GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 4 Disember 2010

Malam minggu yang mesra ( driver )



Ini filem tahun 1978 tapi kome nengok pada tahun 1985..lakonan Ryan O Neil..tajuk Driver

'' Koi suka bila hero bawak langgar kete Mercz tadi ''..kata Niker..

'' Habis ranap sebijik kereta Merz yerk '..kata Bok..

'' Ishkk..tak rugi pun kereta tu ranap..sebab kita dah gantikan balik ''..kata Aduk..

'' Gantikan balik? ''..tanya kapak..

'' Iyer lah..kan ke kita dah gantikan balik dengan duit tiket kita..malah syarikat penerbitan Filem Hollywood tu untung berjuta juta juta.. kita habis duit beli tiket..lepas te mula nganga ! ''..kata Aduk..

*** Fuhh..yer sungguh lah ..

Read more...

Penuntut terlibat dalam pelacuran diberi kaunseling

TEMERLOH 4 Dis. - Kementerian Pengajian Tinggi tidak akan tergesa-gesa menyingkirkan penuntut yang terlibat dalam kegiatan pelacuran bagi membiayai kos pengajian mereka.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah sebaliknya berkata, penuntut terbabit akan diberi kaunseling dan cuti sebelum dibenar meneruskan semula pengajian sehingga tamat.

Bagaimanapun tegasnya, tindakan penyingkiran akan diambil jika penuntut terlibat meneruskan kegiatan tersebut. - Utusan

*** Salah siapa yer?..

Read more...

Harga RON 95, gula naik


KUALA LUMPUR - Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak lima sen seliter serta lima sen bagi setiap kilogram (kg) bagi gas asli cecair (LPG) berkuat kuasa tengah malam tadi.

Berikutan kenaikan itu, harga petrol RON 95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter manakala LPG RM1.90 satu kg.

Turut diumumkan naik ialah gula sebanyak 20 sen kepada RM2.10 bagi setiap kg.

Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri semalam..

*** Tak naik ni..cuma penyelarasan subsidi.. '' ..harga gula dan petrol masih lagi rendah berbanding dengan negara jiran kita '' < ---- ini lah ayat yang di sebut setiap kali berlaku demikian.. * Sedang membuat latihan untuk mengurangkan gula dalam minuman dan juga latihan mengayuh Besikal ''..

Read more...

Jumaat, 3 Disember 2010

Malam Gerak Khas ( berdiang )


* Orang ini sedang berdiang..

Sudah 2 lapis selimut membaluti tubuh..tapi masih lagi sejuk..sejuk yang mengigit tulang..

'' Sejuk sangat ni..mari lah kita berdiang ''..kata suami kepada isterinya..

'' Nak berdiang pebenda..nanti terbakar rumah ''..kata isteri..

'' Berdiang rapatkan tubuh kita..bila tubuh hangat..itu kira berdiang lah ''..kata suami..

'' A..ah lah..itu berdiang ke arah lain ''..kata isteri...

'' Kalau macam tu tak per lah.. i berdiang sorang sorang jer ''...kata suami..

*** Siapa tak faham cerita diatas..sila bisik bisik sesama sendiri..

Read more...

JPJ tidak bercadang beri diskaun saman


PUTRAJAYA 3 Dis. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak bercadang mengikut langkah Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi diskaun saman terhadap pesalah trafik buat masa ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, untuk tempoh sekarang saman yang dikeluarkan JPJ kepada pesalah trafiknya adalah kekal pada kadar sedia ada.

"Buat sementara ini, JPJ akan kekalkan sistem (saman) yang ada (terhadap pesalah lalu lintas)," kata beliau kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan kementeriannya, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada JPJ akan memberi diskaun saman terhadap pesalah lalu lintas, seperti yang dilakukan PDRM bagi menangani masalah saman tertunggak pada kalangan pengguna jalan raya di negara ini sejak sekian lama.

Beliau berkata, JPJ juga tidak bercadang melanjutkan tempoh menarik balik sementara tindakan terhadap pesalah trafik yang disenarai hitam, yang ditetapkan sehingga 28 Feb depan.

"Pada masa ini kita belum membuat sebarang keputusan untuk melanjutkan tempoh ini," katanya.

Pada Ogos lepas, kerajaan mengumumkan penarikan balik sementara tindakan ke atas pesalah trafik yang disenarai hitam kerana tidak menjelaskan saman dan membenarkan mereka memperbaharui cukai jalan serta lesen memandu. - Bernama

*** Tiada saman JPJ..

Read more...

Gaji pemandu bas dicadang RM1,200


ALOR SETAR - Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM) meminta kerajaan agar menimbang untuk menetapkan gaji minimum semua pemandu bas sebanyak RM1,200 sebulan.

Setiausaha PPBSM, Sa'adan Man berkata, ini kerana kadar gaji sedia ada bukan sahaja tidak sama, tetapi juga sangat rendah.

"Gaji yang terlalu rendah menyebabkan pemandu bas khususnya bas ekspres bergantung kepada komisen trip perjalanan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mengulas laporan mengenai usaha Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Sumber Manusia mengkaji gaji pemandu bas ekspres di negara ini, beliau turut mencadangkan agar kajian itu meliputi semua kategori pemandu bas..

*** Betul betul..bagi naik gaji Pemandu bas..baru lah dia orang semangat..tiada lah mengantuk semasa memandu..

Read more...

Khamis, 2 Disember 2010

Menu pagi tadi ( bersarapan sambil bekerja )

Sambil ronda ronda dan tengok tengok orang buang sampah..samada pembuangan itu sempurna atau tidak..tugasan kawan hari ini adalah mengambil gambar..dan menghantar laporan..

Kawasan ini sepatutnya telah tiada keadaan lambakan sampah kerana tong sampah kebuk telah tidak sesuai lagi diletakkan di sini..



* Tengok lah lambakan sampah sarap..




* Ada yang bekereta untuk membuang sampah..



* Ada yang bermotor untuk membuang sampah..



* Ha..yang ni pula menu sarapan kawan pagi tadi..nasi lemak kukus sama tea tarik gelas besar..papaleh !

*** Esok kome akan kesini lagi untuk memastikan sampah masih ada atau tidak di kawasan ini..dan juga akan bersarapan di warung dekat situ lagi..kerana ada awek pekerja yang manis manis ! Hah !

Read more...

Turun 10kg makan ubi kentang


* CHRIS VOIGT duduk dekat beberapa ubi kentang.


WASHINGTON - Seorang warga Amerika Syarikat (AS), Chris Voigt yang gigih mengamalkan diet memakan ubi kentang selama 60 hari akhirnya berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 10 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar semalam.

Diet istimewa itu membawa kesan baik terhadap kesihatan Voigt apabila berat badannya berkurangan dari 89.35kg kepada 79.83kg manakala tahap kolesterolnya berkurangan kepada 69 mata.

Pengurangan berat badan itu mengejutkan doktor yang memeriksanya.

Voigt kini dinasihatkan secara perlahan-lahan mengambil makanan yang lain selepas dia berhenti mengamalkan diet istimewa itu Isnin lalu. - Agensi

*** Ada juga sumber menyatakan ubi kentang boleh meringankan penyakit Gaot..

Read more...

Jadi bilioanir jual laman web


* LAMAN web Groupon milik Andrew Mason.


LONDON - Seorang usahawan Internet, Andrew Mason, 29, bakal mengikuti jejak langkah pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 26, dengan menjadi bilionair apabila dia bersetuju untuk menjual laman web beliau kepada enjin carian Internet, Google, lapor sebuah akhbar semalam.

Mason dikatakan bersetuju untuk menjual laman web bernama Groupon itu kepada Google dengan harga £4.1 billion (RM20.2 billion).

Beliau sebelum ini turut dilaporkan menolak tawaran daripada sebuah lagi enjin carian Internet, Yahoo kerana ia hanya menawarkan sebanyak £1.3 billion (RM6.4 billion) untuk membeli laman web terbabit.

Laman web yang telah dibina sejak dua tahun lalu itu telah menawarkan sebanyak 1,000 peluang pekerjaan di tempat kelahiran Mason iaitu Chicago, Amerika Syarikat selain digunakan oleh 2.5 juta pengguna di Britain.

Bagaimanapun kerana kelebihan yang ditawarkan seperti diskaun pembelian tiket wayang dan pelbagai barangan lain melalui Internet sehingga 90 peratus, jumlah pelayar kini semakin bertambah sebanyak 10 peratus setiap minggu.

Bagaimanapun, ia masih tidak boleh menyaingi Facebook kerana laman sosial itu kini bernilai £32 billion (RM158.1 bilion). - Agensi..

*** Jual laman blog boleh laku ke?.. kira borong !

Read more...

Rabu, 1 Disember 2010

RON97 kini RM2.30 seliter


KUALA LUMPUR 30 Nov. - Harga minyak petrol RON97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai esok.

Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Menurut sumber, pengumuman mengenai kenaikan harga RON97 tidak dibuat secara rasmi oleh kerajaan memandangkan perubahan adalah mengikut harga pasaran dunia.

Ia kenaikan kali kedua sejak kerajaan membuat pelarasan subsidi petrol dan memutuskan untuk mengapungkan harganya dari semasa ke semasa.

Pada 1 November lalu, petrol gred RON97 naik sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan masih mengekalkan subsidi petrol RON95 walaupun dikatakan bakal menjejaskan pentadbiran kerajaan..

Pada Oktober lalu, kerajaan menjelaskan perbelanjaan subsidi untuk tahun depan mampu mencecah RM24.9 bilion berbanding tahun ini iaitu RM23.7 bilion..

*** Cuba kaji laporan yang bertulisan biru itu.. ini yang tak sedap..!

Read more...

Pasangan kekasih jadi perunding seks

LONDON - Sepasang kekasih, Geoff Daniels, 55, dan Sarah Moore, 39, menjadi perunding seks dengan memberikan khidmat nasihat selain melakukan hubungan seks dengan pelanggan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Geoff pernah meniduri 2,162 wanita termasuk 49 anak dara manakala Sarah pula telah melakukan seks bersama 3,323 orang lelaki termasuk 52 orang yang mendakwa masih teruna.

Mereka memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan lelaki dan wanita di kebanyakan negara seperti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Perancis dan Australia yang mengalami masalah dalam melakukan hubungan seks.

Kedua-duanya turut melakukan hubungan seks bersama pelanggan bagi meyakinkan mereka supaya lebih berkeyakinan dalam hubungan itu.

Sarah pernah tidur bersama seorang pesakit lelaki berusia 76 tahun yang dihantar oleh isterinya untuk meningkatkan ketahanan seksnya.

"Kami tidak dibayar sebarangan untuk memuaskan nafsu orang lain dan kami juga bukan pelacur," kata Sarah yang mengakui telah kehilangan dara pada usia 15 tahun.

Bagi menjamin kesihatan mereka, pasangan itu wajib menggunakan kondom semasa mereka melakukan hubungan seks.

Menurut Sarah, dia dan kekasihnya berasa bangga dengan pekerjaan itu dan tidak pernah berasa bersalah kerana tidur dengan orang lain.

Bayaran yang dikenakan pasangan itu untuk mendapatkan khidmat nasihat seks ialah antara £150 (RM737.37) hingga £300 (RM1,474) untuk satu pertemuan. - Agensi

*** Kerjaya yang sungguh bergaya..

Read more...

Harga RON 97 naik lagi 15 sen


KUALA LUMPUR – Harga petrol RON97 dinaikkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai tengah malam tadi, menurut sumber semalam. Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Bernama melaporkan, harga petrol tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak semasa dunia.

Pada 1 November lepas, harga petrol RON97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter..

'' Minyak naik lagi..naik 15 sen ''..kata Rosli Ghani..

'' Lantak lah..kita tak guna minyak tu..kita guna RON95..harga kekal..masih lagi RM1.85 satu liter ''..kata encik Topik..

'' Pertanda untuk minyak RON95..bakal naik jugak ni..kerajaan tak tahan tanggung subsidi ''..kata Rosli Ghani..

'' Lantak lah..kita kayuh Besikal je nanti ''..jawab encik Topik..

'' Aok cakap senang..Besikal saiz apa yang aok layak naik? ..nanti sepit udang Besikal tu jadi angka 8..terpeliot ''..kata Rosli Ghani..

*** Harga Getah naik..minyak naik..harga getah turun..minyak tetap naik.. ''..

Read more...

17,927 netbook 1Malaysia diagih di Pahang


KUANTAN 30 Nov. — Sebanyak 17,927 unit netbook 1Malaysia diagihkan kepada para pelajar yang layak dalam fasa pertama pengedaran di Pahang, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, bagi fasa pertama itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengedarkan Netbook 1Malaysia melalui 37 buah Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) di mana 500 unit netbook untuk setiap PJK.

Katanya, sekolah-sekolah yang berhampiran dengan PJK disenaraikan sebagai sekolah yang menerima netbook berkenaan pada fasa pertama.

Manakala pelajar-pelajar yang layak dari sekolah selebihnya dimasukkan di bawah peruntukan pemberian Netbook 1Malaysia fasa kedua pada bulan depan.

"Pemberian netbook ini dapat membantu kita mencapai sasaran 50 peratus penembusan jalur lebar isi rumah menjelang akhir tahun ini dan membudayakan teknologi maklumat dan komunikasi supaya menjadi sebahagian gaya hidup rakyat,” katanya menjawab soalan Datuk Abu Bakar Harun (BN-Chini) mengenai pengagihan Netbook 1Malaysia kepada pelajar sekolah di Pahang pada persidangan DUN di sini, hari ini.

Katanya, bagi pelaksanaan pemberian Netbook 1Malaysia fasa kedua, satu jawatankuasa di peringkat negeri yang dianggotai oleh SKMM, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) ditubuhkan pada 1 Okt lepas untuk menyelaraskan beberapa perkara sebelum netbook itu diterima oleh pelajar yang layak. — Bernama

Encik Amirul berasa kecewa juga pada mulanya kerana tidak mendapat Net book 1 Malaysia ini..

'' Kenapa tak dapat netbook 1 Malaysia ''..tanya Bapa Amirul pada satu petang..

'' Cik gu kata ..Aboh kaya raya itu pasal tak dapat ''..jawab encik Amirul..

* Ada yang kaya raya dapat..yang miskin tak dapat.. ohh yer..orang kaya pandai main Facebook itu pasal dapat kot.. Ha ha!

Read more...

Selasa, 30 November 2010

Ada yang mula tanya '' kenapa kawan berblog? ''...


Ada yang mula tanya '' kenapa kawan berblog? ''..adakah nak dapat ramai kawan..nak mengasah ilmu dalam penulisan..nak glamer atau apa? ''..

Maka Jawapan kawan cukup mudah.. '' Kawan berblog untuk menambahkan sumber kewangan..ianya boleh menjana pendapatan..sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan..mula mula memang perit..tapi sekarang sudah nampak hasilnya ''..

Patut lah blogger yang Otai otai hanya angguk angguk kepala bila di tanya soalan begini..

Adakah sumber daripada hasil penajaan iklan blog diragui.. Ha ha!.. orang makan gaji ..orang berniaga dan macam macam kerja lagi..Jika tidak di buat dengan ikhlas '' itu sangat di ragui ''...

Serius..kawan mau jadi kaya dengan berblog..

Demikian sedikit sebanyak jawapan ikhlas daripada seorang blogger tegar bernama Azman Zahari..

Kini Ahmad Zaki mula berlumba lumba dengan Azman Zahari dalam penerbitan entri..

'' Ishkk !..aok Copy paste entri daripada surat khabar jer..boleh lah terbit entri selalu ''..kata Ahmad Zaki..

'' Lor..itu namanya Share..berkongsi berita atau maklumat..tiada kesalahan ''..jawab Azman Zahari..

*** Ha ha! gua pun mau kaya..!

Read more...

Telur ayam dua kali lebih besar


* GAMBAR menunjukkan telur ayam biasa (kanan) dan telur ayam sepanjang 9 sentimeter (kiri).


CHRISTCHURCH, Britain - Seekor ayam betina bernama Bolt di sini, mengejutkan pemiliknya, Denise Sloan, apabila ia mengeluarkan sebiji telur bersaiz dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam biasa, lapor sebuah akhbar semalam.

Panjang telur gergasi itu 9 sentimeter (sm) manakala lebarnya adalah 5.7sm.

Sloan yang merupakan seorang petani berusia 52 tahun berkata, dia tidak pernah melihat telur sebesar itu walaupun telah memelihara ayam selama 15 tahun.

"Saya tidak pasti rekod dunia telur ayam tetapi telur ini amat besar," katanya baru-baru ini.

Rekod dunia telur ayam terbesar setakat ini menjadi milik Zhang Yinde iaitu seorang kakitangan Biro Perhutanan Daerah Suiling di China, setelah ayam peliharaannya mengeluarkan telur sepanjang 9.2sm dan lebar 6.3sm dengan berat 201 gram. - Agensi

*** Goreng buat telur mata kerbau ni,penuh sekuali..

Read more...

Aduan kakitangan awam biadab meningkat


IPOH - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kes membabitkan penjawat awam berlaku biadab dan bersikap perkauman terhadap orang ramai.

Beliau berkata, masalah salah laku penjawat awam terutama yang bertugas di barisan hadapan tersebut disedari meningkat berdasarkan peningkatan aduan yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam (BPA).

"BPA menerima lebih 60 aduan dari seluruh negara setiap bulan yang membabitkan penjawat awam bersikap kasar, biadab dan menyentuh isu perkauman sehingga menimbulkan rasa kemarahan pengadu dan rakyat," katanya pada sidang akhbar di pejabat BPA Perak di sini semalam.

*** Kakitangan awam yer..bukan Swasta..!

Read more...

Bomba tetap masa 10 minit untuk tiba di lokasi


KUALA TERENGGANU 29 Nov. - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menetapkan masa 10 minit untuk tiba di lokasi kejadian yang berdekatan dan kurang 20 minit bagi tempat yang agak jauh.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, penetapan itu sebagai usaha memperbaiki imej jabatan yang tercalar sebelum ini berikutan dakwaan lambat tiba bagi membantu kes-kes kebakaran dan sebagainya.

Jabatan itu akan memastikan maklum balas bagi sesuatu panggilan kecemasan dipercepat dan disegerakan bagi meningkatkan imejnya dan menetapkan tempoh maklum balas itu merupakan Petunjuk Prestasi utama (KPI) jabatan.

“Kelewatan sampai di tempat kejadian akan merugikan apabila kebakaran merebak yang sukar dikawal dan diselamat,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja pertama ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Negeri Md Salleh Sarbini. - Bernama

*** Macam mana pula jika pekan pekan kecil yang masih belum mempunyai balai Bomba..jarak dengan Bandar besar jauh..ada yang sampai ratusan kilometer..

Ketik ( siNi ) ada kisah Bomba dan penyelamat..

Read more...

Isnin, 29 November 2010

Pelan Cuti hujung tahun


* Keindahan Pantai Cherating

Setelah perbincangan dibuat maka cadangan dengan serta merta terjadi..satu mesyuarat khas melibatkan keluarga ini dijalankan..

Cadangan Ibu : ''..Kita bercuti di Cherating Pahang ''..

Cadangan anak pertama : '' Along cadangkan kita ke Genting Higlands ''..

Cadangan anak kedua : ''..Kakak cadangkan kita sekeluarga bercuti di Pulau Langkawi ''..

Cadangan anak ketiga : '' Adik suka bercuti di Melaka..ada Taman buaya kat sana ''..

Cadangan Bapa : ''..Kita bercuti dalam kebun sahaja ''..

Kata putus dibuat si Bapa menggunakan sedikit kuasa Veto nya dan Cadangan si Bapa diterima oleh panel pemerhati ..maka si Bapa bercuti lah sorang sorang dalam kebun..

*** Melampau punya Bapa ni..

Read more...

Pelakon lucah 81 tahun umum bersara


* SHEILA VOGEL-COUPE


LONDON - Pelakon lucah berusia 81 tahun, Sheila Vogel-Coupe berikrar tidak akan berlakon dalam filem porno lagi, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia membuat pengumuman itu selepas perbuatannya menawarkan perkhidmatan teman sosial melalui sebuah agensi teman sosial dalam talian selama dua tahun selain berlakon dalam sebuah filem lucah didedahkan media.

Wanita itu merupakan nenek kepada seorang peserta yang menyertai program mencari bakat nyanyian X-Factor di televisyen, Katie Waissel.

"Saya tidak berhasrat untuk melakukan (berlakon) dalam mana-mana filem seperti itu (filem lucah) lagi," katanya.

Sebelum ini pendedahan nenek tersebut sebagai pelakon lucah telah memberi tekanan ke atas cucunya yang kini bertanding sebagai peserta dalam program nyanyian itu. - Agensi

*** Sudah melewati tempoh persaraan sangat dah ni..

Read more...

Ahad, 28 November 2010

Ismail nafi RON95 punca kebakaran


BERA 28 Nov. – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menafikan penggunaan minyak petrol RON95 menjadi punca kebakaran kenderaan yang terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Tegasnya, kenderaan yang terbakar dalam beberapa kemalangan berpunca daripada kesan hentakan atau hentaman yang kuat sehingga menyebabkan berlaku percikan api yang menyebabkan minyak terbakar.

"Minyak petrol RON95 telah diuji dalam semua peringkat ujian oleh jurutera syarikat-syarikat minyak dan pembuat enjin kenderaan termasuk ujian kemalangan yang ekstrem seperti hentaman serta hentakan, hasilnya ia didapati selamat.

"Saya harap orang ramai tidak bimbang untuk menggunakan petrol berkenaan kerana bahan bakar itu turut digunakan secara meluas di seluruh dunia termasuk Eropah, benua Amerika dan Jepun,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan dan Keselamatan sempena program Juara Rakyat Parlimen Bera di Taman Kerayong Makmur di sini.

Beliau mengulas dakwaan sesetengah pihak sebelum ini kononnya kejadian kebakaran kenderaan selepas terlibat dalam kemalangan berpunca daripada penggunaan minyak petrol RON95. - Utusan

*** Mengambil masa lama juga Pak Menteri ini untuk buat rumusan berkenaan minyak RON95 ini yer..

Read more...

Penumpang diraba kerana pelapik seluar dalam

NEW YORK – Seorang penumpang wanita mendakwa dia trauma selepas tangan-tangan kasar beberapa pegawai Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) meraba bahagian sulitnya ketika menjalani pemeriksaan badan di sebuah lapangan terbang di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Peraturan di AS yang dikuatkuasakan oleh TSA mewajibkan setiap penumpang menjalani pemeriksaan mesin imbasan sinar-X yang ‘membogelkan’ mereka bagi mengesan senjata dan bahan letupan tersembunyi sebelum dibenarkan menaiki pesawat.

Wanita itu yang enggan identitinya didedahkan memberitahu, dia diarah menjalani pemeriksaan badan setelah mesin pengimbas sinar-X di lapangan terbang berkenaan mengesan pelapik seluar dalam yang dipakainya sebagai mencurigakan baru-baru ini.

“Saya menangis selepas itu kerana ia mengembalikan memori tragis serangan seks yang berlaku ke atas diri saya beberapa tahun lalu,” katan wanita itu. – Agensi

*** Amik kesempatan ni..

Read more...

Santai pagi minggu ( Aina dan Bapa beliau )

Selepas waktu subuh kebiasaan Bapa Aina akan kembali ketiduran..

'' Pergi gerak Aboh tu..cakap kat Aboh pagi ni ada gotong royong kat Surau ''..kata Ibu Aina..

Setelah Aina kembali dari mengejutkan Bapanya..

'' Ngape Aboh Aina ni..tak mau bangun..liat sungguh ..apa yang dia cakap kat Aina ''..kata Ibu Aina..

'' Ada ka dia suruh Aina je yang pergi gotong royong gantikan Aboh ''..jawab Aina..

'' Melampau lah tu ''..kata Ibu Aina..

*** Memang melampau ''....





Read more...

Sabtu, 27 November 2010

Malam minggu yang meSra ( Moonraker 1985 )


Midnite malam minggu itu sebuah filem James Bond lakonan Roger Moore bertajuk Moonraker ..

Sudah pasti penuh dengan aksi dan juga pelakon wanita yang seksi meksi..ini yang membuat 5 rodong begitu teruja untuk menonton tayangan perdana larut malam..di pawagam Rex Mentakab ketika itu..

'' Huh.ni mesti besh!..tentu ada buka buka punya ''..kata Aduk..

'' Otak aok kuning..tak ada pikir benda lain..cerita Jemes Bond memang macam gitu..nak nengok nengok lah jangan bising bising ''..kata Kapak..

'' Ha..adegan yang paling besh..bila akhir..Jemes Bond romen atas kapal angkasa..siap terapung apung lagi ''..kata Niker..

'' Cis! Niker..aok tau mana..sedangkan kita belum nengok lagi ceritanya ''..kata Bok..

'' Koi ..pergi Kuala Lumpur minggu dulu..nengok midnite kat Odeon sama abang ipor koi ''..kata Niker ..

'' Ni yang jadi tak sedap..nanti dalam panggung ada lah yang jadi tukang cerita dulu..aok dah nengok cerita ni ye Niker,dalam panggung nanti..jangan bising bising ''..kata Aduk..

'' Tak..koi tidor je..nanti adegan akhir te baru koi bangun..aok me gerak lah yer ''..kata Niker..

*** Gitu gamoknya..!

Selanjut tentang Moonraker di ( siNi )

Read more...

600,000 mati akibat asap rokok


PARIS 26 Nov. - Hampir 600,000 orang yang tidak merokok, dengan satu pertiga daripada mereka kanak-kanak, meninggal dunia setiap tahun akibat menyedut asap rokok daripada mereka yang mengamalkan tabiat itu.

Angka itu diperolehi daripada kajian pertama yang diadakan di seluruh dunia mengenai kesan asap rokok ke atas golongan bukan perokok.

Berlainan dengan penyakit 'gaya hidup' yang banyak berpunca daripada pilihan individu, mangsa yang dikenali sebagai perokok pasif itu menanggung akibat daripada tabiat merosakkan kesihatan yang diamalkan oleh orang lain, terutamanya ahli keluarga.

Di kalangan bukan perokok di seluruh dunia, 40 peratus kanak-kanak, 35 peratus wanita dan 33 peratus lelaki terdedah kepada asap rokok pada 2004, tahun terakhir di mana data boleh didapati di kesemua 192 negara yang terlibat dalam kajian itu.

Apabila ditambah kepada 5.1 juta kematian melibatkan perokok aktif, jumlah kematian akibat amalan merokok bagi 2004 melebihi 5.7 juta orang di seluruh dunia, menurut kajian itu.

Hampir separuh daripada bilangan perokok pasif yang maut adalah wanita, manakala selebihnya terdiri daripada kanak-kanak dan lelaki dalam bilangan yang hampir sama, menurut kajian yang disiarkan hari ini dalam jurnal perubatan Britain, The Lancet.

Kira-kira 60 peratus kematian itu disebabkan penyakit jantung, manakala 30 peratus lagi akibat jangkitan paru-paru, dan bakinya disebabkan asma dan kanser paru-paru.

Keseluruhannya, kematian akibat menjadi perokok pasif menyamai satu peratus daripada kematian di seluruh dunia pada 2004.

Kematian orang dewasa akibat menyedut asap rokok orang lain adalah hampir sama di semua negara tidak kira negara miskin atau kaya.

Namun bagi kanak-kanak, kemiskinan menjadikan keadaan bertambah buruk, menurut kajian itu.

Misalnya di Eropah yang berpendapatan tinggi, nisbah kematian orang dewasa berbanding kanak-kanak adalah sebanyak 35,388 berbanding 71.

Nisbah di Afrika hampir terbalik iaitu 9,514 kematian orang dewasa berbanding 43,375 kematian kanak-kanak. - AFP

*** Kawan rasa asap minyak 2T lagi baik dari asap rokok...

Read more...

Kopi bergula tingkatkan prestasi otak

BARCELONA, Sepanyol - Satu kajian terbaru menunjukkan minum secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan kemampuan otak, lapor sebuah akhbar semalam.

Saintis-saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula pada masa yang sama meningkatkan prestasi otak.

Para penyelidik kini percaya kafeina dan gula itu meningkatkan fungsi otak seperti daya ingatan.

Hasil kajian itu diperoleh selepas 40 sukarelawan diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak.

Jurnal Human Psychopharmacology: Clinical and Experimental menyiarkan hasil kajian saintis tersebut.

Menurut kajian itu, kopi manis merupakan cara terbaik untuk menyediakan otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan. - Agensi



'' Mamak bagi kopi bergula 1..manis punya ''..laung encik Topik..

'' Aiks..aok,selalu tea tarik gelas besar?..sudah tukar ka?''..kata Rosli Ghani..

'' A'ah..sejak kopi bergula boleh meningkatkan prestasi otak ''..jawab encik Topik..

'' Aok tak takut kencing manis ka? ''..kata Rosli Ghani..

*** A'ah yerk !

Read more...

Jumaat, 26 November 2010

Malam Gerak Khas ( episod demam )


Dari pagi tadi hingus melejeh..sedut..rasa kelat payau payau masin..rasa nak telan macam meloya jer..nak luah macam sayang..tarik pelan pelan..telan sikit sikit..rasa lemak manis..

Sememangnya kawan telah 2 hari menghadapi selsema..badan rasa sakit sakit..sudah buat pereksa doktor..dibaginya ubat batuk dan ubat demam dan ubat selsema ( paracetamol )..serta antibiotik..

'' Cuba lepas makan ubat te..aok selimut..mana tau boleh berpeluh dan demam pun kebah ''..kata Akak..

'' Ishkk..nak berpeluh meh kita selimut 2 orang sekali ''..kata kawan..

'' Tak kuasa..orang kata selera orang demam ni amat berlainan sekali ''..kata Akak..

*** Heh heh!

Read more...

Obama didoa neneknya di Mekah supaya peluk Islam


* Sarah Omar

RIYADH - Nenek Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan dia berdoa supaya cucunya itu menganut agama Islam.

Menurut nenek Obama itu, Sarah Omar, doa itu dipohon semasa dia mengerjakan haji di Mekah.

"Saya berdoa agar Obama memeluk agama Islam," kata Sarah Omar yang berusia 88 tahun dalam satu temu ramah bersama akhbar Al-Watan Saudi di Jeddah yang disiarkan kelmarin dan dilaporkan agensi berita AFP semalam.

Akhbar itu melaporkan bahawa Sarah menunaikan haji bersama anaknya yang merupakan bapa saudara Obama, Saeed Hussein Obama serta empat orang lagi cucunya.

Sarah menyatakan dia hanya boleh bercakap mengenai haji dan tidak akan memberi komen berkaitan isu politik Obama.

Keluarga itu dijemput oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah tersebut.

Saeed juga mengucapkan terima kasih kepada pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah ekoran layanan baik yang diterimanya.

Bapa Obama, Barack Hussein Obama Sr. merupakan penganut Islam dari Nyangoma-Kogel, Kenya ketika berkahwin dengan ibunya, Ann Dunham, seorang pengikut atheis dari Kansas, AS.

Pasangan itu bercerai semasa Obama berusia dua tahun. Ibu Obama kemudian berkahwin dengan Lolo Soetoro dari Indonesia.

Tinjauan pendapat di AS pada Ogos lalu menunjukkan bahawa seorang daripada lima rakyat AS percaya bahawa Obama beragama Islam.

Dakwaan itu dinafikan oleh White House yang menegaskan bahawa Obama ialah seorang penganut Kristian yang taat. - Agensi

*** Semoga termakbul doa nenek Obama ini..

Read more...

Senyum dipagi hari Jumaat ( Curi wang isteri )

Aktiviti biasa sewaktu menjemur kain..

'' Baca suratkhabar hari ini Zita? ''..berkata Kak Zakiah

'' Belum lagi lah Kak..ada isu menarik ke Kak?''..

'' Suami curi wang dan barang kemas isteri..untuk langsaikan hutang kahwin ''..kata Kak Zakiah..

'' Sampai macam tu sekali..Akak dulu macam mana..suami Akak berhutang ke belanja perkahwinan? ''..tanya Rozita..

'' Berhutang juga..tapi berhutang KOPERASI..sampai anak 3 baru langsai hutang..Zita pula macam mana? ''..kata Kak Zakiah..

'' Abang Lock yang pinjam duit Zita separuh dari belanja perkahwinan dia, Zita tanggung ''..kata Rozita..

'' Bertuah suami Zita ''..kata Kak Zakiah..

'' Bertuah apanya Kak..sampai sekarang pun dia tak bayar lagi..tapi tak per lah..Zita selalu minta Upah dari dia ''..kata Rozita..

'' Upah?'..apabenda dengan upah tu Zita ''..kata Kak Zakiah..

'' ..Kali ni Akak tak faham yer..tidak mengapa..nanti Zita ceritakan..'' kata Rozita..

*** Upah?..

Read more...

Khamis, 25 November 2010

Buat lepas sesak


* Ini barang boleh juga buat lepas sesak di kala sudah pokai..

*** Tentu lebat dapat ni..

Read more...

Tekanan kerja


* Encik Tarmizi yang sudah sedia bergaya dan berjaya dalam pekerjaan nya..

Tarmizi sering megeluh dengan bebanan kerja yang terlampau banyak sekarang ini..dapat dia merasakan dengan pendapatan yang tidak setimpal dengan beban kerja yang di hadapinya..

Satu hari Tarmizi berjumpa dengan pegawai atasan untuk mengadu hal dengan bebanan kerja beliau..

'' Saya sering tidak puas hati boss`..kerja banyak tapi gaji yang saya dapat tidak setimpal dengan kerja ''..luah Tarmizi..

Setelah keluar dari bilik pegawai atasan....kawan Tarmizi yang sedia menunggu di luar mula bertanya..

'' Apa yang boss bagi tau kau tentang kerja kau yang banyak itu ''..tanya kawan Tarmizi..

'' Gila..ada kaa dia suruh aku ganti tempat dia..dan dia juga hendak aku rasa apa tekanan kerja yang dia sedang hadapi sekarang ''..kata Tarmizi..


Keesokan hari Tarmizi mula bekerja dengan semangatnya..segala tekanan kerja dia tolak tepi..sebab dia tau boss' lagi banyak tekanan kerja..

Tarmizi sepatutnya lebih bersyukur dari awal lagi sebab beliau telah mempunyai pekerjaan..soal tekanan kerja tidak patut beliau persoalkan sebab lebihan masa kerja dibayar..

Tarmizi mula berkira kira...walaupun gaji nya kecil,biarpun kerjanya banyak..dia tetap lagi mempunyai pekerjaan..

*** Kalu kawan nak je ganti tempat boss tu..biar boss pula ganti tempat kawan..hehe!

Read more...

Wanita tua terperangkap 3 minggu dalam bilik mandi

PARIS 24 Nov. - Pasukan bomba Perancis menyelamatkan seorang wanita warga emas yang terperangkap di dalam bilik mandi rumahnya selama tiga minggu selepas ketukan paip meminta pertolongan gagal mendapat perhatian jiran-jirannya.

Wanita berusia 69 tahun itu dalam keadaan yang sangat lemah ketika bomba tiba di rumah mangsa di bandar kecil Epinay-sous-Senart di Paris, selepas jiran menghubungi pihak berkuasa kerana bimbang dia tidak kelihatan dalam tempoh tersebut.

Dia yang terkunci akibat kerosakan tombol pintu bilik mandi, terpaksa meminum air dari singki dan mengetuk paip pada waktu malam untuk meminta pertolongan.

Namun jiran di blok apartmen itu menyangka ia adalah kerja-kerja pembaikan dan mengadakan petisyen untuk mencari pemilik rumah itu supaya bunyi tersebut dihentikan. - AFP

*** 3 Minggu punyai daya ketahanan lagi nenek ini..

Read more...

Terima kasih rodong


Terima kaSih kepada mereka mereka, rodong rodong, sahabat, handai taulan yang telah mengucapkan Selamat hari lahir kepada kawan..terutama kepada admins / officers / members Temerloh United yang telah bersusah payah membuat gambor kawan siap berfrem lagi..

Begitu juga Terima kaSih ini ditujukan kepada semua rodong blogger,rodong Facebook,rodong Twitter serta sahabat sahabat radio PahangFM..

Tidak lupa juga kepada Akak,Along,Anis dan Aina.. TERIMA KASIH..

Bertambah lagi setahun umur kawan..

*** Dan tidak lupa pada yang tersayang..

Read more...

Rabu, 24 November 2010

Rakyat Malaysia popular di Internet


* RAKYAT Malaysia kurang mementingkan soal privasi apabila berkenalan dalam talian.


'' Baca tak Rakyat Malaysia popular di Internet dalam suratkhabar ternama hari ini ''..kata Ahmad Zaki kepada rodongnya Azman Zahari semasa sedang rehat rehat selepas habis makan waktu tengahari..

'' Ada juga terbaca tadi ..kenapa? ..ok lah tu ''..jawab Azman Zahari..

'' Koi ingat koi pun termasuk juga dalam senarai rakyat Malaysia yang popular di Internet itu..sebab koi ada blog,Facebook,twitter,akaun email ada 7,mySpace,Friendster, Tumbir dan segala macam laman Sosial lagi..koi paling menyerlah dalam Facebook ''..kata Ahmad Zaki..

''Aok lain lah..kawan pulak cuma popular dikalangan masyarakat setempat je..popular sebab selalu pergi Surau,Masjid,Ziarah orang meninggal,tolong gotong royong kenduri kahwin dan kerja kerja amal masyarakat ..tapi kawan tidak lah riak sangat dengan popular kawan tu ''..kata Azman Zahari..

Ahmad Zaki terus berlalu pergi dan tidak berkata apa dah..

*** Kawan mau Femes di rumah sahaja..

Read more...

Petikan Interaktif


* Ini Gambar hiasan sahaja


Dibawah ini petikan interaktif daripada akhbar
Sinar Harian..yang disiarkan semalam 23hb Nov 2010..

Bila tiba musim kenduri-kendara, mulalah nak tuding jari, lembu itu aku punya, itu kerbau wa punya, kambing tu keh punya.

Padahal sebelum ni orang kampung yang ‘sedekahkan’ tanaman untuk ternakan mereka. Tak tahu halal haram ke wahai si penggembala?

Bila ada kes kemalangan membabitkan ternakan mereka, mereka kata “demeh tu bawak moto kereta tak ingat dunia”.

Tapi tak ingat mereka cuma membina kandang di jalan raya, memberi makan di halaman jiran tetangga, mengaku milik mereka apabila ada yang membida, menjual dan mengambil untung lalu ketawa? Ternakan gemuk makan tanaman orang, penternak boroi makan hasil daripada sumber haram. - TANJONG MALEE

*** Ini kes mana mana ada.. ketik ( siNi ) dan ketik ( siNun )

Read more...

Harga santan RM12 sekilogram?


PULAU PINANG 23 Nov. - Peniaga santan di negeri ini mungkin menaikkan harga jualan sehingga 100 peratus berikutan kekurangan bekalan kelapa sejak seminggu lalu.

Berdasarkan harga semasa, santan dijual RM6 sekilogram dan jika harga meningkat sekali ganda, pengguna terpaksa membayar RM12.

Peniaga santan di Sungai Ara di sini, Jalal Din, 47, berkata, bekalan kelapa semakin berkurangan selepas Hari Raya Aidiladha.

Dia dimaklumkan oleh pemborong bahawa bekalan semakin sukar diperoleh daripada pengedar di negara jiran Indonesia dan Thailand.

Justeru, dia tidak menolak kemungkinan harga santan melambung naik dalam masa terdekat jika keadaan itu berterusan.

"Hampir seminggu sejak Hari Raya Haji, bekalan kelapa susah nak dapat. Tahun-tahun lalu, masalah sebegini sekejap saja berlaku tapi tahun ini ia berpanjangan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Masalah kekurangan bekalan kelapa di negeri ini berlarutan sejak bulan puasa lalu.

Akibatnya, para peniaga terpaksa menjual santan pada harga RM6 sekilogram berbanding sebelumnya RM4.20 manakala isi kelapa yang belum diparut RM3.40 (sebelumnya RM1.80), kelapa parut RM4 (RM3.50) dan kelapa biji RM1.60 (80 sen).

Jalal menambah, dia difahamkan oleh pembekal bahawa ketiadaan pekerja di ladang kelapa kerana cuti Hari Raya Haji menyebabkan bekalan sukar diperoleh di pasaran.

*** Hah~..sama naik dengan harga getah pulak dahh...

Read more...

PM terima gaji RM22,826.65 mulai 2004 - Nazri

KUALA LUMPUR 23 Nov. — Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Jan 2004.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N.Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri berkata jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005. — Bernama

*** Banyak juga gaji Perdana Menteri yer..setahun gaji kome pun tak cecah sebegitu..silap dulu tak belajar rajin rajin..tidak boleh jadi Perdana Menteri..

'' Koi kini sangat yakin akan mendapat RM11,210.15 sebulan dengan hasil tajaan iklan di blog koi ini ''..kata Ahmad Zaki dengan tiba tiba..

'' Oii..ni ngape air liur melejeh ni..aok ngigau ke? ''..kata Azman Zahari sambil mengoyang goyang badan Ahmad Zaki..

'' Ishkk! yer.. ''..kata Ahmad Zaki..

'' Tu ..lah tidor lagi waktu maghrib ''..kata Azman Zahari..

*** Sempat berigau lagi..

Read more...

Selasa, 23 November 2010

Lebih setengah juta pelajar duduki SPM, STPM

KUALA LUMPUR 23 Nov. — Lebih setengah juta pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) hari ini.

Bagi SPM yang akan berakhir 20 Dis, seramai 467,970 calon menduduki peperiksaan berkenaan di 3,594 pusat peperiksaan, kata seorang jurucakap Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Seramai 53,504 calon pula menduduki STPM di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara. Peperiksaan itu berakhir 16 Dis.

Majlis Peperiksaan Malaysia telah membuka bilik gerakan yang boleh dihubungi di talian 03-61302666/61303606/61352035/61352390/61352316.

Bilik gerakan itu beroperasi dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang dari Isnin hingga Jumaat. — Bernama

Ini termasuk juga encik Amirul yang sedang menghadapi peperiksaan SPM tahun ini..



* Ini encik Amirul dengan gaya kung Fu mentadaknya..




* Encik Amirul berbaju Melayu ungu..bersama rakan rakan dan Guru beliau..

*** '' Ngko buat yang terbaik untuk SPM ni..bila berjaya dan jadi orang berguna tentu ramai yang nak buat menantu ''.. demikian kata bapa encik Amirul..

Read more...

3,000 tandas awam kita kotor


KUALA LUMPUR - Walaupun pelbagai langkah diambil bagi meningkatkan kebersihan tandas awam, satu laporan audit menunjukkan bahawa 3,000 daripada 5,764 tandas di seluruh negara adalah kotor.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, audit menerusi kaedah penarafan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menunjukkan 51.6 peratus daripada tandas awam hanya mampu mencapai tahap satu atau dua bintang manakala hanya tujuh peratus atau kira-kira 400 tandas mencapai taraf lima bintang iaitu kebersihan paling memuaskan.

"Daripada data tersebut, nampaknya masih jauh lagi perjalanan kita untuk mencapai tahap tandas awam yang baik," katanya selepas melancarkan Sambutan Hari Tandas Sedunia dan Seminar Kesihatan Persekitaran Peringkat Kebangsaan 2010 di sini semalam..

*** Nak tengok tandas Cantik sila ketik ( siNi ) ..

Read more...

Arnold Schwarzenegger mungkin berlakon balik


* Arnold Schwarzenegger


LOS ANGELES 22 Nov. - Arnold Schwarzenegger mungkin kembali berlakon apabila penggal perkhidmatannya sebagai Gabenor California berakhir pada Januari tahun depan.

Bekas bintang filem itu mengakui beliau sedang menimbangkan beberapa pilihan yang boleh diambilnya pada tahun depan dan kembali berlakon sebagai bintang filem aksi adalah satu kemungkinan.

"Menyertai kempen memerangi perubahan iklim boleh menjadi pilihan utama," kata Schwarzenegger yang muncul seketika dalam filem Sylvester Stallone, The Expendables pada awal tahun ini.

Katanya, pembabitan dalam kempen tersebut mungkin antara lima perkara yang akan dilakukannya, termasuk menceburi semula dunia hiburan dan aktif dalam dunia perniagaan.

Aktor filem Terminator itu berjaya menempa kerjaya dalam dunia perfileman, politik dan sukan bina badan dan berpendapat kejayaannya itu adalah kerana beliau mengetahui di mana letaknya kekuatan diri.. Selanjut ketik ( siNi )

***Susah nak eja nama star Hollywood ini..

Read more...

Lawak selamba malam Isnin ( teknik )

Setelah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan anak dan juga sudah merata berubat sana sinun..namun pasangan ini masih tidak mendapat lagi Cahaya mata..

Satu hari rodong ini telah bertemu rodong lama beliau lalu menceritakan masalah ini..

'' Koi rasa teknik aok tak betul ''..kata rodong lama itu...

'' Laa..heh!..bermacam macam teknik koi dah cuba..menelantang menelungkup semua dah ''..kata rodong yang bermasalah itu..

'' Ishk..koi maksud teknik perubatan aok mungkin tak betul bukan teknik sex aok''..kata lagi rodong lama itu lagi..

'' Rata dah koi bawok isteri koi berubat..gitu juge ''..kata rodong yang bermasalah itu..

'' Aok cuba teknik beraling telur pula ''..kata rodong lama itu..

'' Laa.. teknik ni bukan ke lucah ''..kata rodong yang bermasalah itu..

*** Ha ha! tak lucah..beraling telur biasa je..ia satu jenis perubatan oleh dukun dukun Melayu lama..jika ada yang tak tau apa itu beraling telur..nanti lah di post akan datang..!

Read more...

Isnin, 22 November 2010

Ubi kentang berbentuk seperti itik


* GAMBAR menunjukkan ubi kentang berbentuk seperti seekor itik.



WEMBLEY - Seorang pelanggan pasar raya Sainsbury di London menemui ubi kentang berbentuk seperti seekor itik, lapor sebuah akhbar semalam.

Ubi kentang itu ditemui oleh seorang pelanggan pasar raya itu, Linda Curley.

Linda berhasrat untuk menyimpan ubi kentang istimewa itu daripada memasaknya untuk dijadikan makanan. - Agensi

*** Ubi kentang masak sama sardin sedap juga..

Read more...

Polis tangkap suspek berkepala unik


* GAMBAR menunjukkan lelaki yang dikenali sebagai Carlos Rodriguez memiliki bentuk kepala yang ganjil.


MIAMI, Florida - Polis menangkap seorang lelaki yang didakwa melanggan pelacur di sini pada awal bulan ini yang mempunyai bentuk kepala yang ganjil, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Carlos Rodriguez berusia 25 tahun kemudiannya dibebaskan oleh polis selepas disoal siasat.

Menurut laporan polis, seperti disiarkan dalam laman Miami New Times, polis mengklasifikasikan dia mempunyai separuh kepala dalam ruangan ciri-ciri fizikal suspek yang unik.

Seorang kakitangan wanita di Pusat Pratahanan Daerah Miami-Dade mengesahkan bentuk kepala lelaki itu dengan menyatakan dia melihat suspek tersebut kira-kira seminggu lalu. - Agensi..

*** Mesti senang nak cari suspek ini..

Read more...

RM300,000 lesap di Internet sebulan

KUALA LUMPUR – Para pembeli pelbagai barangan secara dalam talian melalui Internet di negara ini mengalami kerugian di antara RM200,000 hingga RM300,000 setiap bulan gara-gara tertipu dengan sindiket perniagaan yang sebenarnya tidak wujud.

Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih, Azli Paat yang mendedahkan perkara itu berkata, jumlah tersebut berdasarkan lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan transaksi urus niaga yang dibuat menerusi pelbagai kaedah pembayaran seperti kad kredit, perbankan Internet atau bayaran secara bersemuka bernilai RM2.5 juta hingga RM3 juta setiap bulan.

Setiap hari, rakyat di negara ini berbelanja kira-kira RM100,000 untuk membeli pelbagai produk secara dalam talian di Internet.

Katanya, terdapat empat proses penting ketika pembelian dalam talian iaitu carian Internet, pengesahan atau perjanjian pembelian, penghantaran dan pembayaran.

“Malangnya penipuan sering berlaku apabila proses ini tidak diikuti. Kaedah yang salah ialah pembayaran dahulu baru penghantaran menyebabkan barang tidak sampai kepada pembeli,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

*** Tidak serik serik..

Read more...

Ahad, 21 November 2010

Mencari rodong lama ( ABS )


Ingin mencari rodong rodong lama yang bersekolah sini dulu sekitar tahun 1977 - 1979..kawan sekolah takat tingkatan 3 sahaja..sebab minat menoreh getah sangat mendalam ketika itu..

Sila kunjungi pasembok ( Facebook ) Sekolah ABS Temerloh ini..

Info tentang sekolah menengah Abu Bakar Temerloh..


Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Temerloh bermula sebagai sekolah Abu Bakar dekat Stesyen Keretapi di Mentakab pada tahun 1939. Guru besar yang pertama ialah Encik Sivapakiam. Pada waktu itu, sekolah menengah dan rendah masih disekalikan lagi.

Semasa perang dunia kedua, sekolah ini ditutup selama 4 tahun dan dibuka semula pada tahun 1947. Pada tahun 1950-an, sebidang tanah diatas bukit yang ditanam dengan pokok getah diperolehi di Temerloh yang bertujuan untuk membina sekolah. Sebilangan dari pelajar Sekolah Abu Bakar Mentakab dipindahkan ke Sekolah Abu Bakar Temerloh pada tahun 1954.

Pada awalnya, sekolah ini hanya terdiri daripada dua bangunan sahaja. Iaitu sebuah asrama yang dibina untuk pelajar-pelajar yang tinggal jauh atau tinggal di seberang sungai Pahang. Sekolah ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Pahang pada 10 April 1954 dengan jumlah pelajar seramai lebih kurang 300 orang sahaja.

Peperiksaan rasmi pertama diadakan ialah Peperiksaan Cambridge School Certificate pada tahun 1955. Pada tahun 1956, pelajar-pelajar tingkatan tiga menduduki peperiksaan Lower Certificate of Education yang pertama. Berikutan dengan Laporan Razak 1956, Sekolah Abu Bakar Temerloh telah ditukar kepada Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh.

Lanjutan daripada Penyata Pelajaran Abdul Rahman Talib pada tahun 1959, kelas-kelas aliran Melayu dimulakan. Manakala pada tahun 1973, sekolah ini telah mejadi sekolah menengah aliran Inggeris sepenuhnya.

Pergerakan badan beruniform yang pertama ditubuhkan ialah Pergerakan Pengakap yang diasaskan oleh Encik Arrif Abdullah pada tahun 1939. Pada tahun 1940 pula, persatuan Khutub Khanah dan Jimat Cermat ditubuhkan. Disamping penubuhan persatuan tersebut, kejohanan olahraga sekolah yang pertama turut diadakan pada tahun tersebut. Majalah sekolah pertama diterbitkan pada tahun 1954..

*** Dalam bag sekolah kawan mesti ada lestik dan rokok punya..

Read more...

Sabtu, 20 November 2010

Malam minggu yang meSra ( a better tomorrow )


Show Midnite malam minggu kat pawanagn Rex Mentakab masa tu filem China a better tomorrow lakonan Chow yuen Fatt..Leslie Chung..

Kelima rodong tidak melepaskan peluang untuk menontonnya.. Filem China pun mereka sapu juga..

'' Filem ini hebat..Chow yuen fatt hero..kita tengok ..ada tembak tembak ni ''..kata Niker

'' Jadii..kita tengok je..tak faham kita baca sarikata kat bawah ''..kata Kapak..

Selesai menonton Miki terkebil kebil..

'' koi tak faham langsung cerita tadi ''..kata Miki..

'' Lor..ngapa..aok tidor ke..lagi pun sarikata kan ada ''..kata Aduk..

'' Koi tak dapat tumpukan perhatian kerana koi Fokas kat amoi yang belah tepi koi dengan pak we dia membuat kelakor ''..kata Miki..

'' Cisss ''..kata Aduk sambil mengesat air liurnya yang mula melejeh..

*** Hari Raya Korban baru ni ada jumpa Aduk dan Miki..dah tua mereka rupanya..

Read more...

Pergi makan kenduri orang kahwin ( Karim Jasmy )

Hari ini pergi makan kenduri kawin rumah roodng lama iaitu encik Karim Jasmy ( Bung Karim ) bukan dia yang kawin tapi anak perempuan beliau yang kawin..

Sempat juga kawan snap snap gambar di majlis rumah beliau ini..meski pun kawan dalam tugasan kerja kira dan juga lah menghadiri majlis kenduri kawin ini..



* Suasana sedang makan..kelihatan Akak bertudung oren sedang makan bersungguh sungguh bersama Anis dan Aina..



* Ini dia encik Karim Jasmy ( bung Karim ) ..beliau adalah seorang penulis cerita Misteri..sesiapa ada cerita cerita Misteri boleh lah menghubungi beliau..




* Pasukan Silat sedang mencari nasik..



* Ini nasik yang kawan makan..kira macam buruk lantak juga..



* Kawasan makan orang sebelah dan kaum kerabat pengantin terdekat..



* Ingat kawan kena duduk makan kat sini...rupanya tidak..

Gambar pengantin tak sempat nak snap..bekejar ke pejabat pula..

*** Selamat pengantin baru kepada semua pengantin yang berkahwin pada hari ini..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP