GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 20 November 2010

Jentera yang pernah bersama kawan ketika muda belia

Jenama motorsikal ini yang pernah kawan gunakan dulu ketika muda belia..ini cuma gambar dari google..bukan motorsikal kawan yang sebenar..




* Ini Yamaha 80.. motorsikal pertama yang kawan gunakan..hari pertama kerja terus bermotorsikal baru..rasa bangga sangat.. Aboh kawan yang hadiahkan sebab dapat kerja..selalu jamed..bawa 45km sejam pun boleh jamed engine..



* Ini Suzuki GP 125 ( Gpang ).. motorsikal kedua yang kawan gunakan..menjadi kegilaan dizaman itu..naik motorsikal ini terasa naik atas belakang buaya je..awek tak suka naik sebab mudah melorot kebelakang..sempat kawan guna selama 1 tahun sahaja..



* Ini Yamaha RXS 125..jenama yang paling kawan sayang..ekos oprate taruk fibreglass..bunyi senak telinga..nyaris kena baling sarung parang orang kampung akibat memekak tak tentu hala..palig pick up untuk short distance RXZ 135 pun cicir..awek suka naik sebab melorot kedepan..bila brek sahaja terasa arhhh..! Akhir nya motorsikal ini kena timbang kilo oleh anak saudara kawan..

*** Sekarang tak boleh naik motor sebab Akak tak kasi..dia takut kalau ada orang lain tumpang..

Read more...

Jumaat, 19 November 2010

NUBE desak bayar bonus 80 bulan

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) hari ini mendesak bonus sebanyak 80 bulan dibayar kepada 5,000 anggotanya di Maybank, sebagai tunggakan bagi tempoh sepuluh tahun lepas.

Setiausaha Agungnya, J. Solomon berkata, desakan itu dibuat atas dasar bonus serupa telah dibayar kepada kakitangan eksekutif bank berkenaan bagi tempoh yang sama.

Beliau berkata, walaupun NUBE berbangga dengan pencapaian cemerlang perbadanan di Malaysia, namun pengiktirafan serta ganjaran perlu diagihkan secara sama rata kepada semua kategori pekerja.

"Bagi suku pertama tahun ini, keuntungan Maybank melebihi paras RM1 bilion dan anggota NUBE turut menyumbang kepada situasi ini, maka mereka perlu diberikan ganjaran sewajarnya," katanya kepada Bernama hari ini.

Soloman berkata, kesatuan itu telah menulis kepada bank tersebut pada 14 Oktober lepas berhubung perkara tersebut, namun belum menerima sebarang jawapan.

"Ini jelas menunjukkan rasa tidak hormat syarikat berkaitan kerajaan kepada pekerjanya sendiri, yang merupakan warga negara Malaysia.

"Malah, ini bertentangan dengan aspirasi gagasan 1Malaysia dan Model Baru Ekonomi yang bermatlamat mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi.

"Bagaimanapun, ia perlu memanfaatkan seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya segelintir yang merampas kemakmuran yang diperoleh serta dicipta oleh semua rakyat Malaysia," katanya. - Bernama

*** Huh!..jika mendapat tuntutan ini alangkah bahagianya pekerja bank ini.. Ingat Union kome pun nak pakat pakat tuntut 100 bulan bonus..

Read more...

Trafik


Oleh kerana mereka ini sibuk dengan hal masing masing dan jarang bertemu..maka dengan sedikit masa yang ada,dan mereka terserempak pula disebuah kedai mamak yang baru dibuka..

Apa lagi..berborak sakan lah mereka..

'' Sepi je trafik di musim perayaan korban kali ini ''..kata Azman Zahari..

'' Ishkk..mana boleh..sibuk trafik di musim perayaan begini.. jalan kat bandar kita selalu jamed..kat simpang trafik light sana berbaris baris kereta ''..kata Ahmad Zaki..

'' Lor..koi cerita pasal trafik blog..bukan trafik jalanraya..ishk! ishk! ''..jawab Azman Zahari..

*** Orang kampung kawan dulu panggil pulih terapit..

Read more...

KWSP: Caruman pekerja naik semula 11%

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Kadar caruman berkanun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja akan dinaikkan semula kepada 11 peratus berkuat kuasa gaji bulan Januari 2011.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan di sini hari ini berkata, caruman itu dibayar kepada KWSP mulai Februari 2011.

Kadar caruman berkanun pekerja diturunkan daripada 11 peratus kepada lapan peratus untuk tempoh dua tahun bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010.

Majikan dinasihat memastikan jumlah caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan dibayar kepada KWSP bermula daripada caruman bulan Februari 2011.

Beliau berkata, ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun itu tidak perlu mengambil sebarang tindakan.

Katanya, caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal pada 12 peratus.

Majikan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi cawangan KWSP terdekat, menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan mereka melalui laman web myEPF di Enquiry. – BERNAMA

*** Ini je saving kawan buat masa ini hehehe!..

Read more...

Senyum dipagi hari Jumaat ( Saman orang ketiga )

Hari ketiga raya korban..aktiviti setiap suri rumah berjalan macam biasa..kerana Kak Zakiah dan Rozita tidak pulang beraya di kampung..

'' Banyak daging korban kat rumah Zita? ''..kata Kak Zakiah..

'' Ada juga..Abang Lock sampai pening pening kepala banyak makan daging ''..kata Rozita..

Topik perbualan pun berubah..darihal daging korban terus meniti kepada isu semasa..

'' Zita tau baru baru ni dalam paper..bahawa peruntukan boleh menyaman orang ketiga ''..kata Kak Zakiah..

'' Ohh ..oo..apa dia kak?.. Zita tak faham ''..jawab Rozita..

'' Macam ni..senang cerita..bahawa jika suami kita ada perempuan lain..kita boleh saman perempuan itu..sebab dia menggangu rumahtangga kita ''..kata Kak Zakiah..

'' Macam tu..tapi macam mana pula jika suami suami kita yang mengatal..sedangkan perempuan itu tak tau apa apa pun..naya lah perempuan itu Kak ''..kata Rozita..

'' Ishk2 ''..kata Kak Zakiah..

*** ishk2 heh..tiada peruntukan..

Read more...

Khamis, 18 November 2010

Basah di malam jumaat ( adegan seram sejuk )

Cuba nak tarik kain selimut...tiba tiba rasa berbolot pula..cuba nak bangun terasa ada sesuatu yang menghempap..

Tidak berani membuka mata kerana sudah pasti akan melihat satu bebayang hitam..kedengaran suara sahut menyahut diluar rumah..rasa kian gelisah..

Rasa berbolot rasa sesuatu yang menghempap dan juga bebayang hitam mula menghilang bila kedengaran hendphone bergetar..

Ohh..ngigau tadi rupanya..dan katak dibawah perdu daun kaduk mula bersahutan..tanda hari nak hujan agaknya..

Tiba tiba.. Tapp ! lampu dipasang..

'' Ohh oh..main SMS yer ''...kata si isteri..

'' Tak lah..duk tengok jam kat hendphone ni ''..jawab si suami..

'' Tak logik kata ''..kata si isteri..

Ini petikan mesej dalam hendphone si suami '' Abg dh tido?..abg sdng wat apa tu? ''...

*** Laki jahat``

Read more...

Main sampai lembik


Ini ada beberapa jenis permainan zaman kanak kanak dulu..
Seperti biasa musim cuti sekolah juga bermula..maka kome dan rodong rodong akan memenuhi aktiviti dengan bermain..dulu dulu tiada lagi video games ps123 memang tiada..tidak kenal lagi apa itu komputer..
Antara aktiviti permainan dulu adalah :

1. Kondang kondi
2. Tayang
3. Getah karan / Getah tagan / Lastik para -- * Gambar dibawah sebagai contoh



4. Tepuk Gambar

5. Tuju Tin
6. Jentik kuku
7. Upih
8. Guli kecil dan besar
9. Nyorok
10 . Tang tang tweet

Diatas adalah sekadar beberapa jenis permainan
Mungkin lain negeri lain sebutan permainan ini..dan juga mungkin ada yang tidak langsung mengetahui permainan ini... nanti lah kawan akan bawakan dari masa kesemasa tentang permainan dulu dulu ini..
Cuba tengok permainan yang kesepuluh itu..sekarang pun ramai sangat yang suka main..Tang tang tweet ini..tapi bunyinya ada lain sikit.. twitter he he!..

*** Ada akaun twitter tapi tak tau nak tweet kat sapa..


Read more...

2 Alam 40 juta dan Pamela Anderson bakal bintangi filem terbaru Dr. Rozmey

* Pamela Anderson

Ini yang membuat encik Topik dan Rosli Ghani juga menyentuh isu tentang filem negara kita..

'' Hebat Dr.Rozmey ni..nak ambil Pamela Anderson berlakun dalam filem terbaru beliau nanti ''..kata encik Topik..

'' Huh..pelakon Hollywood yang seksi pernah berlakon dalam siri penyelamat pantai dulu te? ''..tanya Rosli Ghani..

'' Ini pasti akan pecah panggung..heh heh!..kata encik Topik..

'' Ishk ishk! mana kita nak tengok ni tempat kita bukannya ada panggung wayang..pusat kara oke banyak lah ''..kata Rosli Ghani..

*** Hidup filem Melayu kita..

* Sila ketik ( siNi ) untuk keterangan lanjut dan juga ketik ( siNi )

Read more...

Rabu, 17 November 2010

Pasangan bermasalah sertai ‘bulan madu kedua’ tak jadi cerai

KUALA TERENGGANU 16 Nov. - Suami isteri yang bermasalah disaran mencuba program ‘bulan madu kedua’ anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu yang terbukti bukan sahaja membuatkan pesertanya membatalkan hasrat untuk bercerai malah kini menikmati kehidupan berkeluarga yang lebih bererti.

"Malah ada antara pasangan terpilih mengikuti program ini, datang ke pejabat mengucapkan terima kasih, memberitahu hidup mereka lebih bahagia kini,” kata Pengarah YPK Terengganu Shafaruddin Mustaffa kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, YPK terdorong untuk menganjurkan program itu tahun lepas setelah mendapati angka perceraian di Terengganu semakin meningkat terutamanya dalam kalangan pasangan muda.

Menurutnya statistik perceraian melibatkan pasangan yang baru lima tahun berkahwin agak merungsingkan.

"Fungsi YPK ialah mencegah pasangan yang bermasalah daripada bercerai. Sepanjang program ini dijalankan, kami tidak menerima laporan perceraian yang melibatkan pasangan yang mengikuti program ini,” katanya. - Bernama

*** Ha ha! Macam mana pula berbulan madu kali kedua bersama yang kedua..

Read more...

Selasa, 16 November 2010

Selamat hari Raya korban

Pihak pengurusan relevan Sokmo mengucapkan SELAMAT HARI RAYA KORBAN..

1. Hati hati membuat pemanduan di jalanraya..

2. Hati hati dari di sondol lembu, kerbau, kambing dan kambing biri biri..

3. Hati hati bila makan..jaga kesihatan diri..

*** Hayati sebenar benar erti korban itu..

* Peraduan teka teki masih lagi di buka -- ketik sini peraduan teka teki

Read more...

Chatting turut sumbang kepada perceraian


Chatting turut sumbang kepada perceraian

'' Tengok berita ni..Chatting antara penyumbang kepada penceraian rumahtangga..harap aok tidak begini yer ''..kata Ahmad Zaki kepada rakan sekerja nya Tarmizi Bakar..


'' Encik Ahmad aok sedar ke dak?..koi mana kawin lagi..nak cerai cerai guana ''..jawab Tarmizi..


*** Selamat buat Lemang !..

Read more...

60% rakyat berat terlebih


KUALA LUMPUR 15 Nov. - Sebanyak 60 peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan dengan separuh daripada mereka obes.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, keadaan itu merangkumi semua peringkat umur dengan jumlah kanak-kanak menunjukkan peningkatan membimbangkan sejak kebelakangan ini.

Katanya, orang ramai sepatutnya mengambil berat tentang aspek kesihatan dan berat badan kerana ia 'pintu masuk' kepada segala jenis penyakit yang berpunca daripada cara pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat.

"Fenomena ini membimbangkan kerana jumlah kanak-kanak yang obes semakin meningkat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 di sini, hari ini.

Menurut beliau, obes langsung berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit kronik seperti diabetes, sakit jantung, buah pinggang, darah tinggi dan barah.

Dalam pada itu, Tiong Lai memberitahu, penyakit jantung masih merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia.

"Kedua ialah barah, ketiga diabetes dan pembunuh keempat adalah darah tinggi," jelasnya.

Sehubungan itu, Tiong Lai menggesa rakyat mengamalkan pemakanan yang seimbang bagi mencegah daripada dihidapi penyakit kronik berkenaan.

Tambahnya, rakyat juga perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal termasuk bersenam, berjoging dan bersukan..* Sumber Utusan

*** Esok hari raya korban...banyak sudah daging daging korban..Lemang rendang nasik impit pulut soto memang sedap.. hati limpa paru sememangnya sedap.. slurpp ~! .. Sila makan dengan berhemah yer.. Ingat petang lusa nak turun joging..

Read more...

Isnin, 15 November 2010

Dialog Kerbau Kewek


Telah sebulan kewek tidak lalu makan ini yang membuat ayam mula risau..kambing juga risau angsa juga risau begitu juga dengan biri biri..

Maka mereka semua sepakat untuk bertanya hal kepada kewek..

'' Kenapa awak tidak lalu makan semenjak dua menjak ni wahai kewek ''..kata Angsa memulakan bicara..

'' A'ah la..kome nengok aok macam bermuram durja je ''..kata pula biri biri..

'' Lor..aok tak tau ka ..lusa sudah hari raya Korban..sudah tentu tuan kita nak korban kan koi ''..kata kewek..

Maka secepat kilat semua rodong rodong kewek tadi bertempiaran lari..ada yang masuk hutan..ada yang sembunyi dalam paya dan ada yang menaiki bas hilang entah kemana..

'' Kewek kome nak korbankan aok ni..esok pagi pagi kome nak semelih aok ''..kata tuan kewek..

'' Korban kan lah kome ni boss..koi pun dah tak lalu sangat nak hidup di dunia ini yang penuh dengan pancaroba..lagi pun koi tak berdaya nak berlari kehulu hilir dah macam kawan kawan koi te..mereka semua mementingkan diri..kos sara hidup semakin meningkat..rumah sewa mahal..minyak lagi ..tol free musim perayaan saja..dan macam macam lagi lah boss''..kata keluh kewek..

Termangu seketika tuan kewek..parang berkilat sudah diasah..tukang semelih pun sudah bersedia.. korban tetap korban..

Sebulan kemudian..

'' Eh..itu macam kewek..kenapa tuan kita tak korbankan dia pada hari raya korban dulu?''..kata biri biri sambil membetulkan spek hijaunya..

'' A'ah lah ''..kata Angsa yang berjalan seksi..

'' Koi tak jadi dikorbankan sebab boss dapat kerbau yang lain..kerbau yang selalu mengganas dulu...yang suka meredah sawah padi orang..kerbau yang suka tidur atas jalan raya dulu...memang degil sangat kerbau tu..tak mboh mendengar kata..tak macam koi ni yang suka berendam..tu yang membuat boss makin sayang kat koi..sebab koi kerbau yang sangat berdisiplin ''..kata kewek sambil tersenyum kambing..

Kawan kawan kewek berpandangan sesama sendiri..

*** Kerbau yang berdisiplin?..

Read more...

Apa punya mesej

Semalam petang dapat 1 mesej berbunyi begini..

'' I love u ! ..Hari ini hari i love u sedunia..! Foward mesej ini kat 10 orang kawan yang awak sayang ( termasuk saya jika awak sayang saya ) ..Jika awak mendapat 5 i love u awak seorang yang PENYAYANG ..

*** Ada ka..?

Read more...

Ahad, 14 November 2010

Komputer Apple-1 yang dijual Steve Jobs dilelong


* Rujuk kosmo untuk berita ini sila ketik ( siNi )


*** Ini rupanya Komputer Apple yang mula mula yer..ingat kalau waktu ni sudah ada Facebook..mau cepatnya roboh papan kekunci komputer ni..

Read more...

Sabtu, 13 November 2010

Malam minggu yang meSra ( Rambo First Blood )


* John Rambo


Satu malam minggu pada tahun 1982 bergerak gerembolan rodong menuju ke pawagam REX dibandar Mentakab..Midnite show first blood lakonan Slyverstone Stallone..ada perang perang antara bekas askar dengan polis..

Kelima rodong begitu teruja untuk menonton..kali ini telah mendapat tiket tanpa berebut..

'' Huh..bes ni karang..mesti gempa bunyi ada perang perang..memang koi minat sangat ni ''..kata Kapak..

'' Haa..ni karang duduk dalam panggung mesti berdisiplin..harap tak ada yang mekak menjerit sana sini ''..kata Niker..

'' Tunggu koi kejap..nak beli kuaci ''..kata Bok dengan penuh semangat..

Baru 20 minit filem di tayangkan..tiba tiba ...Tapp !........ black out..dan kedengaran sana sini kerusi berbunyi..bergegar gegar kena sepak terajang..penonton keluar panggung akibat kepanasan akibat air Cond tidak berfungsi..kedengaran ada suara perempuan menjerit jerit..kena raba barangkali..

Suasana di luar panggung begitu kecoh..penonton meminta kembalikan duit tiket..ini ternyata kerana bekalan eletrik terputus..pasti akan mengambil masa yang lama untuk pulih..wakil pengurusan panggung wayang meminta semua penonton menyimpan keratan tiket tayangan untuk menonton semula pada keesokan malamnya..

'' Ciss..tengah sedap sedap perang bantai putus bekalan letrik..jawabnya kena datang malam esok pula lah bagi mengantikan tayangan pada midnite ini ''..rungut Miki..

'' Lor..nak buat guane kan ''..kata Aduk..

'' Koi ingat benda lah riuh amat tadi..rupa nya letrik putus..koi tengah sedap je tidor dalam panggung tadi ''..kata Niker...

Begitulah Niker..walau sesedap mana filem dengan aksi letupan sana sini..dia pasti akan ketiduran juga..seingat kawan boleh dikatakan bila Niker menonton wayang mesti tidur punya..pernah juga satu ketika kami hendak tinggalkan dia didalam panggung kerana filem telah tamat dia masih tidak sedar kerana ketiduran..

*** Sekarang bila menonton filem Melayu mula lah rasa hendak tidor saja..

Read more...

Kenangan biskut meri


* Ini biskut meri ambil kat Google

Semua tau biskut meri kan..sekarang ni pun masih berleluasa penjualannya..bermacam macam brand ada..rasanya sedap dengan aneka perisa..ada berperisa Coklat dan juga berperisa kopi..

Ini kisah semasa zaman kanak kanak dahulu..betapa indahnya dunia jika dapat makan biskut meri..Seingat lagi bungkusan biskut meri dibalut dengan kertas licin..

Bila time membuka kena berhati hati..jika membuka dengan rakus pasti bungkusan berkecai..Bila siap membuka pasti akan membilang kepingan biskut meri itu..Adakala rasa sayang untuk dimakan..

Ini ada sedikit kisah tentang seorang pengemar tegar biskut meri dulu dulu..

'' Koi mesti tayang biskut meri ni kat kawan kawan ''..

Seperti biasa pada sebelah petang pasti ada permainan guli..petang itu pula semacam hari mau hujan..tapi tak kisah kerana hajat nak tayang biskut meri depan kawan kawan..

Setelah dimasukkan Biskut meri ke dalam poket maka bergeraklah untuk bermain guli..

'' Bergemboi kocet aok..tentu banyak guli ''..kata seorang kawan yang bernama Sidek sedia menanti untuk bermain guli..

'' Ini biskut meri koi bukan guli ''..kata kawan sambil ambil sekeping lalu memakannya..

'' Bak nak satu ''..kata Sidek..

'' Arh ye..! mana boleh dulu aok makan biskut meri..tayang je depan koi ''..jawab kawan..

Ini naya punya kes..buatnya Sidek merantang kawan dengan kawan kawan dia..tentu habis biskut meri kawan ni nanti..

'' Minta maaf lah Sidek yer..bukan koi tak nak bagi ke aok biskut meri ni..tapi jari koi ni baru je lepas korek hidung..tak basuh pulak te` lepas te tadi koi bilang kepingan biskut meri pulok..sambil jari telunjuk koi korek hidung sambil koi bilang lagi..begitu lah..kalu aok ndak juga amik lah ''..jawab kawan dengan alasan yang dikira logik juga..

'' Baler aok nanti lah time koi pulok esok''..kata Sidek..

Nampak Sidek kelihatan begitu hampa juga..

*** Sekarang ni Sidek ..kalu aok nak makan Pizza pun kawan boleh belanja..

Read more...

Rehat nak berehat

Hari ini kawan cuti..cuti tahun ada baki 16 hari lagi..mesti tak sempat habis nak ambil punya..baki boleh dibawa ke tahun hadapan hanya 5 hari sahaja..

Maka kawan pun bercuti lah 1 hari sahaja..saja saja je nak bercuti dengan aktiviti melingkor dekat rumah..

Semalam petang pergi klinik pereksa doktor..ini kata doktor..Nama Doktor ni Doktor Shaikh..

Doktor Shaikh : '' Awak kerja banyak sangat..sampai demam..awak kena releks juga ''..

Kawan : '' Macam mana saya nak releks..saya kena post entri sebanyak mungkin lah Doktor ''..

Doktor Shaikh : '' Kerja apa tu?..post entri..polis sentri? ''..

Kawan cepat cepat mengalihkan cerita lain..

Kawan : '' Hujung tahun biasa lah Doktor..musim hujan..tentu ramai orang yang akan demam..dan penoreh getah pun tidak dapat menoreh ''..

Doktor Shaikh : '' Ooo..awak terlalu banyak menoreh yer..elok lah awak berehat rehat pula ''..

*** Sengih! sengih!..

Read more...

Jumaat, 12 November 2010

Aina dan Bapa beliau ( kuih Bom! )


* Ini kuih Bom ..

Pekena kuih Bom petang petang begini memang sedap..ada pula air tea atau pun kopi o..duduk pula bersandar sambil menonton Tv..santai santai sama keluarga..

'' Pstt! Aina..bagi tahu emok..suh buat kuih bom ''..kata Bapa Aina..

'' Orait Aboh passs''..jawab Aina..

Setelah siap segala urusan menggoreng serta membuat air kopi o'..maka Ibu Aina pun membawa kuih Bom ke ruang tamu..

'' Emok..Aboh suruh goreng lagi kuih Bom ''..kata Aina..

'' Aiks..tadi dah sepinggan rok..tak kan dah habis ''..kata Ibu Aina dari dapur..

'' Aboh ni..sudah 27 biji kuih Bom dia makan..Aina baru 2 sahaja ''..kata Aina..

Begitu lah enaknya kuih Bom..satu makanan yang simple untuk di siapkan..maka Ibu Aina pun terus menggoreng dengan rasa tanggungjawab..

*** Baler..27 biji?..

Read more...

Malaysia timbang beli kereta perisai Indonesia


* KERETA perisai Anoa 6x6 buatan Indonesia.

JAKARTA - Malaysia sedang mengkaji kemungkinan membeli kereta perisai buatan Indonesia jenis Anoa 6x6 untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menggantikan kereta perisai pengangkut (APC) jenis Condor yang digunakan sekarang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ATM sedang menilai kenderaan itu terutama dalam penggunaannya oleh pasukan pengaman Indonesia di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di selatan Lebanon.

"Kami kini di peringkat akhir menilai kemampuan Anoa berada di bumi Lebanon dan sedang meneliti jumlah kenderaan yang akan dibeli nanti," katanya di sini selepas melawat pameran pertahanan Indo Defence di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini..

*** Harap beli yang baru dan beli banyak banyak..tapi kenapa kereta Perisai buatan dari Indonesia?..

Read more...

Senyum dipagi hari Jumaat ( Chinta Chanduri )

Petang semalam 11hb Nov tamat lah sudah drama slot Akasia Tv3 yang bertajuk Chinta.. sememangnya cerita ini sedih juga..meski pun pada pertengahan cerita agak melerek sedikit..

Ramai yang meminati drama ini..sebab awal awal lagi Akak sudah ter'cokoh' dihadapan Tv untuk menonton drama ini..

Begitu juga hal nya dengan Kak Zakiah dan Rozita..tidak pernah miss akan drama ini..


Maka di pagi ini kajian selari tentang drama ini telah dilakukan oleh Kak Zakiah dan Rozita..

'' Sungguh menyentuh perasaan, begitu sedih ending drama Chinta ni kan Zita ''..kata Kak Zakiah..

'' Betul lah Kak..Abang Lock sampai menangis dibuatnya..saya setakat sebak saja..Akak tak nangis ke? ..tanya Rozita..

'' Akak tak lah..Suami Akak saja yang sedih..nampak macam nangis..lagi pun Akak tak fokas sangat sebab sibuk menyiapkan kuih Bom time drama tu..tengok yang hujung hujung je''.. kata Kak Zakiah..

'' Rupanya begitu halus jiwa suami kita ni ye Kak..sampai nangis nangis ''..kata Rozita..

'' A'ah laa..halus jiwa..tapi suami Akak tetap ganas dalam masa tertentu ''..kata Kak Zakiah...

'' Macam tu ye Kak..ganas macam mana tu? '' Soal Rozita..

'' Ganas berkala..alah Zita kau ni susah lah..sembang tak mboh faham faham ''..kata Kak Zakiah..

Mari kita layan lagu thema drama Chinta ini..




*** Kome suka tengok Fasha Shanda jer..!

Read more...

Khamis, 11 November 2010

MyKid kini boleh diperoleh dalam tempoh sejam


PUTRAJAYA 11 Nov. - Tempoh permohonan MyKid, kad pengenalan pintar untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, kini boleh diperoleh dalam tempoh sejam, bermula hari ini, berbanding sebulan sebelum ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam berkata, langkah inovasi terbaru Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu dapat memudahkan urusan ibu bapa yang mendaftarkan kelahiran anak mereka.

Katanya, kad pintar yang bertujuan memudahkan rujukan maklumat dan data peribadi kanak-kanak, diperkenalkan sebagai MyKid Ekspress, berjaya menambah baik perkhidmatan jabatan berkenaan.

"MyKid boleh dipohon oleh ibu bapa sebaik saja mendaftarkan anak mereka untuk mendapatkan sijil kelahiran dan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan kad pengenalan kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi JPN di sini, hari ini. - Bernama

*** Semakin pantas dan cepat..zaman kome dulu time derjah 6 baru nak buat kad pengenalan..itu pun 3 bulan baru siap..orang gelor kad pengenalan lembik..

Read more...

5E ( kenangan sepanjang hayat )


* Gambar pada tahun 1980 ini kawan Gugel ..ini lah sekolah dan di padang Badminton ini lah kawan pernah bergambar dulu..

1975 ketika berada di Sekolah rendah Jalan Bahagia dalam darjah 5 oren... kawan akan menghadapi peperiksaan yang di namakan peperiksaan pernilaian darjah 5..peperiksaan ini yang akan menentukan dimana dan kemana akan ke sekolah menengah..Sama ada ke Sekolah menengah yang terbaik atau pun yang baik sahaja..

Ada 2 buah sekolah menengah akan menjadi pilihan kawan ketika itu.. Sek Menengah Abu Bakar Temerloh dan juga Sekolah Menengah Jalan Bahagia Temerloh..masa tu memang kawan tidak perasan sama ada sekolah berasrama penuh sudah ada ke belum..

Ibu kawan dengan senang hati menamakan Sekolah Menengah Jalan Bahagia Temerloh sebagai sekolah tepi paya..kerana kedudukannya di tepi sawah sawah yang terbiar..pada banjir 1971 sekolah ini hanya nampak atap sahaja..manakala Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh dinamakan sebagai Sekolah atas Bukit kerana kedudukan di atas Bukit..

'' Tan aok mesti dapat keputusan pereksa bagus..kurang kurang dapat juga A..tentu sekolah tepi paya ''..kata emak kawan..

Sekolah tepi paya ketika itu di kategori sebagai sekolah yang bertahap cemerlang..dan sekolah atas bukit pula kebanyakan untuk murid murid yang kurang berjaya ketika itu..

Hari peperiksaan pernilaian darjah 5 pun berlangsung..kawan menjawab dengan senang hati..bila tiba keputusan kawan mendapat keputusan yang sangat cemerlang ia itu 5E..ini bermakna kawan kandas dengan dahsyatnya..

Maka tempat sekolah kawan yang pastinya adalah sekolah atas bukit..

Bila masuk darjah enam keputusan peperiksaan akhir tahun kawan berjaya..tidak lah seteruk keputusan peperiksaan pernilaian darjah 5..sungguh pelik kan..keputusan untuk ke sekolah Menengah di ambil kira daripada keputusan peperiksaan pada darjah 5..

Agaknya ini lah puncanya kementerian pelajaran melupuskan peperiksaan pernilaian darjah 5 ketika itu..dan tidak lama lagi kementerian pelajaran hendak melupuskan UPSR pula..tidak lah kawan tau apa pula sebabnya..

*** Ha ha! Aina akan menghadapi UPSR pada tahun hadapan..harap dapat keputusan cemerlang dan tidak mengikut keputusan peperiksaan bapa beliau..

Read more...

Bakso, nasi goreng, semuanya enak - Obama



JAKARTA - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bercakap dalam bahasa Indonesia semasa mengucapkan terima kasih terhadap layanan yang diberikan oleh rakan sejawatannya dari Indoensia, Susilo Bambang Yudhoyono pada jamuan makan malam kelmarin di Istana Merdeka, lapor sebuah akhbar semalam.

"Terima kasih untuk bakso, nasi goreng, emping, krupuk. Semuanya enak," kata Obama selepas memakan hidangan yang digemarinya sewaktu di tinggal di Jakarta semasa kecil pada 1960-an bersama ibu kandung beliau dan bapa tirinya.. Untuk selanjut sila ketik ( siNi )

*** Ingat kalau ajak Obama pekena patin masak tempoyak,Baung aSam rom dan sambal petai udang mau lupa jalan balik agaknya..

Read more...

Merupa


Ini kisah tentang merupa..kome rasa semua faham apa itu merupa..jika tak faham cuba selidik ayat di bawah..

Contoh ayat : '' Pandai betul aok merupa..sebijik suara aok memang betul betul merupa Tan Sri P. Ramlee ''..

Dalam kes dibawah ' merupa ' dimaksudkan dalam cerita cerita Mistik..merupa boleh di katogerikan juga sebagai jelmaan se seorang..

Di bawah kisah encik topik dan Rosli Ghani dengan isu ' merupa ' ini..

'' Guana cara kawan nak ada kan diri kawan ni 2 orang dalam sesatu tempat ''..kata encik Topik

'' Aok bela hantu raya..pasti hantu raya tu akan ' merupa ' aok ''..kata Rosli Ghani..

'' Bahaya ..buat nya hantu raya tu ' merupa ' kawan kat rumah selalu..bantai nya dia bersama dengan bini kawan ..hiss.. tak boleh tak boleh '''..kata encik Topik..

'' Dengor cerita anak Tok Seman kena katok dekat padang permainan dek budak budak ''..kata Rosli Ghani..

'' Dia merupa jadi hantu bungkus..tu yang tak pasai pasai kena katok ''..jawab encik Topik..

Se elok nya jangan lah ' merupa ' sangat..

*** Mau merupa jadi orang kaya..

Bagi yang belum untuk menyertai peraduan teka teki -- sila ketik ( siNi )

Read more...

Ini ada teka teki ( ada hadiah di sediakan )

Ini ada satu teka teki..jawapan hanya dengan 2 patah perkataan sahaja..Soalan teka teki ini ada pada setiap gambar..pada setiap gambar ada 1 soalan..kome nak jawapan dengan 2 patah perkataan sahaja..Sesiapa yang berjaya menjawab tepat hadiah akan di sediakan..hadiah untuk 3 pemenang sahaja

Sangat senang cuma sediakan cogan kata tidak melebihi 10 perkataan..Sesiapa sahaja boleh menyertai..walaupun baru pertama kali menjenguk blog ini..

Hadiah terpaksa di rahsiakan dulu..jika jawapan tepat melebihi dari 3 orang ia akan bergantung kepada cogan kata berikut '' Saya suka blog relevan Sokmo kerana..... ( tidak melebihi 10 perkataan )

Keputusan pengadil adalah muktamad..tarikh tamat teka teki ini ada lah bila entri ini akan hilang daripada senarai '' 15 post yang terlepas '' link yang terdapat di sebelah kanan entri..



* Soalan No.1 : '' Kenapa Ubi sangat berisi? ''..



* Soalan No.2 : '' Kenapa perompak di cekup Polis? ''..



* Soalan No.3 : '' Kenapa wanita boleh mengandung? ''..

Jawapan tepat diperlukan sipi sipi tak mau..hadiah akan di umumkan kemudian..kerana pihak pengurusan masih lagi dalam peringkat perbincangan untuk hadiah..harap pemenang akan bekerjasama nanti dengan memberikan nombor hendphone pada pihak pengurusan..Jika pihak pengurusan mendapat penaja ..hadiah akan bertambah lumayan..

Cepat yer..

*** Sila jawab dengan hati yang tulus ikhlas..

Read more...

Rabu, 10 November 2010

Macam mana boleh termasuk dalam kedai Pizza pulak ni

Ada sebuah kedai jual Pizza yang sungguh berjenama diBandar kome ni..baru seminggu beroperasi..kebetulan ada kerja di situ..maka ndak tak ndak masuk juga lah..

Encik Tarmizi yang kebetulan bercuti pun ada..maka kena meng order juga lah Pizza ni..



* Ini bentuk Pizza yang di pesan..kawan langsung tak tau Pizza ini jenis apa..yang kawan tau benda boleh dimakan..telan saja lah..



* Untuk mengelakan perebutan berlaku..encik Tarmizi cuba mengagihkan Pizza itu dengan secara adil..



* Pinggan kawan yang sedang menanti itu..kawan meng order air kopi campor susu..langsung tidak terasa manisnya..kena guna 6 paket kecil gula yang di sediakan..



* Tengok Pizza sudah jatuh ke dalam pinggan..maka kawan pun makan dengan tertib..sebab ramai pelanggan lain duk jeling jeling..macam encik Tarmizi juga yang selalu menjeling jeling kepada pekerja wanita Pizza tersebut..




* Licin sudah ada nya..sememang nya jarang sungguh kawan makan Pizza ini..rasa sedap juga..tapi kawan masih tidak dapat melupakan lempeng kelapa colek sambal ikan bilis yang emak kawan buat...

Seronok masuk dalam kedai Pizza ini..rasa sejuk dan nyaman sekali..di sebelah pintu masuk kita kan di sambut mesra dengan senyuman manis..rasa nak juga minta no. hendphone pekerja terbabit..tapi ada ka dia kata ..'' Sila kan masuk Pakcik ''...

*** Ha ha ha! bukan kawan atau encik Tarmizi yang bayar ni..ada orang belanja..lain kali belanja lagi yer..

Read more...

Ismail Jejaka penggesek Gergaji

* Ismail Jejaka

* SETIAP gergaji menghasilkan bunyi yang berbeza mengikut saiz.. baca berita selanjut di koSmo.. *

Rupa nya brader Ismail Jejaka ni masih lagi aktif dengan Gergaji nya..seingat kawan beliau memasuki rancangan TV terbitan RTM iaitu Bakat Tv pada tahun 1979..ketika itu kawan masih lagi dalam Tingkatan 2..

Dek kerana begitu teruja dengan brader Ismail Jejaka ini..kawan telah berjaya mematahkan 2 bilah Gergaji abah kawan..punca Gergaji boleh patah adalah semasa hendak melintokkan belakang Gergaji tersebut..Sukar juga untuk mendapat kan bunyi..sebab kawan menggunakan tali daripada dawai brek basikal untuk menggesek Gergaji tersebut..

*** Suka tengok Gergaji semasa sorong dan tarik..

Read more...

Selasa, 9 November 2010

Alasan untuk ketua ( boss ) jika kita lewat datang kerja


Ini ada satu alasan jika kita lewat untuk ke pejabat atau pun tempat kerja kita.. Alasan jalanraya jammed sudah tidak relevan lagi begitu juga alasan motorsikal pancit..

Jika bekerja di luar jauh dari Boss..tentunya alasan ini kita berikan kepada ketua unit ataupun penyelia kita..

Rasanya alasan ini boleh di guna dan boleh di terima pakai.. Sudah semestinya ketua atau penyelia akan bertanya kepada kita jika lewat..

" Kenapa lewat datang kerja hari ini ''..tanya Boss..

'' Sori lah Boss..saya lewat sebab tidak boleh cepat ''..jawab pekerja yang lambat itu..

Begitu logik sungguh jawapan jika kita lewat kan..

*** Ada pekerja yang nak makan penampor..

Read more...

Harga getah SMR20 naik


* Ini pokok getah tua yang boleh mengeluarkan susu yang sungguh pekat..

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Berikutan harga getah SMR20 yang mencatat paras tertinggi dalam sejarah negara semalam, membolehkan kira-kira 350,000 keluarga pekebun kecil getah mendapat keuntungan kasar sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, harga getah SMR20 yang mencatat harga RM12.44 sekilogram semalam menunjukkan trend yang melonjak sejak beberapa bulan lalu.

"Kita dapat melihat sejak beberapa tahun, antara komoditi yang stabil adalah getah. Ia mengupayakan pendapatan penduduk luar bandar dengan stabil," katanya kepada pemberita pada majlis Hari Inovasi dan Kualiti Risda, di sini hari ini.

Beliau yakin komoditi berkenaan bukan sahaja akan memberikan sumbangan kepada pendapatan negara malah masyarakat luar bandar khusunya pekebun kecil.

Sehubungan itu, Program Tanam Semula Risda diberikan peruntukan sebanyak RM217 juta tahun ini untuk kawasan seluas 131,528 hektar membabitkan 52,000 orang pekebun kecil, katanya. - Bernama

*** Sekarang dah musim hujan harga getah pun melonjak..penoreh penoreh tidak juga boleh senyum..sebab pokok getah sentiasa berada dalam kebasahan..

Read more...

Tiada batasan ruang waktu

Selalu juga jika ajak ke mana mana atau jika kita sangat berharap untuk memerlukan pertolongan daripada kawan kawan bermacam alasan diberikan..

Bila tanya dan dengan lancar terus memberi alasan.. '' aku sibuk dengan kerja, waktu rehat pula sangat terbatas ''..

Ini tertakluk kepada individu..di kira alasan itu logik atau tidak..

Tetapi jika keadaan seperti dialog di bawah ini sudah tentu tiada alasan lagi..

'' Moh ikut koi nak..temankan koi ke kedai Pizza yang baru buka tu..koi belanja aok apa jenis Pizza yang aok nak makan koi belanja ''..

'' Ok..moh ! ..kerja koi ni buleh tangguh sekejap ''..

*** Ha ha..tadi baru melintas kat kedai Pizza..melintas saja..

Read more...

Kerja sekerat


Pagi ini nak ngomel sediit tentang pekerjaan..jangan ambil mudah tentang setiap pekerjaan yang kita buat..sebab kita di bayar upah..upah itu pula untuk kita menyara hidup..diri kita mau pun keluarga kita..

Masa kerja yang normal adalah 8 jam sehari tolak waktu rehat 1 jam..mengikut keadaan dimana tempat kita bekerja..baik makan gaji dengan gomen ataupun kerja dengan Syarikat swasta..semua tempoh waktu kerja bergantung kepada keadaan setempat..

Bagi yang kerja sendiri pastinya bekerja lebih dalam tempoh 8 jam.. bergantung kepada ketahanan diri dan juga situasi..

Bagimana pula yang hanya kerja sekerat..iaitu dengan kata lain ialah ' mengulau '..dengan maksud yang selalu monteng atau pun ' tuam waktu kerja '..

'' Nagapa bonus koi tahun ni dapat separuh saja ''..keluh Rosli Ghani tidak puas hati..

'' Padan lah aok Li..kerja selalu sekerat hari..mengulau sana sini..itu pasal kompeni aok bagi bonus kat aok pun sekerat sekerat juga..hehe! ''..kata encik Topik..


*** Hujung tahun bonus penuh..

Read more...

Ada kah anda merasa pelik jika


Ada kah anda merasa pelik jika ada kawan kawan anda akan bertanya beberapa perkara seperti Contoh ayat di bawah : -

Ayat 1 : '' Uiks..tayar kereta aok keluar ''..

Ayat 2 : '' Banyak ikan kat sana..tapi semuanya sudah mati lemas ''..

Ayat 3 : '' Baler..cepat betul budak tu berlari..laju macam kilat ''..

Ayat 4 : '' Aok panjat pokok tu..kalau aok jatuh pun tentu ke bawah ''..

Ayat 5 : '' Cuba oak Gostankan kereta aok ni ke belakang ''..

*** Cukup lah 5 ayat dulu..kawan nak mengulangkaji pelajaran ni..

Read more...

Isnin, 8 November 2010

Pencen dibayar esok sempena Aidiladha

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Bayaran pencen akan dikeluarkan mulai esok sempena sambutan Hari Raya Haji.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam, waran pencen yang bertarikh antara 10 sehingga 30 November boleh ditunaikan mulai esok. - Bernama

*** Pekerja pekerja perkhidmatan unit kome telah pun mendapat bonus untuk deepavali dulu..agaknya dah habis duit mereka..kawan pula lagi 4 tahun akan terima pencen..

Read more...

Zaid tarik diri, umum letak semua jawatan dalam PKR


KUALA LUMPUR 8 Nov. - Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kecewa dengan aktiviti penipuan dalam pemilihan yang sedang berlangsung.

Beliau yang merupakan pencabar terkuat Azmin Ali bagi jawatan nombor dua tersebut turut meletak semua jawatannya dalam PKR.- Utusan

*** Berita terkini dalam politik hari ini..begitu lah politik kita yer..keluar sana masuk sini..masuk sini keluar pula sana dan masuk pula sinun keluar pula kat sinin..

Read more...

Selamat pengantin baru Rahimin Idris

Semalam 07hb Nov 2010..ke Majlis perkahwinan rodong blogger dan juga penulis Rahimin Idris beliau juga rodong Pasembook ( Facebook ) kawan..



* Gambar di pihak sebelah pengantin perempuan.. ~ ehsan gambar Cikgu Fadh


* Gambar di sebelah pihak pengantin lelaki..suasana hujan tidak menjejaskan perjalanan pengantin..



* Sempat juga bergambar bersama pengantin..kiri kanan depan belakang semuanya blogger kecuali budak kecil itu..



* Ini 2 orang blogger sememangnya sangat teruja dengan Majlis perkahwinan Rahimin..sebelah kiri sudah berpunya sebelah kanan boleh lagi untuk di ngorat..

* Selamat pengantin baru Min..

Read more...

Ahad, 7 November 2010

Bersama Deejay Radio PahangFm


* Deejay Iskandar @ Pok Cik


Berikut perbualan dalam kotak Chat Facebook kawan bersama Deejay radio PahangFM Iskandar bin Mohammad Khalyubi.. Beliau memerlukan mutiara kata untuk disiarkan secara langsung ( on air ) didalam segmen beliau petang tadi..

Today
6:18pm

salamrudden..
6:18pm

empeh
6:18pm

ada nk kongsi mutiara kata?
6:18pm

tiada
6:18pm

boleh lah hantar sekarang
tak kreatif lalu aok ni
yeaahtttt
hahahaaha
6:19pm

'' semangat yang lemah lebih miskin dari poket yang kosong..tapi jika poket selalu kosong maka bertambah lemah lah semangat ''
hehe
on air mutiara kata koi te
6:20pm

ok bro
6:20pm

tq
6:20pm

aok mmg kreatif gila ar
10q
6:20pm

tu aok spontan
6:20pm

maghrurudden tul yek
6:20pm

aok...lain kali nak mutiara kata mintok je kat koi..
6:21pm

okrudden
aok dgr ar kwn nk baca nmi
6:22pm

ok cantikk

*** Masuk redio pulak mutiara kata kawan..hehe!

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP