Senyum dipagi hari Jumaat ( Sampah )
Relevan Sokmo Berpindah Domain ke http://ohgasak.com
Untuk kelancaran cerita sila klik ( sini )
Kini Ahmad Zaki boleh mendabik dada dengan pendapatan yang diperolehi daripada pemasangan iklan diblog beliau..dari sehari ke sehari pendapatan daripada iklan beliau meningkat..
Beliau semakin rajin dengan menerbikan 5 entri dalam masa 24 jam..ini yang membuatkan Azman Zahari berasa pelik dengan pencapaian Ahmad Zaki..
Azman Zahari : '' Nampak aok senyum sampai ketelinga je Menjak 2 menjak ni Mat..ada apa apa ke ''?..
Ahmad Zaki : '' Mesti lah Man..peningkatan pendapat hasil daripada iklan dalam blog koi tu semakin bertambah dari minggu ke minggu ''..
Azman Zahari : '' Huh! Lumayan lah aok yerk '' boleh koi tau dah berapa hasil RM aok yang terkumpul dalam akaun iklan tersebut..boleh lah aok buat penebusan yerk ''..
Ahmad Zaki : '' Minggu selepas koi pasang iklan tu dapat RM0.50..minggu kedua ada pertambahan sebanyak RM0.25 minggu ketiga dapat lagi RM0.75..dan minggu ini dapat lagi RM0.25..jadi jumlah pendapatan semua RM1.75.. heh heh!.. seminggu dapat RM0.25 kalau 80 tahun koi berblog tentu banyak dan lagi bertambah pendapatannya..
Terus saja Azman Zahari berlalu mengenangkan perihal rodongnya yang seorang ini dengan sungguh bersemangat dan beliau berdoa agar rodongnya itu berjaya dalam penulisan blog..
*** Kawan punya pula sudah boleh Cash Out..tapi awek cyber kawan kata '' tunggu dekat raya nanti baru keluar boleh beli kasut raya buat beliau ..
Atas urusan kerja pagi tadi kawan ke Kuala Tahan untuk ivonteri kawasan..data untuk perkhidmatan yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan..pergi lah kawan 2 orang rakan sekerja dengan semangat yang berkobar kobar kerana bulan Mei ini adalah permulaan untuk kenaikan gaji baru :) ..
Entah mengapa semangat Rosli Ghani begitu berkobar kobar pada petang ini..selepas cikgu Deris berkunjung kerumah beliau itu yang membuat semangat Rosli Ghani tambah lagi berkobar kobar..dan pada petang itu juga beliau terus mendapatkan Encik Topik untuk memaklumkan apa yang membuat beliau begitu teruja dengan semangatnya ini..
Encik Topik : '' Ngape Li..aok koi tengok dari tadi sengih memanjang ''..
Rosli Ghani : '' Ni tadi ada Cikgu pencen tu datang ke rumah..tu yang membuat koi gumbira sangat ni ''..
Encik Topik : '' Dia ngajak aok buat bisnes ke Li ? ''..
Rosli Ghani : '' Tak lah..Cikgu te ngajok koi pergi njerat ayam hutan kat tepi Paya Sengkuang sana nu''..
Encik Topik : '' Lor ..koi ingat ke benda lah tadi ye Li ..mboh juga Cikgu tu kelakor gitu yak ''..
Rosli Ghani : '' Dia siap bagi koi denak lagi ''..
Encik Topik : '' Koi payoh kelakor gitu..ingat kalu ander denak mau kena buat gulai dek akak kat rumah tu ''..
Rosli Ghani : '' Tu lah payoh juge yak aok ni ''..
Sekembalinya Rosli Ghani kerumah ternampak denak yang dibagi Cikgu Deris tadi telah terkulai mati akibat patah tengkuknya..dan terus sahaja isteri Rosli Ghani berkata..
Siti : '' Denak aok dah mati kene setit dak Ikhwan tadi ''..
Maka terduduklah Rosli Ghani didalam perdu mengkudu ditepi halaman rumah beliau..
*** Mengharu sudahhh...
KUANTAN 26 April - Istilah 'besar dan panjang' menjadi bahan lawak di kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bersidang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini hari ini.
Istilah itu dibangkitkan oleh Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak (BN-Tahan) yang bangun mempersoalkan mengapa jalan raya di Lipis lebih kecil berbanding Jerantut yang lebar dan besar.
''Saya dapati jalan raya di Lipis kecil tetapi apabila memasuki daerah Jerantut, jadi besar pula.
''Saya tidak kisah dari segi panjangnya tetapi apa yang menghairankan mengapa jalan raya di Lipis kecil dan di Jerantut, besar," katanya ketika mengemukakan soalan kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Mohd. Soffi Abdul Razak pada sidang dewan itu... Selanjut klik ( sini )
*** Tu dia Yb.. Cepat buat dan perbaiki Jalan ..tak kira jalan yang besar yang sempit maupun yang panjang.. :)
Ini dia blogger yang kawan maksudkan..beliau rupa rupanya bekerja dibawah satu bumbung dengan kawan dalam Syarikat yang sama..cuma beliau bertugas di daerah lain saja..
Pertemuan yang tidak disangka ini berlaku ketika makan tengahari setelah mesyuarat telah pun tamat..
'' Aok ni abang relevan Sokmo ke? ''.. kata beliau..
'' Siapa pulak dah ni ..mana aok kenal kawan ..aok kerja area mana '' Soal kawan..
'' Lor..koi Nerzhul bang! kerja ket Bentong baru setahun setengah '' kata beliau..
Satu mesyuarat Agong Tahunan kali ke 5 ( KRKAF ) Kelab Rekreasi dan kebajikan ALAM FLORA ( Syarikat tempat kawan bekerja ) telah diadakan di dewan Glenmarie Wisma DRB Hicom pada 24hb April 2010 ( Sabtu ) kawan mewakili daerah kawan..bertolak dari Temerloh bersama 3 orang lagi rakan sekerja dari Bera Maran dan juga Temerloh..
Selepas sahaja solat subuh macam biasa Encik Topik mula menarik selimutnya semula..aktiviti beliau bila hari minggu adalah ketiduran sampai melohor..maka datanglah Puan Rodziah mengacau ketiduran beliau..
Puan Rodziah : '' Bang ! ..bangun ..moh kita pergi ke Pekan Sehari..beli lauk dan sayur sayuran ''..
Encik Topik : '' Aok pergi seorang lah..kawan lemoh badan sangat ni..tak berapa larat.. aok amik je duit dalam pes te''..
Tanpa banyak bersoal jawab Puan Rodziah terus sahaja menyeluk saku tempat pes duit suami beliau..
Puan Rodziah : '' Lor bang.. banyok ni je duit? RM 15 .. mana cukup ni ''..
Encik Topik : '' Cukup lah tu..aok beli ikan longgok RM 5..lebih te aok beli lah sayur sayur..kuih muih..gula tepung beras dan jangan lupa aok tuang minyak kereta juga..
Lantas Encik Topik kebasahan akibat disimbah sebaldi air oleh Puan Rodziah..
*** Tu lah..bukan senang kan..
Kelihatan Encik Topik dan Rosli Ghani disebuah warung tepi koner dalam suasana yang hingar bingar bunyi kenderaan lalu dan lalang di jalan raya..
Encik Topik : '' Amboih aok yer Li..sekarang tak lekang betui dengan surat khabar ''..
Rosli Ghani : '' Mestilah kita sepatutnya tau hal ehwal semasa dalam negeri dan luar negeri melalui surat khabar ni ..sebab surat khabar adalah salah satu medium untuk pengetahuan umum ''..
Encik Topik : '' Uhww! cakap pun dah tinggi sekarang yak.. kalau betul aok dah tiap hari membaca suratkhabar..apa isu yang menarik dalam seminnggu ni ''..
Rosli Ghani : '' Ada banyak ''.. Paling hot nak berpilihan raya kecil di Hulu Selangor .. Getah sekerap ibu Halimaton kena curik.. ( jahanam punya pencurik itu ) ..Hampir seluruh Eropah diselaputi debu gunung berapi yang sangat tebal..Rampasan kretek di Temerloh .. Kes rogol rakan sekelas dalam bilik darjah..Sana sini kemalangan ngeri berlaku.. termasuk penyanyi Rock yang koi minati dulu.. dan banyak lagi.. dan berita yang koi baru terperasan.. tiada lagi keputusan nombor 4 digit dalam surak khabar ini.. maka kawan terpaksa guna sistem SMS untuk mengetahuinya ''..
Encik Topik : '' Cisss ''...
*** Lerr..
Pertemuan yang tidak sengaja antara Kak Zakiah dan Rozita disebuah pasar basah dalam bandar berhampiran kawasan perumahan mereka..
Kak Zakiah : '' Hai..Zita kepasar ye kita..beli apa? ''..
Rozita : '' Nak beli ikan tilapia nak buat masak 3 rasa ..akak pula nak masak apa hari ni?..
Kak Zakiah : '' Akak nak beli ikan baung sama pucuk paku nak masak dengan aSam eghum ( rom ).. ''
Kelihatan Rozita ternganga saja dalam hati beliau berkata '' tentu ini resipi baru ni ''..
Rozita : '' Apa bendanya aSam eghum tu kak?..
Terus saja Kak Zakiah menerangkan apa dia aSam eghum tu..aSam eghum adalah sejenis aSam yang terdapat di Kuala Tembeling Jerantut dan pesekitaran..aSam ini dibuat daripada biji buah perah dan biji buah getah ( biji getah )..
Kak Zakiah : '' Akak dapat aSam eghum ni kat Mak Saudara Akak yang tinggal di Kuala Tembeling sana nu.. aSam yang Akak ni dibuat daripada Biji Getah ''..
Rozita : '' Hebat ye Kak..mentang mentang harga getah sudah mahal waktu ni.. biji nya pun orang makan yer ''..
Kak Zakiah : '' Mau kena sepak budak ni '' ( dalam hati )..
*** Kalau korang nak tau apa itu aSam eghum..cuba godek godek kat wikipedia..kat rumah masih ada lagi aSam eghum biji getah..hari minggu ni mau masak sama ikan Keli bubuh keladi sama pucuk paku bikin kuah pekat pekat..tentu Pak Hashim Zabidi ( Pak Ngah ) akan gechor..
Ndak tak ndak kawan kena juga lah menjawab tag daripada encik Yassin ni ( akuAnakPahang ) encik Yassin ni seorang blogger daripada Pahang..beliau merupakan antara blogger yang aktif dan senang didekati ..
'' Kesh senang didekati oleh rodong rodong lelaki saja yak..mengkala rodong perempuan nak dekat dekat pun boleh juge..tapi kesh risau takot kena surat tunjuk sebab oleh mak Andeh kesh ''..begitu kata encik Yassin takkala mengakhiri perbualan selepas beliau membayar segelas besar tea tarik yang kawan minum..
Antara perkara yang perlu kawan buat:
1. Go to your photo files, select the 3th photo folder.
2. Select the 3th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 3 blogging friend to do the same
*** Tulis omputih ni..kawan mboh risau dibuatnya..
Semalam semuanya berlaku dengan sempurna.. semuanya berjalan lancar..dari mula hingga akhir..banyak juga soalan soalan kepada pekerja terutama dalam polisi.. '' Bd roger! ..Opt di Jerantut semua ok selepas closing Audit '' kata encik BZO7116 ( Opt Exec ).. Legaa..
HULU SELANGOR 20 April - Harga getah SMR20 meningkat bulan ini dalam lingkungan harga FOB antara RM10.50 ke RM10.60 sekilogram, harga tertinggi sejak 40 tahun lalu.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ini bermakna harga ladang getah skrap yang diperoleh oleh pekebun kecil adalah antara RM4.50 dan RM5.50 sekilogram... Selanjutnya klik ( sini )
*** Moh kita menoreh..
Batuk selsema membuatkan tekak jadi gatal gatal.. hidung pula berair ..bila sedut masuk dalam mulut rasa lemak lemak masin pula..
Ubat batuk dah telan hampir sebotol..kepala rasa mamai.. ada yang syorkan minum air daun ketum..paracetamol dah 12 biji telan..arh sudah lain macam rasa ni..
*** Kawan kena rehat petang ni..
Hari ini dan pagi ini..kawan akan menghadapi satu audit ( ISO 9001 surveillance Audit ) .. Segala persiapan untuk laporan telah tersusun rapi.. ini adalah juga penentuan untuk iPMS ( naik gaji la )..
Mereka akan sampai pada pukul 0945 pagi nanti.. ada jua rasa bedebar debar ( macam menghadapi malam pertama ) ..Samada turun site dulu ataupun periksa Laporan dalam pejabat itu terserah kepada pihak audit..
Tugasan kawan diawal pagi hari ini adalah menyingkatkan waktu minum tea dan membaca suratkhabar..agar semua berjalan lancar..
*** Semoga selamat para pengaudit dan yang diaudit..
Sedang Rosli Ghani menghirup teh tarik '' kow '' di warung belakang pejabat Pos bersama Encik Topik tiba tiba Rosli Ghani terpandang cawan sumbing teh tarik yang diminum oleh Encik Topik ..
Rosli Ghani : '' Wehh !.. Cawan aok guna tu sumbing ..aok sedak jer minum yek? ''..
Encik Topik : '' Lor..mana koi perasan..paleh beso juga sumbingnya yek ''..
Rosli Ghani memanggil adik tokeh warung tersebut.. perempuan muda dalam 20an.. Cantik juga orang nya dan sering melemparkan senyuman kepada pelanggan pelanggan..
Rosli Ghani : '' Weh ! adik ngape aok beri rodong koi ni minum dalam Cawan yang sumbing..pergi bagi tau kakak aok te.. mintak air teh yang baru dan juga Cawan yang lain.. kome boleh report kepada Pihak Berkuasa Tempatan dalam kes ni tau dak ''..
Beria sungguh Rosli Ghani nampaknya.. adik tokeh warung tersebut hanya mengangguk dan senyum saja lalu pergi mendapatkan kakak beliau yang sedang menarik teh..Setelah semuanya selesai tiba saat hendak membayar minuman tersebut..
Rosli Ghani : '' Okes dik.. koi nak membayor ni..berapa semua..kira sekali kawan koi punya ni ''..
Adik tokeh Warung : '' Semua sekali 3 cawan RM3.60 ''..campur juga dengan Cawan yang sumbing tadi..
Rosli Ghani : '' Lorr..hak cawan sumbing te tadi adik kira juga ke..tak ke free dah le cawan sumbing..nasib kome tak report..bla! bla! bla! bla! dan bla!..
Encik Topik terus saja beredar mendapatkan kenderaan..beliau malas nak beria kerana kes ini hanya kes terpencil saja..
Encik Topik : '' Wuih.. tadi bukan main lagi aok marah kat adik tu ..ni siap senyum seponjot lagi ''..
Rosli Ghani : '' Tak jadi marah..adik tadi bagi koi no hendphone dia.. heh! heh! ''...
*** Ler..alah amat budak Rosli Ghani ni dengan perempuan..
Setelah pekena nasik berlauk 2 bungkus bersama tea 'kow ..dan juga goreng keledek 4 potong ..kawan dengan gagahnya membawa pahat ( pisau penoreh getah ) lantas memasukan kedalam raga motor C70 kapcai aboh kawan..
'' Bang nak bawa bekal goreng keledek ke?.. sambil motong boleh makan '' tanya Akak..
'' Tak payoh.. nak motong laju laju ni ..lewat karang hari cepat panas ...tolong unjuk kit hendpone abang te.. jawab kawan..
Terus saja tunggang motor masuk kebun.. Menpercepatkan langkah kawan lalu membuka sampul pahat dan baru nak memulakan torehan pokok getah yang pertama ..ting! tong!.. bunyi hendpone kawan..
'' SMS sapa pula ini '' berkata kawan dalam hati..
Matahari pun terus memancar cahaya dengan panasnya.. getah tidak ditoreh walau sebatang pun..kawan telah melakukan SMS tanpa henti dengan seseorang.. nak sambung menoreh pula hari telah panas.. kawan pun menyetat motor terus berlalu pulang..
'' Banyak menoreh hari ni bang '' ? ..tanya Akak..
'' Boleh tahan ''.. jawab kawan..
*** Kiranya bahana berSMS ini tak mengira dimana tempat.. dalam kebun dalam bilik air dalam terowong dalam selimut janji ada line..nanti ada kisah hendpone dalam lipatan kain pula.. Selamat berhari Minggu yer..!!!
Salam buat Blogger-Blogger Pahang semua. Hari ini sampai masanya kita berkenalan dengan Blogger beloh Temerloh pulak. Kita ambik tiga blog dari Temerloh dulu ye.
Lokasi disebuah Taman Perumahan kos sederhana yang mempunyai semangat kejiranan yang tinggi .. Kelihatan 2 orang wanita sedang menjemur kain di persempadanan rumah masing masing maka sempat lagi mereka bersembang sembang .. ( untuk rujukan semula klik sini )
Kak Zakiah : '' Banyak juga membasuh hari ni ye Zita ''..
Rozita : '' Boleh tahan le akak.. Errr..Akak tau tak jiran sebelah hadapan rumah kita ni.. si suami Munirah tu ada skandal dengan staff sepejabatnya ''..
Kali ini Rozita pula yang memulakan upacara gosip mengosip ini ..
Kak Zakiah : '' Oh macam tu.. patutlah sehari dua ini nampak Munirah bermurung saja.. kesian dia ..dapat suami tak punya tanggung jawab anak dah ada 7 masih nak main perempuan lagi ''..
Rozita : '' Orang lelaki ni kak tak cukupnya dengan satu..pantang tengok perempuan berdahi licin mulalah.. nak pula yang dalam satu pejabat.. yang perempuan pula bukan kira apa dah..suami orang ke apa ke semua dia sapu ''..
Kak Zakiah : '' Tu lah dalam pada itu ada Munirah bagi tau akak...bahawa suaminya itu minta izin dia nak kawin dengan perempuan tu..Kalau Akak mesti tak bagi punya ..haram lah dapat suami akak nak kawin lagi ''..
Rozita : '' Kalau Zita pun macam tu juga lah Kak ..erm mana suami akak..selalu time begini dah nak pergi kerja ''..
Kak Zakiah : '' Malam tadi kan ke malam jumaat..selalu malam jumaat suami akak balik rumah Norlili madu akak yang bongsu .. malam esok pula tidor rumah madu akak yang tua..begitulah Zita akak ni hidup bermadu ''..
Kedua duanya pun masuk kerumah setelah siap menjemur kain..
*** Ok lah kak nak gerak ni ...
Baru baru ini kawan ada juga buat kisah tentang tandas awam klik sini .. dan tadi semasa dalam rondaan kawasan seliaan kerja ..kawan terjumpa sebuah tandas ( * tengok gambar ) .. yang terdapat didalam bandar tempat kawan ini .. Bandar Lama ..
Hendak kata ada pembangunan binaan baru disini tiada pula rumah kongsi pekerja..Dibelakang kawasan tandas ini adalah Jalan keretapi Pantai Timur ..
Dari pemerhatian kawan ada ramai juga pengguna yang mengunakan tandas ini .. Orang orang disekitar sini telah mengambil inisiatif dengan membuat tandas begini bagi memudahkan untuk kegunaan .. Ini kerana kawasan ini tidak mempunyai tandas awam..
Kawan rasa tandas ini khas untuk kaum lelaki sahaja .. sebab ianya mengunakan sistem berdiri ..
Bagi penduduk penduduk sekitar boleh lah mengunakan tandas ini kerana ianya tidak mengenakan bayaran ..
*** Sakit perut pulak dahh''..
VIENNA 14 April - Laman blog sosial Twitter boleh bertindak sebagai satu sistem amaran awal berhubung penularan wabak, menurut hasil kajian sekumpulan pakar dari London's City University yang diterbitkan semalam.
Menurut kajian tersebut, sejumlah tiga juta mesej atau dikenali sebagai 'tweets' dikirim dalam bahasa Inggeris melalui Twitter dari Mei hingga Disember 2009, yang mempunyai istilah flu.
Kajian tersebut diserahkan kepada Kongres Mikrobiologi Klinikal dan Penyakit Berjangkit Eropah (ECCMID) yang sedang berlangsung di sini minggu ini.
''Jumlah 'tweets' yang kami kumpul melalui kata carian seperti 'flu' atau 'influenza' adalah mengagumkan,'' kata salah seorang pengkaji, Patty Kostkova.
''Sekarang kami sedang meneliti potensi data yang diperoleh itu bagi digunakan dalam sistem amaran awal sebab ia merupakan media masa sebenar. Ia boleh mendapat respons segera jika perlu,'' tambah beliau.
'Tweets' yang dikira oleh para pakar berkenaan mendapati, sejumlah 12,954 mesej mengandungi ungkapan 'saya menghidap selesema babi' dan 12,651 lagi dengan ungkapan 'saya menghidap selesema.' ( Selanjutnya disini ) ..
*** Sudah tau sikit sikit apa itu Twitter ..
Ahmad Zaki mula berangan angan hendak menjadi blogger seperti redmummy yang memperolehi pendapatan hasil dari iklan melebihi 10k dalam sebulan ..
'' Koi rasa koi pun boleh buat '' kata Ahmad Zaki pada satu petang kepada rakan beliau yang bernama Azman Zahari yang cukup terer dalam berFace bo0k ..
'' Kawan pun ada dengar cerita gitu juga ..dengan memasang baner baner iklan dalam blog tentu dapat hasilnya .. kata Azman Zahari ..
Ahmad Zaki mula mencongak congak .. tentu tak lama lagi Salmiah akan cuba cuba mendekati kerana telah memperolehi hasil yang lumayan ..dan juga Ahmad Zaki pasti akan kehulu hilir bersama laptopnya yang mengunakan broadband berkuasa tinggi ..
'' Masa tu tentu ramai yang kan buka mata .. baru dia orang tau sapa Ahmad Zaki .. seorang blogger ternama lagi hebat yang kaya raya .. cuma dengan berblog saja mendapati pendapatan hasil yang lumayan ..''
Tentu Ahmad Zaki akan menjadi idola kepada blogger blogger yang lain .. yang pasti Ahmad Zaki tidak lagi hidup menumpang bapanya ..
'' Koi akan buktikan ''.. kata Ahmad Zaki..
'' Aok dah ada blog ke '' ? ..Tanya Azman Zahari ..
'' Tak ada lagi ..minta aok buatkan koi blog satu '' ..kata Ahmad Zaki ..
'' Macam ni lah Mad.. petang ni cuaca elok .. tentunya malam ni tidak kan hujan .. aok balik rumah ..aok asah pisau toreh getah aok tu .. esok pagi pagi lepas subuh aok pergi lah menoreh ..getah mahei sekarang ni dah cecah RM 5.10 sekilo '' bersahaja kata kata Azman Zahari ..
Ahmad Zaki pun berlalu sambil tersengih sengih..
*** Kawan pun mau kaya ..
Semasa pulang dari Mesyuarat tadi ..kebetulan pergi 2 orang bersama in Charge bernama encik Shaari Yusoh ..
'' Lapor ni bang.. nak singgoh makan mana kita '' ?.. kata encik Shaari bin Yusoh ..
'' Bandar Lama ..kita pekena nasik ayam Cina .. alah yang berniaga bawah panggung Seri Temerloh sekitar tahun 70an dulu ..'' Jawab kawan.. sesiapa peraih dengan kawan dan dibesarkan di Bandar Temerloh ini pasti ingat punya kedai nasik ayam ini kecuali Pak Cik Kordi dan NerZhul sebab beliau beliau ni masih muda sunti lagi ..
'' Ishk..cari kedai lain lah ..koi risau juga nak makan dekat situ '' .. jawab encik Shaari kembali..
Kawan memandu kereta terus ke Kawasan makan Bukit Angin .. gerai yang ada jual ikan patin baung dan segala macam ikan sungai berada disitu..Kami memilih satu Gerai disudut tepi sekali .. ada awek ..lawar ..
'' Aok perasan tak rie ..awek te dari mula kita sampai tadi senyum je kat kita '' kata kawan yang adakala mudah sangat terperasan..
'' A'ah.. nampak dah tadi.. boleh minta nombor telipon gini ' .. encik Shaari berkata ..
Kawan cuba bermain mata dengan awek yang sentiasa senyum tadi.. nampak macam melawan dan dia masih sentiasa senyum lagi ..
'' Noni ambil air ni bawa kat 2 orang abang yang pakai baju putih tu '' jerit tokey Gerai..
Noni namanya.. maka dengan rasa beraninya kawan terus menanya kepada awek yang bernama Noni tadi kebetulan beliau menghantar air yang kami pesan tadi ..
'' Nama adik Noni ye.. boleh tak abang..nak minta nombor Hp dan kenapa adik senyum senyum tadi '' kata kawan dengan gagah beraninya ..
'' Senyum adalah hobi saya Pak Cik .. '' kata awek yang bernama Noni itu..
Luntur semangat kawan bila dipanggil Pak Cik ... dan sekembali bila berada dalam kereta semula encik Shaari berkata '' rupanya kita ni dah tua yak '' kata beliau ..
*** Nasib tidak di cop sebagai Pak Cik yang meronyam .. wakaka!
Cuaca pada malam itu sunyi sungguh .. Channel 411 masih menayangkan The Pacific S103 sedangkan kawan nak tengok siri yang ke S101 dan S102 .. bengong punya setesen Tv ni..
Sesekali bunyi Cengkerik dalam rimbunan pokok kaduk mengalunkan irama bertalu talu.. adakala buat memekak telinga kawan saja .. Kawan menuju ke peti ais lantas mencapai air kotak cap jambu kesumba yang dikatakan boleh mengubati penyakit sendi dan juga ceret beret .. Kawan minum terasa kehel sahaja..
Tilam bantal selimut dan bantal golek terhampar dihadapan Tv..
'' Nah ! aok tidor depan Tv ..tengok lah Tv sampai ke pagi ..koi nak tido dengan anak bongsu koi ni '' kata Akak ..
Jam di dinding sudah menunjukan pukul 1059 malam .. kawan mendekati bilik Akak dan anak anak tidor .. semuanya sudah berdengkur ..
'' Relevan datang segera kedai Corner kawan kawan tunggu ni ada cerita bagus ..datang seorang tau '' -- SMS dari encik Karim Jasmy ..
Capai seluar baju dan pakai..senyap senyap menyelinap hendak membuka pintu ..baru nak buka pintu tiba tiba ..
'' Nak ikuttt '' kata Akak yang telah sedia memakai blaus dan berseluar track ..
*** Hancuss ..
Di Pekan Kuala Krau inilah tempat kawan bermain sekitar tahun 1980 - 1985 .. Tiada banyak perubahan yang terdapat didalam bandar Kuala Krau ini .. Ianya terletak antara laluan Temerloh - Jerantut ..
Hanya kira kira 8 KM dari tempat kawan tinggal ( rumah abah kawanlah ) .. Ada banyak juga Nostalgia bersama Pekan kecil ini yang senantiasa mengamit memori.. dahulu hanya terdapat sebuah kedai buku mamak ..disitu lah kedai yang pertama dituju apabila berada dipekan ini ..
Apabila berlaku cuaca yang tidak diizinkan untuk keluar menoreh terutama pada hari Isnin ..maka kawan dan rodong rodong seangkatan ketika itu akan menaiki bas Tanjong Keramat untuk ke Pekan Sehari yang diadakan pada setiap hari Isnin ..
..0700 - 0725 - Roll Call pagi..
.. 0725 - 0820 - Mengetea..
..0820 - 0920 - Lawatan ke kawasan pekerja bekerja ( Seliaan )..
..0920 - 0945 - Mengetea..
..0945 - 1059 - Naik Pejabat..
..1059 - 1120 - Mengetea..
..1120 - 1230 - Lawatan ke kawasan aduan..
..1230 - 1300 - Mengetea..
..1300 - 1328 - Ambil anak sekolah..
..1328 - 1359 - Lunch..
..1430 - 1459 - Lawatan kerja kelompok..
.. 1459 - 1520 - Mengetea.. dan Roll Cal balik..
*** Jam 1730 - 1815 ..Mengetea lagi kali ni bersama seorang kawan bernama encik Salleh bin Osman seorang bekas wartawan..
Read more...
Tetiba encik Karim Jasmy hantar SMS kat kawan .. ajak minum petang kat warung Joe yang asalnya tempat pusat kitar semula yang diubah suai ..
Sambil minum sambil bersembang ..
Encik Karim Jasmy : '' Lama tak nampok aok relevan pergi mana ''..
Relevan : '' Ada kawan bizi sikit lah bang ''..
Encik Karim Jasmy : '' Relevan ada isu untuk cerita seram ..untuk keluaran baru majalah Misteri ''..
Relevan : '' Tak ada lah bang .. Ops! ..Nanti ada masa kita pergi Kuala Krau.. ada kisah orang jumpa hantu 3 beranak kat atas Jambatan baru tu.. ''..
Encik Karim Jasmy : '' Jambatan baru rasmi tu dah ada hantu ke relevan '' ?..
Relevan : '' Ada bang ..seorang wanita sedang memandu kereta pada waktu senja.. ternampak 3 beranak sedang melalui jambatan itu.. wanita itu ingat nak menumpangkan 3 beranak itu ..tetapi tiada berani.. lalu terus saja memecut keretanya.. tiba tiba hantu 3 beranak tu muncul dalam kereta wanita itu dan sempat salah seorangnya mengusik usik telinga wanita itu ''..
Encik Karim Jasmy : '' Okeh Relevan sudah siap cerita .. nanti bulan depan adalah dalam majalah Misteri..
Relevan : ..'' Laa bang! .. senang juga menjadi penulis ni yer ''..hehe!
Encik Karim Jasmy pun membayar minuman ..selamat lah bajet Relevan pada petang itu ..
*** Kisah Hantu diJambatan baru Kuala Krau sudah masuk dalam suratkhabar ..tak silap pada minggu dulu .. Encik Karim Jasmy ini adalah seorang penulis cerita cerita berunsur seram ..
Bila berlaku sesuatu program didalam daerah maka ramailah yang terlibat.. Banyak agensi terlibat ..baik kerajaan maupun swasta..
Syarikat tempat kawan bekerja pun adakala terlibat juga secara langsung iaitu bahagian pelupusan sampah sarap dan kebersihan kawasan.. Pagi tadi sempat juga kawan menyibuk kekawasan tersebut.. program yang di maksudkan adalah Perkhemahan Pandu Puteri peringkat Sekolah sekolah Menengah negeri Pahang ..bermakna setiap daerah dalam negeri Pahang ini terlibat ..
..
.
*** Esok hari akan pergi lagi..
Lokasi disebuah kedai kopi dikawasan Perindustrian Lama..
Encik Topik : '' Wah aok Li ..sejak bila pandai membaca surat khabar ni ? ''...
Rosli Ghani : .. '' Dulu koi tak berapa membaca suratkhabar ni .. alih alih kisah politik fitnah sana sinun ..konflik sana sinun dan bermacam macam lagi kita ditaburkan dengan berita berita politik negara kita ni .. ''
Encik Topik : '' Ada apa berita panas hari ini Li '' ?..
Rosli Ghani : '' Banyak ..penyamaran menjadi Tuan Muda '' ..
Encik Topik : '' Berita orang buang bayi mesti ada punya ye Li "..
Rosli Ghani : '' Ada .. manusia kejam tiada berhati perut zalim .. ikut sedap kepala ..lepas itu mula lah buang bayi tak tentu arah .. dalam suratkhabar hari ini kisah buang bayi dalam timbunan sampah pula ''..
Encik Topik : '' Lagi berita apa Li ''...
Rosli Ghani : '' Pengakuan tiga gadis ' terlanjur '' ..
Encik Topik : '' Kawan tengok aok mula membeli suratkhabar ini dari minggu dulu lagi dak ..apa yang aok tertarik untuk membeli suratkhabar ni Li ..
Rosli Ghani : '' Peraduan Teka Bola sudah kembali ..hadiah lumayan '' ..
Dalam hati Encik Topik berkata .. elok juga Rosli Ghani ni bermain Teka Bola daripada bertikam nombor ..
*** Pernah main juga teka bola tapi tak pernah menang .. teka buah betik pernah menang dapat hadiah kukur kelapa ..
Kali ini mesyuarat PIBG di SKBJ pula.. iaitu sekolah tempat dimana Aina belajar .. Dimulakan dalam jam 0900 pagi ..setelah pendaftaran dibuat maka bermulalah ucapan ucapan daripada yang dipertua PIBG diikuti Penasihat iaitu Tuan Guru Besar dan Pegawai Pelajaran Daerah ( cuma wakil ) agaknya Pegawai Pelajaran Daerah sibuk macam Yb.. kehadirah ahli ahli cukup memberangsangkan juga ..
Setelah perasmian maka mesyuarat pun dimulakan dengan mengesahkan minit mesyuarat serta Laporan kewangan .. Berkenaan dengan yuran PIBG semua berpuas hati ..Setelah perlantikan AJK peringkat atas maka perlantikan Ahli Jawatan Kuasa biasa dikalangan ibu bapa pula dilantik ..
Encik Mohd Sapingi : Saya cadangkan encik Syed Azman bin Syed Zahari sebagai AJK ..
Encik Syed Azman : Erk... Ops ops ! sebelum ada yang sokong dengan berhematnya saya menarik diri atas sebab tidak lama lagi saya akan bertukar kerja didaerah lain ..
Selamat Encik Syed Azman itu dengan alasan yang sungguh tidak logik kerana beliau tidak langsung diarahkan untuk bertukar kerja ke daerah lain.. seterusnya perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar .. setelah itu membentangkan usul pula.. tapi malangnya ada 9 usul tidak dapat diterima kerana semua pemberi pemberi usul tidak menghadiri Mesyuarat ..
Selepas ucapan penangguhan ( tamat mesyuarat ) acara yang ditunggu tunggu pun tiba.. Cabutan nombor bertuah .. tapi tuah tidak memihak kepada kawan ..lebih 45 bungkus hamper dimenangi oleh orang orang lain manakala 1 pun tidak menyinggah kepada kawan ..
Jam 0120 petang barulah menuju ke kantin .. Bee hon sama cucur udang dan air tea o' sedia terhidang diatas meja ( sepatutnya makan nasi ketika itu ) ..
*** Semua gambar tidak dapat diambil kerana kamera kawan telah kehabisan bateri ..
Lokasi disebuah Taman Perumahan kos sederhana yang mempunyai semangat kejiranan yang tinggi .. Kelihatan 2 orang wanita sedang menjemur kain di persempadanan rumah masing masing maka sempat lagi mereka bersembang sembang ..
Kak Zakiah : Banyak membasuh hari ni Zita ..
Rozita : Begini lah saya setiap hari kak ..bertimbun timbun cucian yang hendak dibasuh .. kita tak ada orang gaji .. semua saya urus sendiri ..
Kak Zakiah .. Oh macam tu .. errr Zita ada baca paper tak baru baru ni tentang kehidupan dunia artis tanahair kita ..
Starting bagi Kak Zakiah dengan topik Artis Tanahair kita .. sambil itu beliau mula mengiraikan rambut yang masih sedang dalam kebasahan lagi ..
Rozita : A'ah Kak ..ada juga baca paper dan dalam tv pun ada .. kehidupan artis kita yang bersangkut paut dengan moral..baru baru ni ada yang jual dadah . yang pukul isteri ... yang ugut bekas isteri pun ada .. cerai berai menjadi perkara biasa bagi mereka ..
Kak Zakiah : Memang artis kita bla! bla! bla ...!!!&6^&*())_++= /?.~+=?:;... }..<:#.. Rozita : A"ah lah Kak.. mereka mereka ini bla ! bla ! bla ! ..+_)*&^%#%!~ ?8..,<<<< =*#..
Kak Zakiah : Errr ..dah 3 bulan akak berjiran dengan Zita tapi masih tak kenal dan tak nampak lagi suami Zita.. Kerja apa ye suami Zita tu..
Rozita : Artis .. sekarang dia ada shooting kat Pulau Tioman..
*** ...................
*** Ada rodong tanya '' kenapa kawan tidak boleh online pada waktu malam '' ..
1. Bila masuk jam 10 malam ( selepas waktu perdana ) sudah mula mengantuk ..
2. Melakukan penjimatan kos ( elektrik ) ..
3. Peristiwa lama akan berulang kembali ( selimut bantal dan tilam akan berada diluar bilik ) ..
4. Dari segi kesihatan bila sudah berumur .. tidak boleh berjaga malam macam orang orang muda ..
5. Broadband punya line jadi slow bila malam hari ..
*** 6. Jika kes malam ini adalah malam jumaat .. :)
Sedang melewati sebuah lorong belakang disebuah Bandar Lama.. ternampak orang orang muda dan orang orang tua bersidai macam sibuk mentelaah sesuatu..
Kelihatan juga Rosli Ghani dan Encik Topik sedang minum petang disebuah Restoran mamak ditepi sebelah birai Lorong belakang tersebut..jelas sekali kedudukan mereka berdua untuk memandang orang orang yang sedang sibuk mentelaah itu..
Encik Topik : '' Sibuk benor dia orang menkaji selidik tentang nombor nombor yang bakal keluar esok ye Li ''..
Rosli Ghani : '' Hish ..yang ramainya orang bangsa kita.. duk membeli benda haram yang tak kehala dapatnya lagi ''..
Encik Topik : '' Payah tu..ada pula orang kita ni percaya akan benda benda lama serta minta nombor pada pokok besar ( menurun ) .. mengharap nombor yang ditikam akan naik ''..
Rosli Ghani : '' Minta selisih .. orang orang begini tidak takut kepada Tuhan ''..
Encik Topik : '' Koi nak tanya aok ni Li.. andai koi nikam dan menang dengan jumlah wang yang banyak ..separuh wang te koi bagi kat aok..adakah aok akan guna wang tersebut? ''..
Rosli Ghani : '' Kawan guna dan kawan beli macam macam ..juga kawan bawa keluarga membeli belah apa yang mereka mahu ''..
Encik topik : '' Cisss .....
*** Ini dia jenis yang bila tak mengena menikam nombor maka Haram lah..jika mengena apa pun jadi ..
Lokasi disebuah warung belakang Pejabat Pos.. Kelihatan encik Rosli Ghani sedang menghembuskan asap rokok setelah menghirup setengah cawan air tea beliau..
Encik Topik : '' Sedap rokok ye Li.. jenama apa yang aok hisap?..
Rosli Ghani : '' Jenama XXXX ni..murah masih mampu koi membeli lagi ''..
Encik Topik : '' Lor ..Li aok tak takut ke jenama rokok yang murah gini.. rokok tiruan ni sangat merbahaya untuk kesihatan..
Lalu encik Topik menghulurkan sebatang rokok yang berjenama terkenal yang harga mencecah hampir RM10 sekotak kepada Rosli Ghani..
Rosli Ghani : '' Sedap rokok jenama mahal ni ye Topik.. tapi koi tak mampu nak membeli ''..
Encik Topik : '' Memang sedap Li..sebab itu harganya mahal ''..
Berterusan lagi sembang mereka sehingga bab menyimpan duit dan menyentuh mana mana rakan rakan mereka yang tidak merokok.. ( mengumpat sikit sikit )
Encik Topik : '' Kawan rasa lah Li.. tentu Mail rodong kita tu banyok simpan duit sebab dia tidak merokok ''..
Rosli Ghani : '' Tak ada ke banyok lah Topik..semalam baru dia minjam duit koi RM20 untuk beli beras 10% hancur.. koi bagi lah sebab ia kata dah 2 hari makan lempeng ''..
Encik Topik : '' Herh..! sesak weh Mail te.. dulu dia ada ngata kawan ngisap rokok ni tak boleh simpan duit ''...
Setelah siap pekena tea dan habis 3 batang rokok seorang maka keduanya pun beredar.. untuk memulakan tugas masing masing..
*** Tahun 1983 - 1998 kawan menjadi perokok selama 15 tahun boleh simpan duit.. tapi sekarang sudah berhenti merokok macam tidak boleh saja nak menyimpan duit ..ishk2.. nak kena isap rokok semula gamaknya..
© Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010
Back to TOP