GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 7 April 2010

Rondaan dipetang Rabu

Sedang melewati sebuah lorong belakang disebuah Bandar Lama.. ternampak orang orang muda dan orang orang tua bersidai macam sibuk mentelaah sesuatu..

Kelihatan juga Rosli Ghani dan Encik Topik sedang minum petang disebuah Restoran mamak ditepi sebelah birai Lorong belakang tersebut..jelas sekali kedudukan mereka berdua untuk memandang orang orang yang sedang sibuk mentelaah itu..

Encik Topik : '' Sibuk benor dia orang menkaji selidik tentang nombor nombor yang bakal keluar esok ye Li ''..

Rosli Ghani : '' Hish ..yang ramainya orang bangsa kita.. duk membeli benda haram yang tak kehala dapatnya lagi ''..

Encik Topik : '' Payah tu..ada pula orang kita ni percaya akan benda benda lama serta minta nombor pada pokok besar ( menurun ) .. mengharap nombor yang ditikam akan naik ''..

Rosli Ghani : '' Minta selisih .. orang orang begini tidak takut kepada Tuhan ''..

Encik Topik : '' Koi nak tanya aok ni Li.. andai koi nikam dan menang dengan jumlah wang yang banyak ..separuh wang te koi bagi kat aok..adakah aok akan guna wang tersebut? ''..

Rosli Ghani : '' Kawan guna dan kawan beli macam macam ..juga kawan bawa keluarga membeli belah apa yang mereka mahu ''..

Encik topik : '' Cisss .....

*** Ini dia jenis yang bila tak mengena menikam nombor maka Haram lah..jika mengena apa pun jadi ..

Read more...

15,000 pekerja pos naik gaji

KUALA LUMPUR 6 April - Seramai 15,000 kakitangan Pos Malaysia Berhad termasuk 1,880 posmen dan kerani pos bakal menerima kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Julai ini.

Kenaikan pada kadar antara 11 hingga 19 peratus itu bakal menjadikan gaji dan elaun-elaun berkaitan kakitangan pos setara dengan gaji dan elaun semasa kakitangan kerajaan.
.
Penstrukturan semula gaji kakitangan Pos Malaysia yang seiring dengan aspirasi Model Ekonomi Baru (MEB) itu, akan dilaksanakan serentak dengan kenaikan harga surat domestik.
.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semasa mengumumkan kenaikan itu berkata, gaji posmen dan kerani Pos Malaysia pada masa ini berada di tahap yang tidak sesuai dengan keadaan ekonomi semasa.
.
Menurutnya, gaji pokok posmen sekarang ialah RM610 manakala kerani pos RM710 iaitu di bawah garis kemiskinan.
.
"Gaji dan elaun permulaan posmen adalah 19 peratus lebih rendah daripada gaji kakitangan sektor awam yang setara... selanjut ( klik sini ) ...
,
*** Tahniah en Posmen ...kome ni bila lah pulak nak naik gajinya?.. Hendaknya Syarikat tempat kawan bekerja ni ngikut jejak langkah POS Malaysia jugalah .. ( gambar diatas ehsan google lah )

Read more...

Selasa, 6 April 2010

Dulu kawan kartunis


Sedang dilanda kebosanan sempat juga kawan pegang maker pen dan menconteng atas kertas A4.. maka terhasil lah apa yang diconteng seperti diatas.. pernah dulu kawan buat entri kisah kawan pernah berjumpa dengan kartunis aZa ( klik sini )..
.
Ini antara petikan komen rodong rodong ..
.
14 Merujuk kepada perkara diatas:
,
sI tEDI, 2009 Oktober 15 18:04
kartunis aza ye..yg selalu buat kartun tanpa dialog tu ke??aku ingat2 lupa lah.. tahun2 yg kamu sebut tu aku budak2 hingusan lagi
.
Cikgu Jang .., 2009 Oktober 15 18:46
aok ter nanti dah glamor, jngn lupa kat koi dah le...manalah tahu, dah ramei peminat......lupa lah pulak rodong2 berblog ni hah...
.
Muhammad faiz mahayudin, 2009 Oktober 15 19:41
jumpe kartunis aza kat ner weh? wah kirenye aok nih kartunis la juge yek? bleh la tunjuk hasil lukisan kat blog ni.. name glamour ape weh?
.
a kl citizen, 2009 Oktober 15 20:21
assalammualaikumboleh lah berkartun semula...sekarang kan banyak isunya
.
lipislady, 2009 Oktober 15 21:38
Sallam, betol juga kata Aza tu, bakat tu jangan dibiokan berkarat..asah bio tajam,,,komeh sedia menunggu hasil karya aok...
.
pOnstan, 2009 Oktober 15 21:41
mcm pnh bc je entry ni brO..tp dh tlupa d mna n bila...
.
maiyah, 2009 Oktober 15 22:50
wah.. sy suker tgk katun.. krim slm kat dia yerk :)
.
mazru(9m2mzr), 2009 Oktober 16 01:50
ape kata aok lukis katun aok dan buat kan satu entry...bole?koi pun minat kat kartunis AZA ni
.
zai, 2009 Oktober 16 16:51
Patutla otak relevan pun macam otak kartun..hehehe
.

Webmaster@Echam, 2009 Oktober 19 11:42
Haaaa apa lagi wehhhh.. Jomlah bekarya kat kopitiam...
.
Kawan terai juga scan karya karya lama kawan tu..tapi nampak gelap ada juga karya kawan yang dah koyak rabak.. kawan akan cuba juga untuk pemuliharaan karya karya kawan ketika itu..
.
*** Tapi jika nak berkarya lagi kena menghisap rokok juga ishkkkkk```...

Read more...

Pergerakan dipagi Selasa ( sembang dikedai kopi )

Lokasi disebuah warung belakang Pejabat Pos.. Kelihatan encik Rosli Ghani sedang menghembuskan asap rokok setelah menghirup setengah cawan air tea beliau..

Encik Topik : '' Sedap rokok ye Li.. jenama apa yang aok hisap?..

Rosli Ghani : '' Jenama XXXX ni..murah masih mampu koi membeli lagi ''..

Encik Topik : '' Lor ..Li aok tak takut ke jenama rokok yang murah gini.. rokok tiruan ni sangat merbahaya untuk kesihatan..

Lalu encik Topik menghulurkan sebatang rokok yang berjenama terkenal yang harga mencecah hampir RM10 sekotak kepada Rosli Ghani..

Rosli Ghani : '' Sedap rokok jenama mahal ni ye Topik.. tapi koi tak mampu nak membeli ''..

Encik Topik : '' Memang sedap Li..sebab itu harganya mahal ''..

Berterusan lagi sembang mereka sehingga bab menyimpan duit dan menyentuh mana mana rakan rakan mereka yang tidak merokok.. ( mengumpat sikit sikit )

Encik Topik : '' Kawan rasa lah Li.. tentu Mail rodong kita tu banyok simpan duit sebab dia tidak merokok ''..

Rosli Ghani : '' Tak ada ke banyok lah Topik..semalam baru dia minjam duit koi RM20 untuk beli beras 10% hancur.. koi bagi lah sebab ia kata dah 2 hari makan lempeng ''..

Encik Topik : '' Herh..! sesak weh Mail te.. dulu dia ada ngata kawan ngisap rokok ni tak boleh simpan duit ''...

Setelah siap pekena tea dan habis 3 batang rokok seorang maka keduanya pun beredar.. untuk memulakan tugas masing masing..

*** Tahun 1983 - 1998 kawan menjadi perokok selama 15 tahun boleh simpan duit.. tapi sekarang sudah berhenti merokok macam tidak boleh saja nak menyimpan duit ..ishk2.. nak kena isap rokok semula gamaknya..

Read more...

Isnin, 5 April 2010

Surat untuk sambung Cuti tahun

*** ( Kawan rasa kena klik untuk pembesaran imej dibawah )..

Bila sudah hendak bercuti dengan keadaan terdesak bermacam macam alasan ada guna telipon ada yang mesej dan ini yang guna pesan dengan surat dengan cara mengirim kepada rakan sekerja yang lain..

*** Surat ini telah berjaya menambat hati Jabatan Pentadbiran dan sumber manusia dengan permohonan Cuti yang sangat berkesan..

Read more...

Kemana pagi ini

0700 - 0730 : Roll Call kerja pagi..

0730 - 0845 : Minum tea ( mengetea )..

0845 - 0930 : Baca surat khabar..

0930 - 1030 : Rondaan kawasan ( pusing sana sini )..

1030 - 1120 : SMS dengan buah hati..

1120 - 1240 : Masuk pejabat buat kerja laporan dan macam macam main Games dan internet..

1240 - 1330 : Amik anak anak sekolah

1330 - 1415 : Rehat..

1415 - 1500 : Masuk pejabat dan Roll Call balik..

*** Wah sibuk sungguh kerja hari ini ..

Read more...

Ahad, 4 April 2010

Sembang sumbing dipagi minggu

Macam kebiasaan encik Topik akan kembali ketiduran selepas solat subuh.. jika tiada apa apa aktiviti sudah tentu encik Topik akan bangun tidor melohor ( tidor sampai tinggi hari ) ..

Rodziah : '' Bang! bangun lah abang .. kata nak tolong tebas rumput yang dah panjang menjela dibelakang rumah tu.. jika anak gajah duduk kat dalam semak tu pun dah tak nampak..''

Encik Topik : '' Alah.. susah nak tebas nya.. nak senang kita bubuh racun je kat rumput rampai tu..''

Rodziah : '' Mana ada racun rumpai kat rumah kita ni.. racun tikus yang kaler pink tu adalah..''

Encik Topik : '' Haaa!.. kita guna racun tikus kaler pink tu.. sebelum tu buat kan kopi o kow'' untuk abang dulu ''..

Rodziah : ..................''

Ketika hendak bersarapan kelihatan Rodziah sedang mengikis bontot kuali lalu memasukan habuk habuk yang sudah dikikis itu kedalam cawan..

Encik Topik : '' erk?.. yang ! buat apa habuk bontot kuali tu masuk dalam cawan..''?

Rodziah : '' Oleh kerana kopi dah habis ini sahaja alternatif yang ada untuk kopi o kow' abang tu ''..

Encik Topik : ..........................''

*** Moral of da story adalah .. Jangan sangka kita sudah bijak dengan kata kata yang belum nampak tetapi ada lagi yang lebih bijak dengan mengadakan terus barangan yang nampak..

Read more...

Sabtu, 3 April 2010

Pesalah seks dilarang guna komputer selama 30 tahun

*** Ini berita dari luar negeri

WASHINGTON 3 April - Seorang lelaki yang dijatuhi hukuman akibat kesalahan seks yang tidak sepatutnya dilarang mengguna atau memiliki komputer selama 30 tahun selepas dia dibebaskan dari penjara, perintah mahkamah rayuan persekutuan semalam.

Panel tiga hakim bersetuju dengan pendakwa dan peguam lelaki itu bahawa larangan berkenaan terlalu keras kerana ia tidak boleh dilakukan dalam tiga dekad.

Mark Wayne Russell dari Columbia, Maryland ditahan pada 2006 bagi kesalahan cubaan merangsang seks apabila ingin menemui seorang gadis dikatakan berusia 13 tahun yang dikenalinya melalui Internet... ( klik sini ) ..

*** Kome kalau tak tengok komputer selama 2 jam saja sudah rasa lain macam.. ntah ngape..

Read more...

Jadi peminat

Sedang kawan tak ada arah nak meronda pada sebelah petang tadi.. Tetiba kawan terbuka sangat hati nak membuka Fesbok kawan.. Sudah berkapang juga akibat lama tidak dibuka..

Ler.. ada pulak yang suruh kawan jadi peminat benda ni ( tengok gambor dalam bulatan penjong tu ) .. kalau kawan tekan je Jadi peminat tu maka kawan menjadi lah peminat benda itu ..

*** Biar lah kawan jadi peminat air tebu .. air kabung .. air lengkong ataupun air serbat sahaja.. dan yang pasti peberet air tea tarik..

Read more...

Jumaat, 2 April 2010

Rondaan dipagi Jumaat

Sedang membuat rondaan kawasan untuk skodeng pekerja pagi tadi ternampaklah kawan satu banner yang sungguh menarik hati.. Kawan pun sempat mengambil gambar tapi premis perniagaan ini masih belum dibuka lagi.. Selalunya jam 9 pagi baru premis ini memulakan operasi nya..

Kedudukan premis ini dalam kawasan yang amat startegik didalam bandar tempat kawan bekerja.. Samada orang ramai sedar atau tidak maupun pihak PBT juga akan kewujudan banner ini tiada lah siapa yang mengambil kira ..atau pun banner ini dipasang pada tahun lalu..

Jadi tidak akan menjadi kehairanan untuk promosi perayaan yang jauh lagi musimnya..

*** Selamat berhujung minggu..

Read more...

Khamis, 1 April 2010

Hadiah sudah sampai


Dulu pernah kawan menang satu rancangan kuiz di RMPFM dalam slot zon akses.. ( klik disini ) yang di hos kan oleh dj Sh0ows ... Baru tadi hadiah sudah sampai melalui pos laju..

Kawan sangka Tv Plasma 39 inci atau pun Besikal gunung.. tapi CD lagu Indon 3 kotak keping dan sebiji mug hitz PahangFM.. jadilah..

Terima kasih ye Sh0ows dan lain lain dj.. termasuk juga dj Anuar .....

*** En Anuar mana pergi.. aok punya blog sudah banyak sawang ..siap dengan ibu spider pun ada..

Read more...

Rabu, 31 Mac 2010

Sembang petang sambil minum petang

Lokasi dalam sebuah Taman Perumahan yang kebanyakannya penghuni hidup dengan saraan yang sederhana..

Sungguh menarik di Taman Perumahan tersebut ada sebuah warung yang menjual pelbagai kuih muih untuk minum petang seperti goreng pisang.. cucur.. kuih bingka.. dan macam macam lagi.. kedudukan warung tersebut dibawah pohoh ketapang yang sedang merendang..

Disitu juga lah tempat lepak encik Topik.. Rosli Ghani dan kroni kroni yang sewaktu dengannya..
Disediakan juga papan dam Haji tudung oren untuk menarik kaki kaki dam.. Boleh dikatakan setiap petang jika belaka lakanya tiada hal lain.. Tuan punya gerai itu adalah Mak Cik Leha yang telah sekian lama menjanda dibantu pula oleh anak daranya yang sudah lewat umur bernama Rozita..

Satu petang...

Rosli Ghani : ..'' Topik aok rasa Rozita tu suai tak dengan koi ni?..

Encik Topik : '' Ishk jangan buat pasei Li.. aok tak tau ke Rozita tu punya skandal dengan Setiausaha KRT Taman kita ni..

Rosli Ghani : '' Lor gitu.. arhh ! lantak ler dah koi kenan.. koi nak ayat juga Rozita ni ''..

Encik Topik : '' Jangan Li.. tak layan dek Rozita tu kalu muka aok ni ''..aok ingat seket bini aok te bapak le garang nye weh...''

Rosli Ghani : '' Ishkk! Sapa yak Setiausaha KRT Taman kita ni''?...

Encik Topik : '' Apa punya bengap aok ni Li..selama ni aok tak tau sapa Setiausaha KRT Taman kita ni.. kawan lah orang nya !! ...

Terkebil kebil mata Rosli Ghani sambil menghirup kopi o kow..

*** Memang tenat budak Rosli Ghani ni..tak tau kebenda langsung hal ehwal Taman Perumahan yang telah 7 tahun tinggal disitu..

Read more...

Selasa, 30 Mac 2010

Sasaran

Dalam pejabat encik Topik sering dijadikan sasaran segala kemarahan oleh boss nya..

Satu hari encik Topik tidak tahan lagi lantas bertanya kepada boss nya..kenapa beliau sering dijadikan sasaran kemarahan padahal kesilapan daripada pekerja lain pun beliau juga yang kena..

Encik Topik : '' Kenapa boss selalu berlaku tidak adil dan sering menjadikan saya sasaran apabila kesilapan dilakukan oleh pekerja lain ''..

Boss : '' Encik topik sedia maklum.. Sarah setiausaha tu anak saudara saya.. Kerani Admin Noni tu sepupu saya.. Zana Kerani Operasi tu anak saudara isteri saya.. Rozita Eksekutif akaun tu bakal bini muda saya.. Despatch budak tomboy tu sepupu dengan Rozita.. Akak Cleaner janda tu bekas Mak Mertua saya.. pendek kata semua pekerja dalam Syarikat ini semua nya perempuan dan saudara mara saya pula.. hanya awak saja lah bukan diantara mereka.. harap encik Topik faham ''..

Encik Topik : '' Oo0oo!!.. macam tu ye boss.. selepas ini boss tidak boleh marah marah saya lagi sebab saya akan berkahwin dengan Akak Cleaner janda bekas Mak Mertua boss tu... sudah tentu saya akan jadi bekas Pak Mertua tiri boss ''..

*** Tu dia encik Topik..

Read more...

Isnin, 29 Mac 2010

Panjat kabel

Kata orang malang tidak berbau..Ini lah yang telah menimpa kepada 5 orang rodong sekerja kawan sewaktu pulang dari menghadiri sessi taklimat Kaunseling daripada Pengurus Kawasan Syarikat tempat kawan bekerja ..kejadian ini berlaku pada 28hb March 2010 jam 1530..

Lokasi kejadian Jalan Utama Temerloh - Jerantut ( kg Seboi berhampiran Kuala Krau )

Mereka yang terlibat dalam kemalangan ini : -

1. Mohd Hasran bin Mohd Zain ( Pemandu )
2. Suhaizu bin Mohammed ( Tuan punya kereta )
3. Mohd Suhaimi bin Abd Ghani ( Penumpang )
4. S.Ganason a/l N.Sinajasso ( Penumpang )
5. Mohammad bin Ismail ( Penumpang )

Syukur Alhamdullilah semua mereka mereka ini tidak mengalami sebarang kecederaan..


Menurut Pemandu..beliau terpaksa melencong kekanan jalan bagi mengelakkan sebuah motorsikal yang melintas jalan yang ditunggang oleh seorang wanita bersama anaknya..



Menurut cerita Tuan punya kereta pula..jika kereta beliau ini tidak melanggar kabel penyokong tiang letrik ini..berkemungkinan besar kereta beliau akan terbabas jatuh kedalam sungai yang berhampiran..


Setelah segala gala selesai kereta ini masih boleh meneruskan perjalanan ke Jerantut.. Terima kasih kepada polis trafik dan TNB Kuala Krau yang banyak membantu..
.
*** Kereta ini berjenama sebagai proton Knight yang cukup pick up power sewaktu waktu dahulu..

Read more...

Ahad, 28 Mac 2010

SMS petang Minggu

Dengan tak semena Pak Cik Kordi mesej kawan..

Kawan : Roger Pak Cik Apahel mesej kawan ni..

Pak Cik Kordi : X da ngapa bng..cuma koi ndak nomber telipon Mazru jer..

Kawan : Aok tak nyimpan nomber telipon dia ke?..

Pak Cik Kordi : Dulu ada bng..dh ilang..

Kawan : 019962xxxx..

Pak Cik Kordi : Sekali lagi bang..x masuk nomber..

Dengan tak semena Mazru pula mesej kawan..

Mazru : Koi jumpe Pkcik Kordi td weh hehe!..

Kawan : Ok jumpe Pakcik Kordi kat mana?..

Mazru : Kat bandar tadi sempat ngetea dgn dia..memang baik lah budak nye bang..ingat kalu koi ander anak pompuan mau koi buat menantu..

*** Tengok..dulu kawan jumpa Pak Cik Kordi nak buat menantu..sekarang Mazru pula..apa punya '' aura '' beliau ni..

Read more...

Jumaat, 26 Mac 2010

Hujan panas

Petang semalam ada hujan panas berlaku disatu dua tempat dikawasan daerah tempat kawan tinggal ini..kejadian hujan panas ini sering dikaitkan dengan mitos yang kadang kadang lawak juga untuk didengar..

1. Bila berlaku hujan panas jika nak meredah juga hujan panas ini kecuali yang berpayung atau ber rain kot ..perlulah kita mencari daun senduduk atau daun pokok kapal terbang..daun tersebut hendaklah diludah dahulu dan kemudian diselitkan dicelah telinga..untuk mengelakkan demam atau pun sakit kepala..


2. Bila kita terkena hujan panas ini..hendaklah kita cepat cepat pergi mandi..untuk mengelakkan demam panas..Semestinya juga kita akan mandi jika tidak tentu ada orang yang akan lari..



Kelihatan kereta kereta yang kena hujan panas pada hari tersebut..
.
*** Tak kena hujan panas pun kepala boleh sakit..nak pulak time dapat gaji..bayar hutang sana sinun..heh! heh!..

Read more...

Khamis, 25 Mac 2010

Mari kita memadamkan lampu


Mari kita memadamkan lampu pada 27 March 2010 bermula 8.30 malam (waktu tempatan) selama satu jam..Sebagai tanda sokongan kepada bumi kita yang satu ini...
.
..dan kawan ada trivia ni untuk dijawab oleh rodong semua..oleh kerana kawan tidak mendapat sponsor maka tiada hadiah kepada pemenang..
.
Soalannya : - Apakah perbezaan antara lampu Stadium dan lampu bilik...?
.
*** Sila jawab dengan hati yang ikhlas..

Read more...

Tandas Awam

Tak kala melangkah masuk mana mana tandas awam yang berbayar ke atau tak berbayar.. boleh dikatakan ada antaranya yang tidak mencapai piawaian yang dikehendaki..terutama dari segi kebersihan..

Belum dikira lagi dengan bau yang sangat meloyakan..meski pun tandas tersebut disediakan dengan haruman yang wangi..kebersihan satu satu tandas awam diambil kira dari sudut tertentu.. jika vendor pengurusan tandas tersebut memperolehi kos yang tinggi maka kebersihan tidak terabai..

Jadi ..kita sebagai masyarakat yang perihatin perlulah bersama sama menjaga kebersihan tandas awan dipersekitaran kita .. berpegang teguh kepada '' kebersihan amalan yang mulia '' ..

*** Gambar diatas sebagai hiasan ..tiada prasangka atau pun kompromi..

Read more...

Rabu, 24 Mac 2010

Menjawab tag adik '' Slap me plz ''

Ini award dari adik '' Slap me Plz "..dah dibaginya kawan award ..ditag nya pula..jadi kawan pun menunjukan kerjasama kawan dengan rasa tanpa gundah gulana kawan menjawab tag dari adik ''Slap me Plz '' ini..


-siapakah diri anda di rumah?-
Seorang bapa kepada 3 orang anak dan seorang suami kepada seorang isteri..

-siapakah diri anda di samping rakan?-
Seorang yang mudah terangsang dengan rakan rakan jika mereka becerita yang bukan bukan..

-5 benda yg anda idamkan tp masih belum tercapai-
1) Naik air ballon

2) Menembak guna pump gun

3) Minum Cendol bersama Finaz diseksyen 17

4) Punya setesen bas sendiri

5) Ke rumah PakCik Kordi yang baru

-siapakah nama pasangan anda?-
Akak Rodziah ( kelopak_ungu )

-ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda-
1) Beliau suka guna lesung batu bila tumbuk sambal ( guna blender tak terasa orinya )..

2) Pandai masak ikan belida stim..

3) Suka tengok bila tidor akak berdengkur..

4) Tempat mengadu dikala sesak..

5) Bila time raya akak suka balik kerumah mak Mertua beliau..

-bila tarikh anda couple-
Lupa.. ( siap lah ni kang ) ...


-apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda-
Jatuh basikal ketika berdating..akak duduk atas balak basikal..kain beliau koyak tang paha..

-lagu tema cinta anda-
Harvester of Sorrow ? ( Metalica )

-apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda-
Membawa perut sembilan bulan lagi..

-tag 10 rakan yg lain- ( Siap )
1) Encik Kelompen









.
*** Nama yang tersenarai diatas.. silalah menjawab tag ini dengan senang hati ..jangan lah menganggap tag ini sebagai satu bebanan yang perlu dijawab sebab adakala kita kesuntukan masa serta tenaga..segala kesukaran serta ketidak seimbangan emosi sewaktu menjawab tag ini tiada lah pemberi tag bertanggungjawab.. heh! heh!..

Read more...

Selasa, 23 Mac 2010

Barang dapur punya kes

Rodziah : '' Abangg!! gula tinggal sedikit saja lagi..''

Encik Topik : '' Tunggu gaji lah lagi 2 hari..jimat jimat sikit gula tu..kurangkan manis dalam pegunaan gula..''

Rodziah : '' Beras ni pun macam tak sempat jer untuk tunggu gaji..? ''

Encik Topik : '' Tepung ada lagi tu..jika beras tak sempat kita makan cekodok atau lempeng jer sementara tunggu gaji ''..

Rodziah : '' Masalahnya minyak kelapa pun dah habis ''

Encik Topik : '' Erhh..Minyak Tanah ada ? ''..

Rodziah : '' Minyak tanah adaa..lebih hari raya untuk pelita tujuh likor tu..tapi abang nak buat apa..? ''

Encik Topik : '' Guna minyak tanah sebagai alternatif untuk goreng cekodok mau pun lempeng tu ''..

*** Kedengaran dentuman mesin kelapa lalu berterbangan antan lesung batu didalam rumah yang didiami keluarga encik Topik dan Rodziah..

Read more...

Isnin, 22 Mac 2010

Catsoc training ( Computer added training Site Obervation CheckliSt ) part 2

Semalam 21hb March 2010 ( ahad ) berlangsung lagi Catsoc training ditempat Syarikat kawan bekerja ini kali ini dengan komitmen yang lebih tinggi diberikan dengan kehadiran mencecah 100%.

Program kali ini banyak berkisar tentang polisi Syarikat dan juga Sumber Manusia..Kefahaman pekerja kearah program ini sangat dibanggakan dengan penyampaian daripada trainer trainer yang berkualiti..

Dua hari sebelum kursus ..semua penceramah penceramah telah dikursuskan dulu oleh bosS en Azmi Muda di HQ ( kelihatan di gambar the second hanya menyelok kocek sahaja )


Permulaan acara semua pekerja membaca ikrar taat setia diikuti dengan bacaan doa..

Kelihatan Puan Jamilah Asri sedang memberikan ceramahnya ( beliau dari Jabatan pentadbiran dan Sumber Manusia )

Memeriahkan lagi pada sessi petang ..acara lakonan sepintas lalu diadakan berkisar tentang kerja yang dilalui pada setiap hari.. ( Kelihatan encik Yahya Zakaria dan encik Suhaizu Jenglot sedang beraksi )..

Semua telah selesai dan para peserta menyusun kerusi untuk disimpan..dan dalam hati akan berharap agar minggu depan tiada lagi kursus seperti ini..
.
*** Ahad depan kawan ada dating..jika ada lagi kursus ini tentu awek kawan akan lari..he he he!

Read more...

Sabtu, 20 Mac 2010

"I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair"


Saya rasa saya belum terlambat dengan promosi ini.. semalam sedang membelek belek satu email daripada Syarikat pengiklanan Nuffnang ada berita baik..tentang event seperti dibawah :
.
Mari kita ramai ramai ke " Gatsby Deodorant Street Fair "

.
Percaya lah saya akan berada disana ..mungkin saya akan datang bersama awek saya..
.
Acara akan berlangsung pada : 17hb April 2010..
.
Masa : 1000 pagi - 0500 Petang
.
Tempat Tapak pesta ialah di ruang legar : Ground Floor Berjaya Timesquare,Kuala Lumpur.
.
Bermacam macam acara menarik akan di langsungkan nanti seperti : Membaling Getah..Gusti Sumo ( dalam bag udara ) Dan banyak lagi..
.

Setiap peserta yang menang akan memperolehi Mata Ganjaran yang boleh di tebus dengan barangan menarik dari Gatsby...
.
CABUTAN BERTUAH JUGA DENGAN HADIAH YANG SANGAT HEBAT
.
Peserta berpeluang memenangi Barangan : Elektronik..Komputer ..Telefon Bimbit & Baucar Tunai.
.
Nilai hadiah Cabutan Bertuah bernilai lebih dari RM 15,000.
.
Perjalanan untuk kesini boleh dilakukan dengan menaiki Bas..Kereta persendirian dan bagi orang yang diluar kawasan boleh menaiki Keretapi maupun Kapal terbang..
.
Sila layari sini untuk maklumat lanjut http://www.gatsby.com.my/streetfair.
.
Jom para blogger semua kita meriahkan suasana..!!!
.
*** Akak mula risau..

Read more...

Jumaat, 19 Mac 2010

Jambatan Kuala Krau

Dulu semalam kawan sempat lalu diatas Jambatan ini yang telah siap dirasmikan pada 8hb Mac 2010. Jambatan yang telah dibina dengan kos RM 61 Juta dirasmikan oleh Sultan Pahang..

Jambatan ini menghubungkan penduduk penduduk disekitar Wilayah Jengka dan Kuala Krau serta dapat meringkaskan perjalanan untuk ke Bandar Temerloh dan Bandar Jerantut..

Kawan lalu diwaktu malam jadi gambar pun setakat macam ni lah adanya..

Ini adalah Ahli Parlimen Kuala Krau.. Datuk Ismail Mohamed Said ..sempat juga kawan berodong dengan beliau ketika beliau menjadi peguam dan kaunsler Majlis Perbandaran dulu..segala usaha yang dibuat oleh beliau semuanya laju..heh heh! Tahniah YB..

.

*** Yb dah tukor no.hendphone ke?..

Read more...

Khamis, 18 Mac 2010

Wang Ihsan

'' Koi salah seorang yang layak terima wang Ihsan sebab koi bapa murid kepada sekolah rendah dan menengah yang berpendapatan antara RM1,000 hingga RM1,500 yang akan dibahagikan mulai awal April depan.'' demikian kata Rosli Ghani sambil berdiri memegang suratkhabar kepada kawan kawan sekerjanya..

'' Oii Mangkuk ..wang Ihsan minyak tu hanya untuk orang Kelantan sahaja lah Li..kau tu orang Pahang '' !! celah en Topik dengan selamba..

*** Tunggu royalti Balak untuk orang Pahang tak ada ka?..

Read more...

Rabu, 17 Mac 2010

9 premis Gajet Seks diserbu

KUALA LUMPUR - Sebanyak sembilan premis seks di sini, Subang Jaya dan Johor Bahru diserbu semalam atas dakwaan menjual gajet-gajet seks. Operasi itu berakhir dengan tiga buah kedai diarah tutup serta-merta.

Hasil rampasan daripada ketiga-tiga premis itu melebihi RM120,000... ( Selanjutnya disini )


'' Apa itu Gajet Seks abah?''.. tanya Aina yang baru berusia 10 tahun..

'' Erkk ?..cuba Aina tanya mama? ''..jawab abah Aina

'' Gajet Seks adalah sejenis permainan berbentuk seekor anak Gajah yang seksi '' jawab Mama Aina..

*** Rata rata rupanya kedai benda ini sudah ujud..kawan kena siasat juga kot ander kedai benda ini kat kawasan bandar kawan tinggal ni..

Read more...

Selasa, 16 Mac 2010

Bila Pemandu berdarjat

Satu pagi yang nyaman disebuah Kampung tersusun yang indah berlaku acara merisik..antara Mak Cik Senah ibu Kordi dan Mak Cik Sa'amah ibu Leha..

Mak Cik Senah : Tujuan kome datang ni bukan apa.. nak merisik bunga yang sedang kembang mekar ditaman aok..

Mak Cik Sa'amah : Oh macam tu..apa kerjanya anak aok si Kordi tu?..

Mak Cik Senah : Kerja biasa biasa saja weh..drebar lori air batu kat Bandar Baru sana nu..

Mak Cik Sa'amah : Gitu..sebenonya anak koi Leha ni kecik lagi..bak kat orang tanak nasik tak mboh masak..basuh kain tak mboh kering..buat kerja rumah tak reti dan bla bla bla bla bla dan bla..

*** basuh kain tak mboh kering?..hmmm


Satu pagi yang nyaman 2 minggu selepas itu ditempat yang sama acara merisik antara Mak Cik Jenab ibu encik Topik dan Mak Cik Sa'amah ibu Leha..

Mak Cik Jenab : Tujuan kome datang ni bukan apa..nak merisik bunga yang sedang mekar ditaman aok..

Mak Cik Sa'amah : Oh macam tu..apa kerjanya anak aok si Topik tu?..

Makcik Jenab : Kerja Pemandu aje.. Pemandu Kapal terbang di Serikat penerbangan negara yang besor tu..

Mak Cik Sa'amah : Oh pilot..a'ah yerk..anak koi si Leha tu dah besor matang..tanak nasik dah pandai..basuh kain molek..ngemas rumah baik..pandai pulok buat piZza..dan macam macam lagi lah weh..

*** Kawan dulu pernah bercita cita hendak jadi pemandu Keretapi tapi tidak kesampaian..

Read more...

Isnin, 15 Mac 2010

Catsoc Training ( Computer added Training Site Obervation checkliSt )

Satu Latihan kearah meningkatkan prestasi kerja yang cemerlang telah diadakan oleh Syarikat tempat kome bekerja 14hb March 2010 telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran perserta yang memberangsangkan..

Apa yang menarik Trainer hanyalah terdiri daripada pekerja pekerja biasa sahaja yang terpilih.. termasuklah kawan seorang daripadanya..Kursus berlangsung pada jam 0900 pagi hingga 0500 petang dan pengorbanan pekerja pada hari minggu juga boleh diambil kira kerana terpaksa melupakan segala perkara bersama keluarga pada hari tersebut..

Aktiviti berkumpulan sedang dijalankan ( kelihatan en Azrul dengan peacenya..beliau terpaksa melupakan dating bersama tunangnya pada hari tersebut )


Bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja aktiviti berkumpulan dengan tajuk senang sahaja ( Ciri ciri menjadi seorang pekerja yang Cemerlang )

Kehadiran peserta dengan wajah ceria masing masing

Mr Fasilitator encik Saidon Yusoh

Wakil pengurusan en Shaari Yusoh yang merangkap sebagai penceramah sedang berucap tama

Ini acara selingan bila berada dalam kelenguhan peserta meramas bahu antara satu sama lain..ada seorang sahaja peserta perempuan tiada dalam gambar kerana beliau telah melarikan diri untuk acara selingan ini..

Meski pun tiada slide Lcd maupun projektor..kursus dijalankan secara manual saja..kome dengan bangga berjaya menambat hati peserta..dan dapat menyampaikan apa yang diamanahkan oleh Majikan dengan cemerlangnya..
.
*** Kawan rasa lebih selesa didalam lori daripada menjadi penceramah..

Read more...

Sabtu, 13 Mac 2010

Wanita ambil pil perancang hidup lebih lama

LONDON 13 Mac - Wanita yang mengambil pil perancang kelahiran bermula akhir tahun 1960-an didapati mempunyai jangka hayat lebih lama berbanding wanita yang tidak pernah mengambilnya, lapor kajian terkini yang dijalankan.. ( Selanjut di Sini )

*** Ini berita dari luar negara..jangan lah ada diantara Wanita kita mengambil pil ini hanya untuk memanjangkan umur kerana umur itu kententuan Tuhan yang maha Esa..

*** Dan kawan berharap juga jangan ada kaum Lelaki yang mengunakan pil ini untuk memanjangkan umur juga..

*** Boleh dikategorikan kajian kajian dia orang ni memelikkan juga..

Read more...

Jumaat, 12 Mac 2010

Hujan mula turun

Kelihatan beberapa kereta dibasahi hujan ( pemandangan dari atas pejabat tempat kawan bekerja )

Setelah beberapa lama Kemarau maka hari ini hujan mula turun ditempat kome.. Alhamdullilah.. Samada sedar atau tidak air di muka sauk di loji JBA sudah semakin surut..dan sedar atau tidak juga kita sebagai penguna air cukup membazir dengan tidak yang sepatutnya seperti membasuh kenderaan seperti Lori kereta bas dan basikal di rumah dengan tanpa rasa bersalah sebab kita membayar bil air pada setiap bulan..
.
Cuba kita pergi membasuh Lori kereta bas dan basikal dipusat pusat pencucian kereta..air yang digunakan cuma sedikit sahaja dan kita pun cuma membayar dengan sedikit bayaran..
.
*** Apa kawan melalut gini?..oh ye semakin menghampiri pertengahan bulan rupanya..

Read more...

Khamis, 11 Mac 2010

Result SPM encik Amirul

Dengan langkah bergaya encik Amirul menuju kesekolah beliau untuk mengambil keputusan SPM yang akan diumumkan pada hari ini..

Hore! hore! mak abah along berjaya dengan cemerlang along berjaya dengan cemerlang nya!!

Bahasa Malaysia = A
Sejarah = A
MaTematik = A
Bahasa Inggeris = A
Agama Islam = A
BIO = B
KIMIA = B
FIZIK = B
Add Maths = A

'' Abah kena belikan along Yamaha RXZ 7 gear '' jerit encik Amirul lagi..

Tap !..lampu kalimantang menyala..

'' Dah dah bangun bangun ..pergi mandi solat subuh dan siap kesekolah..apa duk cara tentang result lagi kau tu baru tingkatan 5 tahun ini..result SPM kau keluar pada tahun hadapan '' kata puan Rodziah sambil menarik telinga encik Amirul yang terkenal memang liat untuk bangun pagi..

*** Kena siap sedia untuk membeli Yamaha RXZ 7 gear ni..

Read more...

Rabu, 10 Mac 2010

Dividen KWSP

Sambil berangan angan untuk membeli apa apa yang patut seperti Tv plasma.. Sports rim..peti sejuk..stering sports..kasut berjenama maupun pedal minyak kereta lumba untuk kereta Iswara beliau..encik Topik berkira kira pula untuk pergi melancong keLangkawi ..

Encik Topik berani membuat perkiraan begini setelah KWSP mengisytiharkan dividen sebanyak 5.65% untuk tahun 2009 dan beliau pasti akan memperolehi RM 8,993.25 yang bakal beliau terima dalam sedikit masa lagi..

'' Ada lebihan lagi dividen itu akan kome laburkan dalam ASB pula '' kata encik Topik kepada Rosli Ghani dalam sebuah warung kopi kedai korner..

'' Banyok dapat dividen KWSP yak aok ye '' tanya Rosli Ghani..

'' Adalah sikit tapi boleh lah juga kome beli benda dan pergi melancong..itulah untung kerja makan gaji macam kome ni '' kata encik Topik lagi..

'' Tapi setau koi lah duit dividen KWSP ni terus disalurkan dalam akaun 1 dan akaun 2..taknya bagi ke pencarum terus dak?..'' kata Rosli Ghani yang faham walaupun beliau hanya kerja mengeropes sahaja..

'' Ler aok ni Li..kome tau tu..ni kome cuma berangan saja jika duit dividen itu terus dibagi kepada pencarum..dapat nye esok bila umur kome 55 tahun lah '' ..jawab encik Topik yang kini baru berusia 41 tahun..

'' Sengal encik Topik ni dah gamoknya ''..kata Rosli Ghani dalam hati..

*** Heh heh kawan lagi 10 tahun tunggu..sabar sabar..

Read more...

Selasa, 9 Mac 2010

Menang info Contest diRadio Malaysia PahangFM

Pagi tadi dengan tak semena kawan menghantar satu SMS kepada stesen radio Malaysia PahangFM dalam rancangan segmen pagi yang di hos oleh Dj Sh0ows yang berbunyi seperti dibawah :

[RELEVAN:13750] Tahu kah anda..Sebelum mninggal dunia..pendengaran adalh deria terakhir yg akn prgi mningglkn tbuh kita..deria pertama yg akn pergi ialah penglihatan,diikuti oleh rasa,bau dn sentuh..tq sh0ows..

Rupa rupanya segmen yang dikendalikan oleh DJ Sh0ows ini mengadakan satu peraduan info..dan kawan telah memenanginya..hadiah masih menjadi misteri lagi..

*** Dan kawan mula berkira kira apakah hadiahnya..adakah tv plasma bagi menggantikan tv lama kawan yang dah berusia 17 tahun..adakah mesin basuh bagi menggantikan mesih basuh yang akak sering merungut kerana spin dengan bunyinya yang dah mengalahkan helikopter hendak landing..atau pakej berbulan madu..heh heh!

Read more...

Isnin, 8 Mac 2010

Jongang vs Juling

Belum pun reda isu kontroversi drama Halimah Jongang..semalam satu lagi drama dalam slot disebuah televisyen kabel berbayar dimainkan.. kali ini drama bertajuk Fatimah Juling pula.

Jadi tidak hairan lah dimasa akan datang tentu ada tajuk filem atau drama seperti BIBAH TONGGEK..ROSNAH SEMPAK..MINAH SENGET..SALMAH KELABU..RAHMAH SIONG..SYAMIMI DEBAB..NORIZAN CEKEDING..AYU SENGAL..RYNA HOMIS DAN JUGA FINAZ LENTIK..

*** Hmmm...

Read more...

Ahad, 7 Mac 2010

Mesyuarat PIBG dan Catsoc Training

MeSyuarat PIBG 06hb March 2010 SMPS Jerantut

Perjalanan Mesyuarat berjalan lancar sehingga lah bila tiba cadangan kutipan yuran..

Kutipan Rencam berjumlah RM55 ok..

Cadangan untuk Kutipan yuran PIBG pula ( setiap keluarga ) RM25...maka bangunlah seorang yang sedang sedang umurnya dengan memakai baju batik yang cantik dengan seluar yang berjenama dan kasut berkilat lalu memperkenalkan diri..

'' Saya bangga dengan pencapaian Sekolah ini dan dengan ini saya mencadangkan untuk menambah lagi RM20 menjadikan yuran PIBG untuk tahun 2010 ini berjumlah Rm45 ''.. kata orang itu..

Belum sempat kawan hendak mencapai mikropon untuk membangkang ada orang lain dulu telah menyokong..dan dalam hati kawan berkata mungkin ini sekolah orang kaya raya..semua senyap seketika..kawan tersengih sahaja..sebab orang yang mencadangkan dan menyokong kenaikan yuran PIBG tadi telah mendapat tepukan gemuruh dari hadirin sebelum itu..

Untuk pengetahuan sekolah ini adalah sekolah Rancangan Khas..kira bertaraf tinggi jugalah pencapaian murid muridnya..

Bila tamat mesyuarat waktu minum pula adalah kawan terdengar..sok sek sok sek tinggi mahal..getah meluruh pendapatan tak menentu..gaji jaga tak tau bila nak naik dan sok sek.. baru kawan tau rupanya Ibu Bapa yang menyekolahkan anak disitu ada juga yang bekerja sebagai buruh..penoreh getah..jaga ( sekuriti ) dan yang kerja mengeropes pun ada..

*** PIBG adalah Persatuan Ibu Bapa dan Guru bukannya Perut Itu Biar Gendut..
*** Kerja mengeropes pula membawa maksud sebagai kerja yang tak tentu arah.. apa kerja dibuat dengan pendapatan yang tidak tentu arah juga..


Catsoc Training

..Kepada semua supv..diminta hadir Training Catsoc pada 07hb March jam 0830pg..Sila bawa wakil UNION satu orang..wajib hadir..sesiapa yang tidak hadir perlu beri jawapan pada CEO.. mesej ini kawan terima dari en Bd eksekutif Operasi..

..Adoi boss..banyak program macammana nak hadir ni..jawab kawan

..Pakai uniform kerja jangan tak datang ini training penting ..jawab en Bd lagi..

.. Orait Roger tq ..ini petang jangan lupa angkat..jawab kawan..

*** 07hb March 2010 adalah hari ahad hari untuk bersantai santai sama keluarga dan demi tugas untuk negara agama dan bangsa kawan terpaksa melupakan projek hari minggu iaitu membatalkan 3 kenduri kawin walaupun waris dan juga membatalkan projek bertanam / sulam anak getah dikebun en Amirul..

Read more...

Sabtu, 6 Mac 2010

Sepanjang Jalan kenangan 1988 ( Krew CT 3010 dan Nor Azimah )

Ini adalah Illegal dumping ( sampah haram ) yang dibuang oleh orang orang yang tidak punya tanggung jawab dalam kehidupan bermasyarakat ** gambar sekadar hiasan


Kini setelah 8 bulan berlalu selepas perpisahan aku dan Siti Zaileha..aku mengenali pula seorang gadis yang bernama Nor Azimah..Beliau berjaya mencuri hatiku lantas membawa kepada perhubungan yang aku rasa sebagai Cinta pada ketika usia aku yang masih muda..

Semangat bekerja makin menjadi jadi dengan kerja kerja lebih masa pada setiap petang dan juga peningkatan jualan barangan lusuh ( kitar semula )..pada ketika itu wajah Nor Azimah sentiasa bermain dimata.. adakah aku sudah menjadi angau..

Diawal perkenalan antara aku dan Nor Azimah adalah secara tidak langsung..sewaktu beliau hendak pergi kerja disebuah stesen pump minyak yang berjenama dan berkualiti tinggi..Perkenalan bermula ketika basikal beliau pancit dan aku menumpangkan nya ke tempat kerja..Jalan kami sehala menuju ketempat kerja masing masing..Oleh kerana Nor Azimah tiada pilihan beliau terus membonceng motor Y80 CDI aku..

Aku kini sudah pandai memandu kompaktor walaupun masih belum punyai lesen memandu..

‘’ Hoi berangan ke atau ingat mak we ‘’ jerkah encik Ibrahim ( krew baru CT 3010 )

‘’ Dak lah..kawan mikir ni nak layan ke tidok ‘’ jawab aku..

‘’ Kalau kisah mak we aok layan je ..aok tu dah berumur dah ‘’ kata encik Ibrahim lagi..

Sedap juga en Ibrahim kata aku dah tua..waktu itu umur en Ibrahim dah menjangkau 37 tahun tapi masih belum berumahtangga..

Setelah tamat bertugas pada petang itu aku lantas ke stesen minyak tempat Nor Azimah bekerja untuk mengisi petrol..RM2 pun dah hampir penuh tangki, Minyak tiadalah semahal sekarang dan masih lagi bersubsidi penuh ketika itu..

Aku rasa nak mendekati terus Nor Azimah ni..paras rupa body bahasa baik..aku tau mak ayah dia pun orang baik baik kerana jarak dari Kampung aku dan beliau hanya selang satu Kampung sahaja..Aku rasa aku kena serius kali ini, Cuma yang aku tidak tau pengajian Nor Azimah setakat mana..mungkin dia lebih dari aku yang setakat SRP mendapat pangkat S ada yang kat S ini sedang /sederhana,,tapi yang sebenarnya S adalah lingkup / gagal / kandas..itu aku tak kisah yang penting bagi aku dia taat kepada kedua orang tua dan pandai mengaji..

Jalinan perhubungan antara aku dan Nor Azimah semakin hari semakin mesra..tiada masalah faham dan memahami dalam waktu yang sama sempat juga aku mengumpul wang demi masa depan..hingga pada satu ketika..

‘’ Weh! Man…sekarang banyak terdapat kedai mesin games mesin kuda ( mesin kuda sejenis alat perjudian ) serta kedai billiard dan Snooker kat bandar kita ni ‘’ kata en Ibrahim pada satu hari..

Dan aku sering juga mengikuti en Ibrahim ketempat tempat tersebut hanya mengikuti beliau..

‘’ Seronok juga main Billiard ni buat pertaruhan dapat wang ‘’..hati aku berkata..

*** Jika berkepentingan kawan akan menyambung cerita ini...


Read more...

Jumaat, 5 Mac 2010

Subsidi minyak tidak berubah

PUTRAJAYA 4 Mac - Kerajaan hari ini membatalkan cadangan pelaksanaan penstrukturan semula subsidi petroleum setelah menerima maklum balas negatif daripada rakyat.. ( selanjutnya klik disini )..

*** Alhamdulillah..setakat mana tidak berubahnya hanya masa dan ketika yang akan merubah..

Read more...

Khamis, 4 Mac 2010

Gender

Dua orang penting dalam sebuah Kampung sedang membelek belek sebuah akhbar ternama sambil berminum minum kopi disebuah warung kopi dihujung Tanjung dalam sebuah kampung yang tersusun..

'' Sekarang timbul pula isu Gender dalam penjawat awam '' kata Tok Mat Ali Yaakob bin Kordi

'' Ha ah lah.. ini tentu ekoran kebimbangan yang diluahkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.'' jawab encik Topik selepas menghirup secawan kopi segar cap Gajah..

" Ye itu satu hal..isu Gender ini bukan disektor Perkhidmatan awam sahaja ''.. kata Tok Mat Ali Yaakob bin Kordi lagi..

'' Harap isu berkenaan dibangkitkan bukan atas faktor diskriminasi Gender ''... jawab en Topik yang memang pandai berhujah..

'' Begitulah harapnya bagi mengelakkan ketidakstabilan prodaktiviti..cuba jangan ketengahkan isu Gender ni ''...kata Tok Mat Ali Yaakob bin Kordi..

'' Wehh!!.wok mer ni cerita pasal Janda mana haa?...sampuk Mael Setel yang sedari tadi ternganga mendengar perbualan mereka berdua..

'' Ada juga yang nak kena pelupuh dengan selipar Jepun ni ''... kata en Topik dalam hati..

*** ..........

Read more...

Rabu, 3 Mac 2010

Al kiSah sebelum subuh tadi

Kawan : '' Sarung tangan cukup ''..

en Shaari : '' cukup ''..

Kawan : '' Cangkul ada lagi ''..?

en Shaari : '' Ada 5 lagi cuma gandar patah ''..

Kawan : '' Nanti kawan tengok pongkis ''

en Shaari '' Pongkis rotan dah reput..yang pelestik ada 3 lagi ''..

Kawan : '' Mata mesin blade cukup ..ok ''..

en Shaari : '' Penyapu lidi ni koi kira ok betul ''..

Kawan : '' Cakar daun tadi 16 betul ''..

en Shaari : '' haa'ah betul ''..

Kawan : '' Lain lain barang semua ok ..flat scope ada 3 lagi ''

en Shaari : Cangkul burung betul ..ada 1 lagi ''

Kawan : '' Chop Sawit..haa Chop sawit mana? ''

en Shaari : '' Haa ah.. laa Chop sawit tiada rekod pengeluaran ni ..tapi tiada disini ''

Kawan :''Arh sudah.. mana Chop sawit ni..adeiii..sapa pulak yang ngambil ''..

en Shaari : '' Tu lah koi suruh letok kat tempat asal..ni aok ntah sibai mana mana ''

Kawan : ''Mana nya Chop sawit ni Chop sawit...Chop sawit..''

Kawan : '' Tolong kembalikan Chop sawit ..''

Kawan : '' ToloNg !! pulangkan Chop SAWIT !!!..''..

Rodziah : '' Oiii abang !.. ni ngapa nya sampai mengigaukan Chop sawit ni weh..maru ke '' ?..

Kawan : ``~``

*** Hari ini ada audit barang barang keperluan kerja operasi ''..pergh!! nasib mengigaukan Chop sawit buatnya mengigaukan bekas aweks ...baru dia haru... hehe!

Read more...

Selasa, 2 Mac 2010

Sukaneka Keluarga kita kita ajer

Satu Sukaneka pekerja AFSB PSA3 Jerantut telah berlangsung dengan jayanya pada 28hb Februari 2010 ( Ahad ) di Lata Meraung Lembah Kiol..kawasan reakriasi yang terdapat didaerah Jerantut ini..Sambutan dari pekerja amat mengalakan..

Banyak juga acara acara Sukaneka ini dipertandingkan :

1. Lari bawa Lilin ( Suami Isteri )
2. Cucuk benang dalam lubang jarum ( Wanita )
3. Kupas buah epal ( Wanita )
4. Bawa bola pingpong dalam sudu ( Kanak kanak )
5. Semakin jauh semakin sayang ( Suami Isteri )
6. Sepak raga bulat ( Lelaki )
7. Tiup belon sampai pecah ( Kanak kanak )
8. Isi air dalam botol ( Kanak kanak )
9. Boling kelapa ( Lelaki dan wanita )
10. Rebut gula gula ( Kawan nak masuk acara ini tapi penganjur tidak membenarkan )

Sambutan dari keluarga semua mengalakan sangat..


Ini adalah acara mengupas buah epal ( kawan cuma dapat makan buah epal tersebut )

Meniup belon sampai pecah acara untuk kanak kanak ..orang dewasa tidak dibenarkan bimbang kehabisan nafas ( semput )

Ini penunggu botol untuk acara Boling Kelapa..punya lah payah nak menumbangkan botol tersebut..
.
Sepak raga bulat..ada yang kaki bangku kaki kerusi semua dibenarkan menyertai..

Semakin jauh semakin sayang..membaling belon berisi air kepada suami dan sebaliknya..selagi jauh jarak tanpa memecahkan belon tersebut maka dianggap juara..

Yang ni acara Kelapa beracun ( kelapa maut )
.
Penyampaian hadiah

Menerima hadiah hamper cabutan bertuah
.
Acara terakhir makan makan..
.
Akhir kata dari pihak Jawatan kuaSa..setelah berjaya menjayakan sukaneka kali ini maka pada tahun hadapan bercadang untuk berSukaneka diluar daerah Jerantut pula..
.
Terdapat beberapa cadangan tempat yang disuarakan oleh beberapa pekerja :
.
1. Pantai Balok Kuantan
2. KLCC
3. Lembah Pangsun Hulu Langat
4. Langkawi
5. Batam Indonesia
.
*** Kawan memang nak sangat ke Batam Indonesia tapi untuk kaum lelaki sahaja..he he he!

Read more...

Sabtu, 27 Februari 2010

Buah ini berbuah sudah tidak mengikut muSim

Sekarang musim buah durian..rasa macam baru lagi habis semusim..dah berbuah semula..buah durian ini ikut suka dia jer nak berbuah tiada mengira musim..sedar sedar Mak Mertua suruh balik amik buah durian kat dusun..tepi rumah beliau sahaja.

Sempat juga pada petang semalam kawan sekeluarga balik kampung bersempena Cuti Am Maulidur Rasul.. Kebetulan pada petang semalam angin bertiup kencang juga..

Ini durian Kampung semai biji..punya lah best rasa dia..18 biji seorang makan pun tak cukup


Ini pokok durian tinggi melangut..kawan tak sempat menebas sebab abang ipar yang sudah menebas dahulu untuk menerangkan dikawasan bawah pokok bagi menyenangkan operasi kutipan buah dijalankan.. ( he he selamat kawan )

Ini Sharifah Aina cucu kepada Tuan punya dusun sempat lagi berposing bersama buah durian yang comel secomel beliau..

*** Jadi bila musim durian tiba selalu selalulah kita balik Kampung untuk menjenguk ibu bapa kita serta ibu bapa mertua kita jika beliau mempunyai dusun..yang tiada mempunyai dusun kita kena lah membeli buah durian untuk beliau ( Tak kan tiba musim durian sahaja kita pandai balik Kampung ..heh! )


Read more...

Khamis, 25 Februari 2010

Halimah Jonggang

Sejak dua menjak kebelakangan ini dalam surat surat khabor ada banyak menyatakan tentang sebuah drama terbitan sebuah televisyen kabel berbayar iaitu Halimah Jonggang menyentuh sensitifviti kaum wanita yang bernama Halimah..

*** Kenapa pula Halimah yang Jonggang ? Kenapa tidak Nurul Azimah..Nurul Amirah..Zakiah..Rodziah..Anis Syafrina..Ryna..Ramlah..Norishdiwana.. maupun Finaz yang jonggang..

~ He he he!~

Read more...

Rabu, 24 Februari 2010

Sembang yang pernah kita dengar

Sembang 1

'' Lauk apa kenduri arwah ket rumah Mak Long Bibah malam ni '' kata Pok Teh Seleman kepada Acu senah

'' Lauk daging Kambing ''..jawab Acu senah ringkas

'' Pok Teh ni tak boleh makan lauk daging Kambing..mboh pening kepala''...kata Pok Teh Seleman..


Sembang 2

'' Kereta buatan Malaysia keluaran baru te cantik yek..nampak padat jer '' kata en Topik kepada Mohammad Zaki

'' A'ah memang.. tapi model baru ini semua mengunakan gear auto.. '' jawab Mohammad Zaki

'' Haaa..ni lah yang lemah nya..rasa memang kurang laris jika kereta Malaysia model baru ini tidak dikeluarkan model yang mengunakan gear manual...sebab kereta bergear auto ni banyak punyai masalah..minyak kuat..jika gear box meragam kos tinggi..upah servis gear pula mahal..nak memotong kenderaan lain tak power..bla bla bla bla bla dan bla...'' kata en Topik lagi..

*** Ini lah kan diantara beberapa petikan sembang yang selalu didengar..nak buat guana yak?..

Read more...

Selasa, 23 Februari 2010

Bimbang penguasaan wanita

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, trend masa ini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Contohnya kata beliau, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik diisi oleh wanita.. ( selanjut klik disini )

*** Dalam institusi kekeluargaan / kerumahtanggaan pun wanita sudah lama boleh membuat keputusan walaupun berjawatan sebagai surirumah..

Sebagai Contoh..

1. Setiap kali menjelang Hari Raya
2. Setiap kali ada jualan murah
3. Setiap kali suami dapat gaji
4. Setiap kali pergi melancong
5. Setiap kali menerima menantu

** Jangan pula kawan dibaling antan lesung batu apabila membaca contoh contoh diatas.. heh!

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP