GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 29 April 2010

Pasar Besar Jerantut setanding Pasar Siti Khadijah

MDJ bersama AFSB Jerantut

JERANTUT 28 April - Majlis Daerah Jerantut (MDJ) akan menaik taraf Pasar Besar Jerantut di sini setanding Pasar Siti Khadijah di Kelantan dan Pasar Payang di Terengganu, bagi menarik pelancong ke kawasan itu.

Setiausaha MDJ, Wan Norizan Wan Badaruzzaman berkata, pasar itu juga akan diberi nama baru yang lebih komersial.

"Kita akan umum nama baru Pasar Besar Jerantut tidak lama lagi yang bakal memberi perspektif baru dalam bidang pelancongan seperti Pasar Siti Khadijah dan Pasar Payang.. Berita Selanjut klik ( Sini )..


*** Tahniah untuk orang orang Jerantut ..Pasar besar ada Pasar Tani ada Pasar Raya yang besar besar lagi ada.. Cuma jalan jalan raya kena besar besar dan lubang besar besarnya kena baiki..

18 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 29 April 2010 pada 8:17 PG  

Huhu..makin lawo Pasar kita weh..mmg cun laa esok kawan harap bender kalau dah buat lawo gitu jgn di palor aje rugi duit kome hehehe...

Sharinginfoz 29 April 2010 pada 8:24 PG  

apa yang penting kebersihan dan kemudahan untuk orang ramai kan...

Hidup Tanpa Handphone??

Pacifist 29 April 2010 pada 8:28 PG  

tahnioh la kwn ucapkan kpd warge jerantet.moge perubahan sesuai dgn kehendok semase.bior seme dpt manfaat.baik drp sekecik2 anok sampai sebesor2 gajoh..

pB 29 April 2010 pada 8:33 PG  

rasanya pB tak pernah sampai ke Jerantut nie...

apa yang menarik di sini...

citerlah sikit

Saliza 29 April 2010 pada 8:41 PG  

Setuju dgn sharinginfoz tu, yg penting kebersihan dan kemudahan mesti tip top..

Nerzhul 29 April 2010 pada 9:12 PG  

chantekk la gitu. takyoh gi jejauh la nak shopping pasni.

Cik SHiNJU 29 April 2010 pada 10:06 PG  

Salam...
wah...best la kala gitu...
kita kena wujudkan lbh byk tarikan ke Pahang ni...mcm NS wujudkan nilai 3,sampai tenggelam tangkak dibuatnye...Pasni org2 Phg xyah p Pasar Payang dah cari stok kain..Jgn buat pasar jual mknan jer...

Relevan 29 April 2010 pada 10:36 PG  

* Esok ada lagi gotong royong..hadoiii!..

* pB nak tau pasal Jerantut sila layari blog en Yassin akuanakpahang tu..

hans 29 April 2010 pada 11:12 PG  

wah,kira nya besar lah pasar nih yer

eeeda 29 April 2010 pada 11:18 PG  

Bangganya jadi warga Jerantut....

myQza 29 April 2010 pada 11:58 PG  

pasar besar byklah bw balik ikan!!

Ateh Nour 29 April 2010 pada 12:35 PTG  

Assalamualaikum, apa2 pun tandas mesti bersih, for emergency case...
Tahniah warga jerantut dapat SU baru yang perihatin dan dedikasi...

Tanpa Nama ,  29 April 2010 pada 12:41 PTG  

pasar sekrg ni katne? koi pun tak pasan hehe. agaknya nti nm br nya "pasar besar siti nurhaliza"..hehe. klu derang bina bulat mcm kat KB tu, cantik..

dh siap nti, aok kabo la yak. koi nak ajak miecyber gi beli sayur.

Relevan 29 April 2010 pada 1:37 PTG  

* Ha ha Intan weh...Mie Cyber duk makan ket Restoran tiap hari..guane nya nak meli sayur..

mama affan 29 April 2010 pada 2:05 PTG  

kalau abah ryna la datang sana..habis la sayur kampung, petai, siput sedut..pastu kulat dibelinya..ikan paten lagi..tempoyak..

kalau g pasar malam, spare 200 pun x cukup..huhu..

al-mankaraqi 29 April 2010 pada 3:12 PTG  

tahniah kepada orang jerantet...

tahniah juga kpd org kelantan, kerana jadi contoh dan sebutan.......

Hairun Azmi 29 April 2010 pada 10:07 PTG  

Kembang idung khaih sekejap...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP