GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 16 September 2009

Penghujung Ramadan ( Gaji belum keluar )

Raban betul lah kompeni tempat kawan kerja ni..sampai petang hari ni gaji tak keluar keluar lagi?..Ini yang kawan rasa pelik..Jabatan Gomen dah dapat..Orang orang pencen pun dulu lagi dah dapat..Nak kata kompeni tempat kawan kerja ni tenat tidak pula..Syarikat besor untung berjuta juta juta..

Kadangkala rasa perit juga kerja makan gaji ni..tapi dah tak ada hala lain dah..ikut hati mau nya kawan buka sebuah ladang tebu ternak ikan keli ke tak pun bisnes nisan kabong..mana tau dapat untung besar..

Terbuku juga rasa dihati bila situasi jadi begini..bak kata sebuah lagu Indon..? '' Aku orang kecil engkau orang besar ''..Kau ibarat gajah aku semut merah ''..

Apa jua pun kawan sebagai rakyat malaysia rasa berbangga juga dengan kerajaan kita sekarang ni..dalam pada situasi yang kestabilannya tidak mencapai kehendak piawaian..kerajaan masih mampu nak racing.. 1 Malaysia Formula 1..Tahniah Kerajaan.. Semua ditaja oleh Syarikat Swasta yang besor besor yang untungnya berjuta juta..

Bangga nya kawan..biar pun dalam hati rasa nak menangis...

Read more...

Selasa, 15 September 2009

Penghujung Ramadan ( episod mengemas rumah )

Sedang kawan menolong akak mengemas rumah..sapu sawang yang dah berkapang atas siling dan cherok dapur..angkat almari dan peti televisyen..ubah sana sini..cabut langsir lama pasang kembali langsir yang lama juga..( langkah penjimatan kos )..

Kawan belek belek juga benda dalam almari..laa rupanya kawan ada juga koleksi barangan antik..adalah juga barang tersebut berusia ratusan tahun..pinggan dan sempua rasanya..

Pinggan lama ni kawan jumpa dibawah rumah lama aboh kawan..sempua pula diberi oleh seorang Cina semasa kawan kerja dibandar Mentakab dulu..Cina tu kata '' sikalang wa tala guna dah ini barang..wa guna kakilator ''..

Gobek hadiah dari Mak Mertua

Botol oren F&N tu kawan nak jual sebotol ( siapa nak beli boleh buat koleksi hubungi kawan harga boleh runding )

Punya lah letih kawan lepas nolong akak ngangkat almari sana sini..adjust kiri depan belakang..sempat juga kawan bagitau akak '' Guana dapor kita ni kita alih kat sebelah televisyen boleh dak?..''

Read more...

Isnin, 14 September 2009

Penghujung Ramadan ( episod buluh runcing )

Bermula hari ini kawan tengok persiapan segala keperluan untuk menyambut hari raya telah rancak dilakukan..

Tadi kawan lalu dekat pekan sehari Kuala Krau dah ada peniaga peniaga yang menjual daun palas dan pucuk daun kelapa untuk dibuat sarung ketupat..Rasa ori dari daun daun tersebut membuatkan aura ketupat bertambah sedap lagi..

Tak kurang juga peniaga yang menjual buluh buluh lemang bagi orang orang yang gemar membuat lemang..

Melencong juga pemikiran kawan berkenaan buluh ni..

Jika negara sana nun ada banyak buluh..negara kita pun tak kurang juga dengan buluh buluh..ada buluh betong,buluh lemang,buluh telor dan buluh bedil..

Jika orang orang sana nun suka meruncingkan buluh..kita pun boleh juga meruncingkan buluh..Tapi kawan lagi tertarik dengan buluh bedil..kita tengok mana hebat runcing atau pun bedil...

'' Lor dah jauh kawan melalut rupanya..'' '' Tahun ni saya nak tengok abang buat lemang tanpa mengharapkan pertolongan dari aboh tau ''..kata isteri kawan..

Kawan sengih jer..kerana selama ini tiap tiap tahun raya mesti aboh kawan yang buat lemang..

Read more...

Ahad, 13 September 2009

Penghujung Ramadan ( episod pagi ahad yang cemerlang )

'' Bang! bangun sahur ''..teriak isteri kawan..

'' Aok makan lah dulu..abang tak boleh celik mata lagi ni.. karang abang makan lah''.. jawab kawan..

'' Lor..karang tak dan..'' balas isteri kawan..

Selepas tu sunyi jer.. sedar sedar jer.. kawan terus bubuh nasi..makan..

'' Lorr abang sahur kebender nye ni bang..dah pukul 06.35 pagi ''..teriak isteri kawan

'' Yang yang yok dah ni bang..tadi orang gerak tak nak bangun ''..tambah isteri kawan lagi..

Hanyut sehari kawan..kawan dapat rasa rupa nya jika tidak berpuasa letihnya mengalahkan orang yang berpuasa..

Read more...

Sabtu, 12 September 2009

Anak Semantan

'' Kapok aok mana?..'' Kwn ander kat bandor ni '' Ok Kapok koi nok jumper aok ni ''..Okey aok tunggu kawan kat Arked Mara yak ''..

Gitulah petang semalam kawan jumpa rodong lama kawan..kawan ingat sapa lah..rupa rupanya Pyan Anak Semantan salah seorang penyanyi loghat daerah negeri Pahang..

Lagu top 'Mak Wea koi Nine'..Meling meling'..dan banyak lagi..Kawan ingat mender lah halnye..
Rupanya nak bagi kawan kad jemputan kawen..Kawen juge aok akhirnya Pyan..

Pyan Anak Semantan

Lagu raya daripada kumpulan Anak Semantan boleh didapati sekarang

Dekat Pyan nak balik dia hulur kawan 2 VCD Koleksi Anak Semantan..kawan pun apalagi tak nolak lah.. '' Aok dengor lagu koi dan geng koi ni Kapok..besh..''kata Pyan mengakhiri perbualan..
Kawan senyum sampai ketelinga..untung juga ada kawan Artis ni..dapat VCD promote ..free.. he he.. ( Kawan ngucapkan Semoga Pyan dan geng nya Anak semantan berjaya dalam memertabatkan koleksi lagu lagu loghat daerah negeri Pahang )

Read more...

Jumaat, 11 September 2009

Penghujung Ramadan ( episod penat )

( Daripada buat hal tak tentu arah lebih baik gua lepak )


Bila tiba dipenghujung Ramadan makin banyak dan makin tebal segala godaan..Terserlah dimuka suci tiap insan bagi yang mengerjakan ibadah puasa dengan ikhlas..Jika sebaliknya terasa kesangsian hati..bilakah akan bermula permulaan puasa lagi..

Kepenatan atau keletihan ketika mengerjakan ibadah puasa hanya lah mainan nafsu..mengawal nafsu adalah bukan satu kerja yang mudah..

Read more...

Khamis, 10 September 2009

Kisah dipertengahan Ramadan ( episod kuih batang buruk )

Begitu cepatnya menular berita kematian Pak Abu yang meninggal dunia selepas waktu sahur..

Semua sahabat handal kaum keluarga mula berkumpul datang melawat ( menziarahi ) bagi menguruskan pengkebumian Pak Abu..

Macam biasa orang kita mula berkata..

'' Malam tadi elok ngat dia semayang terawih sebelah koi..pagi ni dah tak ade yak''..

" Tu lah orang baik macam Pak Abu ni cepat benor pergi nye '' ..

'' Lor heh..aok tau mende puncanya Pak Abu meninggal?..dengor citenya dia tak ada sebarang penyakit dak?..

'' Lor aok tak tau ke weh?..Pak Abu meninggal akibat tersedak kuih batang buruk masa sahur pagi tadi ''..

'' Hmm..betapa senangnya Pak Abu meninggal..hanya tersedak kuih batang buruk saja ''..

Cuba kita ambil iktibar dari cerita ini..

Read more...

Rabu, 9 September 2009

Kisah dipertengahan Ramadan ( episod skodeng )

Sejak 1 Ramadan hingga 7 Ramadan tiap tiap petang Iza memberikan juadah berbuka puasa untuk 4 orang bujang sebelah rumahnya..

Patuh dengan arahan ibunya Iza yang berumur 14 tahun menurut perintah..

'' Assalamualaikum Abg Man..ni Mak ada hantar kuih keria buat berbuka nanti''..teriak Iza..

Tapi petang itu Iza ragu ragu tentang budak budak bujang kerana tiap tiap petang selepas menghantar juadah berbuka..terdengar lah bunyi cawan,piring berlaga serta ketawa terkekeh kekeh..

Iza sempat mengintai diantara celah tingkap..

'' Lor tak dan berbuka kuih yang kome hantar..ni mesti kena bagitau mak ni '' kata Iza dalam hati..

Selepas kejadian itu sampai lah ke Ramadan tahun berikutnya maka tiada lagi juadah berbuka dari Ibu Iza untuk budak budak bujang tersebut..

*** Iza kini telah berkahwin dan bekerja di sektor awam di Bera Pahang..
*** Abang Man juga telah berkahwin dan bekerja di Sektor swasta di Jerantut Pahang
*** Manakala ketiga lagi rakan rajan bujang Abang Man telah berjaya dan bekerja ada yang jadi polis dan ada yang berniaga sendiri..hanya seorang sahaja rakan Abang Man yang sedang menjalani rawatan sakit mental..tak sempat insaf gamoknya..

Read more...

Selasa, 8 September 2009

Kisah dipertengahan Ramadan ( episod semanis gula )

Ketika kawan melewati sebuah pasaraya dibandar J.. Kawan dipanggil oleh seorang gadis kaunter ( cashier ) yang comel loteh..lawo manis..putih senyum melirik..

'' Pakcik2 dulu kata nak beli gula..ada banyak kat kaunter saya ni..meh la..'' kata gadis kaunter itu..

Memang kawan ada berjanji dengan dia dulu semasa krisis gula berlaku agar beritau kawan kalau gula dah ada sampai..sebab kawasan rondaan kerja kawan meliputi juga pasaraya itu..

'' Tak per lah dik..Pak cik dah beli kat kampung semalam..'' jawab kawan..

Kat kampung kawan pun dah banyak gula dijual oleh pekedai runcit disana..tanda krisis gula dah berakhir agaknya..

'' Ala..Pakcik dulu dah janji? ''.. balas gadis kaunter lagi..

Nak tak nak kawan beli juga 2 kilo..kerana kelembut suara serta kemanisan wajah gadis kaunter itu..

Balik kerumah kawan pun cerita kepada isteri kawan apa yang berlaku..ada lah juga puji puji anak gadis yang manis itu.. apa lagi isteri kawan pun kata..

'' A'ah lah aok Pak nye..mula mula dipanggil nya aok Pakcik..Pes tu esok lusa dipanggil nya aok ter abang..pes tu pulok mesej2..pes tu macam macam boleh jadi..orang sekarang ni bukannya boleh percaya ngat ''..kata isteri kawan tadi..

'' Lor?..ngapa lah kawan ni tetiba boleh gatei mulut ni ''..kata kawan dalam hati..

Read more...

Isnin, 7 September 2009

Kisah dipertengahan Ramadan ( episod ' port ' )

Terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh pengunjung pengunjung wakaf diatas..
1. Menyalah gunakan wakaf tempat istirehat..
2. Membuang sampah merata rata..( tidak mengunakan tong sampah )
3. Mencemarkan alam sekitar..
4. Memeningkan kepala pihak berkuasa tempatan..
5. Tidak menghormati bulan Ramadan bulan yang mulia..

Read more...

Ahad, 6 September 2009

3 panggilan pelik

Baru baru ni kawan dapat panggilan talipon yang pelik..

Panggilan 1 ( 03hb ogos 2009 )

'' Encik telah memenagi pakej percutian di resort kami... ( resort ternama di Kuantan Pahang )..Penginapan di sediakan untuk encik dan isteri selama 2 hari 2 malam..jika encik setuju sila hubungi kami semula.....''

Panggilan 2 ( 05hb ogos 2009 )

" Encik telah ditawarkan untuk menyertai kursus ternakan ikan keli..ramai yang jadi jutawan ikan keli sekarang ni encik..jika encik berminat boleh mendaftar terus dengan pihak kami..sila hubungi kami dengan nombor ini.....''

Panggilan 3 ( 01hb Sept 2009 )

'' Encik aaa..sikalang hali laya mau dekat oo..encik mau wang guna laya ka?..moley jumpa kami dalam kami punya syalikat..mau belapa 5k - 100k pun moley arr encik..hali laya mau manyak pakai wang aar encik...kontek syalikat kami aaar encik...moley aarr ...''

Read more...

Sabtu, 5 September 2009

Kisah dipertengahan Ramadan ( episod karangan terbaik )

Kawan dapat dari email cerita ini dari kawan kawan.. kisah sedih ini..patut lah kerjaya perguruan begitu mencabar..mungkin dah ada yang membaca kisah ini dimana mana..tapi bagi kawan patut juga disiarkan walaupun untuk diulang tayang..kepada guru guru yang telah menjadi rodong kawan dan yang belum menjadi rodong kawan harap bertenang bila menghayati cerita ini terutama guru Bahasa Malaysia..

Karangan Terbaik UPSR 2008

Pagi itu pagi minggu.. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.
Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.

Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak
saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu..

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu.. Dia meminta maaf dari emak saya.. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris .

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.

Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

------------ --------- --------

TOLONGGGG... ..LA AJAR ANAK2 KORANG MACAMANA NAK BUAT KARANGAN TERBAIK MACAM NI... AKU PUN MACAM NAK MATI BACA KARANGAN NI..... ( ini mungkin luahan daripada guru yang memeriksa kertas ujian tersebut )

Read more...

Jumaat, 4 September 2009

Menjawab Tag

Lor..kawan pun kena juga Tag gini..belum pun kawan sempat menjawab tag dari Cikgu Saliza dah kena pula dari en Echam webMaster untuk Cikgu Saliza kawan minta maaf dulu..sebab kawan kena jawab yang Echam punya dulu..kala tak nahas kawan..

1. Sila ambil gambar beg yang anda bawa pergi kerja...

Ni lah dia beg kegemaran kawan beg ni dah berusia lebih 11 tahun tapi masih setia dengan kawan..kiranya nyerasi lah dengan kawan..


2. Kemudian, sila ceritakan sedikit apa yang terkandung dalam beg kerja anda. Sila sertakan gambar sekali kemudian terangkan secara detail isi beg anda..

Haa...ni lah segala barangan yang ada dalam beg kawan ni..barang barang biasa jer..



3. Nyatakan sebab2 anda suka beg kerja anda itu..

Beg ni senang di usung kesana sini..selipang jer..

4. Sila nyatakan kenangan manis atau apa2 yang istimewanya beg itu pada anda..

Pernah kawan selipang beg ini ke Wisma DRB utuk kerja kursus kat sana..dan juga beg ini jadi penyelamat kawan daripada isteri kawan bagi menyimpan dokumen dokumen dan juga surat surat cinta kawan..he he..

5. Sila tag 10 yang lain.. ( Tunggu di episod yang akan datang kawan akan Tag juga kepada rodong rodong kawan..dah dekat time berbuka ni )..

Read more...

Khamis, 3 September 2009

Kisah dipertengahan Ramadan ( episod plastik bag )


Ini adalah sampah Domestik yang dibuang oleh para pengguna semua..yang menjadi kehairanan kawan sampah ini sering dijumpai dikawasan rumah orang bujang..terutama bila dalam bulan Ramadan sahaja..

Adakah orang bujang mengemari makanan ringan bila berbuka dan bersahur atau pun ada disebaliknya..

Read more...

Rabu, 2 September 2009

Kisah dipertengahan Ramadan ( episod mesej meraban )

Petang tadi kawan terima SMS daripada seorang kawan kawan..kawan kawan kata mesej ni dia terima daripada kawan dia juga..kawan dia juga terima mesej ini pun daripada kawan kepada kawan dia..

Nampak gayanya SMS ini sangat meraban bunyi nya..ni petikan SMS yang kawan terima tu..macam pernah terima juga dari tahun sudah..

Seiring Salam seharum Ganja..
Kasih sebening Vodka..
Dengan hati seputih syabu..
Walaupun dosa ada sekecil extacy..
Selamat hari raya maaf zahir batin..

Sakit..

Read more...

Selasa, 1 September 2009

Kisah dipertengahan Ramadan ( episod Moreh )

Nun dihujung sebuah Kampong tinggal lah seorang ibu tua bersama anaknya yang lurus bendul bernama Abu berumur 9 tahun setengah..

Ada pun si ibu tua tiada lah larat untuk menunaikan solat Terawih ( tak ro'ot ) ..Maka kepingin lah jua si ibu tua untuk merasa juadah Moreh di surau kampongnya itu..lantas menyuruh si Abu ke Surau untuk mengambil juadah Moreh.. ( Moreh adalah jamuan setelah selesai bersolat Terawih )

''Abu malu lah emok nak ngambilnye..orang nampak'' kata Abu

'' Lor Abu apa nak malu nya..Abu bubuh lah ( masuk ) dalam kocek baju Melayu Abu te ''...

'' Kala gitu baik lah emok yek '' jawab Abu..

Malam pertama Moreh menu adalah karipap..
Malam kedua Moreh menu buah Melaka ( Onde onde )
Malam ketiga Moreh menu bubur kacang....

Read more...

Isnin, 31 Ogos 2009

Kisah dipertengahan Ramadan ( episod kesesakan )


Cuba amati betul betul gambar diatas kurang kesibukan lantaran mungkin dalam bulan Ramadan..Kawan pun kurang pasti pukul berapa gambar ini dirakam..mungkinkah pada hari tersebut tiada hari hari yang khas..mungkin kah gambar ini dirakam pada hari isnin atau khamis..
Apa pun kawan tidak meninjau jalan belakang kerana didalam rondaan kawan lebih mengutamakan jalan hadapan dari jalan belakang..

Read more...

Ahad, 30 Ogos 2009

Salam Merdeka

Rata pusing pusing nak cari Jalur Gemilang yang ada gambar yang di Pertuan Agong akhirnya jumpa juga kat blog se orang kawan kawan ni..di sini kawan nak mengucapkan Selamat hari Kebangsaan yang ke52 kepada rodong rodong semua..
Jadi menafaatkan lah hari cuti ini dengan sebaik mungkin..kawan Merdeka pasal akak kat rumah balik kampong 3 hari.. Merdeka! Merdeka!Merdeka!,,

Read more...

Sabtu, 29 Ogos 2009

Kisah diawal Ramadan ( berkongsi hidup part 2 )

Sepasang warga emas ke restoran Kentoki untuk berbuka puasa . Mereka duduk disebuah bangku panjang berdua.., disamping seorang anak muda. Si datuk segera berdiri dan memesan makanan untuk berbuka.. satu hamburger, satu paket kentang goreng dan segelas minuman.

Setelah mendapat makanan datuk duduk di sebelah nenek, membahagi hamburger menjadi dua bahagian, menghitung kentang goreng dengan cermat dan membahagi adil dengan si nenek, kemudian mengambil dua 'straw' minuman, menaruh gelas minuman tepat ditengah meja..

Si anak muda memperhatikan tingkah sepasang warga emas itu dengan penuh minat.

Si datuk kemudian mulai memakan bahagiannya, sementara si nenek hanya memperhatikan. Si anak muda merasa kasihan, akhirnya merapati pasangan tersebut dan berkata: "Tok, boleh saya belikan makanan yang lain?"

Si datuk menjawab : "tak payah terima kasih.kami memang selalu berkongsi makanan yang sama" Sampai si datuk selesai makan, mengelap mulut dengan tisu, si nenek masih saja menunggu tanpa menyentuh makanan bahagiannya.

Si anak muda mendekat lagi, kali ini berkata : "Nek, boleh saya belikan makanan yang lain, mungkin nenek tidak suka yang ini ?"Si Nenek menjawab; " Tidak terimakasih.."

Terus si anak muda bertanya lagi, "Kalau begitu kenapa makanan nenek tidak dimakan, kan nenek dan datuk suka berkongsi?".. " Nenek sedang menunggu gigi palsu yang atuk pakai sekarang ni... .giliran nenek selepas datuk.….jawab Nenek..

Read more...

Jumaat, 28 Ogos 2009

Kisah diawal Ramadan ( episod penyeksaan )

Petang semalam kawan ke Bazar Ramadan..atas urusan kerja..terlalu banyak penyeksaan disitu..dapat juga kawan curi curi rakam gambar yang tentu tak sanggup perut melihatnya.. Detik sejarah penyeksaan sempat juga kawan rakam..ada yang dibakar hangus dan ada yang direbus dicincang sehingga kawan tak sanggup untuk merakam nya..

* Gambar ini dilindungi oleh pihak admin blog ..barang siapa yang ingin merakamkan semula secara copy paste mau pun melalui printer mesti lah mendapat kebenaran penerbit..kerana harga syiling telah mancapai paras 6.90RM sekilo mengikut kawasan *

Read more...

Khamis, 27 Ogos 2009

Kisah diawal Ramadan ( episod H1N1 )

To avoid SWINE FLU in work place..



Apa nak kata..

Read more...

Selasa, 25 Ogos 2009

Kisah diawal Ramadan ( episod puisi )

Ramadan datang lagi...
Antara bulan..bulan paling mulia..
Mengupas kesedaran umat...
Membuat insan menjadi cermat...

Dinihari dengan sahur yang penuh hikmat...
Pagi yang penuh semangat...
Tengahari yang menyengat...
Petang yang penuh berkat..
Serta senja yang penuh nikmat..

'' ALHAMDULLILAH ''...

Read more...

Ahad, 23 Ogos 2009

Kisah diawal Ramadan ( episod mari berpantun )

Enaknya rasa si ikan Jeruk..
Di campur cuka si Tuan Hamba..
Andai tak puasa makanlah menyorok..
Bila berbuka buat selamba..

he he he..

Read more...

Jumaat, 21 Ogos 2009

Kisah diawal Ramadan ( episod balik Kampong )

''Bang tahun ni beraya dirumoh mok dan ayoh kome lah pulok''..berkata si isteri..

''Arhh..tak buleh aok mesti ngikut abang balik kampong raya rumoh mok dan ayoh abang''..jawab si suami..

''Laa..tiap tiap tahun dah nalor beraya rumoh mok dan ayoh abang te..macam lah kome ni tak ader mok dan ayoh..Abang tak pernoh berlaku adil''..jawab si isteri sambil mula tersedu..

''Adil ke tak adil abang tak kira..kalu aok ndok beraya rumoh mok dan ayoh pergi ler bawa anok anok''..tegas si suami..

Okeh lah kalu abang dan bagi keputusan begitu..abang beraya lah rumoh mok dan ayoh abang sorang sorang''..kata si isteri..

''Lor..mok dengan ayoh ni buat mende nya nak bertekak pasal nak balik raya ni..bukan ke rumoh atok belah ayoh dan rumoh atok belah mok satu kampong dan sebelah menyebelah pulok tu''..sampuk si anak yang sekian dari tadi ikut mendengar pertikaian mok dan ayohnye..

Read more...

Rabu, 19 Ogos 2009

Cerita Sang Dubuk

Satu masa di zaman dulukala..Lokasi sebuah hutan belantara yang belum diterokai oleh mana mana pihak..

Satu pagi yang hening Sang Serigala mengajak Sang Dubuk pergi berburu..

'' Weeh Dubuk moh kite pergi berburu..stok kita pun dah tak seberapa''..ajak Sang Serigala..

'' Koi malas lah Serigala''..jwb Sang Dubuk..

'' Lor malas amendanye Dubuk..kita berburu bukan kene permit pun..hutan ini kita yang punya''..tegas Sang Serigala..

'' Koi nak tunggu je hasil buruan Maharaja Rimba..nak kebas jer..apa susah''kata Sang Dubuk..

''Aok ni Dubuk harap taring je panjang..semua nak harapkan orang punya..ingat Maharaja Rimba tu nak ke bagi subsidi kat aok?''..Sang serigala berkata lagi..

'' Koi peduli apa..kalau dapatlah bukan hasil buruan je yang koi nak kebas..jawatan dia pun koi nak rampas''..kata Sang Dubuk..

'' Amboih aok ni Dubuk bukan main lagi..Lagi seperkara aok ni Dubuk cakap jer besor tapi habuk pun takder..Suka pulok nyalahkan orang lain..Bila orang tegur sikit mulalah melenting..buat heboh sana sini..gembar sana gembur sini hasilnya tarak..malas lah koi layan aok''..kata Sang Serigala yang mula meninggi suara.

Sang Dubuk diam tak berkata apa sambil memandang Sang Serigala berlalu pergi..

Selepas kejadian itu tiada perkhabaran berita dari Sang Dubuk untuk Sang Serigala..cuma Sang Serigala ada mendengar khabar khabar angin menyatakan Sang Dubuk telah hampir berjaya menakluk sebahagian daripada hutan belantara itu daripada Maharaja Rimba dan juga Sang Dubuk telah mula rajin keluar berburu..

Read more...

Isnin, 17 Ogos 2009

Bonus 22hb ini


Read more...

Ahad, 16 Ogos 2009

Cahaya mata part 2


Anugerah pertama dari yang pertama..bercita cita tinggi ingin menjadi pengusaha balak yang berjaya dan ingin memiliki sebuah kilang perabut kayu getah..

Read more...

Jumaat, 14 Ogos 2009

Bila isteri tak Cantik lagi

Semalam kawan terima e mail sahabat kawan nama Remy Ganas..dia pun ntah dapat kat mana e mail ni..Jadi kawan ngajak kongsilah sama sama yer..samada yang pernah membaca atau pun yang belum...sebak juga rasa kawan..

Untuk renungan dan perhatian isteri isteri dan bakal isteri… Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung renung kan lah.

Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.
Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.
Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa sahaja kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja tiada rangsangan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik..

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik separti teman wanitanya yang boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk
berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .

Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak seperti ini, fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorang isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sebagai tanggung jawab untuk anda memperbaikinya. …

InsyaAllah. ……

Read more...

Khamis, 13 Ogos 2009

Doa


Read more...

Selasa, 11 Ogos 2009

Tarikh

Apa akan jadi yak..buat nya kita semua ( manusia di muka bumi ini ) tau tarikh ajal ( maut ) kita masing masing..

Read more...

Sabtu, 8 Ogos 2009

Persamaan Hak ( Tuntutan Hak )

Kisah seorang isteri yang mahukan persamaan hak diatas segala harta benda pencarian bersama mahu pun harta si suami..

Satu pagi…

‘'Ayang tolong ambilkan kunci kereta abang kat atas meja tamu tu.”. arah si suami

‘'Apalah abang ni lain kali cakap lah kunci kereta kita..sama juga dengan rumah ni…rumah kita..anak anak kita dan macam macam lagi lah hak kita..'' jawab si isteri..

Keesokan harinya..

Sedang si suami menyelongkar almari lalu di keluarkan segala pakaian..

‘'Apa yang abang cari sampai berselerak satu almari ni bang’’ tegur si isteri..

‘'Abang cari seluar dalam kita..tak tau hala letak nya..jawab si suami..

................................................................

Read more...

Jumaat, 7 Ogos 2009

Cahaya Mata


Ini anugerah yang keempat dari yang pertama..

Read more...

Rabu, 5 Ogos 2009

Lawak 18sx ( Mesin Taip )

Al-Kisah berlaku pada sepasang suami isteri yang tinggal di satu kawasan perumahan. Si Suami yang bekerja tidak tentu masa sebagai seorang pemandu lori jarang sekali dapat bertemu dan bermesra dengan isterinya.

Manakala isterinya yang tidak bekerja itu setiap hari banyak menghabiskan masa bersembang dengan jiran-jiran perempuan yang sama-sama tidak ada kerja.

Apa yang istimewanya pada pasangan ini ialah mereka membuat satu kod rahsia sekiranya mereka hendak melakukan hubungan suami isteri. Kod yang digunakan ialah "mesin taip" Apabila Si Suami berkehendakkan pada isterinya, maka dia akan memberi tahu kod rahsia itu kepada isterinya.

Ceritanya berlaku pada satu petang yang damai bila mana Si Suami yang baru pulang dari bekerja tiba-tiba mendapat panggilan telefon dari majikannya. Dia perlu segera menghantar satu barang penting walhal pada masa itu, dia benar-benar mahu bermesra dengan isterinya.

Si suami melihat jam ditangan."Hai, setengah jam! Sempat lagi ni ...."bisik hatinya.

Si Suami pun segera mencari isterinya di rumah. Tapi malangnya Si Isteri sedang asyik berbual dengan jiran-jiran di rumah sebelah. Si suami pun menyuruh anaknya yang berumur 8 tahun memanggil isterinya dengan satu pesanan. Anaknya pun segera pergi mendapatkan emaknya dan terus menyampaikan pesanan dari ayahnya itu.

"Emak, Abah kata dia hendak mesin taip!" Kata Si Kecil itu petah.

"Nak mesin taip??? Nantilah cakap sama Abah nanti Mak balik bagi mesin taip tu yaa!!" Sahut Si Isteri pada anaknya yang sudah mengerti hajat suaminya itu.

Tiga empat orang jirannya yang sama-sama bersembang itu berpandangansesama sendiri kehairanan.

"Eh..., sejak bila pulak suami awak jadi penulis. ? tanya salah seorang darinya.

"Ler...orang sekarang ni dah guna komputer, mana main mesin taip lagi..." sampuk seorang lagi.

Si Isteri itu hanya tersengih-sengih malu."Dahlah...kita sambung cerita kita sikit lagi...." balas Si Isteri mengalihkan cerita.

Si Isteri rupanya masih belum puas lagi bersembang dengan rakan-rakan jirannya itu. Kebetulan masa itu mereka sedang asyik berbual satu tajuk yang panas. Si Isteri mahu menghabiskan dahulu tajuk panas yang sedang mereka bincangkan itu sebelum pulang memberikan apa yang dihajati oleh Si Suami.

Hampir 20 minit baru si isteri itu pulang ke rumah dan cepat-cepat menghampiri suaminya yang nampak sudah bersiap-siap untuk pergi memandu.

"Laa kata nak mesin taip....???"

''Mesin taip apa lambat sangat..., aku dah Tulis Dengan Tangan!!!"Beritahu Si Suami dengan muka yang masam kelat meninggalkan Si Isteri yang tercengang-cengang.

** Lawak jenaka 18sx ini hanya hiburan sekadar berkongsi pemikiran..jangan anggap ia terlalu negatif..sebab kita semua dapat menerima dengan hati terbuka..di maksud kan lawak ini bukan isu kelucahah yang melampau**..


Read more...

Selasa, 4 Ogos 2009

Kelab Poligami

Sungai Petani 02 Ogos 2009 .. Sebuah kelab poligami ditubuhkan semalam bagi menghimpunkan isteri isteri yang merelakan dirinya dimadu selain memberi khidmat nasihat kepada orang yang ingin memahami amalan itu.. ( Sumber dari akhbar ternama di Malaysia )

He he he...kawan nak join kelab ini..

Read more...

Isnin, 3 Ogos 2009

Demonstrasi

Masih panas lagi isu demonstrasi di Bandaraya Kuala Lumpur..ada pihak yang menyokong untuk diteruskan ada pula pihak yang menentang..

Kawan pun diwaktu yang sama turut sama berdemontrasi..Kena buat juga untuk cari makan..Demontrasi memperkenalkan cuka getah kapor yang cepat membeku untuk getah sekerap didalam cawan..Cuka getah jenis ini adalah prodak baru dipasaran untuk peningkatan pembekuan dan menjadikan getah sekerap lebih anjal..memandangkan harga getah pun boleh tahan sekarang ini..

Moga penoreh penoreh getah dapat meningkatkan produktiviti yang berkualiti..

Read more...

Jumaat, 31 Julai 2009

Kecoh dalam berbahasa Inggeris

Ada benda yang kawan rasa pelik dengan orang Melayu kita ni.. Cuba kita tinjau,ramai tak tau berbahasa Inggeris..sebab itu bahasa penjajah..ada yang kata tak perlu nak berlajar beriya iya..

Bagi kawan yang rasa peliknya..Anak orang putih kecil kecil lagi dah pandai berbahasa Inggeris..Ada jugak orang Melayu kita dah tua tua pun tak pandai lagi dan tak reti reti lagi bercakap dalam bahasa Inggeris..

* Ada yang nak kena lotor ni *

Read more...

Selasa, 28 Julai 2009

Motorsekel ( edisi terhad )

Mulai tahun hadapan en Amirul tak nak dah naik bas sekolah lagi..Dia bagi tau aboh dia suruh belikan dia motorsekel untuk berulang ke sekolah..Dia dah besor katanya..misai bulu pahat dah mula tumbuh.

Ada ka dia suruh aboh dia belikan motorsekel yang berkelas..tempat duduk tonggek hendal tinggi..bergaya..

Sedang aboh dia duk belek belek email lalu ternampak lah gambar motor sebijik..

' Ni ar en amirul aboh belikan kan motorsekel yang macam ni nok ke?' kata aboh en Amirul..



' Aboh koi ni kalu nak gurau biar lah kena gaya' kata en Amirul dalam hati..

Read more...

Isnin, 27 Julai 2009

Kenaikan harga Taugeh

Harap maklum bahawa harga taugeh selepas cuci akan dinaikan harga sebanyak 30 sen sekilo mulai 01hb ogos 2009.

Harga tersebut terpaksa dinaikan oleh kerana kos kos produksi dan bahan bahan mentah semakin meningkat .. ( Sumber ini dari ruang iklan dalam sebuah akhbar ternama di Malaysia menurut pengeluar pengeluar taugeh )

Arhhh..sudah taugeh dah nak naik harga..kawan gemor ngat makan taugeh ni..sedap ..nak pula bila makan popia taugeh..Taugeh juga sedap digorang sama bilis dan juga boleh dibuat sup taugeh ( makanan alternatif di tengah bulan jika berlaku kesesakan ) ..Kiranya taugeh ni kategori sayuran yang boleh tahan juga harga nya..tapi boleh dibeli dengan kiraan 30 sen 50 sen maupun 1 ringgit..mengikut kadar timbangan..

Hakikat nya harga taugeh akan dinaikan juga dan mungkin juga memberi kesan kepada harga popia taugeh..

Terbeban kah kita dengan kenaikan harga taugeh nanti?..Bagi kawan terbeban ke tidak pokok taugeh tetap dan pasti tidak boleh dipanjat..

* ihsan gambar dari blog ( Cheryna ) *

Read more...

Sabtu, 25 Julai 2009

Termengandung ( Isu serabut kepala )

Al kisah di pusat temuduga untuk jawatan pembantu Zoo negeri Pulau Pasir Durian Semangka.

Temuduga dihadiri oleh hampir 30 orang calun.Hanya seorang sahaja yang menjawab dengan tepat soalan yang diajukan oleh panel penemuduga.

Soalan nya.. Ada seorang pemburu telah menembak burung,kebetulan burung itu mengandung..Adakah anak dalam perut burung itu mati sama ditembak?..

Apakah jawapan anda….?

Read more...

Khamis, 23 Julai 2009

Sepagi bersama bahasa yang lorat

Satu ketika dahulu sekitar tahun 1976..Lokasi di Jalan Belengu Halt..

‘Apek berapa orang kita nak naik kereta ke Pekan Sehari ni?’ kata Mail Ponjot kepada Apek kereta sapu

‘Empat orang lah Mail..nanti ramai ramai jadi sardin’ jawab Apek..

‘Yerr lah Empat orang.. tapi sapa’? soal Mail Ponjot

'Lu Gua Mak Lu Bini Gua' kata Apek selamba

Dengan tangkas Mail Ponjot mencekak baju Apek dan berkata dengan marah nya..

‘Hoiii!!! Apek bila pulok Mok koi jadi bini aok’?!!..

‘Aiyaaaa’……jawab Apek

Read more...

Isnin, 20 Julai 2009

Getah sekerap

Getah sekerap juga di kenali sebagai getah lantun,getah buku,getah beku..lain negeri mungkin ada nama lain tentang getah ini..

Masa harga getah sekerap mencecah 5RM sekilogram dulu kawan selalu juga balik kampung sebelah petang buat part time menoreh ni..Tika itu penoreh penoreh amatur atau pun yang pro lambat lepa..kala hujan pagi toreh waktu petang..


Proses mengeluarkan Getah Sekerap dari mangkuk nya



Kawan pun amik kesempatan juga..lepas kerja jam 3 petang terus masuk kebun aboh kawan..aboh kawan tak larat nak ngabiskan 7 ekar sorang..Memang cukap loeded masa te..harga mahal minyak pun mahal ..enam tolak enam juga..



Tak kira lah bau getah sekerap ni menusuk ya amat..tapi kawan berkenan tak kisah dengan bau nya..Kira seronok jadi penoreh ni..ikut hati mau jadi penoreh sepenuh masa jer..pagi bangun lepas subuh noreh..tak payah dah nak mikir mikir dengan kerja yang penuh dengan stress nye..

* Tapi aboh kawan ada berpesan..buat lah kerja lain..batang getah tak kemana melainkan harga kayu getah tinggi melambung.. ( ehsan gambar dari en Amirul )

Read more...

Khamis, 16 Julai 2009

Night of the ScareCrow

Ada semalam te kawan layan cerita wayang seram tajuk Night of the ScareCrow di channel 412 ( max ) Stesen televisyen berbayar..Memang seram juga cerita ni..kisah sumpahan hantu kebun jagung..cerita lama seangkatan dengan filem filem seram seperti Warlock,Night of the Demon,friday13,live undead dan banyk lagi..

Musim ni terlalu banyak sangat dah cerita wayang seram maupun drama drama seram kat stesen televisyen berbayar dan tak berbayar..Tajuk nya pun buat kawan sengih..Jangan pandang belakang,e toyol.com,keliwon,anok kerak dan macam macam lagi..

Samada cerita gini masuk akal atau tidak semua diatas pekiraan penonton.Stesen televisyen cuma hendakkan rating tertinggi pada yang menonton.

Kala dulu cerita filem atau drama macam ni tak berapa boleh nak dimainkan di televisyen kerana melibatkan akidah..Tapi sekarang stesen televisyen berlumba lumba menayangkan filem dan drama demikian..

Ada sekali te anak kawan tanya kawan..
''Aboh naper orang tu perasap mangkuk?..dia buh apa dalam mangkuk tu?..magic ke aboh?..Anak kawan yang nama en Amirul tu lagi sedap tanya kawan..
''Aboh kita bela je TOYOL sekor senang dapat duit''....

Kawan sengih lagi..dalam hati en Amirul ni kang nak makan penampo..tapi malam te malam jumaat mak amirul duk jeling jeling jer kat kawan..

Read more...

Rabu, 15 Julai 2009

Beperahu mudik

Al kisah dua orang sahabat karib yang rabun ayam berasal dari Kampung Pisang..Takkala musim buah berangan keduanya berniaga buah berangan..begitu jua bila tiba musim buah durian beniaga durian lah adanya..

Satu hari kedua sahabat ini pergi meraih buah berangan di Kampung Seberang..bermudik perahulah keduanya sahabat tersebut selepas waktu senja..

Setelah lama mengayuh berkatalah sahabat pertama apabila mendengar ayam berkokok..

''Dah nak sampai kita yak'' kata sahabat pertama tadi..
''A'ah la..penat yak kita'' sahut sahabat dikemudi..

Ditebing sungai turun seorang Hamba Allah untuk mengambil wudu lantas berkata kepada kedua sahabat tersebut..

''Lor yak..knape aok berdua mengayuh perahu bertambat?''..

Maka kedengaran lah suara kedua dua sahabat itu dengan aneka tuduh menuduh dan jua mencari kesilapan masing masing kerana tali perahu tidak dilepaskan..

Read more...

Isnin, 13 Julai 2009

Air koloh tujuh masjid

Dengan tak semena mena malam tadi kawan terima panggilan dari aboh kawan..dia datang dari Jengka bersama kawan kawan nya..Ngajok kawan keluar malam makan ..kawan ingat amende hal yang nampok macam penting jer..

Rupa rupa nya dia suruh kawan cuti untuk mengambil air koloh tujuh masjid bagi tujuan perubatan..ah sudahhh..

Read more...

Khamis, 9 Julai 2009

Program 3r di Skb Jerantut

Pada 08hb June 2009 ( Rabu ) kawan dan kawan kawan sekerja kawan telah menghadiri program kita semula anjuran Syarikat tempat kawan bekerja di sebuah sekolah rendah dalam daerah kawan ni..Kawan membantu unit yang didatangkan khas dari HQ syarikat bagi membeli barangan kitar semula serta menerang kan program ini..
APA ITU KITAR SEMULA

Proses memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua bahan daripada sampah untuk di guna semula.
Kami ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia tentang kepentingan kitar semula dalam kehidupan kita. Mempelajari tentang kitar semula dan mempraktikkanya adalah dua perkara yang berbeza. Oleh itu, kami ingin menggesa seluruh rakyat Malaysia supaya mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian kerana masa depan terletak di tangan kita sendiri ... sila layari ( sini )

Cik NurulHajar dengan soalah kuiz

Cik Nurul Hajar Sedang bertungkus lumus menerangkan apa itu kitar semula kepada murid murid pada board pameran

Lakukan kitar semula jika tidak ibarat anda buang RM dalam tong sampah

En Kama yang kepenatan sedang dipapah oleh anggota bulan sabit merah SKBJ

Cik Nurul Hajar sempat lagi berposing dengan salah seorang murid SKBJ

Soalan kuiz sedang dibuka oleh pengacara sensasi

Unit beruniform sekolah tidak melepaskan peluang ini

Murid murid SKBJ bersama Ketua Murid tua sekolah tersebut..

En Shaari sedang memberi ucapan atau pun berkara oke..?

Ramai nya murid murid
Selepas tamat majlis kawan sempat juga menjual suratkhabar lama dan tin serta basikal buruk kepada unit en Kama ini..dapat juga sen..lepas untuk megetea pada keesokan harinya..

Read more...

Isnin, 6 Julai 2009

Bicara Rimau dan Kura

Di sebuah hutan maka berselisih lah seekor Harimau dan seekor Kura kura..

HARIMAU : - ‘’Kenapa pala aok te keluar masuk jer?”..
KURA KURA : - ‘’Koi malu sebab pala koi botok’’..
HARIMAU : - ‘’Kenapa pala aok te jadi botok’’?..
KURA KURA : - ‘’Pala koi jadi botok sebab koi sakit’’..
HARIMAU : - ‘’Lor?..kalu sakit naper aok tak mati ajer’’
KURA KURA : - ‘’Koi tak mati sebab adik kakok koi ramai ngubat’’..

KURA KURA : - ‘’Aok te pulok nyombong ngat naper?’’..
HARIMAU : - ‘’Mesti lah tu tanda koi berani’’..
KURA KURA : - ‘’Kalu berani naper aok jalan nyimpang bila selisih dengan koi?’’..
HARIMAU : - ‘’Koi nyimpang sebab selisih dengan aok te..sebab koi berakal’’..
KURA KURA : - ‘’Lor?..kalu aok berakal naper mulut aok busuk?’’..
HARIMAU : - ‘’Hishhhh…aok ni jangan cakap kuat ngat..koi mulut busuk sebab koi
makan bangkai’’..

Kura Kura tersengih dan Harimau berlalu pergi..
( Cerita ini di adaptasi daripada cerita dongeng haiwan haiwan dulukala ) ..Terima kaSih untuk aboh kawan..

Read more...

Nengok konsert Ria @ PahangFM di Sg Tekam Getah

Malam ahad 04hb June 2009..Kawan nengok konsert kat Sg Tekam Getah..Konsert Ria @ PahangFM sempena program ''Moh Lah WeHhh"..Dapat lah kawan jumpa dengan krew krew dan Juruhebah Radio PahangFM..Dapat juga nengok artis artis jemputan..kira seronok lah juga..

Akak dan Sh0ows

En Hud`s

Sh0ows dan kak Wan Azizah

Jebat dan Cemara`sepi

Kawan di sponsor penuh untuk ke sg Tekam Getah ni oleh en Karim bin Jasmy ( wartawan BERNAMA ) ..Minum2, makan2 dan minyak..sempat juga orang rumoh kawan bisik kat telinga kawan.."Aok ni yak kalu nak g nengok konsert bukan main berambatnya..kala nak dengor Ceramah Ugama bukan main liatnya.. ( Adeh..adeh.. pedih2 )

Read more...

Jumaat, 3 Julai 2009

Tali pinggang kawan putus

Entoh guane diam nya tiba tiba tali pinggang kawan putus..Kawan kena juga gunakan tali pinggang kawan yang telah terputus itu..sebab nya kala kawan tak pakai tali pinggang seluar yang kawan pakai akan terlondeh..

Sebagai alternatif kawan suruh anok kawan en Amirul modifaid tali pinggang kawan yang telah putus..Dia bijak dengan kerja kerja membaiki ni..bahan bahan yang diperlukan adalah paku dan skrew serta nat..Usaha nak mencari ganti tali pinggang baru untuk kawan bukan nya senang..Jadi untuk sementara kawan gunakan juga tali pinggang hasil daripada baik pulih oleh anak kawan ni..

Memang bijok anak kawan ni..dia dapat menyambungkan semula tali pinggang kawan..dengan hanya mengunakan skrew dan nat..Dapat lah kawan gunakan lagi sehingga sekarang..

Paleh kawan ni yak..

Read more...

Isnin, 29 Jun 2009

Bohong dihulu bohong juga dihilir

Takkala Si Buntat yang pintar tinggal keseorangan dirumah kerana ayah dan ibu nya pergi kemajlis kenduri kawin.. Si Buntat di datangi oleh seorang penjual kain yang memang terkenal dengan auta nya..Di tanya sama ada Si Buntat ingin membeli kain.. maka si Buntat menjawab kepada penjual kain tersebut..

'' Kain apa yang en jual ni ?''.. '' Macam macam jenis kain ada jawab si penjual kain ''.. Ada yang istimewa pasti adik akan membeli nya..kain nya memang besar sebesar antara bumi dan langit jika dihamparkan'' kata si penjual kain..

Maka dengan selamba Si Buntat menjawab.. ''Ingin juga saya membeli nya kain yang encik sebut kan tadi..boleh juga di buat penampal seluar saya yang koyak ini '' sambil Si Buntat menonggeng menunjukan seluar nya yang terkoyak dicelah kangkang..

Dan si penjual kain terus berlalu pergi..

Moral of da story : - Jika kita fikir kita dah terlalu bijak maka ada lagi yang bijak daripada kita..

Read more...

Isnin, 22 Jun 2009

Aku main Futsal

21hb June 2009 telah berlaku satu peristiwa diluar jangkaan..kwn telah bermain FutSal..Posisi kwn sebagai goal keeper..Meski pun pasukan kwn telah kalah cuma mendapat 2 mata sahaja..namun kwn berpuas hati ngat..sebab dah 20 tahun kwn tak bermain bola..hanya bola lisut sahaja yang kerap kwn main..disiar kan juga diantara aksi aksi sepanjang kejohanan FutSal tertutup AFSB daerah Jerantut 2009..
Boss kawan en Azmi sedang memberi ucapan bersama en Ezam dan en Shaari..
Pemain pemain sedang tekun mendengar ucapan boss kawan
Perasmian dan Sepak mula boss kawan dengan en saidon sebagai goal keeper.. bola melepasi
gawang..

Sedang beraksi perlawanan antara pasukan en Hamdan dan en Azrul

Mangsa kecederaan semasa perlawanan
Rupa nya boss kawan yang cedera..siapa pula yang pangkoh dia?..nanti kawan siasat..ishk..

Urus setia rehat jer..Pn Rodziah dan anak nya..

Majlis dimeriahkan lagi oleh pasangan Pengantin Baru..en Halimi dan en Suhaizu ( Jenglot ) bersama isteri masing masing..

Antara keluarga yang hadir ..di mulakan dengan keluarga en Yahya..

Keluarga en Rozali..

Keluarga en Rosli..siap bawak buai lagi..dan banyak lagi gambar keluarga keluarga yang tak dan kawan nak rakam..oleh kerana kawan sibuk bermain..

Antara pemain pemain yang menjual koyok sewaktu rehat perlawanan

Pasukan yang perasan ingat dia lah Juara

Ada pula cabutan bertuah..en Nadarajan dan anak nya menerima hadiah bertuah disampaikan oleh en Azwan... SATU MALAYSIA

Penyampaian hadiah kepada pemenang..

En.Rafizi sedang menyampaikan Cenderahati kepada en Azmi

Juara futsal tertutup AFSB Jerantut 2009..Kumpulan en Azrul.. ( Blackburn Rovers )

En Azrul pemain terbaik kejohanan bersama Trofi nya

Sekarang kawan merengsa sakit lutut dan kaki..cemas cemas lagi dah tak amik MC..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP