GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Ceria. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ceria. Papar semua catatan

Isnin, 28 Oktober 2013

Asam Pedas Madu 3,Tiga isteri 1 bisnes

NOR Yunos (kiri) bersama Sarah (dua dari kiri) dan anak serta kakitangannya.
Johor Bahru: “Kedua-dua cawangan gerai asam pedas diberi nama Gerai Asam Pedas Madu Tiga, hasil idea isteri pertama yang merasakan nama itu unik, menggambarkan kehidupan saya bersama tiga isteri.
“Alhamdulillah, bukan saja kehidupan bersama tiga isteri dan 11 anak bahagia, malah kehidupan kami kini semakin stabil berkat perniagaan yang dijalankan,” kata Nor Yunos Gareng, 67. 
Beliau berkata, dia menjalankan perniagaan asam pedas sejak enam tahun lalu bermula dengan gerai pertama di Pekan Nenas, Pontian yang kini diuruskan isteri kedua Trisunarti Ningsih, 53, dan ketiga Mursita Herman, 40. 

Gerai asam pedas kedua di Kulaijaya yang dibuka pada empat tahun lalu pula diuruskan isteri pertama Sarah Sirat, 64.
“Sejak kecil saya kerap ke dapur membantu ibu memasak dan daripada situ saya mempelajari pelbagai resipi masakan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Read more...

Ahad, 27 Oktober 2013

Siti Saleha Akui Bercinta Dengan Lelaki Eropah

Siti Saleha kini duta produk Simplysiti. Foto FAIHAN GHANI
KUALA LUMPUR: Pelakon Siti Saleha mengakui dia sudah pun memiliki seorang kekasih berbangsa Eropah dan hubungan itu sudah terjalin sejak empat bulan lalu.
Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum, 23, bagaimanapun berkata, perhubungan itu tidak bermakna dia akan berkahwin dalam masa terdekat ini kerana masih lagi mengenali hati budi antara satu sama lain.
"Biasalah, kita perlukan warna dalam kehidupan ini dan benar, saya sudahpun mempunyai seorang kekasih. Dia merupakan lelaki berbangsa Eropah yang bekerja di negara ini.
"Tetapi ia masih pada fasa perkenalan dan tiada yang serius lagi dalam perhubungan ini. Saya baru berumur 23 tahun, banyak perkara yang ingin saya lakukan dahulu sebelum berkahwin," katanya.
Saleha ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan Simplysiti yang terbaharu iaituSimplysiti White & Detox di restoran The Apartment pusat beli belah KLCC di sini pada Sabtu.
Saleha dan Siti Nurhaliza pada majlis pelancaran produk baharu 'Simplysiti White & Detox'.
Tambah pelakon filem Balada Pencinta itu, bagaimanapun dia tidak mahu menceritakan lebih lanjut mengenai identiti kekasihnya itu.
Sementara itu, pada pelancaran produk Simplysiti, Datuk Siti Nurhaliza yang turut menghadiri majlis tersebut mengumumkan Saleha sebagai duta bagi set produkSimplysiti White & Detox.
Beritahu Saleha, dia menyifatkan pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Simplysiti menyuntik semangatnya dalam berkongsi informasi kepada para remaja mengenai penjagaan wajah.
Katanya, dia merupakan seorang yang sangat peka terhadap hal-hal kecantikan wajah dan apabila ditawarkan sebagai duta produk itu, dia terus menerimanya dengan hati terbuka.
"Saya ditawarkan sebagai duta pada Ogos lalu dan sebelum itu mereka memberikan saya sampel produk tersebut untuk mencubanya.
"Selepas melihat kelebihan produk ini yang memberikan kesegaran pada wajah, saya terus memutuskan untuk menerima tawaran tersebut," ujarnya.
Dalam pada itu, Siti berkata, dia yakin, pemilihan Saleha sebagai duta produknya dapat menarik lagi perhatian pembeli daripada kalangan remaja yang menginginkan produk pencerahan wajah.
"Saleha seorang yang sentiasa ceria dan aktif dalam setiap kerja yang dilakukan dan lihatlah, dia memiliki peminat yang ramai.
"Kerana itu saya percaya pemilihan Saleha sangat bertepatan dengan keinginan pihak Simplysiti yang ingin menarik perhatian golongan remaja," tuturnya.
Sumber mStar Online

Read more...

Jumaat, 25 Oktober 2013

Bajet 2014,Bonus Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM500 Kepada Penjawat Awam

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang buku Bajet 2014 selepas membentang anggaran perbelanjaan persekutuan itu di Perkarangan Bangunan Parlimen pada Jumaat. Turut kelihatan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. -Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimun RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250. "Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat.
Pada Ogos lepas, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.
Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54
.-BERNAMA


Read more...

Khamis, 24 Oktober 2013

Neelofa nak tinggalkan Dunia Seni ?

Neelofa
MALE ATOLL SELATAN (MALDIVES): Pelakon dan pengacara Neelofa mahu meninggalkan dunia seni untuk memberi tumpuan dalam bidang perniagaan dan rumah tangga yang bakal dibinanya sebelum mencecah usia 30 tahun.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, berkata, dia tidak percaya bakatnya akan diperlukan dalam tempoh lima tahun akan datang kerana ketika itu sudah ada pelakon-pelakon baharu yang lebih menjadi perhatian.
“Terus-terang saya katakan, saya tidak pernah berhasrat untuk berlakon sampai bila-bila. Insya-Allah, dalam masa lima tahun ini saya akan kurangkan aktiviti seni dan seterusnya meninggalkan dunia glamor ini untuk beralih kepada bidang lain apabila usia saya 30 tahun,” katanya kepada mStar Online.
Aksi manja Neelofa ketika bergambar di sisir pantai.
Neelofa ditemui semasa menyertai percutian bersama syarikat penerbangan tambang murah AriAsia X selama lima hari bermula 18 Oktober lalu di Holiday Inn Kandooma di sini.
Selain Neelofa, pengacara Fara Fauzana turut bersama dalam percutian berkenaan bagi merasai perjalanan laluan terbaharu syarikat penerbangan itu selain melihat keindahan pulau terbabit.
Neelofa berkata, dia tidak menyesal membuat keputusan berkenaan memandangkan ketika ini semakin ramai artis baharu muncul dan tentunya pada masa depan, pelakon lain lebih menonjol sebagaimana yang dialami pelakon senior lain ketika ini.
Antara pemandangan indah di Maldives.
Ujarnya, sebagai permulaan dia mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan termasuklah memperkenalkan produk penjagaan kesihatannya iaitu Bellavita.
Pengacara rancangan Nona dan Meletop ini turut membayangkan akan mendirikan rumah tangga pada usia 29 tahun.
“Saya merancang selewat-lewatnya pada usia 29 tahun saya akan berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Pada waktu itu tumpuan saya adalah dalam perniagaan dan bukan lagi lakonan,” jelasnya sambil memberitahu buat masa ini masih belum mempunyai teman istimewa.
Dalam perkembangan lain Neelofa berkata dia sudah mendapat surat tawaran untuk mengikuti kursus jangka pendek di New York Film Academy, di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Neelofa akan mengambil kursus dalam bidang lakonan selama sebulan bermula 6 Januari 2014.
“Saya sudah bersedia untuk meneroka bidang seni dengan mengikuti kursus jangka pendek di Amerika Syarikat. Ketika itu saya sedang cuti semester di kolej saya sekarang. Jadi, mudah untuk saya untuk menyambung pelajaran,” katanya yang ketika ini merupakan pelajar Kolej Universiti Sunway, Petaling Jaya, peringkat ijazah sarjana muda pemasaran dan perdagangan antarabangsa.
Sumber mStar Online

Read more...

Jumaat, 18 Oktober 2013

Lelaki Hebat ! Sudah berusia 103 tahun mampu berkahwin lagi

RIELLA duduk di atas kerusi roda di sebelah isterinya, Lopez pada majlis perkahwinan yang diadakan di belakang rumah mereka di Santa Rosa del Aquaray, Asuncion pada Selasa lalu.- AFP

BUENOS AIRES - Seorang lelaki berusia 103 tahun, Jose Manuel Riella melangsungkan semula perkahwinan dengan isterinya, Martina Lopez yang berusia 99 tahun pada Selasa lalu di belakang rumah mereka di Asuncion, Paraguay.



Pasangan itu sebelum ini telah melangsungkan perkahwinan buat kali pertama pada tahun 1933 tanpa dihadiri oleh seorang paderi tetapi disaksikan hanya pegawai pentadbiran.
Namun, selepas 80 tahun hidup bersama, pasangan itu sekali lagi melangsungkan perkahwinan dengan dihadiri seorang paderi Kristian Katolik.
Ketika majlis itu berlangsung, Riella duduk di atas sebuah kerusi roda.
Majlis perkahwinan itu dihadiri oleh lapan orang anak mereka.
Seramai 50 cucu, 35 cicit dan 20 piut pasangan itu turut menyaksikan majlis perkahwinan itu.
 - Agensi(kosmo!)

Read more...

Hanis Zalikha Mengaku Rapat Dengan Hairul Azreen


PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha tidak menafikan aktor Hairul Azreen adalah lelaki paling rapat dengannya ketika ini.
Hanis, 23, berkata, dia selesa berkawan dengan Hairul kerana pemuda itu adalah kenalan lamanya selain sifat dia yang cukup mengambil berat terhadap orang lain.
"Saya rapat dengannya kerana kami sudah berkenalan sebelum bergelar artis lagi dan Hairul boleh dikatakan senior dalam bidang lakonan.
"Jadi dia sering menjadi tempat rujukan apabila saya ingin bertanya sesuatu mengenai lakonan dan kami berkongsi banyak minat sama yang membuatkan kami selesa berkawan," jelasnya kepada mStar Online.
Bagaimanapun kata Hanis, keakraban itu tidak bererti dia dan Hairul mempunyai hubungan cinta sebaliknya dia menganggap Hairul seperti abangnya.
"Saya tidak mempunyai abang dan dia banyak mengajar perkara-perkara baharu kepada saya dan hubungan baik kami tidak lebih daripada sekadar teman biasa," jelasnya.
Hanis berkata, buat masa ini dia belum terfikir untuk mencari teman lelaki kerana baginya kerjaya adalah keutamaan dan perlu diberi perhatian.
Hairul disifatkan sebagai seorang lelaki yang cukup mengambil berat dan periang oleh Hanis.
"Soal cinta saya tolak ke tepi dahulu kerana ia adakah perkara terakhir akan saya fikirkan buat masa ini tambahan pula saya masih muda dan ingin mengejar cita-cita terlebih dahulu," jelasnya.
Sementara itu, Hanis berkata, dia terkilan apabila terpaksa meninggalkan program Mad Market yang telah menaikkan namanya dalam bidang pengacaraan kerana tidak dapat mengikuti jadual penggambaran rancangan itu.
Kata Hanis, dia berat hati untuk meninggalkan program yang disiarkan di TV9 itu namun terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu menimbulkan masalah lain kepada produksi dan dirinya sendiri.
"Sudah tentu saya sedih kerana terpaksa meninggalkan program berkenaan tetapi kerana jadual dan masa yang terhad saya terpaksa meninggalkan Mad Market.
"Namun saya lega apabila penggantinya nanti merupakan sahabat baik saya dan dia sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk menyertai program itu," katanya.
Malah kata Hanis, pihak pengurusannya juga iaitu Astro Talent terpaksa menolak semua tawaran untuknya sehingga penghujung November ini kerana jadualnya yang terlalu padat.
Dalam perkembangan lain, Hanis berkata, selain sibuk mengacarakan Diari Akademi Fantasia 2013 dia kini turut terlibat dalam rakaman program travelog iaitu Pertama Kali With Air Asia X dan Raikan Cinta.
Sumber mStar Online

Read more...

Cerita Nikita Mirzani tentang Malam Pertama dengan Suami


Nikita Mirzani dan Suami

Nikita Mirzani Telah menikah DENGAN Kekasih barunya, Sajad Ukra. Bintang filem 'Mama Minta Swisscash' ITU pun bercerita Untukmasalah Malam pertamanya. Terindah apa?

Menurut Nikita, Malam pertamanya DENGAN Jad banget indah. Ibu Satu anak tersebut pun memuji sang Suami SEBAGAI sosok Yang romantis.

"Jad orang Yang banget romatis," ungkap Nikita saat dihubungi detikHOT melalui Telefon, Kamis (17/10/2013).

Saat ditanya Siapa Subjek ada taburan bunga di ranjangnya saat Malam Pertama, Nikita mengamininya. "Ada dong," sahut sosok Kelahiran Jakarta, 17 Mac 1986 tersebut.

Sayangnya, Usai Resmi menikah pada Isnin (2013/11/10) Lalu Nikita dan Jad Belum sempat berbulan madu. Nikita Masih sibuk Bekerja, dan mempromosikan filem Layar lebar terbarunya berjudul 'komik 8'.

Nikita Baru Akan berbulan madu DENGAN Jad Disember mendatang. Pasangan ITU Akan Scram ke Tiga negara, yaitu Jepang, Perancis, dan Maladewa.

Sumber tribunnews.com


Read more...

Selasa, 15 Oktober 2013

Hobi Hebat ! Wanita kumpul 62,500 helai lampin

KESEMUA 62,757 rekaan lampin yang dimiliki Kozakova disimpan di ruang pejabatnya di Slovakia.

BRATISLAVA, Slovakia - Seorang wanita di Slovakia mencipta rekod dunia dengan mengumpul 62,500 helai kain lampin, sekali gus diktiraf Guinness World Records, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.


Antonia Kozakova menyimpan kesemua 62,757 rekaan lampin tersebut yang bernilai £300,000 (RM1.5 juta) di ruang pejabatnya di sini.
Kozakova, 39, mengambil masa 16 tahun untuk mengumpulkan koleksi tersebut. Dia memperoleh lampin itu dari serata negara di dunia.
Wanita itu mula mencipta rekod dunia Guinness World Records pada tahun 2007 dengan koleksi 21,000 helai lampin. Sejak itu, Kozakova telah memecahkan rekod sendiri sebanyak tiga kali.
"Koleksi yang saya miliki adalah unik. Setiap koleksi hanya ada satu di dunia ini," kata Kazakova.
 - Agensi(kosmo!)


Read more...

Family FirSt, Fasha Sandha Tidak Kisah Populariti Menurun

Fasha Sandha 
PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha mengakui sejak mendirikan rumah tangga dan memiliki anak bernama Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 6 bulan, dia sudah tidak kisah dengan populariti sebagai selebriti seperti zaman solonya sebelum ini.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 29, berkata, keadaan itu langsung tidak merisaukan dirinya kerana dia kini meletakkan keluarga sebagai keutamaan.
"Sekarang ini saya sudah berada di fasa lain dimana kerjaya jatuh pada nombor dua dan tidak kisah pun sekiranya publisiti dan populari yang diraih tidak seperti dulu.
"Sebab itu kalau ada media meminta saya untuk mengadakan sesi fotografi, saya akan pilih mengikut kesesuaian. Bagaimanapun Alhamdulillah, pihak produksi masih lagi sudi menawarkan saya berlakon sehingga sekarang," katanya kepada mStar Online.
Tambah Fasha, dia yakin, kepercayaan pihak produksi terhadap dirinya bagi menjayakan sesebuah drama atau filem adalah kerana disiplin kerja yang diterapkan sejak dulu lagi.
Malah kata pelakon drama Cinta Mat Semperit itu, kebanyakan pelakon kini gagal menjaga disiplin masa sehingga ia menjejaskan kepercayaan pihak produksi terhadap seseorang pelakon itu.
"Kena ingat, macam mana popular atau panas dengan kontroversi sekalipun seseorang artis itu, tanpa disiplin mereka tidak akan kemana. Memang sekarang ini ramai pelakon tetapi nak cari yang berdisiplin tak ramai," ujarnya.
Sementara itu, Fasha berkata, dia juga gembira apabila suaminya sering memberi sokongan dalam apa juga kerja yang dilakukan dan sebagai isteri, dia memastikan menjaga batas-batas lakonannya agar tidak membuatkan suaminya terasa.
"Walaupun suami tidak memberi sebarang syarat-syarat untuk saya berlakon, tetapi sebagai isteri dan ibu, saya perlulah jaga batas-batas yang sepatutnya.
"Malah saya tak perlu menjelaskan perkara-perkara yang saya enggan lakukan kepada pengarah kerana mereka juga pasti faham dengan status saya sekarang ini. Yang penting kualiti kerja yang dibawakan dalam lakonan," tegasnya.
Sumber mStar Online

Read more...

Isnin, 14 Oktober 2013

Raja Azmi kini Sah Bergelar Isteri Eddie (CRK)

Raja Azmi sah bergelar isteri kepada Mohd Eddie Ghazali dengan sekali lafaz. Foto SHAARI CHEMAT / THE STAR
KUALA LUMPUR: Produser filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman sah bergelar isteri kepada gitaris kumpulan CRK iaitu Mohd Eddie Ghazali, 45, dengan sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Laman Beringin, Istana Budaya di sini pada malam Ahad.
Akad nikah berkenaan telah disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Ul-Ihsan Mejar (B) Ismail Wan Ahmad kira-kira pukul 9.20 malam.
Pengantin perempuan diwakil walikan oleh abangnya iaitu Raja Azman Raja Sulaiman serta bersaksikan oleh adik bongsunya, Raja Azizdin Raja Sulaiman dan menantunya, Mohammad Shadan Hashim.
Raja Azmi, 54, telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
Rombongan lelaki turut membawa satu dulang hantaran mengandungi senaskah Al Quran, mas kahwin dan gelang tangan emas putih.
Raja Azmi.
Manakala pihak perempuan membalas tiga dulang hantaran berupa manis-manisan seperti cokelat, biskut dan jeli.
Upacara membatalkan air sembahyang dilakukan sejurus selepas akad nikah dengan Eddie menyarungkan gelang emas putih ke tangan Raja Azmi.
Pasangan ini terdahulu telah mengikat tali pertunangan pada 15 Julai lalu di kediaman wanita tersebut di Ukay Perdana, Ampang.
Sementara itu, Raja Azmi yang ditemui bersyukur dan lega kerana majlis berkenaan berjalan lancar walaupun berasa gementar.
"Kami mula berkenalan pada 15 Januari lalu. Apa yang menggembirakan saya, anak-anak dapat menerima hubungan ini. Mereka mahu lihat ibunya gembira dan saya cukup terharu.
"Walaupun perkenalan kami cukup singkat, saya yakin Eddie adalah lelaki yang sesuai buat saya," katanya.
Eddie yang merupakan pemain bes kumpulan rock 1990-an iaitu CRK sudah pun menduda sejak lima tahun lalu selepas isterinya meninggal dunia pada Januari 2008.
Hasil perkahwinan pertama Eddie, dia dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohd Daniel, 21 dan Mohd Effy, 19.
Manakala Raja Azmi pula mempunyai tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 28, Puteri Suaida, 24, dan Megat Deli, 19, hasil perkahwinannya dengan jurulatih badminton negara, Jalani Mohamad Sidek.
Mereka bercerai dengan talak satu pada 27 Jun 2012.
Kumpulan CRK pernah popular dengan lagu Cinta Dan Air Mata.
Sumber mStar Online


Read more...

Selasa, 1 Oktober 2013

Kunci lama pintu Kaabah akan ditukar awal Muharram


Kunci lama pintu Kaabah akan ditukar dalam satu majlis disaksikan penjaga Kaabah pada awal Muharram ini. - AGENSI

MEKAH 30 Sept. - Kunci pintu Kaabah akan ditukar pada awal November ini, sempena Tahun Baharu Hijrah, kata Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci menerusi jurucakapnya, Ahmad al-Mansouri.

Ahmad berkata, penukaran kunci bagi menggantikan kunci lama yang telah berusia 30 tahun itu akan disaksikan oleh penjaga Kaabah atau Sadin.

"Permintaan supaya menggantikan kunci lama itu pernah disuarakan bekas penjaga Kaabah, Allahyarham Sheikh Abdul Aziz al-Shaibi.

"Beliau ada menulis surat kepada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah pada 15 Zulhijjah 1429 (Disember 2008) di mana beliau menyatakan masalah yang dihadapi ketika membuka pintu Kaabah untuk tujuan membasuh kain Kaabah," kata Ahmad.

Bagaimanapun, kunci tersebut kembali boleh digunakan selepas diperbaiki selama 12 jam.

Raja Abdullah kemudian memerintahkan agar Pusat Sains dan Teknologi Raja Abdulaziz (KACST) menjalankan kajian tentang aspek teknikal jika kunci tersebut perlu diganti.

Sehubungan itu, satu kajian dijalankan bagi menghasilkan kunci baharu yang tahan lasak dan karat dengan mengambil kira pandangan penjaga Kaabah yang mencadangkan agar kunci baharu diperbuat daripada emas bagi menjamin ketahanannya.

Tahun Baharu Hijrah 1435 disambut pada 5 November tahun ini.

Kunci Kaabah juga biasanya digunakan sebanyak dua kali setahun iaitu semasa proses mencuci kain Kaabah pada bulan Muharram dan Syaaban. 

- AGENSI



Read more...

8 Gambar,Tubuh bogel Model cantik hanya di tutup dengan Lukisan

Para model tampil dengan aneka lukisan unik di acara International Contest of Hairdressers, Nail & Body Art Designers.

Seniman sedang menyelesaikan lukisan di tubuh seorang model yang berpenampilan kostum naga saat sebelum acara International Contest of Hairdressers, Nail & Body Art Designers.

Seniman tampak sedang melukis tubuh seorang model sebelum acara International Contest of Hairdressers, Nail & Body Art Designers.

Seorang model memaparkan kreasi seni lukisan tubuh di wajahnya.

Seorang model memperlihatkan lukisan Dewa Ganesha di tubuhnya saat acara International Contest of Hairdressers, Nail & Body Art Designers.

Seorang model berpose saat tampil acara International Contest of Hairdressers, Nail 7 Body Art Designers.

Seorang model berpenampilan dengan gaya sotong saat tampil acara International Contest of Hairdressers, Nail & Body Art Designers.

Seorang model memperlihatkan kreasi seni lukis di tubuhnya saat acara International Contest of Hairdressers, Nail & Body Art Designers

Sumber merdeka.com


Read more...

Ahad, 29 September 2013

Tiada yang pelik ! Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dapat 2x ditahun depan ?

IPOH: Kerajaan bercadang melaksanakan agihan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak dua kali pada tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata selain itu kaedah penyaluran BR1M juga mungkin dibuat melalui transaksi kepada akaun bank penerima. 
Sungguhpun begitu, beliau berkata nilai BR1M hanya akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, 25 Okt ini.

"Kita telah menyediakan draf pertama yang telah dibentangkan kepada perdana menteri, jadi sekarang kita sedang memperkukuhkan lagi pemberian BR1M.

"Nilai sebenar masih belum dipastikan lagi, tetapi ia lebih daripada RM500 yang diberi sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Agama Rakyat Ehsaniah di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan II, Gugusan Manjoi di sini hari ini.
Katanya kaedah agihan BR1M sebanyak dua kali ini membolehkan penerima menggunakannya secara berhemat berbanding pemberian sekaligus. 

Ahmad Husni berkata apabila dasar rasionalisasi subsidi dilaksanakan, kerajaan juga sedang meneliti model bantuan terbaik bagi membantu golongan yang mempunyai pendapatan keluarga RM4,000 sehingga RM5,000. 
"Kerajaan juga melihat bagaimana mahu membantu golongan ini. Ia lebih kepada konteks apabila kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi, kita juga menyatakan kerajaan akan terus membantu, tetapi kita bantu mereka ini dalam bentuk yang lain, yang ini perinciannya saya tidak boleh beritahu, kita tunggu pembentangan belanjawan nanti," katanya. 

Agihan BR1M 1.0 kepada golongan yang layak mula dilaksanakan oleh kerajaan pada 2012.

Bagi BR1M 2.0 yang terkandung dalam pembentangan Belanjawan 2013 oleh Najib di Parlimen pada 28 Sept 2012, bantuan tunai RM500 diberi kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan sementara individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak menerima bantuan RM250. 
- Bernama

Read more...

4 Gambar, Peserta Filipina dinobat Miss World 2013

Peserta Filipina, Megan Young dinobatkan sebagai pemenang pertandingan ratu cantik Miss World di Nusa Dua, Bali, Indonesia semalam.-AP



NUSA DUA, Bali - Peserta Filipina, Megan Young dinobat sebagai Miss World dalam pertandingan ratu cantik berkenan yang berlangsung di sini semalam.
Young mengenepikan lima finalis lain termasuk peserta Perancis dan Brazil.
Acara berprestij itu disiarkan secara langsung di lebih 180 negara.
Kemenangannya diumumkan ketika kawalan keselamatan dipertingkatkan ekoran siri bantahan oleh kumpulan radikal Islam di Indonesia sejak beberapa minggu lalu.
Terdahulu, beratus-ratus orang Islam mengadakan solat hajat semalam sebagai memprotes pertandingan ratu cantik antarabangsa itu
Solat hajat itu disertai oleh beratus-ratus anggota Barisan Pembela Islam (FPI) yang berhimpun di sebuah masjid di Sentul, pinggir bandar raya Jakarta.
"Indonesia jelas tentang pendiriannya berhubung pertandingan Miss World, kami menolaknya di negara ini atau di mana sahaja," kata seorang anggota FPI, Ustad Maman.
Pertandingan akhir Miss World kali ini menampilkan 129 peserta dari seluruh dunia.
Sejak beberapa minggu lalu ribuan penduduk Islam mengadakan protes jalanan di seluruh Indonesia untuk mengecam acara itu yang dilabel sebagai 'pertandingan jalang' dan 'pornografi'.
Terdahulu, beberapa kedutaan asing di Indonesia memberi amaran acara berkenaan berisiko menjadi sasaran serangan pengganas. 
- Agensi




Read more...

Ahad, 22 September 2013

Warga Nepal bikin kecoh,Maut bergaduh hanya kerana berebut tempat duduk bas

Kishor (kanan) menceritakan punca berlakunya pergaduhan dalam bas yang berakhir dengan kematian.

HULU SELANGOR - Seorang lelaki warga Nepal mati akibat dibelasah ketika cuba meleraikan pergaduhan antara rakan sekerjanya.

Mangsa, Patee Ram Radh berusia awal 30-an dipercayai mengalami kecederaan dalaman setelah dadanya dipukul dengan kasut bersalut besi milik seorang suspek.

Menurut rakan mangsa, Kishor Kumar Yadav, 21, kejadian itu berpunca daripada pertengkaran antara dia dengan dua suspek merebut tempat duduk di dalam bas ketika kesemua 32 pekerja kilang membuat rim aloi dan memasang tayar kenderaan pulang daripada kerja menuju ke asrama di Apartment Teluki.

“Saya mahu duduk tetapi berebut dengan seorang pekerja (suspek) sehingga kami bertengkar dan ketika itu Patee Ram cuba tenangkan keadaan tetapi pekerja itu terus berkasar.

“Kami hampir bergaduh di dalam bas tetapi pemandu beri amaran supaya jangan bergaduh di dalam bas. Selepas itu semuanya menjadi tenang,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Bukit Sentosa malam kelmarin.
Katanya, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam itu bagaimanapun tidak terhenti di situ, tetapi sebaik sampai di depan asrama dan semua pekerja turun daripada bas, dia tiba-tiba dibelasah oleh suspek bersama seorang lagi rakannya.

Menurutnya, ketika itu mangsa datang untuk meleraikan pergaduhan namun turut dibelasah dan dipukul hingga mengalami kecederaan dalaman.

Sementara itu, seorang lagi rakan mangsa, Barham Dev Yadav, 27, berkata, dalam keadaan cedera mangsa telah kembali ke asrama setelah pergaduhan itu berakhir dan sesuatu mengejutkan apabila mangsa dikatakan mengadu sesak nafas dan menunjukkan perubahan negatif.

“Selepas pergaduhan reda, Patee Ram naik ke asrama dan saya bersiap-siap untuk menyiapkan makan malam.

“Tapi saya terkejut tengok Patee Ram terbaring matanya tertutup, air liur meleleh, perut dan kaki pula sejuk sedangkan saya tengok dia biasa saja tadi. Jadi saya gosok-gosok kakinya bagi panas tapi keadaannya sama saja,” katanya.

Menurutnya, dia dan rakan lain lantas meminta pertolongan daripada pemandu teksi menghantarnya ke klinik.

Bagaimanapun, dia terkejut setelah diberitahu mangsa meninggal dunia.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bedin berkata, polis menangkap tiga lelaki bagi membantu siasatan.

“Kita masih menyiasat punca sebenar kematian mangsa dan menunggu laporan bedah siasat.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa kemungkinan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke klinik kerana pihak klinik mengesahkan mangsa sudah tidak bernyawa ketika tiba di klinik berkenaan.

Sumber sinarharian


Read more...

Jumaat, 13 September 2013

Black Hanafiah Selamat Bernikah Dengan Sekali Lafaz

Black dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Mohd Khairi Abu Hassan.
KUALA LUMPUR: Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Black Hanafiah akhirnya bergelar suami kepada Naquia Yasirah Mohd. Khairi, 28, dalam satu majlis yang diadakan di Zebra Square, Kampung Pandan, di sini pada Jumaat.
Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan Mohd Khairi Abu Hassan, 55, kira-kira pukul 12.06 tengah hari.
Ia turut disaksikan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Bukit Damansara di sini iaitu Mohammad Syukri Yaacob.
Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 26, memberikan mas kahwin sebanyak RM80 manakala wang hantaran RM12,000.
Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.
Black bersama isterinya, Naquia Yasirah Mohd. Khairi.
Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah minyak wangi, cincin, telekung, set kosmetik, iPad mini dan sepersalinan baju.
Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula ialah jam tangan, kasut, sirih junjung, Al-Quran, songkok, tali pinggang dan dompet, cincin serta minyak wangi.
Sementara itu, majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada malam Jumaat (malam ini) di Dewan Komuniti Bangsar di sini untuk keluarga perempuan manakala Sabtu (esok) di Zebra Square untuk keluarga lelaki dan rakan-rakan artis.
Bagi peminat pula, Black memilih untuk berkongsi hari bahagianya pada Ahad ini di Padang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi di sini.
Pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 26 Januari lalu.
Sumber mStar Online

Read more...

Isnin, 26 Ogos 2013

Aksi Ciuman Gorila dan Gadis kecil ini Terakam Kamera

Seorang gadis dan gorila kecil berciuman dari balik kaca sebuah Zoo di Amerika. 

Mungkin ini kegembiraan seorang gadis kecil yang sedang melawat seekor gorila di sebuah kebun binatang di Amerika Syarikat. Sebuah video di Youtube menunjukkan bagaimana pertemuan "romantis" ini terjadi hingga berakhir sebuah kucupan.

"Seorang balita terakam asyik bercengkerama dengan gorila yang mempunyai tinggi sama dengannya. Bocah perempuan ini terlihat riang dan tertawa cekikikan melihat tingkah haiwan berbulu hitam ini, "tulis Daily Mail, Minggu, 25 Ogos 2013.

Rupanya si anak begitu senang bermain dengan gorila kecil ini walau dihadkan sebuah dinding kaca tebal. Gorila kecil pun bertindak balas sama. Ia tampak jatuh hati pula pada pengagum kecilnya itu.

Si anak terlihat melakukan gerakan-gerakan yang rupanya diperhatikan dan bahkan diikuti oleh gorila. Hingga akhirnya, si anak menampal bibirnya di dinding kaca bermaksud mencium sahabat primatanya itu. Dan, tak disangka-sangka. Gorila berjalan mendekati kaca dan ikut menampal bibirnya di dinding kaca, tepat di tempat bibir si bocah melekat.

Kejadian yang seolah menunjukkan bahawa mereka tengah berciuman ini langsung menimbulkan reaksi senang dari pengunjung yang juga berada di dalam bilik. Mereka bergumam dengan senang. "Oh ..," begitu samar-samar suara yang terdengar melalui rakaman ini.

Tidak banyak yang diketahui tentang asal-usul video yang menyentuh ini. Diduga, video ini dirakam di sebuah kebun binatang di AS, memandangkan suara-suara yang terdengar berbahasa Inggeris aksen Amerika. Pada Sabtu pagi semalam, video ini telah menarik lebih daripada 53 ribu penonton Youtube.

Dalam rakaman itu terdengar suara seorang lelaki berkata, "Apa kamu ingin membawanya (gorila) pulang?" Dan sepertinya, si anak tidak mungkin menjawab "tidak".

Sumber tempo.co


Read more...

Ahad, 18 Ogos 2013

Jep (Sepahtu) Takut Lupa Diri setelah menang Anugerah Artis Lawak Lelaki Popular

Jepp (Sepahtu)
KUALA LUMPUR: Pelawak Jepp (Sepahtu) mengakui berasa risau dengan dirinya yang mungkin lupa diri atas kejayaan yang dimiliki.
Jepp atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata kegusaran itu membuatkan dia sentiasa mengingati pesanan ayahnya agar tidak tersasar daripada jalan kejayaan yang ingin dituju.
"Dalam mengejar cita-cita untuk menempa nama sebagai pelawak yang berjaya, saya selalu risau sekiranya saya tersasar dari landasan terutamanya lupa diri dengan asal-usul.
"Bukan mudah untuk melalui dugaan dalam industri seni kita ini. Tetapi saya selalu mengingatkan diri ikut pesanan ayah jangan lupa diri dan hormat orang yang lebih tua daripada kita.
"Dengan cara itu juga membuatkan kita lebih berjaga-jaga dan pada masa sama turut menyenangkan hati orang sekeliling," katanya.
Pada Jumaat lalu, Jepp buat pertama kalinya telah menerima anugerah Artis Lawak Lelaki Popular pada Anugerah Lawak Warna yang berlangsung di Istana Budaya.
Beritahu Jepp, kemenangan itu membuatkan dia lebih bersemangat dalam menambah baik lagi mutu lakonan komedinya.
"Saya ingat lagi, dulu, menjadi pelawak bukan cita-cita saya pun.
"Tetapi ia telah menjadi sebahagian daripada mata pencarian untuk saya dan keluarga.
"Saya harap dengan pengiktirafan ini yang diundi peminat-peminat, saya akan buat lebih baik daripada yang sekarang agar ia berbaloi dgn sokongan peminat-peminat,"ujarnya.
Sumber

Read more...

Ahad, 11 Ogos 2013

Nenek 100 tahun mahir matematik

ENGSON menunjukkan jahitan maniknya.
Ampang: Matematik dan Engson Drani sukar dipisahkan. Menjalani kehidupan harian berkait rapat dengan pengiraan membuatkan warga emas berusia 100 ini kekal sihat dan memiliki daya ingatan kuat.
Dilahirkan pada 25 Julai 1913, anak kelahiran Taiping, Perak ini mengamalkan kehidupan sistematik dan tersusun menggunakan Matematik, sama ada ketika bertasbih mahupun menjahit manik pakaian wanita.
“Sejak muda, saya berniaga makanan ringan secara kecil-kecilan di rumah bagi meringankan bebanan ditanggung arwah suami demi membesarkan enam anak.

“Zaman dulu, pengetahuan mengira cuma sedikit dan tiada kemudahan kalkulator seperti hari ini. Jadi pengiraan mudah bukan kesulitan bagi saya kerana terbiasa berniaga,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di Bukit Antarabangsa, di sini.
Tinggal bersama anak kelimanya, Nor Akma Mohd Desa, 51, Engson mempunyai minat tersendiri sebaik menjalani pembedahan membuang selaput mata pada 2008, iaitu menjahit manik pada pakaian wanita.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Read more...

Sabtu, 10 Ogos 2013

Kadar BR1M dinaikkan tahun depan

IPOH - Kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.
Katanya, perkara itu akan diusul pada pembentangan Belanjawan 2014, Oktober ini, selain kerajaan turut melihat kemungkinan meletakkan BR1M sebagai inisiatif di bawah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial.
"Kita melihat untuk menaikkan kadar BR1M seperti yang dijanjikan kepada
rakyat. Kita melihat untuk dinaikkan sehingga maksimum RM1,200 barang kali dalam tempoh empat hingga lima tahun dari sekarang. Untuk tahun depan kita naikkan sedikit," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini.
Ahmad Husni berkata, kerajaan juga melihat kemungkinan untuk melaksanakan dasar rasionalisasi subsidi yang memastikan hanya kumpulan sasar yang layak menikmatinya.
Ini kerana katanya kaedah pelaksanaan sekarang dinikmati oleh semua golongan termasuk yang berpendapatan tinggi dan orang kaya, sekali gus tidak memenuhi matlamat sebenar pemberian subsidi itu. 
- Bernama


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP