya ditahan polis atas kesalahan penyalahgunaan dadah dalam serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini pada pukul 11.30 pagi, 26 Jun lalu.
Benjy juga dilaporkan bertidak kasar dengan menghalang jurugambar daripada merakamkan gambarnya ketika dia dibawa ke mahkamah majistret di sini sehari selepas kejadian untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 akta sama.
Pada Mac 2010, Benjy telah didakwa atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu di No. A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B melalui Jalan Segambut tetapi awal tahun lalu, mahkamah mendapati pelakon itu tidak bersalah dan dibebaskan tanpa syarat.
* Sumber mStar Online

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP