GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 31 Januari 2011

Petrol Ron97 naik lagi seposen



Sumber berkata harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi berkuatkuasa tengah malam ini (01hb Februari 2011)

Menjadikan harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.50 seliter daripada RM2.40 sebelum ini.

Entah berapa kali dah naik seposen lima sen..naik dan naik lagi...naik sokmo..

* Sumber ( siNi )

*** Tapi harga masih lagi rendah berbanding negara jiran jiran tetangga kita.. '' senalor kata begitu ''...


Read more...

Menyamar untuk saman kutu sampah


NILAI – Anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Nilai (MPN) akan menyamar sebagai orang awam bagi menyaman mereka yang membuang sampah merata-rata di kawasannya.

Yang Dipertua MPN, Datuk Abdul Halim Abdul Latif berkata, mulai bulan ini, MPN menempatkan anggota penguat kuasanya di tempat awam dan terbuka untuk membuat pemerhatian sebelum menahan individu yang didapati membuang sampah merata-rata.

"Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang ditangkap dan mereka boleh dikenakan kompaun RM250. Individu yang enggan membayar kompaun tersebut boleh dihadapkan di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Halim berkata, masalah pembuangan sampah haram di tempat awam dan terbuka di kawasan MPN sering berlaku dan walaupun kerja pembersihan sentiasa dilakukan, perbuatan itu masih berulang. – Bernama

* Sumber koSmo

*** Siang malam dengan Sampah..


Read more...

Keputusan kes Skandal Peterporn hari ini


BANDUNG 31 Jan. - Keputusan terhadap kes penerbitan video porno yang melibatkan penyanyi utama Peterpan, Nazriel Irham atau Ariel akan diputuskan pagi ini di Mahkamah Keadilan Negeri di sini hari ini.

Peguam bela Ariel, Afrian Bondjol yakin anak guamnya itu bakal bebas daripada sebarang hukuman.

Kata Afrian, sehingga ke saat ini, tidak ada bukti yang boleh mengaitkan Ariel ke dalam kes yang mendapat meluas media tempatan dan antarabangsa. - Utusan

* Sumber ( siNi ) dan juga ( siNi ) ( siNi )

*** Sejuk gini..


Read more...

BN menang besar di DUN Tenang


LABIS 30 Jan. - Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti lebih besar menerusi calonnya, Mohd. Azahar Ibrahim yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.

Mohd. Azahar menang dengan majoriti 3,707 undi selepas mendapat 6,699 undi untuk mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman yang hanya memperoleh 2,992 undi. Sebanyak 142 undi rosak.

Majoriti itu meningkat 1,243 undi berbanding 2,492 undi yang diperoleh BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008.

BN juga menawan semula dua kawasan majoriti Cina iaitu di Bandar Labis Timur dan Labis. Bandar Labis Tengah masih memihak kepada pembangkang.

Bagi peti undi Bandar Labis Timur, BN mendapat 669 undi dan Pas pula 632 manakala di Labis BN memperoleh 380 undi dan Pas 337 undi. Bandar Labis Tengah BN mendapat 365 undi dan Pas 851..

* Sumber Utusan Online

*** \o/


Read more...

Ahad, 30 Januari 2011

Cuti makan ( Aina dan Bapa beliau )


Jam sudah menunjukan pukul 11.45 pagi..Bapa Aina masih lagi sedap menarik selimut..cuaca pula sejuk akibat hujan sedari semalam..

Ibu Aina sedang sibuk didapur..

'' Pergi gerak Aboh tu..cakap kat Aboh..gula, tepung, minyak masak dan segala lauk pauk perlu di beli hari ini ''..kata Ibu Aina..

'' Baik emak ''..jawab Aina..

Aina segera menurut perintah Ibunya..

'' Aboh kata..nanti petang dia pergi bandar..untuk tengahari ni makan lah apa yang ada ''..kata Aina kepada Ibunya..

'' Baik lah..bagitau Aboh tengahari ni kita cuti makan ''..jawab Ibu Aina..


'' Ok jugak emak..kita sekeluarga cuti makan untuk tengahari ini ''.kata Aina..

Masuk sahaja waktu tengahari..bapa Aina sudah mula kelihatan diruang dapur untuk mencari makanan..

'' Aina ..emak tak masak nasik ke? ''..kata Bapa Aina..

'' Tak Aboh..emak kata untuk tengahari ini kita semua kena cuti makan ''..jawab Aina..


*** Cuti makan?..




Read more...

Sabtu, 29 Januari 2011

Apa akan anda buat bila berada dalam kesejukan yang melampau


Apa anda akan buat bila berlaku tahap kesejukan yang melampau kepada diri anda..adakah anda akan : -

1. Berdiang ditepi api

2. Minum minuman panas

3. Melompat

4. Menggosok telapak tangan

5. Peluk tubuh

'' Ek..eleh senang sahaja jawapan itu pun aok tidak tau ''..kata Ahmad Zaki kepada Azman Zahari..

'' Lor..semua jawapan diatas di dalam keadaan yang betul.. kelima limanya betul ''..kata Azman Zahari..

'' Paling mudah TARIK SELIMUT lah yang jawapan sepenuhnya .. Ha ha! ''...jawab Ahmad Zaki..

*** yerr..sejuk sejuk begini tarik selimut sangat best ''..


Read more...

Mc

Satu hari Rosli Ghani dipanggil oleh pihak atasannya..berkenaan selalu sahaja bercuti sakit..pegawai atasannya syak semacam cuti sakit Rosli Ghani ini di rancang..klinik panel pula dengan sewenang nya meluluskan cuti sakit untuk beliau ini..

'' Di dapati kamu telah menyalahgunakan cuti sakit ini..dalam bulan ini sahaja kamu telah mengambil 6 hari cuti sakit ..saya akan rekmenkan kepada pihak majikan untuk menghantar awak buat Medical Check up..mana tau kamu ada penyakit yang serius ''..kata encik Azizul..

'' Eh..jangan macam tu encik..saya memang banyak demam dalam bulan ini ..tiada ada apa penyakit yang serius pun ''..kata Rosli Ghani..

'' Tapi ada sumber menyatakan kamu telah membuat kerja lain dalam tempoh waktu kamu cuti sakit itu..ini sudah menjadi satu kesalahan serius ''..kata encik Azizul..

'' Mana saya tau encik..saya buat kerja part time dalam tempoh cuti sakit tu cuma tolong kawan jual goreng pisang jer..bukan kempen pilihanraya ''..jawab Rosli Ghani..

Begitu lah perihal nya Rosli Ghani dalam memberikan alasan kepada pihak atasannya..beliau kini menunggu keputusan dari Jabatan sumber manusia untuk tindakan selanjutnya..


*** Mc selalu juga masuk kebun !


Read more...

Jumaat, 28 Januari 2011

Malam Gerak Khas ( sapu bersih )

Malam ini satu kumpulan seramai 5 orang menghadapi misi pembersihan yang akan dilaksanakan sempena perasmian Majlis gilang Gemilang iaitu pembukaan Tahan Street dan Up town dalam daerah kome ini..

Segala kelengkapan telah disiapkan..

'' Semua sudah siap sedia dengan barang kelengkapan masing masing ''..tanya encik Khairul..

'' Siap ''..jawab yang lagi berempat

Begitu lah tekun dan jaya mereka semua dalam melaksanakan tugas..tugasan mereka semua untuk memastikan kebersihan selepas acara gilang Gemilang ini..

Cuaca dari pagi tadi..hujan kadangkala redup.. segala persiapan rapi dari pihak penganjur telah berjalan juga dengan sempurna..

Kompaktor telah di gerakkan untuk misi ini..

*** Tunggu esok apdate penuh..to be sambung..


Read more...

Restoran di KL wajib ada WiFi tahun depan

KUALA LUMPUR – Semua pengusaha restoran di ibu negara akan diwajib menyediakan perkhidmatan kemudahan Internet jalur lebar tanpa wayar (WiFi) di premis masing-masing mulai tahun depan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail (gambar) berkata, jika mereka ingkar, lesen perniagaan restoran sedia ada tidak akan diperbaharui manakala bagi pengusaha baru, ia akan menjadi syarat kepada pemberian lesen.

Katanya, peraturan baru itu dibuat bagi memastikan sasaran untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah ibu negara maju pada tahun 2020 tercapai.

“Kita akan lakukan pindaan terhadap syarat lesen perniagaan untuk memastikan arahan ini dipatuhi.

“Lesen baru tidak akan dikeluarkan dan lesen pengusaha restoran sedia ada tidak akan diperbaharui jika syarat ini gagal dipatuhi,” katanya pada sidang akhbar sempena Hari Wilayah di Angkasapuri di sini semalam..

* Sumber koSmo

*** Tunggu restoran di belakang pejabat pos tidak lama lagi akan di pasang WiFi..


Read more...

Senyum dipagi hari Jumaat ( haruan makan anak )


'' Sedih dengan segala macam kejadian sekarang ini..bapa sanggup ratah tubuh anak kandung sendiri ''..kata Kak Zakiah yang sedang mengirai irai kan rambutnya yang masih lagi dalam kebasahan..

'' Betul lah Kak..meskipun dapat hukuman tapi saya rasa macam tak setimpal jer ''..kata Rozita yang rambutnya juga basah..

'' ..rogol..bunuh sana sinun..buang bayi dan juga haruan makan anak..setiap hari ada saja berita nya ''..kata Kak Zakiah..

'' Haruan makan anak? ..dalam maksud nya tu Kak ''..kata Rozita..

Begitu lah mereka sembang punya lah sembang dari alkisah Haruan makan anak sampai ke kisah kisah yang Global ..

'' Haruan juga sangat bagus untuk pemakanan selepas pembedahan agar luka cepat kembali pulih ''..kata Kak Zakiah..

'' Susah nak dapat Haruan sekarang ni ye Kak? ''..tanya Rozita..


'' Memang susah..sebab Haruan selalu makan anak ''..kata Kak Zakiah..


Rozita terkeliru di situ diatas apa yang diperkatakan oleh Kak Zakiah lantas berlalu masuk ke dalam rumah..

*** Pening..


Read more...

Interlok kekal digunakan, pindaan pada bahagian sensitif


KUALA LUMPUR 27 Jan. – Novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India, demikian diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.

"Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya menjangkakan pindaan ini akan dapat dibuat dalam masa yang terdekat,” katanya.

Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah.

Novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini. – Bernama

* Sumber Utusan Online

*** Novel yang sungguh menarik..sudah berdekad dekad lama nya baru ada pihak yang boleh tersinggung perasaan..kenapa tidak 40 tahun dahulu tersinggung perasaan?..


Read more...

Khamis, 27 Januari 2011

Super Xray ( selalu membuat mata jadi silau )




* Tak faham betul..arah mana datangnye iklan ini..sudah puas mengodey tapi tetap ada juga..adakah korang jugak ada mengalami masalah yang sama dengan kome ini?..

*** Patut lah sehari dua ini mata jadi berkenyit tak tentu arah jer..



Read more...

Silap beli rokok, empat beradik kena terajang

Mangsa dera dihalau bapa

PERMAISURI: Hanya kerana si kakak tersilap membeli rokok bapanya, empat beradik menjadi mangsa terajang lelaki tidak bertanggungjawab itu, sebelum dihalau dari rumah dan bermalam dalam hujan lebat di hutan berhampiran Guntung di sini, semalam.

Empat beradik berkenaan termasuk tiga perempuan berusia 8, 10 dan 14 tahun dan seorang adik lelaki berusia tujuh tahun dipercayai menjadi mangsa dera bapa sendiri termasuk beberapa kes sebelum ini, sebelum dihalau dari rumah kira-kira jam 1 pagi akibat kesilapan kecil itu.

Lebih menyedihkan, sifat kejam bapa kanak-kanak terbabit bukan kali pertama berlaku kepada mereka, malah sudah beberapa kali diterajang, disepak dan dihentak dengan hulu parang dan dicucuh dengan puntung rokok.

Kesan kecederaan itu dikenal pasti apabila mereka dibawa polis ke Hospital Setiu untuk rawatan semalam, selepas mereka ditemui orang awam dalam keadaan menyedihkan dan kesejukan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi memberitahu satu laporan polis diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu dan semua kanak-kanak berkenaan kini ditempatkan di Hospital Setiu.

Katanya, laporan dibuat orang ramai yang terserempak dengan kumpulan kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak bermaya, sebelum mereka menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

"Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi dimaklumkan dan membawa mangsa ke hospital untuk rawatan, sebelum mereka didapati cedera akibat didera,” katanya.

Sementara itu kira-kira jam 7.30 malam tadi, polis menahan seorang lelaki berusia 58 tahun, iaitu bapa kepada kanak-kanak berkenaan dan perintah reman terhadapnya akan dipohon bagi membantu siasatan..

* Sumber Berita Harian Online

*** Ini seorang contoh bapa yang sungguh raban hidupnya..


Read more...

Bahana isteri kuat Seks

BERLIN, Jerman - Seorang lelaki Turki yang menetap di Jerman mendapatkan perlindungan polis kerana isterinya yang kerap meminta melakukan hubungan seks, kata polis semalam.

Menurut polis, lelaki itu datang ke sebuah balai polis di barat daya Jerman pada Selasa lalu.

Lelaki itu berkata, dia telah tidur selama empat tahun di sofa untuk mengelak daripada tuntutan daripada isteri yang mahu melakukan seks.

Isterinya itu telah dikahwini selama 18 tahun.

Dia mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinannya itu.

"Sekarang, dia bercadang untuk bercerai dengan isterinya itu dan keluar dari rumah dengan harapan dia pergi ke tempat kerja dalam keadaan yang cergas sepenuhnya.

"Ketika itu, tindakannya mahu keluar dari rumah mustahil dilakukan kerana isterinya sering datang ke ruang tamu meminta dia melaksanakan tugas perkahwinan (seks) sehingga membuatkan dia meminta pertolongan polis untuk mendapatkan tidur pada waktu malam," menurut polis. - AFP

* sumber koSmo

*** Huh !


Read more...

Rabu, 26 Januari 2011

Aina dan bapa beliau ( janji Aina )


Tahun ini 2011 Aina akan menghadapi peperiksaan UPSR..Aina telah mengambil 5 subjek untuk tuisyen demi mencapai keputusan yang terbaik..

'' Ingat tahun ini Aina tuisyen 5 subjek..nanti periksa boleh capai dengan cemerlang ''..kata bapa Aina..

'' Baik lah Aboh..Aina berjanji akan fokas kepada semua subjek ''..jawab Aina..

'' Jadi aktiviti Aina untuk menonton tv terpaksa lah Aina kurangkan tau ''..kata Bapa Aina lagi..

'' Ok Aboh..Aina janji juga untuk mengurangkan menonton tv '' ..jawab Aina..

'' Bagus..termasuk juga temujanji Aina untuk menonton kartun Spongebob ..lupakan Spongebob untuk tempoh satu tahun ''..kata bapa Aina..

'' Aduhh..aboh ini yang tak boleh sebab Aina minat sangat dengan Spongebob..emok pun minat juga..harap aboh benarkan untuk tonton Spongebob jer ''..jawab Aina..

Bapa Aina merasa pelik kenapa ramai yang meminati kartun Spongebob ..jadi satu hari bapa Aina menonton kartun Spongebob ini..

'' Ok..Spongebob dibenarkan untuk ditonton ''.. kata bapa Aina..

Bermula dari hari itu bapa Aina sangat meminati untuk menonton Spongebob ini..boleh dikatakan tiap kali tayangan pasti bapa Aina akan menontonnya..

'' Orang tua ni dah maru.. gamoknya '' ..kata ibu Aina..

*** Haha! dulu dulu suka ThunderCat..

* Maru = buang tabiat

Read more...

Facebook, Twitter atasi Myspace


CANNES: Laman sesawang sosial Facebook dan Twitter mengatasi Myspace sebagai ruang baru paling popular untuk peminat berhubung dengan artis kegemaran mereka, kata sumber dalam industri berkenaan.

Laman itu turut menjadi medium terbaru untuk mereka menghebahkan konsert yang akan berlangsung dan menarik perhatian peminat muda supaya menggemari muzik mereka. Peminat berusia 16 hingga 24 tahun lebih gemar untuk membuat salinan cakera padat (CD) tanpa melakukan pembayaran, manakala peminat berusia 12 hingga 15 tahun pula adalah generasi digital hari ini dan esok, kata Timbalan Presiden Kaji Selidik Forrester iaitu kumpulan kaji selidik pasaran yang berpengaruh, Mark Mulligan kepada majlis tahunan industri muzik MIDEM di Cannes, semalam.

Walaupun hanya 15 peratus kumpulan orang muda ini memuat turun muzik melalui rakan dan 12 peratus lagi membeli album, tetapi 56 peratus mendengar muzik di telefon bimbit dan 53 peratus pula menonton video muzik di Internet.

“Mereka berusia 12 hingga 15 tahun yang mewakili pengguna masa depan dan membesar dengan Internet mahukan pengalaman muzik yang hebat di mana mereka boleh melihat, mendengar dan berkongsi,” kata Mulligan dalam persidangan itu. Kebanyakan pemuzik sudah berubah kepada medium ini dan menggunakan pelbagai pendekatan kreatif untuk berhubung dengan peminat bagi meningkatkan populariti dan jualan muzik mereka. - AFP

* Sumber myMetro

*** Memang tidak menjadilah jawabnya Mark Zukerberg nak tutup laman Facebook ni pada bulan March nanti..


Read more...

Isnin, 24 Januari 2011

Getah: Pekebun bina pondok, khemah elak hasil dicuri

TEMERLOH - Harga getah yang tinggi memaksa penduduk beberapa kampung di daerah ini membina pondok dan khemah untuk bermalam di kebun masing-masing bagi mengelak hasil getah dicuri.

Kegiatan mencuri getah semakin berleluasa bukan sahaja pada waktu malam malah pada tengah hari sejak harga komoditi itu meningkat.

Ketua Kampung Kelibang, Kerdau, Mat Amit Jainal berkata, pekebun terpaksa bersengkang mata dan berkawal menjaga kebun di pondok dan khemah yang didirikan mereka untuk mengatasi masalah itu.

Beliau berkata lebih 10 kejadian kecurian telah dilaporkan berlaku di sekitar kampungnya dalam tempoh 15 hari lepas.

"Sejak tindakan berjaga-jaga dan berkawal dilakukan pekebun dengan kerjasama Rela, kegiatan mencuri getah kini agak berkurangan,” katanya. - Bernama

*** Nanti nak buat rumah dalam kebun getah pula..


Read more...

Kempen CPA ( Cost per Action ) dari Nuffnang dot com

* Nampak kelabu asap dan kecil klik lah buat pembesaran..

Cuba tengok pendapatan 21 Jan - 22 Jan 2011 RM3.96 kalau dapat RM3.96 sehari X sebulan berapa?..tentunya = RM118.80 X pula setahun = RM1,425.60.. Haha ! ini baru pendapatan kos per Action.. belum lagi + CPC ( Cost per Click ) atau pun mCPM ( Metered Cost per imperssion )

Kempen CPA ( Cost per Action ) ini baru lagi diperkenalkan oleh Nuffnang rasanya semua sudah tau..kalau tidak tau godey lah kat mana yang patut..

Patut lah ramai yang jadi kaya raya sudah ..

*** Kalau lah kalau ..apa pun kawan dah 2X cash Out..boleh tukar tayar kereta..selepas ini nak tukar kereta pula..


Read more...

Chong Wei hampakan jaguh dari Indonesia


* CHONG Wei (kanan) dan Taufik bangga dengan hadiah masing-masing selepas muncul juara dan naib juara Terbuka Malaysia yang berakhir di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.

KEJAYAAN merangkul gelaran juara pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2011 ternyata menjadi suntikan semangat buat jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei

Ini kerana, pemain ranking No. 1 dunia itu akan turun pula beraksi pada Siri Super Terbuka Korea Selatan bermula Selasa ini.

Semalam, Chong Wei yang turun selaku pilihan pertama Terbuka Malaysia tidak berdepan halangan untuk menundukkan perseorangan Indonesia, Taufik Hidayat 21-8, 21-17 pada aksi final di Stadium Putra, Bukit Jalil..

* Sumber koSmo

*** Tahniah Datuk..


Read more...

Ahad, 23 Januari 2011

Blogger boleh jadi kaya raya dengan berblog

Teruja sungguh dengan sebuah berita dari surat khabar Berita Harian online

KUALA LUMPUR: Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun.

Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.



* Ini salah seorang blogger yang berjaya

'' Wohh..kalau macam ini kawan akan terus berblog sehingga ke titisan bateri lappy yang terakhir ''..kata Azman Zahari..

'' Koi tau..ini mesti kisah blogger blogger yang berjaya dan telah kaya raya dengan hasil penulisan blog mereka ''..kata Ahmad Zaki..

'' A'ah..mungkin lagi 7 atau 8 tahun kawan boleh mengikuti jejak mereka ''..jawab Azman Zahari sambil mendongak dengan sedikit angkuh..

'' Pendapatan dia orang sudah berbelas malah berpuluhan ribu sebulan..aok baru berapa? ''..tanya Ahmad Zaki..

'' Kawan baru RM45 sebulan kadang jatuh RM25 kadang adakala RM16.90 saja sebulan..tidak mengapa itu cabaran bagi kawan..kawan akan terus meningkatkan prestasi lagi ''..kata Azman Zahari..

'' Padan lah muka aok..dapat sebanyak itu setiap bulan..sebab entri aok tidak asli..aok cilok aok Copy dan paste sana dan sini..aok main tepek sahaja..idea fresh aok langsung tidak ada..mereka yang berjaya itu semuanya mengekalkan keaslian karya masing masing ''..kata Ahmad Zaki terus berlalu pergi..

'' Pedih pedih ''.. rungut Azman Zahari dalam hati..

*** Ingat Azman Zahari ni kena turun menoreh time getah mahal begini..nanti musim meluruh baru berblog semula..


Read more...

Wanita lumpuh selepas kena 'ciuman cinta' di leher


AUCKLAND - Seorang wanita berusia 44 tahun lumpuh buat seketika selepas dia dicium pasangannya di bahagian leher, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia lumpuh di bahagian lengan kiri semasa menonton televisyen.

Doktor-doktor yang memeriksanya bingung mengenai punca dia diserang strok sehinggalah mereka mendapati terdapat tanda ciuman cinta di bahagian lehernya sekali gus meleraikan misteri serangan strok itu.

Wanita itu kemudian memberitahu doktor bahawa dia dicium beberapa hari sebelum diserang strok.

Seorang doktor, Teddy Wu dari Hospital Middlemore di Auckland berkata: "Disebabkan ia merupakan ciuman cinta, terdapat sedutan yang kuat.

Menurutnya, terdapat darah beku di dalam arteri di tempat sedutan itu dibuat.

Dia berkata, darah beku tersebut tidak dapat bergerak menyebabkan strok itu berlaku. Wanita itu pulih selepas dirawat dengan ubat antibekuan. - Agensi

* Sumber koSmo

*** Huh !


Read more...

Sabtu, 22 Januari 2011

Malam minggu yang meSra ( the good the bad and the ugly )


Ini filem koboi yang pernah kawan saksikan ketika di sekolah rendah dulu..ikot sahaja tapi tak berapa faham..bila dah dewasa baru tau filem lakonan Clint Eastwood ini cukup best..


Tengok saja lah Trailer kat bawah ni..




Ketik ( siNi ) untuk muzik thema filem ini..

*** Layan 412 ni..


Read more...

FWD SMS

Malam tadi dapat sms dari encik BZO..jadi kawan Foward kan ke entri kali ini..

MAKLUMAT PENTING DARI POLIS..

Fowarded msg :

Msg penting untuk semua golongan wanita yang hendak pergi ke tempat kerja,ke sekolah.kolej seorang diri..Jika ada terjumpa seorang kanak2 menangis di tepi jalan dan menunjukan anda tempat tinggalnya dan meminta anda membawanya ke alamat tersebut..tolong bawa dia ke balai polis yang berhampiran..tidak kira apa pun yang terjadi..jangan sesekali pergi ke alamat tersebut..Ini adalah taktik terbaru satu kumpulan yang ingin merompak,menculik dan merogol..Pls Fwd 2 all ur loved ones so they can inform friends n family members ...

Always Be Alert..

*** Berhati hati lah .......


Read more...

Peserta Big Brother maut operasi besarkan buah dada

BERLIN: Seorang daripada peserta program televisyen realiti Big Brother mati akibat kegagalan pembedahan membesarkan buah dada, lapor media semalam.

Aktres filem lucah, Sexy Cora, disahkan mati akibat kegagalan otak dan berada dalam koma selama sembilan hari di sebuah klinik di Hamburg, Jerman.

Keluarga Sexy - atau nama sebenarnya, Carolin Berger - dihubungi pihak hospital pada minggu lalu.

Sumber berkata, otak wanita itu tidak mendapat bekalan oksigen selama 15 minit sebelum keadaannya menjadi kritikal.

Dia mencipta nama dalam program berkenaan apabila mandi berbogel di depan kamera. - TS

* Sumber myMetro

*** Rupa nya kat luar negara ada macam macam jenis program realiti..setelah kawan mengugel tentang program realiti ini..tidak tergamak juga kawan nak menempek gambar berkenaan program realiti ini..


Read more...

Jumaat, 21 Januari 2011

Semua kenderaan wajib dipasang beg udara tahun depan


Terkini Utusan Online

RANTAU PANJANG, 21 Jan. - Mulai tahun depan, semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Katanya, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kemalangan maut akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.

“Mulai tahun depan, kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan dipasang beg udara bagi keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2011, di sini, hari ini. - Bernama

1. Berapa pula harga nya beg udara ni yer..

2. Kereta yang berumur 25 tahun ke atas kena pasang juga lah beg udara ni yer..

3. Tentu tak ada diskaun bagi mereka mereka yang berpendapatan rendah untuk memasang beg udara ni yer..

4. Sungguh untung Syarikat yang mengeluarkan beg udara ni yer..

5. Dan..polis serta JPJ akan menyediakan satu lagi jenis saman..iaitu saman tiada pemasangan beg udara..

*** Ha ha..sedikit lagi motor pun kena ada beg udara..


Read more...

Wanita tunjukkan ciri kewanitaan mudah naik pangkat

RICHMOND, Amerika Syarikat (AS) - Satu kajian yang dilakukan para penyelidik Universiti George Mason di Virginia mendapati wanita yang menunjukkan ciri-ciri kewanitaan mudah dinaikkan pangkat, lapor sebuah akhbar semalam.

Kajian itu melibatkan personaliti 80 orang remaja lelaki dan wanita selepas lapan tahun mereka belajar dalam bidang sarjana pentadbiran perniagaan di universiti tersebut.

Para penyelidik itu mendapati wanita yang lebih bersifat kewanitaan mudah dinaikkan pangkat berbanding wanita yang bersikap agresif.

Menurut kajian itu, pengurus wanita yang mengawal diri mereka dengan baik lebih mudah dinaikkan pangkat.

Kajian itu diterbitkan oleh jurnal British Psychological Society. - Agensi

* Sumber koSmo

*** Ciri lelaki tentunya pada kelakiannya senang naik pangkat juga.. Ha ha!


Read more...

Senyum dipagi hari Jumaat ( Suzie )

'' Kasihan Suzie..kahwin dengan orang pangkat besar..tapi hidup sengsara..Suami nya pangkat saja besar tapi buat isteri macam sampah ''..kata Kak Zakiah

'' Itu lah kak..orang lelaki ingat dia punya kuasa besar..sewenang wenang boleh buat isteri macam tu ''..kata Rozita

'' Silap Suzie juga ..hendak kahwin dengan orang pangkat besar CEO sebuah Syarikat..sudah berumur pulak tu..tidak mendapat restu keluarga..kahwin pula kat luar negeri '' ..kata Kak Zakiah..

'' Kan ke Suzie ni masih belajar lagi Kak?..ishkk..dah kawin pulak dia yer ''..tanya Rozita..

'' Ishkk! Zita... Suzie mana yang awak maksud kan ni? ''..kata Kak Zakiah..

'' Suzie anak Mohd Nor Shaari yang hujung rumah besar tu ''...kata Rozita..

'' Laa..ini Suzie dalam surat khabar berita hari ini ''..kata Kak Zakiah..

'' Laaaa..''..kata Rozita..

Sumber berita di ( siNi )

*** Jom mengetea ..


Read more...

Cerita sedap di malam Sunat


"Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala.

Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya.

Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum.

Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi deagan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya.

Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat.

Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda..

*** Korang ingat apa haa...


Read more...

Khamis, 20 Januari 2011

Pergi ke pejabat naiki 'basikal torpedo'


* AN FARDOE duduk di dalam 'basikal torpedo' ciptaannya.

WHITMORE REANS, Britain - Seorang pekerja di sebuah pusat pembangunan basikal, Ian Fardoe mencipta 'basikal torpedo' untuk pergi ke pejabatnya ketika harga petrol meningkat tinggi di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia dikenali sebagai 'basikal torpedo' kerana bentuknya seperti peluru berpandu torpedo.

Fardoe yang berumur 39 tahun duduk di dalam basikal torpedo itu yang mempunyai pengayuh dan bumbung serta diberi nama velomobile itu ke tempat kerjanya sejauh 9.65 kilometer dari rumahnya.

Menurutnya, dia berasa selamat apabila menggunakan kenderaan itu di sebuah lebuh raya di Midlands.

"Tidak ada kos petrol dan tidak terlalu banyak penyelenggaraan yang perlu dilakukan, Ia hanya diperbuat daripada peralatan basikal," kata Fardoe. - Agensi




'' Guana rasanya Li..boleh kita mula naik Besikal untuk ketempat kerja mulai esok..boleh jua menjimatkan segala kos ''..kata encik Topik..

'' Aok tak layak naik Besikal sebab perut aok boleh menyentuh hendal besikal ''..jawab Rosli Ghani..

*** Dah tu guana?..



Read more...

Pulangkan syiling kepada pemilik

SHAH ALAM 19 Jan. - Orang ramai yang mengutip duit syiling yang bertaburan di atas Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Pedas, Negeri Sembilan semalam dinasihatkan agar memulangkan semula kepada pemiliknya.

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harrussani Zakaria menegaskan, duit tersebut haram diambil serta digunakan kerana ia mempunyai pemilik dan ia wajib dikembalikan semula.

''Sepatutnya sebagai umat Islam, kita perlu menunjukkan kebaikan kita dengan membantu mengutip duit tersebut dan kemudian menyerahkannya kepada pemilik atau syarikat terbabit.

''Kita tidak boleh mencari rezeki secara haram kerana jelas duit itu bukan hak mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan orang ramai yang sanggup menggadai nyawa untuk mengutip wang syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas lebuh raya dan kawasan rumput di Kilometer 243 susur keluar Pedas semalam.

Sebanyak RM75,000 wang syiling bertaburan di atas jalan apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD), Toyota Hilux yang membawa wang itu terbalik setelah dirempuh kereta BMW... Selanjutnya sila ketik ( siNi )

* Berita semalam ( siNi )


Read more...

Rabu, 19 Januari 2011

Meleleh punya sibuk

Dari pagi tadi memang sibuk..ada majlis Gotong royong di satu kawasan Perindustrian..ramai jabatan kerajaan dan Swasta yang terlibat..gotong royong untuk memberSihkan kawasan agar menjadi menjadi lebih keceriaan..

Ini melibatkan juga Jabatan Kesihatan yang membuat penyemburan kabus bagi membasmi nyamuk nyamuk yang berkeliaran di kawasan ini..



* Menurut kata seorang Pegawai Kesihatan ...ini nama nya Thermo Fog..( mesin semburan kabus) ..tak sempat lah pulak nak ambil gambar semasa kerja kerja semburan kabus dijalankan kerana kawan sibuk di lain tempat..

'' Ada nampak gandar penyapu tadi ''..tanya Rosli Ghani kepada Muniandy..

'' Mau apa bikin itu penyapu punya gandar ''..tanya Muniandy..

'' Mau bawa balik ..ganti saya punya gandar penyapu rumah punya sudah patah ''..kata Rosli Ghani..

'' ayoo..kalu itu macam saya mau angkat itu Cangkul punya kayu...mau ganti kayu punya Cangkul rumah sana patah sudah ''..kata Muniandy..

Ini sudah menjadi kebiasaan apabila ada majlis gotong royong..tentunya ada banyak barang barang keperluan kerja yang hilang..

* Setelah tamat kerja bergotong royong ..tidak betul telahan kawan pada pagi tadi..bukan menu Bee Hon..tapi nasik lemak Sotong siap dengan rendang ayam sekali..waktu ini cukup ramai yang datang bergotong royong..gotong royong makan makan..



Read more...

Rakus

Encik Topik kelihatan pelik dengan Rosli Ghani pagi ini..lantas beliau menegurnya..

'' Kenapa laju saja ni Li ''..tanya encik Topik..

'' Koi tak tahan dengan ketua Jabatan koi yang baru tu..semua kerja nak cepat dah tu rakus pula ''.. jawab Rosli Ghani...

'' Uihs.. ketua Jabatan aok yang baru tu..wanita kan.. ''..tanya encik Topik..

'' A'ah lah..wanita sungguh terserlah kerakusannya ''..kata Rosli Ghani..

'' Rakus yang macam mana tu Li? ''..tanya encik Topik..

'' Rakus lah..suruh kerja tak tentu tempat..belum siap yang sini suruh buat pula yang sana..dah tu adaka time rehat di suruh juga kerja ''..kata Rosli Ghani..

'' Lor..itu bukan rakus..itu kalut namanya '' ..kata encik Topik..

'' Laa..yer ke? ''..jawab Rosli Ghani..

Itu lah gaya bahasa seseorang yang agak sukar bila membuat permahaman sendiri..

*** Hari ini ada gotong royong..mesti ada Bee Hon..


Read more...

Selasa, 18 Januari 2011

Kemalangan: Orang ramai berpusu-pusu kutip syiling



Terkini dari Utusan online..

REMBAU 18 Jan. – Kebiasaannya orang ramai tidak berani menghampiri kemalangan jalan raya, lebih-lebih lagi jika ia berlaku di tengah lebuh raya.

Namun keadaan itu berbeza hari ini apabila pengguna lebuh raya sanggup bergadai nyawa untuk mengutip duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas Lebuh Raya Utara-Selatan dan kawasan rumput berhampiran di sini.

Semuanya disebabkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) Toyota Hilux yang membawa sebuah peti besi besar berisi duit syiling dirempuh sebuah kereta BMW sebelum terbabas dan terbalik di Kilometer 234, susur keluar Pedas, dekat sini, petang ini.

Ketika ini, orang ramai masih berpusu-pusu mengutip lebihan duit syiling sehingga anggota polis terpaksa mengawal keadaan kerana bimbang kejadian lebih buruk akan berlaku di lokasi kejadian. – Utusan

*** Ini kes ramai yang cuba menempah..menempah maut..dulu pernah kawan saksikan lori ikan terbalik..maka orang ramai pun kutip ikan maka hari itu ramai yang berlauk kan ikan tengah jalan..


Read more...

Jangan guSar jika Facebook milik Mark Zukerberg tutup pada 15hb Mac ini

Ada seorang rodong kome risau sangat jika Mark Zukerberg nak tutup Facebook milik beliau.. risau sebab takot awek awek Facebook dia akan hilang begitu sahaja..

'' Aok jangan risau ni ada orang yang nak buat ala ala Facebook gitu '' ..

'' Ha ha! ''.....





Untuk info lanjut ketik ( siNi )

*** Hepi lunch Hour..


Read more...

Pemilik Bugatti isi minyak RM932

Di sebuah warung kopi belakang pejabat Pos..di situ kelihatan encik Topik dan Rosli Ghani sedang minum tea sementara menunggu waktu masuk kerja..sambil membaca suratkhabar dan mengupas isu isu semasa..suratkhabar yang di sediakan oleh pemilik warung itu..dapatlah mereka membaca dengan percuma..

'' Pemilik kereta mewah di London sekali isi minyak RM932 ''...kata encik Topik sambil menarik asap rokoknya dalam dalam..

'' Kereta jenama apa ''..tanya Rosli Ghani

'' Buggati.. 1 liter untuk 3.2 KM ''..kata encik Topik..

'' Bak minjam RM2 ''..kata Rosli Ghani...

'' Nak buat benda? ''..tanya encik Topik...

'' Nak bubuh minyak untuk Bugatti koi pula ''..jawab Rosli Ghani sambil menunjukkan motor Yamaha Y80 kesayangan nya..

Jauh di sudut hati encik Topik mula berkata ..ini yang payah nya jika pandai pandai membuka isu tentang kenderaan dan juga pengisian minyak...



* SEORANG pemilik kereta Bugatti Veyron mengisi minyak di stesen minyak Texaco, Chelsea baru-baru ini.


LONDON - Seorang pemandu kenderaan mewah jenama Bugatti Veyron mengisi minyak sebanyak £192 (RM932) di sebuah stesen minyak termahal di Britain, Texaco, lapor sebuah akhbar semalam.

Stesen itu mengenakan bayaran 159.9 pence (RM7.74) untuk setiap satu liter minyak.

Dia kelihatan mengisi minyak kereta buatan Perancis itu di Chelsea.

Kereta itu memerlukan sebanyak satu liter minyak untuknya bergerak sejauh 3.2 kilometer.

Harga minyak di Britain semakin meningkat kerana ia mengikut pasaran semasa. - Agensi

* Sumber koSmo..

*** JOm minum Milo..sambil sembang sembang sambil jeling jeling ..


* Nak tau apa cerita dengan Milo ni ketik ( siNi )


Read more...

Isnin, 17 Januari 2011

Caruman dinaikkan semula kepada 11 peratus


KUALA LUMPUR 17 Jan. - Kadar caruman berkanun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja dinaikkan semula kepada 11 peratus daripada lapan peratus berkuat kuasa gaji Januari 2011.

"Majikan perlu memastikan amaun caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan dibayar kepada KWSP bermula daripada caruman bulan Februari 2011,” kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan hari ini.

Kadar caruman berkanun bahagian pekerja sebelum ini diturunkan daripada 11 peratus kepada lapan peratus untuk tempoh dua tahun bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010.

Nik Affendi berkata, ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun itu tidak perlu mengambil sebarang tindakan.

Caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal pada 12 peratus, katanya.

Majikan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi cawangan KWSP terdekat, menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000 atau mengemukakan pertanyaan melalui laman web MyEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my. - Bernama

*** Lagi 4 tahun boleh keluar semua dalam akaun 2 ..Ha ha ha ah ah!...


Read more...

Sibuk dan menyibuk

Hari isnin kebiasaan ada orang yang menjadi sangat sibuk..baik suri rumah..guru guru..maupun penoreh getah..dan ada pula yang suka menyibuk..suka menyibuk pula bukan tertakluk kepada hari isnin sahaja..hari lain lain juga banyak yang suka menyibuk ini..



Situasi di pejabat..


Sibuk bila : - Kerja pejabat jadi bertimbun timbun..
Menyibuk bila : - terhegeh hegeh mengajak orang berborak atau pun pergi kantin..

Situasi di Ladang..

Sibuk bila : - Menebas kebun yang sudah mula semak samun..gajah melintas pun sudah tidak nampak..
Menyibuk bila : - Senang senang tanya kawan sebelah kebun tanya berapa harga getah sekilo pada hari ini..

Situasi di Sekolah..

Sibuk bila : - Dengan tekun menyiapkan kerja rumah yang tertunda pada hari semalam..
Menyibuk bila : - Dengan senang hati untuk meminjam pemadam ( rubber ) dari kawan sebelah..

Situasi di warung kopi : -

Sibuk bila : - Membaca suratkhabar sambil minum tea dan juga menghisap rokok..
Menyibuk bila : - Minta rokok sebatang dari dari kawan semeja..



Situasi di Supermarket : -

Sibuk bila : -Menolak troli sambil mencari pampers untuk anak dan emaknya sekali..sambil mata melilau kearah minyak masak..
Menyibuk bila : - Datang jurujual tanya '' encik tak mau beli Shampoo ke ''..

Situasi di bengkel : -

Sibuk bila :- Menyiapkan servis kereta seorang vip..
Menyibuk bila : - Datang kawan hendak pinjam kereta..

Ini sebahagian daripada sibuk dan menyibuk..tentunya masih ada banyak lagi..

Perhatian : - Ini adalah karya asli menurut kata hati penulis..maka barang siapa yang hendak mengkongsikan ke lain tempat dengan maksud copy dan paste dipersilakan..tapi hendaklah menyertakan dengan permalink blog ini sekali..

*** Ha ha .. kesibukan yang sungguh ketara..


Read more...

Video Lelaki ditangkap kerana gambar seks di Facebook

CHICAGO - Seorang lelaki, Leroy Stephenson (gambar), 24, ditangkap selepas satu gambar yang menunjukkan dia melakukan hubungan seks dengan seorang gadis remaja disiarkan di Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia ditangkap selepas seorang ibu membuat laporan bahawa satu imej anak perempuannya yang melakukan perlakuan seks disiarkan di laman Facebook.

Stephenson memberitahu beberapa penyiasat polis bahawa dia menjalin hubungan seks dengan gadis itu pada Februari 2010.

Ketika itu, gadis tersebut berumur 15 tahun.

Dia turut mengaku merakamkan gambar aksi seks mereka dengan menggunakan telefon bimbit pada Disember 2010.

Gambar itu disiarkan di Facebook selepas ia tersebar dalam kalangan sepuluh orang.

Facebook menarik semula gambar tersebut daripada disiarkan selepas keluarga gadis tersebut membuat aduan kepada pihak pengurusan laman sosial itu. - Agensi

* Sumber koSmo..

*** Jangan buat pasai..kadang kadang sangat mengerikan.. ini yang juga membuat kan pengasas Facebook tidak senang duduk agaknya..ingatkan 15hb Januari 2011 Facebook dah tutup tapi..sudah pindah rumah beliau sila ketik ( siNi ) ..



Read more...

Ahad, 16 Januari 2011

Yuran sekolah perlu dimansuhkan - GMPP

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Sebuah badan bukan kerajaan, Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) hari ini meminta kerajaan supaya menghapuskan yuran sekolah yang didakwa mereka semakin meningkat setiap tahun.

Penyelaras GMPP, K.S. Bawani mendakwa yuran persekolahan tahun ini meningkat 10 peratus daripada tahun-tahun sebelumnya, dengan yuran sekolah rendah yang sebelum ini hanya antara RM26-RM28 bagi setiap pelajar kini meningkat kepada antara RM35-40 seorang.

"Bagi sekolah menengah jumlah bayaran tambahan dikenakan sekitar RM100 seorang berbanding RM60-RM80 seorang pada tahun-tahun sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Bawani berkata, kerajaan juga perlu mengawal selia yuran tadika yang kini mencecah RM300-RM400 seorang hanya untuk yuran pendaftaran dan yuran bulanan antara RM50-RM60 seorang.

Beliau mendakwa akibat yuran yang semakin meningkat ramai ibu bapa tidak lagi menghantar anak-anak mereka di bawah umur tujuh tahun ke tadika.

"Pendidikan tidak patut dijadikan alat perniagaan," katanya. - Bernama


*** Tiap tiap tahun mesti ada cerita begini..bagi kawan anak nak kesekolah..bayar sahaja asal berpatutan..




Read more...

Salah satu punca kenapa harga bawang melambung di pasaran


Pada zaman dahulu saya tidak pernah tengok orang memasak gulai tempoyak campur dengan bawang tetapi sekarang orang masak gulai tempoyak guna bawang. Mungkin faktor ini ada kena mengena dengan harga bawang naik kerana permintaan melebihi dari pengeluaran, fikir-fikirkan. -PENGGUNA

Keratan ruangan Interaktif di dalam sebuah suratkhabar oleh seorang pengguna yang menyatakan salah satu kenapa harga Bawang kini melambung dipasaran..

Semalam masuk sebuah pasaraya didalam daerah kome ni..tau harga bawang besar RM3.90 sekilo..bawang besar Holland pun sama harganya RM3.90 sekilo.. ada yang kata RM6.00 ada yang kata RM9.00 sekilo..

*** Jadi..kurangkan lah makan bawang agar ketiak tidak hangit..




Read more...

Julia Perez tunai janji pakai coli laser


JAKARTA: Selebriti kontroversi, Julia Perez yang gagal muncul dengan coli laser dalam perlawanan akhir pusingan kedua Piala Suzuki antara Indonesia dengan Malaysia beberapa minggu lalu, akhirnya menunaikan janjinya berbuat demikian ketika menyanyi di sebuah kafe kelmarin.

Akhbar hiburan Internet, Okezone melaporkan, Julia atau Jupe mengenakan pakaian seksi dengan coli yang mengeluarkan cahaya merah yang menyilaukan. Beberapa penonton meng- hulurkan wang kepada pelakon filem Hantu Jamu Gendong itu, tetapi Jupe enggan menerimanya sambil berkata: “Saya datang ke sini bukan untuk mengutip wang anda, tetapi kehadiran saya ialah untuk menghiburkan anda.” - Okezone ..

* Sumber myMetro

*** Ha ha!



Read more...

Sabtu, 15 Januari 2011

Bekalan minyak masak pulih sepenuhnya minggu depan

BERA 15 Jan. – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi jaminan bahawa bekalan minyak masak di pasaran akan pulih sepenuhnya minggu depan.

Beliau berkata, pengilang dan pembekal telah diarah meningkatkan bekalan kepada pemborong dan peniaga di seluruh negara menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina nanti.

"Sebanyak 14,000 tan metrik tambahan minyak masak akan dibekalkan sebelum perayaan Tahun Baru Cina dan dengan penambahan bekalan tersebut tiada sebab bekalan minyak masak tidak mencukupi kecuali peniaga menyorok bekalan minyak tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis mesra bersama peneroka Felda Tembangau, di sini.

Beliau berkata, sebanyak 73,000 tan metrik minyak masak diperlukan di seluruh negara untuk setiap bulan dan dengan penambahan 14,000 tan itu, tidak sepatutnya timbul lagi isu kekurangan minyak masak di pasaran.

Ismail Sabri turut berharap orang ramai agar tidak membuat pembelian panik atau membeli terlalu banyak barang keperluan di musim perayaan itu nanti. – Bernama..

*** KOme tak buat pembelian panik Datuk Seri ..kome beli sejabir jer..



Read more...

Sebulan tinggal dengan singa


* JIM JABLON dijilat seekor singa di Pusat Pemulihan Hidupan Liar Daerah Hernando, Florida baru-baru ini.


MIAMI - Seorang pemilik sebuah pusat perlindungan haiwan liar di Amerika Syarikat (AS), Jim Jablon nekad tinggal di dalam sarang singa selama sebulan kerana ingin mengumpul dana, lapor sebuah akhbar semalam.

Jablon, 42, tidur dan makan bersama seekor singa betina berusia 18 bulan, Lea selain seekor singa jantan berusia 10 bulan sepanjang bulan ini yang bernama Ed.

Dia tinggal bersama haiwan itu di dalam kurungan seluas 278.7 meter persegi dan tinggi 3.6 meter di Pusat Pemulihan Hidupan Liar Daerah Hernando, milknya di negeri Florida, AS.

"Setiap kali saya tunduk, singa-singa itu akan menerkam punggung dan mengoyakkan seluar saya, setakat ini enam seluar saya telah koyak," katanya yang mahu mengumpul dana untuk pusat penjagaan tersebut. - Agensi

* Sumber koSmo ..

*** Suka menempah maut ini..demi untuk nama dan berbakti untuk pusat penjagaan tersebut..


Read more...

Wanita solo ditawar suami untuk sewa


TBILISI: Satu perniagaan baru di Georgia menawarkan ‘suami’ untuk disewa wanita bujang yang memerlukan bantuan menyelesaikan kerja rumah mereka.

Namun, pemilik perniagaan itu mengakui apa yang diperlukan sesetengah pelanggannya ialah kasih sayang. “Kami menyediakan perkhidmatan untuk wanita yang memerlukan bantuan menyiapkan kerja rumah contohnya seperti kerja membaiki,” kata pemilik perniagaan itu, Beso Mchedlishvili.

Namun menurutnya, ramai wanita keliru dengan nama syarikatnya - Suami Untuk Sejam - dan mereka meminta perkhidmatan berlebihan.

Sejak syarikat terbabit beroperasi di negara bekas Soviet itu dua bulan lalu, bilangan wanita yang inginkan perkhidmatan intim bertambah ramai mengatasi perkhidmatan asal yang ditawarkan. - AFP

'' Hah ! ..ini perniagaan kalu bikin kat tempat kita ni sangat menguntungkan ''..kata encik Topik..

'' Koi boleh..siapa yang nak sewa koi..dipersilakan..''..kata Rosli Ghani..

' Aok memang dah biasa buat kerja kerja begini kat rumah ye Li.. sebab aok tu selalu kena kerah oleh isteri aok ( queen Control ) ''..kata encik Topik..


*** Hambik kau.. ''


Read more...

Jumaat, 14 Januari 2011

Blog papar isu penipuan pengguna


KUALA LUMPUR 14 Jan. - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini melancarkan sebuah blog yang mengumpul dan memberikan maklumat kepada pengguna mengenai isu-isu penipuan melibatkan pelaburan, syarikat jualan langsung, peniagaan online dan ‘pemasaran pelbagai aras’ (MLM).

Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pengguna boleh menyemak maklumat di dalam blog http://forumsemak.blogspot.com/ yang memaparkan pelbagai jenis penipuan yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab melibatkan jutaan ringgit sehingga serendah RM20. - Bernama..

*** Kita semak nanti..


Read more...

Isu ' Datuk ' palsu

Isu '' Datuk '' palsu pula timbul.. ada '' Datuk '' yang dibeli dan ada '' Datuk ''..yang tidak di iktiraf oleh kerajaan Malaysia..

Dan disini ada juga tentang cerita '' Datuk '' yang akan diiktiraf sama ada lambat ataupun cepat..bergantung kepada rezeki masing masing..

'' Sedar tak sedar Pak Mahad yang rumah hujung simpang taman kita ni dah dapat gelaran '' Datuk ''.. kata encik Topik kepada Rosli Ghani yang sedang membelek belek burung merbok nya..

'' Lor.. bila dia dapat gelaran '' Datuk '' tu ..senyap je.. siapa yang bagi? ''..kata Rosli Ghani..

'' Laa..aok..kan ke menantunya baru bersalin..dapat lah dia cucu pertama dan Pak Mahad pastinya bergelar '' Datuk ''..kata encik Topik..

'' Ciss.. itu '' Atuk ''..bukan '' Datuk ''.. memang Atuk betul lah aok ni ''..kata Rosli Ghani dengan nada suara yang tinggi..

*** Arwah Atuk kawan sangat baik hati..selalu bagi kawan upah duit bilamana kawan membeli tembakau cap musang kegemaran arwah ''...


Read more...

Senyum dipagi hari Jumaat ( Hot minggu ini )


Masih ada lagi yang sok sek sok sek tentang isu panas pada minggu ini..terutama kontroversi yang dicetuskan oleh artis Fasha Sandha begitu juga kemenangan Ana Rafali yang telah menjuarai AJL25..

Isu ini juga telah mendapat perhatian Kak Zakiah dan Rozita..

'' Semenjak kemenangan Ana Rafali..suami saya dah mula minat dengan lagu lagu Indi dan dah mula suruh saya sentiasa pakai baju kurung dan kebaya ..ishk2 ''..kata Rozita..

'' Ok gitu Zita..suami akak pun apa kurang..ia dah mula mencari cari VCD filem lakonan Fasha Sandha..begitu juga dengan drama drama lakonan pelakun itu ''..kata Kak Zakiah..

'' Orang lelaki kak ''..kata Rozita..

'' Ni..erkk..penyanyi Anuar Zain tu bila lah nak kawin yerk? ''..kata Kak Zakiah..

Terus terusan mereka bersembang pasal artis sehingga lah kepada pelakun yang memegang watak Ustaz Amirul..

'' Ustaz Amirul...ermm hensem sangat ''..kata Rozita..

'' Gatai lah kau ni Rozita ''...kata Kak Zakiah..

Mereka terus bergelak ketawa..

*** Salam pagi jumaat...


Read more...

Khamis, 13 Januari 2011

Penonton kemalangan boleh disaman - JKJR

KUALA LUMPUR 13 Jan -- Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan mereka untuk menonton sesuatu kemalangan sehingga menjejas kelancaran lalu lintas boleh disaman, kata Ketua Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Beliau berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah peraturan 16 (1).

"Hanya terdapat lima pihak yang berperanan semasa kemalangan jalan raya berlaku iaitu saksi kemalangan, anggota penyelamat, agensi kerajaan yang berkepentingan, pertubuhan bukan kerajaan yang berkepentingan dan orang awam yang dilatih sebagai paramedik atau mempunyai kemahiran dan latihan dalam memberikan bantuan kecemasan.

"Pihak lain tidak sepatutnya berhenti kerana ia hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas menjadi semakin buruk malah boleh mendatangkan risiko lain seperti kemalangan kecil..

"Oleh sebab itu, mereka boleh disaman kerana menghalang lalu lintas dan mengganggu operasi menyelamat mangsa kemalangan," katanya kepada pemberita semasa kempen advokasi JKJR di sini hari ini. -- Bernama

* Sumber terkini Utusan

*** Awas..jangan jadi penonton kepada kemalangan..kalu berhenti tolong ada juga faedahnya..ini duk tengok sahaja..


Read more...

Dating di Jeti Kuala Tembeling

Hari ini kerja luar lagi..kali ini dikawasan Jeti Kuala Tembeling..Pintu masuk ke Taman Negara melalui jalan Sungai..

Oleh kerana kome sampai pagi..maka persekitaran disini tidak sibuk dengan pelancong pelancong yang menaiki perahu / bot panjang untuk ke Taman Negara..

Kome kongsikan gambar gambar yang dirakam melalui kamera yang tidak seberapa harganya..tapi boleh lah..



* Sampai saja..terus meluru masuk kesebuah restoran yang ada di Jeti Kuala Tembeling ini.. apa lagi menu istimewa..nasi berlauk sama tea tarik gelas besar..masakan lauk ikan patin dan asam rom masih belum siap dimasak..



* Ini antara premis premis yang terdapat di Jeti Kuala Tembeling




* Ini sebuah tempat rehat di Jeti Kuala Tembeling..




* Jeti..tempat pelancong pelancong yang menaiki bot panjang..



* Kelihatan ada 2 sahaja bot panjang..



* Landasan..bukan landasan keretapi..tapi landasan untuk menurunkan beg serta barang barang keperluan pelancong..



* Permulaan landasan..jika waktu yang sibuk tentunya pelancong pelancong akan berbaris menunggu giliran untuk menurunkan beg serta barang keperluan di sini..




* Antara resort dan restoran yang terdapat di kawasan Jeti Kuala Tembeling..



* Penunjuk arah..




* Sampai disini jangan lupa untuk bergambar kenangan di tepi batu ini..



*** Selamat datang ke Jeti Kuala Tembeling.. untuk info tentang Taman Negara anda google lah sendiri..ada banyak website serta blog tentang Taman Negara..


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP