GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 19 Disember 2010

Penantian 14 tahun berakhir


* JURULATIH negara, K. Rajagobal dijulang oleh pemainnya selepas Malaysia mengesahkan tiket ke akhir dengan mengikat Vietnam 0-0 di Hanoi, semalam. Malaysia layak menerusi agregat 2-0.


Penantian 14 tahun Malaysia untuk melangkah ke final Piala Suzuki AFF berakhir semalam apabila anak-anak buah K. Rajagobal menyingkirkan penyandang juara, Vietnam menerusi agregat 2-0 selepas perlawanan separuh akhir kedua berkesudahan 0-0.

Menanti Malaysia di final yang akan berlangsung secara timbal balik pada 26 dan 29 Disember adalah pemenang di antara Indonesia dan Filipina. Indonesia menang 1-0 pada separuh akhir pertama..

*** \o/ Semoga berjaya sebab.. MALAYSIA BOLEH !!!..

Read more...

Sabtu, 18 Disember 2010

Berehat 2 hari part 2 dan jangan lupa pesanan penaja ini


* Nak tau lebih lanjut sila ketik ( siNi )

Read more...

Jumaat, 17 Disember 2010

Berehat 2 hari dan jangan lupa pesanan penaja ini


* Nak tau lebih lanjut sila ketik ( siNi )

Read more...

Khamis, 16 Disember 2010

Wanita ditikam enggan beri nombor telefon


KUANTAN - Seorang wanita cedera dipeha dan lengan kiri selepas ditikam bekas teman lelakinya di simpang jalan kawasan Bandar Jengka, Maran dekat sini.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Supritenden Noor Asyikin Shamsuri berkata, ketika kejadian pukul 9.30 pagi semalam itu, suspek, 28, telah pergi menemui mangsa, 23, di sebuah kedai makan.

"Ketika itu, mangsa, seorang jurujual baru keluar dari kedai makan sebelum bekas teman lelakinya datang dan meminta nombor telefon baru mangsa.

"Mangsa enggan beri dan terus ke motosikal sebelum beredar dari situ. Lelaki berkenaan kemudiannya mengekori mangsa sebelum tiba di simpang jalan kawasan Bandar Jengka berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, mereka kemudianya terus bertekak sebelum suspek bertindak mengeluarkan pisau dan menikam mangsa di bahagian peha dan lengan kiri.

Noor Asyikin berkata, mangsa kemudiannya meminta suspek membawanya ke hospital. - Bernama..

*** Kenapa yer boleh jadi macam ini..tak dapat nombor hendphone sampai boleh bertikam tikam pasal..sepatutnya bekas teman lelaki mangsa itu tak payah nak susah susah..cari saja awek lain..

Read more...

Peserta realiti bogel diperkenalkan


* BARISAN peserta yang menyertai program realiti televisyen, The Nak'd Truth di Land O'Lake, Amerika Syarikat.


LAND O'LAKES - Sebuah program realiti televisyen di Amerika Syarikat (AS) yang menjalani penggambaran di resort bogel Caliente, Pasco, memperkenalkan para peserta siri itu buat kali pertama, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Program itu, The Nak'd Truth menampilkan lapan orang peserta yang akan tinggal sebumbung tanpa memakai pakaian selama sebulan.

Mereka juga akan berkerja di resort itu yang terletak di negeri Florida.

Sebahagian peserta The Nak'd Truth itu yang terdiri daripada warga tempatan berkata, mereka teruja dapat menyertai program realiti tersebut.

Namun, tidak semua peserta memaklumkan kepada keluarga dan rakan-rakan mengenai penyertaan mereka.

"Sebenarnya, saya pun masih belum memberitahu sesiapa," kata seorang peserta lelaki, Wayd Dionne, 23.

"Cuma ibu saya yang tahu mengenai penglibatan saya dalam siri realiti ini dan dia menyatakan sokongannya kepada saya," tambahnya.

Sementara itu, para penerbit program realiti itu memberitahu, mereka akan mengaburkan bahagian sulit peserta selain menggunakan sudut kreatif kamera bagi mengelak kontroversi sepanjang siri itu ditayangkan. - Agensi

*** Tunggu siaran yang akan bersiar.. hah !

Read more...

Bolasepak Piala Suzuki AFF 2010 : MALAYSIA 2 VIETNAM 0


Tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia!!!

Malaysia kini bagaikan sebelah kaki ke perlawanan akhir apabila cemerlang membenam juara bertahan, Vietnam 2-0 pada separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010, terima kasih kepada Safee Sali yang menjaringkan dua gol pada minit ke-65 dan 83..dan juga Jurulatih K Rajagobal..



*** Harapan semakin cerah ke Final nanti..

Read more...

Rabu, 15 Disember 2010

884 doktor perubatan letak jawatan - Tiong Lai

KUALA LUMPUR 15 Dis. — Seramai 884 orang pegawai perubatan telah meletakkan jawatan bagi tempoh 2007 hingga September lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, terdapat pelbagai faktor bagi peletakan jawatan itu antaranya ialah menerima tawaran sebagai tenaga pengajar di Institusi Pengajian Tinggi Swasta, mengikut pasangan ke luar negara, menerima tawaran pekerjaan lain dan masalah kesihatan.

Tiong Lai berkata, terdapat dua kategori peletakan jawatan iaitu peletakan jawatan dan pelepasan dengan izin untuk berkhidmat dengan agensi kerajaan lain seperti universiti dan pihak berkuasa tempatan.

"Daripada jumlah 884 yang meletak jawatan, seramai 757 pegawai perubatan meletak jawatan untuk tidak lagi berkhidmat dengan mana-mana agensi kerajaan manakala baki 127 lagi mendapat pelepasan dengan izin,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff pada persidangan Dewan Negara hari ini. - Bernama

*** Patut lah kebanyakan Hospital kekurangan Doktor !..

Read more...

Menyingkap Rahsia tahi lalat


Di sini diperturunkan menyingkap Rahsia tahi lalat..di nasihatkan juga jangan mudah terpengaruh..kaji dalam logik akal..rasa tiada berkenaan sila abaikan..

1. bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai

2. bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati

3. bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yg suka

4. bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah

5. leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita

6. leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

7. leher di tengah - tercapai cita-cita

8. biji mata kanan - suka serong dan pembohong

9. biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati

10. hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas

11. hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki

12. betis kanan - suka berhibur, boros

13. betis kiri - rajin,tidak suka menganggur

14. lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha

15. lutut kiri - kurang kuat berusaha

16. kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita

17. kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan

18. kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun

19. kening kanan - cerdas dan cekap

20. kening kiri - cerdas, sopan santun

21. tengah kening - keras hati, berani segala hal

22. hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah

23. hujung mulut kiri - suka berpoya-poya

24. ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia

25. ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta

26. pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar rumah)

27. pergelangan kaki kiri - kehendak kuat

28. batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

29. pada hidung - banyak rezeki

30. dagu bawah kanan - jujur dan baik hati

31. dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur

32. tumit kanan - jujur dan banyak kawan

34. tumit kiri - baik budi

35. alis kanan suka - menolong, baik hati

36. alis kiri - ramai yang suka

37. pangkal peha kanan - kemahuan kuat

38. pangkal peha kiri - suka kerja apa pun

39. telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh

40. jari kaki kanan - suka menolong

41. jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik

42. bahu kanan - cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan

43. bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab

44. lengan kanan - setia dan taat pada atasan

45. lengan kiri - menepati janji dan rajin

46. pipi kanan - ramai teman

47. tengah-tengah pipi kanan - ramai yg suka

48. tengah-tengah pipi kiri - ramai teman

49. ubun-ubun - kurang jujur

50. pusat - cerdas, tangkas, tekun

51. pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup

52. pusat bahagian kiri - beroleh kemliaan

53. pinggang kanan - sayang pada pas! angan hidup

54. pinggang kiri - disayang pasangan hidup

55. dada kanan - dapat mengatasi masalah

56. dada kiri - berani, jujur dan sabar

57. telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh

58. telapak kaki kiri - baik budi pekertinya

59. siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan

60. siku tangan kiri - baik hati, suka menolong

61. jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan

62. jari tangan kiri - serba baik bekerja

63. jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros

64. jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat

65. perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf

66. perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya

67. sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri

68. sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan

69. sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yg cinta

70. pelipis kiri - murah rezeki, dpt jadi kaya

71. pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha

72. kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah, berjaya

73. kelopak mata kiri atas ! - baik budi, ramai yg suka

74. kelopak mata kanan bawah - agak malas

75. kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang bijaksana

*** Ada banyak kat dada..

Read more...

Planet Nibiru tak langgar Bumi


* Inilah planet Nibiru yang dikatakan akan melanggar planet Bumi pada tahun 2012

KUALA LUMPUR - Kerajaan menolak dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, NASA juga mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya.

"Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung.

"Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen di sini semalam..

*** ...

Read more...

Selasa, 14 Disember 2010

Amaran hujan di Terengganu dan Pahang


KUALA LUMPUR - Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Terengganu (Maran, Dungun dan Kemaman) dan Pahang

(Kuantan, Pekan dan Rompin) mulai Jumaat malam (17 Disember) sehingga Ahad malam (19 Disember).

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, keadaan itu boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah dan berdekatan tebing sungai.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran angin kencang tumur laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak setinggi 3.5 meter yang dijangka berlaku di perairan Codore Reef North dan Pulau Layang-Layang bermula Jumaat sehingga Ahad ini.

Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil, kegiatan rekreasi dan sukan laut, katanya. - Bernama

*** Sediakan perahu sebelum hujan..

Read more...

Gempar buaya tembaga muncul di Teluk Chempedak

KUANTAN 14 Dis. - Orang ramai yang berkunjung ke Pantai Teluk Chempedak di sini gempar dengan kemunculan seekor buaya tembaga seberat 200 kilogram yang terdampar di persisiran pantai itu malam tadi.

Reptilia sepanjang lebih tiga meter yang tersesat dari habitatnya itu ditemui terdampar di di kawasan berbatu di tebing pantai tersebut.

Penolong Pegawai Pertahanan Awam (JPAM) Kuantan, Mohamad Irwanis Seni berkata, seramai lapan anggotanya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 8 malam tadi. - Utusan

*** Sudah... buaya tembaga ini mungkin nak main air laut pula..

Read more...

Telefon bimbit paling lasak


* WALAUPUN dilanggar tayar kereta, telefon bimbit JCB Toughphone Sitemaster masih boleh digunakan.


LONDON - Pengeluar barangan pembinaan dan kejuruteraan, JCB, mencipta telefon bimbit paling lasak di dunia dikenali sebagai JCB Toughphone Sitemaster, lapor sebuah akhbar semalam.

Syarikat berkenaan mendakwa gajet itu tidak rosak walaupun ia direndam di dalam air selama lapan jam, tahan cuaca panas pada suhu 75 Celsius dan suhu beku -30 Celsius di bawah paras beku selain kalis gegaran dan tekanan melebihi satu tan.

Berbeza dengan telefon bimbit pintar iPhone keluaran Apple yang perlu dijaga rapi, ciri-ciri lasak JCB Toughphone amat sesuai bagi mereka yang bekerja di tapak bangunan atau ladang.

Walaupun lasak, JCB tidak melupakan fungsi terkini pada telefon keluarannya itu seperti perkhidmatan Bluetooth dan perisian untuk memainkan muzik serta klip video.

JCB Toughphone juga boleh disambung pada komputer dan mempunyai radio FM tetapi ia didatangkan tanpa kamera.

Telefon bimbit itu dilindungi kerangka plastik dan getah berwarna kuning cerah dan hitam yang tahan lasak manakala beratnya pula 130 gram.

Ia lebih tebal berbanding kebanyakan telefon bimbit lain tetapi jauh lebih lasak. - Agensi

*** Nah ini dia ! ..jika hendphone selalu di bawa masuk kebilik air untuk mengelakan di cerobohi oleh pihak tertentu..jika terjatuh dalam besen sekali pun masih boleh di gunakan..

Begitu juga jika pergaduhan yang melibatkan suami isteri pastinya hendphone juga menjadi mangsa.. di baling ke dinding sudah pasti tidak akan mengalami kerosakan..

Read more...

Lelaki pun kena gangguan seksual


* GOLONGAN lelaki kini turut menjadi mangsa gangguan seksual yang dilakukan oleh wanita. – Gambar hiasan


SERDANG – Lazimnya golongan wanita sering dikaitkan sebagai mangsa gangguan seksual kaum lelaki di tempat kerja.

Bagaimanapun, satu kajian membuktikan sebaliknya apabila kini golongan lelaki juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran kepada tingkah laku bersifat seksual yang dilakukan oleh kaum hawa.

Menurut Ketua Laboratari Perubahan Sosial, Ekonomi dan Keamanan, Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Jamilah Othman (gambar), meskipun fenomena itu agak janggal tetapi ia kerap terjadi di tempat-tempat kerja sejak kebelakangan ini.

Kajian kualitatif yang bertajuk Penyelesaian Konflik Gangguan Seksual di Agensi-Agensi Kerajaan di Semenanjung Malaysia yang menemu bual sekumpulan responden pihak atasan mendedahkan fenomena itu memang berlaku.

“Saya telah menemu bual lelaki yang bertaraf bos dan mereka sendiri memaklumkan sindrom berkenaan. Kebanyakan pekerja bawahan wanita didapati suka mengganggu mereka,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Jamilah memberitahu, perlakuan itu berlaku ekoran sikap wanita kini yang lebih terbuka, berani dan tujuan mereka sememangnya bermotif jahat.

“Wanita-wanita dalam kumpulan ini sanggup berbuat begitu kerana rakus untuk segera dinaikkan pangkat tanpa perlu bekerja keras,” ujarnya..

Memetik berita dari koSmo ..

*** Nasib dalam pejabat kome tiada pekerja wanita..tidak rela kome di ganggu..

Pautan bersama isu ini juga ada dalam - sila ketik - ( sekadar berkongSi )

Read more...

Isnin, 13 Disember 2010

Zaid Ibrahim sah sertai AKIM

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang keluar dari parti itu, kini menyertai parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Ia disahkan oleh Presiden AKIM, Zakaria Salleh yang memberitahu, Zaid telah menyerahkan borang keahliannya selepas mengumumkan keluar dari PKR, 19 November lalu.

“Beliau (Zaid) sekarang sah sebagai ahli AKIM. Beliau telah serahkan borang keahlian pada November lalu. Jadi status beliau adalah ahli kita yang sah dan rasmi,” katanya. - Utusan



*** Lepas ini kemana pula Datuk..semoga kekal di sini yerk !..

Read more...

Memikat


Tentunya ada banyak aktiviti pada sebelah petang selepas tamat waktu kerja..paling tidak pun aktiviti seperti berjoging atau pun berkebun..

Ini tidak seperti aktiviti Rosli Ghani yang suka memikat burung Merbah atau pun terkukur..jadi selepas tamat waktu kerja..Rosli Ghani dengan penuh semangat memperlawa rodong baiknya iaitu encik Topik untuk pergi memikat bersama..

Setelah bersiap siap maka bertanya lah isteri encik Topik..

'' Aok nak kemana ni..lain macam punya kemas ''..tanya isteri encik Topik..

'' Kawan nak ngikut Rosli pergi memikat ''..jawab encik Topik..


Setelah Rosli Ghani tidak menjawab panggilan telipon maka bergegas encik Topik kerumah Rosli Ghani..


'' Kawan tak dapat ikut aok memikat petang ni Li ''..kata encik Topik..


'' Ngape pulok..koi dah sediakan denak dan jebak untuk aok ni ''..kata Rosli Ghani..

'' Bini kawan tak bagi..dia takut '' memikat '' itu di salah ertikan ''..jawab encik Topik..

'' Lor ? itu ajer? ''..kata Rosli Ghani..

Ini lah bendanya dalam ertikata memikat..banyak suri yang risau kepada suami suami yang suka memikat..dalam kes diatas kita tau bahawa encik Topik hanya hendak mengikut Rosli Ghani pergi memikat burung terkukur atau merbah buat pertama kalinya..

*** Sudah di pikat orang..

Read more...

Hidup sedap di hari isnin


* Ini makanan sedap untuk sarapan pagi..tiada kena mengena dengan cerita dibawah..

Hari ini hari isnin 13hb Dis 2010..sudah masuk ke tengah bulan..bajet mula sudah berkurangan..

Fikiran mula jadi lemau lemau badan pun lemau lemau juga..hendak mengeliat pun macam tiada mood..

Cuba juga gagahi untuk pergi bekerja sedangkan dalam hati '' lebih baik aku MC ''..

'' Ngapa aok ni..macam tiada bersemangat saja nak bekerja ''..tegur seorang teman sekerja..

'' Ntah lah badan rasa macam tak sedap saja ''..


'' Kenapa pula badan rasa tak sedap..kurang gula ke atau kurang garam? ''..kata teman itu lagi..


'' Kurang duit dalam poket ''..


Begitulah semangat bila sudah berlaku krisis keewangan di tengah bulan..

Kini ada sesuatu yang bakal menarik dan menjadikan hidup lebih sedap..kemungkinan ia berlaku pada 15hb Dis 2010 ini..nantikan !..

*** Heh heh !

Read more...

Kisah duka ditipu syarikat jualan langsung


* DUA mangsa penipuan menunjukkan salinan laporan polis dan surat perjanjian sebuah syarikat jualan langsung pada sidang akhbar di pejabat PPIM di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Labur RM30,000 dapat RM60,000.

Ghairah mendengar keuntungan tersebut, seorang peniaga mendakwa akhirnya menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat jualan langsung dan kini terpaksa menanggung hutang kira-kira RM300,000.

Kes pertama: Sani (bukan nama sebenar), 23, mendakwa, pulangan lumayan selain keinginan hidup mewah menyebabkan ahli keluarganya sanggup membuat pinjaman bank untuk menyertai syarikat tersebut.

"Sudahnya saya dan ahli keluarga yang menyertai syarikat terbabit terpaksa bergolok bergadai apabila syarikat tersebut gagal menunaikan janji membayar balik wang yang dilaburkan.

"Lebih teruk lagi, hubungan saya dengan ahli keluarga semakin renggang kerana saya yang menarik mereka menyertai syarikat tersebut," katanya pada sidang akhbar di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini semalam.

Dakwa Sani, syarikat itu masih lagi beroperasi dan giat menjalankan kegiatan penipuan mereka menggunakan nama syarikat lain tetapi masih mengekalkan modus operandi yang sama..

* Memetik berita dari Kosmo diatas..

Kawan pernah juga cuba cuba untuk menyertai benda benda macam ni..tapi nasib tidak sampai ke tahap kronik cuma rugi RM30 sahaja..RM30 pun duit juga kan?..Sapa tak mahu untuk menjadi kaya dengan cepat yer..!

Ada yang betul ada yang sebaliknya..jadi kawan rasa kita semua dapat berfikir dengan waras tentang aktiviti Syarikat jualan langsung yang membuat perniagaan dengan cara yang tidak sah..

*** Sekarang sudah tidak terangsang lagi dengan pelaburan begini ( toreh getah lagi baik )..

Read more...

Ahad, 12 Disember 2010

Buah oren dari Shanghai beracun?


KUALA LUMPUR 11 Dis. - Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan terhadap buah oren dari Shanghai bagi memastikan ia tidak diimport dan berada di pasaran tempatan kerana dipercayai diwarnakan dengan lilin beracun.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd. Othman berkata, berdasarkan laporan sebuah akhbar hari ini, pihak berkuasa Shanghai telah mengarahkan peniaga buah-buahan memberhentikan penjualan buah oren itu di negara tersebut.

"Orang ramai yang mengesyaki adanya bahan pewarna di permukaan buah oren yang dijual di pasaran perlu melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat.

"Berdasarkan Peraturan 21 di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, penggunaan pewarna yang dibenarkan di dalam makanan adalah tersenarai di Jadual Tujuh (Pewarna Yang Dibenarkan). Selain daripada yang tersenarai adalah dilarang," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang mendakwa penggunaan bahan itu boleh menjadikan buah oren kelihatan segar dan dapat dijual dengan harga tinggi..

*** Arhh ! sudah..ini yang buat tak sedap ndengar..memula dulu beskut..ini buah limau oren pulak dah..ada pula lilin beracun buat lomor kat buah limau ni..

'' Kome suka makan pisang..tapi masak sama je dalam setandan mau pun sesikat..peram kabait agaknya ''..

Read more...

Pasangan 80 tahun temui cinta di Facebook


* MOORE dan Brocklesby kini bahagia menjalani hidup sebagai pasangan suami isteri selepas berkenalan di laman sosial Facebook.

Ini dia yang dikatakan Cinta tak mengenal usia paras rupa dan gaya..

WEST YORKSHIRE - Pasangan warga emas, Barbara Moore, 77, dan Laurence Brocklesby, 82, menemui cinta menerusi laman sosial Facebook dan bakal meraikan perayaan Krismas sebagai suami isteri.

Moore dikatakan mula menggunakan komputer selepas suaminya meninggal dunia empat tahun lalu. Bekas jururawat pediatrik itu kemudian tertarik dengan profil Brocklesby yang menduda sejak 16 tahun lalu.

Bermula dengan meminta tip-tip mengenai berkebun daripada Brocklesby, pasangan itu akhirnya berbual dalam talian dan telefon selama beberapa jam setiap hari.

"Kami berbual tentang semua perkara. Sungguh mengagumkan bahawa kami mempunyai banyak persamaan dan lebih terbuka apabila berbual di Internet," kata Moore.

Pasangan itu juga meneliti profil gambar masing-masing di laman Facebook supaya dapat tahu apa yang ingin dijangkakan.

Selepas tiga bulan berkenalan dan mengalami patah pergelangan tangan, Brocklesby akhirnya dapat berjumpa dengan Moore.

"Barbara (Moore) menawarkan diri untuk membawa saya berjumpa doktor kerana saya tidak lagi boleh memandu akibat kecederaan itu.

"Dari situlah segalanya bermula," cerita Brocklesby yang mempunyai empat orang cucu.

Sebelum mengambil keputusan berkahwin, Moore menjemput Brocklesby untuk tinggal di rumahnya. - Agensi

*** Mencari Cinta sekitar usia 40an..ada berani?.. kena sorok dulu antan lesung batu..!

Read more...

Sabtu, 11 Disember 2010

Malam minggu yang meSra ( Stingray )


1978..kome berkesempatan menonton filem Stingray lakonan Robert Mitchum dan Les Lennon..

Masa ni keempat rodong kome entah kemana..filem hebat yang penuh dengan aksi kejar mengejar kereta..

Pulang saja dari pawagam maka ada lah yang melakukan aksi kejar mengejar juga..iaitu kejar mengejar basikal..

* Saksikan Trailer Stingray -- ketik ( siNi )

Read more...

Facebook anjur Piala Penggodam pertama


SAN FRANCISCO: Facebook mencabar pakar perisian seluruh dunia untuk menunjukkan kemahiran mereka membabitkan rangkaian sosial dalam talian dengan menyertai Piala Penggodam yang pertamanya.

Syarikat rangkaian sosial dunia itu memberi ruang kepada penggodam menyertai kejohanan menggodam sepanjang malam membabitkan kelas tertinggi bersama dengan pertandingan kod antarabangsa.

Pemenang ditawarkan dengan hadiah wang bernilai AS$5,000 dan lawatan percuma ke ibu pejabat syarikat itu di Utara California. - AFP

*** Sesiapa yang sudah bertaraf penggodam..boleh lah masuk kejohanan menggodam ini..jika yang tidak setaraf boleh main dam sahaja..

Read more...

Selamat pengantin baru untuk pengantin ini


* KAMSIAH mengucup pipi suaminya, Asmani selepas majlis akad nikah di Wad D2, Hospital Melaka semalam.

Kalau lah jodoh tidak kemana..Selamat pengantin baru yer..

MELAKA – Malam pertama adalah momen paling indah yang tidak akan dilupakan oleh setiap pasangan yang baru berkahwin sehingga ke akhir hayat.

Namun bagi pasangan Asmani Aziz, 32, dan Kamsiah Abd. Majid, 21, mereka terpaksa meraikan malam pertama mereka di Wad D2 di Hospital Melaka di sini malam tadi.

Ia gara-gara Asmani yang masih menerima rawatan selepas terlibat dengan kemalangan apabila kereta yang pandunya berlanggar dengan sebuah treler di Bukit Rambai dekat sini pada tiga hari lalu.

Sebelum itu, majlis perkahwinan termasuk akad nikah juga diadakan di wad yang sama dan dihadiri kira-kira 100 tetamu.

Majlis tersebut bermula kira-kira pukul 9 pagi apabila rombongan pengantin perempuan diarak bersama bunga manggar dari tingkat bawah hospital hingga ke wad untuk bertemu dengan pengantin lelaki.

Menurut Kamsiah, majlis pernikahannya yang ditetapkan semalam tetap diteruskan selepas mendapat persetujuan pihak hospital..

*** Hari ini ada 8 jemputan kenduri kawin..tapi satu pun belum pergi lagi..

Read more...

Klinik tanpa lesen untuk pelakon lucah ditutup


* DERRICK BURTS ( macam pernah tengok je lakonan beliau ini ..eh?.. )


LOS ANGELES - Klinik untuk pelakon-pelakon dalam industri filem lucah Amerika Syarikat yang bernilai berbillion-billion dolar, The Adult Industry Medical Healthcare Foundation (AIM) telah ditutup kelmarin.

Ia dilakukan sehari selepas seorang pelakon lucah yang berusia 24 tahun, Derrick Burts yang dijangkiti HIV positif mendakwa AIM tidak memberi rawatan dengan sewajarnya.

Kegagalan AIM berbuat demikian menyebabkan beberapa produksi filem lucah terpaksa menghentikan penggambaran akibat jangkitan HIV dalam kalangan pelakonnya.

"Mengikut undang-undang negeri, semua kemudahan yang menyediakan perkhidmatan perubatan perlu dikawal oleh negeri bagi memastikan ia memenuhi standard untuk menyediakan penjagaan kesihatan," kata seorang pegawai kesihatan tempatan.

"AIM tidak mempunyai lesen untuk melakukan operasi sebuah klinik perubatan. Arahan menghentikan operasi bermakna, AIM perlu menghentikan perkhidmatan perubatan sehingga ia memperoleh lesen bersesuaian dari pihak negeri," jelasnya. - AFP

*** Tu lah mana mana arah jer..kalu nak buka klinik kena lah ada lesen..begitu juga klinik kasut..kena ada lesen juga..

Read more...

Jumaat, 10 Disember 2010

Gambar pejabat Azman Zahari

Kot ada yang nak tau di mana Azman Zahari bekerja..nah ! pihak pengurusan relevan Sokmo berjaya membongkar di mana Azman Zahari bekerja..

Di bawah ini adalah gambar bangunan pejabat Azman Zahari..



*** Di sini lah Azman Zahari bekerja..pemandangan sebahagian daripada pejabat Azman Zahari..

Read more...

Video seks Cut Tari akan ditayangkan di mahkamah

JAKARTA - Video seks yang melibatkan penyanyi band Peterpan, Ariel dan wanita mirip pengacara program hiburan, Cut Tari (gambar) akan disiarkan semasa perbicaraan, lapor akhbar Kompas semalam.

Cut Tari merupakan salah seorang saksi kes Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham.

Ariel dituduh mengedarkan video seks terbabit.

"Video itu akan ditayangkan di mahkamah. Justeru, mental Cut Tari harus kuat kerana dia akan ditanya siapa lelaki itu," kata peguamnya, Hotman Paris Hutapea.

Apabila mengetahui video tersebut akan ditayangkan sekali lagi, Cut Tari mengaku dia berasa malu.

"Tindakan ini tidak jauh bezanya dengan mengorek luka saya yang paling dalam.

"Sudah enam bulan saya berusaha untuk melupakannya dan meneruskan hidup.

"Banyak pengajaran yang telah saya ambil," kata Cut Tari yang sudah berkahwin.

Walaupun sukar, Cut Tari terpaksa memberi keterangan. Ditanya adakah dia sudah bersedia untuk berjumpa dengan Ariel, Cut Tari menjawab: "Harus bersedia kerana ini bukannya kali pertama. Ini sudah kali kedua sejak disoal siasat dahulu." - Agensi

*** Sapa ada video ini..numpang.. numpang nengok..

Read more...

Senyum dipagi hari Jumaat ( jeans ketat nampak tongkeng )


Biasa hujung tahun dalam bulan ini sibuk dengan majlis perkahwinan sana sini..ini yang membuatkan Kak Zakiah dan Rozita juga sibuk dengan undangan perkahwinan sana sini..rakan jiran handai taulan sedara dan mara..

Untuk pagi ini mereka sempat lagi berpeluang untuk bersembang sembang sambil membuat urusan di hadapan rumah masing masing..seperti mengemas pokok pokok bunga serta menyusun selipar kasut anak anak dan suami yang bertaburan sana sini..

'' Dalam paper ada kisah remaja mencuri wang RM10 kena penjara 4 tahun ''..kata Kak Zakiah memulakan sessi..

'' ye lah Kak..apa nak jadi..macam mana lah ibu dan bapa remaja anak itu..'' kata Rozita..

'' Ni yang remaja perempuan lagi lah..suka dedah sana sini nampak pusat..pakai baju ketat .. seluar jeans juga ketat bila duduk sahaja pasti nampak tongkeng ''..kata Kak Zakiah..

'' Zaman ini kalu tak pandai urus keluarga..alamat jadi macam tu lah ''..kata Rozita..


'' eh? itu seluar jeans siapa kat jemuran tu kak? ..tannya Rozita..


'' Itu jeans anak dara Akak yang umur 15 tahun tu ''..jawab Kak Zakiah..


'' ..padan ke seluar jeans tu dengan anak Akak?..nampak macam ketat jer..kot nanti bila duduk nampak tongkeng ''..kata Rozita..

Perbualan mereka terhenti kerana Kak Zakiah bergegas masuk ke dalam rumah..

*** Jika tak tau apa maksud tongkeng..kena lah berbisik bisik sesama sendiri..

Read more...

Khamis, 9 Disember 2010

Twitter “ybsamyvellu” palsu - Samy Vellu


KUALA LUMPUR 9 Dis. — Tiga hari selepas berundur dan menyerahkan jawatan yang dipegangnya selama 31 tahun, bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu mendapati beliau diserang di alam siber disebabkan seorang penyamar twitter.

Samy Vellu berkata, beliau menerima panggilan daripada rakan-rakan dan anggota parti bertanyakan mengenai satu akaun twitter di bawah nama “ybsamyvellu” dan menyamar sebagai beliau.

"Individu yang menyamar sebagai saya telah menghantar mesej yang bersifat perkauman dan komen-komen yang menghina.

“Banyak orang menelefon dan bertanya jika saya ada satu akaun twitter. Saya tidak ada kena mengena dengan twitter ini,” katanya di sini, hari ini.

Samy Vellu berkata, beliau akan membuat satu laporan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung perkara itu.

Bekas Menteri Kerja Raya itu, yang tewas dalam pilihan raya umum Mac 2008 itu berharap SKMM akan mendedahkan identiti individu di sebalik usaha untuk memburuk-burukkan namanya dan membawa mereka ke mahkamah.

Satu tinjauan pada akaun twitter “ybsamyvellu” menunjukkan bahawa ia mempunyai 559 pengikut manakala komen-komennya kebanyakannya menentang kerajaan Barisan Nasional. - Bernama

*** Kome belum sempat pollow lagi..

Read more...

Kenali tabiat se orang Suami


Kenali 12 tabiat suami melalui bahagian yang dia suka cium

1. Suka cium dahi isteri........suami yang romantis.

2. Suka cium pipi isteri........suami yang penyayang.

3. Suka cium mulut isteri.......suami yang gelojoh.

4. Suka cium tengkuk isteri........suami yang mata keranjang.

5. Suka cium telinga isteri.........suami yang sensitif.

6. Suka cium leher isteri.........suami yang penyabar.

7. Suka cium buah dada isteri........suami yang suka bermanja.

8. Suka cium tangan isteri.......suami yang hipokrit.

9. Suka cium ketiak isteri.......suami yang menerima isterinya seadanya.

10. Suka cium kaki isteri.......suami yang terlalu menghormat isteri.

11. Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri......suami yang
mementingkan diri.

12. Suka cium seluruh bahagian badan isteri........suami yang baru balik
dari outstation.

* Amaran: Kajian ini dibuat secara rambang, mungkin ada sedikit perbezaan dari individu ke individu yang lain..

Read more...

Penangan e-mel wanita England


* PENGGUNA Internet dinasihatkan agar lebih berhati-hati sekiranya mendapat e-mel yang mengajak mangsa untuk berkenalan bagi mengelak dari ditipu. - Gambar hiasan


KUALA TERENGGANU - Sikap miang seorang lelaki warga emas untuk berkenalan dengan seorang wanita England bernama Alice mengundang padah apabila dia bukan sahaja kempunan untuk menatap wajahnya malah kerugian RM2,500 apabila diperdaya satu sindiket Sabtu lalu.

Episod malang mangsa yang merupakan pesara guru tersebut bermula apabila dia menerima satu e-mel yang dihantar Alice pada 2 Disember lalu menyatakan hasratnya untuk berkenalan dengannya. Ketika itu mangsa berada di Bandar Jertih dekat sini.

Mangsa yang teruja terus membalas e-mel tersebut. Dua hari kemudian, Alice sekali lagi menghantar e-mel kepadanya menyatakan hasratnya untuk datang ke negara ini untuk bertemunya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Azmi Adam berkata, pada 6 Disember, mangsa menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Alice meminta lelaki itu supaya menghubunginya.

Katanya, sebaik dihubungi, wanita itu mendakwa dia telah ditahan oleh pihak Kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana membawa barangan berlebihan dan meminta bantuannya..

*** Selalu dapat e mel..tapi dari wanita Malaysia jer !.. :)

Read more...

Buku paling mahal dilelong RM36.23 juta


* ANTARA lukisan yang terdapat pada buku termahal di dunia yang dilelong kelmarin.


LONDON - Sebuah buku dilelong malam kelmarin pada harga £7.3 juta (RM36.23 juta) yang merupakan paling mahal di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Buku yang dihasilkan pada abad ke-19 itu merupakan naskhah John James Audubon berjudul Bird of America.

Ia dilelong oleh Rumah Lelongan Sotheby's manakala identiti pembelinya tidak diumumkan.

Buku itu mengandungi 435 lukisan tangan yang berwarna dan dianggap sebagai koleksi penting hidupan liar Amerika Syarikat.

Audubon menghasilkan buku yang berukuran 90 sentimeter kali 60 sentimeter kerana dia mahu melukis hidupan liar dalam bentuk saiz sebenar. - Agensi

*** Buku 555 juga boleh di kategorikan mahal oleh pekedai / peniaga / tokey warung..

Read more...

Rabu, 8 Disember 2010

Malam yang sejuk ( darah katak )


Dengan tidak semena mena..terus terbangun dari tidor..terasa sejuk dihujung kaki..bangun untuk mengambil selimut ( gebor ) yang terjatuh ke bawah katil..

Mengigil sejuk..lantas memperlahankan kipas angin siling yang kelihatan sudah hogey..

'' Ngapa perlahankan kipas '' ..kata Akak yang tiba tiba terjaga dari tidur..

'' Koi sejuk sangat ni ''..kata kawan..


'' Tu lah aok..tak tahan sejuk..tengok kome ni..ok je ''..kata Akak..

'' Aok lain lah..darah katak ''..kata kawan..


'' Apaa? ''..kata Akak..

'' Tak ada apa lah ''..jawab kawan..

*** He he..darah katak panas ke sejuk ni?..

Read more...

PBT diminta lunas tunggakan hutang urus sisa pepejal


* Sebuah tapak pelupusan yang dalam proses penutupan ( gambar hiasan )

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkenaan diminta melunaskan tunggakan bayaran perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PSP&PA) kepada syarikat konsesi berkaitan yang dianggar berjumlah RM348.6 juta sejak 13 tahun lepas.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua tunggakan hutang tersebut perlu dilunaskan sebelum Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dikuatkuasakan tahun depan.

"PBT yang masih menanggung hutang atau bayaran perkhidmatan tertunggak kepada syarikat konsesi ini kita minta mereka menjelaskan sebelum ia diambil alih oleh kementerian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pengurusan Sisa Pepejal (Akta 672) di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, perkara itu antara yang telah dipersetujui di dalam mesyuarat berkenaan yang bertujuan membincangkan hala tuju pelaksanaan sektor pengurusan sisa pepejal kebangsaan.

"Aspek pengurusan sisa pepejal ini amatlah penting dan sekian lama telah tertangguh.

“Secara keseluruhannya semua setuju cuma ada beberapa negeri sahaja minta untuk mengadakan rundingan secara terperinci sebelum mereka menyertai program pengambilalihan oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya. – Bernama

*** Elok disegerakan tunggakan itu..agar semua pekerja pekerja daripada konsesi berkenaan akan mendapat bonus yang besar.. heh! heh!

Read more...

Ajar seks berasingan lebih baik


* PARA pelajar akan dapat belajar pendidikan seks secara sistematik apabila mata pelajaran itu diajar secara berasingan pada 2011. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Keputusan mengajar pendidikan seks secara berasingan dan tidak menumpang mata pelajaran lain mulai tahun depan mampu mendedahkan para pelajar mengenai ilmu dalam bidang itu dengan cara yang lebih sistematik.

Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Zakaria Kasa berkata, keputusan mengasingkan pendidikan seks merupakan satu tindakan tepat dan sesuai dengan masa sekarang.

“Biasanya bila sebut pasal seks, pelajar-pelajar sentiasa terbayangkan perkara-perkara yang menghairahkan kerana sumber mereka lebih kepada Internet atau majalah.

“Sedangkan isunya lebih meluas terutama dalam menguruskan aspek keselamatan, kebersihan dan konflik bila berhadapan dengan masalah seks,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Jadi tegas beliau, sudah tiba masanya masyarakat di negara ini didedahkan dengan corak pembelajaran tersebut bagi mengurangkan masalah sosial dalam masyarakat seperti seks rambang, jangkitan HIV dan aids..

* kredit koSmo !

Read more...

Bina rumah berbentuk telur


* RUMAH berbentuk telur yang didiami Dai Haifei di Beijing baru-baru ini.


BEIJING - Seorang siswazah, Dai Haifei membina sebuah kabin berbentuk telur dengan menggunakan buluh, rumput dan kayu kerana tidak mahu dibebani kos sewa rumah yang mahal di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kabin unik itu menarik perhatian ramai di China dan di luar negara.

Pada minggu lalu, pemuda berusia 24 tahun itu berkata, dia membina kabin tersebut kerana tidak mampu membayar sewa selain dapat tinggal berhampiran dengan tempat kerjanya.

Namun, pada Jumaat lepas beberapa saksi melihat Haifei dan rakan-rakannya memindahkan kabinnya ke atas sebuah lori.

Dia menyatakan, rumahnya itu dibawa oleh syarikatnya yang merupakan sebuah firma reka bentuk kerana ia kelihatan unik.

Namun, kini terdapat khabar angin bahawa rumah itu sengaja dibina untuk tujuan promosi. - Agensi..

*** Rumah telur !

Read more...

Akta anti untung berlebihan dikuatkuasa April depan

BERA 7 Dis. - Kerajaan akan menguatkuasakan Akta Pencatutan 2010 selewat-lewatnya April tahun depan bagi menangani kegiatan peniaga yang mengambil keuntungan secara berlebihan dan tidak munasabah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, akta yang telah diluluskan di Dewan Rakyat itu akan dibentang di Dewan Negara dalam tempoh dua minggu lagi. - Utusan

*** Jadi siap lah kedai runcit kat depan rumah kawan tu..

Read more...

Sukanya Azman Zahari bila terima cek dari Nuffnang

Cakap banyak tiada guna..ada juga yang tanya Azman Zahari.. '' aok buat blog ni tak buang masa ke? ''..

'' Pasal koi lah..masa koi punya..sedikit sebanyak koi dah dapat hasilnya ''..jawab Azman Zahari dengan sedikit celupar..



* Sekeping Cek yang diterima oleh Azman Zahari daripada encik
Nuffnang..

Itu Azman Zahari..sudah terima cek daripada Syarikat iklan nuffnang..sekurang kurang dapat juga melepas sesak beliau di hujung tahun begini..



'' Terima kasih encik Nuffnang ''..kata Azman Zahari




Dan kini Azman Zahari mula berjinak jinak dengan adik churp churp pula..

'' Sudah mula nampak hasilnya ''..kata Azman Zahari..

'' Bes..lah aok ''..kata Ahmad Zaki..

'' Memang bes..ingat bila Cash Out serentak..koi nak tuko sport rim kereta ''..kata Azman Zahari sedikit angkuh..

Siapa Sangka nanti Azman Zahari bisa jadi kaya raya hanya dengan berblog..Ahmad Zaki sudah mula naik bersemangat semula setelah mendengar dan melihat apa yang Azman Zahari perolehi..

*** Ha! Ha!.. untuk rodong terdekat..sila lah berjumpa di warung belakang pejabat Pos sana..

Read more...

Selasa, 7 Disember 2010

Sarung tangan Jacko dilelong RM1.03 juta


* SARUNG tangan Jacko yang dilelong RM1.03 juta.


BEVERLY HILLS, CALIFORNIA - Satu sarung tangan terkenal milik Raja Pop, mendiang Michael Jackson yang merupakan salah satu barangan dilelong pada harga AS$330,000 (RM1.03 juta) kelmarin.

Sarung tangan itu dipakai oleh Michael yang popular dengan panggilan Jacko semasa melakukan konsert jelajah, Bad.

Jaket milik Jacko yang memiliki tandatangannya pula dilelong pada harga AS$96,000 (RM302,256) dan topi dilelong pada harga AS$72,000 (RM226,692).

Barangan menarik lain yang dilelong itu adalah x-ray otak saintis terkenal, mendiang Albert Einstein yang dilelong AS$38,750 (RM122,004).

Botol ubat milik selebriti mendiang Marilyn Monroe turut dilelong pada harga AS$18,750 (RM59,034). - Agensi

*** Asal ternama je..bila dah tiada..segala benda yang di lelong mesti dapat harga tertinggi..

Read more...

Zeti penerima Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 1432


PUTRAJAYA 7 Dis. - Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Datuk Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dipilih menjadi penerima Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 1432 pada tahun ini.

Ketokohan dan kejayaan beliau dalam memimpin sistem kewangan negara telah mendapat perhatian dunia.

Beliau juga berjaya mengangkat negara sebagai pusat kewangan dan perbankan Islam yang unggul. - Utusan

*** Tahniah !

Read more...

Kalendar bernilai RM8.38 juta


BENTUK kalendar ukiran kaca yang dihiasi berlian.


LONDON - Kalendar yang dihasilkan menerusi kaca dan dihiasi dengan berlian dan emas dianggarkan bernilai £1.7 juta (RM8.38 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut pengeluar kalendar itu, syarikat Octagon Blue GVC dari Belgium, seramai 50 kakitangan bekerja untuk memastikan ia akan siap menjelang Krismas.

Kalendar itu mengandungi 24 berlian berharga dan nombor-nombor diukir bagi mewakili hari.

"Kami berasa gembira dengan kalendar ini dan saya pasti ia akan membuatkan seseorang berasa gembira," kata Pengarah Octagon Blue GCV, Oscar Brethouwer.

Kalendar itu dibenarkan untuk tujuan pengiklanan dan hasil jualannya akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan. - Agensi

*** Semalam dapat 3 Kalendar kuda..

Read more...

Salam maal Hijrah 1432


Salam Maal Hijrah..

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia..

*** Selamat berazam baru..

Read more...

Pengasas kumpulan rock SYJ Syed Yusuf meninggal

IPOH 6 Dis. – Pengasas kumpulan rock SYJ, Syed Yusuf Jamalullail, 70, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Manjoi di sini hari ini kerana sakit tua.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap selepas solat zohor hari ini.

Kumpulan SYJ yang ditubuhkan oleh Syed Yusuf pernah menggegarkan dunia muzik 80-an dengan genre hard rock.

Selain SYJ, kumpulan muzik yang pernah diuruskan oleh Syed Yusuf ialah Ariwatan yang melahirkan penyanyi Aris Ariwatan.

Anaknya yang juga anggota SYJ, Syed Noor Eduat, meninggal dunia pada 11 Oktober 2006 di Hospital Besar Ipoh kerana komplikasi paru-paru. – Bernama

*** Al Fatihah..


* Ini kumpulan SYJ..untuk keterangan sila ketik ( siNi )

Read more...

Isnin, 6 Disember 2010

Interview kerja penjaga Lintasan Keretapi


Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Encik Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk di interviu.

"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Encik Basri.

"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.

"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?"tanya Encik Basri lagi.

"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".

"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".

"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."

"Kalau telefonnya sedang digunakan?"

"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"

"Kalau telefon awam rosak?"

"Saya akan pulang menjemput nenek saya."

"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Encik Basri kehairanan.

"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum pernah melihat keretapi berlanggar." ..Jawab Sarjo dengan selamba

*** Confirm dapat kerja !

Read more...

Pemegang biasiswa JPA dibenar bekerja dengan swasta

PUTRAJAYA 6 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan inisiatif polisi baru yang antara lain akan menekankan kepentingan modal insan bertaraf dunia untuk mentransformasi ekonomi Malaysia kepada ekonomi berpendapatan tinggi.

Inisiatif tersebut termasuk pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang terpilih diberi kelonggaran untuk berkhidmat dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta sebagai membayar balik tempoh kontrak untuk menyokong keperluan modal insan berkemahiran tinggi di bawah program transformasi ekonomi. – Utusan

*** Sudah boleh..mungkin banyak Jabatan Kerajaan hendak di swastakan tidak lama lagi..

Read more...

Sedap


* Sedap bunyi keretapi ini..


Setiap orang akan merasa nikmat kesedapan ..sesuatu benda secara formal dan normal..Berikut adalah beberapa kesedapan dan kenikmatan yang boleh dikongsi bersama............


1. Sedapnya bau...

a ) ada sesetengah orang yang berasa sungguh sedap menghidu bau petrol terutama sekali di setesyen minyak .nak katakan ketagih pon ada..Kalau korang tak percaya tunggulah di stesyen- stesyen minyak yang berdekatan....dari pagi sampai malammm....heee hee heeee itupon kalau bernasib baik jumpa..

b ) kalau dulu waktu alam persekolahan waktu beli buku baru tu tak puas nak cium bau buku baru tu.. asyiknya.letak kat hidung lepas tu flipkan mukasurat buku tu..satu lagi bau getah pemadamnya (rubber) sedapnya bila dicium...bau buku teks sekolah asyiknya ...sampai ada le kaum bubuh daun daun dalam celah muka surat buku tu...kalau korang tak percaya pi tanya mak bapak korang waktu muda muda dulu tu....


2.Sedapnya bunyi...


a ) Ini waktu kecik kecik dulu dulu le waktu lepas merdeka..aku ingat korang ada yang tak pernah alami kot..kalau naik keretapi Tanah Melayu tu dulu..pakai wap diesel, tingkap tak tutup ..waktu wisel dibunyikan waktu keretapi nak bertolak dia punya bunyi sungguh mengasyikkan lebih lebih lagi waktu berselisih dengan jambatan besi merentangi sungai ..dari pelan ke tahap laju...asyik nya macam ada irama alunan lagu lak... sepanjang perjalanan....Korang naik keretapi sekarang mana nak rasa masuk -masuk dah di tutup kejap sound proof tinkap keretapi tu mana ada dengar ,air-con pon ada dulu-dulu pakaiii kipas siling je lee....

b) Dulu dulu kita orang tengok wayang tengah padang ,,wayang cacak kata orang dulu tu..waktu dipasangkan projektornya sungguh seronok dengar bunyi projektornya berputarkan filemnya...dia ada le 3 reel filem lepas satu satu digantikannya...waktu projektor buat hal filem terputus apalagi riuh rendah bersorak marah....kelam kabut tukang projektor repair balik..takut ada penonton baling kasut tapi penonton dulu tu tak buat hal punya le, bersopan disiplin tinggi..sanggup tunggu...Penonton video sekarang baru je cd tersangkut dah hempok jahanam player.. besok beli baru...

*** Terima kasih adik.. tentang cerita sedap ini..

Read more...

3,206 isteri hidap HIV


* Gambar sekadar hiasan..



KOTA BHARU - Sikap segelintir suami yang kerap 'makan luar' dengan pelacur di negara jiran dikenal pasti menjadi punca ramai suri rumah di Kelantan dijangkiti penyakit HIV/AIDS berbanding wanita di negeri lain.

Presiden Majlis AIDS Se-Malaysia (MAC), Datuk Mohd. Zaman Khan (gambar kecil) yang mendedahkan perkara itu berkata, gaya hidup bebas golongan lelaki terutama yang telah berkahwin menjadi faktor utama isteri dan wanita secara tidak langsung terdedah kepada jangkitan virus berkenaan.

"Ramai wanita yang menghidap HIV/AIDS mendapat (penyakit itu) daripada suami mereka, sesetengah orang (lelaki) pergi pada pelacur dan mereka terdedah (kepada jangkitan HIV/AIDS).

"Misalnya orang lelaki selalu pergi ke Sungai Golok, selepas melakukan 'lawatan' ke sana, mereka kembali pada isteri mereka yang kemudian telah menyebabkan wanita atau isteri mereka menerima akibatnya dengan dijangkiti virus berkenaan," katanya pada majlis sambutan Hari AIDS Sedunia 2010 peringkat kebangsaan di sini semalam..

*** Selalu juga makan luar..tapi makan nasi..makan mee kari..makan Laksa..

Read more...

Ahad, 5 Disember 2010

Selamat malam


'' Selamat malam yer..adik demam..adik nak tidor..tengok bawah katil adik..ada orang tumpang tidor juga..Lantak lah ''..

*** Ingat ini gambar sepuluh tahun sudah..masa kawan memula kenal internet..

Read more...

Menjawab tags AAP


* Award ( terima kasih AAP )

Nama blog korang dan kenapa letak nama tu:

* relevan Sokmo ..ia sentiasa relevan tanpa putus putus dalam mengeratkan silaturahim sesama insan..

5 perkara yang saya suka:

1. Makan...
2. Tidor..
3. Dating sama awek..
4. Tukat tayar kereta..
5. Dapat gaji..

5 perkara yang saya tidak suka :

1. Lapar..
2. Tidak cukup tidor..
3. Dating pospon..
4. tayar kereta pancit..
5. Lambat dapat gaji..

Tiada tags untuk rodong rodong..cuma nak bagi award ni kepada bayu timur sahaja..

Ok AAP..selesai..

Terima kaseyy !..

*** Selamat mengetea !..

Read more...

Seluar dalam kalis bom Taliban laris


* SELUAR dalam buatan BCB International.


LONDON - Sejenis seluar dalam kebal berharga £60 (RM297) yang dibuat daripada bahan tahan lasak kevlar laris dijual di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Seluar dalam jenis boxer itu dibeli oleh isteri dan kekasih anggota tentera Britain yang bertugas di medan perang di Afghanistan sebagai hadiah Hari Krismas.

Seluar dalam ringan itu dapat melindungi kelangkang dan pangkal paha askar Britain daripada impak bom buatan Taliban di Afghanistan yang menyebabkan ramai di antara mereka maut atau menjadi cacat.

Firma yang mengeluarkan seluar dalam kebal itu, BCB International, mendakwa produk mereka lebih efektif menahan impak letupan berbanding seragam standard tentera masa kini. - Agensi

*** Sangat bagus untuk keselamatan Senjata.. ( senjata sulit daa ! )

Read more...

Harga dijamin tidak naik


* Harap tidak naik


KUALA LUMPUR – Kenaikan harga minyak dan gula yang bermula semalam dijangka tidak memberi kesan kepada harga makanan dan minuman serta tambang bas apabila persatuan pengusaha kedua-dua sektor itu memberi jaminan akan menyerap kos tambahan sekurang-kurangnya dalam tempoh terdekat.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hasan Sahul Hameed berkata, pihaknya telah meminta kesemua 3,000 ahli Presma di seluruh negara supaya tidak menaikkan harga makanan dan minuman.

Katanya, pengumuman kenaikan harga bahan api dan gula itu juga bukan sesuatu yang mengejutkan.

“Kita sudah jangka subsidi bahan api dan gula akan dikurangkan.

“Walaupun kos meningkat, kami tiada pilihan kerana perlu kekalkan persaingan untuk jaga pelanggan masing-masing,’’ katanya ketika dihubungi semalam..

*** Tea tarik..roti canai akan naik masuk mulut..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP